You are on page 1of 212

---------------------------------

KANDUNGAN-----------------------------

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


Prakata
Jadual Perancangan Ulangkaji Geografi Kertas
1 dan Geografi Kertas 2
Teknik Mengulangkaji dan Menghadapi
Peperiksaan
Format Baru Kertas Geografi STPM dan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU)
Strategi Menjawab soalan Geografi STPM

2. Skema Jawapan Bagi Soalan-Soalan


Terpilih Geografi
Kertas 1 (Alam Sekitar Fizikal)

a) Sistem bumi
b) Sistem Geomorfologi
c) Sistem Atmosfera
d) Sistem Hidrologi
e) Sistem Ekologi
f) Saling kebergantungan sistem
g) Kajian luar.
h) Kemahiran Geografi

3. Skema Jawapan Bagi Soalan-Soalan


Terpilih Geografi
Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia)

a) Penduduk
b) Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam
Sekitar
c) Transformasi Desa dan Pembandaran
d) Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama

1
Serantau
e) Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya
f) Kajian luar.

BIBLIOGRAFI

PRAKATA
Buku Koleksi Skema Jawapan Geografi STPM ini
membekalkan maklumat yang amat berguna kepada calon-calon Geografi yang akan
mengambil STPM. Ini kerana buku ini mengandungi garis panduan menjawab serta isi-isi
penting bagi soalan-soalan pilihan berdasarkan sukatan baru Geografi mulai tahun 2006.
Oleh sebab itu, setiap calon Geografi seharusnya memiliki buku tersebut sebagai panduan
asas untuk menjawab soalan aras STPM sebenar dan seterusnya menjadi teman
persediaan ulangkaji yang membantu memperolehi markah yang cemerlang. Berdasarkan
isi-isi jawapan yang diberi para calon boleh membuat latihan pengembangan isi
(elebration) samada secara individu atau berkumpulan. Namun begitu buku ini bertindak
sebagai pembantu dan pemandu kepada anda, kejayaan mutlak adalah terletak ditangan
anda sendiri.

Kandungan buku ini meliputi ke dua-dua kertas Geografi iaitu Geografi Kertas 1
(Alam Sekitar Fizikal) dan Geografi Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia). Ia disusun dengan
sistematik bagi memudahkan penggunaannya. Kandungannya meliputi:

1. Jadual Perancangan Ulangkaji mengikut kertas dan topik yang bertindak sebagai
senarai semak proses pembelajaran calon.

2. Teknik Mengulangkaji dan menghadapi peperiksaan bagi kertas Geografi STPM.

3. Format Baru Kertas Geografi STPM.

4. Strategi Menjawab soalan Geografi STPM. Amat penting untuk calon-calon


memahami sistem pemarkahan yang diguna-pakai dan sentiasa mengaplikasikan
panduan menjawab yang disarankan.

5. Skema dan isi-isi jawapan penting bagi soalan-soalan Geografi Kertas 1 dan 2
yang telah dipilih.

2
Buku ini disediakan oleh kumpulan guru pakar Geografi STPM peringkat negeri
Pahang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP). Justeru, sekalung
budi dan jutaan terima kasih kepada Pegawai Geografi JPN yang mengambil inisiatif
untuk menerbitkan buku ini.

Sekian dari Panel Penulis

Temerloh, Pahang Jun 2008


i

JADUAL PERANCANGAN ULANGKAJI GEOGRAFI KERTAS 1 (Alam


Sekitar Fizikal)

TARIKH TARIKH CATATA


TEMA DAN TAJUK MULA TAMAT N
1.0 SISTEM BUMI
1.1 Konsep sistem
1.2 Sistem suria
1.3 Kedudukan bumi dalam sistem suria
1.4 Tenaga
1.5 Peranan tenaga suria

2.0 SISTEM GEOMORFOLOGI


2.1 Pengenalan proses geomorfologi
2.2 Konfigurasi bentuk muka bumi
2.3 Pembentukan landskap di kawasan
Tropika Lembab
2.4 Kaitan sistem geomorfologi dengan
manusia
2.5 Kemahiran amali sistem geomorfologi

3.0 SISTEM ATMOSFERA


3.1 Struktur dan kandungan atmosfera
3.2 Cuaca dan iklim
3.3 Kaitan sistem atmosfera dengan
manusia
3.4 Perubahan iklim
3.5 Mikro iklim bandar
3.6 Kemahiran amali sistem Atmosfera

4.0 SISTEM HIDROLOGI


4.1 Fasa air
4.2 Kitaran hidrologi
4.3 Edaran air tanih

3
4.4 Imbangan air
4.5 Kaitan sistem Hidrologi dengan
manusia
4.6 Kemahiran Amali Sistem Hidrologi.

5.0 SISTEM EKOLOGI


5.1 Ekologi dan ekosistem
5.2 Aliran tenaga dalam siratan makanan
5.3 Kitar nutrien dalam ekosistem
5.3 Kaitan sistem ekologi dengan
manusia
5.4 Kemahiran amali sistem ekologi.

6.0 SALING KEBERGANTUNGAN


SISTEM.
6.1 Intraksi antara sistem.
6.2 Interaksi sistem fizikal dengan sistem
gunaan manusia.
6.3 Pengekalan, Pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar fizikal

7.0 KAJIAN LUAR


7.1 Kajian Luar sistem geomorfologi
7.2 Kajian luar sistem atmosfera
7.3 Kajian luar sistem hidrologi
7.4 Kajian luar sistem ekologi

4
JADUAL PERANCANGAN ULANGKAJI GEOGRAFI KERTAS 2 (Alam
Sekitar Manusia)

TARIKH TARIKH SELESAI (/)


TEMA DAN TAJUK MULA TAMAT
1. PENDUDUK
1.1 Konsep penduduk
1.2 Taburan Penduduk
1.3 Pertumbuhan penduduk
1.3 Migrasi Penduduk
1.4 Penduduk dan alam sekitar
1.4 Kemahiran amali penduduk
2. PEMBANGUNAN EKONOMI DAN
IMPAK ALAM SEKITAR.
2.1 Sektor-Sektor ekonomi
2.2 Proses pembangunan ekonomi
2.3 Impak pembangunan ekonomi
terhadap alam sekitar
2.4 Kemahiran amali pembangunan
ekonomi
3. TRANSFORMASI DESA DAN
PEMBANDARAN
3.1 Transformasi desa
3.2 Bandar dan pembandaran
6. Kemahiran Amali Transformasi
desa dan
Pembandaran

5
4. GLOBALISASI EKONOMI SAN
KERJASAMA SERANTAU
4.1 Globalisasi ekonomi
4.2 Kerjasama serantau
4.3 Pertumbuhan Segi tiga
4.4 Hubungan Malaysia dengan negara
luar
4.5 Kemahiran Amali .
5. IMPAK ALAM SEKITAR DAN
PENGURUSANNYA
5.1 Impak aktiviti manusia terhadap
alam sekitar fizikal
5.2 Impak sosial
5.3 Pengurusan alam sekitar
6. KAJIAN LUAR
6.1 Kajian Luar Pembangunan ekonomi
6.2 Kajian Luar Transformasi desa dan
pembandaran

TEKNIK MENGULANG KAJI DAN MENGHADAPI


PEPERIKSAAN

Panduan Umum Mengulang kaji

1. Sediakan jadual waktu yang sistematik dan disiplinkan diri anda seboleh mungkin
mengikuti jadual waktu yang anda bina itu. Agehkan waktu untuk membaca, membuat
nota ringkas, mengingat/menghafal dan membuat latihan esei serta kemahiran amali .

2. Membaca buku atau nota ringkas. Nota yang dibuat jangan terlalu panjang kerana
ia sukar diingat. Fahami apa yang dibaca dan catat kata kunci-kata kunci penting yang
terdapat dalam nota atau buku anda.
3. Tutup kembali buku/nota anda. Cuba ingat kembali apa yang anda baca (isi-isi
penting). Lakarkan isi-isi penting yang anda perolehi itu dalam bentuk peta minda.
4. Semak kembali. Baca semula nota yang telah anda lakar dalam bentuk peta minda
sebagai memperkukuhkan lagi ingatan anda.

6
Panduan Khusus .Mengulang kaji.
a) Teknik ulangkaji Soalan Esei
1. Berdasarkan jadual analisis dan taburan soalan yang telah diberi, tentukan topik
dan sub topik penting yang amat perlu diberi penekanan bagi sesuatu tahun tertentu.
2. Ulangi langkah 1 hingga 4 di dalam panduan umum mengulang kaji di atas.
3. Kumpulkan soalan-soalan STPM sebenar (bermula 2000), soalan peperiksaan
dalaman seperti soalan percubaan, pertengahan tahun dan lain-lain yang berkaitan dengan
topik/sub topik penting tersebut.
4. Kembangkan isi jawapan/isi-isi penting yang telah anda perolehi dalam langkah 1
hingga 4 mengikut kehendak soalan yang telah anda kumpulkan itu berasaskan konsep
: FAKTA dahulu diikuti oleh HURAIAN dan dilengkapi dengan CONTOH. Cuba
kembangkan bagi satu-satu isi jawapan anda di sekitar 6 hingga 7 baris.- Lihat Strategi
Menjawab Soalan Geografi STPM.
5. Hantarkan jawapan lengkap yang telah anda kembangkan isinya itu kepada guru
anda untuk disemak. Bentukkan kumpulan perbincangan anda untuk menilai kekuatan-
kelemahan jawapan yang telah anda buat/disemak oleh guru. Disamping itu juga
merangka jawapan bagi soalan-soalan ulangkaji selanjutnya. (Perkara yang paling
penting untuk dinilai dan dibincangkan ialah sejauhmana isi jawapan dan pengembangan
isi anda itu relevan/menepati dengan kehendak soalan peperiksaan).
6. Setiap ahli dalam kumpulan perbincangan (antara 4 – 5 orang sahaja) mestilah
mengambil peranaan untuk menjana dan menyumbangkan idea-idea yang kreatif
mengikut kehendak soalan ulanghkaji yang telah anda kumpulkan itu.

7. Bagi jawapan yang terbaik yang telah dinilai oleh guru mestilah dikongsi bersama
oleh rakan-rakan sekumpulan anda. Sebarkan jawapan terbaik kepada rakan-rakan anda –
jangan kedekut untuk berkongsi kepintaran anda.

b) Teknik Mengulang Kaji soalan Kemahiran Amali.


1. Kenalpastikan topik/sub topik yang memungkinkan soalan kemahiran amali boleh
ditanya dalam pelbagai bentuk seperti pelbagai graf garis dan bar, rajah dan carta,peta
tematik,peta lakar dan peta topo serta gambarajah dan gambar foto
2. Pilih soalan/data dari soalan peperiksaan STPM sebenar atau soalan-soalan dari
peperiksaan-peperiksaan lain yang searas dengan STPM. Sila jawab soalan-soalan
kemahiran amali tersebut dengan berpandukan konsep kartografi yang tepat – Mesti ada
tajuk, skala, petunjuk, pengiraan, plotan yang betul, kemas bersih dan sempurna.
3. Bincangkan kelemahan-kekuatan hasil kerja amali anda itu dalam kumpulan
perbincangan anda. Soalan kemahiran amali termasuk juga bahagian analisanya seperti
analisa pola/trend/arah alir sesuatu graf, analisa sebab-akibat serta membuat ramalan.
Justeru anda perlu bincangkan kehendak soalan analisa ini didalam kumpulan
perbincangan anda.

7
4. Jawapan yang telah disiapkan boleh dihantar kepada guru anda untuk disemak.
Jawapan yang terbaik diedar dan dikongsi bersama-sama.

Kesimpulan:

Apa yang penting dalam mengulangkaji subjek Geografi ini ialah anda mesti buat dalam
bentuk kumpulan. Kerana penjanaan idea melalui perbincangan kumpulan adalah lebih
kemas dan jitu, beban belajar anda juga menjadi ringan dan anda akan berkongsi
kejayaan yang cemerlang.

Format Kertas Peperiksaan Geografi Kertas 1 STPM


Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Geografi Kertas 1 (Alam
Sekitar Fizikal) dan Geografi Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia). Soalan yang dikemukakan
merangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Soalan akan menguji kefahaman calon
tentang tajuk yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran, dan juga konsep dan kemahiran yang
perlu dalam kajian geografi. Soalan boleh juga menguji pengalaman kajian luar, kajian dan
tafsiran peta topografi, pelbagai data geografi, gambar rajah, dan peta yang berkaitan dengan
tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Geografi
Mulai tahun 2007 dan seterusnya format kertas peperiksaan adalah seperti
berikut:
Geografi Kertas 1 (942/1) Geografi Kertas 2 (942/2)
Alam Sekitar Fizikal. Alam Sekitar Manusia
Masa : 3 jam Masa : 3 jam
Jenis : Soalan Esei Jenis : Soalan Esei
Bilangan : 8 soalan Bilangan : 8 soalan
Bil soalan wajib dijawab : 4 soalan Bil soalan wajib dijawab: 4 soalan

8
Markah : 100 Markah : 100
Wajaran : 50% Wajaran : 50%

Nota:
1. Aras soalan yang ditanya akan berasaskan Taksonomi Bloom iaitu aras
Mudah, Sederhana dan Sukar. Aras mudah (Pengetahuan), aras sederhana
(Pemahaman dan Aplikasi), aras sukar (Analisis, Sintesis dan Penilaian).

2. Soalan no 3 terdiri daripada soalan pilihan SAMADA dan ATAU. Ini


bermakna soalan no 3 sebenarnya mempunyai dua soalan. Oleh itu ia akan
menguntungkan calon daripada segi pilihannya untuk menjawab 9 soalan
bukannya 8 soalan sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Soalan 3
datangnya dari topik SISTEM GEOMORFOLOGI.

3. Soalan boleh ditanya dalam bentuk kemahiran amali dan kajian luar.
Soalan kemahiran amali melibatkan pengiraan, persembahan kartografi
seperti graf, rajah, carta dan peta serta menganalisis data, graf, rajah, carta
dan peta.

4. Soalan kajian luar boleh ditanya dari salah satu sistem berikut; Sistem
geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi. Soalan
ini mempunyai banyak pecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahan
sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

1. Setiap tahun adunan soalan langsung, soalan kemahiran amali dan


soalan kajian luar akan dikemukakan untuk dijawab oleh calon.
Pelbagai rangsangan soalan akan diberikan seperti data, rajah, carta,
peta lakar dan peta topografi.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) GEOGRAFI KERTAS 1


STPM
PERINGKAT KEMAHIRAN
TEMA TAJUK/SUB TAJUK I II III BIL
R S T R S T R S T SOALA
N

1.1Konsep sistem
1. Sistem Bumi 1.2Sistem suria
1.3Kedudukan bumi 1
(20 Waktu)
dalam sistem
suria
1.4Tenaga
1.5Peranan tenaga
suria

9
2.1Pengenalan
proses
2.Sistem geomorfologi 2 Atau
Geomorfologi
2.2Konfigurasi 3
( 60 Waktu )
bentuk bumi
2.3Pembentukan
landskap di
kawasan Tropika
Lembab
2.4Kaitan sistem
geomorfologi
dengan manusia
2.5Kemahiran amali
2.6Kajian luar

3.1Struktur dan
kandungan 2
1. Sistem atmosfera
Atmosf 3.2Cuaca dan iklim
era
3.3Kaitan sistem
( 40 Waktu)
atmosfera
dengan manusia
3.4Perubahan iklim
3.5Mikro iklim
bandar
3.6Kemahiran amali
3.7Kajian luar

4.1Fasa air
4. Sistem 4.2Kitaran hidrologi 1
Hidrologi 4.3Edaran air tanih
4.4Imbangan air.
(20 Waktu)
4.5Kaitan sistem
hidrologi dengan
manusia.
4.6Kemahiran amali
4.7Kajian lluar

5.1 Ekologi dan


5. Sistem ekosistem 1
Ekologi 5.2 Aliran tenaga
dalam siratan

10
(20 Waktu) makanan
5.3 Kitar nutrien
dalam
ekosistem
5.4 Kaitan sistem
ekologi dengan
manusia
5.5 Kajian luar

6.Saling 6.1Interaksi antara


Kebergantung sistem.
an sistem 6.2Interaksi sistem 1
fizikal dengan
(20 Waktu)
sistem gunaan
manusia
6.3Pengekalan,
pemeliharaan dan
pemuliharaan
alam sekitar
fizikal.

JUMLAH 8

Nota:
I : Pengetahuan. R = Aras Rendah (Mudah)
II : Pemahaman dan Alikasi S = Aras Sederhana
III: Analisis, Sintesis dan Penilaian. T = Aras Tinggi (Sukar)

a) Kertas ini mengandungi 8 c) Peruntukan soalan kemahiran


soalan yang disusun mengikut amali tidak melebihi 2 soalan bagi
urutan tajuk dalam sukatan setiap tahun.
pelajaran. d) Peruntukan soalan kajian luar
b) Soalan nombor 3 terdiri hanya 1 soalan bagi setiap tahun.
daripada soalan pilihan

11
Format Kertas Peperiksaan Geografi Kertas 2
STPM
Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Geografi Kertas 1 (Alam
Sekitar Fizikal) dan Geografi Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia). Soalan yang dikemukakan
merangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Soalan akan menguji kefahaman calon
tentang tajuk yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran, dan juga konsep dan kemahiran yang
perlu dalam kajian geografi. Soalan boleh juga menguji pengalaman kajian luar, kajian dan
tafsiran peta topografi, pelbagai data geografi, gambar rajah, dan peta yang berkaitan dengan
tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Geografi
Mulai tahun 2007 dan seterusnya format kertas peperiksaan adalah seperti
berikut:
Geografi Kertas 1 (942/1) Geografi Kertas 2 (942/2)
Alam Sekitar Fizikal. Alam Sekitar Manusia
Masa : 3 jam Masa : 3 jam
Jenis : Soalan Esei Jenis : Soalan Esei
Bilangan : 8 soalan Bilangan : 8 soalan
Bil soalan wajib dijawab : 4 soalan Bil soalan wajib dijawab: 4 soalan
Markah : 100 Markah : 100
Wajaran : 50% Wajaran : 50%

Nota:

1. Aras soalan yang ditanya akan berasaskan Taksonomi Bloom iaitu aras
Mudah, Sederhana dan Sukar. Aras mudah (Pengetahuan), aras sederhana
(Pemahaman dan Aplikasi), aras sukar (Analisis, Sintesis dan Penilaian).

2. Soalan no 3 terdiri daripada soalan pilihan SAMADA dan ATAU. Ini


bermakna soalan no 3 sebenarnya mempunyai dua soalan. Oleh itu ia akan
menguntungkan calon daripada segi pilihannya untuk menjawab 9 soalan
bukannya 8 soalan sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Soalan no 3
datangnya dari tema PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR.

3. Soalan boleh ditanya dalam bentuk kemahiran amali dan kajian luar.
Soalan kemahiran amali melibatkan pengiraan, persembahan kartografi
seperti graf, rajah, carta dan peta serta menganalisis data, graf, rajah, carta
dan peta.

4. Soalan kajian luar boleh ditanya dari salah satu tema berikut;
Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar atau Transformasi desa dan
pembandaran. Soalan ini mempunyai banyak pecahan dan tidak terhad
kepada tiga pecahan sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

12
1. Setiap tahun adunan soalan langsung, soalan kemahiran amali dan
soalan kajian luar akan dikemukakan untuk dijawab oleh calon.
Pelbagai rangsangan soalan akan diberikan seperti data, rajah,
carta, peta lakar dan peta topografi.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) GEOGRAFI KERTAS 2


STPM
PERINGKAT KEMAHIRAN
TEMA TAJUK/SUB TAJUK I II III BIL SOALAN
R S T R S T R S T

1.1 Konsep
penduduk
1. Penduduk 1.2 Taburan 1. Atau
penduduk 3
(50 Waktu)
1.3
Pertumbuhan (Soalan atau)
penduduk
1.4 Migrasi
1.5 Penduduk
dan alam sekitar
1.6Kemahiran
amali
penduduk

2.1 Sektor-
2. sektor ekonomi.
Pembanguna 2.2 Proses 1. Atau
n ekonomi
pembangunan 3
dan impak
alam sekitar
ekonomi.
1.4 Impak (Soalan atau)
(50 Waktu) pembangun
an ekonomi
terhadap
alam sekitar.
2.4Kemahiran
amali
2.7Kajian luar

3. 3.1 Transformasi
Transformasi desa. 2
desa dan 3.2 Bandar dan
pembandara

13
n pembandaran.
3.3 Kemahiran
(30 Waktu) amali
3.4 Kajian luar

4. 4.1 Globalisasi
Globalisasi ekonomi 1
ekonomi dan 4.2 Kerjasama
kerjasama
serantau
serantau.
4.3
(30 Waktu) Pertumbuhah
segitiga
4.4 Hubungan
Malaysia dengan
negara luar.
4.5 Kemahiran
amali

5. Impak 5.1Impak aktiviti


alam sekitar manusia 1
dan terhadap alam
pengurusann
sekitar.
ya
5.2 Impak sosial.
(20 Waktu) 5.3Pengurusan
alam sekitar

JUMLAH 8
10
Nota:
I : Pengetahuan. R = Aras Rendah (Mudah)
II : Pemahaman dan Alikasi S = Aras Sederhana
III: Analisis, Sintesis dan Penilaian. T = Aras Tinggi (Sukar)

e) Kertas ini mengandungi 8 g) Peruntukan soalan kemahiran


soalan yang disusun mengikut amali tidak melebihi 2 soalan bagi
urutan tajuk dalam sukatan setiap tahun.
pelajaran. h) Peruntukan soalan kajian luar
f) Soalan nombor 3 terdiri hanya 1 soalan bagi setiap tahun.
daripada soalan pilihan

14
STRATEGI MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI STPM

1.0 PANDUAN AM KEPADA CALON

1.1 Sukatan baru Geografi STPM yang diperkenalkan pada tahun 1996 dan edisi
semakan (2006) hanya mengandungi dua kertas sahaja. Iaitu Geografi Kertas -1 942/1
Kertas Alam Sekitar Fizikal dan Geografi Kertas 2 – Kertas Alam Sekitar Manusia.
Pendekatan menjawab bagi ke dua-dua kertas tersebut dan sistem pemarkahannya hampir
sama sahaja berasaskan konsep ISI + HURAIAN + CONTOH.

1.2 Geografi kertas 1 mengandungi 8 soalan semuanya dan calon-calon dikehendaki


pilih dan jawab empat soalan sahaja dalam jangkamasa 3 jam. Begitu juga dengan
Geografi Kertas 2, akan dikemukakan 8 soalan dan calon dikehendaki pilih serta jawab 4
soalan sahaja dalam jangka masa 3 jam. Mulai tahun 2006, soalan nombor 3, terdiri
daripada 2 soalan pilihan (SAMADA dan ATAU). Calon hanya perlu pilih SALAH SATU
SOALAN SAHAJA. Bagi Geografi kertas 1, soalan nombor 3 adalah dari tajuk sistem
geomorfologi manakala bagi Geografi kertas 2, soalan nombor 3 nya dari tajuk
pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

1.3 Ini bermakna calon hanya mempunyai masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk
menjawab setiap soalan tersebut. Setiap soalan akan berbentuk pecahan (a,b atau c),
tidak lagi soalan khusus/soalan langsung seperti sukatan lama. Setiap soalan sekurang-
kurangnya mengandungi 2 atau 3 pecahan dan setiap pecahan soalan diberikan wajaran

15
markah di hujungnya dalam tanda kurungan. Jumlah markah bagi setiap soalan apabila
dicampurkan wajaran-wajarannya akan bernilai 25 Markah. Wajaran markah ini
memberikan pandu arah yang amat berguna kepada calon untuk merancang jawapan
masing-masing. Ingat! Agehkan masa yang lebih lama kepada wajaran markah
yang besar dan jangan terlalu menumpu kepada soalan yang wajaran
markahnya sedikit.

1.4 Soalan-soalan yang dikemukakan boleh terdiri daripada satu tajuk khusus, satu
sub-tajuk khusus, gabungan beberapa tajuk atau gabungan beberapa sub-tajuk. Jadi
elakkan diri daripada meninggalkan mana-mana tajuk dalam sukatan. Pelajari
semua, tetapi sesuatu tajuk atau sub tajuk itu tidak perlu terlalu mendalam sepertimana
dalam sukatan lama sebelumnya. Dalam hal ini amat perlu bagi calon menganalisis
soalan STPM 2000 hingga 2007 untuk melihat corak atau bentuk soalan yang ditanya
,tema-tema yang dijangka penting untuk difokuskan, trend soalan,taburan tajuk,aras
soalan,konsepsi soalan dan lain-lain. Cuba dapatkan khidmat-bantu dari guru anda.

2.0 KENALI BENTUK SOALAN

Ada tiga bentuk soalan yang begitu popular ditanya iaitu soalan bersifat langsung
(directly Questions), soalan kemahiran amali yang melibatkan persembahan kartografi,
dan juga soalan berasaskan Kajian luar (Kajian Lapangan). Ketiga-tiga bentuk soalan
ini memerlukan pendekatan menjawab yang berbeza-beza.

2.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung.

2.1.1 Soalan langsung adalah soalan yang ditanya terus tanpa melibatkan banyak
rangsangan dan referent. Ia biasanya mempunyai 2 hingga 3 pecahan yang diberikan
wajaran markah masing-masing.

2.1.2. Jika satu-satu soalan itu terdiri daripada 3 pecahan, urutan soalannya mungkin
seperti berikut: Bahagian a) = soalan konsep/definisi/bezakan makna/apakah yang
dimaksudkan dan lain-lain yang seumpamanya. Bahagian b) = Soalan
huraian/penjelasan/penerangan seperti ; huraikan,jelaskan,terangkan,mengapakah dan
seumpamanya. Bahagian c) = soalan bersifat aplikasi seperti
cadangkan,analisakan,ulaskan,komen, bincangkan dll yang setaraf dengannya.

2.1.3. Urutan soalan begini sebenarnya cuba mengukur pemikiran pelajar dari aras
bawah kepada aras tinggi. Justeru itu strategi belajar calon juga mestilah pelbagai aras
untuk satu-satu tajuk. Tidak boleh kita mempelajari sesuatu tajuk itu secara
persembahan dan penghuraian fakta semata-mata.Ada tajuk yang perlu dikupas,
dibahaskan,dibincangkan,diulaskan,dibuat ramalan,dibuat perbandingan dan sebagainya.

16
Justeru itu amat penting untuk kita memahami bentuk, aras dan kehendak setiap kata
kunci dalam soalan.

2.1.4. Di antara contoh soalan langsung yang akan dibincangkan di sini adalah seperti
berikut:

Pilih sebuah negara di rantau Asia Pasifik;

a) Nyatakan ciri kependudukan (demografi) negara tersebut. (5 Markah)

b) Jelaskan mengapa negara tersebut perlu memperlahankan kadar pertumbuhan


penduduknya. (10 Markah)

b) Cadangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan masalah


lebihan penduduk di negara berkenaan. (10 Markah).

2.1. 5. Bagi menjawab soalan di atas, calon perlu menamakan dahulu negara yang
dipilih. Misalnya Indonesia. Seterusnya calon perlu menyatakan ciri-ciri demografi
negara berkenaan. Menyatakan tidak perlu menghurai. Cukup sekadar sebaris dua ayat
sahaja bagi setiap ciri yang dinyatakan. Bahagian b) calon mestilah menjelaskan sebab-
sebab negara Indonesia perlu memperlahankan pertumbuhan penduduknya.
Cuba sediakan sekurang-kurangnya 6 sebab bagi soalan (b) di atas. Setiap sebab mestilah
dijelaskan dengan detail antara 6 hingga 7 baris bagi setiap isi yang dikemukakan. Setiap
isi yang dihurai mestilah distruktur mengikut perenggan yang berlainan. Ini bermakna
jika anda ada 6 isi ia mestilah dihurai dalam 6 perenggan yang berlainan. Bagi soalan (c)
pula calon juga perlu sediakan 6 cadangan yang sesuai dan setiap cadangan perlu dihurai
dengan sebaik mungkin.

2.1.6. Setiap judul isi yang diberi mestilah dijelaskan sebaik mungkin dengan
sokongan contoh-contoh yang konkrit dan bukannya dibiarkan dalam bentuk senarai isi
(Listing) sahaja. Ini kerana sistem penilaian jawapan dibuat berasaskan konsep
Analitikal dan Impression atau Isi/Point dengan huraian. Sebutan isi yang
relevan,betul dan tepat dengan kehendak soalan akan diberikan markahnya secara khusus
manakala huraian yang baik,betul,relevan,memenuhi kehendak soalan,padat bersama
dengan sokongan contoh yang sesuai juga akan dianugerahkan markahnya. Jumlah
markah yang diberi bergantunglah kepada peruntukkan markah yang disediakan untuk
setiap judul isi berkenaan. Lazimnya markah untuk huraian lebih tinggi nilainya
berbanding dengan markah untuk isi sahaja. Justeru itu, pemarkahan akan diberikan
kepada jawapan yang mempunyai kombinasi antara ISI dengan HURAIAN dan
bukannya kepada isi semata-mata. Dalam hal ini kualiti jawapan calon amat bergantung
kepada kualiti dan kekuatan huraiannya.

17
2.1.7. Sistem penilaian begini mempunyai implikasi seperti berikut:

a) Jangan sekali-kali mengulang isi atau mengulangi huraian. Isi dan huraian yang
berulang tidak diambil kira.

b) Jangan sekali-kali terlalu mendetailkan huraian pada satu-satu isi sahaja sehingga
isi yang lain amat cetek huraiannya. (huraian tidak seimbang). Ini kerana jika sesuatu isi
itu misalnya diperuntukkan 2 markah maka ia hanya boleh dianugerahkan 2 markah
sahaja, tidak lebih daripada itu. Huraian yang terlalu panjang berjela untuk satu-satu isi
akan diberikan Awarded (Sudah tepu/maksima).

c) Sebaik-baiknya lebihkan isi dan huraiannya menjadi 6 atau 7 isi sebagai Reserve.
Ini untuk mengelakkan berlakunya isi atau huraian yang berkemungkinan diletakkan di
bawah judul isi yang sama (tindanan isi) dalam skemanya nanti. Jika ini berlaku calon
masih mempunyai lebihan satu atau dua isi yang membolehkan mereka masih mampu
memperolehi markah yang maksima.

d) Selain itu, sistem ini juga memerlukan calon membuat perenggan jawapan yang
baik. Misalnya jika calon ada 6 judul isi bermakna mesti ada 6 perenggan yang
berasingan. Setiap perenggan mesti ada Fakta atau Isi (F) , Diikuti oleh Huraian
(H) dan Dilengkapi dengan Contoh (C). Formula F:H:C mestilah dipatuhi.
Calon juga boleh mengemukan Fakta dahulu diikuti oleh Contoh kemudiannya
berdasarkan contoh-contoh tersebut ia membuat Penghuraian. Apa yang penting, Fakta
atau Isi mestilah diserlahkan dalam ayat pertama bagi setiap perenggan. Jangan sekali-
kali menyembunyikan fakta/isi diakhir ayat pada perenggan. Aspek contoh pula tidak
semestinya merujuk kepada tempat semata-mata, ia boleh jadi data, fenomena atau nama
sesuatu subjek misalnya bangsa,ciri dan lain-lain bergantunglah kepada kehendak dan
situasi soalan.

e) Akhir sekali, sistem pemarkahan begini juga tidak memerlukan Pendahuluan


dan Penutup yang panjang berjela. Kerana ia tidak mempunyai apa-apa peruntukan
markah kepada aspek pendahuluan atau penutup. Pendahuluan dan penutup cukup
sekadar satu atau dua baris ayat sahaja sebagai pengenalan kepada apa yang diminta oleh
soalan.

2.2 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali.

Soalan kemahiran amali memerlukan calon bersedia dalam dua aspek. Pertama,
kemahiran untuk mempersembahkan data-data yang diberi oleh soalan kepada bentuk
kartografi yang diminta dan kedua, kemahiran untuk menganalisis mengenai apa yang
dapat ditunjukkan oleh persembahan kartografinya, misalnya menganalisis bentuk dan
trend sesuatu graf. Walau apapun bentuk persembahan kartografi boleh diminta oleh
soalan tetapi sistem penilaiannya adalah konsisten tertumpu kepada aspek-aspek berikut:

18
2.2.1. Tajuk yang betul dan tepat. Tajuk mesti ditulis. Sesuatu tajuk yang ditulis
mestilah dapat menggambarkan kaedah kartografi yang diguna serta apa yang
diwakilinya. Misalan “Graf Bulatan Menunjukkan Min Suhu Bulanan di Cameron
Highland, Pada Tahun 2008”, Peta Aliran Menunjukkan Migrasi Luar Bandar ke
Kuala Lumpur,Pada Tahun 2008”. Sebaik-baiknya tajuk ditulis di ruang paling atas
bagi sesebuah peta,graf,carta dan lain-lain persembahan kartografi.

2.2.2. Pemilihan skala yang sesuai. Skala yang dipilih mestilah sesuai untuk
mewakili semua data dalam soalan. Dalam hal ini ada dua jenis skala yang boleh dipilih
oleh calon. Pertama skala Aritmetik seperti 1 CM : 50,000 Orang atau ke dua skala
Geometri yang melibatkan nilai punca kuasa dua seperti 1 CM : 100 unit
Puncakuasadua

Ke dua-dua jenis skala ini berbeza daripada segi penggunaannya. Skala Aritmetik diguna
sekiranya bezantara data-data yang diberi tidak terlalu besar manakala Skala Geometri
diguna-pakai sekiranya bezantara data-data yang diberi terlalu besar perbezaannya
khususnya antara nilai maksima dengan minima. Harus diingat sekiranya anda
menggunakan skala geometri anda mestilah terlebih dahulu mempunca-kuasaduakan
semua data yang diberi dan terpaksa berkerja dalam unit punca kuasadua. Pemilihan
skala yang sesuai amat penting bagi memudahkan dan menghasilkan kerja-kerja plotan
yang tepat dan bermutu. Sebagai panduan skala yang diguna mestilah ditulis/dinyatakan
di penjuru sebelah kanan sesuatu persembahan kartografi dan ia berada di bawah
daripada tajuk.

2.2.3. Pengiraan nilai terhadap data yang diberi oleh soalan. Data yang diberi
perlu dikira dengan menggunakan skala yang telah dipilih oleh calon dan sebaik-baiknya
pengiraan tersebut ditunjukkan dalam bentuk jadual serta dihantar bersama-sama jawapan
anda.

2.2. 4. Menyediakan petunjuk. Petunjuk amat penting sebagai indikator yang diguna
untuk mentafsir sesuatu persembahan kartografi. Tanpa petunjuk, persembahan kartografi
yang dibuat adalah tidak lengkap. Justeru ia mesti disediakan. Lazimnya petunjuk di
letakkan di ruangan bawah sebelah kiri graf, carta,rajah,peta dan sebagainya.

2.2. 5. Membuat Plotan. Merujuk kepada apa yang dapat anda persembahkan.
Misalnya garisan bagi graf garis, palang/turus bagi graf bar, bulatan bagi carta pai, garis
aliran bagi peta aliran, lorekan bagi peta koroples dan sebagainya. Penilaian pada aspek
plotan amat bergantung kepada sejauhmana anda dapat menyiapkannya, ketepatan plotan
atau tandaan mengikut skala yang diguna dan juga kesan-nampak (Visual effect). Justeru

19
plotan harus dibuat dengan teliti dan jelas. Misalnya anda boleh menggunakan warna
yang berbeza asalkan ia tidak menyalahi teknik-teknik kartografi.

2.2.6. Kebersihan dan kesempurnaan. Ia merupakan satu nilai estetika yang diberi
kepada kerja-kerja persembahan kartografi calon yang kemas, bersih,cantik, lengkap dan
sempurna. Sebenarnya ia lebih merupakan satu bonus kepada kualiti hasil kerja calon.

Seperkara yang mesti diingatkan apabila calon bersedia untuk menjawab soalan
kemahiran amali ialah ia mesti membawa kelengkapan alat tulis yang secukupnya.
Sekurang-kurangnya ia mesti ada sebuah Kalkulator, satu set geometri yang dalamnya
mengandungi jangka lukis, jangka sudut,pemadam,pembaris,pensel yang pelbagai warna
dan lain-lain alat yang bersesuaian.

Pengalaman pemeriksaan yang lalu membuktikan calon hanya berupaya


menghasilkan persembahan kartografi yang baik tetapi amat lemah dalam bahagian
menganalisis graf,rajah,carta,peta dan sebagainya. Harus diingat bahawa soalan
kemahiran amali tidak semata-mata melibatkan kerja-kerja kartografi sahaja. Sebahagian
markahnya terletak pada aspek-aspek pentafsiran,analisis,ramalan dan lain-lain yang
berkaitan dengan bahagian amali yang ditunjukkan.

Apabila menjawab soalan analisis, calon tidak boleh mengulas data semata-mata.
Tidak cukup sekadar memberikan angka-angka perubahan, menyatakan peratus, naik-
turun data dan sebagainya yang hanya melibatkan unsur kuantitatif sahaja. Setiap ulasan
data mestilah disokong dengan alasan atau sebab-sebab yang relevan dan menasabah,
merumuskan pola dan trendnya, meramalkan kemungkinan yang boleh berlaku akibat
sesuatu pola yang dapat ditunjukkan oleh graf, rajah,carta atau peta yang telah dilukis
berdasarkan kemahuan soalan. Dalam hal ini sebab dan alasan boleh diambil daripada
pengentahuan geografi yang telahpun calon pelajari khususnya di bilik darjah. Justeru
itu unsur-unsur kuatitatif mestilah digabungjalinkan dengan unsur kualitatif semasa calon
menjawab soalan yang berkaitan dengan analisa ini.

2.3 Strategi Menjawab Soalan Kajian Luar.

Soalan kajian luar merupakan soalan yang popular ditanya. Setiap tahun soalannya
sentiasa dikemukakan. Bagi menjawab soalan kajian luar atau kajian lapangan, seseorang
calon seharusnya memahami Tiga konsep berikut:

2.3. 1. Konsep Lapangan.

Kawasan yang dikaji atau kawasan lapangan adalah merujuk kepada satu kawasan
sahaja dan ia tidak boleh menyebutkan banyak kawasan atau merata-rata tempat.
Konsep kawasan lapangan ini adalah spesifik dan kecil keluasannya. Umpamanya
adalah amat mustahil seseorang calon itu boleh mengkaji secara kajian luar di seluruh
negeri atau seluruh negara. Saiz kawasan lapangan yang boleh diterima seperti di sebuah
kawasan taman perumahan, sebuah kawasan industeri, sebuah kawasan pembalakan, satu
kawasan pelancongan, satu kawasan perlombongan, sebuah estet/ladang, kawasan

20
petempatan seperti satu rancangan Felda,sebuah kampung, sebuah mukim, sebuah daerah
dan lain-lain kawasan yang mikro saiznya yang boleh mencerminkan kemampuan
pelajar/calon membuat kajian dalam jangkamasa yang terhad. Apabila calon menjawab
soalan kajian luar ini, kawasan kajian tersebut mestilah dinamakan dengan jelas,tepat dan
lengkap.

2.3. 2. Satu Jenis Aktiviti Ekonomi. Aktiviti ekonomi yang dikaji juga tidak boleh
banyak. Ia perlu merujuk kepada satu jenis sahaja. Umpamanya jika calon memilih
aktiviti perindustrian maka segala perbincangan jawapan mestilah berkait dan relevan
dengan aktiviti perindustrian sahaja. Tidak boleh melompat kepada aktiviti ekonomi lain.
Dalam konteks ini calon mestilah pandai memilih jenis aktiviti ekonomi yang paling
banyak membawa kesan negatif kepada alam sekitar setempat yang telah dikajinya.

2.3.3. Konsep Lokaliti.

Amat penting bagi setiap isi yang dikemukakan dan dihuraikan dalam soalan kajian luar
ini mestilah bersifat LOKALITI (merujuk kepada tempat yang dikaji). Ia boleh
dibuktikan dengan nama-nama tempat, nama sungai, nama kilang, nama hotel dan lain-
lain ciri persekitaran setempat yang menunjukkan fenomena geografi tempatan. Misalnya
jika calon menggunakan konsep pemanasan global, kesan rumah hijau, penipisan
lapisan ozon sebagai satu isi jawapan untuk menjawab soalan kesan negatif
persekitaran ia sama sekali tidak boleh diterima. Kerana ke tiga-tiga fenomena/kesan
tersebut tidak merujuk kepada kesan di lokasi kawasan yang dikaji dan ia amat
luas(Global) iaitu seluruh dunia sedangkan calon tidak mengkaji seluruh dunia!.
Sepatutnya konsep tersebut digantikan dengan istilah Pemanasan Setempat di kawasan
yang dikajinya.

2.3. 4. Sebelum calon menulis jawapan yang berkaitan dengan kesan-kesan negatif ke
atas alam sekitar, sesuatu jawapan kajian luar seharusnya dimulakan dengan perkara-
perkara berikut:

a) Menyatakan Tajuk Kajian.

Tajuk kajian mesti mengandungi apakah jenis aktiviti ekonomi yang dikaji dan dimana ia
dikaji. Misalan “ Kajian saya ialah terhadap aktiviti Pembalakan di Dabong,
Dalam Daerah Gua Musang, Kelantan”. Calon juga boleh menceritakan secara
ringkas lokasi/kedudukan kawasan yang dikajinya.

21
b) Menyatakan Objektif Kajian:

Tujuan kajian luar dibuat mestilah disebut dengan jelas. Misalan “ Tujuan kajian saya
ialah untuk mengenalpasti kesan-kesan persekitaran samada ke atas elemen
geomorfologi, elemen ekologi,elemen hidrologi dan juga elemen atmosfera
setempat akibat aktiviti pembalakan yang telah dijalankan di Dabong ini.
Seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi
mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut”.

c) Menyatakan kaedah kajian dan peralatan yang digunakan.

Di antara kaedah yang sesuai disebut dalam kajian di atas ialah seperti kaedah
pemerhatian dan pencerapan, kaedah temubual/soal selidik dan juga kaedah pengukuran.
Alatanya pula seperti alat tulis, kamera, borang soal-selidik dan lain-lain yang
bersesuaian.

5. Semasa calon menghuraikan jawapan bagi kesan-kesan negatif ke atas alam


sekitar ia mestilah pandai memilih kesan-kesan yan relevan dengan aktiviti ekonomi yang
dikajinya itu. Misalnya jika calon mengkaji aktiviti pembalakan adalah tidak relevan jika
ia menghuraikan kesan terhadap pencemaran bau!. Di antara kesan-kesan umum yang
boleh disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dikaji ialah seperti; Perubahan
terhadap landskap fizikal; Hakisan tanah dan tanah runtuh; Banjir sungai (akibat
dasar yang semakin cetek) dan banjir kilat; Pencemaran air; Pencemaran udara
dan bau; kesan pemanasan setempat/iklim mikro; dan juga kerosakan ekosistem
daratan dan akuatik seperti kemusnahan spesis dan habitat. Harus diingat apabila
calon menghuraikan kesan-kesan negatif ini ia mestilah disokong dengan dapatan-
dapatan daripada kajiannya. Huraian terhadap kesan tidak boleh secara umum sahaja, ia
mestilah bersifat lokaliti. Sebagai contohnya jika calon menghuraikan kesan pencemaran
air sungai ia mestilah menyatakan nama sungai yang terlibat, jika menghuraikan kesan
hakisan tanah ia mungkin boleh dibuktikan dengan kesan-kesan gegalur yang terdapat
disekitarnya. Seboleh mungkin bukti/dapatan ini mestilah disebut agar jawapan anda
kukuh dan benar-benar mencerminkan kajian luar.

6. Apabila calon menjawab bahagian cadangan mengatasi kesan-kesan negatif


terhadap alam sekitar, jawapannya mesti mengandungi ke tiga-tiga elemen berikut.
Pertama, langkah perundangan dan akta. Seperti tindakan menyaman,denda (kompaun),
menyitar terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menimbulkan kesan-kesan
negatif terhadap alam sekitar tersebut oleh pihak-pihak berwajib di sesuatu tempat,
misalnya oleh Majlis daerah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain yang berkaitan
dengannya. Ke dua, langkah pengurusan seperti menanam semula hutan; membina
sistem perparitan; memperdalamkan semula sungai, merawat sisa, menapis asap dan lain-
lain yang boleh difikirkan bersesuaian dengan jenis aktiviti ekonomi yang dikaji dan

22
kesan negatif yang diakibatkan olehnya. Ke tiga, langkah kempen kesedaran dan
kerjasama masyarakat setempat seperti gotong royong pembersihan sungai, kempen
cintailah sungai kita, penghijauan kawasan sekitar dan lain-lain cadangan yang boleh
meningkatkan kesedaran masyarakat agar peka kepada kesan persekitaran yang telah
dibincangkan itu. Ketiga-tiga aspek ini mestilah ditulis dalam jawapan anda.

3..0 RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa sistem penilaian yang
diguna dalam Geografi Kertas 1 dan 2 STPM amat menguntungkan pelajar. Sebenarnya
pelajar mudah memperolehi markah jika betul kaedahnya. Persepsi Geografi masa kini
bukan lagi sesukar masa dahulu.Sebenarnya kecermerlangan (Prinsipal A) boleh
digenggam oleh pelajar. Pengalaman penulis sebagai pengajar membuktikan bahawa
kelemahan utama pelajar ialah tidak boleh menbuat huraian (elebration) yang baik
walaupun mampu mengemukakan isi/fakta yang bernas dan tepat. Justeru itu apa yang
penting ialah pelajar perlu rajin membuat latihan menjawab soalan khususnya aspek
pengembangan isi dengan panduan yang telah diberikan, memperbanyakkan bacaan demi
memperluaskan pengentahuan geografikalnya, mengadakan kumpulan perbincangan bagi
memantapkan lagi ilmunya dan akhir sekali bertawakkallah kepada yang ESA. Saya
yakin anda akan berjaya dengan cemerlang dan gemilang.

Kaedah MJK
(Kaedah Mudah Jawab Soalan Konsep)
1.0 Pengenalan.

Sebelum menjelaskan lebih lanjut tentang kaedah mudah jawab soalan bentuk
konsep ini adalah lebih baik untuk diperjelaskan maksud perkataan konsep itu sendiri.
Dalam Kamus Dewan perkataan konsep bermaksud pengertian am atau idea yang
berdasarkan sesuatu. Oleh itu, untuk menjawab soalan ini jawapan seharusnya
berdasarkan maksud secara ringkas dan tepat sesuatu perkara atau keadaan tertentu.

2.0 Mengapa kaedah ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Geografi STPM.

Soalan konsep merupakan soalan yang membawa markah 3 atau 4 atau 5 markah
dalam peperiksaan STPM. Biasanya merupakan soalan bahagian (a) untuk mana-mana
8 soalan yang dikemukakan dalam kertas peperiksaan sama ada kertas 1 dan 2.
Walaupun hanya membawa markah 3 atau 4 atau 5 markah, bilangan bentuk soalan
konsep ini merupakan bentuk yang acapkali ditanya dalam kertas peperiksaan
STPM.Oleh itu, ianya boleh membantu pelajar mendapat markah yang lebih baik. Untuk

23
membuktikan kekerapan soalan tersebut di bawah ini diperturunkan jumlah soalan
bentuk tersebut untuk renungan para pembaca.

Bagi kertas 1 tahun 2006 sebanyak 4 soalan dan 2007 sebanyak 5 soalan
merupakan bentuk soalan konsep. Soalan tersebut ialah :

Kertas 1Tahun 2006,


• Soalan 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria?
[4m]
• Soalan 2(a) Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan benua.
[5m]
• Soalan 5 (a) Takrifkan tekanan udara.
[5m]
• Soalan 7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan?
[5m]

Kertas 1Tahun 2007,


• Soalan 1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk?
[5m]
• Soalan 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai?
[5m]
• Soalan 3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang?
[5m]
• Soalan 4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera ?
[5m]
• Soalan 5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?
[5m]

Begitu juga bagi kertas 2 tahun 2006 sebanyak 2 soalan dan 2007 sebanyak 3
soalan merupakan bentuk soalan konsep. Soalan tersebut ialah :

Kertas 2 Tahun 2006,

24
• Soalan 2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan industri asas tani?
[5m]
• Soalan 7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar?
[5m]
Kertas 2 Tahun 2007
• Soalan 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi antarabangsa ?
[3m]
• Soalan 2(a)Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk
[5m]
• Soalan 5(a) Takrifkan transformasi desa.
[5m]

Soalan ini kerap kali sukar dijawab oleh calon kerana tidak menjawab
dengan tepat dan ringkas. Acap kali calon menjawab dengan panjang lebar
meliputi beberapa perenggan dan terlalu umum. Markah yang diperolehi antara 1
atau 2 sahaja, malahan ada yang tidak mendapat markah lansung. Calon gagal
memjawab mengikut format yang sepatutnya ringkas dan padat .

3.0 Apa yang dimaksudkan dengan kaedah MJK.

Berdasarkan dua sebab di atas iaitu merupakan soalan yang acapkali


ditanya dan sukar dijawab oleh calon kerana tidak menjawab dengan tepat dan
ringkas. Tidak dapat dinafikan kaedah MJK dapat membantu para guru dan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan para pelajar
memahami dan menjawab dengan tepat akan soalan tersebut. Sebenarnya terdapat
tiga kaedah MJK yang boleh diamalkan. Kaedah ini membolehkan pelajar memahami
dengan lebih mudah dan mendapat markah penuh.Empat kaedah mudah jawab soalan
konsep itu ialah kaedah ABC, ABS dan ABK serta ACC.
3.1 Kaedah ABC.
Kaedah ABC bermaksud A untuk apa, B untuk bagaimana dan C untuk contoh.
Oleh itu, dalam jawapan pelajar seharusnya merangkumi ke tiga-tiga aspek ini iaitu apa,
bagaimana dan contoh untuk mendapat markah penuh.
3.2 Kaedah ABS.

25
Kaedah ABS bermaksud A untuk apa, B untuk bagaimana dan S untuk sebab.
Oleh itu dalam jawapan pelajar seharusnya merangkumi ke tiga-tiga aspek ini iaitu apa,
bagaimana dan sebab untuk mendapat markah yang baik.
3.3 Kaedah ABK.
Kaedah ABK bermaksud A untuk Apa, B untuk Bagaimana dan K untuk Kesan
Oleh itu, sama seperti dua kaedah di atas dalam jawapan pelajar seharusnya
merangkumi ke tiga-tiga aspek ini iaitu apa, bagiamana dan kesan.dah
3.4 Kaedah ACC.
Kaedah ACC bermaksud A untuk Apa, C untuk Ciri dan C untuk Contoh.Oleh itu untuk
mendapat markah penuh , ketiga-tiga aspek ini perlu disentuh.

Bagi memudahkan pemahaman para guru dan pelajar tentang perkataan ‘Apa’
‘Bagaimana’, ‘Contoh’, ‘Kesan’ dan ‘ Sebab’ serta ‘Ciri akan diperjelaskan maksudnya
di ruangan ini. Sebenarnya ‘Apa’ dalam konteks kaedah ini membawa maksud apa yang
ditanya tentang sesuatu perkara atau kejadian itu secara tepat. Manakala ‘ Bagaimana’
pula bermaksud dengan cara apa perkara dan kejadian itu berlaku mengikut proses
tertentu dan bertepatan dengan kehendak sesuatu perkara dalam soalan yang ditanya.

Selain itu, ‘Contoh ‘ dalam konteks kaedah ini, membawa maksud contoh dari
segi lokasi dan jenis sesuatu perkara atau kejadian itu. Perkataan ‘Sebab’ pula
membawa maksud sebab berlakunya sesuatu perkara atau kejadian itu yang mana
menyebabkan berlakunya sesuatu proses tertentu. Akhir sekali, perkataan ‘ kesan’
merupakan akibat yang terjadi jika sesuatu perkara atau kejadian itu berlaku secara
berleluasa dan berlebihan daripada kedaan yang sepatutnya berlaku. Di sini akan
diperjelaskan beberapa contoh untuk memudahkan pemahaman pelajar untuk
menjawab soalan berbentuk konsep.

4.0 Contoh- Contoh Jawapan Mengikut Kaedah MJK.

4.1 Kaedah MJK – ABC.

Contoh 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia.

26
Luluhawa kimia bermaksud proses pereputan dan penyepaian batuan di
sesuatu tempat secara insitu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan, suhu dan
matahari contoh proses larutan, pengoksidan dan pengkarbonan.
Huraiannya,
Apa : proses perebutan dan penyepaian batuan di sesuatu tempat.
Bagaimana : secara insistu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan, suhu dan
matahari.
Contoh : proses larutan, pengoksidan dan pengkarbonan.

Contoh 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim.


Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan regolit yang mengalami
pengerakan ke bawah cerun secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan
graviti dan air bertindak sebagai pelicin serta kekurangan litupan tumbuhan.Contoh
kesotan tanih, tanah runtuh dan gelangsaran.
Huraiannya,
Apa : proses pergerakan bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah
cerun.
Bagaimana : secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti dan air
bertindak sebagai pelicin serta kekurangan litupan tumbuhan.
Contoh : kesotan tanih, tanah runtuh dan gelangsaran.
4.2 Kaedah MJK – ABS.

Contoh 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu.


Jerebu bermaksud partikel terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi.
Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang
stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di
sesuatu kawasan. Disebabkan aktiviti manusia dan faktor semula jadi seperti aktiviti
perkilangan dan letusan gunung berapi.
Huraiannya,
Apa : Jerebu bermaksud partikel terampai di atmosfera dalam ketebalan yang
tinggi.
Bagaimana : Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan
udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis
menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan.

27
Sebab : Disebabkan aktiviti manusia dan faktor semula jadi seperti aktiviti
perkilangan dan letusan gunung berapi.

Contoh 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan Pulau Haba.


Pulau Haba bermaksud perbezaan suhu antara pinggir bandar dengan pusat
bandar.Biasanya suhu lebih tinggit di pusat bandar berbanding dengan pinggir bandar
yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil dan bangunan tepu bina serta
kekurangan litupan tumbuahan.
Huraiannya,
Apa : Pulau Haba bermaksud perbezaan suhu antara pinggir bandar dengan
pusat bandar.
Bagaimana : Biasanya suhu lebih tinggit di pusat bandar berbanding dengan pinggir
Bandar.
Sebab : yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil dan bangunan tepu
bina serta kekurangan litupan tumbuahan.

4.3 Kaedah MJK – ABK.

Contoh 1 : Apakah yang anda tahu berkaitan dengan putaran bumi.


Putaran bumi bermaksud bumi berputar pada paksinya sendiri dengan
kecondongan 23 ½ ° daripada satah tegak dari barat ke timur selama 23 jam 56 minit
bagi satu pusingan 360 ° dengan kelajuan 1700 km/jam di khatulistiwa dan di kutub
kelajuannya sifar. Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon
waktu dan fajar dan senja.
Huraiannya,
Apa : bumi berputar pada paksinya sendiri.
Bagaimana : dengan kecondongan 23 ½ ° daripada satah tegak dari barat ke timur
selama 23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 ° dengan kelajuan
1700 km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar.
Kesan : Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon

28
waktu dan fajar dan senja.

Contoh 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi.


Peredaran bumi bermaksud bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk
bujur dengan kecondongan 66 ½ ° dalam masa 365 ¼ hari dengan kelajuan 107 280
km sejam mengikut lawan jam. Kesannya menyebabkan berlaku kejadian empat
musin dan kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang.
Huraiannya,
Apa : bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur.
Bagimana : yang berbentuk bujur dengan kecondongan 66 ½ ° dalam masa 365 ¼
hari dengan kelajuan 107 280 km sejam mengikut lawan jam.
Kesannya : Kesannya menyebabkan berlaku kejadian empat musin dan kejadian
siang dan malam yang tidak sama panjang.

Contoh 3 : Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam.

Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada semua bahan
asli yang berada di dalam alam sekitar fizikal yang berguna dan bermanfaat bagi
memenuhi keperluan atau kehendak manusia yang hidup di dalamnya.

Huraiannya,
Apa : Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada
semua bahan asli yang bermanfaat kepada manusia.
Ciri : Terbahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbahaui dan tidak boleh
diperbaharui.
Contoh :

4.4 Kaedah ACC.

29
Contoh 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya global.

Bandaraya global bermaksud bandar yang menempatkan pelbagai aktivti


ekonomi yang bertaraf global, pusat pasaran saham sedunia,pusat kewangan
dunia,persidangan antarabangsa,mercu tanda global,contohnya London, Tokyo,
NewYork dan Paris.
Huraiannya,
Apa : bandar yang menempatkan pelbagai aktivti ekonomi bertaraf global.
Ciri : pusat pasaran saham sedunia,pusat kewangan dunia,persidangan
antarabangsa,mercu tanda global.
Contoh : contohnya London, Tokyo, New York dan Paris

Contoh 2 : Apakah yang anda faham tentang pembangunan.


Pembangunan ialah satu proses perubahan daripada tradisioal kepada moden
melibatkan perubahan demografi, ekonomi, sosial,kualiti hidup dan perubahan politik
disebabkan peningkatan jangka hayat, peningkatan pendapatan perkapita,
meningkatnya kadar celik huruf.
Huraiannya,
Apa : perubahan daripada tradisioal kepada moden.
Ciri : perubahan domegrafi, ekonomi, sosial,kualiti hidup dan perubahan politik.
Sebab : peninkatan jangka hayat, peningkatan pendapatan pekapita,
meningkatnya kadar celik huruf.
Contoh 3 : Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam.

Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada semua bahan
asli yang bermanfaat kepada manusia. Terbahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh
diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui seperti air, hutan, gas asli dan bijih
timah.
Huraiannya,
Apa : Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada
semua bahan asli yang bermanfaat kepada manusia.
Ciri : Terbahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui.
Contoh : air, hutan , gas asli dan bijih timah.

30
5.0 Bagaimana para guru dan pelajar boleh membuat pilihan atau menentukan
sama ada menggunakan ABC, ABS dan ABK.

5.1 Cara menentukan penggunaan ABC.

ABC, secara mudah amat sesuai digunakan untuk soalan konsep yang
melibatkan soalan berkaitan proses yang berlaku terhadap sesuau kejadian atau
perkara . Misalnya pada contoh di atas melibatkan proses luluhawa kimia, pergerakan
jirim dan bandar raya global.

5.2 Cara menentukan penggunaan ABS.

Manakala ABS pula merupakan kejadian atau fenomena yang melibatkan


berlakunya campur tangan aktiviti manusia, kebanyakannya berpunca daripada aktiviti
manusia dan sedikit sebanyak juga berpunca daripada faktor semula jadi.Misalnya
fenomena jerebu dan pulau haba serta pembangunan.

5.3 Cara menentukan penggunaan ABK.


Manakala, ABK amat sesuai untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan
kejadian atau bahan semula jadi dan membawa kesan kepada manusia di bumi dalam
melakukan aktiviti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contoh kejadian putaran bumi,
peredaran bumi dan sumber alam.

5.4 Cara menentukan penggunaan ACC.


Akhir sekali kaedah ACC. Kaedah ini ada keistimewaannya iaitu hanya digunakkan
untuk menjawan soalan konsep dalam Geografi kertas 2.

6.0 Kesimpulannya.
Calon gagal memjawab mengikut format yang sepatutnya ringkas dan padat .
Dengan adanya panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menjawab

31
soalan berbentuk konsep ini dan akan mendapat merkah yang lebih cemerlang dalam
mata pelajaran Geografi STPM.

32
TEMA 1 : SISTEM BUMI

1. a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga. (5 markah)


(ii) Nyatakan bentuk-bentuk tenaga tersebut. (4 markah)
b) Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana kecondongan paksi bumi
menyebabkan keamatan tenaga solar yang diterima berbeza antara kawasan
sederhana dengan kawasan tropika.(8 markah)
c) Jelaskan kesan keamatan tenaga solar terhadap tumbuh-tumbuhan di
kawasan tropika lempab. (8 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga. (5 markah)

-Tenaga ialah keupayaan melakukan sesuatu kerja/aktiviti atau kemampuan untuk


mewujudkan perubahan terhadap jirim

(ii) Nyatakan bentuk-bentuk tenaga tersebut. (4 markah)

-Bentuk-bentuk tenaga - tenaga haba, keupayaan, kimia, kinetik, bahang/radiasi,


elektrik dan magnet.

33
b) Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana kecondongan paksi bumi
menyebabkan keamatan tenaga solar yang diterima berbeza antara kawasan
sederhana dengan kawasan tropika.(8 markah)

-Lukis gambarajah yang sesuai untuk membantu huraian

1. Kecondongan paksi bumi ialah 23 ½˚ dari garisan yang tegak pada rataan
Londar-menyebabkan terdapat perbezaan keamatan tenaga solar yang diterima
oleh kedua-dua kawasan.

2. Jarak matahari(beza ikut musim).Misalnya pada 22 Disember matahari lebih


hampir dengan garisan Jadi tetapi pada 21 Jun, matahari lebih hampir dengan
garisan Sartan manakala pada 21 Mac dan 22 September lebih hampir dengan
garisan Khatulistiwa.

3. Kecondongan pancaran (pancaran tegak atau pancaran serong)

4. Jangkamasa pancaran (berkaitan dengan panjang waktu siang mengikut musim)

c) Jelaskan kesan keamatan tenaga solar terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan


tropika lembap. (8 markah)

Perlu kaitkan antara keamatan tenaga solar dengan ciri-ciri tumbuhan di tropika

kefahaman dan penjelasan

- Oleh kerana kawasan tropika menerima tenaga solar yang banyak (sebahagiannya
telah dibalikkan oleh awan yang tebal) menyebabkan suhu di tropika lembap tidak
kurang 25˚C, sejatan dan kelembapan yang tinggi (80% pada jam 9.00 pagi) dan hujan
tahunan yang lebat sepanjang tahun melebihi 2000mm setahun – hutan hujan tropika
(hutan malar hijau) – mempengaruhi kadar keamatan yang diterima dan seterusnya
mempengaruhi ciri-ciri tumbuhan.

Kesan

1. Pokok-pokok besar yang berdaun hijau sepanjang tahun menyebabkan cahaya


matahari cuma sampai ke beberapa tompok kecil di dalam hutan dan ini pun
dalam beberapa jam sahaja setiap hari. Intensiti cahaya yang diterima oleh silara
pokok yang tinggi. Keadaan demikian rupa tidak memungkinkan pertumbuhan
pokok rendah di kawasan tropika. Sebaliknya pokok-pokok sentiasa bersaing
untuk mendapatkan cahaya matahari. Ini menyebabkan pokok-pokoknya
berbatang lurus dan bercabang-cabang di bahagian atasnya.

34
2. Keamatan cahaya matahari yang diterima oleh lantai hutan adalah rendah
berbanding dengan jumlah yang sampai ke silara. Di sebahagian besarnya
keamatan cahaya tidak mencukupi untuk menampung pertumbuhan tumbuhan
di lantai hutan. Kawasan yang menerima cahaya matahari akan ditumbuhi anak-
anak pokok dari lapisan A,B, dan C. (pokok-pokok besar mungkin tumbang di
tengah-tengah hutan dan melalui ruang inilah cahaya matahari sampai ke lantai
hutan). Anak-anak benih tumbuh setinggi beberapa cm sahaja setahun.
Pertumbuhan pesat hanya berlaku apabila hutan ditebang dan dibersihkan dan
menghasilkan belukar.

3. Pokok liana terpaksa bergantung kepada tumbuhan lain supaya tenaga cahaya
matahari dapat dicapai. Pokok liana kecil boleh hidup dalam keadaan yang gelap
atau teduh tetapi apabila sudah besar ia memerlukan cahaya.

4. Pokok-pokok saprofit dapat menyesuaikan diri dengan kadar keamatan tenaga


solar yang rendah dengan hidup di habitat yang gelap, kerana ia tidak
mengandungi klorofil. Ia dapat makan dari bahan reput atau humus dalam tanih.

5. Hutan di sekitar sungai yang besar adalah tebal dan sukar ditembusi kerana
lantai hutan ditumbuhi dengan pelbagai jenis hutan pokok renek dan pokok-
pokok yang rendah yang tidak jauh bezanya daripada belukar. Berbeza dengan
lantai hutan yang jauh dari sungai, lantai hutan di sekitar sungai menerima
cahaya matahari setiap hari

2.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ?(5 markah)


(b) Jelaskan kesan pemanasan tenaga suria terhadap biosfera, atmosfera dan
Litosfera. (10 markah)
(c) Terangkan bagaimana tenaga bahang, tenaga haba dan tenaga kinetik
mempengaruhi pembentukan hujan. (10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ?(5 markah)

Sistem ialah satu set himpunan objek atau angkubah-angkubah yang berada dalam satu
sempadan arbitari yang berinterkasi antara angkubah kerana sifatnya yang saling
berkaitan.

b)Jelaskan kesan pemanasan tenaga suria terhadap biosfera, atmosfera dan


litosfera. (10 markah)

1. Biosfera – bahangan matahari diterima oleh tumbuh-tumbuhan untuk proses


fotosintesis--membekalkan tenaga kepada haiwan dan manusia (vitamin D)

35
2. Hidrosfera – panaskan badan air – sejatan- bentuk awan sumbangkan
kerpasan- air larian permukaan masuk semula ke hidrosfera

3. Litosfera – bahang matahari membantu kepada proses luluhawa kimia,


pereputan dan penguraian batuan bagi pembentukan tanih.
Pereputan dan penguraian fosil flora dan fauna membekal tanih yang subur
kepada litosfera.

c) Jelaskan bagaimana tenaga bahang, tenaga haba dan tenaga kinetik


mempengaruhi pembentukan hujan. (10 markah)

1. Tenaga bahangan memanaskan badan air

2. Wujud tenaga haba dalam badan air dan terpeluwap.

3. Sejatan berlaku pada badan air dan wap air menaik, pergerakan ini
mewujudkan tenaga kinetik.

4. Haba pendam dalam udara mengurai wap air untuk terus naik.

5. Membentuk awan dan menurunkan kerpasan turun ke bumi


oleh tenaga kinetik

3. a) Bezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem


bumi. (6 markah)
b) Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sistem
bumi. (12 markah)
c) Jelaskan kesan-kesan terhadap system geomorfologi apabila bumi dikatakan
menerima lebihan tenaga eksogenik. (7 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) Bezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem


bumi. (6 markah)

1. perbezaan dari segi punca tenaga:- tenaga endogenik berasal dari dalam
bumi/kerak bumi manakala tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga
matahari.

2. perbezaan contoh tenaga:- tenaga endogenik seperti tenaga seismik(gempa


bumi), tenaga volkanik (gempa bumi), tenaga atomik seperti daripada galian
plutonium, uranium dll. Tenaga eksogenik adalah tenaga matahari yang boleh
bertukar menjadi tenaga keupayaan, kinetik, kimia dll.

36
3. Tenaga eksogenik/matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh sistem
bumi sama ada system geomorfologi, sistem atmosfera, hidrologi dan juga
ekologi. Manakala tenaga endogenik amat penting untuk menghidupkan system
dalam bumi/aktiviti ignius jalar dalam dan juga jalar luar.

b) Huraikan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sistem


bumi. (12 markah)

Tenaga eksogenik/tenaga matahari adalah amat penting untuk menggerakkan seluruh


operasi sistem-sistem bumi.

1. Luluhawa berlaku (kimia/fizikal) – kesemuanya memerlukan suhu yang


tinggi/tenaga haba yang cukup untuk beroperasi. Misalnya, luluhawa kimia
memerlukan suhu asas 10˚C untuk bertindakbalas menguraikan
batuan.Manakala luluhawa fizikal memerlukan kepanasan yang terik untuk
mengembangkan mineral batuan.

2. Proses hakisan dan pergerakan jisim – Misalnya dalam proses hakisan glasier,
proses ini boleh berlaku apabila mempunyai tenaga haba yang cukup untuk
mencairkan salji.Bahang matahari akan mencairkan salji. Apabila sajli mencair,
barulah ia boleh menggerakkan segala bahan hakisan menuruni lurah0lurah.

3. Proses sejatpeluhan dalam system hidrologi. Sejatan dari permukaan air, sejatan
dari lembapan tanih dan perpeluhan dari tumbuh-tumbuhan tidak akan terjadi jika
tidak mempunyai tenaga haba matahari yang cukup. Oleh itu, ia mempengaruhi
turunnya hujan.

4. Membolehkan angin bertiup dalam sistem atmosfera. An gin akan bertiup dari
tekanan tinggi ke tekanan rendah. Untuk enghasilkan perbezaan tekanan ini,
mestilah wujud perbezaan suhu/perbezaan haba antara dua tempat.

5. Membolehkan tumbuh-tumbuhan membuat makanan dalam sistem


ekologi.Tenaga matahari yang cukup membolehkan proses fotosintesis berlaku.
Begitu juga organisma-organisma lain yang memerlukan tenaga matahari untuk
pelbagai proses seperti proses perpeluhan/respirasi, tumbesaran dan
sebagainya.

c) Jelaskan kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan


menerima lebihan tenaga eksogenik. (7 markah)

Sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik disebabkan aktiviti manusia-kesan


rumah hijau, penipisan lapisan ozon. Kesan-kesan:-

1. Fenomena penggurunan-saiz kawasan gurun menjadi semakin besar akibat


cuaca dan persekitaran di kawasan gurun yang semakin kering-kontang, tandus-
gersang. Proses-proses luluhawa fizikal serta hakisan layangan angina semakin
dominan-contoh, Gurun Sahel dan Kalahari di Afrika sedang mengalami proses
perluasan yang hebat.

37
2. Pencairan ais di kawasan-kawasan kutub.Misalnya litupan ais Antartika dan
Greenland-menyebabkan kenaikan aras laut serta risiko yang rendah menjadi
tenggelam.

3. Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan


tinggi-kerana litupan ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.

4.a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan haba? (5 markah)


b) Jelaskan proses laluan tenaga solar ke permukaan bumi seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1. (10 markah)
c) Huraikan kegiatan manusia yang boleh mempengaruhi penjanaan tenaga
haba atmosfera. (10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan haba? (5 markah)

Suatu konsep keseimbangan yang merujuk kepada radiasi matahari yang datang dan
diterima oleh atmosfera dan bumi berbanding dengan radiasi keluar yang diserakkan
atau dibalikkan dan juga dikenali sebagai imbangan haba.

b) Jelaskan proses laluan tenaga solar ke permukaan bumi seperti yang


ditunjukkan dalam rajah 1. (10 markah)

1. Input radiasi gelombang panjang dan output radiasi gelombang panjang.

2. Halaju insolasi dan biasan.

3. Pantulan atau albedo

4. Peningkatan albedo dan pantulan radiasi gelombang pendek.

5. Insolasi dan proses penyerakan.

c) Huraikan kegiatan manusia yang boleh mempengaruhi penjanaan tenaga haba


atmosfera. (10 markah)

1. Kegiatan perkilangan

2. Proses pembandaran kawasan Bandar

3. Penggunaan kenderaan bermotor

4. Pembukaan kawasan hutan

5. Pembakaran sampah dan hutan

6. Pembinaan kemudahan jalan pengangkutan

38
5. a) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 )
daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah
mengikut masa. (5 markah)
b) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut
bahagian dunia? (10 markah)
c) Bagaimanakah tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di
kawasan tropika lembap? (10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 )


daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah
mengikut masa. (5 markah)

1. Jarak dari matahari dengan bumi (150 juta km) – jarak -peredaran bumi
mengelilingi matahari menyebabkan kejadian solstis dan ekuinoks
semasa perihelion dan afehelion

2. Elektromagnet mengikut kitaran tompok matahari (tempoh 11 tahun setiap


kitaran)

3. Tompok matahari (sunspot) – lebih banyak tenaga

4. Pemantulan – di lapisan atas atmosfera dan pemantulan oleh awan

5. Penyerakan olehzarah yang halus seperti molikul gas, udara, wap air, debu,
habuk dan hablur ais – menyerakkan sinaran matahari

6. Penyerapan – zarah wap air, gas-gas, habuk dan debu menyerap kira-kira 15%
daripada jumlah sinaran

7. Albedo – keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan (yang lebih cerah akan
memantulkan jumlah sinaran yang tinggi)

8. Gambarajah yang sesuai juga boleh disertakan

b) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut


bahagian dunia? (10 markah)

1. Putaran bumi mewujudkan siang dan malam

2. Peredaran bumi mengelilingi matahari yang mewujudkan kejadian musim


mengikut kedudukan garis lintang

3. Kecondongan pancaran matahari

4. Ketebalan atmosfera (bandingan antara kawasan gurun dan tropika lembap)

5. Perbezaan permukaan dari segi jenis (daratan, air dan tumbuh-tumbuhan) dan
bentuk (topografi) – hadap matahari atau terlindung

39
c) Bagaimanakah tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di
kawasan tropika lembap? (10 markah)

1. Kenalpasti ciri-ciri tropika lembap–panas lembap dan hujan sepanjang tahun

2. Keamatan tenaga matahari yang tinggi dan sepanjang tahun-pertanian


sepanjang tahun

3. Jumlah tenaga matahari yang banyak mempengaruhi pelbagai jenis tanaman


ditanam dan menghasilkan produktiviti sepanjang masa (kelapa sawit, getah,
nanas dll)

4. Peranan tenaga matahari dalam mempengaruhi kebanyakan kitar (air, nutrient,


dll) dan seterusnya mempengaruhi kegiatan pertanian, setrusnya ia
mempengaruhi proses-proses geografi fizikal di kawasan tropika lembap yang
sesuai untuk pertanian

5. Sejatpeluhan membolehkan tanaman tidak mengalami lebihan air yang


melampau, membolehkan pokok subur dan tidak berkulat
6. Mengeringkan sisa-sisa pertanian, pokok, belukar atau rumput boleh dibakar
untuk membersihkan lading dan dijadikan baja (kebenaran JAS)

6.a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekuinoks? (5 markah)


b)Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian musim yang berbeza di
permukaan bumi. (10 markah)
c) Bincangkan bagaimana perubahan musim di kawasan-kawasan dunia yang
berbeza mempengaruhi kegiatan penduduk. (10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekuinoks? (5 markah)

Kedudukan matahari adalah tegak di kawasan khatulistiwa yang menyebabkan panjang


siang dan malam adalah sama panjang di seluruh dunia.

b)Jelaskan sebab-sebab berlakunya kejadian musim yang berbeza di permukaan


bumi. (10 markah)

1. Bumi mengelilinggi matahari-memerlukan 365 ¼ hari untuk melengkapkan satu


orbit
2. Pergerakan bumi di atas paksi

40
3. Kecondongan paksi bumi
4. Sifat bumi berbentuk sfera

c) Huraikan bagaimana perubahan musim di kawasan-kawasan dunia yang


berbeza mempengaruhi kegiatan penduduk. (10 markah)

1. Pertanian-kawasan sederhana kegiatan menanam dijalankan pada musim


panas/hari bebas fros; khatulistiwa-pertanian sepanjang masa
2. Pembalakan-penebangan pokok pada musim dingin-getah pokok beku
3. Pelancongan-tumpuan kawasan tropika- contoh-pelancong dari kawasan sederhana
dunia-contoh
4. Perikanan-perbezaan-di tropika sepanjang tahun-kawasan sederhana aktif musim
panas
5. Pengangkutan-darat,air dan udara
6. Lain-lain-aktiviti/perlombongan/sosial

7.a) (i) Terangkan secara ringkas perbezaan antara bahangan suria dengan
bahangan bumi. (5 markah)
(ii) Huraikan proses-proses di atmosfera yang boleh mengurangkan jumlah
bahangan suria yang tiba ke permukaan bumi. (6 markah)
b) Jelaskan peranan bahangan suria terhadap tiga proses fizikal di permukaan
bumi. (6 markah)
c) Huraikan peranan bahangan suria terhadap ciri-ciri tumbuhan hutan hujan
tropika. (8 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) (i) Terangkan secara ringkas perbezaan antara bahangan suria dengan


bahangan bumi. (5 markah)

Bahangan suria-bahangan matahari iaitu punca tenaga haba dalam bentuk sinaran
gelombang elektromagnet pendek dan cahaya.

Bahangan bumi-bahangan terrestrial hasil pembalikan haba bumi yang diserap dari
matahari dalam bentuk gelombang electromagnet yang panjang.

(ii) Huraikan proses-proses di atmosfera yang boleh mengurangkan jumlah


bahangan suria yang tiba ke permukaan bumi. (6 markah)

1. Diserap oleh atmosfera seperti gas CO2,ozon,wap air/awan/hablur ais,


partikel/habuk.
2. Penyerakan bahangan matahari oleh partikel habuk,molekul gas, manik air, dll.
3. Pembalikan oleh awan yang berbeza ketebalan.

b) Jelaskan peranan bahangan suria terhadap tiga proses fizikal di permukaan


bumi. (6 markah)

41
1. Proses luluhawa-kimia/fizikal
2. Proses pergerakan jisim
3. Proses hakisan
4. Proses pengangkutan
5. Proses pemendapan

c) Huraikan peranan bahangan suria terhadap ciri-ciri tumbuhan hutan hujan


tropika. (8 markah)

1. Malar hijau-fotosintesis
2. Kepadatan/kepelbagaian jenis dan sepsis
3. Susun lapis tumbuhan A,B,C dan D
4. Tumbuhan menumpang-parasit
5. Tumbuhan menjalar dan melilit
6. Ciri daun/batang/silara

8. a) Nyatakan lima bukti yang menunjukkan bahawa bumi berbentuk


sfera? (5 markah)
b) Huraikan sebab-sebab terdapatnya perbezaan radiasi matahari mengikut
garis lintang. (10 markah)
c) Jelaskan lima pengaruh radiasi matahari terhadap aktiviti manusia.
(10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) Nyatakan lima bukti yang menunjukkan bahawa bumi berbentuk


sfera? (5 markah)

1. Bukti pelayaran mengelilingi bumi


2. Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung
3. Terbit dan terbenamnya matahari
4. Bukti satelit
5. Melihat kapal di laut
6. Bentuk bumi

b) Jelaskan sebab-sebab terdapatnya perbezaan radiasi matahari mengikut garis


lintang. (10 markah)

1. Jarak bumi dengan matahari


2 Luas permukaan bumi yang berbeza di kawasan garis lintang berbeza-zon
khatulistiwa; kawasan latitud 36˚U dan 36˚S;kawasan kutub
3. Radiasi mengalami pelbagai proses sebelum sampai ke permukaan bumi

c) Huraikan lima pengaruh radiasi matahari terhadap aktiviti manusia. (10 markah)

1. Pertanian
2. Perlombongan
3. Pelancongan

42
4. Pembalakan
5. Perikanan
6. Perindustrian
7. Pengangkutan

9.a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis? (5 markah)


b) Berdasarkan suatu gambarajah, huraikan kejadian musim berlaku. (10
markah)
c) Bandingkan bagaimana kejadian musim mempengaruhi kegiatan pertanian di
kawasan tropika dan sederhana. (10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis? (5 markah)

Solstis-Suatu keadaan di mana matahari tengahari tegak di atas kepala di Garisan


Sartan (23 1/2˚U) pada 21 Jun dan di Garisan Jadi (23 1/2˚S) pada 22 Disember
menyebabkan siang dan malam yang tidak sama panjang di kawasan-kawasan beriklim
sederhana kecuali di kawasan Khatulistiwa.

b) Dengan bantuan gambarajah, jelaskan kejadian 4 musim . (10 markah)

1.Gambarajah 4 musim- siang dan malam yang tidak sama panjang

2.Peredaran bumi mengelilinggi matahari-365 ¼ hari untuk melengkapkan satu


peredaran

3.Putaran bumi di atas paksi yang condong 23 1/2˚ daripada satah tegak-ada tempat
yang menerima lebih pada masa tertentu

4. Kejadian ekuinoks dan solstis iaitu


- kedudukan matahari tegak di Khatulistiwa
- Kedudukan matahari di Garisan Sartan (Solstis Musim Panas) atau Jadi
(Solstis Musim Sejuk)
- Penerimaan haba di kawasan kutub yang berbeza.

5.Penerimaan haba yang berbeza dalam keadaan jarak bumi yang berbeza dari
matahari
- afelion - 152 juta km

43
- perihelion - 147 juta km

c) Bagaimanakah iklim yang berbeza mempengaruhi kegiatan pertanian di


kawasan tropika dan sederhana. (10 markah)

Pertanian di kawasn tropika dan kawasan sederhana dibezakan dengan melihat aspek-
aspek berikut:

1. Jangkamasa penanaman-sepanjang masa/ikut musim


2. Jenis pertanian
3. Kawasan pertanian
4. Fungsi pertanian sama ada untuk sara diri atau dagangan
5. Keluasan/saiz tanaman

10.(a) Apakah yang anda faham tentang ‘soltis musim sejuk’ dan ‘soltis musim
panas’. (7 markah)
(b) Jelaskan empat kesan kejadian soltis kepada alam sekitar. (8 markah)
(c) Huraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia. di kawasan
sederhana dunia. (10 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

(a) Apakah yang anda faham tentang ‘soltis musim sejuk’ dan ‘soltis musim
panas’. (7 markah)

Soltis musim sejuk:

1. Malam lebih panjang daripada siang di hemisfera utara


2. Siang lebih panjang daripada malam di hemisferra selatan
3. Matahari tegak tengah hari pada 21/22/23 Dis di Garisan Jadi
4. Hamisfera utara mengalami musim sejuk dan hamisfera selatan mengalami musim
panas

Soltis musim panas:

1. Siang lebih panjang daripada malam di hemisfera utara


2. Malam lebih panjang daripada siang di hemisferra selatan
3. Matahari tegak tengah hari pada 21/22/23 Jun di Garisan Selatan
4. Hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami musim
sejuk

44
(b) Jelaskan empat kesan kejadian soltis kepada alam sekitar. (8 markah)

Kesan kejadian soltis ialah:

1. Berlaku kejadian musim sejuk .


2. Berlaku kejadian musim panas.
3. Siang dan malam yang tidak sama panjang kecuali di khatulistiwa.
4. Perubahan ketinggian matahari tengah hari dilangit.

(c) Huraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia. di kawasan
sederhana dunia. (10 markah)

Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia. di kawasan


sederhana dunia

1. Pembalakan –musim sejuk.


2. Pelancongan – salji – ski dll.
3. Pemburuan – haiwan tak aktif musim sejuk
4. Pertanian - terganggu
5. Petempatan - terganggu
6. Pengangkutan- terjejas

Tema 2 : Sistem Geogmorfologi.

Soalan 1

a) Apakah yang dimaksudkan dengan struktur bumi.


(5 markah)
Cadangan Jawapan :

Struktur bumi merupakan lapisan bumi iaitu terdiri kerak bumi, mantel dan
teras bumi yang mempunya sifat fizikal dan sifat kimia yang berbeza .
b) Jelaskan tiga perbandingan sial dan sima.
( 6 markah )
Cadangan Isi Jawapan :

1. Ketebalan yang berbeza, sial 20 hingga 70km dan sima 5 hingga 10km.

45
2. Ketumpatan yang berbeza, sial kurang tumpat iaitu 2.6 g/cm³ hingga 2.7g/cm³dan
sima lebih tumpat iaitu 2.8 g/cm³ hingga 3.0 g/cm³.

3. Jenis batuan yang berbeza, sial terdiri daripada batuan granit dan sima batuan
basalt.

4. Kandungan mineral yang berbeza,sial terdiri daripada silika dan aluminium dan sima
mengandungi silika dan magnesium.

c) Jelaskan proses pembentukan gunung lipat dan gunung bongkah.


( 6 markah )
Cadangan Isi Cadangan :
1. Proses pembentukan gunung lipat terjadi akibat pergerakan bumi secara besar-
besaran disebabkan tekanan yang kuat dalam kerak bumi sehingga
menyebabkan batuan termampat dan kawasan yang lemah akan berlipat.

2. Proses pembentukan gunung bongkah terjadi akibat kejadian gilinciran disebabkan


kuasa tegangan atau mampatan dan menyebabkan berlaku rekahan di mana
akhirnya sebahagain kerak jatuh atau naik berbanding kawasan sekitarnya.

d) Huraikan empat kepentingan daratan kepada alam sekitar manusia.


( 8 markah )
Cadangan Isi Jawapan :
1. Pertanian, - pelbagai jenis tanih membentuk daratan - menghasilkan pelbagai jenis
tanaman - tanih laterit untuk kelapa sawit dan getah-tanih alluvium untuk pada
sawah –tanih gambut untuk nanas- menggalak dan meningkatkan hasil pertanian.

2. Pelancongan - membentuk tanah tinggi- udara nyaman- suhu yang sederhana -


tumbuahan semula yang subur dan menarik- contoh tanah Tanah Tinggi Cameron
dan Tanah Tinggi Genting – menarik dan menggalakan kedatangan pelancongan.

3. Pelombongan - pelbagai jenis mineral yang berharga - dijumpai dalam kerak bumi -
diteroka dan dimajukan- menghasilkan sumber mineral dan bahan tanaga untuk
manusia - contoh Delta Kelantan dengan padi dan Felda Jengka dengan kelapa
sawit dan getah.

4. Ternakan - tanah pamah beralun dan rata -padang rumput yang subur- ternakan
meragut rumput- lembu dan biri-biri –contoh Padang Rumput Steppe dan Pampas.

5. Pembalakan - contoh dikawasan tanah tinggi kurang daripada 1200m- terdapat


Hutan Hujan Tropika- kaya dengan sumber balak- contoh meranti, cengal dan
jelutung- untuk dijadikan papan lapir, kayu gergaji dan perabut.

6. Ternakan ikan air tawar – daratan yang berair seperti sungai,kolam dan tasik-
ternakan ikan keli, tongsan dan talipia dijalankan-mempelbagaikan sumber
pendapatan individu dan negara- menjadi pendapatan sampingan dan tetap bagi
petani.

46
Soalan 2.

a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan batuan igneus?


( 4markah )
Cadangan Jawapan :

Batuan yang terbentuk daripada penyejukan dan pembekuan magma dari


lapisan mantel ,bersifat keras ,berkilat ,berhablur dan tidak
mengandungi fosil
ii. Nyatakan dua jenis batuan igneus dan satu contoh setiap batuan
tersebut.
(4markah)
Cadangan Isi Jawapan :

1. Jalar luar/ igneus terobosan , contoh basalt/riolit/pumis .

2. Jalar dalam/igneus rejahan contoh gabro/diorite/granit

47
b) Lukis dan tunjukkan bagaimana kitaran batuan berlaku.
(7 markah )
Cadangan Jawapan
Batuan Igneus
Luluhawa dan tekanan tinggi
Penyejukan dan Penghabluran
Tindakbalas kimia,
tekanan,suhu tinggi Batu lebur
(magma dan lava)
Batu enapan

Suhu sangat tinggi


(peleburan)

Batu Metamorfosis
Tindak balas kimia,
tekanan dan suhu tinggi
Rajah : Kitar Batuan
c) Huraikan lima kepentingan batuan terhadap aktiviti manusia.

Cadangan Isi Jawapan

1. Pelancongan – air terjun terbentuk daripada batuan igneus- tempat pelancongan


yang unik dan menarik- menggalak dan daya tarik kedatangan pelancong- contoh Air
Terjun Sekayu dan Air Terjun Kota Tinggi.
2. Keagamaan – gua terbentuk daripada batu kapur – tempat akitiviti keagamaan
dijalankan – terdapat banyak patung penganut agama Hindu- dianggap suci dan
berkat- dikunjung penganut Hindu untuk beribadat contoh semasa perayaan
Deepavali.
3. Hiasan Wanita – batu permata terbentuk daripada batuan metamorphosis- Contoh
berlian, zamrud dan delima- dibentuk dan dijadikan bahan hiasan wanita.
4. Pembinaan jalan raya – batuan igneus jenis granit- jalan raya bertar-mudah
pergerakan- meningkatikan darjah ketaksampaian- kembangkan aktiviti ekonomi dan
sumber pendapatan.

48
5. Pembinaan bangunan – batu kapur campuran bahan simen- kembangkan sector
pembinan bagunan dan projek perumah – kemudahan tempat tinggal rakyat.
6. Perindusterian – kaolin untuk membuat seramik – tembikar dan pinggan mangkuk
yang menarik – peluang pekerjaan - meningkatkan pendapatan – contoh Bidor,
Kuala Kangsar dan Ayer Hitam
7. Kuari – batuan granit – dijadikan batuan untuk sector pembinaan – peluang
pekerjaan – meningkatkan pendapatan – Contoh Rawang dan Ipoh..

Soalan 3

a) Apakah yang anda faham tentang hanyutan benua.


( 5 markah )
Cadangan Jawapan:

Satu pergerakan kerak bumi secara mendatar disebabkan arus perolakan


dalam lapisan mantel berlaku berjuta-juta tahun dahulu sehingga
membentuk benua hari ini

b) Jelaskan 3 bukti yang menyokong tentang hanyutan benua.


( 6 markah)

Cadangan Isi Jawapan:

1. Bukti sepadanan benua – benua Amerika dengan Afrika – pantai timur benua
Amerika Selatan dicantum dengan pantai barat benua Afrika – bentuk satu
daratan yang luas.
2. Bukti bahan fosil – persamaan bahan fosil antara Afrika Selatan dengan Amerika
Selatan.
3. Bukti Oseanik. – lembangan dan dasar lautan lebih muda dari benua- bahan
mendapan berhampiran benua lebih tua berbanding di tengah lembangan.
4. Bukti iklim palaeo – taburan zon iklim ada persamaan dari segi ciri
pengglasieran.

c) Nyatakan tiga cara berlakunya pergerakan plat tektonik.


( 3 markah )
Cadangan Jawapan :

Tiga cara pergerakan plat tektonik ialah pertembungan plat, perselisihan plat dan
pencapahan plat.

d) Huraikan lima kesan pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar.

Cadangan Isi Jawapan :

49
1. Pertanian – penanaman padi sawah dilereng berteres di kawasan gunung berapi-
kehadiran lava bes yang subur-menggalakkan aktiviti pertanian- contoh di Indonesia
dan Filipina.
2. Perlombongan – kaya dengan sumber mineral- ingeus jalar dalam seperti batolit dan
lakolit banyak mengandungi batuan granit- menggalakan aktiviti kuari – juga kaya
dengan sumber.
3. Pelancongan – tasik kawah, gizar dan mata air panas di kawasan gunung berapi
-tarikan utama pelancongan-contoh Tasik Danau Toba di Indonesia dan Rotorus di
New Zealand.
4. Kehilangan nyawa- berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi,gelinciran dan
tsunami- banyak nyawa terkorban- Contoh gempa bumi di Acheh pada 26 Disember
2004 mengwujudkan kehadiran tsunami- 200 000 orang telah terkorban kerana
gempa bumi dan tsunami.
5. Memusnahkan harta benda- letusan gunung berapi, tsunami dan gempa bumi
kemusnahan tempat tinggal, kenderaan dan harta benda yang lain- Contoh kejadian
di Acheh 26 Disember 2004 telah memusnahkan lebih 500 000 tempat tinggal
penduduk di Acheh dan di kawasan sekitarnya.
6. Kemusnahan infrastruktur- jalan raya, jalan kereta api, bekalan elektrik dan bekalan
air terputus- akibat bencana tersebut- bantuan dari luar sukar untuk sampai dan
dihantar-perhubungan dengan dunia luar terputus.
7. Penurunan suhu secara global- matahari di lindungan debu gunung berapi- Contoh
letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina pada 1991- suhu global menurun
sebanyak 0.5°C – berlarutan beberapa tahun.

Soalan 4

a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia ?


( 4 markah )

Cadangan Jawapan :

Luluhawa kimia ialah merupakan proses pereputan dan penyepaian batuan


secara insitu yang melibatkan perubahan kimia dan saiz batuan akibat
tindakan agen geomorfologi seperti perubahan suhu, air hujan dan pancaran
matahari.

ii. Nyatakan jenis luluhawa kimia yang anda tahu ?


( 3 markah)
Cadangan Jawapan :

Jenis luluhawa ialah larutan, pengoksidaan, pengkarbonan, penghidratan dan


hidrolisis.

50
b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa.
( 8 markah )
Cadangan Isi Jawapan :

1. Kekerasan batuan – berbeza mngikut jenis-batu ingeus seperti granit dan gabro
adalah batuan keras, agak sukar terluluhawa- perlu jangka masa yang lama untuk
terluluhawa- batuan enapan lebih lembut – mudah terluluhawa dengan kehadiran
agen luluhawa .
2. Rekahan Batuan- membantu dan menambah aktifkan luluhawa-merupakan garis
kelemahan dan membenarkan kehadiran air hujan dan udara memasuki
batuan.Contoh rekahan pada batu kapur- proses pengkarbonan akan berlaku-
terbentuk pandang darat karst iaitu pembentukan dolin,gua dan sungai bawah tanah.
3. Suhu – melibatkan unsur cuaca seperti jumlah karpasan,pancaran matahari dan julat
suhu harian sesuatu kawasan- kawasan beriklim khatulistiwa, suhu panas dan
lembap sepanjang tahun-jumlah hujan yang banyak- kehadiran pacaran matahari
melebihi 6 jam sehari secara purata- luluhawa kimia amat berkesan.Kawasan
beriklim gurun – jumlah kerpasan kurang-julat suhu harian yang tinggi-
menggalakkan luluhawa fizikal.
4. Bentuk muka bumi – kawasan pergunungan bersalji berlaku luluhawa tindakan fros,
pemcairan dan pembekuan berlaku secara berulang-ulang dan luluhawa
terjadi.kawasan rendah dan menakung air – tanih menjadi lembap-larutan dan
pengembangan batuan terjadi.
5. Tumbuh-tumbuhan – tindakan akar akan terbentuk- akar pokok masuk ke celah-
celah rekahan batuan- rekahan batuan akan membesar – luluhawa biologi berlaku.
6. Masa – semakin lama terdedah kepada agen luluhawa- semakin jelas pengaruh
luluhawa ke atasnya- batu granit akan terluluhawa jika terdedah di permukaan bumi
dalam jangka masa yang lama berbanding dengan batuan granit yang berada di
dalam kerak bumi
7. Tindakan manusia- manusia mendedah batuan dengan agen luluhawa di permukaan
bumi- aktiviti manusia yang terlibat seperti pembalakan, perlombongan dan
pertanian.

c) Huraikan lima pengaruh luluhawa terhadap alam sekitar.

Cadangan Isi Jawapan :

1. Pertanian- luluhawa membentuk tanih subur untuk penanamanan hasil pertanian-


tanih laterit terbentuk daripada proses luluhawa pengoksidaan- sesuai untuk
penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tanah pamah yang beralun di kaki
bukit.Contoh Jengka di Pahang dan Segamat di Johor.
2. Perindustrian – mengwujudkan industri seramik- tanih kaolin hasil daripada proses
hidrolisis- membuat pasu, tembikar dan jubin-Contoh Bidor dan Kuala Kangsar di
Perak dan Ayer Hitam di Johar.
3. Pelancongan- pandangan darat karst- luluhawa pengkarbonan- terbentuk gua,
stalagmite,stalaktif, tiang kalsit, dan sungai bawah tanah -merupakan tempat yang
menjadi tarikan pelancong- contoh Gua Niah dan Gua Mulu.

51
4. Pelombongan – struktur batuan yang lemah memudahkan aktiviti perlombongan bijih
timah- Lembah Klang dan Lembah Kinta- bijih timah jenis lanar- di kawasan tanah
lanar yang telah mengalami proses luluhawa sebelum di hakis oleh air di kawasan
tersebu.
5. Berlakunya tanah runtuh- di kawasan bercerun telah alami luluhawa- mudah berlaku
tanah runtuh- musnah petempatan dan jalan raya di kawasan sekitar kejadian.
6. Berlaku kemiskinan tanih – batuan terluluhawa alami proses larut resap yang tinggi –
mineral tersingkir dari tanih dengan banyak.

Soalan 5

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kesotan tanih dan tanah runtuh


( 7 markah )
Cadangan Jawapan :

1. Kesotan tanih merupakan pergerakan tanih ke bahagian bawah cerun secara


perlahan-lahan dan mengambil tempuh masa yang lama untuk dilihat kesannya
disebabkab kecerunan yang landai iaitu antara 2° hingga 4°.
2. Tanah runtuh pula merupakan pergerakan tanih ke bahagian bawah cerun yang
berlaku secara tiba-tiba dan dalam gerakan yang cepat untuk dilihat kesannya
disebabkan cerun yang curam atau hampir tegak disusuli dengan tarikan graviti
yang kuat dan tanih yang tepu dengan air akibat hujan yang lebat.

b) Nyatakan empat faktor yang menyebabkan berlakunya proses pergerakan jisim.

( 8 markah)
Cadangan Isi Jawapan :

1. Kecerunan – berkait dengan tarikan gravity yang amat penting dalam proses ini-
kawasan yang landai iaitu kurang 5° pergerakan jenis perlahan akan berlaku-
kawasan anatara 5° hingga 40° berlaku tarikan gravity yang amat kuat dan
pergerakan jenis cepat akan berjadi.
2. Regolit yang tebal – proses penyediaan bahan regolith daripada proses luluhawa
yang berlaku dikawasan persekitaran juga mempengaruhi – regolit yang kurang
akan menyebabkan pergerakan berlaku dalam skala yang kecil – regolith banyak
pergerakan akan berlaku dalam skala yang besar.
3. Jumlah hujan – kawasan khatulistiwa terutamanya, jumlah hujan banyak melebihi
2000 mm setahun- tanih akan tepu dengan air- air bertindak sebagai pelican
membatu pergerakan tanih kecerun bukit.
4. Litupan tumbuhan – kurangnya litupan tumbuhan meningkatkan lagi pergerakan
jisim- tumbuhan bertindak sebagai penghalang titisan air hujan terus meresapkan
dalam tanah- akar bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah.
5. Gerakan tektonik – letusan gunung berapi dan gempa bumi melonggarkan struktur
tanih- mudah berlaku pergerakan jisim- terutama dicerun yang musnah atau digaris
gelinciran.

52
6. Tindakan manusia – aktiviti manusia seperti pertanian,dan pertempatan dicerun bukit
gaitkan lagi pergerakan jisim- penggunaan jentera dan penanaman cerucuk konkrit
-tanih terdedah kepada air hujan - air meresap dan basah - struktur tanih tidak stabil.

c) Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan tanah runtuh di kawasan cerun


lebuh raya di Malaysia.

( 10 markah )

Cadangan Isi Jawapan.

1. Penanaman tumbuhan – rumput, pokok buluh dan pohon renek ditanam di cerun
lebuh raya – sebagai tanaman tutup bumi – akar mencengkam tanih- silara
menghalang titisan hujan turun ke tanah.
2. Tembok konkrit – didirikan di kawasan cerun curam tegak 90°- tidak stabil –
menahan daripada berlaku tanah runtuh. Konkrit tembok dibina bertingkat-tingkat
untukmenghalang dan mengawal tanah runtuk.
3. Sistem peparitan – paip saliran air dibina- air bertakung di bahagian belakang
tembok dapat disalurkan keluar – disalurkan ke tangga - tangga batu menuruni
cerun terus ke parit –kurang berlaku resapan air dalam tanah.
4. Sungkupan Plastik – bersifat sementara – berfungsi menghalang air daripada
meresap ke dalam tanah- tanah kurang tepu dengan air berat tanih kurang – tarikan
graviti kurang- kurang kadar hakisan.
5. Kempen kesedaran – kepada rakyat terutama pemaju perumahan, pekebun kecil
dan pengusaha hotel- kempen diberi dari masa ke semasa melalui media cetak dan
media elektronik. Juga dimulai dari peringkat sekolah rendah dan menengah supaya
para pelajar mengetahui kepentingan menggekalkan kestabilan alam sekitar.

Soalan 6.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil rentas sungai.


( 4 markah )

Cadangan Jawapan.

Profil rentas sungai merupakan gambaran bentuk lembangan sungai dari satu
tebing ke satu tebing di mana-mana bahagian sungai.

b) i. Nyatakan bentuk muka bumi pemendapan sungai.


( 3 markah )
Cadangan Jawapan:

Bentuk muka bumi pemendapan sungai ialah tetambak, dataran banjir, tasik
ladam dan delta.

ii. Nyatakan jenis pola saliran.


( 4 markah )

53
Cadangan Jawapan :

Jenis pola saliran yang ada ialah pola saliran reranting,pola saliran jejala,pola
saliran berbirai, pola saliran sepunca dan pola saliran setumpu.

c) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai.


( 8 markah)

Cadangan Jawapan :

1. Halaju air –halaju air perlahan dan tenaga air berkurangan- keupayaan air
mengangkut beban berkurangan- memendapan meningkat.
2. Isipadu air – isipadu air berkurangan musim kemarau dan ketika banjir surut-
keupayaan air mengangkut beban berkurangan – pemendapan meningkat terutama
selepas berlaku banjir.
3. Kecerunan sungai – berkait rapat dengan halaju air- bahagian hilir bentuk muka
bumi agak landai halaju air akan berkurangan- keupayaan mengangkut beban akan
berkurangan- pemendapan meningkat.
4. Bahan muatan sungai- bahagian hilir beban bertambah- hasil daripada proses
hakisan di bahagian hulu sungai- di bantu oleh kecerunan yang landai dan halaju air
yang perlahan – pemendapan meningkat di bahagian hilir sungai.
5. Halangan – halangan batuan keras yang menonjol di alur sungai- halangan pokok
tumbang dan haling aliran air sungai- aliran menjadi perlahan- pemendapan berlaku.

d) Huraikan kepentingan tiga bentuk muka bumi pemendapan kepada aktiviti manusia.
( 6 markah )
Cadangan Jawapan.

1. Pertanian- padi sawah dikaitkan dengan dataran banjir dan delta- tanih alivium yang
subur- contoh Dataran Kedah Perlis dan Delta Kelantan.
2. Peloncongan – Tasik ladam, dikaitkan dengan aktiviti rekreasi seperti memancing
dan berkelah dan berperahu.
3. Perikanan – dikaitkan dengan tasik ladam- dijadikan kawasan ternakan ikan tawar.
4. Pengangkutan – dikaitan dengan tetambak- pembinaan jalan raya – memudahkan
mobility penduduk – sumbangan kepada kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan
bertambah.

Soalan 7

a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses hakisan.


( 4 markah )
Cadangan Jawapan

Hakisan merupakan proses penggondolan dan kikisan yang dialami oleh


permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir,
angin dan ombak.

b) Nyatakan empat cara hakisan sungai.


(4 markah)

54
Cadangan Jawapan :
Empat cara hakisan ialah tindakan hidraul, lelasan,lagaan dan larutan.
c) Jelaskan pembentukan air terjun dan jeram.
(
7 markah )
Cadangan Jawapan :
1. Air terjun- di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun dalam
keadaan mendatar antaran batuan keras dan lembut. Batuan lembut akan mudah
terhakis daripada batuan keras- batuan keras akan mengalami rekahan- lama ke
lamaan membentuk air terjun-batuan keras mampu menghalang aliran air-
pembentukan air terjun terjadi.Contoh Air Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu
di Terengganu.

2. Jeram – air mengalir di kawasan yang mempunyai batuan yang tersusun secara
menegak dan berselang seli antara batuan lembut dank keras- batuan lembut lebih
dahulu dan mudah dihakis- batuan keras akan tertonjol ke atas- aliran air tersekat
dan melompat menneruni bonjolan yang keras.Contoh jeram di Hulu Tembeling
Pahang.

d) Huraikan lima langkah untuk mengurangkan kadar hakisan di aliran air sungai.
( 10 markah )

Cadangan Isi Jawapan:

1. Kurangkan aktiviti pembalakan dihulu sungai.


2. Kuat kuasa undang-undang.
3. Pembinaan tembok kontrik.
4. Larangan pembinaan bangunan berhampiran tebing sungai.
5. Kurangkan penerokaan hutan paya air tawar.

Soalan 8.

a) Apakah maksud profil panjang sungai.


[5m]
Cadangan Jawapan :
Profil sungai merupakan bentuk lembah dari satu poin ke satu poin tertentu di
sepanjang lembah sungai yang merujuk kepada kawasan sungai yang
bermula di tanah tinggi hingga ke muara sungai di mana mempunyai
kecerunan yang berbeza dan membentuk bentuk muka bumi yang berbeza.
b) Jelaskan tiga proses yang berlaku disepanjang profil tersebut.
[6m]
Cadangan Jawapan :
1. Hakisan – giat di bahagian hulu- cerun curam-halaju kuat-batuan keras- isi padu air
sedikit.

55
2. Pengangkutan – pengangkutan giat berlaku- cerun, halaju air dan isipadu air
sedarhana.

3. Pemendapan - pemendapan giat-cerun landai, halaju air perlahan dan isipadu air
sedikit.

c) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi profil panjang sungai


[6m]
Cadangan Isi Jawapan :
1. Kecerunan- profil bahagian hulu lebih bercerun curam –bahagian hilir lebih landai.

2. Halaju air – bahagian hulu lebih curam kerana halaju air yang kuat – bahagian hilir
agak landai kerana halaju air lebih perlahan.

3. Jumlah air hujan – hujan yang lebat menyebabkan profil sungai terganggu- hakisan
akan meningkat.

d) Huraikan dua aktiviti manusia yang mengganggu profil panjang sungai dan
dua langkah mengatasi gangguan tersebut.
[ 8m]
Cadangan Isi Jawapan :

Aktiviti ;
1. Pembalakan – mendapan akan meningkat- profil panjang sungai bahagian hilir akan
semakin landai.

2. Pertanian – beban yang dibawa meningkat – profil panjang sungai bahagian hilir
akan semakin landai dan cetek.

Langkah-langkah :
1. Kuat kuasa undang-undang - Akta Perhutanan .

2. Penebangan terpilih – tebang pokok yang benar-benar matang.

Soalan 9.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan legeh.
[5m]
Cadangan Jawapan:
Legeh sungai merupakan banjaran gunung dan tanah tinggi berhutan yang
menjadi garis pemisahan aliran sungai dan merupakan punca sungai serta
merupakan kawasan tadahan.
b) Jelaskan bagaimana tindakan hakisan sungai boleh menjana aktiviti
manusia.

56
[8m]
Cadangan Isi Jawapan :
1. Pertanian – hakisan hasil bahan mendap –bentuk dataran banjir dan delta.

2. Ternakan ikan air tawar – hakisan memotong likuan sungai –terbentuk tasik ladam.

3. Pelancongan – hakisan membentuk air terjun dan jeram-tempat menarik dan


menggalakkan aktiviti pelancongan.

4. Perlombongan – batuan di bahagian hulu mengalami hakisan menghasilkan batu


pasir.

c) Pembinaan empangan disesuatu aliran sungai memberi kesan kepada


proses-proses sungai. Jelaskan pernyataan ini.
[6m]
Cadangan jawapan :
1. Hakisan – berkurangan aliran air diatur oleh pembinaan empangan.

2. Pengangkutan – proses pengangkutan beban sentimen diganggu.

3. Pemendapan – pemendapan sungai terganggu- beban sentimen telah dimendapkan


dalam empangan sebelum sampai ke bahagian hilir.

d) Huraikan tiga langkah yang boleh dijalankan untuk mengurangkan hakisan


sungai.
[6m)
Cadangan Isi Jawapan :
1. Kurangkan aktiviti pembalakan dihulu sungai.
2. Kuat kuasa undang-undang.
3. Pembinaan tembok kontrik.
4. Larangan pembinaan bangunan berhampiran tebing sungai.
5. Kurangkan penerokaan hutan paya air tawar.

Soalan 10

‘Pinggir pantai mengalami proses hakisan seperti tindakan hidraul,


lelasan,larutan dan lagaan yang telah menhasilkan pelbagai bentuk muka
bumi yang tersendiri.’

a) Jelaskan perbezaan antara tindakan hidraul dan lelasan.


[ 4 markah ]
Cadangan Jawapan :

57
1. Agen – Tindakan hidraul agen utama air – lelasan agen utama pasir atau beban
sentimen.

2. Cara – Tindakan hidruil perlukan rekahan – lelasan tindakan ke atas permukaan


batuan,permukaan lembut lebih mudah terhakis.

b) Nyatakan,

i. Tiga bentuk muka bumi hakisan pinggir pantai.


[ 3 markah ]
Cadangan Jawapan :
Bentuk muka bumi pinggir pantai ialah gua, gerbang laut,batu tunggul, tunggul
sisa, geo, gloup, cenuram dan pentas hakisan ombak.

ii. Jelaskan cara berlakunya hakisan ombak.


( 6 markah )

Cadangan Jawapan :
1. Lelesan – melibatkan pasir sebagai agen utama menghakis pinggir pantai

2. Tindakan hidrual- melibatkan air bertindak balas dengan batuan di pinggir pantai
yang mempunyai rekahan.

3. Larutan – batu kapur yang terdapat di pinggir pantai di hakis oleh air laut yang
mengandungi asid karbonik yang lemah.

4. Lagaan – melibatkan beban sentimen dalam berada di dalam ombak berlaga


sesame sendiri.

c) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi bentuk muka bumi di pinggir pantai.
[ 6 markah]
Cadangan Isi Jawapan :
1. Kecerunan pantai- pantai yang lebih curam mengalami hakisan yang lebih tinggi
berbanding pantai yang bercerun landai.- pantai yang landai alami geseran dan
melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan.

2. Jenis batuan – pantai yang mengandungi batuan keras dan lembut akan mengalami
hakisan yang berbeza.Batuan keras sukar untuk dihakis dan mengambil jangka
masa yang panjang. Batuan lembut lebih mudah terhakis. Contoh batuan keras akan
membentuk tanjung dan batuan lembut akan membentu teluk.

58
3. Kekuatan ombak- ombak besar yang besar akan member kesan yang sangat besar
kepada pingir pantai dalam mengubah dan membentuk betuk muka bumi di pinggir
pantai.

d) Huraikan tiga kepentingan bentuk muka bumi pinggir pantai terhadap aktiviti
manusia..
[ 6 markah ]
1. Pelancongan – pantai ,tanjung dan teluk sumber alam semula jadi yang indah dan
menarik.

2. Ternakan akuakultur- teluk, tempat yang sesuai dan baik untuk habitat ikan.

3. Tadahan air atau takungan air- pantai yang menpunyai hutan semula jadi seperti
paya bakau dan hutan pantai.
4. Perlombongan pasir – pantai yang mengandungi pasir boleh diteroka untuk sumber
bahan mentah peridustrian dan pembinaan.

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

CADANGAN JAWAPAN

1 a) Apakah yang dimaksudkan tentang ‘sejatan’ dan ‘sejatpeluhan’. (6m)

Sejatan- proses perubahan air ke cecair dalam bentuk wap air di mana tekanan wap
air pada permukaan air lebih tinggi berbanding tekanan wap di atmosfera.

Sejatpeluhan-merupakan proses kehilangan air pada tumbuhan yang berlaku bila


tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi daripada tekanan wap air di
atmosfera.

b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses ‘sejatan’ dan ‘sejatpeluhan’.


(10m)

Sejatan
1- Suhu udara tinggi-Semakin tinggi suhu di suatu kawasan, semakin banyak sejatan
berlaku kerana tekanan pada permukaan air lebih tinggi berbanding tekanan wap di
atmosfera.
2- Luas kawasan permukaan air-Semakin luas kawasan permukaan, semakin banyak wap
air yang terhasil.

59
3- Kandungan lembapan tanih-Kelembapan tanih tinggi, sejatan tinggi-proses sejatan
terjadi melalui liang-liang pore tanih.
4- Tiupan angin-Semakin kencang dan keberterusan tiupan angin semakin tinggi proses
sejatan, kerana kandungan wap yg terdapat di atmosfera akan di bawa jauh dari tempat
tersebut dan meninggalkan ruang kosong di kawasan itu untuk di isi oleh wap air yang
baru.

Sejatpeluhan

5-Saiz dan kuantiti daun-Daun yang besar dan bilangan yang banyak- proses sejatpeluhan
tinggi kerana proses sejatpeluhan berlaku melalui liang-liang storma daun.
6-Orientasi atau keterdedahan pokok-Semakin banyak pokok yang terdedah pada
pancaran matahari, semakin tinggi proses sejatanpeluhan berlaku.
7-Panjangan waktu siang dan malam-Waktu siang yang panjang akan menghasilkan
sejatpeluhan yang lebih banyak, sebaliknya pada waktu malam kerana udara yang lebih
sejuk dan suhu daun juga rendah menyebabkan sejatpeluhan kurang berlaku pada waktu
malam.

c) Huraikan faktor semula jadi dan factor manusia yang menyebabkan kemarau. (9m)

1-Kawasan lindungan hujan-Kawasan yang terlindung dari oleh bukit tinggi atau berada
jauh di pedalaman, menyebabkan ia kurang menerima hujan, kerana hujan di haling
oleh bukit dan tidak sempat sampai ke kawasaan itu, contoh Jelebu di N.9, terlindung
dan mengalami kemarau.
2-Fenomena el-nino-Iaitu fenomena udara kering/kemarau yang di bawa oleh arus angin
kering dari lautan Pasifik. Apabila ia berlaku atmosfera akan kekurangan kandungan
wap air, seterusnya kurang berlaku kerpasan sedangkan sejatan berlaku dengan giat.
3-Pembalakan berlebihan-Iaitu proses memusnahkan tumbuhan secara berleluasa
menyebabkan tumbuhan berkurangan dan berlaku gangguan pada proses
transpirasi.Seterusnya cuaca menjadi kering dan kemarau akan berlaku.

CADANGAN JAWAPAN

2 a) Apakah yang dimaksudkan dengan penipisan lapisan ozon. (5m)

Gas-gas tercemar hasil daripada aktiviti manusia akan memutuskan ikatan-ikatan


oksigen dalam ozon yg terdapat pd lapisan statosfera dan menyebabkan lapisan ozon
terhakis dan menipis. Penipisan ini membolehkan sinar UV memasuki ruang atmosfera
bumi.

60
b) Jelaskan punca-punca berlakunya fenomena penipisan lapisan ozon. (10m)

1-Pertanian-penggunaan baja nitrogen yang banyak membawa kepada pencemaran air


dan udara, pencemaran ini akan di bawa naik ke atas samada sewaktu proses sejatan
atau sewaktu pelepasan bahang oleh bumi ke ruang atmosfera, seterusnya akan
menipiskan lapisan ozon.
2-Penggunaan alat penghawa dingin dan peti sejuk-gas yang terhasil seperti gas
CFC, ia sangat aktif apabila bercampur dengan molekul ozon, seterusnya kan
menghakis laipsan ozon.
3-Penggunaan tenaga nuklear pada peluru berpandu dan ujian roket-Penggunaan
uranium akan menghasilkan gas radioaktif yang sangat berbahaya samada pada
manusia dan jg pada lapisan ozon.
4-Pengangkutan-penggunaan kapal terbang supersonic.
5-Perindustrian-pembebasan asap yang mengandungi gas-gas berbahaya seperti CFC,
Co2, Karbon monoksida, akan menipiskan lapisan ozon.
6-Penggunaan bahan pencuci dan pelarut- spt bahan pencuci minyak dan gris bg
peralatan elektrik dan elektronik yg menggunakan CFC dlm bentuk cecair.

c) Huraikan kesan-kesan fenomena penipisan lapisan ozon pada alam sekitar


manusia. (10m)

1-Pemanasan global-Sinar UV yang berlebihan memasuki atmosfera bumi


mengakibatkan bumi menjadi panas-menghasilkan pelbagai fenomena seperti el-nino,
la-nina, banjir besar dll.
2-Pencairan salji di kutub-kesan dari kepanasan yang di alami bumi, salji di kedua-dua
kutub semakin mencair ini memberi kesan pada penenggelaman pinggir pantai.
3-Kadar hakisan pinggir pantai meningkat-kesan dari kenaikan aras laut, pinggir
pantai akan mengalami hakisan yang tinggi.
4-Kebakaran hutan secara semulajadi-hutan-hutan akan terbakar secara semulajadi
kerana suhu dunia yang panas dan udara yang kering akan menggalakkan lagi
kebakaran hutan.
5-Penyakit katarak mata dan barah kulit-ekoran sinaran matahari yang tidak di tapis, ia
akan menyilaukan mata, ini memberi kesan pada retina mata manusia, selain penyakit
barah kulit akibat pancaran uv yang tinggi.
6-Kerosakan DNA manusia, haiwan dan tumbuhan-Kerana mengalami kekeringan air
dalam badan dan jumlah air yang diterima tidak mencukupi, DNA manusia, haiwan dan
tumbuhan akan rosak.
7-Kemusnahan hidupan akuatik dan terumbu karang-Suhu air laut yang tinggi akan
memusnahkan hidupan akuatik dan terumbu karang kerana makanan untuk hidupan
akuatik ini seperti plankton tidak boleh hidup akibat dari suhu yang panas.

61
CADANGAN JAWAPAN

3 a) Apakah yang dimaksudkan dengan sel tekanan udara. (5m)

Kawasan di permukaan bumi yang mempunyai isobar atau garisan suhu yang seragam
samada bersifat tekanan tinggi atau rendah

b) Terangkan faktor-faktor yang menentukan pola edaran udara secara global (10m)

1-Perbazaan jangka panjang jumlah tenaga yang dipancarkan oleh matahari ke


permukaan bumi.
2-Pemanasan yang tidak sama rata permukaan bumi mengikut garis lintang-
mewujudkan dua tekanan sel yang berbeza.
3-Kecondongan paksi bumi-Berlaku musim yang berbeza antara Hemisfera Utara
dan Hemisfera Selatan.
4-Pusingan bumi di atas paksi dan pengaruh Daya Coriolis.
5-Ciri-ciri udara dan air-Udara sejuk lebih berat dan udara panas adalah ringan dan
naik ke atas, membentuk lebih banyak wap air.

c) Huraikan pengaruh angin monsun ke atas kegiatan ekonomi penduduk di kawasan-


kawasan tropika. (10m)

1-Pertanian- padi sawah/ tembakau di Delta Kelantan mengikut musim panas dan
lembap.
2-Perikanan pinggir pantai-cuaca tenang lebih banyak tangkapan, musim tengkujuh
(nov-mac)
nelayan di Pantai Timur Semenanjung terganggu.
3-Pelancongan-Musim panas lebih ramai pelancong di pulau-pulau dan pinggir pantai-
tiada gangguan oleh hujan dan ombak besar.
4-Pembalakan-Musim panas lebih giat-balak mudah diangkut keluar dari hutan, musim
hujan-sukar untuk proses penebangan dan pengangkutan balak.
5-IKS-Aktiviti menjemur batik, ikan, udang dan lain-lain sangat giat di pantai timur
semenanjung Malaysia pada musim monsoon barat daya, pada monsun timur laut
kegiatan menjemur kurang giat kerana ia membawa hujan yang lebat

CADANGAN JAWAPAN

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan? (5)

Kerpasan adalah lembapan/titisan air yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi
dalam pelbagai bentuk cecair (hujan) dan pepejal (salji/hujan batu) dan intensiti

62
b)Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana kejadian ‘hujan perolakan’ dan
‘hujan bukit’ terbentuk (10)

1. Lukis gambarajah hujan perolakan


-Udara panas menjalankan proses di permukaan bumi.
-Wap air di bawa ke atas lalu mengalami proses pengembangan dan penyejukkan.
-Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar pada bentuk cecair dan turun sebagai
kerpasan.

2. Lukis gambarajah hujan bukit


-Udara lembap naik ke atas di bawa angin dari arah laut kearah kawasan tanah tinggi.
-Udara dipaksa naik di kawasan terdapat halangan seperti banjaran dan gunung.
-Mencapai titik pemeluwapan dan di tukar kepada bentuk cecair dan turun sebagai hujan
bukit.

c) Huraikan bagaimana kegiatan manusia mempengaruhi hujan asid. (10)

1. Kegiatan perindustrian-Asap kilang yang tidak di tapis yang mengandungi sulfur


dioksida dan nitrogen dioksida terbebas ke udara,
2. Kegiatan pengangkutan-pembakaran bahan api fosil di bandar-bandar besar
oleh kenderaan telah membebaskan gas yang mengandungi Co2 di udara dengan
banyak, seterusnya bercampur dengan wap air dan terjadilah hujan asid.
3. Kegiatan pembakaran terbuka-pembakaran terbuka oleh orang ramai dan juga di
tapak pembuangan sampah juga telah membebaskan asap yang mengandungi
pelbagai gas seperti sulphur dioksida, Co2 dll.

CADANGAN JAWAPAN

5 a) Bagaimanakah penipisan lapisan ozon berlaku di ruang stratosfera. (5m)

Penggunaan gas CFC yg berlebihan menyebabkan ia naik ke atmosfera dan bertindakbalas


dengan sinar UV lalu terurai menjadi atom klorin. Atom klorin akan bertindakbalas dengan
molekul ozon menyebabkan ia terurai membentuk oksigen dan atom oksigen. Atom oksigen
akan bertindakbalas dengan atom klorin menghasilkan klorin monoksida menyebabkan
pengurangan molekul ozon berlaku.

b) Huraikan punca-punca pembebasan gas kloroflorokarbon (CFC) ke atmosfera.


(10m)

63
1-Pertanian-penggunaan semburan aerosol.
2-Penggunaan alat penghawa dingin dan peti sejuk-gas CFC terbebas.
3-Penggunaan baja kimia.
4-Penggunaan kapal terbang supersonic.
5-Perindustrian-pembebasan asap yang mengandungi gas-gas berbahaya.
6-Penggunaan bahan pencuci dan pelarut spt bahan pencuci minyak dan gris bg
peralatanelektrik dan elektronik yg menggunakan CFC dlm bentuk cecair.
7-Pengangkutan-penggunaan kenderaan yang mengeluarkan gas karbon
monoksida.

c) Jelaskan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar. (10m)

1-Peningkatan suhu dunia.


2-Pencairan salji di kutub,
3-Kadar hakisan pinggir pantai meningkat.
4-Pinggir pantai tenggelam.
5-Mengubah ekologi pinggir pantai.
6-Mengganggu kitar hidrologi.
7-Perubahan angin dunia.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan mikro iklim Bandar. (5m)

Iklim berskala kecil dengan keluasan yang terhad yang di sebabkan oleh aktiviti
manusia dan semulajadi

b) Jelaskan ciri-ciri mikro iklim bandar. (12m)

1-Sinaran matahari berkurangan-pencemaran udara / jerebu.


2-Suhu semakin tinggi kearah pusat Bandar.
3-Kelembapan bandingan rendah-kurang tumbuhan.
4-Hujan perolakan kerap berlaku.
5-Halaju angin berkurang/tiupan angin ke pusat Bandar.

c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan pencemaran udara Bandar. (8m)

1-Perhutanan Bandar.
2-Mengurangkan pembakaran bahan api fosil/guna sumber tenaga mesra alam.
3-Mencegah pembakaran terbuka sisa Bandar.
4-Kawalan teknikal/mekanikal.
5-Kuatkuasa undang-undang.
6-Peraturan dan garis panduan untuk bangunan, kilang, perumahan dll.
7-Pendidikan.
8-Kempen.

64
9.Tasik buatan.

TEMA 4 SISTEM HIDROLOGI

1. a) Nyatakan 3 proses mendatar dan 3 proses menegak dalam Kitar Hidrologi. (6)
b) Huraikan kepentingan air kepada alam sekitar. (9)
c) Jelaskan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah kurangan air. (10)

CADANGAN JAWAPAN

a) Nyatakan 3 proses mendatar dan 3 proses menegak dalam Kitar Hidrologi. (6)

Proses Mendatar Proses Menegak

1-Larian air permukaan. 1-Sejatan.


2-Aliran air bawah tanah. 2-Sejatpeluhan
3-Alir lintang atmosfera. 3-Kerpasan
4-Aliran batang.
5-Inflitrasi.

b) Jelaskan kepentingan air kepada alam sekitar manusia. (9)

1. Domestik-Kegunaan harian seperti untuk membasuh, minum, mandi dll.


2. Pertanian-Tanaman seperti padi/sayuran sangat memerlukan air, terutama semasa
proses pembesaran.
3. Perindustrian-Industri minuman sangat memerlukan bekalan air mencukupi.
Selain itu untuk kegunaan menyejukkan mesin sewaktu proses pengeluaran.
4. Perlombongan-Bijih timah.
5. Pelancongan-Tasik semulajadi dan tasik buatan.

c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah kurangan air. (10)

1. Hujan tiruan-membenihkan awan bagi mejadikan hujan.


2. Bina empangan-Air ditakung dan disimpan, digunakan sewaktu diperlukan.
3. Guna sumber air tanah-Air bawah tanah sangat berpotensi untuk di bangunkan.
Antara kaedah yg boleh digunakan ialah telaga tiub untuk menyedut air bawah tanah,
menggali telaga.
4. Sistem pengairan-Memodenkan sistem pengairan supaya lebih efektif dan dapat
mengelakkan dari pembaziran air berlaku, disamping membaik pulih saluran paip
yang rosak dan tersumbat.

65
5. Bina terowong air-Terowong di bina untuk pelbagai kegunaan terutama untuk
penyaluran air terus kepada pengguna tanpa sebarang kebocoran, dapat
mengelakkan pembaziran, Di samping
dapat menyalur air keluar sekiranya berlaku lebihan air.
6. Catuan air-Penggunaan air yang berjadual mengikut lokasi. Biasanya hadkan
penggunaan pada waktu puncak (siang) dan di buka pada waktu malam.

2. a) Terangkan proses-proses kitar hidrologi yang berlaku secara mendatar. (9)


b) Huraikan proses-proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air. (10)
c) Jelaskan kesan-kesan akibat ketidakseimbangan air positif. (6)

CADANGAN JAWAPAN

a) Terangkan proses-proses kitar hidrologi yang berlaku secara mendatar. (9)

1. Aliran air permukaan- Aliran permukaan adalah lebihan air hujan yang mengalir
menuruni cerun setelah semua liang pore tanah tepu dengan air hujan yang
disusupkan.
2. Aliran air bawah tanah-Ia bergerak di atas lapisan tidak telap air di dalam tanah.
Sistem akuifer khususnya dari jenis akuilud bertindak membenarkan air mengalir
secara mendatar di dalam system menuju ke system sungai, tasik, kolam dll.
3. Airan antara- juga dikenali sebagai aliran intra. Ia berlaku secara mendatar hampir
dengan permukaan/sub permukaan. Ia juga berpunca drp liang-liang pore yang sudah
tepu dengan air dan secara perlahan-lahan menuruni cerun.

b) Jelaskan proses-proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air. (10)

1. Kerpasan-Input utama dalam menentukan imbangan air. Ia bertindak membekalkan


air ke dalam sis. Hidrologi
2. Perpeluhan-Iaitu jumlah lembapan yang tersejat daripada unsur biological seperti
tumbuhan,haiwan dan manusia. Perpeluhan adalah proses output dalam imbangan
air. Ia berlaku menerusi liang roma akibat proses metabolisme.
3. Sejatan-Iaitu air yang tersejat daripada permukaan air dan lembapan tanih. Ia amat
dipengaruhi oleh bekalan tenaga matahari. Sejatan merupakan output dalam
imbangan hidrologi.
4. Larian air permukaan-Ia adalah proses perantaraan antara input dan output. Semua
air larian akan berakhir di kawasan takungan seperti tasik, sungai dll yang akan
mempengaruhi pula proses sejatan.
5. Simpanan air bawah tanah-Air hujan yang turun akan disusupkan ke dalam tanah
menerusi liang-liang pore dan bertakung di atas lapisan yang tidak telap air di dalam
tanah. Air yang tersimpan di dalam lapisan ini dipanggil akuifer.

c) Jelaskan kesan-kesan akibat ketidakseimbangan air positif. (6)

66
Kenalpasti ketidakseimbangan air positif iaitu lebihan air (banjir).
1. Fenomena banjir-Akibat curahan air hujan yang berlebihan menyebabkan limpahan
air keluar melalui tebing-tebing sungai dan tasik. Lebihan air akan mengalir dan
melimpahi kawasan-kawasan tanag rendah.
2. Menjejaskan aktiviti manusia-Aktiviti seperti pertanian, pelancongan dan lain-lain
akan terjejas akibat lebihan air seperti banjir, ia akan memusnahkan tanaman,
ternakan dan sebagainya.
3. Kelembapan bandingan sentiasa tinggi- Udara akan sentiasa lembap apabila
kerpasan melebihi sejatan. Udara yang sentiasa lembap menyebabkan udara
sentiasa sejuk.

Tema 5 Sistem Ekologi

1. a) Beri maksud rantaian makanan.(5m)


Rantaian makanan bermaksud hubungan pemakanan antara pengeluar,pengguna
primer,pengguna sekunder dan pengguna tertier yang melibatkan pemindahan
tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesaran dan kelangsungan hidup dalam satu
ekosistem.

b) Bagaimanakah aliran tenaga berlaku dalam sebuah ekosistem pertanian. (8m)

Contoh : Ekosistem kebun sayur

cahaya matahari pokok sawi ulat beluncas burung ular sawa pengurai

1. Cahaya matahari adalah asas kepada hidupan. Ia penting untuk proses fotosintesis.
2. Pokok sawi adalah pengeluar yang membuat makanannya sendiri melalui proses
fotosintesis. Dalam proses fotosintesis tumbuhan menggunakan cahaya matahari
dan karbon dioksida dan menghasilkan karbohidrat dan glukos.
3. Pokok sawi akan dimakan oleh ulat beluncas yang merupakan pengguna primer.
Ulat beluncas adalah haiwan herbivor iaitu haiwan pemakan tumbuhan. Berlaku
pemindahan tenaga dari pokok sawi kepada ulat beluncas. Tenaga itu digunakan
untuk membesar,bergerak dan bernafas.

67
4. Ulat beluncas akan dimakan oleh burung yang merupakan pengguna sekunder.
Berlaku pemindahan tenaga dari ulat beluncas kepada ulat burung. Tenaga itu
digunakan
untuk membesar,bergerak dan bernafas.

5. Burung akan dimakan oleh ular sawa yang merupakan pengguna tertier. Ular
sawa adalah haiwan karnivor iaitu haiwan pemakan daging. Berlaku pemindahan
tenaga dari burung kepada ular sawa. Tenaga itu digunakan untuk membesar,
bergerak dan bernafas.

6. Apabila tumbuhan dan haiwan mati ia akan diuraikan oleh bakteria pengurai seperti
protozoa dan menukarkannya menjadi nutrien.

c) Jelaskan gangguan terhadap keseimbangan ekosistem di kawasan


pertanian tersebut.(6m)

Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem pertanian

i. Pengunaan racun serangga dan baja kimia oleh petani telah menyebabkan
tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian. Keadaan ini menyebabkan
kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan semula di kawasan tersebut.

ii. Pengambilan kawasan pertanian untuk tujuan lain contohnya petempatan, industri,
lebuhraya dan kawasan pelancongan. Ini menyebabkan persaingan guna tanah
kawasan penanaman padi ditambak untuk
dijadikan kawasan perumahan.
iii. Penggunaan racun serangga menyebabkanpengguna primer mati lalu pengguna
sekunder kurang sumber makanan. Bila ulat beluncas mati burung akan kurang
makanan.

iv. Pembajakan semasa proses penanaman menyebabkan tanih jadi gondol dan
tandus.
Pengeluar musnah @ proses hakisan membawa bersama mineral dalam tanih.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemiskinan tanih.

v. Menanam ikut cerun menyebabkan berlakunya kejadian hakisan yang meluas


lantas
nutrien hilang bersama air larian permukaan . Tanih akan menjadi tidak subur.

d) Cadangkan tiga langkah untuk mengatasi masalah gangguan ekosistem


tersebut. (6m)

Langkah mengatasi masalah gangguan ekosistem tersebut.

i. Penggunaan baja organik / kompos harus diperluaskan dalam sektor


pertanian. Ini akan menjamin tanih terus subur dan tidak berasid.
Contohnya penggunaan najis ternakan.
ii. Kaedah Biologi iaitu menggunakan burung hantu untuk membunuh tikus.
Kaedah ini dapat mengurangakan pencemaran alam sekitar yang disebabkan

68
penggunaan racun serangga.
iii. Penanaman secara berteres mengurangkan aliran air dan hakisan.
Ini akan mengekalkan kesuburan tanih.
iv. Undang-undang dan garis panduan mesti dilaksanakan untuk menghadkan
kawasan petempatan ke kawasan pertanian. Contohnya Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974,EIA (Pindaan 2005).

v. Kempen seperti Cintai Alam Sekitar / Selamatkan Bumi dijalankan oleh


Jabatan Alam Sekitar dan badan bukan kerajaan .

vi. Pendidikan - formal & tidak formal.


- dalam subjek sains dan geografi.
- ceramah alam sekitar.

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? (3m)

Tumbuhan yang berupaya memproses makanannya sendiri dengan


bantuan cahaya matahari melalui proses fotosintesis .

b) Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi


ekosistem sawah padi. (10m)

i- Tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari matahari kepada tumbuhan


(padi dan rumput) untuk proses fotosintesis.

ii- Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna
primer
(tikus, belalang dan lain-lain) digunakan untuk bergerak, membesar dan
bernafas.

iii- Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada
pengguna
sekunder (ular, biawak dan lain-lain) digunakan untuk bergerak,
membesar
dan bernafas.

iv- Organisma pengurai seperti bakteria dan kulat memperolehi tenaga


kimia
daripada pengeluar dan pengguna yang mati untuk diguna balik oleh
pengeluar.

69
c i) Bagaimanakah aktiviti penerokaan di kawasan sawah padi mengganggu
keseimbangan ekosistem. (8m)

i- Aktiviti perlancongan
-pembinaan chalet, restoran, hotel dan kolam renang.
-menyebabkan sawah padi ditebus guna
-contoh: Bukit Merah Wetland

ii- Pembinaan petempatan


-petambahah penduduk menyebabkan permintaan terhadap tempat tinggal
meningkat.
-kawasan sawah padi ditimbun/ditambak untuk dijadikan taman perumahan.

iii- Akuakultur
-pembinaan kolam ikan/udang di kawasan sawah padi.
-disebabkan peningkatan pemintaan sumber protein.

iv- Pembinaan jalan raya / Lebuhraya


-penambakan sawah padi dengan meninggikan kawasan yang akan dibina
lebuhraya / jalanraya agar selamat dari bencana banjir.

d) Huraikan kesan penerokaan kawasan sawah padi kepada alam sekitar. (4m)

i- krisis makanan
- kurang bekalan padi sebagai tanaman ruji.

ii- banjir
- tiada kawasan saliran air resapan air bawah tanah.
- sawah padi jadi kawasan tidak telap air.
- hujan lebat menyebabkan banjir.
- menyebabkan kerosakan harta benda (rumah, perabot, kenderaan tenggelam)
dan kehilangan nyawa.

iii- kurang bekalan air


- sawah padi jadi kawasan tidak telap air apabila dijadikan kawasan perumahan,
jalanraya, lebuhraya, medan letak kereta.
- susup air bawah tanah tidak berlaku.
- kurang air bawah tanah.

3 a) Apakah yang dimaksudkan dengan piramid tenaga.(5m)

Gambaran tentang aliran tenaga dalam satu ekosistem mengikut aras trofik
Iaitu kelompok organisme yang terlibat dalam rantaian makanan, biasanya
semakin tinggi peringkat rantaian makanan semakin kurang tenaga.

70
b) Terangkan peranan tumbuh-tumbuhan dalam sebuah ekosistem. (8m)

i- tumbuhan hijau memainkan peranan dalam mengawal keseimbangan ekosistem


sebagai pengeluar utama kepada komponen-komponen hidupan lain.

ii- melalui proses fotosintesis ia menukarkan tenaga suria kepada tenaga kimia
yang akan digunakan oleh haiwan dan tumbuhan parasit, saprofit sebagai
makanan.

iii- tumbuhan bekal oksigen kepada hidupan.


- melalui proses fotosintesis oksigen dibebaskan.
- oksigen pula kelansungan hidup manusia dan haiwan.

. iv- tumbuhan merendahkan suhu


-sejatpeluhan bebaskan wap air yang merendahkan suhu persekitaran.

c) Huraikan kesan pemusnahan ekologi hutan terhadap alam sekitar fizikal. (6m)

i- Hakisan tanah
- pembersihan kawasan hutan untuk projek perumahan telah menyebabkan
berlakunya pertambahan kadar hakisan tanah sebanyak lima kali ganda. Ini
kerana tanah terdedah itu mengalami hakisan percikan, hakisan permukaan
serta kesotan cerun.
- kegiatan pertanian pindah menyebabkan berlakunya hakisan cerun yang pesat
akibat daripada aktiviti meneres bukit-bukit dan teknik tradisional iaitu
pembajakan dan penanaman yang tidak mengikut teknik agronomi.
- hakisan tanah yang pesat di kawasan penerokaan hutan ini adalah kerana
tumbuhan tidak dapat memainkan peranan menghalang hakisan seperti
peranan silara tumbuhan.

ii- pencemaran air


- kesan dari penerokaan hutan untuk pembangunan, pertanian, perumahan,
pembalakan dan perlombongan secara besar-besaran menyebabkan
berlakunya hakisan dan bahan-bahah hakisan ini dimendapkan di sungai.
Akibatnya, sungai akan tercemar. - akibat daripada teknik lombong pam yang
digunakan yang memancutkan air telah menyebabkan hakisan yang amat ketara
sekali terhadap kawasan bukit tersebut. tindakan air itu berupaya melonggarkan
ikatan butiran dan hakisan lurah berlaku. Air larian membawa bahan-bahan
hakisan seperti lanar selut, kelodak serta pasir ke sungai-sungai menyebabkan
pencemaran.

71
iii. Pencemaran udara
kesan daripada penerokaan hutan untuk pembinaan jalanraya, bilangan
kenderaan bertambah. Ini menyebabkan pembebasan bahan pencemar ke
udara meningkat yang berupa kumpulan asap hitam, gas, habuk dan lain-lain.

iv- banjir
,
perumahan dan sebagainya membawa kepada kekerapan banjir.
Ketiadaan kawasan tumbuhan yang dapat mengawal pengaliran air larian
menyebabkan hujan turun terus mengalir ke lembangan. Bahan-bahan hakisan
yang dibawa mendap di dasar dan mencetekkan sungai. Hujan berterusan
menyebabkan air melimpah keluar dari tebing menjadi banjir.

iv- pemusnahan terhadap spesies tumbuhan dan haiwan (biodiversiti)


- hutan hujan tropika Malaysia kaya dengan berbagai spesies tumbuhan dan
haiwan. pemusnahan hutan untuk tujuan pembangunan, pertanian,
pembalakan dan lain-lain membawa kepada kemusnahan spesies tumbuhan
dan kepupusan haiwan dalam jangka masa panjang.
- pembinaan Empangan Kenyir di Terengganu menyebabkan haiwan berpindah
ke kawasan lain dan banyak spesies tumbuhan tenggelam dan musnah.

v- perubahan iklim mikro


- dimaksudkan dengan unsur cuaca iaitu suhu dan hujan. suhu dan hujan
berubah setelah hutan dibersihkan.- penerangan kawasan hutan
menyebabkan berlakunya perubahan musim hujan,
kekerapan musim kemarau dan kejadian banjir kilat.

vi- gangguan edaran hidrologi semulajadi dan kawasan tadahan.


- peranan hutan hujan tropika terganggu apabila kawasan tersebut diterokai
untuk pembangunan, pertanian, pembalakan, perumahan, yang melibatkan
kawasan tadahan hujan.
- kering kerana air bawah tanah turut tersejat melalui proses sejatan dan
memberi kesan pada kandungan tanah seperti humus akan musnah

d) Cadangkan tiga langkah untuk mengatasi kepupusan flora dan fauna di Malaysia
. (6m)

i - mewartakan hutan simpan dan taman negara


- penerokaan hutan tidak dibenarkan di hutan simpan contoh Taman Negara
Endau Rompin.

ii- Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)


-bertanggungjawab untuk melindungi hidupan liar dan taman negara.

iii- menguatkuasakan undang-undang


- beberapa akta digubal untuk melindungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan
semulajadi dan hidupan liar contohnya Akta Perhutanan Negara 1984.

72
iv- penghutanan semula (penanaman semula)
- menanam semula pokok yang ditebang dan pokok yang ditanam matang
dalam jangka masa 15 tahun.

v- menjalankan penyelidikan
- dijalankan untuk meningkatkan pengurusan sumber hutan dan menjamin
pengekalan sumber semulajadi dan balak yang berterusan.
- contoh: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

vi- penubuhan ladang hutan


- ditubuhkan bagi membekalkan bahan kayu yang berterusan.
- contoh projek ladang hutan kayu jati di Kedah, Perlis Perak dan Selangor.

vii- mengehadkan pengeluaran lesen memburu dan membalak


- pengeluaran lesen untuk mengawal pemburuan binatang.
- PERHILITAN bertanggungjawab dalam pengeluaran lesen pembalakan.

viii- Pendidikan alam sekitar


- menimbulkan kesedaran masyarakat berkenaan cara memelihara alam
sekitar secara formal dan tidak formal.

xi- Kempen
- dianjurkan kerajaan dan NGO misalnya Tabung Alam Malaysia
(WWF Malaysia).

Saling bergantungan antara sistem

1 a) Beri maksud konsep pemeliharaan alam sekitar. (5m)

Pemeliharaan – usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan tertentu bagi
melindungi alam sekitar yang sedia ada dari musnah demi
kepentingan generasi akan datang

b) Huraikan dua contoh kaedah pemeliharaan alam sekitar. (4m)

i. Taman Negara
Taman Negara telah diwartakan oleh kerajaan sebagai rizab
di mana aktiviti penebangan pokok dan perburuan diharamkan
sama sekali di kawasan tersebut. Langkah ini diambil bertujuan
melindungi flora dan fauna di kawasan tersebut. Contoh taman
negara yang terdapat di Malaysia ialah Taman Negara Kinabalu.

ii. Hutan Simpan

73
Selain taman negara kerajaan juga mewujudkan hutan simpan
yang berfungsi mengekalkan flora dan fauna di kawasan tersebut
Contoh hutan simpan ialah Hutan Simpan Endau-Rompin di
Sempadan Pahang-Johor.

iii. Penebangan hutan secara terpilih


Untuk memastikan khazanah hutan kekal terpelihara proses
penebangan secara terpilih hendaklah dilaksanakan. Melalui
kaedah ini hanya pokok yang matang sahaja ditebang. Dengan
cara ini pokok yang belum matang berpeluang membesar
menggantikan pokok yang telah ditebang.

c) Hujan asid adalah salah satu fenomena yang wujud akibat kegagalan manusia
memelihara sistem atmosfera. Jelaskan tiga kesan fenomena hujan asid terhadap
alam sekitar. (6m)

Tiga kesan hujan asid

i. Kemusnahan ekosistem hutan


Kandungan hujan asid dengan pH kurang dari 5 menyebabkan kemusnahan
hutan. Hujan asid menyebabkan pokok menjadi lemah kerana akar pokok
menjadi lemah dan tidak dapat meresap nutrien.

ii. Kemusnahan hidupan akuatik


Hujan asid yang masuk ke dalam sungai akan membunuh hidupan akuatik
seperti udang dan ikan. Ia pernah terjadi di Sweden dan Finland.

iii. Aktiviti pertanian terganggu


Hujan asid menyebabkan tanih berasid dan menjejaskan kesuburan tanih.
Di India ladang gandum yang berhampiran kawasan industri mengalami
penurunan pengeluaran.

d) Jelaskan langkah kaedah bukan perundangan mendapat membendung masalah


hujan asid? (8m)

Kaedah Bukan Perundangan


i. Penapis asap di cerobong asap kilang
-mengurangkan masalah pencemaran.
-asap yang terbebas tidak engandungi
bahan pencemar
ii. Kempen Kongsi Kereta
-mengurangkan kenderaan di jalanraya.
- merendahkan kepekatan bahan pen-
cemar diruang atmosfera
iii. Penggunaan kenderaan awam

74
-LRT, monorail, bas.
-megurangkan bahan pencemar
iv. Bina kawasan industri di kawasan luar
bandar.
- kilang Proton dipindahkan dari Shah
Alam ke Tanjung Malim

2 a) Beri maksud ‘saling kebergantungan antara sistem.

Definisi ‘saling kebergantungan antara sistem’ ialah interaksi antara satu sistem
dengan sistem yang lain. Ia boleh mengubah dan mengganggu alam sekitar
fizikal dan lam sekitar manusia .

b) Jelaskan faktor yang memnyebabkan kebakaran hutan. (6m)

Faktor menyebabkan kebakaran hutan.


i- Faktor semulajadi
a. Fenomena El-Nino menyebabkan cuaca panas berpanjangan lantas
mewujudkan masalah kemarau. Cuaca yang panas ini menyebabkan
daun kering di kawasan hutan mudah terbakar. Kebakaran hutan
secara meluas pernah terjadi Kalimantan,Indonesia.

b. Letusan gunung berapi mengeluarkan lava panas yang menyebabkan


hutan mudah terbakar.

ii- faktor manusia


a. pertanian pindah - proses tebang bakar oleh kaum asli.
- dijalankan di kawasan pendalaman.

b. sektor perladangan - tanaman berskala besar.


- untuk tanaman getah, kelapa sawit.
- contoh di Indonesia.
c. kecuaian manusia - pembuangan puntung rokok atau bahan mudah
terbakar semasa musim kering.
- api mudah merebak

c) Bagaimanakah kebakaran hutan mempengaruhi sistem atmosfera dan


sistem hidrologi? (8m)

Kebakaran hutan mempengaruhi sistem:

i- Atmosfera
a) jerebu - hutan terbakar mengeluarkan asap dan partikulat terampai di
atmosfera.
- udara kering dan angin tenang membantu mengapungkan partikulat

75
di ruang atmosfera.
b) hujan asid - komponen hasil pembakaran hutan seperti karbon dioksida dan
karbon monoksida menyerap dalam wap air.
- wap air mengalami pengeluwapan dan membentuk hujan asid.

c) peningkatan suhu global - pembebasan karbon dioksida meningkatkan


kepekatan gas rumah hijau.
- gas rumah hijau penyumbang kepada pemanasan
global.
ii- Sistem hidrologi
a) mengurangkan sumber air bawah tanah
- mengurangkan proses susupan air bawah tanah.
- tiada akar pokok untuk meresap air ke bawah tanah.
- air bawah tanah berkurangan.
b) mengurangkan kerpasan
- tiada daun untuk proses sejatpeluhan.
- jumlah wap air di atmosfera berkurangan.
- awan tidak terbentuk dan sekaligus mengurangkan hujan.

d) Huraikan langkah mengurangkan masalah kebakaran hutan? (6m)

Langkah mengurangkan masalah kebakaran hutan.


i- kerjasama antara negara
- kerjasama teknikal antara Malaysia, Singapura dan Indonesia.
- Malaysia dan Singapura memberi bantuan teknikal masa memadamka
kebakaran di
Indonesia.
- memadamkan api dari udara menggunakan helikopter.

ii- hujan tiruan


- membuat hujan tiruan dengan menyemburkan garam kepada awan
komulonimbus.
- garam akan menarik wap air membentuk awan dan bila awan berat, terjadilah
hujan.

iii- perundangan
- tindakan perundangan kepada pertani yang menjalankan pembakaran hutan
secara
terbuka.
- tujuan supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.
- contoh : Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

iv- kempen
- kempen untuk menyedarkan masyarakat pentingnya hutan kepada manusia.
- antara kempen adalah ‘Hijaukan Bumi’.
- media: tv, akhbar, majalah, NGO.
anjuran: JAS, NGO.

76
v- pendidikan
- pendidikan formal dan tidak formal.
- tujuan: mendidik pelajar tentang pentingnya hutan dalam kehidupan manusia.
- pendidikan formal: Geografi, Sains.
- pendidikan tidak formal: ceramah Alam Sekitar.

3. a) Beri maksud gempa bumi. (4m)

Gempa bumi didefinisikan sebagai satu gegaran kerak bumi akibat


pelepasan tenaga dari dalam bumi secara tiba-tiba .

b) Nyatakan :

i) sistem-sistem yang berubah akibat gempa bumi. (2m)

ii) perubahan yang berlaku terhadap sistem-sistem tersebut. (3m)

i) sistem yang berubah akibat gempa bumi


- sistem geomorfologi
- sistem ekologi

ii) Perubahan yang berlaku terhadap sistem tersebut


a. sistem geomorfologi – gelinciran/sesar
- tanah runtuh.

b. sistem ekologi – habitat tumbuhan musnah

c) Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar manusia. (8m)

kesan-kesan gempa bumi terhadap alam sekitar manusia.


i- kehilangan nyawa
- bangunan runtuh menyebabkan banyak kematian.
- contoh: di China.

ii- Kemusnahan harta benda


- rumah, bangunan perniagaan, pejabat runtuh.
iii- Kemusnahan infrastruktur
- tiang elektrik dan telefon tumbang.
- jalanraya retak, terputus.
- jambatan runtuh.

iv- Kehilangan sumber rezeki


- premis perniagaan, industri dan kawasan perlancongan musnah.
v- Trauma
- gangguan emosi akibat kehilangan orang tersayang seperti ibu, bapa,

77
pasangan dan anak.

vi- Wabak penyakit


- taun kerana kurang bekalan air bersih.
- bakteria dan virus dari bangkai haiwan dan mayat manusia.

d) Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi


kesan gempa bumi. (6m)

i- alat pengesan gempa bumi (siesmograf)


- kemajuan teknologi dapat mengesan kejadian gempa yang akan berlaku.
- diterokai oleh pengkaji dari Amerika Syarikat dan Rusia.

ii- kejuruteraan bangunan yang tinggi


- membina bangunan yang kukuh dan tahan gempa iaitu mempunyai ciri-ciri
keselamatan
- sistem cerucuk yang kuat dan tahan gegaran.
- contoh di Jepun dan Taiwan.

iii- kurangkan pembinaan di kawasan lereng bukit


- petempatan dibina di kawasan rata.
- mengurangkan risiko runtuhan bangunan.
iv- kerjasama antarabangsa
- bantuan dari PBB.
- sumbangan dari negara-negara lain.

Kajian Luar Geografi Alam Sekitar Fizikal

Soalan 1.
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di lembangan saliran,
a) Senaraikan jenis dan cara hakisan sungai di kawasan tersebut.

( 7 markah )

Cadangan Jawapan:
Kajian luar dijalankan di Sungai Pahang, Pahang.
Jenis hakisan yang terdapat di kawasan kajian ialah hakisan mendalam, hakisan
menegak dan hakisan mengundur.
Cara berlakunya hakisan ialah lagaan, lelasan, tindakan hidrual dan larutan.
b) Huraikan bentuk muka bumi akibat proses hakisan di kawasan tersebut.
( 8 markah )
Cadangan Jawapan :

3. Air terjun- di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun dalam
keadaan mendatar antaran batuan keras dan lembut. Batuan lembut akan mudah
terhakis daripada batuan keras- batuan keras akan mengalami rekahan- lama ke
lamaan membentuk air terjun-batuan keras mampu menghalang aliran air-
pembentukan air terjun terjadi

78
4. Jeram – air mengalir di kawasan yang mempunyai batuan yang tersusun secara
menegak dan berselang seli antara batuan lembut dank keras- batuan lembut lebih
dahulu dan mudah dihakis- batuan keras akan tertonjol ke atas- aliran air tersekat
dan melompat menuruni bonjolan yang keras.

5. Gaung - lurah yang dalam terbentuk hasil dari hakisan menegak- bahagian hulu air
deras dan batuan jenis batuan keras- hakisan menegak bertindak dengan berkesan
di dasar alur dan mendalamkan dasar sungai sehingga membentuk gaung.

6. Lubuk junam- lekukan yang dalam terbentuk di kaki air terjun – tindakan air sungai
melalui hakisan mendalam dan tidankan pusaran air membentuk lubuk tersebut.

b) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap


kegiatan manusia.
( 10 markah )

Cadangan Jawapan :
1. Pertanian - delta dan dataran banjir untuk penanaman padi sawah.

2. Pelancongan- kawasan sekitar air terjun, jeram dan tasik ladam untuk berkelah,
mandi- manda dan memancing serta berkayak.

3. Menjana kuasa hidro elektrik – di kawasan air terjun dan jeram.

4. Ternakan ikan air tawar – di kawasan tasik ladam dan muara sungai – habitat ikan
yang susuai dan baik- tambah pendapatan nelayan.

5. Petempatan - likuan sungai dan delta – mudah dibina kemudahan asas untuk
kelansungan hidup manusia

Soalan 2
Berdasarkan kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi,

a. ( i ) Nyatakan dua proses geomorfologi yang berlaku di kawasan tersebut.


( 2 markah)
Cadangan Jawapan :

Kawasan Kajian luar ialah Tanah Tinggi Camaron, Pahang.

Dua proses geomorfologi ialah tanah runtuh dan hakisan.

( ii ) Jelaskan maksud salah satu daripada proses tersebut.


( 5 markah )
Cadangan Jawapan:
1. Tanah runtuh pula merupakan pergerakan tanih ke bahagian bawah cerun yang
berlaku secara tiba-tiba dan dalam gerakan yang cepat untuk dilihat kesannya
disebabkan cerun yang curam atau hampir tegak disusuli dengan tarikan graviti
yang kuat dan tanih yang tepu dengan air akibat hujan yang lebat.

79
2. Hakisan merupakan proses penggondolan dan kikisan yang dialami oleh
permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin
dan ombak.

b. Jelaskan tiga faktor yang menpengaruhi proses geomorfologi tersebut.


( 6 markah )
Cadangan Isi Jawapan :

7. Kecerunan – kawasan antara 5° hingga 40° berlaku tarikan gravity yang amat kuat
menyebab terjadinya tanah runtuh.- hakisan juga meningkat dikawasan yang
bercerun curam.
8. Jumlah hujan – kawasan khatulistiwa terutamanya, jumlah hujan banyak melebihi
2000 mm setahun- tanih akan tepu dengan air- air bertindak sebagai pelicin
membantu pergerakan dan hakisan tanih ke cerun bukit.
9. Litupan tumbuhan – kurangnya litupan tumbuhan meningkatkan lagi hakisan dan
tanah runtuh- tumbuhan bertindak sebagai penghalang titisan air hujan terus
meresapkan dalam tanah- akar bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah.
10. Tindakan manusia – aktiviti manusia seperti pertanian,dan pertempatan dicerun bukit
gaitkan lagi pergerakan jisim- penggunaan jentera dan penanaman cerucuk konkrit
-tanih terdedah kepada air hujan - air meresap dan basah - struktur tanih tidak stabil.

c. Terangkan tiga kepentingan kawasan tanah tinggi kepada manusia.


( 6 markah)
Cadangan Isi Jawapan :

1. Ekopelancongan- tanah tinggi semula jadi- udara nyaman- tumbuhan semula jadi
yang menarik dan unik.

2. Pertanian – tanaman teh tanah tinggi dan tanaman udara sederhana seperti buah-
buahan dan bunga-bungaan-suhu sekitar 25°C- hujan berjumlah melebihi 2000mm.

3. Kawasan tadahan hujan – tanah tinggi berhutan tebal- punca sungai dan membekal
air untuk kawasan sekitarnya- empangan mudah dibina contoh Empangan Sultan
Abu Bakar Tanah Tinggi Cameron.

d. Huraikan tiga kesan penerokaan tanah tinggi terhadap alam sekitar.


( 6 markah)
Cadangan Isi Jawapan:

80
1. Tanah runtuh- tanah kehilangan ikatan dan cengkaman- tepu dengan air hujan.
2. Banjir – alur sungai cetek-penuh dengan beban yang dibawa air hujan.
3. Peningkatan suhu- tumbuhan tiada sebagai penghalang matahari dan penyerap
karbon dioksida di udara semasa proses fotosentisis.

Soalan 3

a) Terangkan satu kaedah untuk menyukat hujan. (5)

Cadangan Jawapan

1. Alat : Tolok hujan


2. Cara menyukat:
Satu silinder logam dengan satu corong bergaris pusat 20cm atau 13cm diletakkan
di kawasan lapang dengan ketinggian rim corong 0.3 meter di atas tanah. Ukuran
dibuat pada masa yang tetap di waktu pagi dengan menuangkan air hujan yang
bertakung ke dalam satu silinder bersenggat dan diambil bacaannya. Jumlah hujan
dinyatakan dalam mm.

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah hujan penerimaan di kawasan


tersebut (10)

Nyatakan kawasan/lokasi kajian:

1. Tempoh masa hujan-samada hujan turun secara berterusan atau sekejap-kejap tapi
dalam tempoh yang kerap, sangat mempengaruhi jumlah hujan di kawasan ini.
2. Ciri hujan yang turun-Hujan renyai-renyai, lebat atau hujan batu.
3. Kedudukan tempat-Lokasi kajian berada samada berhampiran dengan lautan,
pedalaman atau kaki bukit
4. Tiupan angin- Samada di pengaruhi oleh angin monsoon timur laut atau tidak.
5. Musim basah atau kering-sangat mempengaruhi jumlah hujan, tempoh basah hujan
sangat tinggi, tempoh kering sebaliknya.
c) Terangkan bagaimana perubahan sumber air mengganggu aktiviti manusia(10
markah)

81
1. Pertanian-Perubahan positif-tanaman tenggelam, rosak. Perubahan negative-
tanaman musnah akibat tidak cukup air. Mengganggu aktiviti manusia.
2. IKS-Musim hujan menjejaskan aktiviti perjemuran seperti batik, ikan, sotong dll.
3. Perindustrian-Musim hujan-banjir akan menjejas aktiviti perkilangan-mesin rosak.
Mengganggu aktiviti manusia.
4. Akuakultur-Banjir memusnahkan sangkar dan menenggelamkan kolam, ikan
terlepas.
5. Perniagaan-Musim hujan atau banjir membantutkan aktiviti perniagaan, proses jual
beli
6. Pengangkutan-Musim banjir-jalan raya tenggelam. Musim kemarau-sungai cetek-bot-
bot dan perahu tidak boleh bergerak.

Soalan 4

a) Jelaskan bagaimana anda mengukur min suhu maksimum dan suhu


minimum. (5 markah)
1. Lokasi kajian/nama sekolah
2..Alat Termometer Sixes
3. Dapatkan bacaan suhu maksimum dan suhu minimum

Kaedah mengukur suhu maksimum dan suhu minim umm di stesen kaji cuaca
SMK Jerantut dalam tempoh 24 jam

Langkah 1 – Pengukuran suhu dibuat-alat Termometer Sixes-diselaraskan pada


suhu semasa pada waktu pagi (pada jam 7.30 pagi bertarikh 12 Jun 2008)

Langkah 2 – Termometer Sixes diletakkan dalam rumah pelindung Stevenson


yang ditempatkan di kawasan lapang di stesen mini kaji cuaca sekolah.

Langkah 3 – Bacaan diambil selepas tempoh 24 jam (pada jam 7.30 pagi,13 Jun
2008).Mencatat nilai suhu maksimum dan minimum dalam Termometer Sixes.

b)Jelaskan kaedah pengiraan min suhu dan julat suhu dalam tempoh 24 jam
(suhu harian)
(10 markah)
Cadangan Jawapan

82
Suhu maksimum pada 13 Jun 2008 = 32˚C
Suhu minimum pada 13 Jun 2008 = 22˚C
Min suhu harian = 32 + 22
2
= 27˚C

Julat suhu harian =Suhu maksimum – suhu minimum


= 32 – 22
= 10˚C

c)Huraikan perkaitan antara unsur-unsur cuaca


1. Unsur-unsur cuaca di kawasan tersebut sememangnya saling berkait-
suhu, hujan, sinaran matahari/sejatan,kelembapan bandingan,
bahangan solar dan angin
2. Perkaitan antara suhu, tekanan udara dan angin. Hukum Boyle-suhu
tinggi, tekanan rendah-anngin bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan tekanan rendah-boleh dibuat antara kawasan yang
mengalami pulau haba/kawasan bandar dengan kawasan pinggir
Bandar/luar Bandar yang suhunya lebih rendah.
3. Perkaitan antara kelembapan udara, angina dan hujan. Udara lembap
lazimnya-banyak wap air. Angin bertiup dari kawasan udara
lembap/tekanan tinggi ke kawasan udara kering/tekanan rendah-udara
kering memudahkan wap-wap air yang dibawa oleh angin naik ke atas-
mengalami penyejukan adiabatik sehingga tepu-hujan turun.
4. Perkaitan antara kelembapan udara dengan suhu sekitar-%
kelembapan udara tinggi/udara lembap akan menyebabkan suhu
sekitar rendah/lebih sejuk berbanding % kelembapan udara
rendah/udara kering, suhu sekitarnya adalah lebih tinggi.

Soalan 5

Berdasarkan satu kajian luar terhadap ekosistem hutan semulajadi pinggir


pantai,

a) .Nyatakan komponen biotik dan abiotik di kawasan tersebut.


(5markah)
Cadangan jawapan.

Kajian luar ini dijalankan di Kg. Endah,Banting,Selangor. Ia merupakan


sebuah kawasan hutan paya bakau .

Komponen biotik ialah tumbuhan seperti pokok bakau,parapet dan nipah.


Haiwan seperti ikan belacak, udang, kerang dan biawak.
Komponen abiotik seperti udara,cahaya matahari,tanih lumpur,air laut dan
karbon dioksida

83
b) Huraikan ciri-ciri tumbuhan di kawasan tersebut.
(6markah)
Cadangan Isi Jawapan:

1. Terdiri dari pokok berkayu keras yang hidup subur di kawasan berlumpur.
Pokok
ini hidup di kawasan bersaliran buruk iaitu tanihnya sentiasa menakung air. Ia
juga tahan kepada perubahan pasang surut. Contoh pokok bakau ialah pokok
bakau minyak.
2. Pokok bakau mempunyai silara yang seragam (tidak berlapis). terletak di
kawasan.
3. Daunnya kecil dan masin yang menjadi kegemaran haiwan ternakan seperti
kambing.
4. Pokok bakau mempunyai mempunyai akar ceracak dan akar jangkang. Akar
ceracak digunakan untuk tujuan pernafasan. Akar jangkang yang berselirat
mengukuhkan struktur pokok bakau apabila dilanda ombak kuat atau proses
pasang surut yang berulang.
5. Pokok bakau mengeluarkan buah. Apabila matang anak benih akin keluar
dari bahagian bawah bawah buah bakau. Apabila buah bakau jatuh anak
benih yang berbentuk tajam dan tercacak ke dalam lumpur. Ini adlah salah
satu cara regenerasi pokok bakau.

c) Jelaskan kepentingan ekosistem tersebut kepada alam sekitar kawasan


kajian.
(8markah)
Cadangan Isi Jawapan:

1. Hutan paya bakau berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Proses


fotosintesis mengawal pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen. Proses
sejatpeluhan yang tinggi menyebabkan wujudnya kerpasan dan kelembapan
yang tinggi.
2. Hutan paya bakau menjadi pusat persinggahan beberapa jenis burung
migratori.
Kejadian musim sejuk di kawasan hawa sederhana di hemisfera utara
memaksa
hidupan jenis ini berhijrah di hemisfera selatan yang mengalami musim
panas.
3. Paya bakau menjadi sumber makanan kepada manusia. Ia terdiri dari udang
sotong,kerang dan ikan yang membekalkan sumber protin kepada manusia.

84
4. Kawasan paya bakau adalah sumber ekonomi iaitu pokok bakau merupakan
sumber
bahan mentah untuk industri arang kayu. Ia juga adalah bahan utama untuk
dijadikan
cerucuk untuk pembinaan rumah. Pokok damar menghasilkan bahan untuk
dijadikan
pencelup.
5. Hutan paya bakau menjadi pusat rekreasi yang menarik untuk kunjungan
pelancong
asing dan tempatan. Pelancong boleh melihat monyet belanda, kelip-kelip di
Kuala
Selangor atau burung migaratori di Kuala Gula dan Tanjung Tuan.
6. Hutan paya bakau menjadi pusat penyedikan saintifik. Pengkaji datang ke
kawasan
ini untuk mengkaji biodiversiti flora dan fauna di kawasan ini. Kepelbagaian
spisies
tumbuhan dan haiwan menarik minat para pengkaji dari luar dan dalam
negara.

d) Bagaimanakah rantaian makanan di kawasan tersebut terjejas.


(6markah)

1. Penerokaan hutan paya bakau untuk tujuan perusahaan arang kayu telah
memusnahkan pokok bakau yang berfungsi sebagai pengeluar.

2. Tebusguna tanah untuk tujuan pertanian dan petempatan telah


memusnahkan kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau ditambak dengan
pasir dan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan. Keadaan ini secara tidak
langsung men jejaskan rantaian makanan di kawasan terebut.

3. Pembinaan kolam ternakan ikan di kawasan paya bakau (marinkultur) telah


memusnahkan kawasan semulajadi pokok bakau. Hutan pokok bakau
ditebang dan digantikan dengan kolam ternakan ikan dan udang,

3. Kegiatan manusia menangkap ikan,ketam dan udang untuk dijadikan sumber


makanan mengganggu rantaian makanan. Tindakan mengambil tumbuhan

85
seperti pokok parapat dan nipah menjejaskan rantaian makanan. Ini kerana
proses fotosintesis terjejas kerana pokok tersebut membekalkan oksigen
kepada manusia.

4. Aktiviti perlombongan pasir di pinggir pantai telah menjejaskan rantaian


makanan ekosistem paya bakau. Contohnya hidupan seperti siput,kerang
dan tiram akan terjejas kerana habitat mereka telah musnah. Aktiviti
melombong pasir mendalamkan dasar pinggir laut dan sekaligus
menggalakkan proses hakisan ombak.

SOALAN 6

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kolam :

a) i. Nyatakan dua kitar nutrien yang terdapat dalam ekosistem tersebut.


(2markah)
Cadangan jawapan.

Kajian luar ini dijalankan di sebuah kolam ikan di Kg. Bangau Tanjung, Temerloh.
Dua kitar nutrien tersebut ialah kitar oksigen dan kitar karbon

ii. Huraikan salah satu dari kitar nutrien tersebut.


(7markah )
Cadangan jawapan.

Kitar oksigen dalam ekosistem kolam.


1. Kitar oksigen berlaku melalui proses fotosintesis,respirasi dan pereputan.
2. Dalam ketiga-tiga proses ini pengambilan,penggunaan dan pengembalian
oksigen ke ruang atmosfera secara berterusan.
3. Semasa proses fotosintesis yang dijalankan oleh rumpai air,alga dan lumut
oksigen dibebaskan.
4. Semasa proses respirasi oleh rumpai air,lumut,ikan,labi-labi dan cacing tanah
oksigen digunakan.
5. Proses respirasi oleh tumbuhan berlaku apabila oksigen diserap oleh liang
stomata daun,liang litensil pada batang dan akar tumbuhan itu sendiri.
6. Haiwan seperti ikan,labi-labi dan cacing tanih menyedut oksigen semasa
proses respirasi melalui hidung dan mulut.

86
7. Semasa proses pereputan oleh bakteria dan kulat proses pengambilan
oksigen berlaku.
8. Bakteria dan kulat menggunakan bahan organik dan oksigen untuk
mengeluarkan karbon dioksida dan menghasilkan nutrien dalam tanah.

b) .Jelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem kolam terganggu.


(6markah)

Cadangan Isi Jawapan

Gangguan terdiri dari gangguan semulajadi dan aktiviti manusia.

1. Gangguan semulajadi

i. Banjir
Banjir boleh menghanyutkan segala hidupan kolam ke tempat lain. Banjir
biasanya berlaku semasa tiupan angin monsun Timur Laut yang menyebabkan
intensiti hujan meningkat secara mendadak. Hujan yang turun dalam
jangkamasa
yang lama menyebabkan banjir dan air kolam melimpah keluar membawa
bersama
nya hidupan di dalamnya.
ii. Kemarau
Kemarau pula terjadi apabila hujan tidak turun dalam jangkamasa yang lama.
Keadaan
menyebabkan isipadu kolam menyusut dengan banyaknya dan dalam keadaan
kritkal
boleh menyebabkan kolam menjadi kering lalu hidupan di dalamnya mati.

2. Aktiviti manusia

i. Kegiatan manusia yang sering mengganggu ekosistem kolam biasanya


berpunca dari kegiatan pertanian di sekitarnya yang menggunakan baja kimia
secara berlebihan disamping turut menyalirkan sisa racun serangga ke dalam
kolam.
ii. Sektor perindustrian turut membuang sisa toksik ke dalam kolam. Kilang kimia
seperti kilang baja, cat dan racun yang dibina berhampiran kolam mengambil
jalan mudah dengan membuang sisa buangan kilang ke dalam kolam.

c) Terangkan kesan gangguan tersebut terhadap unsur biotik dan abiotik dalam
ekosistem kolam tersebut.
4markah)
Cadangan Jawapan

1. Unsur biotik

87
Unsur biotik seperti rumpai dan ikan akan mati apabila air kolam dicemari oleh
sisa toksik atau racun serangga. Sifat air yang berasid dan kurang oksigen
akan menye babkan hidupan dalam kolam mati.
2. Unsur abiotik
Air kolam akan tercemar dan berasid. Kandungan oksigen dalam kolam
berkurangan kerana tumbuhan kolam telah mati dan tidak menjalankan proses
fotosintesis. Saba liknya kandungan karbon dioksida meningkat kerana tiada
tumbuhan untuk menyerapnya untuk proses fotosintesis.

d) Cadangkan langkah-langkah pemeliharaan kawasan kolam


tersebut agar keseimbangan ekosistem kawasan tersebut dapat dikekalkan.
(6markah)
Cadangan Isi Jawapan:

1. Salah satu cara pemeliharaan ekosistem kolam ialah dengan menjalankan


pembangunan lestari. Sebarang projek pembangunan mestilah dirancang
dengan sistematik di mana kawasan industri hendaklah dibina jauh dari
kawasan kolam.
3. Pendidikan sama ada secara formal dan informal merupakan langkah awal
yang boleh memelihara ekosistem kolam. Generasi muda diperingkat sekolah
rendah diterapkan dengan pengetahuan tentang pemeliharaan alam sekitar
melalui subjek kajian tempatan dan di peringkat sekolah menengah dalam
subjek Geografi dan Sains. Secara tidak langsung mereka sedar pentingnya
ekosistem kolam dalam kehidupan manusia.
3. Kempen juga boleh dijalan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya
ekosistem kolam. Kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan NGO
melalui media cetak dan elektronik dapat membantu pemeliharaan kawasan
kolam.

Kemahiran Geografi, Geografi Alam Sekitar Fizikal.


Soalan 1

Rajah 1 pada halaman 3 menunjukkan sebahagian kawasan lembangan saliran yang berskala 1 :
50 000. ( Lihat Peta Soalan STPM Tahun 2003)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan lembangan saliran?


(5markah)
Cadangan Jawapan :

Kawasan tadahan bagi satu sistemsungai yang merangkumi persekitaran punca sungai, sungai
utama dan cawangan-cawangannya berada.

b) Berdasarkan Rajah 1,
( i ) hitung keluasan kawasan banjir.
(7markah)
Cadangan Jawapan :

88
Kaedah yang tepat
Kenalpasti skala yang betul
Cara pengiraan yang betul
Jawapan yang betul
5.25 – 5.75 km persegi 3m
5.00 – 6.00 km persegi 2m
4.75 – 6.25 km persegi 1m

( ii ) hitung kecerunan Sg. Simpang Kanan dari titik A di Kg. Medan Sari ke titik B di
Kg. Jaya.
(3markah)
Cadangan Jawapan :

Formula yang betul


Perbezaan ketinggian
Kecerunan = Jarak mendatar

20.0 – 12.1 m 7.9


= 23cm x 500 = 11500

= 1 : 1456 (0.45%)

c) Huraikan langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengatasi kejadian banjir di


kawasan tersebut.
(10markah)
Cadangan Jawapan :

1. Membina empangan di hulu Sg. Simpang Kanan


2. Mendalam dan melebarkan Sg. Simpang kanan
3. Membina benteng di sepanjang tebing Sg. Simpang Kanan
4. Meluruskan Sg. Simpang Kanan supaya iar sungai mengalir lancar
5. Melencongkan aliran di hulu Sg. Simpang Kanan ke Sg. Simpang Kiri/ alir ke selatan.

Soalan 2

Berdasarkan peta 1 yang berskala 1: 50 000 ( Peta STPM 2005)


a) takrifkan tasik ladam.

( 5 markah)

Cadangan Jawapan :

89
tasik yang terbentuk akibat daripada likuan sungai yang terpisah/ terpenggal/
terputus.

b) hitung keluasan tasik ladam


(8markah)
Cadangan Jawapan:

Keluasan tasik ladam


Skala 1 : 50 000
1cm = 0.5km
Keluasan satu petak grid 0.5km x 0.5km = 0.25km²
Bil petak penuh 14
Bil ¾ 3
Bil ½ 14
Jumlah petak 23 ¼ petak
Keluasan tasik ladam 23.25 x 0.25 km²
= 5.81 km²

c) jelaskan bagaimana bentuk muka bumi di kawasan itu mempengaruhi aktiviti


manusia (12markah)
Cadangan Isi Jawapan :
1. dataran banjir – pertanian

2. dataran mendap- pertempatan

3. tasik ladam – ternakan ikan dalam sangkar / akuakultur

4. tasik ladam – eko pelancongan

5. badan air – perikanan.

6. sungai –perlombongan pasir

7. sungai – pengangkutan

Soalan 3

Tarikh
9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Bandar

Kuala 100 150 290 300 300 280 250 200 100 80
Lumpur

Kuantan 45 50 50 100 100 60 50 45 40 40

90
Jadual 1 : Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) Bagi Kuala Lumpur
dan Kuantan Mulai 9 hingga 18 April 2006
Status IPU Status Kualiti Udara

0 - 50 Baik
51 - 100 Sedarhana
101 - 200 Tidak Sihat
201- 300 Sangat Tidak Sihat

Skala Status IPU dan Status Kualiti Udara.

a) Berdasarkan Jadual 1, lukis graf garisan menunjukkan Status Indeks Pencemaran


Udara bagi Kuala Lumpur dan Kuantan mulai 9 hingga 18 April 2006.

[ 10 markah ]

b) Jelaskan pola taburan Status Kualiti Udara bagi kedua-dua bandar tersebut.
[ 3 markah ]
c) Jelaskan tiga sebab berlakunya kejadian jerebu.
[ 6 markah ]
d) Huraikan tiga kesan jerebu terhadap alam sekitar.
[ 6 markah ]

Cadangan Isi Jawapan:


a) Tajuk betul
Skala betul
Paksi betul
Petunjuk betul
plotan betul
1. Keseluruhan Kuala Lumpur tinggi / Kuantan rendah
2. Maksimum kedua-dua tempat / nilai IPU
3. Minimum kedua-dua tempat / nilai IPU

b) 1. Kebakaran hutan
2. Letusan gunung berapi
3. Asap kenderaan
4. Pembakaran bahan api fosil
5. Pembakaran terbuka
6. Industri berasaskan kayu
7. Kuari
c) 1. Gangguan sistem pernafasan
2. Masalah penglihatan

91
3. Jarak penglihatan
4. Penyakit kulit dan sistem saraf
5. Kemalangan
6. Fotosintesis terganggu
7. Terganggu pembentukan hujan

Soalan 4
Jadual 1 di bawah menunjukkan Jumlah Hujan Tahunan Taiping dan Kuala Pilah
dari tahun 2000 hingga 2006.

Lokasi / Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006


Taiping 3075 3890 3990 4300 4575 4775 4930
Kuala Pilah 1355 1480 1550 1756 1980 2100 2220

(a) Bagaimanakah min hujan tahunan dikira.


[3
markah ]
(b) i. Hitung perbezaan penerimaan jumlah hujan tahunan dari tahun
2000
hingga 2006 bagi Taiping dan Kuala Pilah.
[ 6 markah ]
ii. Dengan menggunakan maklumat perbezaan penerimaan jumlah hujan
tahunan, lukiskan graf bar berganda yang menunjukkan
perbezaan
penerimaan jumlah hujan tahuanan dari tahun 2000 hingga 2006
bagi
Taiping dan Kuala Pilah
[ 10 markah ]
(c) Huraikan empat kepentingan air kepada alam sekitar.
[ 8 markah]
Cadangan Isi Jawapan:

(a) Bagaimanakah jumlah hujan tahunan dikira.


Min Hujan Tahunan = Jumlah Hujan Tahunan Selama 35 tahun.
35 tahun
[3 markah ]
(b) i. Hitung perbezaan penerimaan jumlah hujan tahunan dari tahun
2000
hingga 2006 bagi Taiping dan Kuala Pilah.
Lokasi / Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
Perbezaan Taiping 815 100 301 275 200 155
Perbezaan Kuala 125 70 206 224 120 120
Pilah

[ 6 markah ]

92
ii. Dengan menggunakan maklumat perbezaan penerimaan jumlah
hujan
tahunan, lukiskan graf bar berganda yang menunjukkan
perbezaan
penerimaan jumlah hujan tahuanan dari tahun 2000 hingga 2006
bagi
Taiping dan Kuala Pilah
b) Tajuk betul

Skala betul
Paksi betul
Petunjuk betul
plotan betul
c) Huraikan empat kepentingan air kepada alam sekitar.

Alam sekitar Fizikal :


1. Kekal kelembapan udara.
2. Membentuk hujan.
3. Membentuk tanih.

Alam sekitar Manusia.


1. Kegunaan domestik.
2. Aktiviti pertanian.
3. Penternakan.
4. Perindustrian.
5. Jana kuasa hidroelektrik.
6. Pengangkutan.
7. pelancongan

93
SOALAN PILIHAN 1

Jadual 1 menunjukkan kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar

pertambahan semulajadi penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 1931 hingga tahun

1995.

Jadual 1: Kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar


pertambahan semulajadi penduduk Semenanjung Malaysia, 1931 – 1995

94
Kadar bagi setiap 1000 TAHUN
penduduk
1931 1947 1957 1965 1975 1985 1995
Kelahiran Kasar 43.0 43.0 43.3 36.7 31.4 31.3 26.2
Kematian Kasar 31.0 19.4 12.4 7.9 6.5 5.5 4.4
Pertambahan semula 12.0 23.6 30.9 28.8 24.9 25.8 21.8
jadi

a) Dengan menggunakan maklumat dalam jadual 1, lukiskan sebuah rajah yang

sesuai tentang arah alir perubahan kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar

pertambahan semulajadi penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 1931 hingga tahun

1995. [10 Markah]

b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis dalam (a), jelaskan arah alir
pertambahan penduduk semulajadi Semananjung Malaysia pada tahun
1931 hingga tahun 1995. [15 Markah]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Panduan Menjawab:
Graf yang paling sesuai untuk menunjukkan arah alir ialah graf garis. Justeru itu calon
mesti membina 3 garisan di atas graf yang sama bagi menunjukkan arah alir perubahan
kadar kelahiran, perubahan kadar kematian dan perubahan pertambahan semulajadi
penduduk antara tahun 1931 hingga 1995.

Pemarkahan Graf garisan ialah:

• Tajuk yang lengkap ditulis di bahagian atas graf.


• Skala yang betul dan selaras dengan paksi.
• Plotan
• Petunjuk
• Kebersihan dan kesempurnaan

Sila buat graf garisan ini sebagai latihan anda

(b) Menjelaskan arah alir pertambahan penduduk semulajadi


Semenanjung Malaysia pada tahun 1931 hingga tahun 1995.

95
Cadangan Jawapan:

Rujuk kepada Graf Yang dilukis: Pertambahan penduduk semulajadi diperolehi


dengan cara; Kadar kelahiran tolak dengan Kadar kematian. Berdasarkan graf yang
dilukis pertambahan semulajadi penduduk semakin meningkat antara tahun 1931 hingga
1957 tetapi semakin menurun selepas tahun 1957 hinggalah 1995. Arah aliran ini
berpunca dari beberapa sebab.

Pertambahan semulajadi meningkat ( 1931 - 1957/sebelum merdeka) disebabkan oleh:.

1. Peningkatan kadar kelahiran dan penurunan kadar kematian. Disebabkan oleh


kelahiran yang tidak dikawal/tiadanya dasar kependudukan yang jelas disamping
peningkatan taraf kesihatan. Sebelum merdeka kelahiran penduduk sukar dikawal kerana
tidak ada satu dasar kependudukan yang jelas di Malaysia. Setiap keluarga perlukan anak
yang ramai sebagai “buruh keluarga” yang amat diperlukan di sawah. Di samping faktor
perkahwinan di usia muda dan lain-lain. Ketiadaan dasar kependudukan ini menyebabkan
setiap keluarga berkecenderungan memiliki anak yang ramai.

2. Berlakunya amalan perkahwinan di usia muda yang meningkatkan kadar


fertiliti/kesuburan seterusnya kelahiran meningkat. Perkahwinan di usia belasan tahun
merupakan satu amalan biasa bagi masyarakat sebelum merdeka. Mereka langsung tidak
merancang kelahiran/menjarakkan kelahiran. Malah menjadi satu kebanggaan bagi
mereka apabila memiliki anak yang ramai.

3. Taraf pendidikan penduduk yang rendah disamping pegangan agama dan adat yang
masih kuat yang juga boleh meningkatkan kelahiran. Perancangan keluarga jelas tidak
akan berjaya kerana taraf pendidikan penduduk yang amat rendah, halangan agama dan
pegangan adat tradisi yang kuat menyebabkan mereka tidak bersedia untuk
mengurangkan kelahiran. Anak merupakan satu rezeki. Gabungan pelbagai faktor inilah
yang menyebabkan kelahiran berterusan meningkat.

Pertambahan semulajadi menurun (1957 - 1995/selepas merdeka) disebabkan oleh:

4. Penurunan kadar kelahiran disamping kadar kematian juga terus menurun. Ini
kerana adanya dasar kependudukan yang lebih jelas/amalan perancangan keluarga telah
dilaksanakan. Walaupun tidak berjaya sepenuhnya tetapi ia jelas berupaya memperlahan
kelahiran. Pelbagai kaedah diperkenalkan seperti penggunaan pil perancang, penggunaan
kondom,penjarakkan kelahiran dan lain-lain termasuk juga kaedah tradisional.
Masyarakat mula menerimanya, walaupun tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya ia
berupaya memperlahankan sedikit kadar kelahiran.

5. Kualiti pendidikan rakyat terus meningkat. Mudah menerima dan memahami

96
saranan kerajaan dalam konteks perancangan kelahiran, berubahnya nilai dan status quo
yang dipegang oleh masyarakat khususnya masyarakat bandar. Pendidikan tinggi
menyebabkan mereka tidak terlalu terkonkong dengan adat tradisi. Kehidupan yang
lebih mementingkan kerjaya menyebabkan keperluan kepada anak yang ramai bukan lagi
sesuatu yang dibanggakan. Pada masa yang sama juga meningkatnya kos hidup
menyebabkan bilangan anak yang ramai adalah satu bebanan. Dengan adanya perubahan-
perubahan ini kadar kelahiran menjadi semakin perlahan.

6. Amalan perkahwinan lebih lewat yang secara langsung mengurangkan fertiliti.


Perkahwinan lewat berkait dengan sikap masyarakat yang mementingkan kerjaya serta
kebebasan. Selain itu sebahagian besar usia penduduk dihabiskan di bangku persekolahan
hinggalah ke institusi pendidikan tinggi. Setelah keluar dari universiti secara puratanya
umur mereka berada pada 23 – 24 tahun. Justeru perkahwinan berlaku melepasi tahap
usia 20-an dan sekali gus mengelakkan perkahwinan di usia belasan tahun. Dengan
berkahwin lambat membolehkan kemampuan melahirkan anak semakin
berkurangan/tahap kesuburan menjadi semakin rendah.

SOALAN PILIHAN 2

Jadual 2 menunjukkan migrasi dalaman mengikut umur dan jantina di Malaysia pada

tahun 1995.

Jadual 2: Migrasi dalaman sebagai peratusan daripada jumlah Penduduk mengikut

kumpulan umur dan jantina di Malaysia, 1995.

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan Jumlah


(Tahun)
1 - 14 3.0 3.2 3.1

97
15 - 24 5.5 5.9 5.7
25 - 34 6.2 4.9 5.9
35 - 44 3.3 2.4 2.8
45 - 64 1.6 1.4 1.5
65 dan lebih 0.9 1.1 1.0

a) Berdasarkan jadual 3, lukiskan sebuah rajah yang sesuai untuk menunjukkan

migrasi dalaman di Malaysia pada tahun 1995. [10 Markah]

b) Berdasarkan rajah yang anda lukis dalam (a), jelaskan mengapa


migrasi dalaman tersebut bercorak sedemikian. [9 Markah]

c) Nyatakan jenis-jenis migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia.


[ 6 Markah]

CADANGAN JAWAPAN

(a) Calon boleh membina graf garis atau graf bar sebagai kaedah
kartografi yang sesuai. [ 10 Markah]

Sila buat latihan amali menggunakan data di atas

Seperti biasa perkara-perkara penting yang dinilai ialah: Kesesuaian tajuk, skala dan
paksi, plotan graf, petunjuk serta kebersihan dan kesempurnaan.

(b) Berdasarkan rajah yang anda lukis dalam (a), jelaskan mengapa
migrasi dalaman tersebut bercorak demikian. [9
Markah]

98
Cadangan Isi Jawapan
Rujukan kepada Rajah/Graf: - Corak migrasi menunjukkan peratus terbanyak
datangnya daripada kumpulan umur muda dan dewasa (15 - 44 )tahun sedangkan
kumpulan tua dan kanak-kanak adalah sedikit. Realitinya pola aliran migrasi dalaman
yang utama ialah migrasi desa ke bandar.

Sebab-sebab mengapa migrasi dalamam bercorak sedemikian:

1. Tarikan perkerjaan di bandar. Peluang perkerjaan khususnya dalam sektor industri


dan perkhidmatan lebih banyak dibuka dan ditawarkan kepada kumpulan umur muda
dan dewasa khususnya di bandar. Dengan adanya tawaran gaji yang lebih lumayan dari
kedua-dua sektor di atas menyebabkan golongan muda berterusan berhijrah ke bandar.
Selain itu di bandar juga terdapat beberapa tarikan lain seperti kemudahan asas yang
lebih selesa, kemudahan perumahan,kemudahan pembandaran serta faktor hiburan yang
banyak.

2. Peluang melanjutkan pelajaran di bandar. Juga lebih banyak dan terbuka kepada
golongan muda terutama sekali di peringkat IPT samada IPTA mahupun IPTS. Pelbagai
kolej dan institusi tengajian tinggi terlonggok di bandar. Misalnya di Kuala Lumpur
adanya UM dan UIA di Pulau Pinang ada USM di Shah Alam ada UiTM. Kewujudan
universiti-universiti ini menjadi tarikan utama golongan pelajar lepasan sekolah
berhijrah melanjutkan pelajaran mereka. Setelah tamat pengajian mereka terus menetap
di bandar kerana peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka banyak
terdapat di bandar.

3. Faktor tolakan di desa. Serentak dengan tarikan di bandar wujud pula tolakan di
desa. Perubahan minat golongan muda yang ketara terhadap sektor pertanian di desa
yang tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan telah menolak mereka ke bandar
untuk mengejar taraf hidup yang lebih baik. Jelas sekali sektor pertanian tidak begitu
menarik minat golongan muda kerana ia menghadapi pelbagai masalah seperti harga
yang tidak stabil, masalah ancaman fizikal yang tidak menjanjikan pendapatan yang
lumayan dan tetap.

(c) Jenis-jenis migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia. [ 6 Markah]

99
Di antara jenis-jenis migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia ialah:

1. Migrasi desa ke bandar khususnya ke bandar-bandar besar/utama. Pola aliran yang


utama, terdiri dari golongan muda, berhijrah kerana tarikan
perkerjaan,pendidikan,kemudahan sosial serta faktor tolakan di desa.

2. Migrasi desa ke desa. Misalnya migrasi dari kampung-kampung tradisional ke


tanah-tanah rancangan Felda/Felcra di bawah Program Pembangunan Wilayah. Berlaku
di sekitar tahun 1970-an.

3. Migrasi bandar ke desa. Golongan pesara yang pulang ke kampung setelah tamat
perkhidmatan di bandar atau pertukaran tempat kerja.

4. Migrasi bandar ke bandar. Perpindahan kerana pertukaran tempat kerja samada dari
bandar kecil ke bandar sederhana ke bandar besar atau sebaliknya.

SOALAN PILIHAN 3

Jadual 3 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada


tahun 1997.

Jadual 3: Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997.

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan


(‘ 000) (‘000)
0 - 9 2612 2455
10 - 19 2357 2225
20 - 29 2017 1876
30 - 39 1653 1584
40 - 49 1168 1111
50 - 59 684 656
60 - 69 386 414
70 dan lebih 206 261

a) Berdasarkan jadual 3, lukis rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur

umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997. [10 Markah]

b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a),

i) Jelaskan cirri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997, [ 8 Markah]

100
ii) Huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan
sosial dan ekonomi di Malaysia. [ 7 Markah]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Pendekatan Menjawab: Rajah yang paling sesuai untuk menunjukkan data


struktur umur dan jantina penduduk ialah Rajah Piramid. [10 Markah]

Pemarkahannya ialah: Tajuk yang betul, skala yang sesuai, plotan, petunjuk dan
kebersihan serta kesempurnaan.

Sila lukis Rajah Piramid menggunakan data di atas.

b) I) Ciri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997. [ 8 Markah]

Sila rujuk rajah piramid yang dilukis - Ciri-Ciri Utama Penduduk Malaysia, 1997 ialah:

1. Kadar kelahiran masih lagi tinggi/terus meningkat dan kadar kematian semakin
merosot. Hal ini disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan, program perancangan
keluarga yang kurang berkesan dan amalan perkahwinan di usia muda masih berlaku.
Dibuktikan melalui tapak piramid yang masih lebar. Piramid berbentuk progresif.

2. Jangka hayat masih lagi rendah. Kumpulan umur tua sedikit relatif dengan kumpulan
umur yang lain. Hal ini disebabkan oleh teknologi perubatan yang ada masih tidak
berupaya untuk mengawal penyakit merbahaya seperti jantung, darah tinggi, kencing
manis. Disamping amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kesedaran penjagaan
kesihatan yang masih rendah.

3. Komposisi umur - Golongan muda (bawah 20 tahun - kanak-kanak dan belia) masih
ramai berbanding dengan golongan dewasa dan tua iaitu kira-kira 44% daripada jumlah
penduduk negara. Ini menggambarkan nisbah tanggungan masih lagi besar khususnya di
usia persekolahan.

4. Ciri Jantina. Walaupun rajah piramid kelihatan seimbang tetapi pada keseluruhannya
penduduk lelaki lebih ramai daripada perempuan melebihi hampir 500 000 orang.
Bilangan penduduk lelaki mengatasi perempuan bagi setiap kumpulan umur kecuali pada
kumpulan umur (60 - 69 tahun dan 70 tahun ke atas). Ini menunjukkan warga tua
perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

b) ii) Kesan-kesan ciri kependudukan di atas terhadap keadaan sosial


dan ekonomi di Malaysia. [ 7 Markah]

Kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di

101
Malaysia.

1. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat sebagai satu aset membekalkan tenaga
kerja/tenaga buruh pada masa hadapan untuk mempercepatkan lagi pembangunan sektor-
sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian,perkhidmatan dan sebagainya. Kumpulan
umur dewasa yang sedia ada (20 - 59 tahun) juga merupakan kumpulan umur yang
produktif membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi negara.

2. Memperluaskan pasaran domestik. Pertumbuhan penduduk yang agak pesat


menjamin peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan dan seterusnya
menambahkan pengeluaran. Kumpulan umur dewasa yang ada dengan kuasa beli yang
agak tinggi juga menjamin pertambahan permintaan dan penawaran. Pasaran domestik
menjadi semakin besar/kuasa-kuasa pasaran semakin kuat dan kesan positif dari perluasan
pasaran diperolehi .

3. Perlunya pertambahan peluang pekerjaan agar sejajar dengan peningkatan penduduk


dan keperluan guna tenaga dalam negara. Pertambahan peluang pekerjaan dalam semua
sektor amat penting demi mengelakkan pengganguran pada masa hadapan. Peluang
pekerjaan perlu ditambah dalam sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan
perkhidmatan.

4. Pertambahan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan yang besar amat diperlukan dalam


menyediakan kemudahan asas; pendidikan, kesihatan, reakreasi dan lain-lain bagi
menampung keperluan penduduk yang ramai khususnya di bandar-bandar besar akibat
migrasi penduduk muda. Disamping itu keperluan peruntukan yang khusus untuk
menampung kebajikan warga tua yang semakin bertambah seperti rumah-rumah
kebajikan, perubatan percuma, faedah persaraan dan sebagainya.

SOALAN PILIHAN 4.

Jadual 4 menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih dunia dari


tahun 1900 hingga tahun 1990.

102
Jadual 4: Penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia 1900 – 1990 (Juta orang)

Wilayah Tahun
1900 1930 1950 1970 1990
Afrika 120 155 200 344 648
Amerika Latin 63 109 163 283 448
Amerika Utara 81 135 167 228 276
Asia 915 1072 1376 2056 3108
Eropah 423 532 576 705 786

a) Berdasarkan jadual 4, lukis graf garis untuk menunjukkan


pertambahan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900
hingga 1990. [ 8 Markah]

b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a)

i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk


yang paling pesat [2 Markah]

ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang


pesat di wilayah tersebut. [ 6 Markah]

c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertumbuhan


penduduk yang pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.[ 9 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN:

a) Berdasarkan jadual 4, lukis graf garis untuk menunjukkan


pertambahan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900
hingga 1990. [ 8 Markah]
(Sila lukis graf garis menggunakan data di atas)

Item Pemarkahan Markah

1. Tajuk yang betul 1


2. Skala yang sesuai dan selaras dengan paksi. 1
3. Petunjuk: 1
4. Plotan (1 wilayah = 1 Markah) 5
MAX = 8

b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a)

103
ii) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk
yang paling pesat ( 2 Markah)

Jawapan
Wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat ialah wilayah ASIA.

ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang


pesat di wilayah tersebut. ( 6 Markah)

Cadangan Isi Jawapan

Kepesatan pertumbuhan penduduk di Asia berlaku selepas tahun 1950. Ini disebabkan
oleh beberapa faktor. Antaranya:

(1) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada
kemajuan taraf kesihatan serta teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai
penyakit merbahaya serta dapat mengurangkan resiko kematian bayi di samping
meningkatkan jangka hayat penduduk.

(2) Aras kesuburan (Fertiliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk
dalam kumpulan umur subur yang ramai (misalnya 15 hingga 44 tahun) serta amalan
perkahwinan pada usia muda khususnya di negara-negara Asia yang sedang membangun.

(3) Kegagalan Program Kawalan Penduduk/Perancangan keluarga di sesetengah negara


Asia yang disebabkan oleh taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama, adat dan
status quo masyarakat. Kegagalan program perancangan keluarga boleh juga dikaitkan
dengan keperluan buruh/tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam sektor
pertanian tadisional.

(4) Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi


hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada
mengalami krisis makanan dan kebuluran. Kedapatan lebih banyak sumber makanan
berzat/berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk telah
menjamin kesihatan penduduk bertambah, kadar kematian berkurangan,jangka hayat
meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.

(5) Kestabilan politik. Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) mengurangkan
kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Di samping memberi ruang
kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan sosio-ekonomi negara
masing-masing ke arah pertambahan penduduk, peningkatan tenaga buruh dan kemajuan
ekonomi.

c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertumbuhan


penduduk yang pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.[ 9 Markah]

104
Cadangan Isi Jawapan

Memilih sebuah Negara di Asia yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat
seperti Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll yang sesuai.

Pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan sumber-sumber alam sesebuah


negara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertumbuhan tersebut.
Ini akan menimbulkan kesan:

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan
guna tanah untuk petempatan,pertanian,perindustrian,pembandaran,infrastruktur dan
sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah
secara relatifnya menjadi semakin sempit, harganya semakin mahal.

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh
diperbaharui seperti sumber mineral: - sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi
emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk
yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti
maka kesan jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan.

(3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air
akibat pertambahan industri,kenderaan,pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar
dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta
tanah runtuh.

(4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil


pertanian, sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang
bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan
dengan pertambahan penduduk.

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar
membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan
membangunkannya.

SOALAN PILIHAN 5

105
Jadual 5 menunjukkan kadar kelahiran penduduk di Negara terpilih di Asia
Tenggara pada tahun 1954 dan tahun 1996.

Jadual 5: Kadar kelahiran penduduk di Negara terpilih


di Asia Tenggara pada tahun 1954 dan tahun 1996.

Kadar kelahiran
Negara (per 1000 penduduk)
1954 1996

Brunei 52.9 25.0


Kemboja 51.0 38.2
Indonesia 52.0 27.3
Malaysia 44.1 25.5
Myanmar 43.0 28.8
Filipina 50.0 31.2
Singapura 45.5 13.4
Thailand 46.0 18.1
Vietnam 38.0 28.9

a) Berdasarkan jadual 5, kenalpasti TIGA buah negara yang


mengalami penurunan kadar kelahiran paling ketara dari tahun 1954 hingga
tahun 1996. [ 3 Markah]

b) Huraikan sebab-sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran di


negara-negara Asia Tenggara. [10 Markah]

c) Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam di


negara-negara Asia Tenggara. [ 12 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Mengenalpasti tiga buah negara: BRUNEI , SINGAPURA dan


THAILAND.

106
Kadar kelahiran
Negara (per 1000 penduduk)
( 1954 ▬ 1996 ) Penurunan kadar kelahiran

Brunei 52.9 – 25.0 27.9


Kemboja 51.0 – 38.2 12.8
Indonesia 52.0 – 27.3 24.7
Malaysia 44.1 – 25.5 18.6
Myanmar 43.0 – 28.8 14.2
Filipina 50.0 – 31.2 18.8
Singapura 45.5 – 13.4 32.1
Thailand 46.0 – 18.1 27.9
Vietnam 38.0 – 28.9 9.1

b) Huraikan sebab-sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran di


negara-negara Asia Tenggara. [10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Sebab-sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran:

1) Keberkesanan dasar saiz keluarga kecil – Singapura yang melaksanakan dasar 1


keluarga, 2 orang anak pada tahun 1970-an.

2) Perlaksanaan program perancangan keluarga yang menjarakkan/mengurangkan


kelahiran.

3) Perkahwinan di usia yang lewat – mengurangkan fertiliti.

4) Peningkatan taraf pendidikan – meningkatnya kesedaran dan kefahaman untuk


merancang keluarga (mengimbangi saiz keluarga dengan pendapatan), meninggalkan
sesetengah adat tradisi dsb.

5) Peningkatan wanita yang berkerjaya – perancangan perkahwinan, perubahan status


quo dll.

c) Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam di


negara-negara Asia Tenggara. [ 12 Markah]

SKEMA JAWAPAN:

107
Cadangan Isi Jawapan

Pertambahan penduduk menyebabkan sumber-sumber alam di negara-negara Asia


Tenggara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertambahan tersebut.
Ini akan menimbulkan kesan:

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan guna
tanah untuk petempatan,pertanian,perindustrian,pembandaran,infrastruktur dan
sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah
secara relatifnya menjadi semakin sempit, harganya semakin mahal.

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh
diperbaharui seperti sumber mineral: - sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi emas
dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang
bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti maka kesan
jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan.

(3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air akibat
pertambahan industri,kenderaan,pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar dengan
pertambahan penduduk . Termasuk juga kesan hakisan tanih serta tanah runtuh.

(4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil


pertanian, sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang
bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan
dengan pertambahan penduduk.

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar
membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan
membangunkannya.

SOALAN PILIHAN 6

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ? [5 Markah]

b) Bagaimanakah kemerosotan pelbagai jenis sumber Alam di


pengaruhi oleh lebihan penduduk di sesebuah negara. [9 Markah]

c) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik yang mengalami lebihan


penduduk, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai
tahap penduduk optima di negara yang anda pilih itu. [11 Markah]
______________________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ? [5 Markah]

108
KONSEP:
Konsep Lebihan Penduduk : Suatu keadaan dimana jumlah penduduk berlebihan
berbanding dengan sumber-sumber pengeluaran . Terbahagi kepada 2 iaitu:

lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah
habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih
banyak tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/menjana sumber tersebut adalah
rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

CIRI
Ciri-ciri negara yang mengalami lebihan penduduk: Antaranya: Kebuluran,kemiskinan,
kadar pengganguran yang tinggi; kadar kelahiran dan kadar kematian yang tinggi;
pendapatan perkapita yang rendah, taraf sosial seperti tahap pendidikan, kesihatan yang
rendah, struktur penduduk tidak seimbang dll yang relevan dengan ciri kependudukan
negara sedang membangun.

CONTOH
Contoh Negara; Lebihan mutlak: Afrika Utara, Sudan, Ethopia, Swaziland, Contoh
Negara lebihan relatif: Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll.

b) Bagaimanakah kemerosotan pelbagai jenis sumber Alam di


pengaruhi oleh lebihan penduduk di sesebuah negara. [9 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dipengaruhi oleh lebihan penduduk. Ini
berlaku dengan cara mengeksploitasi/ mengguna sumber alam secara berlebihan dan
tanpa kawalan :

1. Kehabisan sumber-sumber makanan – khususnya sumber makanan seperti sumber


pertanian dan perikanan. Akibat permintaan yang tinggi dan eksploitasi berlebihan bagi
menampung lebihan penduduk.

2. Kemerosotan kualiti tanih - Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan
pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih menjadi
rosak, kehilangan nuterin, terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh.

3. Kemerosotan sumber hutan – Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi


permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapakbina bandar,pelbagai
kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian
biologi, habitat, ekosistem dan kepupusan sumber hutan.

4. Kemerosotan sumber-sumber mineral – Sumber-sumber seperti petroleum dan gas


asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk
menampung keperluan penduduk yang terlalu ramai. Pengeluaran dan penggunaan yang
berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan.

109
5. Kemerosotan sumber udara – Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan
kenderaan, industri, sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk
yang pesat/lebihan penduduk. Cth perlepasan asap, pelbagai gas karbon monaksida dll.

6. Kemerosotan sumber air – Kekurangan bekalan air bersih dan kadar pencemaran air
meningkat ekoran daripada eksploitasi dan penggunaan yang berlebihan bagi
menampung penduduk yang ramai dan berlebihan.

7. Kemerosotan sumber marin – sumber perikanan laut. Kepupusan hidupan akuatik


termasuk ekosistemnya akibat penerokaan sumber yang berlebihan.

Nota:
Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dilihat dari segi kualiti dan kuantiti sumber
tersebut.
Kuantiti – Kepupusan/kehabisan/kemusnahan sumber yang semakin berkurangan
Kualiti -- Pencemaran sumber atau kerosakan sumber, hakisan, runtuhan dll

c) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik yang mengalami lebihan


penduduk, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai
tahap penduduk optima di negara yang anda pilih itu. [11 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Memilih sebuah negara di Asia Pasifik yang betul mengalami lebihan penduduk:
Contohnya; Indonesia. Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja dll.
1 Markah.

Langkah-langkah untuk mengoptimakan penduduk sesebuah Negara yang berlebihan


penduduk ialah:

1. Mengurangkan kadar kelahiran dengan cara ; Perancangan keluarga – penggunaan pil,


kondom, penjarakan kelahiran, kaunseling keluarga dsb.

2 Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil seperti “satu keluarga satu anak” atau satu
keluarga dua anak. Cth China.

3. langkah perundangan seperti menaikkan had umur boleh kahwin. Misalnya dari umur
belasan tahun kepada awal/pertengahan 20-an.

4. Meningkatkan kerjaya wanita – meramaikan wanita berkerjaya tinggi supaya tempoh


perkahwinan boleh dilambatkan.

5. Meningkatkan keupayaan teknologi khususnya melalui R&D untuk menjana dan


memajukan sepenuhnya pelbagai stok sumber yang ada untuk kesejahteraan penduduk.

110
Disamping mencipta teknologi baru untuk kegunaan penduduk dan negara.

6. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi; Mencipta banyak peluang pekerjaan khususnya


dalam sektor industri dan perkhidmatan yang menjamin pendapatan perkapita yang tinggi
kepada penduduk dan mengatasi pengangguran sepenuhnya.

7. Meningkatkan kualiti sumber manusia dalam negara dengan cara: Pertingkatkan tahap
pendidikan dan kemahiran penduduk, latihan lanjutan – melahirkan tenaga mahir yang
boleh mendominasikan teknologi tinggi serta boleh mengurus – tadbir sumber dengan
bijaksana.

SOALAN PILIHAN 7

Rajah 1 di bawah menunjukkan piramid penduduk negara India dan Jepun


pada tahun 2000.

Rajah 1 : Piramid penduduk negara India dan Jepun pada tahun 2000.

Piramid Penduduk India, Tahun Piramid Penduduk Jepun, Tahun


2000 2000

Berdasarkan rajah 1,

a) i) Namakan bentuk piramid penduduk yang dialami oleh negara


India dan Jepun pada tahun 2000, [ 2 Markah ]

111
ii) bezakan empat ciri demografi yang boleh ditafsirkan antara
kedua-dua bentuk piramid di atas. [ 8 Markah ]

b) Huraikan empat kesan negatif terhadap sosioekonomi negara-negara


yang memiliki piramid penduduk seperti negara India. [ 8 Markah ]

c) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kadar kelahiran yang


tinggi di negara-negara sedang membangun. [ 7 Markah ]

________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

(a) (i) Namakan bentuk piramid penduduk yang dialami oleh negara India
dan Jepun pada tahun 2000, [ 2 Markah]

Markah

Negara India = Piramid Progresif 1


Negara Jepun = Piramid Stabil atau Mantap 1

(Pemarkahan: Nama piramid penduduk mesti betul untuk diberi markah)

a) (ii) Bezakan empat ciri demografi antara kedua-dua bentuk piramid di


atas. [8 Markah]

Ciri Negara India Negara Jepun Marka


Demografi h
Kadar kelahiran tinggi dan Kadar kelahiran rendah –
1. Kadar kelahiran kadar kematian rendah – negara maju- progrm 2
dan kadar sebab kegagalan program perancangan keluarganya
kematian perancangan keluarga, taraf sangat berjaya,
pendidikan rendah, kahwin masyarakat
awal, keperluan buruh berpendidikan tinggi,
keluarga dll. wanita berkerjaya dll

Jangka hayat rendah – kadar Jangka hayat tinggi –


kematian golongan tua tinggi. proses penuaan
2. Jangka hayat Teknologi perubatan masih penduduk. Teknologi 2

112
rendah untuk mengawal perubatan yang maju
penyakit seperti kencing berjaya mencegah
manis, darah tinggi, jantung, penyakit yang merbahaya
barah dll termasuk amalan di kalangan warga emas.
penjagaan kesihatan yang Di samping kesedaran
masih rendah. penjagaan kesihatan yang
tinggi oleh penduduk
Jepun

Tidak seimbang. Golongan Hampir seimbang antara


muda mengatasi golongan muda – dewasa dan tua.
3. Struktur umur dewasa dan tua yang berpunca Namun begitu golongan 2
daripada kadar kelahiran yang dewasanya lebih ramai
tinggi. berbanding dengan
golongan muda dan tua.

Sangat besar – Golongan Nisbah tanggugan kecil –


produktif daripada segi Golongan dewasa yang
4. Nisbah ekonomi (golongan dewasa) produktif lebih ramai 2
tanggungan adalah sedikit untuk berbanding dengan
menanggung golongan muda golongan muda dan tua
khususnya di bawah umur yang terpaksa
yang sangat ramai. Keperluan ditanggung.
asas kehidupan sangat tinggi.

Hampir seimbang antara Hampir seimbang antara


5. Nisbah jantina. lelaki dan perempuan bagi lelaki dan perempuan 2
setiap kumpulan umur yang pada peringkat umur
sama. Ini bermakna kadar muda dan dewasa tetapi
kelahiran dan kematian antara berbeza pada peringkat
lelaki dan wanita adalah umur tua (melebihi 54
hampir sama. tahun). Golongan wanita
tua melebihi golongan
lelaki tua.

PEMARKAHAN: Mana-mana 4 isi terbaik x 2 markah = MAX 8 Markah.

b) Huraikan empat kesan negatif terhadap sosioekonomi negara-negara


yang memiliki piramid penduduk seperti negara India. [8 Markah]

113
Cadangan Isi Jawapan

1. Kadar pengganguran yang tinggi – Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan
kemampuan sumber alam yang ada/Peluang pekerjaan yang disediakan tidak sepadan
dengan jumlah penduduk. Ini akan menyebabkan pengganguran
2. Masalah kekurangan makanan- Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian,
perikanan,penternakan tidak sepadan dengan aras penduduk dalam tempoh tertentu
menyebabkan fenomena kebuluran.

3. Kemiskinan dan kemunduran/Lingkaran kemiskinan – Pendapatan perkapita yang


rendah, kuasa beli dan tabungan yang rendah menyebabkan kemunduran/taraf hidup
penduduk yang rendah.

4. Taraf pendidikan yang rendah – kadar buta huruf/buta ICT yang tinggi

5. Taraf kesihatan yang rendah – penularan wabak penyakit dan kadar kematian tinggi
terutamanya di kawasan pedalaman.

6. Bebanan kerajaan sangat besar – Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada


kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung
jumlah penduduk yang ramai.

7. Kualiti hidup yang rendah – pemilikan barangan dan perkhidmatan berkualiti terhad, masalah
perumahan, pencemaran alam sekitar yang menjejaskan kesihatan penduduk dll indeks kualiti hidup
yang merosot.

c) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kadar kelahiran yang


tinggi di negara-negara sedang membangun [7 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Dasar Governan – Dasar saiz keluarga kecil/menghadkan bilangan anak; seperti 1


keluarga 1 anak (China) atau 2 anak (Singapura). Mengenakan denda/kompaun, tidak
memberikan keistimewaan seperti kemudahan pendidikan, kesihatan dll.

2. Program perancangan keluarga – Pengurangan kelahiran dengan penggunaan pil


perancang, menjarakkan kelahiran, teknik AUD, pengguguran, kempen saiz keluarga yang
seimbang dll.

114
3. Meningkatkan had umur perkahwinan – melewatkan usia berkahwin misalnya
melepasi umur 20-an, bagi tujuan mengurangkan fertiliti/kesuburan.

4. Meningkatkan kerjaya wanita – memperbanyakkan golongan wanita berkerjaya dan


berpendidikan tinggi bagi tujuan melewatkan perkahwinan.

SOALAN PILIHAN 8

Jadual 6 menunjukkan jumlah penduduk mengikut wilayah dan negeri di


Semenanjung Malaysia pada Tahun 2002.

Jadual 6 : Jumlah Penduduk Mengikut Wilayah dan


Negeri di Semenanjung Malaysia pada Tahun 2002.

Wilayah Negeri Jumlah Penduduk Jumlah Penduduk


Mengikut Negeri Mengikut Wilayah
(’000 orang) (’000 orang)
Perlis 204.4
Utara Kedah 1 649.7 3167.6
Pulau Pinang 1313.5
Perak 2 051.2
Tengah Selangor 4 188.9 7 619.4
W.P Kuala Lumpur 1 379.3
Negeri Sembilan 860.0
Selatan Melaka 635.8 4 200.4
Johor 2 704.6
Kelantan 1 313.0
Timur Terengganu 898.8 3 500.2
Pahang 1 288.4

(a) Berdasarkan jadual 6, dan di atas peta yang disediakan lukis peta
titik yang menunjukkan taburan penduduk mengikut wilayah dan negeri di
Semenanjung Malaysia pada tahun 2002. [ 8 Markah]

(b) Jelaskan mengapa Wilayah Tengah mempunyai jumlah penduduk


yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah-wilayah yang lain di
Semenanjung Malaysia. [9 Markah]

(c) Huraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap


pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah di Semenanjung
Malaysia. [ 8 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

115
a) Membuat Peta Titik bagi menunjukkan taburan penduduk mengikut
wilayah dan negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002. [ 8 Markah]

Rujuk Peta Titik yang dilukis.

116
117
Item Pemarkahan Markah
Tajuk yang betul 1
Skala yang sesuai. 1
Petunjuk 1
Kebersihan dan kesempurnaan 1
Plotan 1 wilayah (3 negeri) = 1 markah. Ada 4 4
wilayah (12 negeri) = MAX 4 markah
JUMLAH MARKAH 8

b) Jelaskan mengapa Wilayah Tengah mempunyai jumlah penduduk


yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah-wilayah yang lain di
Semenanjung Malaysia. [ 9 Markah]

Sebab-sebab Wilayah Tengah mempunyai jumlah penduduk yang lebih tinggi.

Cadangan Isi Jawapan

Wilayah tengah mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang ramai kerana menjadi
tumpuan migrasi dari wilayah lain juga akibat pertambahan penduduk semulajadi yang
pesat
1. Faktor ekonomi – peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan
khususnya dalam sektor perindustrian,perkhidmatan dan perniagaan yang begitu pesat
berkembang di wilayah tengah.

2. Faktor pendidikan – peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih


tinggi lebih banyak terdapat di Wilayah Tengah khususnya IPTA dan IPTS.

3. Faktor sosial – meliputi kemudahan asas pembandaran seperti tempat kediaman


yang selesa, prasarana yang cukup, kemudahan kesihatan, kemudahan hiburan dll yang
terdapat dengan banyak di wilayah Tengah.

4. Faktor pengangkutan dan perhubungan – kemajuan dan kecanggihan sistem


pengangkutan dan perhubungan telah meningkatkan ketersampaian dan interaksi inter
dan intra Wilayah tengah dengan wilayah-wilayah yang lain.

5. Peningkatan kadar kelahiran yang tinggi di wilayah tengah- Peningkatan taraf


kesihatan, taraf hidup, kualiti hidup penduduk bandar.

6. Perkhwinan migran pada usia muda – berkahwin awal menyebabkan fertilitinya


adalah tinggi. Ini mempercepatkan pertambahan penduduk di wilayah tengah.

118
c) Huraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah di Semenanjung
Malaysia. [8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi


dan sosial antara wilayah:

1. Mewujudkan dualisme ekonomi antara wilayah (pertanian biasanya luar bandar


– perindustrian) yang menyebabkan jurang/lompang ekonomi antara wilayah yang besar
seperti perbezaan KDNK antara wilayah/negeri.

2. Perbezaan Peluang Pekerjaan antara wilayah menyebabkan wujudnya jurang


pendapatan perkapita yang besar – Kekurangan peluang pekerjaan, pengganguran dan
kemiskinan masih ketara di wilayah-wilayah lain khususnya wilayah timur akibat
migrasi ke wilayah tengah.

3. Perbezaan saiz dan kuasa beli pasaran – saiz pasaran yang luas dan kuasa beli
yang tinggi di wilayah Tengah berbanding dengan wilayah lain.

4. Perbezaan ciri-ciri pembandaran/urbanisasi antara wilayah – wilayah tengah


terlalu pesat, pembangunan bandar yang tidak seimbang. Wilayah tengah mempunyai
banyak pusat-pusat pertumbuhan ekonomi cth subbandar, bandar baru, bandar
satelit,bandar metropolis dan lain-lain.

5. Perbezaan kemudahan asas antara wilayah – pendididikan, kesihatan,


pengangkutan, telekomunikasi amat maju di wilayah tengah. Kemajuan ini tidak
setanding dengan wilayah-wilayah lain.

6. Perbezaan dari segi pengangkutan dan perhubungan - Jaringan perhubungan dan


pengangkutan adalah berbeza mengikut wilayah.

7. Kesan sosial seperti jenayah, merompak/mencuri, perebakan penyakit dan juga


masalah sosial meningkat di wilayah tengah.

119
SOALAN PILIHAN 1

Berdasarkan contoh-contoh di mana-mana negara Asia Pasifik,

a) Jelaskan mengapa pentingnya aktiviti perikanan laut dalam,


[12 Markah]

b) Huraikan;
(i) Masalah yang dialami oleh aktiviti perikanan laut dalam, dan
[ 7 Markah]
(ii) masalah yang ditimbulkan oleh aktiviti tersebut. [ 6 Markah]

________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Kepentingan aktiviti perikanan laut dalam di negara Asia Pasifik.


[ 12 Markah]

Di antara kepentingan aktiviti perikanan laut dalam di negara Asia Pasifik ialah:

1. Sebagai sumber pemakanan (protein) yang penting. Ini kerana budaya pemakanan
penduduk di sebahagian besar negara Asia pasifik amat bergantung kepada perikanan laut
dalam yang amat kaya dengan pelbagai sumbernya. Sumber ikan digunakan sebagai
makanan bersama dengan makanan ruji seperti nasi. Justeru negara-negara Asia Pasifik
yang dikelilingi oleh laut seperti Jepun, Korea, Filipina, Indonesia termasuk juga
Malaysia amat bergantung kepada bekalan ikan khususnya dari laut dalam.

2. Menyumbang kepada pendapatan negara. Sebagai bahan eksport yang akan


menghasilkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Sesetengah negara
menjadikan ikan laut sebagai hasil eksport. Thailand misalnya banyak mengeksport hasil
perikanannya ke Malaysia dan Singapura. Jepun juga mengeksport hasil ikan seperti
minyak ikan kod, lemak ikan paus ke negara-negara lain. Hasil jualan ini akan dapat
menambahkan pendapatan eksport negara.

3. Menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk yang berkaitan dengan sektor


perikanan seperti sebagai nelayan, pekerja di kilang memproses, perkhidmatan
pemasaran dan lain-lain. Sebagai contoh penduduk yang tinggal di tepi pantai amat
bergantung kepada aktiviti perikanan seperti pesisir pantai Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Hasil tangkapan laut dalam biasanya memberikan pulangan yang

120
lumayan,justeru itu ia boleh menambakan pendapatan dan nelayan seterusnya
meningkatkan taraf hidup mereka

4. Membantu menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan. Industri


hilirandan huluan yang bergantung kepada sumber perikanan laut akan berkembang
dengan cepat seperti industri pengentinan, pembuatan bot, kilang ais, peralatan
penangkapan dan sebagainya. Industri perikanan bertindak sebagai pembekal bahan
mentah kepada industri lain khususnya IKS seperti pemprosesan ikan kering dan
keropok. Dengan itu rantaian ekonomi dalam negara menjadi lebih kukuh.

5. Membantu meningkatkan teknologi dalam sesebuah negara khususnya yang


berkait dengan teknologi perikanan laut dalam seperti teknologi awet-beku, penggunaan
radar pengesan, penyediaan habitat tiruan/tukun, teknologi komunikasi dan sebagainya.
Apabila keupayaan R&D dalam sector ini bertambah maju maka ia sekaligus membantu
perkembangan R&D dalam sektor-sektor lain juga.

6. Memperluaskan pasaran samada di dalam atau di luar negara. Kesan-kesan positif


daripada perluasan pasaran diperolehi melalui peningkatan kuasa beli pengguna,
rangkaian pemasaran dalam negara yang akan meningkatkan pendapatan negara.
Sesetengah negara seperti Jepun pula berkemampuan untuk mengukuhkan rangkaian
paaran luar negara melalui pengeksportan hasil-hasil perikanan laut dalamnya.

b) Masalah-masalah yang dihadapi dan yang ditimbulkan oleh aktiviti


perikanan laut dalam.

(i) Masalah yang dihadapi:

1. Masalah yang berkaitan dengan perikanan secara umun seperti kekurangan modal,
kekurangan teknologi, masalah pasaran, kekurangan buruh, kemudahan asas dan
sebagainya. Kekurangan modal dan kekurangan teknologi amat ketara sekali terutamanya
bagi negara Asia Pasifik yang masih membangun dan miskin. Keupayaan modal yang
terhad dan teknologi tangkapan yang rendah menyebabkan mereka tidak mampu
memaju/meneroka perikanan laut dalam secara besar-besaran.

2. Masalah keselamatan nelayan. Ancaman lanun di laut antarabangsa, ancaman


nelayan asing/pencerobohan. Sesetengah penduduk tidak berkesanggupan untuk
meneroka perikanan laut dalam kerana khuatir keselamatan mereka yang amat sukar
dijamin di perairan antarabangsa. Resiko lanun amat besar. Pengentahuan yang terhad
juga membolehkan mereka mudah terceroboh memasuki kawasan perairan negara lain
yang menyebabkan mereka ditangkap.

3. Masalah politik perairan antarabangsa. Pertindihan kawasan/sempadan perairan


khususnya di zon ekonomi eksklusif (ZEE). Ini menimbulkan resiko pencerobohan atau
mudah tertangkap oleh pihak berkuasa negara lain. Selain itu aktiviti perikanan laut

121
dalam juga mendapat tentangan daripada pergerakan alam sekitar seperti Green Peace
misalnya mereka menghalang penangkapan ikan paus oleh nelayan laut dalam Jepun.

(ii) Masalah yang ditimbulkan:

1. Masalah kepupusan sumber perikanan akibat kadar tangkapan yang berterusan


melebihi had serta kaedah tangkapan yang boleh memusnahkan habitat . Sesetengah
kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat harimau dan pukat tunda memberi kesan
kepupusan sumber perikanan dalam jangkamasa panjang. Kerana kaedah ini mengambil
semua saiz dan jenis ikan. Anak-anak ikan juga tidak terkecuali. Selain itu terumbu
karang yang menjadi habitat ikan juga boleh musnah dengan menggunakan pukat tunda.

2. Konflik dengan nelayan perikanan pinggir pantai apabila nelayan laut dalam
tamak sehingga menceroboh zon perikanan pinggir pantai yang sama sekali diharamkan
untuk mereka. Jelas sekali masalah ini sering ditimbulkan oleh nelayan laut dalam. Zon
perikanan pinggir pantai sepatutnya tidak boleh dijadikan lokasi mereka. Apabila
pencerobohan berlaku konflik akan timbul. Pencerobohan zon pinggir pantai bukan
sahaja oleh nelayan laut dalam malah oleh nelayan-nelayan asing. Misalnya Malaysia
sering diceroboh oleh nelayan Thailand. Menceroboh perairan negara lain sehingga
ditangkap oleh pihak berkuasa akan menimbulkan banyak masalah kerana ia
memerlukan penyelesaian diplomatik dan politik.

SOALAN PILIHAN 2

a) Nyatakan lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di


negara-negara Asia Tenggara. [ 5Markah]

a) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang


penting bagi negara-negara di Asia Tenggara. [10 Markah]

b) Bincangkan kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian


biologi di negara-negara berkenaan. [10 Markah]

122
CADANGAN SKEMA JAWAPAN:

a) Nyatakan lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di


negara-negara Asia Tenggara. [ 5Markah]

Lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di Asia Tenggara ialah:

• Aktiviti pembalakan haram tanpa kawalan


• Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah.
• Aktiviti pembinaan empangan hidroelektrik.
• Aktiviti pembinaan infrastruktur khususnya jaringan lebuhraya.
• Aktiviti pembinaan estet perumahan dan estet perindustrian
b) Sebab-sebab hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang
penting bagi negara-negara di Asia Tenggara [ 10 Markah]

1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber
hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan
berburu. Ekosistem hutan sebagai habitat/tempat tinggal mereka disamping mereka
menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan mereka. Selain
itu terdapat juga orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi
seperti hasil rotan, damar, akar-akar kayu untuk perubatan dan sebagainya.

2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai


bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan
negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma
amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-
negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi
daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang.

3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air


terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora yang menarik pelancong yang akan
menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh,
perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbaaian biologi
hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, hutan Endau –
rompin, Taman negara Sepilok amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama.

4. Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan


(industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta
industri pengangkutan. Dengan adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi
dan rantaian ekonomi di sesebuah negara berkembang dengan pesat. Selain itu dengan
adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pekerja kilang pemprosesan kayu balak,
pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan
menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus
pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan.

123
5. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang
diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak
menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan
contoh. Dalam kes ini sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke
Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

b) Kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi.


[ 10 Markah]

1. Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat


kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi
pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang
bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-
sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain
yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan.

2. Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu


habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat
mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah
ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini
mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan
berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

3. Menggangu kestabilan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar


tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi
setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan
dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai
kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya.

4. Menggangu kehidupan orang asli di dalam hutan yang dianggap sebagai


komponen penting untuk menstabilkan ekosistem hutan. Memusnahkan pelbagai spesis
herba yang sangat bernilai.

SOALAN PILIHAN 3

Pilih sebuah negara di Asia Pasifik,

a) Senaraikan empat jenis mineral yang dilombong di negara tersebut,


dan nyatakan lokasi utama setiap jenis mineral itu. [5 Markah]

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perlombongan


di negara tersebut dan [10 Markah]

124
c) Berikan ulasan anda bagaimana kegiatan perlombongan
mempengaruhi landskap budaya dan fizikal di negara tersebut. [10 Markah]

CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN;

a) Negara yang dipilih ialah Malaysia. Di antara jenis mineral dan lokasi
perlombongannya ialah: [ 5 Markah]

Jenin Mineral Lokasi utama pengeluaran

Petroleum dan Gas Luar pantai Terengganu, Pantai Barat Sabah dan Luar pantai
Asli. Sarawak.

Bijih Timah. Lembah Kinta, Lembah Kelang dan Sungai Lembing Pahang.
Semeling Kedah dan Ipoh Perak.
Bijih Besi.
Teluk Ramunia dan Seri Medan Johor
Bauksit Mamut Sabah
Tembaga Bau Sarawak, Raub Pahang, Lubuk Mandi Terengganu
Emas

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perlombongan


di negara tersebut, [ 10 Markah]

Cadangan isi jawapan

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kegiatan perlombongan di Malaysia.


Antaranya ialah:

1. Adanya stok atau simpanan sumber yang banyak untuk menentukan jangkamasa
operasi di samping kualiti sumber mineral yang ada. Kedapatan sumber menjadi faktor
yang amat penting, tanpa adanya sumber aktiviti pengeluaran tidak dapat dijalankan.
Sumber tersebut mestilah ada dalam kuantiti yang banyak. Misalnya sumber
petroleum di Malaysia dijangka boleh terus dicarigali dalam tempoh 50 tahun lagi.
Sumber petroleum di Malaysia juga adalah dari jenis berkualiti tinggi yang boleh
diguna untuk pelbagai tujuan. Selain itu kehabisan sesuatu sumber pula akan
menyebabkan operasi perlombongan terpaksa ditutup. Misalnya terdapat sedikit sahaja
aktiviti perlombongan bijih timah dan bijih besi di Malaysia pada masa kini.

2. Faktor keupayaan teknologi dan modal untuk pengeluaran dan pemerosesan


sumber mineral yang ada. Usaha pengeluaran dan pemprosesan petroleum
memerlukan teknologi tinggi dan peralatan yang canggih. Tanpa teknologi moden
tidak mungkin pengeluaran dapat dijalankan. Teknologi tinggi mungkin diimport atau

125
diperolehi melalui usahasama. Begitu juga dengan keupayaan modal. Keperluan
modal yang banyak samada dari dalam atau luar negara amat penting dalam
menjayakan aktiviti perlombongan. Justeru itu pengeluaran petroleum di Malaysia
banyak menggunakan teknologi dan modal import seperti dari Syarikat SHELL,
ESSO, BRITISH PETROLEUM (BP) disamping PETRONAS sendiri sebagai satu-
satunya pelaburan modal dalam negara.

3. Adanya tenaga buruh, kepakaran dan juga faktor pasaran. Bekalan tenaga buruh
mahir dan separa mahir samada dari dalam atau luar negara adalah amat penting
mempengaruhi kegiatan perlombongan. Buruh mahir penting dalam kejuruteraan
petroleum, R&D kawalan mutu dan sebagainya. Kekurangan buruh mahir di Malaysia
diatasi melalui pinjaman tenaga luar dan juga program latihan dan kursus jangka
panjang untuk pekerja tempatan. PETRONAS misalnya menghantar tenaga kerjanya
ke luar negara untuk memperolehi ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Selain itu
faktor pasaran juga amat mustahak. Pengeluaran hasil perlombongan amat
dipengaruhi oleh kuantiti permintaan dari dalam dan luar negara, harga dan
persaingan, kuasa beli pengguna dan sebagainya.

4. Faktor kemudahan asas khususnya sistem pengangkutan dan perhubungan,


kemudahan pelabuhan dan penyimpanan, kemudahan keselamatan, kemudahan
pemasaran dan lain-lain yang berkaitan. Kewujudan kemudahan pengangkutan
mempengaruhi ketersampaian kepada sumber mineral. Pada masa dahulu sistem
pengangkutan keretapi memainkan peranan yang penting dalam perlombongan bijih
timah. Pada masa kini pula sistem paip dan kapal tangki mempengaruhi perlombongan
petroleum di Malaysia.

5. Dasar kerajaan dan faktor penjajahan. Dasar kerajaan meliputi kuota pengeluaran,
kelulusan permit, sistem percukaian, insentif pelaburan, usaha R&D dan sebagainya
yang dikenakan kepada sesebuah syarikat carigali. Faktor penjajahan pula meliputi
usaha mengeksploitasi dan memonopoli pengeluaran sesuatu sumber untuk memenuhi
keperluan negara mereka. Dalam kes Malaysia penjajah Inggeris sebenarnya yang
memajukan perlombongan bijih timah pada abad ke 19 dengan membawa masuk
migran Cina serta usaha menyediakan sistem pengangkutan, pelabuhan,petempatan
dan lain-lain.

c) Berikan ulasan anda bagaimana kegiatan perlombongan


mempengaruhi landskap budaya dan fizikal negara tersebut. [10 Markah]

Cadangan isi jawapan

Landskap bermaksud pandang darat atau rupamuka-rupamuka yang wujud di atas


permukaan bumi yang dapat dilihat dengan mata kasar. Antara kesan perlombongan ke
atas pandang darat ialah:

126
Pengaruh/Kesan ke atas landskap budaya.

1. Kewujudan petempatan yang akhirnya berkembang menjadi pekan atau bandar.


Kawasan-kawasan perlombongan akan dibanjiri oleh migran dari luar untuk bekerja
sebagai pelombong. Petempatan pelombong akan terbentuk seterusnya boleh
berkembang menjadi pekan dan bandar. Sebagai contoh bandar-bandar seperti Taiping,
Larut, Ipoh dan Kuala Lumpur adalah terdiri daripada petempatan perlombongan bijih
timah oleh orang-orang China pada abad ke 19 dahulu. Adakalanya kawasan
petempatan yang telah terbentuk atau pekan akan “mati” apabila sumber-sumber
perlombongan habis dieksploitasi. Penghijrahan keluar pekerja akan berlaku
meninggalkan pandang darat rumah-rumah kosong dan lombong tinggal seperti di
Bukit Besi, Terengganu dan Batu Arang, Selangor.

2. Kewujudan rangkaian pengangkutan seperti jalan raya, jalan keretapi, kemudahan


pelabuhan, lapangan terbang, saluran paip dan juga kemudahan telekomunikasi.
Kewujudan kemudahan pengangkutan ini bertujuan untuk mempercepatkan
penghantaran sumber mineral ke kilang memproses atau gudang penyimpanan serta ke
kawasan pasaran. Selain itu kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air dan
elektrik dan lain-lain perkhidmatan seperti sekolah/pusat-pusat latihan kemahiran,
klinik/hospital di samping kemudahan reakreasi seperti padang golf dan taman-taman
permainan juga akan disediakan untuk memenuhi keperluan pekerja. Sebagai contoh di
Bandar Kerteh, Terengganu dan juga Bandar Miri, Serawak.

3. Kewujudan kilang-kilang yang berkaitan dengan pengeluaran sumber mineral


tersebut seperti kilang petrokimia, kilang memproses gas asli, kilang baja urea dan juga
stesyen-stesyen janakuasa. Sebagai contoh di Bandar Kerteh wujudnya kilang
memproses gas asli, stesyen janakuasa TNB di samping pelbagai kilang petrokimia
yang menggunakan petroleum sebagai bahan mentahnya atau sebagai sumber
tenaganya. Begitu juga di Miri terdapatnya kilang baja urea serta kilang petrokimia dan
kilang cat.

Pengaruh/Kesan terhadap landskap Fizikal.

4. Kewujudan kesan-kesan lekukan/kolam dan tasik yang sukar ditimbus atau dikenali
sebagai tasik lombong terutama sekali di kawasan perlombongan bijih timah yang
menggunakan kaedah kapal korek. Kewujudan tasik lombong ini banyak kelihatan di
sekitar Ipoh dan Taiping Perak serta Kuala Lumpur. Sesetengah daripada tasik bekas
lombong tersebut telah dimajukan sebagai tasik reakreasi seperti Tasik Titiwangsa dan
The Mines di Selangor serta Taman Tasik Taiping.

5. Pandang darat cerun-cerun bukit yang musnah akibat kesan-kesan pemotongan,


penarahan dan peletupan bukit, tinggalan ketulan-ketulan batuan akibat aktiviti
perlombongan kuari dan marmar atau kaedah pam hidraulik dalam perlombongan bijih
timah. Dengan menggunakan kaedah ini tebing sesebuah bukit akan musnah. Kawasan

127
berbukit akan tertingal sebagai bukit sisa. Selain itu pandang darat kemusnahan hutan
juga berlaku akibat aktiviti mencari gali sesuatu jenis sumber mineral .

SOALAN PILIHAN 4

Pilih sebuah negara di Asia Tenggara,

a) Huraikan kelebihan yang terdapat di negara tersebut yang memberi


sumbangan terhadap perkembangan sektor industri pembuatan, [8 Markah]

b) Jelaskan mengapa wujud penumpuan industri pembuatan di


kawasan-kawasan tertentu di negara tersebut. [10 Markah]
c) Terangkan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang
menjadi tumpuan industri pembuatan itu. [ 7 Markah]
________________________________________________________________
CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Huraikan kelebihan yang terdapat di negara tersebut yang memberi


sumbangan terhadap perkembangan sektor industri pembuatan, [8 Markah]

Cadangan jawapan Lengkap

Negara yang dipilih ialah MALAYSIA. Diantara kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh
Malaysia yang boleh menjana perkembangan pesat sektor industri pembuatan ialah:

1. Keadaan politik yang stabil dalam jangka masa panjang. Ini telah mewujudkan iklim
pelaburan yang sihat yang meyakinkan pelaburan asing. Pemerintahan kerajaan Barisan
Nasional yang stabil dan kukuh memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk terus
menanam modal di Malaysia bagi memperolehi keuntungan jangka panjang. Pada masa
yang sama dasar dan polisi kerajaan Malaysia sendiri telah menggalakkan perkembangan
sektor ini . Pelabur asing tertarik dengan adanya skim galakan pelaburan,pemberian taraf
perintis, Zon Perdagangan Bebas (FTZ), pengecualian/penurunan beberapa jenis cukai
lndustri, penyediaan prasarana yang lengkap dan baik, penawaran tapak industri yang
masih murah serta lain-lain lagi.

2. Kelebihan penawaran tenaga buruh yang murah,ramai dan terlatih khususnya dalam
sektor industri pembuatan yang berintensif buruh seperti industri elektrik dan elektronik.
Di Malaysia tenaga buruh terlatih adalah ramai, mudah diperolehi dan upahnya murah
relatif dengan tenaga buruh di negara-negara yang setaraf seperti Singapura. Tenaga
buruh di Malaysia juga mudah dilatih kesan daripada taraf pendidikan yang tinggi yang
telah dicapai oleh Malaysia. Ini menyebabkan pelabur asing tidak menghadapi banyak
masalah dan tidak ragu-ragu tentang keupayaan tenaga buruh di Malaysia. Kewujudan
tenaga buruh yang berdaya saing dan berdaya maju di Malaysia, telah menjamin produk
industri pembuatan yang berkualiti dan sekaligus industri ini lebih pesat berkembang.

128
3. Kelebihan pasaran dalam negara yang amat menggalakkan. Walaupun saiz penduduk
Malaysia masih lagi kecil tetapi kuasa beli penggunanya adalah tinggi. Keupayaan
membeli yang tinggi ini berpunca daripada pendapatan perkapita penduduk yang agak
tinggi relatif dengan negara ASEAN yang lain. Justeru itu kadar permintaan terhadap
hasil industri pembuatan berterusan meningkat. Dalam keadaan pasaran dunia yang
lembab pun pasaran dalam negara Malaysia masih lagi aktif.

4. Kewujudan prasarana atau kesediaan kemudahan asas seperti kemudahan


pengangkutan,telekomunikasi dan pelabuhan yang baik. Kelebihan yang dimiliki oleh
Malaysia dalam konteks ini amat menggalakkan kemasukan pelabur asing. Mereka tidak
perlu mengeluarkan kos yang besar untuk menggerakkan operasi kilang pembuatan
mereka. Rangkaian lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi telah mempercepatkan
pengangkutan barangan dan pekerja. Kewujudan pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau
Pinang, Pasir Gudang, Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Kuantan telah menggalakkan lagi
aktiviti import-eksport hasil industri pembuatan ke luar negara.

5. Kelebihan teknologi yang dimiliki untuk menghasilkan kepelbagaian produk yang


berkualiti tinggi serta berdaya saing. Dalam konteks ini Malaysia sememangnya
memberikan keutamaan kepada program R&D . Teknologi baru sentiasa dihasilkan bagi
meningkatkan kualiti produk yang sedia ada dan juga mencipta produk baru yang
menepati citarasa pengguna semasa agar boleh bersaing di pasaran global. Selain
teknologi, Malaysia juga mempunyai keupayaan modal yang kukuh yang datangnya dari
pelaburan dalam dan luar negara. Dengan adanya keupayaan teknologi dan modal yang
kukuh ini, maka ia telah menjamin keberterusan dan kepesatan perkembangan sektor
industri pembuatan di Malaysia.

6. Kelebihan sumber bahan mentah dan sumber kuasa yang dimiliki. Malaysia juga kaya
dengan sumber bahan mentah. Misalnya sumber getah dan kelapa sawit menjadi faktor
penting mempengaruhi perkembangan industri pembuatan berasaskan hasil pertanian
(agro based industry) seperti pembuatan tayar, sarung tangan, minyak masak, sabun, lilin
dan sebagainya. Sumber bahan mentah dalam negara sentiasa ada kerana Malaysia juga
turut memacu sektor pertaniannya. Dengan itu sumber bahan mentah ini tidak perlu
diimport dan ini boleh menjimatkan kos pengeluaran. Pada masa yang sama sumber
kuasa juga adalah banyak seperti petroleum, gas asli dan kuasa elektrik hidro (KEH).
Penawaran sumber tenaga yang banyak dan murah telah memangkinkan lagi
pertumbuhan industri pembuatan yang baru dan memperkembangkan industri pembuatan
yang sedia ada.

129
b) Jelaskan mengapa wujud penumpuan industri pembuatan di
kawasan-kawasan tertentu di negara tersebut. (10 Markah)

Cadangan Jawapan Lengkap

Industri pembuatan di Malaysia sememangnya tertumpu atau beraglomerasi di


kawasan-kawasan tertentu sahaja. Di antara kawasan tumpuan industri ini ialah seperti
di Shah Alam – Petaling Jaya, Kawasan Industri Bayan Lepas dan Bayan Baru di
Pulau Pinang, Pasir Gudang di Johor, Kawasan industri Gebeng dan Semambu di
Kuantan dan sebagainya. Kawasan ini seringkali diistiharkan sebagai kawasan estet
perindustrian. Di antara sebab-sebab industri pembuatan tertumpu di kawasan-
kawasan berkenaan ialah:

1. Dasar kerajaan yang menyediakan kawasan/tapak yang khas dan menarik untuk
berkelompok seperti di kawasan Zon dagangan bebas (FTZ) yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan asas – elektrik, air, jalan raya, kominikasi, sewa tapak yang
murah atau diberikan taraf perintis dan lain-lain keistimewaan. Dengan adanya
tarikan-tarikan ini maka pengusaha-pengusaha industri yang baru akan melokasikan
kilang mereka di kawasan berkenaan apatah lagi jika industri pembuatan tersebut
bersifat industri berkait yang perlu saling bergantung antara satu sama lain. Terdapat
pelbagai sebab kerajaan “meaglomerasikan” kilang di kawasan-kawasan tertentu
sahaja khususnya di kawasan pinggir bandar. Pertama sebagai satu dasar
membangun/memajukan kawasan yang sebelumnya mundur, dan ke dua pengezonan
guna tanah khususnya di bandar yang sudah padat dan tepu bina di samping untuk
mengelakkan pencemaran serta kesesakan.

2. Kawasan tersebut sudah sedia maju dengan industri – maka industri yang
berkaitan akan terus tertumpu ke arahnya untuk menikmati faedah perkongsian
bersama seperti perkongsian kemudahan asas, perkongsian pasaran,perkongsian
kepakaran dan lain-lain yang boleh menjimatkan kos. Industri yang saling bergantung
lazimnya berada setempat dan berdekatan antara satu sama lain. Output sesuatu
industri menjadi input industri lain. Misalnya industri pembuatan kereta berdekatan
dengan industri pembuatan tayar dan juga berdekatan dengan industri pembuatan cat,
aksesori dan lain-lain. Hal ini kerana untuk menjimatkan kos pengangkutan dan
menikmati faedah daripada ekonomi bidangan.

3. Kawasan berkenaan mempunyai jumlah penduduk yang ramai yang akan


menawarkan tenaga buruh yang mudah dan pasaran yang luas seperti kawasan bandar-
bandar besar. Di Malaysia, tumpuan industri pembuatan adalah di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu, Shah Alam dan lain-lain lagi. Ini
kerana di kawasan bandar saiz pasaran adalah luas dengan kuasa beli yang tinggi
terutama sekali yang melibatkan produk barangan pengguna seperti tekstil, elektrik
dan elektronik serta pembuatan makanan. Selain itu di bandar besar juga mudah
diperolehi tenaga buruh yang sesuai seperti tenaga buruh mahir dan terlatih, ekoran
daripada taraf pendidikan penduduk bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan
penduduk luar bandar.

130
4. Kawasan atau wilayah berkenaan sudah sedia maju dengan kemudahan
perkhidmatan seperti bank, sistem pengangkutan dan telekomunikasi, kemudahan
pembandaran dan lain-lain faktor penarik. Di sesetengah kawasan FTZ sememangnya
sudah lengkap dan maju dengan kemudahan asas. Oleh itu industri pembuatan tertarik
dan tertumpu di kawasan berkenaan kerana pengusaha tidak perlu lagi menyediakan
kemudahan-kemudahan tersebut. Hanya kilang sahaja yang perlu didirikan. Dengan
adanya kemudahan asas yang lengkap, ia menjadi tarikan kepada penduduk untuk
berhijrah dan menjadi pekerja tetap. Jumlah penduduk semakin bertambah, penawaran
tenaga kerja dan saiz pasaran juga bertambah yang akhirnya menarik minat industri
pembuatan lain melokasikan kilang mereka di kawasan berkenaan.

c) Terangkan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang


menjadi tumpuan industri pembuatan itu. ( 7 Markah)

Cadangan jawapan lengkap

1. Gangguan kesihatan penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu,


pencemaran air,pencemaran bunyi, hujan asid dan sebagainya. Kawasan tumpuan industri
pembuatan akan membebaskan dengan banyak bahan-bahan pencemar seperti karbon
monoksida, sulfur, gas kloroflorokarbon dan lain-lain yang boleh memudaratkan kesihatan
penduduk.

2. Kesesakan lalu lintas. Apabila pekerja bertambah maka jumlah kenderaan juga akan
bertambah untuk berulang-alik ke tempat kerja. Kesannya masalah aliran trafik (Traffic
Jam) akan berlaku yang boleh melambatkan perjalanan dan resiko kemalangan kepada
penduduk.

3. Masalah kesesakan penduduk dan masalah sosial. Pertambahan tenaga buruh


menyebabkan sesuatu kawaan seperti di bandar menjadi padat dan sesak. Keadaan ini
biasanya boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti penyakit berjangkit, masalah
jenayah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

4. Kesan positif. Seperti peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk yang
semakin baik. Kesan daripada pertambahan pekerjaan dari kilang-kilang pembuatan,
peningkatan pendapatan penduduk dan kuasa belinya, peningkatan tabungan dan lain-lain.

5. Penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan pembandaran kerana kawasan


tumpuan industri biasanya mempercepatkan proses urbanisasi. Pertumbuhan industri
pembuatan menggalakkan perkembangan bandar moden yang lengkap dengan segala
kemudahan. Justeru penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti kemudahan
telekomunikasi dan pengangkutan, kemudahan tempat tinggal yang selesa, kemudahan
membeli-belah, kemudahan reakreasi dan lain-lain.

131
SOALAN PILIHAN 5

Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara,

a) Nyatakan tiga kawasan pelancongan, [ 3 Markah]

b) Pilih satu kawasan pelancongan yang telah anda nyatakan pada


soalan (a), huraikan ciri-ciri tarikan di kawasan pelancongan tersebut,
[ 7 Markah]
c) Jelaskan sumbangan sektor pelancongan dalam membantu
meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara. [ 9 Markah]

d) Berikan cadangan anda bagaimana sektor pelancongan di tempat


anda dapat dimajukan. [ 6 Markah]
_______________________________________________________________
CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Nyatakan tiga kawasan pelancongan, [ 3 Markah]

Boleh merujuk kepada sebuah negara sahaja. Mesti menyebut atau menamakan tiga
kawasan pelancongan yang betul dan tepat dengan negara yang dirujuk.

Negara yang dirujuk ialah Malaysia. Tiga kawasan pelancongan yang popular di
Malaysia ialah seperti di Pulau Langkawi di Kedah, Kawasan Air Terjun Kota Tinggi,
Johor serta Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highland) di Pahang.

b) Pilih satu kawasan pelancongan yang telah anda nyatakan pada


soalan (a), huraikan ciri-ciri tarikan di kawasan pelancongan tersebut,
(7 Markah)
Cadangan Jawapan Lengkap

Kawasan pelancongan yang dipilih ialah di Pulau Langkawi, Kedah. Pulau


Langkawi adalah kawasan pelancongan yang amat terkenal di utara semenanjung. Hal
ini adalah disebabkan oleh adanya ciri-ciri tarikan yang istimewa yang dimiliknya. Di
antaranya ialah:

1. Tarikan pantai dan pulau yang bersih, cantik dan menarik. Gugusan pulau-pulau
yang cukup unik dengan pantainya yang bersih menjadi daya tarikan utama pelancong
ke Langkawi .Seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Tuba, Pulau Singa Besar, Pantai
Chenang, Pantai Kok, Pantai Pasir Hitam dan sebagainya. Selain daripada tarikan pantai
dan pulau, kejernihan air laut dan kepelbagaian sumber maritim yang terpelihara juga
menjadi tarikan pelancong untuk menjalankan aktiviti menyelam (skuba) sekaligus
menjadikan Langkawi sebagai syurga di bawah air.

132
2. Tarikan di kawasan tanah tinggi. Langkawi juga mempunyai kawasan tanah tinggi
yang menjadi tarikan baru pelancongan iaitu di Gunung Mat Cincang. Kawasan
kemuncak gunung ini mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik, suhunya
yang sejuk dan nyaman disamping dapat melihat seluruh landskap Langkawi.
Menyedari potensi ini kerajaan telah menyediakan kereta kabel sebagai pengangkutan
utama ke gunung tersebut. Selain itu Langkawi juga mempunyai tarikan fizikal yang
istimewa yang tidak kedapatan di tempat lain seperti Tasik Dayang Bunting, Telaga Air
Panas, Telaga Tujuh (kawasan air terjun) dan juga pantai yang pasirnya bewarna hitam.

3. Tarikan khusus seperti tempat bersejarah (arkeologi). Jelas sekali Langkawi


mempunyai tarikan sejarah dan lagenda yang cukup kuat untuk menarik pelancong.
Misalnya kewujudan makam Mahsuri, kawasan beras terbakar, pantai pasir hitam,
Padang Mat Sirat dan Tasik Dayang Bunting mempunyai kisah-kisah yang menarik
perhatian pelancong. Selain itu Langkawi juga telah diistiharkan sebagai kawasan bebas
cukai pada tahun 1983. Dengan peristiharan ini harga sesetengah barangan yang dijual
menjadi lebih murah berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Tumpuan
pelancong bukan sekadar untuk melawat tempat-tempat menarik bahkan menjadi untuk
membeli-belah.

4. Tarikan pengangkutan dan juga kemudahan asas pelancongan yang lengkap.


Langkawi adalah sebuah pulau yang mudah dikunjungi kerana tersedianya pelbagai
kemudahan pengangkutan untuk ke sana dan juga pengangkutan di pulau itu sendiri.
Pengangkutan seperti feri yang boleh dinaiki di Kuala Perlis, Kuala Kedah atau Pulau
Pinang di samping adanya pengangkutan kapal terbang menjadikan ia sebuah pulau
yang “Assibile”. Selain itu pelbagai hotel bertaraf lima bintang, resort dan chalet
disediakan dengan banyak untuk dipilih oleh pelancong. Pusat-pusat membeli belah
yang bebas cukai, kemudahan reakreasi di laut dan dihutan juga turut disediakan.
Kesemuanya menjadi tarikan utama para pelancong.

c) Jelaskan sumbangan sektor pelancongan dalam membantu


meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara. [ 9 Markah]

Cadangan Jawapan Lengkap

Di Malaysia, sektor pelancongan telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan


ekonominya. Di antara sumbangannya ialah;

1. Menyumbang kepada pendapatan negara melalui tukaran mata wang asing dari
pelancong-pelancong luar negara.

2. Mengurangkan kadar pengganguran dalam negara dengan mencipta banyak


peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan – meningkatkan taraf hidup
penduduk.

133
3. Menggalakkan pertumbuhan/perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti
industri kraf tangan, perniagaan makanan, pengangkutan, telekomunikasi dll.

4. Membangunkan kawasan mundur – menukarkan struktur ekonomi setempat dan


menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat ekonomi yang baru.

5. Membantu meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui pelaburan


asing/tempatan yang melabur dalam industri pelancongan – menjana pertumbuhan
ekonomi yang lebih pesat.

d) Berikan cadangan anda bagaimana sektor pelancongan di tempat


anda dapat dimajukan. (6 Markah)

Cadangan Isi Jawapan

1. Langkah promosi menerusi pelbagai media, penawaran pakej pelancongan yang


menarik, menganjurkan aktiviti seperti sukan, kebudayaan, pameran,
persidangan/seminar dll.

2. Membangunkan secara optima sumber-sumber setempat yang dikenalpasti


berpotensi sebagai sumber pelancongan samada sumber semulajadi atau sumber
buatan manusia.

3. Menyedia dan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan agar kawasan


pelancongan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi

4. Menyediakan kemudahan asas yang cukup – seperti kemudahan penginapan


(Hotel, resort, Chalet dll), restoran, kemudahan riadah dan sukan dsb.

5. Kempen kesedaran – seperti langkah menjaga kebersihan kawasan pelancongan,


menguruskan sisa pelancongan secara teratur, memelihara kualiti alam sekitar
setempat dsb.

134
SOALAN PILIHAN 6

Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Pasifik;

a) Jelaskan mengapa aktiviti perikanan pinggir pantai dijalankan


dengan pesat di negara tersebut. [12 Markah]

b) Huraikan masalah-masalah yang dihadapi bagi memajukan aktiviti


perikanan pinggir pantai dan langkah-langkah yang diambil bagi
mengatasinya. [ 13 Markah]

________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Jelaskan mengapa aktiviti perikanan pinggir pantai dijalankan


dengan pesat di negara tersebut. [12 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Rujukan sebuah negara – dijangka Malaysia.

Sebab-sebab perikanan pinggir pantai dijalankan dengan pesat di Malaysia.

1. Kawasan perikanan pinggir pantai dikelilingi oleh pentas lautan yang cetek –
pentas sunda yang kaya dengan plankton dan sumber-sumber perikanan.

2. Faktor fizikal seperti zon pinggir pantai yang berteluk dan bermuara yang
memudahkan pembinaan pelabuhan perikanan disamping keadaan pantai yang
terlindung, berhampiran dengan pulau yang mengurangkan resiko keselamatan nelayan
daripada ancaman ribut berbanding dengan kawasan perikanan laut dalam.

3. Kawasan pinggir pantai lebih selamat dan perairannya terkawal daripada ancaman
lanun serta pencerobohan nelayan asing. Perairan negara yang dikawal dengan lebih
ketat berbanding dengan kawasan perikanan laut dalam.

4. Keupayaan modal yang terhad untuk meneroka laut dalam – justeru terpaksa
menumpukan kepada perikanan pinggir pantai sahaja. Misalnya sebahagian besar
nelayan pinggir pantai hanya mampu memiliki bot-bot kecil sahaja.

5. Keupayaan teknologi perikanan yang masih rendah dan hanya sesuai digunakan di
kawasan pinggir pantai sahaja seperti penggunaan pukat tarik, pukat hanyut, pukat
tangkul, pancing, bubu dll yang sememangnya tidak mampu untuk beroperasi di laut
dalam.

135
6. Kekurangan pengentahuan, kepakaran dan kemahiran untuk meneroka laut dalam
khususnya untuk mengendalikan kapal yang lebih besar dan teknologi moden.
Kemahiran nelayan pantai terbatas di zon pinggir pantai sahaja.Oleh itu mereka
tertumpu di kawasan perikanan pinggir pantai. Disamping masalah sikap yang sukar
untuk berubah.

b) Huraikan masalah-masalah yang dihadapi bagi memajukan aktiviti


perikanan pinggir pantai dan langkah-langkah yang diambil bagi
mengatasinya. [ 13 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Masalah-masalah yang dihadapi:

1) Masalah fizikal seperti ancaman musim tengkujuh dan muara sungai yang
semakin cetek terutamanya selepas banjir.

2) Ancaman pencerobohan nelayan asing atau nelayan perikanan laut dalam di zon
perikanan pinggir pantai.

3) Kekurangan modal untuk memajukan aktiviti perikanan seperti akuakultur, untuk


memiliki bot-bot yang lebih besar, alat tangkapan yang lebih moden dan lain-lain.

4) Masalah pasaran.Terikat dengan sistem hutang orang tengah – hasil terpaksa


dijual kepada orang tengah dengan harga yang lebih murah dan kesannya nelayan
sentiasa berada di dalam kemiskinan.

5) Kekurangan kemudahan asas seperti ketiadaan jeti untuk mendaratkan hasil


tangkapan, kekurangan kemudahan pengangkutan, kekurangan alat/teknologi tangkapan,
pembekuan/pengawetan dll.

6) Kekurangan pengentahuan dan kemahiran untuk meningkatkan produktiviti


perikanan disamping masalah sikap yang sukar untuk berubah.

Langkah-langkah mengatasinya:

1) Langkah perundangan – untuk mengawal selia zon perikanan pinggir pantai


daripada dicerobohi. Rondaan, pemantauan, hukuman denda/kompaun, membatalkan
lesen operasi dll yang dilakukan oleh Jabatan laut, polis marin dan Jabatan perikanan
dari semasa ke semasa. Disamping kerjasama dengan negara jiran.

2) Memberikan bantuan modal/subsidi kepada nelayan oleh pihak kerajaan untuk


meningkatkan keupayaan modal para nelayan. Misalnya oleh Bank Pertanian.

136
3) Membantu memasarkan hasil perikanan melalui koperasi nelayan atau menerusi
LKIM.

4) Menyediakan kemudahan asas yang lengkap seperti kompleks perikanan,


rangkaian pengangkutan, kemudahan dingin-beku dll yang juga dilaksanakan menerusi
LKIM.

5) Menggalakkan industri akuakultur sebagai kegiatan sampingan nelayan yang


dijalankan oleh Jabatan perikanan. Disamping menggalakkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D).

6) Memberikan khidmat latihan dan kemahiran kepada nelayan khususnya dalam


konteks penggunaan teknologi moden.

7) Usaha memperdalamkan muara sungai bagi memudahkan keluar-masuk dan


pendaratan bot-bot nelayan.

Pemarkahan:

Masalah: Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah.


Langkah: Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah

SOALAN PILIHAN 7.

Dengan merujuk kepada Malaysia,

a) Jelaskan mengapa program penyebaran keluar industri


perkilangan dari kawasan-kawasan maju ke kawasan – kawasan kurang
maju dilaksanakan. [ 10 Markah]

b) Nyatakan jenis-jenis industri perkilangan yang menjejaskan kualiti


alam sekitar. [ 6 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia untuk


mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat industri perkilangan.
[ 9 Markah]
________________________________________________________________

137
CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Jelaskan mengapa program penyebaran keluar industri


perkilangan dari kawasan-kawasan maju ke kawasan – kawasan kurang
maju dilaksanakan. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan


Sebab-sebab penyebaran keluar industri dari kawasan maju ke kawasan mundur:

1) Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan kurang maju seterusnya


mengimbangi tahap pembangunan ekonomi antara kawasan. Industri perkilangan
bertindak sebagai pemangkin dan penggerak kepada perkembangan sektor ekonomi lain
yang berkaitan – sektor perkhidmatan, perniagaan, pertanian dll.

2) Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas di kawasan kurang maju/kawasan


luar bandar – meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk seterusnya
membendung aliran migrasi desa ke bandar.

3) Meningkatkan jumlah penduduk di kawasan kurang maju atau untuk mengimbangi


taburan penduduk antara kawasan. Penempatan industri perkilangan akan menggalakkan
migrasi masuk ke kawasan yang berkurangan penduduk.

4) Mempercepatkan pembangunan sosial dan kemudahan asas di kawasan kurang maju


– seperti pembinaan sekolah, klinik/hospital,rangkaian pengangkutan dll sejajar dengan
pertambahan penduduk/pekerja kilang.

5) Untuk mengurangkan kesesakan penduduk dan lalu lintas di kawasan maju


khususnya kawasan bandar-bandar besar.

6) Untuk mengurangkan pencemaran persekitaran – udara, air, bunyi dll di kawasan


maju atau kawasan bandar-bandar besar.

7) Untuk mengurangkan tekanan terhadap tanah yang sudah padat dan tepubina
khususnya di kawasan bandar. Atau ruang tanah yang ada di kawasan bandar boleh
dibangunkan dengan sektor lain yang lebih menguntungkan.

138
b) Nyatakan jenis-jenis industri perkilangan yang menjejaskan kualiti
alam sekitar. [ 6 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1) Industri perkilangan samada industri memproses atau pembuatan yang berasaskan


hasil pertanian. Contoh: Memproses kelapa sawit, getah, padi, tebu – hasilkan gula,
pembuatan tayar, sarung tangan, kasut dll.

2) Industri perkilangan berasaskan hasil hutan. Contoh kilang papan dan pulpa, kilang
pembuatan kertas, pembuatan perabot dsb.

3) Industri memproses dan pembuatan makanan dan minuman: Contoh minuman


ringan dan berkarbonat, makanan dalam tin, memproses produk tenusu dan perikanan
termasuk juga memproses makanan ternakan.

4) Industri tekstil – membuat pakaian/fabrik dan pewarna.

5) Industri berasaskan kimia dan petrokimia. Contoh menapis petroleum dan gas asli,
pembuatan baja kimia dan racun serangga, membuat cat dan varnis, membuat sabun dan
pencuci dll.

6) Industri membuat simen, jubin/seramik dan batu bata.

7) Industri besi-keluli, industri penyaduran tin, penyaduran logam, membuat


kabel/dawai dll.

c) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia untuk


mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat industri perkilangan.
[ 9 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Langkah-langkah yang telah diambil.

1. Langkah perundangan. Menguatkuasakan undang-undang di bawah akta kualiti


alam sekitar 1974 – seperti mengenakan denda/kompaun, menyitar premis,
membatalkan lesen operasi,penjara kepada pekilang yang melanggar akta tersebut.

2. Amalan pengurusan yang strategik meliputi:

i) Menempatkan kilang di kawasan khusus jauh dari sungai dan petempatan


penduduk.
ii) Merawat enfluen sebelum dilepaskan/disalirkan ke sistem saliran.

139
iii) Mengawal selia pelupusan sisa kilang khususnya sisa pepejal secara
sistematik,berjadual dan teratur ditapak-tapak pelupusan yang dikhaskan.
iv) Membangunkan teknologi insinerator untuk pelupusan sisa pepejal dari
kilang.
v) Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap di dalam
serombong tersebut.
vi) Mewujudkan zon hijau – menanam pokok-pokok peneduh di sekitar
kawasan kilang yang berfungsi untuk memerangkap pencemaran habuk
dan asap.
vii) Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam untuk
menggerakkan jentera kilang seperti tenaga hidro elektrik.

3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar: Dijalankan melalui media massa
seperti kempen cintailah sungai kita dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi
kerajaan – swasta dan NGO.

Cadangan Pemarkahan:

Langkah perundangan = MAX 2 Markah.


Amalan pengurusan = MAX 6 Markah.
Kempen kesedaran = MAX 1 Markah.

140
SOALAN PILIHAN 8

Jadual 1 menunjukkan komposisi perbelanjaan pelancong di Malaysia pada


tahun 2000.

Jadual 1 : Komposisi Perbelanjaan Pelancong di Malaysia pada Tahun 2000.

Perbelanjaan
Item RM Juta %

Penginapan 3 009.4 32.8


Membeli – belah 2 119.4 23.1
Makanan dan minuman. 1 789.1 19.5
Pengangkutan domestik 1 073.5 11.7
Lawatan ke tempat yang menarik 385.3 4.2
Hiburan 458.7 5.0
Lain-lain. 339.5 3.7
Jumlah 9 174.9 100.0

a) Berdasarkan jadual 1, lukis carta pai yang menunjukkan komposisi


perbelanjaan pelancong di Malaysia pada tahun 2000. [ 7 Markah]

b) Jelaskan bagaimana pengangkutan domestik boleh menggalakkan


aktiviti pelancongan di Malaysia. [10 Markah]

c) Huraikan kesan aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi


terhadap alam sekitar fizikal. [ 8 Markah]
_______________________________________________________________________
_

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Berdasarkan jadual 1, lukis carta pai yang menunjukkan komposisi


perbelanjaan pelancong di Malaysia pada tahun 2000. [ 7 Markah]

Calon mesti melukis sebuah carta pai atau rajah bulatan berbahagi

141
Item Pemarkahan Markah

1. Tajuk yang betul 1

2. Skala jejari yang sesuai. 1

3. Petunjuk 1

4. Plotan 4

MAX 7

b) Jelaskan bagaimana pengangkutan domestik boleh menggalakkan


aktiviti pelancongan di Malaysia. [10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Pengangkutan domestik melibatkan aktiviti pengangkutan dalam negara samada


pengangkutan darat, udara dan air. Ia menggalakkan aktiviti pelancongan dengan
cara:

1) Meningkatkan ketersampaian antara lokasi pelancongan. Pengangkutan domestik


memudahkan dan mempercepatkan destinasi pelancongan dikunjungi.

2) Mempercepatkan pembangunan sumber-sumber pelancongan yang baru. Menarik


kemasukan pelabur yang menyebabkan potensi sumber pelancongan yang baru
dimajukan sepenuhnya seperti sumber eco-pelancongan, akua-pelancongan, agro-
pelancongan dan arkeo-pelancongan.

3) Memudahkan pembangunan fizikal di lokasi pelancongan seperti pembinaan


hotel,resort,chalet, kemudahan telekomunikasi dll.

4) Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan sektor


pelancongan seperti perniagaan kraf tangan, restoran, sukan air dan lain-lain.

5) Menggalakkan aktiviti pelancongan seperti pelancongan kesihatan,pelancongan


pendidikan, pelancongan budaya dan warisan sejarah,pelancongan MICE
(persidangan, konvensyen dan pameran), pelancongan kapal mewah,pelancongan
sukan dan reakreasi dsb.

142
c) Huraikan kesan aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi
terhadap alam sekitar fizikal. [ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Kesan aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi terhadap alam sekitar fizikal :

1) Perubahan landskap fizikal akibat pembinaan hotel,resort,chalet dan padang golf.

2) Meningkatkan kadar hakisan tanih dan gerakan jisim khususnya tanah runtuh –
akibat pemotongan,penarahan dan peneresan cerun bukit untuk dibina hotel,resort dan
laluan pengangkutan ke destinasi pelancongan.

3) Meningkatkan kadar pencemaran air khususnya sungai,tasik,kolam – akibat


penyaliran sisa kumbahan dari hotel,resort dan chalet.

4) Memusnahkan kawasan tadahan air – Akibat penyahutanan untuk dibina


hotel,resort dan padang golf. Ini menjejaskan sumber air kepada sungai, tasik, kolam
dan paya setempat.

5) Peningkatan suhu mikro (pemanasan setempat) – Penyahutanan untuk pembinaan


infrastruktur pelancongan akan mengurangkan kelembapan udara dan hutan tidak lagi
berfungsi untuk menapis dan menyerap bahangan matahari.

6) Menjejaskan ekosistem di kawasan tanah tinggi akibat pemusnahan hutan untuk


dibina pusat-pusat pelancongan. Kesannya memusnahkan habitat, kepelbagaian biologi,
rantaian makanan dll.

143
SOALAN PILIHAN 9

a) Apakah yang dimaksudkan dengan industri asas tani ?. [ 5 Markah]

b) Dengan merujuk kepada negara Malaysia,

i) Jelaskan lima kepentingan industri asas tani dalam


memajukan sektor pertanian. [ 10 Markah]

ii) huraikan lima kesan perkembangan industri asas tani terhadap alam
sekitar fizikal kawasan luar bandar. [ 10 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan industri asas tani ?. [ 5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Konsep: Industri hiliran yang berasaskan sumber pertanian (tanaman), penternakan dan
perikanan (Agro Based Industry) termasuk IKS yang berasaskan sumber-sumber
pertanian.

Terbahagi kepada:

(i) Industri memproses bahan mentah pertanian – seperti memproses kelapa sawit,
getah asli, koko, kelapa, padi, hasil ternakan dan perikanan.
(ii) Industri pembuatan berasaskan hasil pertanian; seperti agro- makanan halal,
makanan ternakan seperti pallet, biodisel, produk IKS yang berasaskan sumber
pertanian, ternakan dan perikanan.

b) Dengan merujuk kepada negara Malaysia,

i) Jelaskan lima kepentingan industri asas tani dalam


memajukan sektor pertanian. [ 10 Markah]

144
Cadangan Isi Jawapan

Kepentingan industri asas tani dalam memajukan sektor pertanian.

(1) Menambahkan produktiviti/pengeluaran hasil tanaman, ternakan dan perikanan


kerana permintaan bahan mentah dari industri asas tani akan meningkat. Pendapatan
petani, penternak, pekebun dan nelayan meningkat

(2) Mewujudkan bidang–bidang pertumbuhan baru dalam sektor pertanian. Seperti


industri perubatan dan kecantikan (pharmaceutical) akan mewujudkan ladang-ladang
herba, industri makanan ternakan akan mewujudkan akuakultur dan marin kultur, ikan
hiasan, haiwan eksotik dll.

(3) Membangunkan kawasan pertanian secara bersepadu dengan industri hilirannya.


Misalnya zon tanaman buah-buahan dengan industri pengetinan, zon hortikultur
(bungaan) dengan industri pengawetan dan pembungkusan, zon akuakultur dengan
industri pemprosesan makanan ikan dll. Oleh itu rantaian ekonomi yang berkaitan
pertanian boleh diperluaskan. Peluang pekerjaan bertambah.

(4) Memperluaskan pasaran produk pertanian di dalam dan luar negara. Pasaran
produk industri asas tani secara tidak langsung menjadi pasaran produk pertanian.
Pengusaha pertanian mendapat jaminan pasaran tempatan dan luar negara.

(5) Memperluaskan penggunaan teknologi baru dalam sektor pertanian seperti agro-
bioteknologi, teknologi kawalan penyakit dan perosak, teknologi pembiakbakaan,
teknologi pembungkusan dan pelabelan dll bagi tujuan meningkatkan kualiti hasil
pertanian kerana industri asas tani amat memerlukan bahan mentah yang berkualiti.

145
ii) huraikan lima kesan perkembangan industri asas tani terhadap alam
sekitar fizikal kawasan luar bandar. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

(1) Pencemaran udara – perlepasan asap dari kilang-kilang memproses getah dan
kelapa sawit.

(2) Pencemaran air – pembuangan/perlepasan sisa toksid (enfluen) dari kilang-kilang


memproses hasil pertanian ke sungai, tasik, kolam dan juga sisa-sisa ternakan dan
perikanan yang sudah diproses.

(3) Pencemaran bau dan bunyi – bau busuk terutamanya dari kilang getah dan kelapa
sawit, kilang memproses hasil ikan, disamping bunyi bising dari generator kilang.

(4) Pencemaran tanih – tanih berasid akibat larut resap air hujan di kawasan
longgokan getah sebelum diproses dan tandan kelapa sawit selepas diproses.

(5) Peningkatan suhu setempat – haba yang dikeluarkan dari kilang-kilang


pemprosesan.

SOALAN PILIHAN 10

Berdasarkan sebuah negara di Asia Tenggara yang anda pilih,

(a) Huraikan empat ciri utama aktiviti perlombongan petroleum dan gas
asli di negara berkenaan. [ 9 Markah]

(b) Jelaskan lima kepentingan petroleum dan gas asli sebagai bahan
mentah kepada aktiviti perindustrian di negara berkenaan. [ 10 Markah]

(c) Nyatakan tiga kesan aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli
terhadap alam sekitar fizikal negara berkenaan. [ 6 Markah]
________________________________________________________________

146
CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Berdasarkan sebuah negara di Asia Tenggara yang anda pilih,

(a) Huraikan empat ciri utama aktiviti perlombongan petroleum dan gas
asli di negara berkenaan. [ 9 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Memilih sebuah negara Asia Tenggara – dijangka Malaysia. Ciri-ciri utama


perlombongan petroleum dan gas asli;

(1) Taburan/lokasi perlombongan – terletak di luar pantai (di laut). Misalnya luar
pantai Terengganu, luar pantai Serawak dan luar pantai barat Sabah. Contoh-contoh
medan petroleum (luar pantai Terengganu seperti Tiong, Guntong, Tapis, Dulang,
Bekok dsb). (luar pantai Serawak seperti Baram, Baronia, Betty, Bokor, Temana dll).

(2) Skala operasi – besar-besaran. Purata pengeluaran petroleum mentah di Malaysia


melebihi 300,00 tong sehari dan purata pengeluaran gas asli melebihi 4000 juta kaki
padu sehari.

(3) Orientasi pengeluaran – Berorientasikan eksport. Petroleum dieksport sepenuhnya


kerana petroleum mentah Malaysia berkualiti tinggi. Gas asli – dieksport dan juga
kegunaan tempatan.

(4) Modal dan pemilikan – Pelaburan dan penggunaan modal besar. Pemilikan
kerajaan/GLC (Syarikat berkaitan kerajaan seperti PETRONAS) dan juga pelaburan
asing seperti SHELL dan BRITISH PETROLEUM (BP)

(5) Ciri Teknologi – penggunaan teknologi tinggi seperti sistem GIS dan teknologi
seismik untuk mengesan medan petroleum dan gas asli, teknologi carigali dan juga
teknologi pemprosesan.
(6) Ciri buruh dan kepakaran – Penggunaan buruh mahir dan tenaga pakar khususnya
jurutera.

147
(b) Jelaskan lima kepentingan petroleum dan gas asli sebagai bahan
mentah kepada aktiviti perindustrian di negara berkenaan. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Kepentingan petroleum dan gas asli sebagai bahan mentah kepada aktiviti perindustrian.

(1) Bahan mentah kepada industri pemprosesan dan penapisan. Misalnya penapisan
petroleum di Tangga Batu (Melaka) dan Lutong (Serawak).

(2) Bahan mentah industri pembuatan – petrokimia. Seperti kilang petrokimia di Kertih
(Terengganu), Gebeng (Kuantan), Kidurong (Serawak), kilang pembuatan baja urea di
Bintulu, kilang membuat cat, fiber/gentian dll.

(3) Bahan mentah kepada industri tenaga – Sebahagian besar gas asli yang dihasilkan
di Malaysia dijadikan bahan api bagi menjana tenaga elektrik termal. Seperti Loji
Janakuasa Elektrik Paka (Terengganu) beroperasi menggunakan sumber gas asli dari
Kertih.

(4) Bahan api/sumber kuasa kepada industri perkilangan – menggerakkan


generator/mesin bagi kilang-kilang pemprosesan dan pembuatan.

(5) Bahan api/sumber kuasa kepada industri pengangkutan – rantaian bagi industri
perkilangan untuk mengangkut bahan mentah ke kilang dan barangan siap ke pasaran.

(c) Nyatakan tiga kesan aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli
terhadap alam sekitar fizikal negara berkenaan. [ 6 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Kesan aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli di persekitaran lautan sahaja.

1. Pencemaran laut. Tumpahan petroleum mentah di kawasan pelantar cari gali


semasa kerja-kerja pengerudian dan pengangkutan. Proses pembauran berlaku
menyebabkan ketulan-ketulan minyak mentah terapung di permukaan laut.

2. Menjejaskan ekosistem lautan/maritim. Merosakkan terumbu karang dan hidupan


laut, kerosakan habitat lautan, kemusnahan plankton dan zooplankton, rantaian makanan
dan lain-lain elemen ekologi lautan.

3. Pencemaran udara di kawasan pelantar cari gali gas asli. Pembakaran/perlepasan


gas asli yang dibuat akan membebaskan bahan-bahan pencemar udara – karbon
dioksida, sulfur dioksida, metana dsb.

148
SOALAN PILIHAN 1

Berdasarkan negara-negara di rantau Asia Tenggara.

a) Namakan lima buah metropolis (bandaraya) di Asia Tenggara yang


mempunyai penduduk lebih daripada satu juta orang. [ 5 Markah]

b) Mengapakah penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia


Tenggara. [10 Markah]

c) Ulaskan masalah-masalah alam sekitar fizikal yang dihadapi oleh


bandar-bandar besar akibat daripada penduduk yang terlalu ramai.
[10 Markah]

CADANGAN JAWAPAN

(a) Lima buah metropolis (bandaraya) di Asia Tenggara yang


mempunyai penduduk lebih daripada satu juta orang ialah : KUALA
LUMPUR, JAKARTA, BANGKOK, YANGOON, HO CHI MINH DAN MANILA

(b) Sebab-sebab penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia


Tenggara. [10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan;

1. Kepesatan Pembangunan sektor ekonomi moden khususnya sektor


industri,perkhidmatan,perdagangan dan lain-lain tertumpu di bandar-bandar besar
berbanding dengan bandar-bandar lain. Sebagai contohnya Bandaraya Bangkok di
Thailand telah menjadi pusat tumpuan penduduk kerana ia menyediakan peluang
pekerjaan yang banyak dengan pendapatan yang lebih lumayan. Kadar tumpuan
penduduk yang terlalu pesat menyebabkan Bangkok muncul sebagai Bandaraya Primat.

2. Adanya kemudahan pembandaran yang lebih luas dan prasarana yang lebih baik
seperti pusat-pusat perkhidmatan penduduk,pusat kewangan, pusat hiburan dan
reakreasi, kawasan perumahan terancang lengkap dengan kemudahan air, elektrik, di
bandar-bandar besar. Kuala Lumpur sebagai contohnya, menyediakan pelbagai
kemudahan bandar yang menarik migrasi penduduk dari luar bandar tertumpu ke
arahnya.

149
3. Kewujudan kemudahan pendidikan khususnya pendidikan tinggi samada IPTA
atau IPTS yang lebih banyak di bandar-bandar utama berbanding dengan bandar ke
dua/ kawasan-kawasan lain. Kewujudan IPT, politeknik dan kolej telah menarik pelajar
lepasan sekolah berhijrah melanjutkan pelajaran mereka. Setelah tamat mereka terus
menetap di bandar kerana di bandar-bandar besar menawarkan peluang perkerjaan yang
bersesuaian dengan kelulusan mereka.

4. Adanya pelbagai sistem pengangkutan yang lebih baik menghubungkan bandar


utama dengan bandar lain/kawasan lain. mempercepatkan ketersampaian dan
meningkatkan mobiliti penduduk. Sistem pengangkutan seperti bas dan keretapi
menghubungkan kawasan desa dan bandar kecil dengan bandar-bandar besar telah
memudahkan pergerakan penduduk ke bandar besar. Jarak perjalanan menjadi semakin
dekat dan cepat, semua kawasan boleh dihubungi dengan mudah.

5. Faktor sejarah pembandaran. Bandar-bandar utama lebih awal


dimajukan/dibangunkan sehingga sesetengahnya sudah stabil dan bergelar bandaraya
yang menjadi pusat segala aktiviti ekonomi, menjadi ibu negara/pusat pentadbiran dan
lain-lain yang menjadi tarikan penduduk. Bandar-bandar besar di Asia Tenggara
sememangnya terbentuk melalui faktor sejarah seperti Jakarta di Indonesia, Kuala
Lumpur di Malaysia, Manila di Filipina, Bangkok di Thailand, Ranggon di Myanmar
dan lain-lain.

(c) Masalah-masalah alam sekitar fizikal yang dihadapi oleh bandar-


bandar besar akibat daripada penduduk yang terlalu ramai. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Masalah pencemaran udara/jerebu. Akibat pertambahan bilangan kenderaan yang


seiringan dengan pertambahan penduduk dan pertambahan kawasan-kawasan
perindustrian yang menyebabkab kualiti udara terjejas. Pembebasan bahan-bahan
pencemar seperti karbon monoksida,karbon dioksida,sulfur dioksida,hidrokarbon-
hidrokarbon, asap, jelaga dan sebagainya telah mencemarkan udara dan dalam keadaan
udara yang kering boleh membentuk fenomena jerebu yang boleh mengurangkan jarak
penglihatan.

2. Masalah pencemaran bunyi dan pencemaran bau. Bunyi bising akibat kenderaan
dan kilang terutama di kawasan bandar yang sesak. Pencemaran bau khususnya di
kawasan pelupusan sampah hasil buangan domestik. Penduduk yang ramai khususnya
di kawasan setinggan, sistem perparitan dan pembentungan yang tidak terurus boleh
menyebabkan bau busuk dan pencemaran persekitaran/persekitaran yang kotor.
Kesannya pelbagai penyakit mudah merebak seperti penyakit taun dan denggi.

150
3. Masalah pencemaran air. Meliputi pencemaran sungai, muara/pelabuhan, air
bawah tanah, air hujan/hujan asid dll yang berpunca daripada sisa domestik/perumahan
dan sisa kilang yang menjejaskan ekosistem akuatik. Pembuangan sisa domestik ke
sungai dan parit di kawasan setinggan yang padat menyebabkan sungai kotor, alirannya
tersekat, penuh dengan sampah sarap seperti di sungai Gombak dan sungai Kelang.

4. Masalah banjir. Khususnya banjir kilat akibat pembangunan yang terlalu pesat bagi
menampung keperluan penduduk seperti penerokaan tanah-tanah pinggir bandar untuk
membina kawasan perumahan, penurapan muka bumi yang keterlaluan, penimbusan
kawasan paya(wet land), penyediaan sistem saliran yang tidak cekap dsb.

5. Masalah hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap yang juga berpunca
daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan bagi menampung
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Seperti aktiviti peneresan, pemotongan
dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapakbina.

6. Kenaikan suhu mikro/Pulau haba bandar. Berpunca daripada pemerangkapan haba


oleh bahan pencemar udara yang dikeluarkan oleh industri, kenderaan dan stesyen
janakuasa, haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia, ketiadaan tumbuhan yang
menyebabkan kelembapan udara rendah/udara kering (dry air).

7. Wabak penyakit. Seperti taun dan denggi yang berpunca daripada sistem
pembentungan yang tidak baik, perawatan kumbahan yang tidak sempurna, bekalan air
yang tidak bersih, sistem longkang yang tidak cekap terutamanya di kawasan
penempatan setinggan dalam bandar/kawasan sesak (slum Area).

151
SOALAN PILIHAN 2

a) Apakah yang dimaksudkan dengan konurbasi bandar?. [ 5 Markah]

b) Jelaskan sebab-sebab kewujudan fenomena konurbasi bandar di


Asia Tenggara. [12 Markah]

c) Huraikan masalah-masalah akibat kewujudan fenomena konurbasi


bandar tersebut. [ 8 Markah]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Konsep Konurbasi Bandar. [ 5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Proses percantuman atau penggabungan bagi dua buah bandar atau lebih yang
terletak berdekatan antara satu sama lain. Berlaku menerusi proses rebakan bandar
dari pusat ke pinggir atau perkembangan pesat zon pinggir bandar/sub bandar itu
sendiri sehingga sempadan sesebuah bandar bercantum dengan sempadan bandar lain
yang berdekatan dengannya.

2. Contoh: Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya, Manila dengan Quezon City,
Bangkok dengan Thonburi. Di sesetengah negara proses konurbasi bandar terlalu pesat
berlaku sehingga banyak bandar yang berdekatan telah bergabung menjadi bandar
yang lebih besar dikenali sebagai megalopolis seperti Kyoto - Osaka - Kobe serta
Tokyo - Kawasaki - Yokohama di Jepun,

b) Jelaskan sebab-sebab kewujudan fenomena konurbasi bandar di


Asia Tenggara. [ 12 Markah]

Cadangan Isi Jawapan;

Terdapat beberapa sebab fenomena konurbasi bandar berlaku di Asia Tenggara.


Fenomena tersebut melibatkan bandaraya utama (ibu negara) dengan bandar
sekitar yang berdekatan dengannya. Antara sebabnya ialah:

1. Faktor keletakan bandar yang berhampiran antara satu sama lain. Jarak antara
bandar yang dekat ini akan mempercepatkan penggabungan sempadan apabila
berlakunya rebakan di bandar-bandar yang berhampiran itu. Misalnya Petaling Jaya
adalah jiran kepada Kuala Lumpur manakala Shah Alam pula adalah jiran kepada
Petaling Jaya. Apabila bandar-bandar ini berkembang maka tidak hairanlah jika ia
mudah bercantum kerana jaraknya yang begitu dekat dan mungkin hanya disempadani
dengan jalan raya atau lebuh raya sahaja.

152
2. Kewujudan sistem pengangkutan seperti lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi dan
lain-lain menghubungkan antara bandar-bandar tersebut yang akan
memudahkan/memangkinkan lagi proses rebakan dan limpahan pembandaran.
Rangkaian pengangkutan yang baik jelas sekali memainkan peranan utama
mempercepatkan penggabungan kerana ia menghubungkan pusat-pusat bandar
berkenaan dengan cepat dan pantas. Ketersampaian menjadi lebih mudah dan dekat.
Pada lazimnya ke arah mana sistem pengangkutan berkembang maka petempatan dan
zon-zon guna tanah yang lain juga turut berkembang selari dengan arah perkembangan
jalan pengangkutan tersebut. Dengan itu zon-zon pinggir bandar/sempadan semakin
cepat bergabung.

3. Pembangunan perindustrian yang pesat di zon-zon pinggir bandar/sub bandar yang


menyebabkan proses pembandaran yang cepat pula dialami oleh zon berkenaan
sehingga ia boleh bercantum dengan pinggir bandar yang lain. Zon-zon industri
biasanya diletakkan di pinggir bandar. Apabila masing-masing bandar melokasikan
kawasan industrinya di pinggiran maka mudahlah kawasan pinggiran tersebut
berkembang dan bercantum.

4. Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat sehingga ruang bandar padat dan
tepubina. Justeru kawasan-kawasan kediaman berkembang dengan cepat di pinggir-
pinggir bandar yang akan diikuti pula oleh perkembangan kemudahan
pembandaran/tumbuhnya sub-sub bandar. Di Selangor misalnya kawasan sekitar
bandaraya Kuala Lumpur seperti di Sri Kembangan, Ampang, Cheras begitu pantas
berkembang dengan kawasan perumahan sehingga ia menjadi sub-sub bandar yang
bergabung dan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri.

5. Dasar kerajaan seperti untuk mengurangkan kepadatan dan kesesakan di bandar-


bandar utama, memajukan/menyebarkan pembangunan ke pinggir bandar,
mewujudkan bandar-bandar satelit, bandar-bandar baru yang kelak akan berkembang
dan bercantum dengan sempadan bandar lain. Bandar-bandar baru diwujudkan dengan
pelbagai sebab. Selain untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar utama ia
juga disediakan sebagai bandar industri, bandar pentadbiran,bandar pendidikan dan
lain-lain lagi. Misalnya Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai bandar Industri dan
petempatan manakala Putra Jaya sebagai bandar pentadbiran. Zon-zon pinggiran
bandar-bandar ini kelak akan berkembang seterusnya boleh bergabung dengan bandar
induknya.

153
c) Huraikan masalah-masalah akibat kewujudan konurbasi bandar
tersebut. [ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan;

Fenomena konurbasi bandar sebenarnya adalah sebahagian daripada proses


urbanisasi. Justeru masalah akibat konurbasi juga adalah sebahagian daripada
masalah urbanisasi. Antaranya ialah:

1. Masalah pencemaran persekitaran seperti pencemaran air,udara dan daratan akibat


pembuangan sisa-sisa domestik, sisa kilang dan kenderaan. Konurbasi akan
melibatkan pertambahan penduduk, pertambahan kilang dan sumber kenderaan.
Justeru itu pelbagai bahan pencemar dilepaskan khususnya ke atas sumber-sumber air
dan udara. Sungai dan tasik tercemar, udara diselaputi gas-gas seperti karbon
monoksida, sulfur, hidrokarbon dan partikel-partikel terampai yang lain.

2. Masalah tanah . Saiz tanah menjadi semakin sempit, nilai hartanah menjadi
semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna tanah di pinggir bandar untuk
kediaman, industri, ruang niaga dan sebagainya. Golongan berpendapatan rendah tidak
mampu memiliki rumah. Ini mendorong kepada kewujudan petempatan-petempatan
setinggan khususnya di kawasan pinggir-pinggir bandar.

3. Masalah kesesakan. Penduduk bandar bertumpu untuk tinggal di pinggir-pinggir


bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar. Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan
masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang dari
kerja). Di Kuala Lumpur jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya adalah sesak
pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kucing, Tol Sungai Besi, Jalan Ampang,
Jalan Cheras dan lain-lain lagi.

4. Masalah sosial. Seperti peningkatan kadar jenayah serta merebaknya pelbagai


jenis penyakit. Pertambahan penduduk, persaingan pekerjaan dan pengganguran boleh
mempercepatkan kadar jenayah seperti merompak dan menyamun. Di kawasan
setinggan pula pelbagai penyakit berjangkit seperti denggi dan taun cepat merebak
kerana persekitaran yang kotor dan tidak terurus.

154
SOALAN PILIHAN 3

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Transformasi Desa? [ 5 Markah]

b) Mengapakah wujud ketakseimbangan pembangunan antara negeri-


negeri di Malaysia. [ 8 Markah]

c) Huraikan bagaimana program pembangunan sosioekonomi yang


dilaksanakan telah dapat memajukan kawasan desa di Malaysia.
[ 8 Markah]

CADANGAN JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Transformasi Desa? [ 5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Transformasi desa adalah merujuk kepada perubahan sosio-ekonomi desa akibat


pembangunan yang telah dilaksanakan. Pembangunan yang dijalankan seperti
pemodenan desa, mewujudkan pusat pertumbuhan desa dan juga pembandaran desa. Di
antara indikator sosio-ekonomi yang dirujuk ialah seperti peningkatan pendapatan
perkapita penduduk desa, kuasa belinya, tabunganya, kadar celik huruf, taraf kesihatan,
pemilikan barangan seperti kenderaan dan lain-lain lagi.

b) Mengapakah wujud ketakseimbangan pembangunan antara negeri-


negeri di Malaysia. [ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Terdapat pelbagai sebab mengapa wujudnya pembangunan yang tidak seimbang di


antara negeri-negeri Malaysia. Antaranya ialah:

1. Faktor fizikal meliputi bentuk muka bumi dan kesuburan tanah. Perbezaan bentuk
muka bumi yang bergunung-ganang, berbukit-bukau, berlembah dan berlurah dengan
kawasan yang pamah, rata,datar dan beralun yang mempengaruhi pembangunan
pertanian, pelbagai tapakbina khususnya petempatan dan juga ketersampaian yang
berbeza. Disamping faktor jenis tanah, kualiti dan kesuburannya.

2. Taburan sumber alam yang tidak seimbang; seperti sumber mineral, hutan, bahan
mentah dan sebagainya. Ada negeri yang kaya dengan sumber mineral lebih awal
diteroka dan dimajukan berbanding dengan sesetengah negeri yang amat kurang sumber
berpotensi.

155
3. Kesan dasar penjajahan. Memajukan negeri yang berpotensi sahaja. Kawasan/negeri
yang ketiadaan sumber ditinggalkan. Sejarah lampau menyaksikan negeri-negeri yang
kaya dengan sumber alam sahaja yang dimajukan oleh penjajah seperti negeri Perak dan
Selangor . Ini kerana niat penjajah ialah untuk mengeksploitasi sumber bijih timah.

4. Faktor governan – Dasar dan rancangan kerajaan terutama sekali di awal


kemerdekaan. Meliputi rancangan pembangunan bandar, pembangunan
industri,pembangunan pertanian dll yang masih tertumpu di kawasan/negeri pantai barat
semenanjung . Manakala kawasan/negeri lain lambat dibangunkan.

5. Kadar perindustrian yang berbeza. Taburan dan kemajuan ekonomi industri serta
rantaian ekonomi yang berkaitan dengannya seperti perkhidmatan masih tertumpu di
negeri-negeri pantai barat semenanjung. Fokus pelaburan/kemasukan modal masih
tertumpu di kawasan berkenaan. Kawasan-kawasan lain kurang diberi tumpuan. Ini
menggalakkan migrasi dari negeri mundur ke negeri yang sudah sedia maju - wujudnya
dualisme ekonomi.

6. Faktor proses pembandaran/urbanisasi. Kewujudan dan perkembangan bandar juga


tertumpu di negeri-negeri pantai barat semenanjung. Pusat-pusat pertumbuhan ekonomi
utama/bandar besar banyak terdapat di kawasan ini. Manakala proses urbanisasi yang
lambat di negeri-negeri pantai timur semenanjung telah menyebabkan perkembangan
ekonominya turut perlahan.

7. Faktor penduduk. Meliputi taburan dan kepadatannya, saiz(jumlahnya), pendapatan


perkapitanya serta kualiti penduduk/taraf pendidikan yang berbeza mengikut negeri. Ini
akan mempengaruhi saiz pasaran dan kuasa beli, taraf hidup, kesediaan menerima
pemodenan, mengubah cara hidup dan lain-lain kemajuan.

8. Faktor-faktor sosial. Meliputi kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan,


kemudahan asas(prasarana), kemudahan pengangkutan dan perhubungan masih
tertumpu di negeri-negeri pantai pantai barat semenanjung berbanding dengan negeri-
negeri lain.

c) Huraikan bagaimana program pembangunan sosioekonomi yang


dilaksanakan telah dapat memajukan kawasan desa di Malaysia.
[ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Di antara program pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan dan berjaya


memajukan kawasan desa atau luar bandar di Malaysia ialah:

1) Program pembangunan insitu. Menekankan pembangunan fizikal/kemudahan


infrastruktur desa seperti projek PPRT dan juga penyediaan kemudahan fizikal
pertanian seperti Rancangan Pengairan Muda dan Kemubu yang dijadikan sebagai
projek asas untuk memajukan sektor pertanian desa khususnya padi sawah. Terdapat dua

156
jenis program pembangunan insitu yang dilaksanakan di Malaysia. Pertama ialah untuk
kawasan penanaman padi dan kedua ialah untuk kawasan bukan penanaman padi.

2). Program Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural


Development Programme – IADP). IADP ialah satu pakej pembangunan yang bersifat
“kesepaduan” yang menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi dan
agensi kerajaan bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya
membasmi kemiskinan desa. Diantara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti
program pembangunan tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman
semula dan juga penyatuan saiz dan skel tani yang tidak ekonomik dibawah rancangan
mini estet (pertanian berkelompok).

3). Program Penyelerakkan/penyebaran industri ke desa. Kawasan desa yang


berpotensi dikenalpasti untuk dibina kilang pembuatan atau pemerosesan dengan
menjadikan kawasan tersebut sebagai zon industri bebas cukai (FTZ), dibina kemudahan
asas yang lengkap, diberikan insentif pelaburan dll untuk menarik pelabur membina
industrinya.

4) Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) secara khusus. Di bawah RPW strategi


penjanaan sumber alam dan pembangunan tanah baru merupakan usaha-usaha utama
yang telah dilaksanakan oleh kerajaan disekitar tahun 1970-an. Di antara contoh RPW
yang telah diperbadankan dan mempunyai autonomi secara khusus untuk memajukan
wilayah mundur ialah seperti Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW)
JENGKA,KETENGAH,KESEDAR,KEJORA, KEDA,PERDA,DARA dan lain-lain
lagi.

5) Membandarkan kawasan luar bandar yang berfungsi sebagai pusat pertumbuhan


baru. Pembandaran Kawasan luar bandar dilaksanakan menerusi strategi-strategi
seperti; Mewujudkan bandar baru di kawasan pembangunan wilayah, Membandarkan
Pekan-Pekan Berpotensi, Mewujudkan Bandar Industri sejajar dengan program
penyelerakan industri ke luar bandar

6) Program pembangunan sosial. Seperti membina kemudahan pendidikan


menengah dan IPT di luar bandar, naik taraf kemudahan kesihatan, pengangkutan dan
perhubungan, kemudahan reakreasi dan sebagainya mengikut keperluan penduduk
setempat

7) Program/pakej bantuan modal dan subsidi kepada petani, pekebun, penternak,


nelayan dan usahawan desa untuk memajukan aktiviti ekonomi mereka seperti skim
kredit mikro, tabung usahawan kecil dan sederhana dll.

8) Membantu memasarkan hasil tani dan produk desa seperti mewujudkan pasar tani
di bawah FAMA, LPN, LKIM, MARDEC dll.

157
9) Memberikan khidmat latihan, bimbingan dan kemahiran yang dilaksanakan oleh
berbagai agensi kerajaan untuk menguruskan pelbagai sektor ekonomi desa dengan
berkesan.

10) Memperluaskan penggunaan teknologi moden kepada petani, pekebun,


penternak, nelayan desa menerusi pelbagai usaha R&D seperti penggunaan jentera
moden, penggunaan bioteknologi, input pertanian moden dll.

SOALAN PILIHAN 4 .

Dengan merujuk kepada wilayah Asia Pasifik,

a) nyatakan TIGA buah bandaraya metropolitan [ 3 Markah]

b) Mengapakah bandaraya metropolitan tersebut mengalami


pertumbuhan penduduk yang pesat. [12 Markah]

c) Huraikan masalah-masalah persekitaran fizikal yang dialami oleh


bandar raya metropolitan tersebut akibat pertumbuhan penduduk yang
pesat. [ 10 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Dengan merujuk kepada wilayah Asia Pasifik,

a) nyatakan TIGA buah bandaraya metropolitan [ 3 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Bandaraya metropolitan adalah bandaraya yang mempunyai penduduk melebihi 1 juta


orang. Di antaranya ialah:

Asia Tenggara: Yangon, Hanoi, Bangkok, Bandaraya Ho Chi Minh, Kuala


Lumpur, Jakarta dan Manila

Asia Timur:

China – Beijing, Shanghai, Chengdu, Guangzhou, Kunming dan Bandaraya Hong


Kong.

Korea Utara – Pyong Yang dan Namp’o.

Korea Selatan - Seoul, Pusan, Kwangju.

158
Jepun - Tokyo, Kawasaki, Yokohama, Nagoya, Kyoto, Osaka, Kobe, Hiroshima

Taiwan – Taipei.

b) Mengapakah bandaraya metropolitan tersebut mengalami


pertumbuhan penduduk yang pesat. [12 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Sebab-sebab bandaraya metropolitan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat:

a) Pertumbuhan penduduk pesat akibat aliran migrasi masuk penduduk


dari luar bandar atau bandar kecil dan sederhana ke bandaraya metropolitan berkenaan.
Migrasi masuk ini disebabkan oleh:

1) Tarikan peluang pekerjaan yang banyak dan berpendapatan lumayan


khususnya dari sektor industri, perkhidmatan dan perniagaan.

2) Tarikan untuk melanjutkan pelajaran – khususnya pendidikan tinggi.


(Pemusatan institusi pendidikan tinggi di bandaraya metropolitan)

3) Tarikan kemudahan bandar yang lain – hiburan, prasarana yang lengkap,


kemudahan kesihatan dll yang terdapat di bandaraya metropolitan.

4) Pemusatan pelbagai fungsi bandar di bandaraya metropolitan.

b) Pertumbuhan penduduk pesat akibat pertambahan secara semulajadi.


Pertumbuhan penduduk bandar metropolitan menjadi pesat kerana peningkatan kadar
kelahiran dan penurunan kadar kematian. Hal ini disebabkan oleh:

1) Aras kesuburan/fertiliti migran adalah tinggi. Kumpulan umur muda menjadi


komposisi utama penghijrah ke bandaraya metropolitan.

2) Kemudahan kesihatan yang baik – mengurangkan kadar kematian bayi di


kalangan penduduk bandar di samping meningkatnya jangka hayat penduduk.

3) Peningkatan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk bandaraya


memungkinkan saiz keluarga yang lebih besar boleh ditampung.
Kecenderungan meningkatkan kelahiran.

159
c) Huraikan masalah-masalah persekitaran fizikal yang dialami oleh
bandar raya metropolitan tersebut akibat pertumbuhan penduduk yang
pesat. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Masalah pencemaran udara/jerebu. Akibat pertambahan bilangan kenderaan yang


seiringan dengan pertambahan penduduk dan pertambahan kawasan-kawasan
perindustrian yang menyebabkab kualiti udara terjejas.

2. Masalah pencemaran bunyi dan bau. Bunyi bising akibat kenderaan dan kilang
terutama di kawasan bandar yang sesak dengan penduduk. Pencemaran bau khususnya
di kawasan pelupusan sampah hasil buangan domestik yang bertambah.

3. Masalah pencemaran air khususnya pencemaran sungai, tasik dan paya yang
berpunca daripada pembuangan sisa domestik/perumahan yang menjejaskan ekosistem
akuatik. Pembuangan sisa domestik ke sungai dan parit di kawasan setinggan yang
padat menyebabkan sungai kotor, alirannya tersekat, penuh dengan sampah sarap.

4. Pencemaran persekitaran yang mempercepatkan penularan wabak penyakit. Seperti


taun dan denggi yang berpunca daripada sistem pembentungan yang tidak baik,
perawatan kumbahan yang tidak sempurna, bekalan air yang tidak bersih, sistem
longkang yang tidak cekap terutamanya di kawasan penempatan setinggan dalam
bandar/kawasan sesak (slum).

5. Masalah banjir. Khususnya banjir kilat akibat pembangunan yang terlalu pesat
bagi menampung keperluan penduduk yang ramai seperti penerokaan tanah-tanah
pinggir bandar untuk membina kawasan perumahan, penurapan muka bumi yang
keterlaluan, penimbusan kawasan paya(wet land), penyediaan sistem saliran yang tidak
cekap dsb.

6. Masalah hakisan tanih, tanah runtuh dan tanah mendap yang juga berpunca
daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan bagi menampung
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Seperti aktiviti peneresan, pemotongan
dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapakbina perumahan

7. Kenaikan suhu mikro/Pulau haba bandar. Berpunca daripada pemerangkapan haba


oleh bahan pencemar udara yang dikeluarkan oleh kenderaan dan stesyen janakuasa
yang semakin bertambah, haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia dll.

160
SOALAN PILIHAN 5

a) Huraikan ciri metropolis Kuala Lumpur [8 Markah]

b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang


pesat di Lembah Kelang [ 12 Markah ]

c) Nyatakan lima masalah persekitaran fizikal yang berlaku akibat


proses pembandaran yang pesat. [ 5 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Ciri-ciri bagi sesebuah metropolis Kuala Lumpur [8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Di antara ciri-ciri bagi metropolis (bandaraya) Kuala Lumpur ialah:

1. Ciri penduduk - saiz penduduk melebihi 1 juta orang ( Data tahun 2007, penduduk
bandaraya Kuala Lumpur ialah seramai 1.3 juta orang.

2. Ciri guna tanah – guna tanah bandar sepenuhnya (perniagaan,


perkhidmatan,perindustrian, kediaman dll sektor ekonomi moden).

3. Pemusatan (aglomerasi) fungsi bandar – pentadbiran, perniagaan, perdagangan,


perindustrian dll.

4. Ciri ruang bandar – padat dan tepubina. Perkembangan bangunan secara vertikal
bagi menjimatkan ruang.

5. Ciri lingkungan pengaruh – sangat luas meliputi sub-sub bandar dan juga bandar-
bandar yang lain.

161
b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang
pesat di Lembah Kelang [ 12 Markah ]

Cadangan Isi Jawapan

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang pesat di Lembah Kelang.

(1) Isipadu aliran migrasi masuk penduduk yang tinggi ke Lembah Kelang yang
disebabkan oleh:
• Perkembangan pesat sektor ekonomi moden – perindustrian,perkhidmatan dan
perniagaan.
• Peluang pekerjaan yang luas dalam ke tiga-tiga sektor di atas dengan tawaran
gaji yang menarik.
• Peluang melanjutkan pelajaran yang lebih banyak – kewujudan pusat-pusat
pengajian tinggi (IPTA dan IPTS).
• Kemudahan pembandaran yang menarik – prasarana lengkap, perumahan,
perkhidmatan sosial, hiburan dan reakreasi dll.
• Kemudahan pengangkutan yang baik yang meningkatkan ketersampaian untuk
masuk ke Lembah Kelang.

(2) Kadar pertumbuhan penduduk semulajadi yang pesat di Lembah Kelang yang
disebabkan oleh:
• Perkahwinan antara migran yang berusia muda – aras kesuburan bertambah,
kadar kelahiran meningkat.
• Taraf kesihatan yang baik (kemudahan, ubat, doktor, kakitangan perubatan) –
menurunkan kadar kematian dan mengawal wabak penyakit. Kesannya
pertumbuhan semulajadi meningkat.
• Pendapatan dan taraf hidup meningkat – mampu memiliki saiz keluarga yang
lebih ramai. Kesannya kelahiran bertambah.

(3) Peranan kerajaan mempercepatkan proses pembandaran di Lembah Kelang seperti;


• Menjadikan Lembah Kelang sebagai penjana pertumbuhan ekonomi negara –
pusat perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Seperti usaha untuk
menjadikan Lembah Kelang berstatus MSC secara keseluruhannya dalam RMK
9. (Status MSC kini – Taman Teknologi Malaysia, KL Sentral, Cyberjaya,
Putrajaya dan KLCC)
• Menyediakan prasarana pengangkutan awam yang cekap dan moden untuk
meningkatkan ketersampaian dalam dan antara bandar di Lembah Kelang seperti
LRT, ERL, Komuter dll.
• Memajukan sub-urban sebagai kawasan kediaman yang dilengkapi dengan
kemudahan pembandaran yang cukup.
• Mewujudkan bandar-bandar baru dan bandar-bandar satelit seperti Shah Alam –
Petaling Jaya (perindustrian), Putrajaya (pentadbiran), Petaling Jaya, Ampang

162
Jaya, Subang Jaya dsb.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial yang lengkap untuk
penduduk bandar – kemudahan kesihatan, pendidikan, jaminan keselamatan dll.

c) Nyatakan lima masalah persekitaran fizikal yang berlaku akibat


proses pembandaran yang pesat. [ 5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

(1) Peningkatan suhu setempat (pulau haba bandar)


(2) Hakisan dan tanah runtuh/tanah mendap
(3) Banjir kilat.
(4) Pencemaran udara.
(5) Pencemaran air.
(6) Pencemaran bunyi.
(7) Pencemaran sampah sarap dan bau.
(8) Pencemaran sisa toksid yang berbahaya dan pencemaran tanih.
(9) Kerosakan ekosistem – seperti ekosistem paya/tanah lembab,hutan untuk dijadikan
tapakbina perumahan, bandar, kawasan industri dll.

Pemarkahan: 1 isi = 1 markah = MAX 5 Markah

SOALAN PILIHAN 1

a) Mengapakah pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan di rantau Asia Tenggara.

[13 Markah]

b) Huraikan secara ringkas empat program kerjasama pakatan segi tiga


pertumbuhan yang telah dilaksanakan. [12 Markah]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

(a) Sebab-sebab pakatan segi tiga pertumbuhan di tubuhkan di rantau


Asia Tenggara. [ 13 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Di antara pakatan segi tiga pertumbuhan yang ditubuhkan di rantau Asia Tenggara ialah;
IMS-GT, IMT-GT dan EAGA-BIMP.

163
Antara sebab-sebab mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan tersebut ditubuhkan ialah:

1. Untuk mempercepatkan lagi/memangkinkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam


pelbagai sektor di antara negara-negara ASEAN yang berjiran yang termasuk dalam
kawasan segitiga pertumbuhan berkenaan. Misalnya di bawah IMT –GT kawasan-
kawasan seperti Pulau Langkawi, Utara Kedah-Perlis seperti Bukit Kayu Hitam, Utara
Acheh dan Selatan Thai pastinya mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat.
Segitiga pertumbuhan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi ASEAN yang baru.

2. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam .


Kawasan segitiga sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam yang belum
dimanfaatkan sepenuhnya seperti sumber hutan, sumber maritim,sumber tenaga,sumber
air dan sebagainya. Dengan adanya pakatan ini sumber-sumber tersebut boleh
dibangunkan tanpa terbiar membazir sebagai stok sumber sahaja. Ini kerana
pembangunan sumber dilakukan menerusi pelbagai perkongsian bijak yang diamalkan.

3. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan


perdagangan antara kawasan/intra-ASEAN. Kesan-kesan positif daripada perluasan
pasaran setempat akan dinikmati bersama. Misalnya melalui kewujudan kawasan bebas
cukai. Kawasan-kawasan seperti Bukit Kayu hitam, Langkawi, Pengkalan Kubor sudah
tentunya memberikan manfaat pasaran kepada semua negara. Kerana barangan di
kawasan-kawasan bebas cukai tersebut lebih laris/dijual dengan harga yang murah.

4. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan


modal/kewangan berdasarkan prinsip perkongsian bijak yang dilakukan menerusi
pelaburan bersama ataupun pelaburan silang oleh pihak swasta. Pihak swasta akan
berkongsi modal melaksanakan sesuatu projek. Misalnya projek Line ke 2
menghubungkan Malaysia dengan Singapura di bawah IMS-GT telah dilaksanakan
dengan jayanya dan memberi keuntungan kepada ke dua-dua negara daripada segi aliran
barangan,perkhidmatan dan pergerakan penduduk.

5. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi, R&D


dan inovasi baru dari negara jiran yang lebih maju ke kawasan segitiga terbabit.
Pemindahan teknologi membolehkan sumber-sumber yang ada dapat dibangunkan
dengan cepat. Dalam konteks ini wujud suasana saling melengkapi. Kekurangan
teknologi sesebuah negara ditampung oleh kelebihan teknologi negara lain yang sama-
sama melabur di kawasan segi tiga terbabit.

6. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga
pakar. Kekurangan buruh dan kepakaran di sesuatu kawasan segitiga akan dapat
ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari negara jiran. Kekurangan buruh di
Malaysia ditampung oleh kemasukan buruh dari Indonesia.

164
(b) Program kerjasama pakatan segi tiga pertumbuhan yang telah
dilaksanakan. [ 12 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Program kerjasama pembangunan sektor pelancongan. Memajukan industri


perhotelan/resort atau memajukan sumber-sumber maritim untuk tujuan pelancongan.
Seperti menjadikan kepulauan Riau sebagai pusat pelancongan baru di bawah IMS-GT.
Langkawi - Phuket - Acheh sebagai “pintu masuk pelancong ASEAN” di bawah IMT-
GT.
2. Program kerjasama pembangunan sektor pengangkutan. Khususnya laluan darat,
udara dan air/perkapalan. Misalnya jalan keretapi Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP,
Projek Line ke 2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT dan juga perkhidmatan feri
Langkawi - Phuket-Acheh di bawah IMT-GT.

3. Program kerjasama pembangunan sektor pertanian dan perikanan. Khususnya


berkaitan dengan sektor perladangan kelapa sawit dan getah di bawah EAGA dan juga
sektor makanan/padi di bawah IMT-GT.Kerjasama perikanan pula meliputi perikanan
pinggir pantai, laut dalam dan akuakultur.

4. Program kerjasama pembangunan sektor perhutanan. Meliputi usahasama memajukan


sumber-sumber pembalakan khususnya di kawasan EAGA yang sememangnya kaya
dengan sumber hutan disamping program kerjasama pemeliharaan dan pemuliharaan
hutan.

5. Program kerjasama membangunkan infrastruktur fizikal seperti jaringan jalan raya,


bekalan tenaga,sumber air, sistem perhubungan dan lain-lain terutamanya di wilayah
yang baru berkembang misalnya di Lembah Mindano di bawah EAGA.

6. Program kerjasama pembangunan sektor perindustrian. Tumpuan diberi kepada


sektor industri berasaskan sumber seperti industri pemprosesan pertanian (agro base
industry) terutamanaya di IMT-GT dan EAGA serta industri berintensif buruh di IMS-
GT dan IMT-GT.

7. Program kerjasama membangunkan sektor pembandaran. Mewujudkan bandar-


bandar baru melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek bandar Nusa Jaya
sebagai bandar terapung di Tanjung Pelepas Johor di bawah rancangan IMS-GT.

8. Program pembangunan sektor telekomunikasi. Termasuk juga program pertukaran


siaran radio &TV dan lain-lain program budaya di kawasan segitiga terbabit yang
membolehkan intraksi sosial antara negara berjiran akan menjadi lebih rapat.

165
SOALAN PILIHAN 2

Jadual 1 menunjukkan nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN


pada tahun 1990 dan 1996.

Jadual 1: Nilai Perdagangan antara negara-negara ASEAN


(Juta US$) pada tahun 1990 dan 1996.

Negara 1990 1996


Brunai 1 131 1 700
Indonesia 4 420 12 600
16 509 37 200
Malaysia 2 198 7 000
Filipina 23 605 72 200
Singapura 7 764 19 900
Thailand
Jumlah 55 627 150 600

a) Berdasarkan jadual 1 di atas, lukiskan graf bar untuk menunjukkan nilai

perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996.

[10 Markah]

b) Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a), huraikan
keadaan perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan
1996. [6 Markah]

c) Jelaskan tiga halangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN


untuk meningkatkan perdagangan. [ 9 Markah]

CADANGAN JAWAPAN

(a) Soalan kemahiran amali. Calon perlu membuat graf bar. Boleh dipilih
samada graf bar kompaun atau graf bar komponen. [ 10 Markah]

Untuk lebih cepat calon dinasihatkan membuat graf bar kompaun. Graf bar tersebut
mesti menunjukkan nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan
1996.

166
Elemen penting yang mesti ada di dalam graf bar:

a) Tajuk yang lengkap ”Graf Bar Kompaun: nilai perdagangan antara negara-
negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996. Ditulis di ruang atas graf bar

b) Skala yang sesuai yang boleh mewakili semua data. Angka skala yang dipilih
mestilah selari dengan selang paksi yang dibuat dan dinyatakan unitnya. Skala ditulis di
penjuru kanan di bawah tajuk.

c) Plotan yang menunjukkan kesan nampak dan setiap bar dilorek atau diwarnakan
untuk membezakan antara ke dua-dua tahun tersebut.

d) Petunjuk. Dilukis di bawah graf.

e) Kemas dan bersih. Tepat dengan tuntutan kartografi.

(Sila buat latihan amali menggunakan data ini)

(b) Keadaan perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996.

[ 6 Markah]

Cadangan Isi Jawapan;

Keadaan perdagangan antara negara-negara Asean pada tahun 1990 dan 1996.

1. Keseluruhannya- semua negara Asean mengalami peningkatan nilai perdagangan


antara 1990 hingga 1996. Jumlah peningkatan adalah sebanyak (94,973 juta US$).

2. Penigkatan terbesar/tertinggi dialami oleh Singapura sebanyak (48, 595 juta US$),
diikuti Malaysia (20,691 juta US$) dan Thailand (12, 136 juta US$).

3. Peningkatan yang perlahan dialami oleh Berunai (569 juta US$) diikuti oleh
Filipina (4,802 juta US$) dan Indonesia (8,180 juta US$)

167
(c) Tiga halangan perdagangan yang dihadapi oleh negara-negara
ASEAN untuk meningkatkan perdagangan. [ 9 Markah]

Cadangan Isi Jawapan:

Perdagangan intra ASEAN menghadapi beberapa halangan. Antaranya:

1. Persaingan sesama negara pengeluar. Komoditi barangan yang homogeneus


menyebabkan ancaman perlambakan dipasaran yang akhirnya menurunkan harga
pasaran. Contoh komoditi kelapa sawit dan getah antara Malaysia dengan Indonesia,
persaingan pengeluaran beras antara Thailand dengan Myanmar. Kesan daripada
pengeluaran barangan yang sama secara berlebihan boleh menurunkan harga barangan
tersebut dan seterusnya menjejaskan pendapatan petani negara-negara ASEAN.

2. Masalah kejatuhan nilai mata wang. Sesetengah negara seperti Indonesia masih
belum pulih ekonominya akibat kejatuhan nilai mata wang. Apabila urusan dagangan
menggunakan dollar US akan wujud jurang nilai mata wang yang begitu besar dengan
negara yang lebih stabil seperti Singapura, Berunai dan Malaysia. Apabila ekonomi
rakan seperdagangan masih belum pulih maka ia akan membataskan dan menjejaskan
aliran perdagangan serantau.

3. Kuasa beli pasaran yang masih rendah dan saiz pasaran yang kecil. Negara yang
saiz pasarannya besar seperti Indonesia dan Filipina tetapi kuasa beli penduduknya pula
rendah manakala negara yang kuasa beli pasarannya tinggi seperti Singapura dan
Berunai hanya memiliki saiz pasaran/jumlah penduduk yang sedikit. Keadaan ini
menyukarkan perluasan perdagangan antara negara dan juga kewujudan imbangan
dagangan.

168
SOALAN PILIHAN 3

“Globalisasi ekonomi telah menyebabkan negara-negara di dunia semakin terkait


dan saling bergantung antara satu sama lain”

(a) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan huraikan ciri-ciri saling
bergantung negara tersebut dengan negara-negara lain. [13 Markah]

b) Jelaskan bagaimana pakatan ekonomi serantau ASEAN dapat


mengurangkan kesan negatif proses globalisasi ekonomi. [12 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

(a) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan huraikan ciri-ciri saling
bergantung negara tersebut dengan negara-negara lain. [13 Markah]

Cadangan Isi Jawapan


Memilih mana-mana sebuah negara di Asia Tenggara – dijangka Malaysia.

Ciri-ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara-negara lain meliputi:

1. Pergantungan kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan juga sumber
makanan. Misalnya Malaysia bergantung kepada Thailand dalam konteks bekalan
beras, sumber perikanan, sayuran, buahan dll bagi menampung kekurangan sumber
makanan dalam negara.

2. Pergantungan kepada teknologi. Malaysia amat bergantung kepada teknologi


moden dari negara-negara maju dengan mengimport teknologi dari Jepun, Korea
Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, negara-negara Eropah dll khususnya dalam bidang
perindustrian, telekomunikasi,pertahanan, ICT dsb.

3. Pergantungan kepada pasaran luar negara. Misalnya pergantungan kepada AFTA,


pasaran Amerika syarikat, pasaran Eropah, pasaran Asia-Pasifik dsb. Sebagai contoh
produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kepada pasaran negara-negara timur
jauh.

4. Pergantungan kepada modal. Pelaburan modal asing amat diperlukan oleh Malaysia
untuk menggerak dan memajukan sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian,
perkhidmatan, pelancongan, pengangkutan, sumber tenaga dsb. Tanpa modal asing,
Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memperkasakan
ekonominya.

5. Pergantungan kepada buruh dan kepakaran. Penawaran buruh yang rendah dalam
sektor-sektor kritikal menyebabkan Malaysia amat bergantung kepada buruh asing.
Misalnya dalam sektor pembinaan dan perladangan bergantung kepada tenaga buruh

169
Indonesia serta Thailand.

6. Ciri-ciri pergantungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain


berasaskan konsep perkongsian pintar, saling melengkapi (complementary) serta prinsip
dan “Situasi Menang-Menang” (Win-Win Situation). Tetapi pergantungan Malaysia
dengan negara-negara maju adalah tidak adil dan berat sebelah yang memihak kepada
negara-negara maju tersebut.

b) Jelaskan bagaimana pakatan ekonomi serantau ASEAN dapat


mengurangkan kesan negatif proses globalisasi ekonomi. (12 Markah)

Cadangan Isi Jawapan

Pakatan ekonomi serantau ASEAN boleh mengurangkan kesan negatif proses


globalisasi ekonomi dengan cara:

1. Mengurangkan monopoli pasaran barangan dalaman ASEAN oleh negara-negara


maju. Ini dilakukan menerusi kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA). Dengan adanya
AFTA membolehkan produk barangan sesama negara ASEAN dijual dengan harga yang
lebih murah berbanding dengan barangan dari negara luar ASEAN.

2. Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAN oleh negara-negara maju


khususnya Amerika Syarikat. Ini boleh dilakukan menerusi penubuhan Bank ASEAN,
Koperasi ASEAN, cadangan penggunaan matawang ASEAN bagi menggantikan dollar
US dll. Persepakatan sesama negara ASEAN dalam konteks ini membolehkan resiko
kejatuhan nilai mata wang boleh dikurangkan.

3. Mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negara-negara kapitalis yang


jelas tidak menguntungkan negara-negara ASEAN jika berlaku resiko yang tidak
diingini yang menyebabkan modal asing boleh ditarik keluar dari ASEAN pada bila-bila
masa. Oleh sebab itu sesama negara ASEAN boleh meningkatkan pelaburan menerusi
konsep pelaburan bersama dan juga pelaburan silang.

4. Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju. Ini


boleh dilakukan melalui konsep perkongsian pintar, konsep saling melengkapi, prinsip
menang-menang dan juga langkah pertukaran teknologi dan inovasi baru, latihan tenaga
manusia secara bersama dan bersepadu sesama negara anggota ASEAN.

5. Membendung campurtangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip”Zon


Aaman Bebas dan Berkecuali”( ZOFPAN), dasar tidak campur tangan negara-negara
anggota serta prinsip kemakmuran bersama ASEAN.

170
SOALAN PILIHAN 4

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Perdagangan Bebas


ASEAN (AFTA) ?. [6 Markah]

b) Namakan empat negara yang melaksanakan AFTA pada peringkat


awal penubuhannya. [4 Markah]

c) Huraikan faedah dan masalah penyertaan Malaysia dalam AFTA.


[15 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Perdagangan Bebas


ASEAN (AFTA) ?. [6 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Konsep: AFTA ialah kawasan perdagangan bebas Asia Tenggara (ASEAN) yang
mengamalkan konsep pengurangan tarif atau penghapusan tarif bagi barangan atau
produk ASEAN yang diperdagangkan di kalangan negara-negara ASEAN itu sendiri.
(Perdagangan intra – ASEAN)

Contoh: Terdapat beberapa kategori barangan yang disenaraikan di bawah AFTA yang
diberikan potongan atau pengurangan tarif iaitu:

a) Barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa jenis produk


pertanian lain.
b) Barangan elektrik dan elektronik.
c) Barangan automotif/kenderaan dan alat ganti.
d) Barangan yang dianggap sensitif seperti hasil pertanian yang belum
diproses misalnya beras. Negara anggota diberikan masa yang lebih
panjang untuk mengurangkan tarif barangan ini.
e) Barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara, kehidupan dan
kesihatan manusia termasuk haiwan dan tumbuhan disamping barangan
yang ada nilai seni, sejarah dan arkeologi. Barangan-barangan dalam
senarai ini telah dikecualikan daripada pengurangan tarif buat selama-
lamanya

171
b) Namakan empat negara yang melaksanakan AFTA pada peringkat
awal penubuhannya. [4 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Negara yang melaksanakan AFTA di peringkat awal penubuhannya ialah:


Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura.

c) Huraikan faedah dan masalah penyertaan Malaysia dalam AFTA.


[15 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Faedah yang diperolehi Malaysia apabila menyertai AFTA:

1) Peningkatan aliran perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN yang lain apabila
harga barangan menjadi lebih murah. Kesannya ia dapat mengurangkan pergantungan
kepada negara maju yang selalunya tidak adil dalam konteks hubungan dagangan dua
hala. Menerusi AFTA semua negara anggota dapat menikmati faedah harga barangan
yang lebih murah, bekalan barangan yang berterusan dan sekaligus mengurangkan
defisit import barangan dari negara maju.

2) Faedah daripada segi perluasan saiz pasaran. Apabila harga menjadi lebih murah,
kuasa beli penduduk akan meningkat dan barangan Malaysia boleh dijual ke serata
negara ASEAN. Misalnya syarikat Malaysia kini boleh menembusi saiz pasaran ASEAN
yang melebihi 530 juta orang. Kesan-kesan positif perluasan pasaran termasuklan
hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dengan pengguna
sesama negara ASEAN menjadi lebih kukuh disamping karenah birokrasi yang cerewet
boleh diminimakan.

3) Faedah daripada segi peningkatan kualiti produk. Dengan tawaran harga yang
lebih murah, persaingan antara pengeluar akan menjadi lebih hebat untuk menghasilkan
produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran bebas AFTA. Kesannya Malaysia
akan menikmati faedah daripada segi perkembangan R&D, penggunaan teknologi dan
inovasi baru oleh syarikat-syarikat swasta atau kerajaan (GLC) yang berlumba-lumba
menjaga kualiti produk masing-masing.

4) Faedah daripada segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi


(Complementary) bagi menjimatkan kos pengeluaran. Untuk mengelakkan persaingan
produk yang sama maka antara syarikat ASEAN akan menjalinkan kerjasama untuk
pengkhususan pengeluaran, perkongsian teknologi dan kepakaran. Dalam konteks ini
Malaysia akan memperolehi faedah daripada ekonomi bidangan.

172
Masalah yang dihadapi oleh Malaysia apabila menyertai AFTA:

1) Ancaman kepada pengusaha tempatan yang masih tidak mampu bersaing dan
terlalu bergantung kepada dasar perlindungan kerajaan. Syarikat-syarikat bumiputera
khususnya IKS menghadapi resiko kerugian dan mungkin gulung tikar.

2) Ancaman lambakan barangan import dalam pasaran Malaysia. Ini kerana harga
barangan Malaysia relatif lebih mahal berbanding dengan produk barangan ASEAN lain
disebabkan kos pengeluaran khususnya kos buruh dan bahan mentahnya lebih tinggi.
Misalnya barangan dari Thailand dan Indonesia jauh lebih murah berbanding dengan
Malaysia.

3) Masalah kuasa beli dari negara-negara ASEAN lain seperti Vietnam,Laos,


Kemboja, Filipina adalah lebih rendah kerana pendapatan perkapitanya lebih rendah
berbanding Malaysia. Kesannya sukar untuk melakulariskan barangan Malaysia di
negara-negara berkenaan.

173
SOALAN PILIHAN 5

Jadual 3 menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa


buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Jadual 3: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia dengan


beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada Tahun 2002.

Negara-negara Asia Pasifik terpilih RM: Juta


Eksport Import
Thailand 3,909.0 3,703.2
Indonesia 1,576.1 2,414.9
Singapura 19,635.5 12,236.9
Jepun 13,978.0 18,559.1
Taiwan 5,203.2 4,988.9
China 3,422.9 3,019.5
JUMLAH 47,724.7 44,923.5

a) Berdasarkan jadual 3, kirakan imbangan perdagangan antara


Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.
[ 6 Markah]
b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan
perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih
pada tahun 2002. [10 Markah]

c) Huraikan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang


disertai oleh Malaysia bagi tujuan meningkatkan aliran perdagangannya.
[9 Markah]
______________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Berdasarkan jadual 3, kirakan imbangan perdagangan antara


Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.
[ 6 Markah]
Negara Asia Pasifik Imbangan Perdagangan
Terpilih (EKSPORT ▬ IMPORT)
RM: Juta

Thailand 205.8
Indonesia - 838.8
Singapura 7,398.6
Jepun - 4,581.1
Taiwan 213.3
China 403.4

174
b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan
perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih
pada tahun 2002. [10 Markah]

Lihat Graf Bar Cermin yang dilukis di sebelah

Item Pemarkahan Markah


Tajuk/Kaedah yang betul 1
Skala yang sesuai 1
Petunjuk 1
Plotan (1 negara = 1 markah). 6
Kebersihan dan kesempurnaan 1

c) Huraikan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang


disertai oleh Malaysia bagi tujuan meningkatkan aliran perdagangannya.
[9 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Pakatan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia
untuk meningkatkan aliran perdagangannya:

1. Menyertai Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan juga Perundingan


Ekonomi Asia Timur (EAEC).

2. Menyertai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

3. Menyertai pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN : (IMT – GT, IMS-GT, EAGA –


BIMP).

4. Menyertai kerjasama ekonomi dengan Negara-negara Komanwel (CHOGM).

5. Menyertai kerjasama ekonomi Negara-negara berkecuali (NAM).

6. Menyertai kerjasama ekonomi dengan Negara Selatan – Selatan. (Negara-negara


di hemisfera selatan seperti Negara-negara Asia, Afrika dan Amerika selatan).

7. Menyertai pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

8. Menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

9. Kerjasama Asean + 3 (China, Jepun, India).

10. Meryertai negara-negara membangun G15.

175
176
TEMA: IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA.

SOALAN PILIHAN 1

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air ?.


[5 Markah]
b) Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi telah
menyebabkan kemerosotan kualiti sumber air. [10 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi


masalah kemerosotan kualiti sumber air. [10 Markah]

CADANGAN JAWAPAN:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air ?.


[5 Markah]

Konsep kemerosotan kualiti sumber air.

Pencemaran sumber-sumber air = kemerosotan kualiti sumber air. Iaitu sumber-


sumber air bersih samada dari sungai, laut, tasik,kolam dan takungan semulajadi, air
bawah tanah dan juga air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya. Indeks
kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari pelbagai sumber ini boleh
diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal
(BOD), kandungan bakteria Escherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen
(NH3 - N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping
perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.

Contoh-Contoh pencemaran sumber air ialah: Pencemaran sungai seperti Sungai


Gombak dan Sungai Kelang, pencemaran laut seperti di Selat Melaka, , pencemaran
tasik seperti Tasik Minimata di Jepun akibat pembuangan raksa ke dalamnya,
pencemaran air bawah tanah dan juga pencemaran air hujan iaitu hujan asid khususnya
di kawasan-kawasan perindustrian yang padat

b) Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi telah


menyebabkan kemerosotan kualiti sumber air. [10 Markah]

Kemerosotan kualiti sumber air berlaku melalui pembangunan ekonomi berikut:


1. Pembangunan tanah secara besar-besaran samada untuk pertanian,
petempatan,pembandaran,perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktiviti
pembalakan dan penyahutanan. Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasik
tercemar apabila partikel-partikel tanah yang terhakis di bawa oleh larian air
permukaan ke sungai. Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal
terampai (SS) dan juga kekeruhan/perubahan warna air. Sebagai contoh pencemaran di
Sungai Kelantan akibat pembangunan tanah kawasan KESEDAR pada tahun 1970-an.

177
2. Pembangunan pertanian .Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia
menyebabkan sumber-sumber air seperti air tanah tercemar apabila bahan kimia
tersebut dilarutresapkan, air sungai, paya dan tasik juga tercemar akibat dibawa oleh air
hujan. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya banyak
terdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit.

3. Pembangunan sektor penternakan. Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke


sungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai,
tasik dan paya. Air sungai berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadar
alir sungai amat perlahan - “sungai mati”. Contoh terbaik ialah sungai Sepang,
Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan najis dan sisa
ternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya.

4. Pembangunan perindustrian. Perlepasan Enfluen/sisa kilang ke sungai, tasik,paya


dan sebagainya. Sektor perkilangan dianggap sebagai sector yang paling banyak
menyumbang kepada pencemaran sumber air khususnya air sungai. Kilang-kilang yang
banyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah serta kelapa sawit. Sebagai
contoh sungai Sekudai, Johor dan sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotan
diukur dengan indikator kandungan BOD dalam air di samping perubahan warna dan
bau. Selain itu perlepasan bahan-bahan pencemar dari serombong kilang ke udara boleh
menyebabkan kualiti air hujan merosot - hujan asid.

5. Pembangunan sektor pelancongan. Perlepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan
chalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Kemerosotan kualiti air laut ini
dikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200
MPN/100 ml maka air laut tersebut sudah tercemar. Punca ini banyak terdapat di
kawasan pelancongan popular seperti di Port Dickson Negeri Sembilan dan Batu
Feringgi di Pulau Pinang.

6. Pembangunan sektor pengangkutan. Sumber air laut tercemar melalui pembuangan


enap cemar serta perlanggaran dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki. Dikesan
melalui kewujudan ketulan-ketulan tar/minyak mentah menutupi permukaan air laut. Di
perairan Selat Melaka berisiko tinggi untuk sumber laut tercemar kerana selat ini
merupakan antara jalan air tersibuk di dunia.

7. Pembangunan pesat sektor pembandaran. Pertambahan penduduk bandar,


kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan
air kumbahan ke sungai. Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga
kecil dan lain-lain sisa dari kawasan perumahan ke sungai dan paya . Pembuangan sisa
domestik khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi punca
penting mengapa sungai Gombak dan Sungai Kelang di Kuala Lumpur tercemar teruk.

178
8. Pembangunan sumber tenaga. Di peringkat awal pembinaan empangan hidro
elektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu
juga penggunaan air untuk pembersihan dan penyejukan loji janakuasa elektrik yang
menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Air buangan setelah loji
dibersih/disejukkan yang disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar.

9. Pembangunan sektor perlombongan. Sisa perlombongan bijih timah, emas dan


tembaga mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalamnya
seperti kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Pencemaran laut di kawasan
pelantar cari gali petroleum juga boleh berlaku semasa kerja-kerja pengerudian
dijalankan.

c) Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah


kemerosotan kualiti sumber air.

1. Langkah perundangan. Penguatkuasaan undang-undang - pengawasan/pemantauan


yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda/kompaun, menarik balik lesen operasi
dan juga penjara ke atas mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-
sumber air samada dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik kapal, orang
perseorangan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974.

2. Mengawal - selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan


rezab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber
air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai
merupakan kawasan rezab atau kawasan penampan yang tidak boleh diusik untuk
pembalakan dan penyahutanan.

3. Merawat air yang telah tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan.
Di samping menyedia/memperbanyakkan loji merawat air. Hanya air yang sudah
dirawat sahaja yang boleh dialirkan ke sungai semula. Loji perawatan boleh
ditempatkan terus di tebing-tebing sungai . Selain itu menyediakan sistem
pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran
sampah sarap dan juga melicinkan kadar alirnya. Pada masa yang sama juga usaha-
usaha mempertingkatkan R&D dan teknologi haruslah dijalankan dari masa ke semasa
seperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang
tidak mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air masa hadapan sentiasa
bersih.

4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut. Misalnya di


kalangan negara ASEAN - kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaan
bersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan /pembersihan air laut yang
tercemar di samping penyelarasan undang-undang dan peraturan laut.

179
5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Menyedarkan masyarakat
tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan.
Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen cintailah
sungai kita, hargailah air dan sebagainya atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial
seperti gotong-royong pembersihan sungai.

SOALAN PILIHAN 2

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan


sumber alam ?. [4 Markah]

b) Huraikan usaha-usaha untuk memulihara sumber marin.


[10 Markah]

c) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan terangkan langkah-langkah


yang boleh diambil bagi mewujudkan pembangunan lestari dalam sektor
perhutanan di negara berkenaan. [ 11Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan


sumber alam ?. [4 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Maksud pemeliharaan. Usaha-usaha menjaga dan mengawasi untuk mengekalkan


sumber-sumber alam daripada diteroka, dieksploitasi atau dimusnahkan. Usaha
penjagaan ini dilaksanakan melalui langkah perundangan.

2. Maksud pemuliharaan. Usaha-usaha membaik pulih dan menggantikan sumber-


sumber alam yang telah diteroka dan dieksploitasi. Usaha ini dilakukan melalui langkah
bukan perundangan seperti amalan pengurusan yang strategik dan juga kempen
kesedaran serta pendidikan alam sekitar.

180
b) Huraikan usaha-usaha untuk memulihara sumber marin.
[10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Mewartakan taman-taman maritim sebagai kawasan perlindungan seperti Taman


Laut Pulau Payar, Taman Laut Pulau Tioman, Taman Laut Pulau Redang dll.
Peraturan-peraturan tertentu dikenakan untuk melindungi segala sumber hidupan laut
terutamanya terumbu karang di kawasan berkenaan.

2. Mengawal dan membersihkan tumpahan minyak di laut daripada merebak dengan


cepat. Tumpahan minyak boleh berlaku melalui perlanggaran kapal-kapal tangki atau
pembuangan enap cemar kapal-kapal tangki berkenaan.

3. Membina tukun-tukun tiruan di laut sebagai kawasan pembiakan dan habitat


pelbagai jenis hidupan laut.

4. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sumber-sumber marin.


Meliputi kajian tahap pencemaran dan langkah-langkah kawalannya, usaha penetasan
dan perlindungan penyu dll. Usaha ini dilakukan secara bersepadu oleh UPM, Jabatan
Perikanan dan juga Kerajaan Negeri .

5. Menyediakan tapak pelupusan sisa atau loji rawatan sisa yang khusus sebelum
sisa industri (efluen), sisa kumbahan, sisa domestik di buang/disalirkan ke laut atau
tidak menjadikan laut sebagai tempat pembuangan/penyaliran sisa radioaktif.

6. Kawalan perairan negara. Mengetatkan aktiviti rondaan, mengambil tindakan


yang cepat dan tegas terhadap aktiviti yang mencemarkan perairan negara termasuk
juga kawalan aktiviti perikanan, pencerobohan nelayan asing dan sebagainya dengan
kerjasama polis marin, jabatan laut, jabatan perikanan dll.

7. Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa untuk mengawal selia


perairan seperti kerjasama dengan negara jiran, kerjasama dengan agensi luar negara
seperti SEFDEC, JICA, Green Peace dll.

8. Langkah pencegahan meliputi tindakan perundangan seperti mengenakan


denda/kompaun, menyitar premis, menggantung lesen operasi bagi mana-mana
individu atau syarikat yang mencemar dan memusnahkan sumber-sumber marin.

9. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang khusus berkaitan dengan
menyelamatkan sumber-sumber marin daripada ancaman kepupusan. Misalnya usaha
menyelamatkan terumbu karang daripada serangan tapak sulaiman, kempen “Save
Our Sea” yang dianjurkan oleh PBB bermula 1998.

181
c) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan terangkan langkah-langkah
yang boleh diambil bagi mewujudkan pembangunan lestari dalam sektor
perhutanan di negara berkenaan. [ 11Markah]

Cadangan Isi Jawapan


Memilih sebuah negara di Asia Tenggara – dijangka Malaysia.

Pembangunan lestari dalam sektor perhutanan boleh dicapai dengan mengadunkan


langkah perundangan, langkah pengurusan yang strategik kempen kesedaran serta
pendidikan alam sekitar.

Langkah perundangan:

(i). Menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dengan tegas dan ketat seperti
mengenakan denda/kompaun yang tinggi, penjara, membatalkan lesen operasi kepada
individu dan syarikat yang melanggar akta berkenaan.

Langkah Pengurusan:

(i). Mewartakan hutan simpan/tamam negara dan juga kawasan perlindungan hidupan
liar untuk mengekalkan sumber-sumber perhutanan sebagai khazanah warisan.

(ii). Penghutanan semula – Menubuhkan estet hutan kekal untuk jaminan masa
hadapan dengan menanam pokok balak yang cepat membesar dan matang seperti
Acasia, Yamane, sentang dll.

(iii). Melaksanakan sistem penebangan hutan secara terpilih bukannya tebang bersih.
Hanya pokok-pokok yang matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.

(iv). Penubuhan pasukan renjer hutan untuk memastikan tiada pembalakan haram,
tiada aktiviti pencerobohan dan juga mengawal selia hutan daripada kebakaran.

(v). Melaksanakan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan


khususnya dalam konteks sivilkulture – menjaga dan merawat hutan daripada perosak
dan penyakit dan juga teknologi pembiak bakaan pokok dan sebagainya.

(vi). Menggalakkan penggunaan sumber-sumber gentian agar tidak terlalu bergantung


kepada sumber hutan seperti penggunaan simen,batu bata,besi,aluminium dalam industri
pembinaan, penggunaan sumber terbuang dalam industri perabot dll.

Langkah kesedaran dan pendidikan:

(i). Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan


generasi kini dan akan dating menerusi pelbagai media seperti “kempen cintailah hutan
kita” “kempen penghijauan bumi” termasuk juga kempen kesedaran kepada masyarakat
orang asli.

182
(ii). Pendidikan alam sekitar secara khusus atau merentasi kurikulum di peringkat
sekolah, kolej, maktab dan universiti.

Cadangan pemarkahan:

Pemilihan sebuah negara = 1 Markah


Langkah perundangan (wajib ada) = 2 Markah.
Langkah pengurusan (mana-mana 3 isi) = 6 Markah
Langkah kesedaran dan pendidikan (mana-mana 1 isi) = 2 markah.

MAX = 11 Markah

SOALAN PILIHAN 3

a) Nyatakan TIGA jenis sumber alam yang boleh diperbaharui dan TIGA
jenis yang tidak boleh diperbaharui. [ 5 Markah]

b) Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui


memerlukan pemeliharaan dan pemuliharaan. [ 8 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Malaysia


untuk mengawal pencemaran alam sekitar akibat eksploitasi sumber alam.
[ 12 Markah]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Nyatakan TIGA jenis sumber alam yang boleh diperbaharui dan TIGA
jenis yang tidak boleh diperbaharui. [ 5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Sumber alam yang boleh diperbaharui: Hutan dan kepelbagaian biologi, sumber
marin. Sumber air, udara, tanih, tenaga suria, tenaga biojisim dll.
(Nyatakan 3 sahaja).

2. Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui: Sumber mineral seperti:


Petroleum, gas asli, bijih timah, emas, tembaga, bauksit, uranium,plutonium dll.
(Nyatakan 3 sahaja)

183
b) Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui
memerlukan pemeliharaan dan pemuliharaan. [ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Sebab-sebab sumber alam yang boleh diperbaharui perlu dipelihara dan dipulihara:

1. Untuk menjamin keperluan dan kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
sentiasa dapat dipenuhi seperti keperluan terhadap sumber air dan udara yang bersih,
bekalan sumber pertanian (tanih) dan perikanan (marin) yang cukup dll kebergantungan
hidup manusia terhadap sumber alam.

2. Untuk menjamin keberterusan sektor ekonomi yang bergantung kepada sumber


berkenaan sebagai bahan mentah atau sumber tenaga. Seperti kegiatan pembalakan dan
pelancongan yang bergantung kepada sumber hutan, sumber air yang membekalkan
tenaga kepada sektor perindustrian, pengangkutan dsb.

3. Untuk menjamin kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan dan


berkembang dengan pesat seperti R&D dalam bioteknologi dan bioperubatan.

4. Untuk mengekalkan sumber warisan daripada diancam kepupusan seperti pelbagai


jenis hidupan liar, hidupan marin, tumbuhan yang berharga dsb.

5. Untuk mengekalkan keseimbangan sistem alam sekitar fizikal samada sistem


hidrologi, sistem ekologi, sistem atmosfera dan juga sistem geomorfologi.

c) Huraikan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Malaysia


untuk mengawal pencemaran alam sekitar akibat eksploitasi sumber alam.
[ 12 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Langkah Perundangan meliputi:

i. Mewartakan kawasan rezab sumber disamping mengawal - selia aktiviti


pembangunan yang berasaskan sumber alam seperti aktiviti pembalakan,
pertanian,perlombongan,perindustrian dll agar tidak mencemarkan alam sekitar. Kawal
selia, pengawasan dan pemantauan yang teliti dilakukan secara sepadu oleh agensi-
agensi kerajaan.

ii. Penguatkuasaan undang-undang. Tindakan tegas termasuk denda/kompaun,


membatalkan lesen operasi, menyitar premis dan juga penjara ke atas mana-mana pihak
yang dikenalpasti mencemarkan alam sekitar samada ke atas syarikat atau orang
perseorangan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974.

184
Langkah Pengurusan yang strategik meliputi:

i. Pemuliharaan sumber yang telah tercemar seperti merawat air yang telah tercemar,
menyediakan sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai
dari pencemaran sampah sarap, meninggi dan menyediakan sistem penapisan dalam
serombong asap kilang, menghasilkan hujan tiruan untuk membersihkan
udara,pemuliharaan sumber tanih, sumber marin dll yang berkaitan.

ii. Mempertingkatkan R&D dan teknologi yang mesra alam seperti penggunaan sumber
tenaga gantian, penggunaan bahan kitar semula dan bahan pengganti, memperluaskan
penggunaan bioteknologi dll yang boleh mengurangkan resiko pencemaran.

iii. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran . Misalnya di


kalangan negara ASEAN - kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaan
bersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan /pembersihan air laut yang
tercemar di samping penyelarasan undang-undang dan peraturan laut. Kerjasama dan
penyelarasan antara agensi kerajaan dalam negara, antara kerajaan – swasta – NGO dan
masyarakat setempat.

Langkah Kempen dan pendidikan alam sekitar.

i. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Menyedarkan masyarakat


tentang pentingnya mengawal/mencegah pencemaran . Kempen dilaksanakan melalui
pelbagai saluran media massa seperti kempen cintailah sungai kita, atau menganjurkan
pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong pembersihan sungai disamping pendidikan
alam sekitar pula bermula di peringkat sekolah, universiti dan juga masyarakat.

185
SOALAN PILIHAN 4

Dengan merujuk kepada kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia,

a) Nyatakan EMPAT jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan [5 Markah]

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti ekonomi tersebut terhadap


persekitaran fizikal kawasan setempat, [ 10 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi


kesan negatif tersebut. [10 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Nyatakan EMPAT jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan [5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Menamakan kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia. Contohnya: Cameron


Highland, Genting Highland, Bukit Fraser,Tanah Tinggi Kundasang dll.

Menyatakan empat jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan tanah tinggi. Di
antaranya ialah:

 Aktiviti pertanian seperti tanaman teh,sayuran dan bungaan.


 Aktiviti penternakan termasuk akuakultur dan ternakan lebah
 Aktiviti pelancongan – pelancongan sukan/golf, pelancongan perniagaan.
 Aktiviti pembinaan – pembinaan perumahan,infrastruktur, jaringan pengangkutan,
projek hidroelektrik dll
 Aktiviti pembalakan / penyahutanan untuk pelbagai tujuan.
 Aktiviti perniagaan.
 Aktiviti perkhidmatan

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti ekonomi tersebut terhadap


persekitaran fizikal kawasan setempat, [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Di antara kesan negatif aktiviti ekonomi terhadap persekitaran fizikal di kawasan tanah
tinggi ialah:

186
1. Perubahan landskap fizikal secara besar-besaran – penggondolan bukit, hutan primer
bertukar kepada hutan sekunder, tanaman perladangan, padang golf, bangunan dll.

2. Kesan hakisan tanih dan tanah runtuh – kewujudan gegalur di cerun-cerun bukit
atau tanah runtuh/batu runtuh di kaki bukit yang sudah di potong dan diteres oleh jentera
berat untuk aktiviti pembinaan,pertanian dll.

3. Menjejaskan kesuburan tanih/lapisan top soil semakin nipis – menggangu


keseimbangan nutrien tanih apabila tumbuhan yang melindungi permukaan tanih di
tebang/dimusnahkan.

4. Pencemaran sumber air (tasik,kolam,paya) termasuk sungai – Sungai menjadi


keruh dan berkelodak atau pencemaran sumber air akibat penggunaan racun serangga
dan baja kimia dalam pertanian serta penyaliran sisa kumbahan dari sektor pelancongan
yang menjejaskan ekosistem akuatik.

5 Memusnahkan kawasan tadahan air – menjejaskan sumber air kepada sungai, tasik,
kolam, paya dan empangan akibat aktiviti pembalahan dan penyahutanan.

6. Peningkatan suhu mikro – kawasan sekitar tidak lagi sesejuk atau nyaman
daripada keadaan sebelumnya akibat penyahutanan untuk pelbagai tujuan.

7. Kerosakan ekosistem hutan – kemusnahan habitat dan spesis/kepelbagaian biologi,


rantaian makanan dll yang berkaitan dengan ekologi hutan

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi


kesan negatif tersebut. [10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif di atas ialah:

Langkah perundangan: Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa,


mengenakan denda yang berat – menaikkan kadar kompaun, penjara, menarik balik
lesen operasi, menghukum pegawai yang rasuah dll termasuk langkah EIA sebelum
sesuatu projek pembangunan di kawasan tanah tinggi dijalankan.

Amalan pengurusan yang cekap: Meliputi:

1. Memberbaiki tatacara/prosedur penggunaan tanah di kawasan tanah


tinggi.
2. Mengharamkan penggunaan jentera berat di kawasan tanah tinggi.
3. Memotong cerun bukit mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

187
4. Menanam tanaman tutup bumi di tapak pertanian atau tanaman rumput
dan tumbuhan pelindung di kawasan bercerun.
5. Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit, groin dan
gabion,tembok penahan (retainning wall) serta sungkupan plastik untuk
menstabilkan cerun.
6. Menanam semula hutan yang sudah ditebang/penghutanan semula.
7. Membina sistem saliran – parit dan longkang yang sistematik untuk
penyaliran air yang lebih sempurna.
8. Merawat atau membersihkan sungai yang tercemar.
9. Amalan pertanian yang mesra alam seperti kaedah hidroponik,
menggunakan baja organik, kawalan biologi agar tidak terlalu
bergantung kepada baja kimia serta racun serangga.
10. Amalan pertanian berteres/mengikut kontor.

Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar: Kempen kesedaran kepada penduduk setempat
dan pengusaha – menerusi risalah, sesi penerangan/dialog, seminar,program gotong-
royong termasuk pendidikan alam sekitar.

Pemarkahan:
Langkah perundangan : MAX 2 markah.
Amalan pengurusan : MAX 6 markah.
Kempen dan PAS : MAX 2 markah

188
SOALAN PILIHAN 5

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar ?.


[ 5 Markah]

b) Jelaskan lima langkah perundangan alam sekitar yang dijalankan di


Malaysia. [ 10 Markah]

c) Huraikan bagaimana masyarakat boleh melibatkan diri dalam


penjagaan alam sekitar. [ 10 Markah]

________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar ?.


[ 5 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Konsep Pengurusan Alam Sekitar:

Melibatkan perancangan, penggunaan, pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar


secara sistematik menerusi langkah perundangan dan bukan perundangan bagi menjamin
kelestarian (keberterusan) sumber alam sekitar.

• Pemeliharaan alam sekitar: usaha memelihara/menjaga sumber alam sekitar


menerusi langkah perundangan – akta, ordinan, perintah, pelaksanaan hukuman
dll di bawah aspek perundangan.

• Pemuliharaan alam sekitar : Usaha membaik pulih sumber alam sekitar menerusi
langkah bukan perundangan – amalan pengurusan yang strategik, kempen
kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

189
b) Jelaskan lima langkah perundangan alam sekitar yang dijalankan di
Malaysia. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Langkah Perundangan alam sekitar yang dijalankan di Malaysia.

(1) Akta dan enakmen. Akta merupakan asas perundangan yang komprehensif bagi
mengkordinasikan kesemua aktiviti berkaitan pengawalan alam sekitar di seluruh negara
Misalnya Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Taman Negara 1980, Akta Perhutanan
Negara 1984, Akta Perikanan 1985, Akta Pemuliharaan tanah 1960, Enakmen air 1948 dll.
Akta ini dikawal secara langsung oleh kerajaan pusat/agensi kerajaan pusat. Misalnya
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dikawal oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)

(2) Peraturan dan arahan. Peraturan merupakan perincian di bawah Akta bagi kes-kes
tertentu yang lebih spesifik. Misalnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 terdapat
peraturan-peraturan seperti Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (udara bersih) 1978,
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian) 1979, Peraturan
Kualiti alam Sekeliling (Bahan Buangan Berjadual), 1989 dll.

(3) Ordinan – Termaktub di bawah undang-undang kecil yang di kawal oleh pihak
berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah dan Majlis Pembandaran. Misalnya
Ordinan Tali Air dan Perparitan 1954, Undang-undang kecil pelupusan sampah Majlis
Daerah Hulu Langat 1984, Undang-undang kecil Perlesenan Tred, perniagaan dan
perindustrian Majlis Daerah Hulu Langat, 1987 dll undang-undang kecil di bawah PBT.

(4) Penguatkuasaan dan Perlaksanaan hukuman – denda/kompaun, pembatalan lesen


operasi, menyitar premis dan hukuman penjara di bawah peruntukan undang-undang alam
sekitar. Hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah atau badan-badan yang berkuasa.

(5) Penyediaan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA). Bertujuan untuk menilai impak
keseluruhan sesuatu projek pembangunan yang dijalankan oleh sektor awam dan swasta
erhadap alam sekitar. EIA termaktub di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti
yang ditetapkan)(Penilaian kesan alam sekeliling), 1987. EIA meliputi penilaian awal dan
penilaian terperinci mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

190
c) Huraikan bagaimana masyarakat boleh melibatkan diri dalam
penjagaan alam sekitar. [ 10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Penglibatan masyarakat dalam penjagaan alam sekitar:

(1) Peranan orang ramai/awam – memantau dan melaporkan aktiviti yang merosakkan
alam sekitar kepada pihak berkuasa.

(2) Peranan media – Masyarakat media mendedahkan secara berterusan terhadap


jenayah alam sekitar seperti yang dibuat oleh TV 3 dan NTV7.

(3) Peranan orang ramai menyahut seruan kerajaan melibatkan diri dalam kempen
penjagaan alam sekitar seperti ”Kempen Penghijauan Bumi”, ”Kempen Cintailah Sungai
Kita”, menyertai pelbagai projek gotong-royong membersihkan persekitaran dll.

(4) Peranan masyarakat pendidikan – Guru dan Murid di sekolah dan IPT menanam
kesedaran kepentingan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi, Sains dan alam
sekitar merentas kurikulum.

(5) Peranan badan bukan kerajaan (NGO) – menganjurkan seminar, persidangan,


kempen dll yang berkaitan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar.

(6) Peranan pihak swasta. Sama-sama menjaga alam sekitar misalnya patuhi segala
peraturan yang ditetapkan, sumbangan kewangan, teknologi dan pelbagai jenis
kemudahana bagi menjaga alam sekitar. Menjadikan alam sekitar sebagai hak milik
bersama.

191
SOALAN PILIHAN 6

a) Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi boleh menyebabkan


berlakunya pemanasan global. [ 8 Markah]

b) Jelaskan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar


fizikal dan manusia. [ 10 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang


berpunca daripada pemanasan global. [ 7 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi boleh menyebabkan


berlakunya pemanasan global. [ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

Kegiatan –kegiatan ekonomi yang menyebabkan pemanasan global.

1. Kegiatan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau seperti


karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida,Chloroflorocarbon,Halon, metana dan
lain-lain yang menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan Ozon serta
membentuk selimut atmosfera yang memerangkap bahangan bumi.

2. Kegiatan pengangkutan – kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Gas-gas


rumah hijau juga dikeluarkan oleh punca kenderaan akibat pembakaran yang tidak
lengkap dalam sistem enginnya yang mengeluarkan banyak karbon monoksida yang
akan memerangkap bahangan bumi.

3. Kegiatan pembalakan dan aktiviti penyahutanan. Kegiatan ini menyebabkan lebihan


karbon dioksida dalam udara – imbangan karbon dioksida dengan oksigen terjejas.

4. Kegiatan pembakaran terbuka seperti pembakaran di tapak pelupusan sampah,


pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian pindah atau pembakaran terbuka untuk
membersihkan tapak pertanian juga akan membebaskan gas-gas rumah hijau.

5. Kegiatan Ujian nuklear di kawasan Kutub Selatan khususnya di Benua


Antartika. Lapisan ozon bukan sahaja menipis tetapi telah berlakunya kebocoran
sehingga terbentuknya lubang-lubang ozon (Ozone Holes).

192
b) Jelaskan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar
fizikal dan manusia. ( 10 Markah)

Cadangan Isi Jawapan

Kesan Ke atas Alam sekitar Fizikal.

1. Mempercepatkan fenomena “Penggurunan (Desertification). Pemanasan


global mempercepatkan proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin dan
seterusnya memudahkan pembesaran saiz gurun..

2. Pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Cairan ais benua akan
membanjiri laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan
kadar hakisan oleh ombak. Kawasan-kawasan pantai yang rendah mudah ditenggelami.
Kecairan litupan ais pergunungan tinggi pula akan menambahkan kadar hakisan glasier,
fenomena salji runtuh, gelangsaran tanah dll.

3. Menggalakkan Kejadian El-Nino. Pemanasan global akan mempercepatkan


lagi kenaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik. Kenaikan suhu lautan Pasifik telah
menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Keadaan ini telah melemah,mengubah
atau menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat
khususnya di negara-negara Asia Tenggara. Kesannya negara-negara tersebut
mengalami cuaca panas,kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.

4. Menggalakkan kebakaran hutan secara semulajadi sekaligus menyebabkan pula


fenomena jerebu. sepertimana yang dialami oleh Indonesia dan Malaysia.

5. Pada skala mikro seperti kawasan bandar pemanasan global akan menyebabkan
kejadiaan Pulau Haba Bandar . Dengan terbentuknya lapisan “Selimut Karbon
Dioksida” di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap.
Kawasan bandar menjadi lebih panas berbanding dengan kawasan luar bandar.

6. Gangguan ke atas kitar hidrologi. Ketidakseimbangan air benua, regim wilayah


daripada sumber-sumber sungai,tasik,kolam dan proses transpirasi tumbuhan. Ini
kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat tidak sepadan dengan bekalan air
yang ada. Di samping itu simpanan air tanah juga akan berkurangan, paras mata air
dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kekurangan sumber air.

7. Gangguan ke atas sistem ekologi. seperti ke atas ekosistem hutan,ekosistem


tasik,ekosistem muara,ekosistem paya, ekosistem laut dan sebagainya yang melibatkan
peningkatan suhu dan kekurangan bekalan air. Contohnya mengancam kepelbagaian
spesis flora dan fauna, kepupusan hidupan akuatik, terumbu karang dll.

193
Kesan ke atas alam sekitar manusia.

8. Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan cuaca panas seperti memudahkan


perebakan penyakit, stroke haba dan juga ketidakselesaan hidup serta gangguan kepada
aktiviti sosial penduduk.

9. Gangguan kepada bekalan air penduduk – menjejaskan aktiviti dan keperluan


harian dan kualiti kehidupan penduduk.

10. Menjejaskan aktiviti pertanian akibat cuaca panas – kekurangan bekalan air,
tanaman cepat mati .

11. Resiko kebakaran yang tinggi khususnya di kawasan pertanian dan kawasan
hutan. Ancaman nyawa, hartabenda dll.

c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang


berpunca daripada pemanasan global. ( 7 Markah)

Cadangan Isi Jawapan

1. Kerjasama antarabangsa bagi mengawal perlepasan gas-gas rumah hijau dan CFC
khususnya melalui perindustrian sepertimana yang termaktub dalam sidang kemuncak
bumi.

2. Mengawal aktiviti penyahutanan di semua peringkat – global, serantau dan negara


khusus di kawasan Tropika. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui undang-undang.

3. Banyak menggunakan sumber tenaga gantian yang bersifat mesra alam dalam
sektor perindustrian dan pengangkutan seperti penggunaan KEH, tenaga solar, tenaga
biomass dsb.

4. Menggalakkan penduduk menggunakan produk yang bersifat mesra alam yang


kurang/tidak membebaskan CFC ke udara.

5. Mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka - sebaliknya menggunakan teknologi


yang mesra alam seperti insenerator untuk melupuskan sisa pepejal/sampah, kaedah
tebang –reput di kawasan pertanian dll.

6. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar seperti kempen


berkongsi kereta, kempen menggunakan sistem pengangkutan awam yang moden,
kempen penghijauan bumi dsb.

194
TEMA KAJIAN LUAR

SOALAN PILIHAN 1

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan


pelancongan,

a) Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan kawasan tersebut menjadi


tarikan pelancong. [9 Markah]

b) Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di


kawasan tersebut, dan [8 Markah]

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa


untuk mengatasi masalah pencemaran kawasan tersebut. [8 Markah]

________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

a) Huraikan bukti-bukti yang menjadikan kawasan tersebut menjadi


tarikan pelancong. (9 Markah)

Judul Isi Jawapan

1. Tajuk Kajian: Menamakan satu kawasan pelancongan yang dikaji secara spesifik -
samada di satu kawasan pantai, di sebuah pulau, satu kawasan tanah tinggi, satu
kawasan hutan lipur dll yang bersesuaian. Contoh: Kajian luar terhadap aktiviti
pelancongan di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

2. Tujuan kajian. Untuk mengenalpasti kesan aktiviti pelancongan terhadap


persekitaran fizikal setempat serta mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

3. Kaedah Kajian: Kaedah pemerhatian di lapangan, soal-selidik, membuat


pengukuran dan pengujian atau membuat rujukan berdasarkan sumber-sumber ke dua.

Bukti-bukti yang menjadikan sesebuah kawasan itu menjadi tarikan pelancong:

1. Rupamuka fizikal yang menarik seperti; pantai yang bersih dan landai, adanya air
terjun/jeram, persekitaran tanah tinggi/bukit yang menarik, adanya gua-gua batu kapur
dan lain-lain yang berkaitan dengan rupamuka fizikal yang unik.

195
2. Suhu, kelembapan udara serta tiupan angin. Persekitaran yang sejuk dan lembab
seperti di kawasan tanah tinggi/bukit dan kawasan hutan lipur serta kawasan pinggir
pantai yang nyaman.

3. Hutan dan tumbuhan. Pelbagai spesis fauna dan flora yang menarik, adanya
tumbuhan seperti pokok rhu, bakau dan sebagainya.

4. Adanya pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti hotel/resort dan chalet,
padang golf, taman permainan, kolam renang, kemudahan skuba dll termasuklah
kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi.

5. Adanya tarikan sejarah dan budaya seperti tinggalan arkeologi, monumen, replika
dan lain-lain yang berkaitan.

b) Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di


kawasan tersebut, dan (8 Markah).

Judul Isi Jawapan


1. Perubahan landskap sesuatu kawasan seperti hutan rhu, bakau atau hutan di kawasan
tanah tinggi kepada bangunan hotel dan resort, padang golf, pusat-pusat reakreasi dsb.

2. Kesan hakisan di cerun-cerun bukit akibat pembinaan hotel, resort dan padang golf.

3. Pencemaran air . Seperti air laut dan sungai akibat penyaliran sisa kumbahan dari
hotel/resort.

4. Gangguan kepada ekosistem daratan akibat penebangan hutan untuk membina


hotel/resort dan padang golf serta ekosistem akuatik akibat pencemaran air laut dan
sungai.

5. Perubahan suhu mikro khususnya di kawasan tanah tinggi. Kawasan tanah tinggi
tidak sesejuk sebelumnya akibat penebangan hutan secara berleluasa untuk membina
pusat-pusat pelancongan.

6. Pencemaran persekitaran seperti sampah sarap dan sisa makanan di kawasan


perkelahan pantai dan hutan lipur yang membawa kepada pencemaran bau.

196
c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa
untuk mengatasi masalah pencemaran kawasan tersebut. (8 Markah)

Judul Isi Jawapan

1. Langkah perundangan. Meliputi usaha pemantauan, penguatkuasaan undang-undang seperti


denda/kompaun, menarik balik permit perniagaan dsb kepada mana-mana pengusaha
hotel/resort atau peniaga-peniaga restoran dan gerai yang mencemarkan air laut/sungai serta
pembuangan sampah/sisa yang tidak terurus. Langkah ini boleh dijalankan oleh JAS dan majlis
daerah/perbandaran.

2. Amalan Pengurusan sisa yang cekap. Seperti merawat terlebih dahulu air kumbahan
sebelum dilepaskan ke laut dan sungai, menyediakan sistem takungan najis/tangki septik yang
khas untuk IWK, menyedia/menambahkan tong-tong sampah, mengutip sampah dan sisa secara
sistematik dan berjadual untuk dilupuskan di tempat khas - tanggungjawab Alam Flora.

3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada pengusaha dan pelancong - melalui
risalah dan slogan, program gotong- royong dan lain-lain yang bersesuaian.

NOTA PEMARKAHAN:

1. Jawapan umum/langsung tidak bersifat kajian luar - tidak merujuk mana-


mana satu kawasan secara khusus (tidak sebut nama kawasan pelancongan)
atau menyebut di merata-rata tempat (banyak kawasan) atau kawasan kajian
terlalu luas seperti sebuah negara atau sebuah negeri yang sememangnya
langsung tidak mampu dikaji secara kajian lapangan, maka markah maksima =
5/25 sahaja.

197
SOALAN PILIHAN 2

Berdasarkan pemerhatian yang telah anda jalankan di satu kawasan


pertanian,

a) Nyatakan ciri-ciri kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan


tersebut. [9 Markah]

b) Jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan


mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tersebut. [8 Markah]

c) Huraikan dampak kegiatan pertanian terhadap persekitaran fizikal di


kawasan tersebut. [8 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Soalan ini ialah soalan kajian luar/kajian lapangan. Oleh itu jawapan calon mesti
memenuhi kreteria berikut:

1. Jawapan mestilah merujuk kepada SATU kawasan pertanian yang khusus dan
kecil skalanya seperti (di sebuah kampung, mukim, daerah, felda/kawasan
pembangunan wilayah, estet/ladang, kebun dll seumpamanya. Paling luas
kawasan yang boleh diterima ialah sehingga sebuah daerah sahaja).

2. Skala jawapan tidak boleh terlalu luas seperti di sebuah negeri atau negara yang
mencerminkan ketidakmampuan calon mengkajinya secara kajian luar.

3. Jawapan juga tidak boleh di merata-rata tempat atau melompat dari satu kawasan
ke satu kawasan pertanian yang lain.

4. Jawapan tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk mana-mana kawasan pertanian
pun.

(Nota: Jawapan calon yang tidak memenuhi kreteria


ini maka markah maksima ialah 5/25 sahaja)

198
a) Nyatakan ciri-ciri kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan
tersebut. (9 Markah)

JUDUL ISI JAWAPAN

Tajuk kajian: Menyebutkan /menamakan SEBUAH kawasan pertanian yang dikaji.

Di antara ciri-ciri kegiatan pertanian yang boleh disentuh ialah:

1. Jenis tanaman – sejenis atau pelbagai jenis (nyatakan tanamannya).

2. Skala dan orientasi pengeluaran – nyatakan saiz keluasannya serta sistemnya.


Adakah perladangan untuk eksport, kebun kecil, sara diri, pertanian pindah dll.

3. Pemilikan dan pengurusannya – Adakah dimiliki oleh individu, syarikat swasta,


agensi kerajaan dll serta pengurusannya sistematik atau tidak. Contoh pengurusan
sistematik – projek pertanian berkelompok/mini estet, diuruskan oleh FELDA/FELCRA,
syarikat swasta dsb.

4. Teknologi dan input yang digunakan – Teknologi tradisional atau moden,


penggunaan baja, benih,racun serangga, kaedah pengairan dll.

5. Penggunaan buruh – buruh keluarga atau buruh upahan/bergaji tetap, kontrak,


jumlah/saiz tenaga buruh, buruh asing dsb.

6. Modal dan kos – kecil atau besar, modal sendiri atau pinjaman termasuk juga
pemberian subsidi.

b) Jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan


mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tersebut. (8 Markah)

JUDUL ISI JAWAPAN

Faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan yang boleh dijelaskan adalah bergantung kepada
jenis pertanian/tanaman yang dipilih di antaranya ialah:

Faktor Fizikal

1. Bentuk muka bumi/relief – seperti di kawasan tanah pamah, kaki bukit beralun,
dataran lanar/delta, tanah tinggi, lereng bukit dll.

2. Jenis tanah – mempengaruhi jenis tanaman seperti tanah laterit untuk getah dan
kelapa sawit, tanah lanar/aluvium untuk padi sawah, tanah gambut untuk nanas, tanah
pasir untuk kelapa dsb.

199
3. Saliran – sistem saliran seperti sungai dan paya termasuk juga saliran tanah samada
menakung atau tidak menakung air.

4. Faktor iklim/cuaca – seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dsb.

Faktor Kemanusiaan

1. Kemudahan asas/prasarana yang ada – seperti jalan pengangkutan, sistem


pengairan yang disediakan dan kemudahan fizikal yang lain.

2. Faktor modal – keupayaan modal yang ada kecil atau besar, pinjaman kredit
daripada institusi kewangan seperti bank pertanian dll.

3. Dasar /polisi kerajaan – secara umum dan khusus seperti menubuhkan pelbagai
agensi – Jabatan pertanian, LPP, RISDA, FELDA/FELCRA dll.

4. Faktor teknologi – tradisional atau moden, penggunaan alat seperti jentera, baja
kimia, racun serangga dll.

5. Faktor buruh – penggunaan tenaga buruh keluarga/tempatan/asing, saiz dan jumlah


tenaga buruh yang terlibat.

6. Faktor pasaran – berkait dengan permintaan dan penawaran, perubahan harga,


rangkaian pemasaran seperti adanya FAMA, pasar tani, orang tengah dll.

7. Faktor pengurusan – sistematik atau tidak, dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan
kemahiran yang dimiliki, terlatih atau tidak terlatih (ada khidmat bimbingan – latihan,
R&D dsb)

c) Huraikan dampak kegiatan pertanian terhadap persekitaran fizikal di


kawasan tersebut. (8 Markah)

JUDUL ISI JAWAPAN


Bergantung kepada jenis pertanian yang dikaji. Antara dampaknya ialah:

1. Hakisan tanah – kehilangan top soil lebih cepat jika aktiviti pertanian tersebut tanpa
tanaman tutup bumi, tidak berteres/berkontur atau pendedahan secara langsung kepada
agen hakisan di peringkat kerja pembukaan dan pembersihan tapak pertanian.

2. Ketidakseimbangan nutrien tanah – kehilangan kesuburan tanah lebih cepat akibat


pertanian sejenis /tanpa giliran atau terlalu kerap .

3. Pencemaran air dan kemusnahan hidupan akuatik akibat penggunaan racun serangga
dan baja kimia yang berlebihan.

200
4. Pencemaran udara – amalan pertanian secara tebang – bakar atau penyemburan
racun serangga secara meluas.

5. Perubahan landskap secara besar-besaran di peringkat awal pembukaan tapak


pertanian – penyahutanan atau aktiviti penanaman semula.

6. Kemusnahan ekosistem hutan berkait dengan kerja-kerja pembangunan tanah


pertanian dan juga kemusnahan ekosistem akuatik akibat aktiviti penebusgunaan tanah
untuk pertanian.

7. Kesan pemanasan setempat/kenaikan suhu mikro akibat pembakaran dan


pembersihan kawasan pertanian atau pembersihan kawasan hutan untuk pertanian.

SOALAN PILIHAN 3

Berdasarkan kepada satu kajian luar yang telah anda jalankan bagi mana-
mana kawasan,

(a) Pilih satu kegiatan ekonomi primer dan tuliskan laporan tentang
sumbangannya terhadap pembangunan ekonomi kawasan berkenaan.
[13 Markah]

b) Kenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi primer yang anda pilih


pada soalan (a) terhadap alam sekitar dan cadangkan langkah-langkah
untukmengatasinya. [12 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Syarat Jawapan:

Soalan ini adalah soalan kajian luar, oleh itu jawapan calon mesti memenuhi syarat-syarat
berikut:

1. Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Tidak boleh terlalu luas seperti
di sebuah negeri atau negara yang mencerminkan ketidakmampuan calon mengkajinya
secara kajian luar. Paling luas kawasan kajian yang boleh diterima ialah sehingga
sebuah daerah sahaja.

2. Jawapan juga tidak boleh di merata-rata tempat atau melompat dari satu kawasan
ke satu kawasan yang lain.

3. Jawapan juga tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana kawasan
kajian pun.

201
4. Jawapan hanya berdasarkan kepada SALAH SATU kegiatan ekonomi primer
berikut: Pertanian, Perikanan, Pembalakan atau Perhutanan, dan Perlombongan.

Panduan Pemeriksaan

a) Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas maka markah MAX
= 5/25 sahaja.

b) Jawapan yang tidak merujuk kepada aktiviti ekonomi primer (merujuk kepada
ekonomi sekunder dan tertier seperti industri perkilangan, pelancongan,
pengangkutan,perniagaan,perdagangan, pembinaan dll, MAX = 5/25 sahaja.

c) Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat ke empat sahaja (aktiviti ekonomi
yang bercampur aduk) maka pilih yang dominan dan relevan sahaja.

Cadangan Jawapannya:

a) Kegiatan ekonomi primer yang dipilih ialah aktiviti pertanian perladangan kelapa
sawit di Felda Jengka 16, yang terletak di dalam gugusan Felda Wilayah Jengka, Daerah
Maran, Pahang..

b) Objektif kajian. Tujuan kajian ini ialah untuk:

i) Menghuraikan sumbangan kegiatan pertanian kelapa sawit kepada


pembangunan ekonomi Jengka 16 khususnya dan wilayah Jengka amnya.

ii) Mengenalpasti kesan negatif akibat perladangan kelapa sawit terhadap


alam sekitar khususnya yang melibatkan aktiviti penanaman semula serta
mencadangkan langkah untuk mengatasinya.

c) Kaedah kajian. Kaedah kajian yang dijalankan ialah pemerhatian, temubual dan
soal selidik.

Sumbangan sektor pertanian perladangan kelapa sawit terhadap pembangunan


ekonomi Felda Jengka 16 :

1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Perladangan kelapa


sawit menjadi sumber pekerjaan dan pendapatan utama penduduk yang mengerjakan
ladang seluas 10 ekar bagi setiap keluarga. Keseluruhan kawasan ladang ialah seluas
2500 ekar. Hasil kelapa sawit telah berupaya meningkatkan pendapatan perkapita
penduduk dan taraf hidup penduduk kawasan ini melepasi daripada garis kemiskinan.

2. Mempercepatkan pembangunan sumber alam kawasan berkenaan – sumber alam


tidak dibiarkan membazir/memajukan ekonomi insitu. Ini termasuklah sumber tanah

202
yang digunakan sepenuhnya. Selain itu sebagai kegiatan sampingan peneroka juga
menjalankan aktiviti penternakan lembu/kerbau serta akuakultur.

3. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang berrantaian


dengannya atau mewujudkan kepelbagaian ekonomi. Dengan adanya lading kelapa
sawit yang luas membolehkan sebuah kilang memproses hasil kelapa sawit di bina di
kawasan tersebut. Selain itu sektor perkhidmatan khususnya pengangkutan (jalan raya
berkembang dengan pesat).

4. Memperluaskan pasaran setempat serta kesan-kesan positif daripada perluasan


pasaran seperti kewujudan pasar malam, pasar tani dan lain-lain. Dengan memperolehi
pendapatan hasil perladangan kelapa sawit itu maka kuasa beli peneroka akan
bertambah. Ini menggalakkan perkembangan perniagaan runcit, pasar malam dan pasar
tani untuk membekalkan keperluan penduduk sekitar.

5. Memajukan infrastuktur seperti rangkaian jalan raya, sistem perhubungan, bekalan


air, elektrik, sekolah, klinik desa dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga telah
mempercepatkan pembangunan Bandar Jengka yang menjadi pusat pertumbuhan
ekonomi yang baru yang membekalkan pelbagai jenis perkhidmatan bandar kepada
penduduk wilayah Jengka itu sendiri.

b) Kenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi primer yang anda pilih


pada soalan (a) terhadap alam sekitar dan cadangkan langkah-langkah
untukmengatasinya. (12 Markah)

Cadangan Jawapannya:

Pada masa kini kawasan perladangan kelapa sawit di Felda Jengka 16 sedang mengalami
proses penanaman semula. Pokok-pokok yang sudah tua ditebang secara besar-besaran
dan digantikan dengan benih baru secara berperingkat-peringkat. Aktiviti ini telah
menimbulkan beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar setempat. Antaranya ialah:

1. Perubahan landskap yang ketara seperti hutan kelapa sawit yang hijau bertukar
kepada tanah tergondol, kewujudan kawasan yang agak kering dan tandus sebelum
benih kelapa sawit yang baru membesar.

2. Adanya kesan hakisan tanah dan gegalur apabila penebangan hutan sawit tersebut
mendedahkan permukaan tanih kepada agen-agen hakisan air hujan dan juga larian air
permukaan. Kawasan bukit kecil jelas kelihatan kesan-kesan gegalur ini.

3. Kemusnahan ekosistem. Sebenarnya kawasan hutan kelapa sawit menjadi habitat


kepada kepelbagaian spesis seperti tikus, ular, ayam hutan, babi hutan dan juga haiwan
primat khususnya kera. Apabila pokok-pokok sawit ditebang maka organisma ini akan
kehilangan habitat, sumber makanan dll.

4. Pencemaran air khususnya sungai dan paya. Kawasan ladang banyak mengandungi

203
alur-alur sungai yang kecil dan juga paya. Oleh itu apabila hakisan larian air permukaan
berlaku ia akan membawa masuk kelodak dan lumpur ke dalam sungai dan paya
berkenaan. Kesannya sumber-sumber air tersebut akan tercemar seperti mana yang
dialami oleh Sungai Jengka dan sungai Cenerai yang merentasi kawasan ladang ini.

5. Pemanasan setempat (kenaikan suhu mikro) dan pengurangan kelembapan udara.


Apabila hutan sawit ditebang dan tiada lagi proses transpirasi pokok untuk membebaskan
wap-wap air ke udara.

Langkah-langkah mengatasinya:

1. Langkah perundangan – Menguatkuasakan undang-undang dan akta seperti


mengenakan denda/kompaun kepada mana-mana peneroka yang menjalankan kaedah
tebang – bakar dalam penanaman semula kelapa sawit di ladang mereka..

2. Langkah pengurusan yang strategik: Antaranya ialah:

a) Menanaman tanaman tutup bumi seperti pokok kekacang dan juga tanaman
sampingan jangka pendek seperti pisang dan jagung bagi mengelakkan pendedahan
permukaan bumi kepada agen hakisan.

b) Membina lebih banyak sistem perparitan dan saliran dalam kawasan ladang.

c) Menggantikan kaedah tebang –bakar kepada tebang – reput.

3. Langkah kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang bersesuaian kepada
peneroka seperti kempen menggunakan bioteknologi, kaedah tebang reput bukannya
tebang - bakar dll lagi..

SOALAN PILIHAN 4

204
Berdasarkan pemerhatian yang anda telah lakukan di sebuah bandar kecil,

(a) Huraikan aktiviti perniagaan yang terdapat di bandar tersebut.


[9 Markah]

b) Tuliskan laporan tentang taraf kebersihan persekitaran fizikal di


bandar tersebut. [ 8 Markah]

c) Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa


tempatan untuk mengatasi masalah kebersihan persekitaran fizikal di
bandar tersebut. [ 8 Markah]
________________________________________________________________

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Syarat Jawapan:

Soalan ini adalah soalan kajian luar/kajian lapangan, oleh itu jawapan calon mesti
memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Merujuk kepada sebuah
bandar kecil sahaja . Bandar besar seperti ibu negeri atau bandaraya tidak diterima.
Bandar yang paling besar boleh diterima ialah bandar ibu daerah sahaja.

2. Jawapan juga tidak boleh merujuk kepada banyak bandar. Hanya sebuah bandar
kecil sahaja yang diterima.

3. Jawapan juga tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana sebuah
bandar kecil pun.

(Nota: Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas maka markah MAX
= 5/25 sahaja.)

(a) Huraikan aktiviti perniagaan yang terdapat di bandar tersebut.


[9 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Tajuk kajian: Menamakan sebuah bandar kecil yang dikaji.

2. Menyatakan objektif kajian.

3. Menyatakan kaedah kajian yang digunakan.

Huraian aktiviti perniagaan yang dikaji boleh meliputi:

205
a) Jenis perniagaan yang dijalankan: Perniagaan borong, runcit, perniagaan makanan,
perniagaan perkhidmatan dsb.

b) Skala operasi perniagaan: Skala kecil, sederhana atau besar-besaran.

c) Pemilikan dan pengurusan : Individu, keluarga atau syarikat/usahsama.

d) Modal – keupayaan modal kecil atau besar, modal sendiri atau pinjaman bank, dana
kerajaan misalnya di bawah skim kredit mikro dll.

e) Buruh – penggunaan tenaga buruh/tenaga kerja asing atau tempatan, terlatih atau tidak
terlatih, kontrak atau tetap, gaji/upah buruh dll.

f) Orientasi pasaran – kepada penduduk seitar atau luar kawasan/luar bandar, ke bandar lain,
daerah lain dsb.

g) Bahan mentah/barangan perniagaan – dari kawasan sekitar atau diambil dari luar.

b) Tuliskan laporan tentang taraf kebersihan persekitaran fizikal di


bandar tersebut. [ 8 Markah]

Cadangan Isi Jawapan

1. Status kebersihan persekitaran bandar – pencemaran sampah sarap, sisa pepejal


dan pencemaran bau.

2. Status kebersihan air – pencemaran sungai, longkang, parit, dan takungan air yang
lain.

3. Status kebersihan udara – pencemaran udara sekitar yang boleh diukur melalui
indeks IPU.

4. Status kebersihan premis perniagaan khususnya perniagaan makanan – gerai dan


restoran.

5. Status kebersihan premis kediaman seperti sistem pembentungan, sistem longkang,


sampah sarap dsb.

206
c) Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa
tempatan untuk mengatasi masalah kebersihan persekitaran fizikal di
bandar tersebut. ( 8 Markah)

Cadangan Isi Jawapan

1. Mengawal selia dan memantau tahap kebersihan premis khususnya premis


perniagaan makanan oleh Majlis Daerah/Majlis Pembandaran – Sistem pelabelan tahap
kebersihan sebagai peringatan kepada pelanggan misalnya (Hijau – baik, Kuning –
memuaskan, Merah – tidak bersih).

2. Menguatkuasakan undang-undang PBT – seperti denda/kompaun, menyitar


premis, membatalkan lesen operasi kepada pengusaha yang melanggar peraturan dan
kawalan kebersihan.

3. Menyediakan sistem pungutan sampah dan pelupusan sisa pepejal/sampah secara


sistematik dan berjadual di tapak pelupusan yang khas – jauh dari kawasan petempatan.
Sebagai contoh oleh Alam Flora.

4. Menyediakan tong-tong sampah dan pusat pungutan bahan untuk kitar semula.

5. Menyediakan perkhidmatan pembentungan yang cekap oleh IWK – mengangkut


dan merawat sisa kumbahan di loji rawatan yang jauh dari petempatan.

6. Mengadakan kempen kesedaran mengenai penjagaan kebersihan dari masa ke


semasa – melalui risalah, penerangan, ceramah/seminar atau gotong royong
membersihkan persekitaran yang melibatkan kerjasama PBT, Kementerian Kesihatan,
NGO dan orang ramai.

207
SOALAN PILIHAN 5

Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-mana


satu jenis aktiviti ekonomi tertier.

a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi


tersebut dijalankan di kawasan itu. [7 Markah]

b) Berdasarkan bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan


negatif ke atas alam sekitar fizikal akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang sesuail bagi mengurangkan kesan-


kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu.
[ 8 Markah]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

Syarat Jawapan:

Soalan ini adalah soalan kajian luar, oleh itu jawapan calon mesti memenuhi syarat-syarat
berikut:

1. Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Tidak boleh terlalu luas seperti
di sebuah negeri atau negara yang mencerminkan ketidakmampuan calon mengkajinya
secara kajian luar. Contoh kawasan kajian yang boleh diambil kira ialah seperti di sebuah
pulau, sebuah pantai, sebuah kawasan tanah tinggi, sebuah kawasan hutan, sebuah bandar
kecil/sederhana, sebuah kawasan di bandar besar/bandaraya. Paling luas kawasan
kajian yang boleh diterima ialah sehingga sebuah daerah
sahaja.Kawasan kajian mestilah dinyatakan secara spesifik.

2. Jawapan juga tidak boleh di merata-rata tempat atau melompat dari satu kawasan
ke satu kawasan yang lain. Jawapan calon mestilah bersifat in-situ.

3. Jawapan juga tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana kawasan
kajian pun.

4. Jawapan hanya berdasarkan kepada kegiatan ekonomi tertier sahaja.

208
Panduan Pemeriksaan:

a) Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas (walaupun masih
membincangkan kegiatan ekonomi tertier) markah MAX = 5 sahaja.

b) Jawapan calon yang langsung tidak merujuk kepada aktiviti tertier = 0 Markah.
c) Bagi jawapan calon yang bercampur aduk antara aktiviti tertier dengan aktiviti
ekonomi yang lain maka pilih aktiviti tertier sahaja. Pemarkahannya masih per 25.
Format Jawapan:

a) Tajuk Kajian: Menamakan kawasan kajian dan SALAH satu jenis aktiviti
ekonomi tertier – Pelancongan, pengangkutan, perniagaan, perkhidmatan.
Objektif kajian: Untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan kegiatan
ekonomi dijalankan, kesan negatif ke atas alam sekitar dan langkah
mengatasinya.
Kaedah kajian: Pemerhatian, pencerapan, temubual, soal-selidik dll yang
sesuai.

Faktor – Faktor yang mempengaruhinya terdiri daripada faktor fizikal dan manusia
antaranya ialah;

Faktor Fizikal

1. Bentuk muka bumi/relief – seperti di kawasan tanah tinggi, kawasan pantai yang
bercerun, landai dll aspek relief.

2. Saliran – sistem saliran seperti sungai,tasik, paya elemen saliran semulajadi.

3. Faktor iklim/cuaca – seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dsb.

4. Faktor tarikan sumber alam secara khusus – pulau, hutan, tanah bencah (wetland),
gua batu kapur dsb.

Faktor Kemanusiaan

1. Kemudahan asas/prasarana yang ada – seperti jalan pengangkutan dan


perhubungan serta kemudahan fizikal yang lain.

2. Faktor modal – keupayaan modal yang ada kecil atau besar, pinjaman kredit
daripada institusi kewangan/bank-bank tempatan/dana kerajaan dll.

3. Dasar /polisi kerajaan – secara umum dan khusus seperti menubuhkan pelbagai
agensi pelaksana dan rangkaian promosi.

4. Faktor teknologi – tradisional atau moden, teknologi tempatan atau import.

209
5. Faktor buruh – penggunaan tenaga kerja - tenaga keluarga/tempatan/asing, saiz dan
jumlah tenaga kerja yang terlibat.

6. Faktor pasaran – berkait dengan permintaan dan penawaran berkaitan dengan harga
dan kualiti produk perkhidmatan.

7. Faktor pengurusan – sistematik atau tidak, dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan
kemahiran yang dimiliki, terlatih atau tidak terlatih (ada khidmat bimbingan – latihan,
R&D dsb)

8. Faktor budaya – tarikan budaya secara khusus sperti tinggal arkeologi, monumen,
atau tempat-tempat menarik yang disediakan seperti Sunway Lagoon, tasik buatan
manusia dll

b) Berdasarkan bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan


negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu.
[10 Markah]

Cadangan Isi Jawapan


Bergantung kepada jenis aktiviti ekonomi yang dikaji. Antara kesannyanya ialah:

1. Hakisan tanah dan gerakan jisim khususnya tanah runtuh.

2. Pencemaran air.

3. Pencemaran udara .

4. Pencemaran bunyi dan bau.

5. Pencemaran tanih dan sisa pepejal.

6. Perubahan landskap secara besar-besaran .

7. Kemusnahan ekosistem hutan- kehilangan habitat, rantaian makanan, biodiversiti dll


yang berkaitan dengan ekosistem.

8. Kesan pemanasan setempat/kenaikan suhu mikro.

9. Kemusnahan kawasan tadahan air.

210
c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan
kesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu.
[ 8 Markah]
Cadangan Skema Jawapan:

1. Langkah perundangan secara spesifik = MAX 2 Markah.

2. Amalan pengurusan yang strategik = MAX 4 Markah


(Mana-mana 2 isi yang dihuraikan)

3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar: = MAX 2 Markah.

211
212

You might also like