You are on page 1of 2

Tajuk: Gerakan jisim

1. Defenisi – gerakan jisim ialah pergerakan bahan-bahan pepejal menuruni


cerun akibat tarikan graviti. Bahan-bahan pepejal ini terdiri daripada tanih
dan batu yang terhasil akibat proses luluhawa, hakisan serta kegiatan
manusia meneroka tanah di atas cerun.
2. Keadaan kecuraman cerun akan mempengaruhi kelajuan pergerakan
jisim. Jika cerun curam, gerakan jisim akan berlaku dengan cepat seperti
tanah runtuh atau gelongsoroan tanah. Jika cerun landai, gerakan jisim
akan menjadi perlahan.
3. Berat beban atau berat bahan-bahan batuan dan tanih yang terhasil
akan menentukan sama ada gerakan jisim itu berlaku dengan cepat atau
lambat. Jika beban banyak dan berat, gerakan jisim akan berlaku dengan
cepat dan berskala besar. Cotnohnya runtuhan tanah di lebuhraya
berhampiran Gua Tempurung, Perak.
4. Kelembapan tanih menjadi faktor penting yang menyegerakan
pergerakan jisim. Seringkali gerakan jisim seperti tanah runtuh atau tanah
mendap berlaku selepas hujan lebat kerana tanah menjadi lembab, berair
dan tidak kukuh. Resapan air ke dalam tanah yang banyak akan
menyebabkan tanah lembab. Ketiadaaan pokok-pokok di permukaan
cerun akibat kegiatan manusia menyebabkan tanah tidak kukuh dan
resapan air giat ke dalam tanah.
5. Terdapat 2 jenis gerakan jisim iaitu pergerakan jisim yang cepat dan
pergerakan jisim yang lambat. Pergerakan jsim yang cepat
termasuklah proses gelongsoran tanah ( tanah runtuh ) di cerun dan aliran
tanah lumpur. Pergerakan jsim yang lambat pula termasuklah proses
kesotan tanih di cerun , mendapan cerun dan gelangsaran tanih di cerun
kawasan bersalji.
6. Tanah runtuh atau gelonsoran tanih cerun adalah pergerakan bahan-
bahan batuan dan tanih menuruni cerun. Ciri-ciri pergerakan dan
kejadiannya ialah :
• Berlaku di cerun yang curam
• Kegiatan manusia memotong cerun untuk membina jalan, membina
petempatan dan kegiatan perlombongan menyebabkan cerun
terdedah kepada luluhawa dan hakisan. Struktur tanah cerun juga
rosak dan mudah diresapi air.
• Fenomena ini pernah berlaku di lebuhraya timur barat, tanah runtuh di
Hulu Kelang ( Jun 2006), jalan susur ke Genting Highlands dan lebuh
raya Bukit Lanjan, Kuala Lumpur.
7. Aliran Lumpur ialah pergerakan tanah dan batuan yang bercampur air
daripada atas cerun. Lazimnya berlaku selepas hujan lebat. Kegiatan
pembinaan petempatan,jalan raya, kegiatan pertanian tanah tinggi,
perlombongan dan pembalakan di atas cerun menjadi faktor utama
fenomena ini. Antara contoh kes yang berlaku ialah banjir Lumpur di Pos
Dipang, Perak dan Gunung Pulai,Johor. Aliran lumpur juga berlaku
bersama-sama aliran lava gunung berapi seperti yang berlaku di Filipina
( Januari 2006 ). ( rajah 3.9 ms: 57 )
8. Kesotan tanih cerun berlaku secara beransur-ansur dan mengambil
masa yang panjang. Ia berlaku di cerun yang landai dengan kecuraman
antara 2 - 3°. Ia berlaku melalui beberapa cara:
• Proses pengembangan tanih cerun akibat terkena air hujan dan
pengecutan tanih apabila dikeringkan oleh panas matahari
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.
• Penerokaan hutan di cerun menyebabkan tanah cerun terdedah
kepada rasapan air hujan menyebabkan tanah menjadi lembab dan
kering dengan kadar yang kerap dan cepat.
• Proses beku-cair di cerun kawasan iklim sejuk juga menyebabkan
tanah cerun mendap.
( rajah 3.7 ms:56)
9. Gelangsaran tanih cerun berlaku di kawasan cerun yang bersalji seperti
di kawasan kutub atau kawasan praglasier ( kawasan yang ada musim
sejuk bersalji ). Pada musim sejuk air akan membeku di dalam tanah. Salji
yang banyak dan tebal berkumpul di atas cerun. Apabila musim panas ,
salji cair lapisan tanah akan tepu dengan air dan bergerak perlahan-lahan
menuruni cerun. Fenomena ini menghasilkan teres cerun, lekukan cerun,
permatang dan bonggolan tanih.

You might also like