You are on page 1of 14

KESAN KEMASUKAN IMIGRAN KE NEGERI-NEGERI MELAYU Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya

sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang sedia dimaklumi, masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara. Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden. Bagi ekonomi komersial, tanaman getah giat dijalankan. Menjelang tahun 1910, luas kawasan getah ialah setengah juta ekar. Pada tahun 1914 pula, jumlah keluasan bertambah dua kali ganda dan sekaligus menjadi eksport Tanah Melayu yang terpenting (Ranjit Singh Malhi,1985). Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu meningkatkan hasil bumi Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan di dalam tanah. Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil bumi Tanah Melayu terutama bijih timah. Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka. Ini berlaku kerana kos buruh dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah. Antara kesan utama kehadiran imigran India katakan masyarakat imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh golongn Imigran seperti India dan Cina. Dalam konteks masyarakat majmuk, mewujudkan daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini. Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah pekan cina dan ianya diguna pakai sehingga ke hari ini. Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini juga. Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang ada. Namun tidak dapat dinafikan juga kesan negatif di atas kedatangan imigran Cina di Tanah Melayu. Banyak Kongsi Gelap di Tanah Melayu berasal dari Negara China dan di bawa ke sini oleh imigran Cina. Kongsi gelap dihubungkan dengan ajaran konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme. Penubuhan kongsi gelap ini telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan pergaduhan dan hubungan yanag tidak baik. Antara konfliknya, sentimen perpaduan yang kuat; perbezaan monopoli pekerjaan; pergaduhan; dan sebagainya dapat mencetuskan suasana tidak aman dan genting (Mohd Isa Othman, 1999). Selain itu, sifat yang ditonjolkan oleh segelintir kaum imigran ini turut mempengaruhi masyarakat tempatan. Misalnya, gejala bandit sosial yang bermaksud penjenayah, bertin dak melampau, menyamun, merompak, dan sebagainya. Keadaan yang ektremis ini kerap kali menimbulkan masalah dan keteganagan dalam masyarakat tradisional Melayu. (Cheah Boon Kheng, 1988).

PENUTUP Sebagai rumusan, proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu dalam era penjajah British ternyata melalui pelbagai cara dan kaedah tersendiri. Proses penghijrahan golongan imigran ini banyak didominasi oleh faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan politik negara asal mereka serta faktor penarik seperti perkembangan eknomi dan politik yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Kaedah dan cara kedatangan mereka menggunakan beberapa sistem seperti sistem tiket kredit, cara persendirian, Sistem Kangcu bagi imigran Cina dan Sistem buruh

kontrak, Sistem Kangani, serta secara persendirian bagi imigran India. Penghijrahan oleh golongan imigran Cina dan India jelas telah mewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada masa itu dan Malaysia kini.

Kesan Kemasukan Buruh Imigran 1. Imigran Cina dan India di Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk yang tetap dan membentuk organisasi sosial dan ekonomi masing-masing iaitu: (a) Menjaga kepentingan pekerjaan dan perniagaan. (b) Menjaga kepentingan agama dan kebudayaan. (c) Memupuk sifat kedaerahan. 2. Hasil daripada kegiatan sosial dan budaya, wujud pelbagai perbezaan dalam setiap masyarakat di Tanah Melayu. Ia merangkumi aspek ekonomi dan pendidikan.

Aspek Ekonomi (a) Kerajaan British menggalakkan setiap kaum menceburi corak ekomi berlainan. itu kesannya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Orang Melayu kekal sebagai petani di luar bandar. Orang Cina dalam sektor perlombongan dan perdagangan di bandar. Orang India di sektor perladangan dan kerja raya. Orang Ceylon (Sri Lanka) bekerja dalam sektor pengkeranian. Justeru

Aspek Pendidikan (a) Sekolah-sekolah yang didirikan hanya untuk memenuhi keperluan kaum masing-masing, baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulum. (b) Di luar bandar, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di sekolah agama. Pendidikan kanak-kanak imigran di luar bandar tidak dipentingkan kerana bilangan mereka tidak ramai. (c) Di bandar, kebanyakan sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan kurikulumnya berasaskan kurikulum Inggeris. Sekolah yang pertama ialah Penang Free School didirikan pada tahun 1816. (d) Kebanyakan sekolah Inggeris dipelopori oleh Mubaligh Kristian dan mendapat bantuan kerajaan. Selain bahasa Inggeris, mubaligh ini juga menggunakan bahasa Cina dan Tamil. (e) Kerajaan British juga menggalakkan pendidikan vokasional di kalangan anak orang supaya mereka terus kekal dalam sektor pertanian. Melayu

(f) Pihak British tidak menitikberatkan pendidikan Inggeris terhadap orang Melayu. Mereka hanya diberi pendidikan sekular untuk menghapuskan buta huruf. (g) Kerajaan British hanya memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak golongan bangsawan supaya mereka boleh bekerja dalam perkhidmatan kerajaan. (h) Kerajaan British juga tidak menitikberatkan pendidikan orang Cina dan India. Orang Cina hanya mendirikan sekolah mereka sendiri yang telah dibiayai oleh mubaligh kristian atau masyarakat Cina sendiri. Pada peringkat awal, sekolah cinamenggunakan pelbagai dialek hinggalah ditukarkan kepada bahasa mandrin pada awal abad ke 20. (I) Pendidikan tamil terhad di sekolah rendah sahaja khususnya di kawasan ladang getah yang dibiayai oleh pihak ladang atau persatuan orang India di ladang getah.

3. Kesan daripada pendidikan yang berbeza ini menyebabkan orang Melayu kekal dengan kemiskinan, kurang pendidikan dan hidup di luar bandar. Orang India juga kurang pendidikan dan tidak berpeluang bekerja di sektor lain. manakala orang cina berjaya dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan. 4. Keadaan ini juga mewujudkan satu jurang perbezaan ekonomi yang nyata di antara ketiga-tiga kaum tersebut.

-Pertambahan penduduk dan wujudnya masayarakat majmuk.

-Penempatan kaum yang berbeza. (Melayu di kampung,cina di bandar, India di estate)

-Perbezaan identiti dan budaya antara kaum.

KESAN-KESAN KEMASUKAN IMIGRAN - Masalah sosial (kongsi gelap,pelacuran, judi dll) -Perkembangan perusahan bijih timah dan getah -Perkembangan sistem perhubungan (jalan raya & jalan kereta api) -Pertumbuhan bandar-bandar terutama bandar-bandar Perlombongan(kuala lumpur, klang)

KESAN IMIGRAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

1.

Wujudnya masyarakat berbilang kaum Komposisi penduduk berubah awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk ialah Bumiputera. 1931 Bumiputera hanyalah 45% sahaja.

2. 3.

Pemisahan Kaum melalui Penempatan Tumpuan orang cina di kawasan Bandar dan lombong Orang Melayu di kawasan pertanian di kampung/ luar Bandar Orang India tinggal di kawasan ladang getah Pemisahan melalui kegiatan Ekonomi

Tumpuan kerajaan Inggeris ialah kepada sektor ekonomi eksport dan komersial (getah dan timah). Dengan itu kaum Cina dan India diutamakan untuk kegiatan tersebut. Sektor pertanian padi diabaikan.

4.

Pemisahan Melalui Pendidikan Sukatan pelajaran kaum imigran berteraskan negara asal. Sistem persekolahan dipisahkan dari aspek lokasi dan kurikulum.

Sistem pendidikan Orang Melayu hanyalah sekadar menjadikan mereka boleh membaca dan mengira untuk mengambil alih tugas ibubapa mereka sebagai petani.

5.

Pemisahan Pembangunan

Tumpuan pembangunan di kawasan bandar (bandar baru & sistem pengangkutan), manakala kawasan luar bandar diabaikan PERPADUAN NEGARA

KONSEP PERPADUAN Satu proses mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

PERPADUAN WILAYAH Mengandungi pembangunan sosio-ekonomi antara negeri-wilayah yang maju dan kurang maju.

PERPADUAN EKONOMI Pengkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum. Penggubalan DEB dan DPN untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

PERPADUAN PENDIDIKAN Semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERPADUAN KEBUDAYAAN Mencapai perpaduan melalui program-program kebudayaan. Dasar kebudayaan kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan perpaduan.

PERPADUAN SOSIAL Proses pencapaian perpaduan melalui kemudahan sosial seperti pendidikan, perumahan, kesihatan, air, elektrik dan lain-lain untuk semua rakyat. MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA Faktor

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pengasingan Petempatan Pengasingan Agama Pengasingan Sistem Pendidikan Akhbar Bahasa Mengikut Kaum Persatuan Untuk Satu-satu Kaum Pengaruh Politik Kesan Pemerintahan Jepun Dasar pecah & perintah Inggeris Tragedi 13 Mei 1969.

Pengajaran Peristiwa 13 Mei

Kerosakan harta benda dan nyawa. Perintah berkurung Keuntungan kepada musuh (komunis) Perlunya perpaduan nasional Keadilan ekonomi antara kaum Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA

1.

RUKUN NEGARA

Merupakan panduan yang merangkumi prinsip-prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia yang boleh mengukuhkan perpaduan

Prinsip Rukun Negara Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

2.

DASAR EKONOMI BARU

DEB telah digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB (1970 1990) mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1990 2000 meneruskan usaha DEB bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi keadilan sosial, moral, ekonomi, kulaiti hidup, kecekapan pentadbiran dan kemajuan sains dan teknologi.

3.

INTEGRASI NASIONAL

Integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka, terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Antara rancangan yang boleh dijalankan ialah dengan menggalakkan perpindahan penduduk,melalui rancangankebudayaan kebangsaan, DPN, kemakmuran ekonomi, peranan media massa, peranan ahli-ahli politik dan pentadbir, penyeragaman masa/ waktu antara Semenanjung, Sarawak dan sabah.

SEJARAH EKONOMI MALAYSIA LATAR BELAKANG EKONOMI MALAYSIA ZAMAN SEBELUM PERANG

Perkembangan ekonomi negara terkenal semenjak zaman kegemilangan kesultanan Melaka hingga menarik minat kuasa penjajah untuk menaklukinya. Perkembangan ini berterusan sehingga kedatangan penjajah Inggeris. Penglibatan British dalam ekonomi negara hanya untuk kepentingan mereka.

Kegiatan ekonomi tertumpu di kawasan yang ada sumber kekayaan terutama di Barat Semenanjung. Kesannya, negara mewarisi struktur ekonomi dualisme.

Dualisme ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di ladang-ladang, lombong-lombong dan perdagangan sementara ekonomi yang bersifat tradisional cukup hidup dan bertumpu di luar bandar. Kesan pemerintahan Inggeris yang lebih serius ialah perkembangan masyarakatplural melalui amalan pecah dan perintah. Perbezaan kebudayaan, agama, pelajaran dan pekerjaan di antara orang Melayu dan bukan Melayu bertambah buruk dan jurang ekonomi antara kaum bertambah besar Kaum Melayu bergerak di bidang pertanian di luar bandar dan kaum bukan Melayu di bidang sektor moden di kawasan bandar.

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN EKONOMI

Modal besar dlm. Bidang pelaburan Penggunaan teknologi moden Kajian tanaman baru

Sistem pengurusan cekap & teratur Tenaga buruh ramai Kemudahan perhubungan Keperluan bahan mentah (Revolusi) Penggunaankapal wap lebih muatan Pembukaan Terusan Suez Kerjasama pembesar tempatan Sistem pentadbiran stabil (British) Ekonomi tempatan berkait rapat dengan ekonomi a/bangsa.

PERUBAHAN EKONOMI DI TANAH MELAYU

Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu lebih pesat di bahagaian Pantai barat kerana:

(a) Pusat pentadbiran British terletak di pantai barat. (b) Pantai barat kaya dengan sumber bahan mentah. Pembanguan ekonomi di Sabah dan sarawak lebih lembab berbanding dengan Tanah Melayu kerana: (a) Keadaan fizikal muka buminya yang terlalu bergunung ganang menyulitkan perhubungan. (b) Tiada galakan untuk melabur di kawasan ini kerana kekurangan bahan mentah.

British lebih mementingkan ekonomi berorientasikan eksport, iaitu perlombongan bijih timah dan perladangan getah dan mengabaikan sektor pertanian trasidional yang dijalankan oleh orang Melayu. Kesan daripada dasar ini, sistem dwiekonomi telah wujud di Tanah Melayu iaitu:

(a) Ekonomi moden yang berorientasikan eksport. (b) Ekonomi tradisional yang bercorak sara diri (pertanian dan perikanan)

EKONOMI PERDAGANGAN

1. BIjih Timah 2. Getah

FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH

Pelaburan besar orang Eropah dan Cina. Buruh asing yang ramai dan murah Pemintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan mengetin Penggunaan teknologi moden (kapal korek) Sistem pengangkutan baik Kestabilan politik di negeri Melayu

FAKTOR-FAKTOR ORANG CINA MENJADI PENGELUAR TERBESAR TIMAH (1880an-1912)

Buruh yang murah dari negara China. Hak Pajakan cukai menjual candu dan membuka kedai judi. Memudahkan pengawalan buruh Teknik perlombongan yang mudah (lombong dedah) Syarikat Eropah banyak ditutup kerugian tiada saingan.

FAKTOR PERTAMBAHAN PENGELUARAN BIJIH TIMAH (PELOMBOMG EROPAH) SELEPAS 1912

Pengenalan Kapal Korek Modal besar (penjualan saham) Dasar penjajahan British di Tanah Melayu memihak kepadanya. Akta Perlombongan (1895) kelebihan pada teknologi moden

Pelaburan di negara lain Syarikat lebih cekap dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan. Maju dalam industri peleburan

KESAN PERUSAHAAN TIMAH Peluang pekerjaan tingkat pendapatan

Bilangan penduduk bertambah kedatangan buruh cina Wujud masyarakat berbilang kaum Muncul bandar-bandar perlombongan (KL, Taiping) Wujud kilang peleburan timah Taraf hidup meningkat Peningkatan kemudahan infrastruktur (jalan raya/k.api/pelabuhan /sekolah dll)

GETAH

1. Perusahaan getah bermula di Tanah Melayu pada tahun 1877, apabila anak-anak pokok getah di hantar dari Taman Kew, London ke Taman Botanikal di Singapura, seterusnya ke Kuala Kangsar, Perak. 2. Pokok getah jenis Hevea Brasiliensis adalah paling sesuai di tanam di Tanah Melayu kerana iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun. 3. Pada peringkat awal, getah ditanam di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak tetapi kurang mendapat sambutan orang ramai kerana mereka lebih berminat dengan penanaman kopi kerana harganya yang tinggi serta kejatuhan harga getah di negara-negara Afrika. 4. British telah memperkenalkan Peraturan Tanah Khas untuk menggalakkan penanaman getah. Dengan peraturan ini, penusaha ladang getah boleh menyewa kawasan ladang getah dengan kadar yang rendah. 5. Getah mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu selepas tahun 1897 kerana kejatuhan harga kopi. 6. British juga memperkenalkan tanaman getah di Sabah dan Sarawak.

7. Di Sabah, British telah mengumumkan jaminan pemberian 4% dividen kepada syarikat yang ditubuhkan untuk mengusahakan tanaman getah disamping diberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. 8. Kawasan penanaman getah di sabah adalah di sepanjang landasan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beiufort serta beberapa kawasan di pantai barat. 9. Di sarawak, pentadbiran Brooke tidak menggalakkan pembukaan ladang getah oleh syarikat asing kerana ingin memberi peluang kepada penduduk tempatan menanam getah. 10. Antara tahun 1900-1910 harga getah telah melambung naik iaitu RM 1.70 pada tahun 1900 kepada RM 2.50 pada tahun 1906 dan terus meningkat hingga RM 5.50 pada tahun 1910. 11. Keluasan kawasan penanaman getah juga telah meningkat iaitu seluas 269,230 ekar pada tahun 1908, 795,340 pada tahun 1913 dan mencecah ke sejuta ekar menjelang tahun 1920. 12. Tahun 1916, getah menjadi bahan eksport dan sumber pendapatan utama penduduk tanah Melayu den menjelang tahun 1920 Tanah Melayu mengeksport 53% pengeluaran getah dunia.

13. Kawasan penanaman getah di Tanah Melayu dikusai oleh orang Eropah yang menanam secara ladang. Kira-kira 80% daripada keluasan tanah ladang dimiliki oleh orang Eropah. Orang Melayu menanam getah secara kebun kecil sahaja. 14. Di Sabah, keluasan kawasan penanaman getah pada tahun 1902 tidak melebihi 100 ekar tetapi selepas tahun 1910 telah meningkat 11 kali ganda. 15. Penanaman getah di Sabah juga diusahakan secara ladang.

16. Di Sarawak, kira-kira 97% daripada 210,000 ekar tanaman getah dimiliki oleh pekebun kecil, hanya kira-kira 3% sahaja diusahakan secara ladang. 17. Peningkatan perkembangan perusahaan getah pada peringkat awal kurun ke 20 dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor iaitu: (a) Peranan H.N.Ridley yang menggalakkan penanaman getah di Tanah Melayu disamping memperkenalkan berbagai kaedah penanaman dan penorehan baru yang menguntungkan. (b) Kejatuhan harga kopi kerana serangan penyakit pada akhir kurun ke 19, menyebabkan pengusaha ladang beralih kepada perusahaan getah. (c) Perkembangan revolusi perindustriaan di Eropah yang memerlukan bahan mentah berasaskan getah. (d) Perkembangan perusahaan kereta di Amerika Syarikat khususnya penggunaan tayar angin, menyebabkan permintaan terhadap getah telah meningkat. (e) Tenaga buruh yang ramai dan murah dari India untuk berkerja di ladang-ladang getah. (f) Pengurusan ladang yang cekap dari peladang Eropah kerana pengalaman menanam kopi secara ladang di Seri Lanka. (g) Modal daripada pelabur-pelabur Eropah seperti dari Syarikat Harrisons dan Crossfield, Guthrie, Sime Darby dan Boustead Estate Agency. (h) Kemudahan dan galakan daripada kerajaan British sendiri seperti: (i) Memberi pinjaman kepada Syarikat-syarikat Eropah dengan kadar faedah yang rendah. (ii) Pembinaan jalanraya dan keretapi untuk mengangkutan getah ke pelabuhan. (iii) Membawa masuk buruh dari India untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja.

18. Pada tahun 1920 dan 1921 harga getah mula turun dengan mendadak. Harga jualan yang rendah dan berterusan menyebabkan ladang getah tidak diusahakan lagi.

19. Zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1919-1932 telah membuatkan harga getah jatuh ke paras yang paling rendah. 20. British telah memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928) yang bertujuan untuk menghadkan pengeluaran getah dan pada tahun 1934 telah memperkenalkan Rancangan Peratuiran Getah Antarabangsa untuk mengawal harga getah.

10. Kewujudan dua sektor ekonomi yang berbeza ini telah memberi kesan yang besar terhadap sosio-ekonomi masyarakat berbilang kaum. 11. Kesan-kesan tersebut ialah:

(a) Pembangunan ekonomi yang tidak sekata. Tumpuan hanya diberikan di kawasan Pantai Barat Semenanjung, Pantai Barat Sabah dan Bahagian Satu dan Dua di Sarawak. (b) Tumpuan ekonomi lebih pesat di kawasan bandar. Penduduk luar bandar ketinggalan dan ini menimbulkan jurang ekonomi yang besar antara kedua-duanya. (c) Kemiskinan penduduk di luar bandar begitu ketara jika dibandingkan dengan penduduk bandar kerana diabaikan. Ini keseluruhannya melibatkan orang Melayu. (d) Pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam sektor pertanian, orang Cina dalam sektor perdagangan dan perlombongan dan orang India dalam sektor perladangan. Ini membataskan hubungan dan perbezaan pendapatan yang luas.

kesan drpd penaklukan british ke tanah melayu Melalui penaklukan British terhadap Kepulauan Melayu terutamanya Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya perubahan yang drastik dalam ekonomi dan cara hidup masyarakat melayu. Kedatangan British telah menodai masyarakat tradisional dengan memperkenalkan ekonomi, susunan sosial dan kependudukan serta pendidikan sekular. Rentetan ringkas memberi gambaran bagaimana revolusi Eropah telah mengubah persepsi, corak pemerintahan dan cara hidup masyarakat Eropah. Semangat inkuiri mendorong mereka meneroka dunia luar hingga menyebabkan pemecahan dunia kepada negara Barat dan Timur dimana negara Barat dilihat sebagai negara maju dan negara Timur sebaliknya. Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupun banyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu. Contohnya dari segi pembinaan kemudahan-kemudahan seperti jalan raya dan jalan keretapi di mana kesemua pembinaan ini adalah bertujuan untuk menganggkut barang perdagangan seperti bijih timah ke pelabuhan. Kesemua pembinaan ini di bina adalah untuk kepentingan ekonomi orang-orang British sahaja. Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukanlah untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan lagi orang

Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui industri pelombongan bijih timah di mana orang melayu boleh dikatakan langsung tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun dalam sektor tersebut. Kebanyakkan lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh orang asing terutamanya orang British. Manakala dari segi susunan sosial pula, sesungguhnya rancangan British ini telah berjaya dalam mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di mana menumpukan taat setianya kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putus yang dibuat oleh Sultan. Jelas dapat dilihat bahawa walaupun masyarakat melayu tidak beberapa suka akan cara pemerintahan British namun di sebabkan oleh sikap mereka yang masih taat setia secara membabi buta kepada raja membuatkan mereka mengikut undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh British kerana setiap arahan yang datang dari raja adalah di keluarkan oleh British. Manakala golongan Sultan pula terus 'mencerut' masyarakat tempatan kerana mereka kekurangan dari pelbagai segi seperti kekurangan modal. Jadi, golongan seperti pelabur-pelabur Barat serta Cina berkuasa dalam mengaut hasil kekayaan bumi Melayu manakala orang-orang Melayu masih dengan ekonomi tradisionalnya seperti mengeluarkan tanaman makanan seperti padi dan ini secara tidak langsung telah memundurkan serta menjauhkan lagi orang Melayu dari arus pembangunan yang makin rancak berjalan pada masa itu. Orang Melayu terus terperangkap dalam keadaan lama mereka serta terpinggir manakala pihak kolonial serta kaum lain terus menikmati kekayaan yang diperolehinya manakala Orang Melayu masih lagi mengekalkan sistem sosial tradisi iaitu Raja adalah segalanya dan perlu patuh kepada kata-katanya. Dari segi kebudayaan pula, kedatangan British di Tanah Melayu telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di tanah melayu dimana ianya dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ianya dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat yang majmuk ditanah melayu. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Dalam membentuk masyarakat majmuk, British telah membenarkan kemasukan penduduk asing secara bebas iaitu tidak mempunyai sebarang sekatan terhadap kemasukan orang asing. Hal ini berbeza dengan tindakan British pada awal pemerintahannya di tanah melayu dimana pada zaman tersebut British memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orangorang imigran balik ke negara asal mereka. Pekara ini terjadi adalah kerana untuk memenuhi keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi. Manakala dari segi pendidikan pula, ianya lebih kepada pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum yang ada di Tanah Melayu. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu mereka hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah selain itu juga British juga berbuat demikian adalah supaya orang-orang Malayu tidak dapat berada dan bergiat dalam ekonomi yang menguntungkan di negara tersebut.

You might also like