You are on page 1of 9

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-

bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta
tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang
bertapak di jiwa insan......

Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali
pelita hati yang disinari cahaya keimanan..........

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan
beroleh ketenangan jua kedamaian......

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat
kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan,
kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............

Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah
perasaan yang diciptakanNya..........

Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya.....tetapi cahaya


keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan..........

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan
bangkai.....bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya......

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah
yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh
boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.....
Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia,
disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan
dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan......

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum
bererti ia melihat.......

Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang
adalah satu pengkhianatan.................Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti
kebahagiaan........

Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya......tetapi
orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya.........

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang
gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira........

Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil....adalah seperti pohon yang hijau di
tengah-tengah pohon yang kering.......

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah
teladan serta pengajarannya.......... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin
dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan........

Lihatlah disekeliling kamu.... dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu
jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau
titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.....buat
pedoman............
Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan menjelma pelangi
dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan menangis..... itu hanyalah satu mimpi. Jika kau
menyayangi seseorang, biarkanlah dia pergi........ jika dia menyayangi dirimu, dia pasti
akan kembali.........

Menyelamatkan orang jahat seperti perahu kecil di tengah lautan......walaupun kita


terselamat tetapi sentiasa berasa ketakutan......

Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sebelum bertemu, bila
bertemu terus berkenalan...... Dua hati yang tidak mengingati Allah itu tidak akan
berkenal sebelum bertemu, bila bertemu dia hanya berjumpa bukan berkenalan.............

Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda
hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta
kesucian dirinya.....

Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada
batu....... dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari
sutera............

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk,
janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging...........

Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk


pengorbanan................semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini.......................

Kesucian diri itu seperti air batu.....sekali ia hancur segalanya akan berakhir................

Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan..... tetapi
pada hati yang beriman...................
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah..........makin dekat ianya datang
menghampiri kita............................

Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada
manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi...............

Cinta remaja ibarat kaca.......zahirnya jernih, tapi sekali ia pecah berderai......lukanya


terlalu tajam......

Senyuman itu adalah madu bagi diri seseorang........oleh itu ukirlah senyumanmu pada
yang memerlukan....................

Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................kawan yang setia ibarat mutiara pasir di


pantai.............

Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh
membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira..................

Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang
kebun, bunga dijaga sesegar embun..............

Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan
kehilangan serinya................

Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu
mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana
bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya.............
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan..............

Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan..........tetapi apa
yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga................

Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk
mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu..............

Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun...........bila-bila masa ia akan


pecah.............

Basahilah wajahmu dengan air sembahyang...........dan jangan sekali-kali wajah ayumu


digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta.................

Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta........tetapi bercintalah dengan orang yang
mencintai kita...........kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia.........

Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta......tetapi tidak semua kecantikan itu
dapat membahagiakan hidup kita........

Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari.........tetapi kawan untuk menangis, itulah
yang sukar ditemui...........

Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu..................


Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari...........apabila minyak
sudah kering, ia akan terpadam sendiri..................

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah............ tetapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi................

Ada orang anggap kita lemah....ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya.....
Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya, maka di situlah
kelemahan diri kita....

Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah


ketawa kemenangan.............dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan
manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan...............

Kata-kata hikmat Islam.

Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula
hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah
Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan
amal.Amal adalah buah daripada iman.

Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah
tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.

Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin
bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.

Kata-Kata hikmat sahabat.

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali
ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk
orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah
kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia
mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag
yang akau tidak malu kepadanya.

Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan
memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap
zaman.

Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah
daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka


seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada
sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan
kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia
berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-
orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan
kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa
mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada
tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada
sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup
membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah
kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian
yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang


malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan
takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti
menunda kekalahan.

kata hikmat saudara.


Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai


dirinya sendiri.

Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum
kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan.

Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan
kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan
saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang
kebaikan daripada anda.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah
memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan
anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.

Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.

Hiduplah dengan persaudaraan

Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara ynag lelaki menjadai pembela
bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara
yang tertua.

Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini
tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.

Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan
menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.

You might also like