You are on page 1of 2

Anda dan beberapa orang sahabat telah menyertai suatu ekspedisi ke hutan.

Oleh sebab kecuaian


diri, anda telah tersesat dan terpisah daripada sahabat-sahabat yang lain. Ceritakan pengalaman anda
sehingga anda diselamatkan

Jarum jam tangan aku menunjukkan tepat 3.40 petang. Ketua pasukan kami, Peter,
memutuskan bahawa kami meneruskan perjalanan juga agar dapat sampai di puncak gunung
sebelum mentari membenamkan tubuhnya.

Aku, Zainal, Manjit, dan Kee Siong akur sahaja meskipun kami berasa letih kerana sudah
tujuh jam mendaki sejak awal pagi. Suasana petang tidak terasa kerana langit agak gelap dan hujan
lebat dijangka turun pada bila-bila masa sahaja.

Tiba-tiba aku terpandang beberapa ekor rama-rama sangat cantik hinggap pada sebatang
dahan. Aku leka memperhatikan kumpulan rama-rama dan cuba menangkapnya dengan jaring yang
memang kubawa bersama.

Aku lalu berehat seketikauntuk melonggarkan ototku yang kian kejang sambil menjaring
rama-rama itu. Aku menikmati alam skeliling yang indah dan sunyi. Sejenak kemudian, anda
mendapati kesemua anggota-anggota kumpulan sudah tiada lagi di sisiku. Hatiku menjadi runsing.
Aku meluang sekuat-kuat hatiku sambil berharap launganku dapat didengar oleh sahabat-sahabatku.
Sungguhpun begitu, tiada seorang pun yang menyambut launganku.

Untuk berpatah balik, jaraknya amat jauh. Malah aku tidak biasa dengan jalan untuk turun.
Sekiranya aku hanya menunggu di sini, beberapa jam lagi, hari akan bertukar malam. Jam di
tanganku, sudah menunjukkan 6.30 petang. Apa akan terjadi sekiranya hujan turut dengan
lebatnya.Tentu aku akan basah kuyup dan mengigil kesejukan.

Tiba-tiba suatu idea menerjah dalam benakku. Aku mesti cuba menghampiri mana-mana
sungai yang terdekat. Dengan berbuat demikian, aku tidak perlu risau tentang sumber air agar tidak
kehausan. Kegelapan menutupi hutan itu. Perasaanku semakin kecut. Aku bimbang dibaham oleh
haiwan-haiwan buas seperti pak belang dan babi hutan. Aku lalu menyanyi untuk menghiburkan diri.
Aku bangun lalu mengumpul beberapa banyak ranting dahan kayu dan dedaun kering untuk
dijadikan unggun api. Tujuannya amat berguna untuk menghalau nyamuk binatang buas.

Perutku terasa sangat lapar. Tekakku kering dan haus. Aku mengeluarkan buku roti dari beg
galas dan terus menyumbatkannya ke mulut. Aku tidak berasa malu kerana tiada sesiapa yang akan
melihat gelagatku ini. Namun, makanan yang kutelan terasa keras macam batu. Seleraku hilang
walaupun kelaparan. Seluruh badanku basah kuyup kerana banyak berpeluh.
Ketika itu juga aku menyesal kerana tidak menjejak langkah-langkah pasukan kami pada
siang hari. Ah, aku tidak mahu terus melayan perasaan diri! Aku bingkas membentangkan tikar dekat
unggun api. Aku perlu tidur untuk memulihkan kekuatan kerana esok aku perlu menjelajah lagi
untuk mencari arah untuk keluar dari tempat ini. Sebelum melelapkan mata aku sekali lagi berdoa
agar bantuan segera tiba dan siang akan cepat menjelma.

Tiba-tiba aku tersentak apabila terdengar salakan anjing. Kusangka pasukan penyelamat
sedang dalam perjalanan ke tempatku berehat. Aku bingkas bangun. Rupa-rupanya tiga orang
pemburu sedang dalam perjalanan memasuki hutan untuk berburu. Mereka diiringi dua ekor anjing
untuk membantu mengejar binatang yang diburu. Hatiku lega sekali. Apabila terserempak dengan
mereka, aku menceritakan nasibku. Tanpa berlengah lagi mereka menawarkan untuk membawa aku
keluar dari tempat ini awal pagi esoknya. Aku mengucap setinggi-tinggi kesyukuran kerana
menyahut permintaanku sejak malam sebelumnya.

Aku tidak pasti bila aku terlelap. Sedar -sedar mentari telah menyinsingkan cahayanya. Yang
pasti aku telah bermalam di hutan itu bertemankan kesunyian rimba di sekelilingnya. Setelah terjaga,
kurasakan sengal-sengal pada seluruh badanku. Lebam-lebam akibat gigitan nyamuk juga
kelihataan. Sungguhpun demikian, aku gembira kerana telah terselamat.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Laungan dari luar tidak beberapa
jauh dari tempat aku tersesat ini amat biasa buat diriku. Aku menekap telinga untuk memastikan
siapa yang melaung-laungkan namaku. Kini sahlah, mereka ialah ahli-ahli kumpulanku. Peter,
Manjit, Zainal dan Kee Siong dan beberapa anggota polis sedang memasuki tempat aku tersesat
semalam untuk menjejakiku. Aku berlari-lari anak untuk mendapatkan mereka. Tanpa kusedari air
mata kegembiraan mengalir ke pipiku.

Kini aku terselamat. Aku berjanji tidak akan leka lagi semasa keluar berekspedisi pada masa
hadapan.

621 patah perkataan

You might also like