You are on page 1of 8

Al-KHAWARIZMI: SUMBANGAN IDEA DAN PEMIKIRANNYA

TERHADAP TAMADUN DUNIA

Oleh
Nor Hasliza Saad

Pendahuluan

Tamadun Islam banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan


ilmu pengetahuan melalui tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, sama ada bidang agama,
matematik, sains tulen, sastera, seni, dan sebagainya. Salah seorang tokoh dalam
tamadun Islam yang telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat umum ialah
al-Khawarizmi.

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.


Namanya juga kadangkala dieja oleh penulis Barat sebagai al-Karismi, Al-Chowarizmi,
Al-Goritmi, Al-Charizmi dan sebagainya1. Beliau juga dikenali juga sebagai Abu Jaafar
kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Jaafar. Beliau dilahirkan pada tahun 780
masehi di sebuah wilayah bernama Khawarizmi (kini dikenali sebagai Khiwa). Di
wilayah itu, penduduknya bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Turki dan bahasa Parsi.
Datuk moyangnya berbangsa Turki dari Asia Tengah. Keluarganya kemudian berpindah
dari Khawarizmi ke sebuah kampung yang bernama Qutrubul, berhampiran Baghdad2.

Pendidikannya dalam ilmu matematik dipelajarinya di Baitul Hikmah yang


terletak di Baghdad. Beliau mempelajari ilmu matematik selama dua tahun dengan para
sarjana di Baghdad yang ketika itu merupakan pusat ilmu yang terkenal semasa
pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Beliau juga tidak jemu menambah ilmunya,
walaupun daripada bangsa lain yang merupakan pihak yang bermusuh dengan kerajaan
Abbasiyyah. Antaranya, beliau menambah pengetahuannya tentang ilmu kejuruteraan
daripada Leon, seorang ilmuwan di negara Rom. Aritmetik India pula dipelajarinya

1
daripada Kankah, ketua kaum Zatt yang merupakan pemberontak yang berasal dari
India3.

Kepakarannya dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyyah iaitu


Khalifah Harun Ar-Rashid yang melantiknya sebagai sebagai pakar matematik dan ahli
akademi matematik di Baitul Hikmah. Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah arkib
buku di perpustakaan istana khalifah oleh Khalifah al-Maimun, pengganti Khalifah
Harun ar-Rashid yang mangkat. Khalifah al-Ma’mun dikatakan mencintai ilmu lebih
daripada ayahnya. Baginda sering mengadakan majlis ilmu di istananya untuk
membolehkan ulama dan ilmuwan berdiskusi tentang ilmu. Malah, baginda juga sering
ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana, termasuklah al-Khawarizmi4. . Beliau
turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di
perpustakaan tersebut. Di Baitul Hikmah, Al-Khawarizmi turut bertugas mengetuai dan
mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang
diperoleh daripada Kerajaan Bizantin. Dalam hal ini, Khalifah Harun Ar-Rashid
menghantar ilmuwannya untuk mempelajari bahasa Yunani dan melakukan kerja menulis
ilmu peninggalan tamadun Yunani di perpustakaan diraja Bizantin selama tiga tahun
sebagai penebusan tawanan perang Bizantin yang kalah berperang dengan tentera Islam
Abbasiyyah. 5. Malah, Khalifah al-Ma’mun juga melantik al-Khwarizmi penasihat
astronomi dan bertugas di balai cerap (observatori) yang didirikan oleh baginda di
Baghdad.

Idea dan Sumbangan al-Khawarizmi

Nombor

Salah satu sumbangan terbesar al-Khwarizmi kepada tamadun dunia ialah


memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0, 1,2,3,4,5,6,7,8 dan
9. Sebelum angka ini diperkenalkan, setiap bangsa di dunia boleh dikatakan mempunyai
cara untuk membuat pengiraan melalui angka-angka mereka sendiri. Tamadun-tamadun

2
terdahulu seperti Yunani, Romawi, Mesir Kuno, Babylon dan Parsi telah lama memiliki
angka-angka tertentu yang membolehkan mereka melakukan pelbagai operasi pengiraan
dan memungkinkan ilmu-ilmu matematik dan geometri berkembang. Angka-angka
tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu.
Penduduk timur Arab umpamanya menggunakan angka-angka ١,٢,٣,٤,٥,٦,٧,٨ dan ٩ bagi
merujuk angka 1 hingga 9 iaitu pengaruh angka India. Angka-angka tersebut dinamakan
sebagai angka Ghuburiyyah 6.

Sungguhpun demikian, nilai sifar dalam angka-angka yang digunakan oleh


pelbagai tamadun tidak mempunyai simbol. Al-Khawarizmilah orang pertama yang
memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka
sifar, akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti. Melalui khazanah ilmu yang
dikembangkannya dalam salah sebuah bukunya, De Numero Indorum, beliau
memperkenalkan penggunaan angka-angka yang digunakan oleh penduduk dunia
sekarang iaitu nombor,. Kecuali angka 0, angka yang lain bukanlah ciptaannya, kerana
angka-angka lain iaitu 1 hingga 9 merupakan bentuk angka yang digunakan oleh orang-
orang Arab yang mendiami utara Afrika seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi. Angka-
angka ini kemudian dipinjam oleh orang Eropah dan digunakan secara meluas di dunia.
Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja
membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log,
kosinus daan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang
dengan lebih pesat. Malah, ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutaan ‘cifre’, “chiffre’ dan ‘zero’.

Al-jabar (algebra)

Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-jabar melalui sumbangan beliau dalam
memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-jabar7. Al-Jabar secara ringkasnya merupakan
satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan
simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan
dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh

3
masyarakat Islam dapat diatasi. Bentuk pengiraannya yang menggunakna simbol tertentu
disebut juga sebagai algebra dalam ilmu matematik moden.

Al-jabar mula diperkenalkannya melalui kitabnya yang berjudul Hisab al-Jabr wa


al-Muqabalah. Idea untuk menghasilkan ilmu al-jabar ini muncul daripada perbincangan
al-Khawarizmi dengan khalifah al-Maimun yang kehairanan kerana ilmu-ilmu matematik
warisan pelbagai tamadun terdahulu agak rumit dan tidak dapat dimanfaatkan dalam
urusan seharian seperti jual beli, ukur tanah dan pembahagian harta pusaka. Oleh itu, al-
Khawarizmi mengkaji dan akhirnya mencipta kaedah-kaedah baharu Buku yang
memperkenalkan kaedah aritmetik al-jabar Ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai
abad ke12 masehi hingga ke 16 masehi.

Al-Khwarizmi dianggap mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh
pakar-pakar matematik sebelum ini. Dalam kitab tersebut, istilah-istilah baharu tentang
ilmu ini diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pembolehubah (x),
pembolehubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab itu juga terkandung bab-bab yang
meliputi pelbagai topik iaitu:

i. Pengiraan darab, campur tolak dan bahagi,


ii. Persamaan,
iii. Kerja ukur
iv. Permasalahan jual beli dan perniagaan
v. Pembahagian mata wang
vi. Timbangan dan ukuran
vii. Pengukuran satah yang rata
viii. Keluasan bulatan dan segi tiga
ix. Isi padu bentuk piramid dan kon
x. Wasiat dan pembahagian harta pusaka8.

4
Al-Khawarizmi juga menghasilkan satu lagi buku yang berkaitan dengan al-jabar
khusus untuk mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya
melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Sungguhpun
penyelesaian masalah-masalah itu terkandung dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu
yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit
dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber itu. Kitab yang
dimaksudkan ini ialah al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah9.

Geometri dan Trigonometri

Melalui penggunaan al-Jabar, al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan dalam bidang


yang lain seperti geometri dan trigonometri kerana kedua-dua bidang tersebut
merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan. Geometri
berkaitan tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal
dalam ruang manakala trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan
sisi dan sudutnya. Beliau telah turut menyentuh bidang tersebut dalam Hisab al-Jabr wa
al-Muqabalah.10

Astronomi

Al-Khawarizmi menghasilkan dua makalah tentang astronomi semasa bertugas di


perpustakaan istana. Makalah yang pertama ialah tentang alat daripada batu marmar
yang dipanggil ‘ruhkamat’ yang digunakan untuk mengenal pasti waktu solat,
berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit
matahari hingga tenggelam matahari11. Beliau juga menghasilkan satu lagi makalah
tentang sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab.

Bidang astronomi juga turut melibatkan pengiraan. Bidang ini turut bergantung
kepada ilmu al-jabar yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi. Alat pelayaran seperti
kuadran yang digunakan untuk menyukat sudut dan altitud serta astrolab yang boleh

5
digunakan untuk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi juga turut
melibatkan pengiraan al-Jabar12.

Geografi

Beliau juga berjaya menghasilkan tulisan tentang geografi yang dimuatkan juga segala
ilmu yang diketahuinya daripada sarjana Yunani yang berjudul, ar-Rub’u’l Ma’mur atau
Suratu’ul-Asrd wa ma fi ha mina’l Mudun, wal’l-Jibal wa’al-Jaza’ir wa’l Anhar 13. Kitab
itu dihasilkannya semasa menjalankan tugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan
keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di
observatori di Baghdad. Kitab ini dilengkapkan dengan carta-carta astronomi yang
memerikan pergerakan bintang di langit. Dalam kitab ini, beliau ada menerangkan dan
membuktikan pandangan sarjana Yunani iaitu Ptolemy tentang jarak antara negara-
negara14.

Selain menulis kitab-kitab ilmu, al-Khawarizmi terlebih dahulu menterjemahkan


hasil-hasil karya sarjana Greek dan India dalam bahasa Arab. Pada zaman itu, ilmu-ilmu
tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani, India, Parsi, Mesir , Babylon dan Mesir kuno
sudah merosot dan hanya meninggalkan warisan ilmunya yang hampir disia-siakan.
Antaranya ialah menterjemah kitab astronomi India berjudul as-Sindhant dan
diringkaskan Sind Hindu’s-Saghir. Beliau juga menterjemah kitab ilmu matematik India
dalam bahasa Arab yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu
matematik iaitu ‘al-Hisabu’l-Hindi15.

Penutup

Tokoh ini meninggal dunia pada tahun 850 masehi dengan meninggalkan legasinya
kepada dunia. Ketokohan dan sumbangan al-Khawarizmi khususnya dalam ilmu
matematik cukup besar kerana ilmu yang diperkenalkannya mempengaruhi kemajuan
bidang geometri, trigonometri dan astronomi.Ilmu-ilmu tersebut digunakan secara

6
meluas sehingga kini dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjana
perkembangan ilmu sains dan teknologi. Tamadun dunia, termasuklah tamadun Eropah
yang maju kemudiannya banyak terhutang budi dengan sumbangan dan idea yang
diberikan oleh al-Khawarizmi.

NOTA HUJUNG

7
1
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. 2006. Kuala Lumpur: Penerbit UM, m.s.143.
2
Sulaiman Fayyah. 2003. Al-Khwarizmi: Ahli Matematik (Terj. Abdul Karim Mustafa). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 2.
3
Ibid, m.s. 18.
4
Ibid, m.s. 11.
5
Ibid, m.s. 10-11.
6
Ibid, m.s. 32,
7
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu., m.s. 145.
8
Ibid, m.s. 20.
9
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu., m.s. 145.
10
Ibid.
11
Sulaiman Fayyah, m.s. 15.
12
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, m.s 145.
13
Sulaiman Fayyah, m.s. 14.
14
Ibid, m.s.3.
15
Ibid, m.s 36.

You might also like