You are on page 1of 18

Topik9 Penulisan

Laporan KajianII
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Membina dan meletakkan jadual dan rajah mengikut American Psychological Association (APA); Menulis rujukan mengikut sistem APA dengan cara yang betul; dan Menulis rujukan dalam teks mengikut stail APA dengan cara yang betul.

PENGENALAN

Penulisan laporan kajian perlulah mengikut format penulisan yang ditentukan oleh pihak universiti. Laporan penyelidikan atau kajian merupakan laporan lengkap seluruh kajian yang telah dilaksanakan. Setiap universiti mempunyai format penulisan laporan penyelidikan tertentu, yang dikenali sebagai house style. Oleh itu, bentuk penulisan laporan kajian untuk penyelidikan amat penting bagi menggambarkan imej yang baik sesebuah institusi. Topik 8, 9 dan 10 dalam modul ini akan memberi panduan kepada anda tentang gaya penulisan laporan kajian yang ditetapkan oleh pihak Open University Malaysia. Laporan kajian yang baik juga akan menggambarkan ciri-ciri penyelidikan yang baik dan berkesan. Laporan kajian yang baik dan tersusun juga akan memudahkan pembaca memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pengkaji. Dalam topik ini, anda akan dipandukan dengan cara meletakkan rajah, jadual, menulis rujukan dan meletakkan rujukan dalam teks. Dengan kata lain, dalam topik ini, anda akan ditunjukkan cara menyusun jadual, rajah dan rujukan mengikut sistem American Psychological Association.

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

143

AKTIVITI 9.1
Bincangkan dengan rakan-rakan cara menulis laporan mengikut gaya yang ditetapkan oleh pihak Open University Malaysia. Seterusnya, bandingkan dengan cara menulis yang ditetapkan oleh universitiuniversiti lain.

9.1

JADUAL

Data kuantitatif biasanya dikemukakan dalam bentuk jadual. Sifat jadual adalah untuk memberi maklumat dalam bentuk sokongan bagi menambah kefahaman pembaca terhadap laporan yang ditulis. Jadual yang baik dapat menyampaikan maklumat dengan sekali imbas saja. Tajuk yang diberi bagi jadual perlulah ringkas dan menggambarkan kandungan jadual. Tajuk jadual perlu diletakan di bahagian atas jadual seperti contoh (Rajah 9.1 dan Rajah 9.2) berikut:
Jadual 3.2: Definisi Min Daripada Dapatan Soal Selidik. Min 5.00 - 4.21 4.20 - 3.41 3.40 - 2.61 2.60 - 1.81 1.80 - 1.00 Definisi Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 9.1: Jadual membantu pembaca memahami definisi sesuatu maksud had atau angka Jadual 4.2: Perbezaan Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra Subskala Sikap UJIAN PRA Nota: Nilai t kritikal 95% (df = 37) = 2.021 df = Darjah kebebasan, ns = Tidak Signifikan, s = Signifikan pada aras p < 0.05, df = 37. Rajah 9.2 : Jadual memudahkan pemahaman terhadap keputusan analisis Subjek Kump 1 Kump 2 N 19 20 Min 71.79 67.25 S.Piawai Nilai t 12.09 9.29 1.32 (ns)

144

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

9.2

RAJAH

Berdasarkan peraturan APA (American Psychological Association), semua bahan ilustrasi dalam laporan kajian selain daripada jadual dinamakan rajah. Oleh itu, bahan-bahan persembahan seperti carta, graf, lukisan dan gambar foto ditakrifkan sebagai rajah. Keterangan mengenai rajah perlulah ringkas serta menggambarkan sifat rajah yang hendak ditonjolkan. Keterangan mengenai rajah perlulah ditulis di bahagian bawah rajah. Rajah perlu berfungsi untuk memberi penerangan yang lebih ringkas terhadap fakta yang ingin disampaikan oleh penulis. Seperti juga jadual, rajah yang digunakan dalam laporan perlu bersifat membantu pemahaman pembaca. Oleh itu, penyelidik perlu memastikan rajah yang digunakan membantu proses memberi kefahaman atau penghayatan kepada pembaca. Contoh pelbagai jenis rajah dapat kita lihat dalam Rajah 9.3, Rajah 9.4 dan Rajah 9.5 yang seterusnya.

Rajah 9.3: Rajah dalam bentuk carta yang terdapat dalam laporan kajian

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

145

Rajah 9.4: Skrin pertolongan

Rajah 9.5: Rajah dalam bentuk carta pai pada laporan kajian

146

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

SEMAK KENDIRI 9.1


Penulisan laporan kajian adalah agak teknikal. Bincangkan perbezaan cara meletakkan rajah dan jadual dalam sesuatu laporan kajian.

9.3

RUJUKAN

Satu artikel dan laporan kajian yang mempunyai kredibiliti mesti mempunyai senarai rujukan. Rujukan perlu diletakkan selepas teks laporan kajian atau selepas Bab 5. Senarai rujukan menyenaraikan bahan bacaan yang digunakan dalam kajian dan disebutkan dalam laporan teks kajian. Rujukan biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti buku, artikel, jurnal, atau laman web. Rujukan hendaklah dinomborkan mengikut format IEEE, ACM atau American Psychological Association (APA) (http://www.apa.org). Cara menulis jenis rujukan hendaklah tekal (consistent) dan mengikut amalan-amalan penulisan berikut: (a) Senarai bahan rujukan hendaklah disusun ikut abjad nama keluarga pengarang bagi nama-nama Barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama Melayu (akan dibincang dalam subtopik seterusnya). Jika pengarangnya tidak diketahui, sesuatu senarai rujukan itu perlu disusun mengikut abjad perkataan pertama tajuk makalah (tidak termasuk artikel "The", "A" dan lain-lain). Gunakan simbol & apabila menyenaraikan beberapa orang pengarang untuk sesuatu karya.

(b)

(c)

9.3.1
(a)

Panduan Menulis Nama dan Pengarang Buku dan Jurnal yang Diterbitkan

Penulisan Judul Dalam menulis judul bagi bahan rujukan, penulis hendaklah menggunakan huruf besar pada huruf pertama judul karya tersebut dan pada huruf pertama kata nama khas. Huruf lain hendaklah ditulis dengan huruf kecil, kecuali perkataan itu singkatan dan menggunakan huruf kecil. (i) Menulis Judul Ketika menulis judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk pengedaran) judul buku dan judul jurnal hendaklah ditulis dengan huruf condong.

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

147

Contoh: Buku: ............. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. ............. 1993. Pengajian Matematik untuk kursus perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Jurnal: ............2004. Navigating in hyperspace: Designing a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96. ............ 2002. Keberkesanan program penyediaan Guru-Guru KBSR satu tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3):248-259. (b) Penulisan Nama Pengarang Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang dicetak pada halaman judul sebuah karya. Selain daripada itu, nama pengarang boleh didapati pada halaman maklumat hak cipta yang mengandungi Data-Pengkatalogan-dalam-penerbitan atau Cataloging-in-PublicationData. Nama pengarang perlu ditulis tanpa pangkat atau gelaran. Nama pengarang Barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja. Nama selainnya hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama). Contoh: John Alan Kennedy jadi J.A.Kennedy. Robeto Christano Ronaldo jadi R.K.Ronaldo. Dalam menulis rujukan, pada senarai bibliografi, nama keluarga perlu didahulukan. Contoh: J.A.Kennedy jadi Kennedy, J.A. R.K.Ronaldo jadi Ronaldo, R.K. Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga.

148

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Contoh: Abu Bakar ibn Mansor al-Tabrani ditulis sebagai al-Tarbani, Abu Bakar ibn Mansor dan disenaraikan di bawah abjad T.

Nama pengarang Melayu dan Cina yang ditulis dengan lengkap hendaklah dikekalkan. Nama yang menggunakan parap hendak ditulis seperti berikut. Contoh: Mohamad J.S. ditulis sebagai Mohamad J.S. Choong K.F. ditulis sebagai Choong K.F. D.K. Jamal ditulis sebagai Jamal, D.K M.C.Koh ditulis Koh, M.C

9.3.2
(a)

Cara Menulis Rujukan Lengkap untuk Bahan Bercetak

Pengarang Tunggal Contoh: Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi Maklumat untuk Institusi Perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

(b)

Pengarang Bersama Contoh: Hasnul Faizal & Nor Azahan. (2003). Pengurusan Pendidikan Khas. Shah Alam: Kiambang Publication. Ambok Salleh, Hasir Munir & Abu Bakar Salleh. (2008) Pengurusan sumber manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Publication.

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

149

(c)

Edisi Ulang Cetak Contoh: Othman Mohamad (2008) Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial Terapan. Ed.ke-4. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia. Vaughan, T. 2001. Multimedia making it work. 5th edition. New York: Mc Graw-Hill.

(c)

Karya Yang Dikenali Menurut Judul Contoh:

Kamus Dewan Bahasa. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Springfield,


MA: Merriam-Webster. (d) Karya Susunan (pnys = penyusun) Contoh: Hasnul Faizal.(pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpulan Kertas Kerja 3. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara. (e) Karya Suntingan (pnyt = penyunting) Contoh: Farhana Embi & Rahimah Sahar. (pnyt) .(2003). Teknologi maklumat dan komunikasi. Kumpulan Kertas Kerja Seminar Aliran Terkini. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. (f) Selangaraan (pngr = penyelenggara) Contoh: Nor Azahan Mustafar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

150

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

(g)

Berbilangan Jilid (jld = Jilid) Contoh: Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. jil. 2. Kuala Lumpur: Penerbitan Sinar Bakti.

(h)

Terjemahan (terj.=terjemahan) Contoh: Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj.. Asma Saad. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

(i)

Bab dalam Buku Contoh: Roslina Ismail & Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Faedah yang diperolehi dari menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee (pnyt) Psikologi sukan. hlm 55-64. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

9.3.3
(a)

Dokumen Awam

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Contoh: Dewan Rakyat Malaysia. 2003. Perbahasan rang undang-undang multimedia. Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09): 1932-2314 Parlimen Keempat belas Penggal Kedua.

(b)

Laporan dan Dokumen Contoh: Dewan Rakyat Malaysia. 2006. Memelihara keselamatan negara. Kertas Perintah 35, tahun 2006.

(c)

Penerbitan Kerajaan Contoh: Malaysia. 1996. Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta

Kerajaan 25(8).

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

151

(d)

Warta Kerajaan Negeri Contoh: Johor. 1990. Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta. Warta

Kerajaan Negeri Johor 45(1).


(e) Laporan Kerajaan Persekutuan Contoh: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (f) Laporan Jawatankuasa Contoh: Jawatankuasa Pengistilahan Sains. 2005. Ed. Ke-7. Istilah Sains mengikut Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (g) Dokumen Pertubuhan Antarabangsa Contoh UNESCO. 2004. Education trend. Report. Bangkok: UNESCO.

9.3.4
(a)

Jurnal

Pengarang Tunggal Contoh: Iskandar Zakaria. (2005). Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada pelajar Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan 12(2): 152-163.

(b)

Pengarang Bersama Contoh: Asiah Abu Kassim, & Razak Selamat (2003). Impak pencemaran udara di Parit Raja, Batu Pahat. Sains Sekitar 2 (3) :1-32.

152

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

(c)

Makalah dalam Pasca Sidang Contoh: Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1, hlm 255-265.

(d)

Makalah dalam Majalah Contoh: Rusdina Abdul Rahim.1993. Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan :16-30.

9.3.5
(a)

Makalah dalam Akhbar

Pengarang Contoh: Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian Metro, 3 Jun: V8.

(b)

Tanpa Pengarang Contoh: Umat Islam perlu mempunyai ciri mulia kekuatan iman. 2008. Berita

Harian, 20 Mac:13.
(c) Berita dalam Akhbar Contoh: Ahmad Tajul Ansar Ibrahim. (2008) Ancaman terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro, 3 Jun: 1. (d) Tanpa Pengarang Contoh: Venergy Capsul 300mg dikesan mengandungi racun. Harian Metro, 3 Jun: 10.

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

153

(e)

Surat kepada Editor Contoh: Penjual Ayam. (2008). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa pemborong buat. Berita Harian, 4 Jun: 10.

(f)

Filem Contoh: Anak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.

9.3.6
(a)

Bahan tidak Terbit

Tesis atau Latihan Ilmiah Contoh: Mohd Dzulkifli A. Jalil. (2002). Keberkesanan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif dalam mata pelajaran Biologi. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

(b)

Kertas Kerja Abstrak dan Sebagainya Contoh: Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. (2000). Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25 -28 Jun. Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier Hassan. (2000). Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari perintis negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25 -28 Jun.

(c)

Abstrak Contoh: Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah & Siti Nor Amira Ahmad. (2007). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang. Abstrak Kertas Kerja, Persidangan Sains Sosial UiTM.

154

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

(d)

Minit Mesyuarat Contoh: Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007). Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(f)

Kertas Kerja Contoh: Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007). Cabaran dan tanggungjawab Pengetua dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja Mesyuarat PengetuaPengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(g)

Laporan Contoh: Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007). Mesyuarat PengetuaPengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(h)

Temu bual Contoh: Mohamad Kasim Basir. (2004). Penilaian perisian multimedia. Maktab Perguruan Batu Pahat. Temu bual. 9 Julai.

9.3.7
Contoh:

Bahan Rujukan Elektronik

Badrul Hisham Hj Alang Osman. 1999. Kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan komputer di sekolah menengah. (atas talian) http://www.motivasiutusan.4mg.com/kerja.1.html (12 November 2003). Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa Jurnal Bahasa. Mac. (atas talian): berbantukan komputer. www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/bahasa20/mac/j03ajar1.htm

(16 November2003)

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

155

SEMAK KENDIRI 9.2


Penulisan laporan kajian adalah agak teknikal. Bezakan gaya penulisan di antara bahan yang diterbitkan dan yang tidak diterbitkan.

9.4

RUJUKAN

Dalam teks pengkaji perlu menulis rujukan untuk pembaca mengetahui sumber dapatan maklumat dalam laporan kajian. Rujukan dalam teks ini akan disenaraikan dalam bibliografi pada bahagian akhir laporan kajian. Contoh: Shaifol (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan pengamalnya memperolehi maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai sesuatu tajuk. Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam bentuk 3-D atau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz 1992). (a) Pengarang (seorang) Nama pengarang boleh disingkatkan kepada nama diri untuk pengarang Melayu dan nama keluarga bagi pengarang Cina dan Barat. Contoh: Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yang mudah difahami ... Muhamad (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ... Jensen (1996), mendapati pencapaian pelajar yang ... (b) Pengarang bersama (dua orang) Untuk rujukan yang mempunyai dua orang pengarangnya nyatakan kedua-dua pengarang apabila dirujuk.

156

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Contoh: Menurut Alessi dan Trollip (1991), mempersembahkan bahan pengajaran. tutorial dibina untuk

Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan gambar. Media grafik digunakan sebagai alat untuk memberi arahan dan penerangan (Wittich dan Schuller 1979). (c) Pengarang bersama (tiga orang atau lebih) Untuk rujukan tiga orang pengarang atau lebih nama pengarang pertama diikuti dengan et al. Contoh: Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh menggantikan peranan guru sebagai tutor. Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat untuk mendidik hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori pembelajaran (Wan Salihin et al.1998). (d) Tanpa Pengarang Bagi rujukan tanpa pengarang hendak ditulis seperti berikut: Contoh: Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ... (e) Multi Rujukan Dalam menulis berbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud yang sama, semua rujukan itu ditulis bersama dan dipisahkan bersama tanda semi kolon; Contoh: Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan maklumat yang diperolehi [Reader dan Hammond (1994); Jones dan Berger (1995); Rivlin et al. (1994); Kirsh (1997)].

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

157

(f)

Rujukan Laman Web Dalam menulis rujukan teks yang diambil dari laman web, alamat laman web dan tarikh mencapainya perlu dinyatakan. Contoh: Teori kognitif membawa maksud perkaitan dengan sesuatu perkara. Manusia menggunakan fikiran dan otak setiap kali manusia belajar serta mengumpulkan struktur kognitif dalam ingatan (www.dbp.gov.my/dbp08/majalah/bahasa20/ 16 November2008).

SEMAK KENDIRI 9.3


1. Nyatakan cara menulis sumber rujukan dalam teks yang mempunyai bahan rujukan yang lebih daripada dua orang pengarang dan tiga orang pengarang. Nyatakan cara menulis sumber rujukan dalam teks yang mempunyai pendapat yang sama daripada tiga orang pengarang.

2.

Setiap universiti mempunyai format penulisan laporan penyelidikan yang tertentu, yang dikenali sebagai house style. Sifat jadual adalah untuk memberi maklumat dalam bentuk sokongan bagi menambah kefahaman pembaca terhadap laporan kajian. Tajuk yang diberi bagi jadual perlulah ringkas dan menggambarkan kandungan jadual. Berdasarkan peraturan APA (American Psychological Association), semua bahan ilustrasi dalam laporan kajian selain daripada jadual dinamakan rajah. Keterangan mengenai rajah perlulah ringkas serta menggambarkan sifat rajah yang hendak ditonjolkan. Rajah perlu berfungsi untuk memberi penerangan yang lebih ringkas terhadap fakta yang ingin disampaikan oleh penulis. Senarai rujukan menyenaraikan bahan bacaan yang digunakan dalam kajian dan disebut dalam laporan teks kajian.

158

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

Rujukan hendaklah dinomborkan mengikut format IEEE, ACM atau American Psychological Association (APA) (apa.org.com). Dalam menulis judul bagi bahan rujukan, penulis hendaklah menggunakan huruf besar pada huruf pertama judul karya tersebut dan pada huruf pertama kata nama khas. Ketika menulis judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk pengedaran), judul buku dan judul jurnal hendaklah ditulis dengan huruf condong. Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tercetak pada halaman judul sebuah karya. Nama pengarang Barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja. Nama selainnya hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama). Dalam teks, pengkaji perlu menulis rujukan untuk pembaca mengetahui sumber dapatan maklumat dalam laporan kajian.

APA (American Psychological Association)

House Style
Ilustrasi Judul

Laman Web Laporan Kajian Parap Pengkatalogan

Babbuem, E. (1990). Survey research methods (2nd ed.). Belmont, California: Wadsworth Pub. Co. Baker, T.L. (1994). Doing social research (2nd ed.). New York: McGraw-Hill, Inc. Chua Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Yan

penyelidikan

(kaedah

TOPIK 9

PENULISAN LAPORAN KAJIAN II

159

Clarke, A., & Erickson. (2003). Teacher inquiry: Living the research in everyday pratice. London: Routledge Falmer. deMarrais, K.B. (2002). The inquiry and pedagogy across diverse contexts series. New Jersey: Lawrence Eralbaum Associates, Inc. Hammersley, M. (1993). Educational research-current issues. Liverpool: Paul Chapman Pub. Johnson, B., & Christensen, L. (2000). Education reasearch: Quantitative and qualitative approaches. Boston: Ally and Becon. Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2000) Models of teaching (6th ed.). Boston: Ally and Becon. Mason, J. (2001). Researching your own practice. London: Routledege Falmer. Mc Niff, J. (2003). You and your action research project. London: Routledege Falmer. Osnow, R.L., & Rosenthal, R. (1984). Understanding behavioral science-research methods for research consumers. New York: McGraw-Hill, Inc. Othman Mohamad. (2001). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial terapan. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia. Rashidi Azizan & Abd Razak Habib. (1995) Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Walker, R. (1985). Doing research- handbook for teachers. London: Routledge.

You might also like