P. 1
Bahasa Melayu Tingkatan 2 k1

Bahasa Melayu Tingkatan 2 k1

|Views: 9|Likes:
Published by se2911715501
tingkatan 2
tingkatan 2

More info:

Published by: se2911715501 on Sep 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2014

pdf

text

original

SRI MURUGAN CENTRE, BUTTERWORTH UJIAN PENGUKUHAN 1 – TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU NAMA:.................................................... NO.KOD:....................

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.Jawab semua soalan.Tiap-tiap solan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Ibu tidak__________ minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. A. menyaji B. memberi C. mengagih D. menghidang

2. Dia akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa__________dengan buku. A. bersamaan B. berdekatan C. bergandingan D. berdampingan

3. Kabus tebal pada pagi itu telah___________puncak gunung yang bakal kami daki. A. menutupi B. mengaburi C. melingkari D. menyelubungi

4. Setelah seharian bertempur,akhirnya pihak tentera telah berjaya menawan_____________pengganas komunis. A. sekawan B. sepasukan C. seangkatan D. segerombolan

5. Berdasarkan gambar di bawah.

Jambatan yang roboh secara_________________. A. gotong-royong B. berganding bahu C. berhempas-pulas D. bantu-membantu

itu

telah

dibaiki

oleh

penduduk

kampung

6. “Saya ingin memaklumkan bahawa _____________akan ditugaskan ke kota Kinabalu bermula minggu hadapan,”kata Encik Hashim kepada pekerja baharunya. A. awak B. anda C. kalian

D. kamu

7. Berdasarkan gambar di bawah.

Kerja-kerja_____________untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan peninggalan tentera Jepun memerlukan kesabaran yang tinggi. A. menggali B. mengorek C. menimbus D. memperoleh

Soalan 8-14 Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan,kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.Pilih jawapan yang paling sesuai. 8. Kedua-dua pasangan suami isteri itu sedang berbincang dari hati ke hati terhadap masa depan A B C anak-anak mereka .Tiada kesalahan. D 9. Karangan terbaik murid-murid Tingkatan Dua Harmoni dibacai oleh guru mereka pada setiap A B C hari Jumaat.Tiada kesalahan. D

10. Banyak orang berpendapat bahawa orang cacat tidak dapat memainkan peranan penting A B dalam kehidupan bermasyarakat.Tiada kesalahan. C D

11. Saya menukar tayar kereta di Hamid Kedai Servis Tayar kerana tayar kereta saya telah A B haus.Tiada kesalahan. C D 12. Vandalisme dalam kalangan remaja masih lagi merupakan perkara yang kerap diperkatakan A B masyarakat.Tiada kesalahan. D

C

13. Kami sangsi terhadap kejujuran pelajar-pelajar itu sungguhpun mereka sudah berikrar untuk A B tidak mengulangi kesalahan lagi.Tiada kesalahan. C D 14. Ketidakmampuan membeli tilam menyebabkan mereka anak-beranak hanya tidur beralas A B tikar mengkuang usang pada tiap-tiap malam.Tiada kesalahan. C D Soalan 15-17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. II Baju yang dibeli oleh ibu itu sedang untuk adik saya. III Sejak pagi tadi angin yang bertiup di tepi pantai itu sedang sahaja dan membuatkan kami

leka untuk makan. IV Semasa kami sekeluarga sampai di kampung,nenek sedang sibuk memasak rendang dan ketupat. A. I dan IV sahaja B. I dan III sahaja C. I,II dan IV sahaja D. II,III,dan IV sahaja 16. I Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. II Kakinya tidak jejak ke dasar sungai yang dalam itu walaupun berkali-kali mencubanya. III Pemuda itu mengikut jejak orang tuanya dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. IV Mereka telah berjaya jejak ke seluruh negara dalam usaha memperkenalkan Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan. A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. II dan III sahaja D. II,III dan IV sahaja 17. I Suasana di ibu kota lengang setiap kali musim perayaan kerana kebanyakan penduduknya pulang ke kampung. II Dinding bangunan itu kelihatan lengang setelah semua poster yang ada ditanggalkan. III Segala kekusutan dalam fikirannya lengang setelah masalah yang dihadapinya selesai. IV Dia berusaha mencari adik tunggalnya yang hilang kerana merasai hidupnya lengang tanpa adik-beradik A. I dan IV sahaja B. I,II dan III sahaja C. II,III dan IV sahaja D. I,II,III dan IV

Soalan 18-21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa aatu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Tandakan samaada A,B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Telefon awam dapat dipakai bila-bila sahaja tidak kira siang atau malam. A. boleh diguna bila masa sahaja B. boleh digunakan bila-bila sahaja C. boleh dipakai bila masa sahaja D. dapat dipakai bila-bila sahaja 19. Demi untuk kepentingan bersama,kita harus bersatu dan berganding bahu menyelesaikan segala masalah. A. sebab kepentingan bersama B. demi kepentingan bersama C. untuk mementingkan bersama D. demi untuk kepentingan bersama 20. Mak Edah begitu bangga dan bersyukur kerana anak-anaknya pintar-pintar belaka. A. anak-anaknya begitu pintar-pintar belaka B. anak-anaknya pintar-pintar C. anaknya pintar-pintar belaka D. anak-anaknya pintar-pintar belaka 21. Di waktu yang sama,dia mengendong anaknya untuk dibawa ke klinik. A. Di waktu sama B. Pada waktu sama C. Pada waktu yang sama D. Di waktu yang sama Soalan 22-24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Kementerian Belia dan Sukan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mendidik belia agar tidak terlibat dengan kegiatan perlumbaan motosikal secara haram. A. Penglibatan belia dalam perlumbaan motosikal secara haram telah membolehkan jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menangani masalah mereka.

B. Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi membimbing belia yang terbabit dalam perlumbaan motosikal secara haram agar mereka dapat menghentikan perbuatan itu. C. Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan membolehkan para belia mendapatkan bimbingan untuk menghentikan tabiat mereka yang berlumba secara haram. D. Penglibatan belia dalam perlumbaan motosikal secara haram dapat dihentikan dengan penubuhan jawatankuasa khas oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi membendung masalah ini. 23. Perkembangan dunia muzik pada zaman sains dan teknologi hari ini seolahseolah merupakan ancaman kepada muzik tradisional. A. Muzik tradisional merupakan ancaman kepada perkembangan dunia muzik pada zaman sains dan teknologi hari ini. B. Muzik moden telah mengancam muzik tradisional dalam zaman sains dan teknologi hari ini. C. Muzik dalam zaman sains dan teknologi hari ini terancam akibat muzik tradisional. D. Perkembangan dunia muzik pada zaman sains dan teknologi hari ini seolah-olah mengancam muzik tradisional. 24. Penggunaan bahasa yang bercelaru dan buruk merosakkan kemurnian dan keistimewaan bahasa Malaysia. A. Penggunaan bahasa yang tidak teratur dan buruk menghilangkan keaslian dan keistimewaan bahasa Malaysia. B. Kemurnian dan keunggulan bahasa Malaysia terjejas akibat bahasa yang bercelaru dan buruk. C. Pencemaran bahasa menghilangkan kemurnian dan keistimewaan bahasa Malaysia. D. Penggunaan bahasa yang tidak teratur dan buruk boleh menambahkan kemurnian dan keistimewaan bahasa Malaysia.

Soalan 25-27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25. I Kerja ukir-mengukir itu memerlukan kesabaran. II Ally menarik-narik tangan ibunya agar meninggalkan tempat itu. III Bacalah surat khabar setiap hari, setidak-tidaknya kamu akan dapat tahu tentang perkembangan semasa. IV Penduduk kampung saya saling tolong-menolong antara satu dengan yang lain. A. I dan III sahaja

B. II dan IV sahaja C. II,III,IV sahaja D. I,II,III,IV 26. I Pemuda itu berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal. II Janganlah caci-mencaci kerana perbuatan ini tidak menguntungkan sesiapa pun. III Menurut ramalan kaji cuaca,hujan akan turun selama tiga hari mulai esok. IV Lama-kelamaan kerja yang sukar itu berjaya disiapkannya. A. II dan IV sahaja B. I,II dan III sahaja C. I,III dan IV sahaja D. I,II,III,dan IV 27. I Pelajar-pelajar suka pada guru itu kerana beliau mengambil berat terhadap pelajaran mereka. II Lagu “Rahsia” terpilih sebagai lagu terbaik pada tahun itu. III Mahal betul harga kasut itu. IV Saya tidak percaya kata-katanya itu. A. II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I,II,dan III sahaja Soalan 28-30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat berikut. 28. Peribahasa “yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran” mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan A. harapkan guruh di langit,air di tempayan dicurahkan. B. tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. C. untung sabut timbul,untung batu tenggelam. D. ayam terlepas,tangan berbau tahi. 29. Penceraian dalam kalangan ibu bapa yang tidak dapat hidup harmoni akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. A. orang lain yang makan nangka,orang lain yang kena getahnya. B. gajah sama gajah berjuang,pelanduk mati di tengah-tengah. C. lembu punya susu,sapi dapat nama. D. menang jadi arang,kalah jadi abu.

30. Walaupun penyertaannya hanya untuk bersuka-suka,pemuda itu selalu sahaja memenangi setiap peraduan yang disertainya.Keadaan ini dikatakan sebagai A. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. B. yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. C. di mana ada semut kalau tidak di dalam gula. D. untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 31. Ibu bapa mungkin menjadi faktor penyumbang kepada masaalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. A. faktor sumbangan pada masaalah B. faktor penyumbang pada masaalah C. faktor menyumbangkan pada masaalah D. faktor penyumbang kepada masaalah 32. Mi goreng amat sesuai dihidang bersama teh panas pada waktu pagi sebagai sarapan. A. amat sesuai dihidang bersama dengan B. amat sesuai sekali dihidang bersama C. amat sesuai dihidangkan dengan D. amat sesuai dihidang bersama 33. Encik Zainudin memberi anaknya sebuah payung untuk dibawa ke sekolah kerana musim panas dijangka berpanjangan. A. memberikan anaknya sekaki payung B. memberi anaknya selaras payung C. memberi anaknya sekaki payung D. memberi anaknya sebuah payung 34 . Ali belajar bersungguh-sungguh demi untuk kebahagiaan keluarganya. A. demi bahagia B. demi kebahagiaan

C. demi untuk membahagiakan D. demi untuk kebahagian

Soalan 35-37 Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 35. “Jangan biarkan anak-anak bermain seorang diri di luar rumah,” kata Puan Leha kepada Puan Ana. A. Puan Leha mengingatkan Puan Ana agar tidak membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah tanpa sesiapa menemankannya. B. Puan Ana menasihati Puan Leha supaya membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah bersama-sama kawan-kawannya. C. Puan Leha dan Puan Ana tahu bahawa membiarkan anak-anak bermain seorang diri diluar rumah adalah berbahaya. D. Puan Leha dan Puan Ana diingatkan agar tidak membiarakan anak-anak mereka bermain seorang diri di luar rumah. Danial tinggal bersama-sama datuk di kampung sementara ayah dan ibunya pergi menunaikan fardu haji di Mekah. A. Ketika ibu dan bapanya berada di Mekah untuk menunaikan fardu haji, Danial tinggal di kampung bersama-sama datuknya. B. Ketika ayah dan ibu pergi menunaikan fardu haji, Danial tinggal bersama-sama datuknya di sebuah kampung di Mekah. C. Ayah dan ibu Danial meninggalkan Danial dan datuknya di kampung kerana ingin menunaikan haji di Mekah. D. Ayah dan ibu Danial tinggal di kampung sementara datuknya pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji. Kita janganlah suka menghina orang kerana setiap manusia itu tidak sempurna. A. Kita dinasihatkan agar tidak menghina orang yang tidak sempurna kerana perbuatan itu adalah tidak baik. B. Sikap suka menghina orang lain akan menjadikan kehidupan seseorang itu kurang sempurna. C. Setiap manusia tidak sempurna. Oleh itu, janganlah kita suka mengeji orang lain. D. Orang yang suka menghina orang lain akan menjadikan dirinya tidak sempurna.

36.

37.

Soalan 38-40 Pilih ayat-ayat yang betul. 38. I II III IV A. B. C. D. Jualan murah itu mendapat sambutan luar dugaan daripada pengguna-pengguna. Jika air sungai melimpah, Kampung Padang Belalang pasti akan dilanda banjir. Sejak di kejadian itu, Aida tidak lagi mengganggu rakan sebiliknya. Sebuah rantai dihadiahkan oleh Encik Daud kepada isterinya. I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja

39.

I Berpuluh-puluh ekor kambing peliharaan Pak Mail disyaki dicuri malam tadi. II Novel-novel hasil tulisan Syamsul Akmal begitu laris dipasaran kerana diminati oleh golongan remaja. III Oleh kerana cuaca mendung, Halimin tidak jadi keluar rumah untuk bermain bola sepak di padang bersama-sama rakan-rakanya. IV Sebelum anak perempuannya pulang dari sekolah, Mak Leha cepat-cepat menyenduk nasi dan meletakkannya di bawah tudung saji. A. B. C. D. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

40..

I Pak Abu telah memperisterikan Aminah sebagai suri hatinya. II Menyuruh Eliza ke kedai sebelum ke rumah nenek di Taman Melawati. III Pembabitan pihak polis dalam menangani masaalah disiplin pelajar amatlah dialualukan. IV Rakyat sebenarnya mahu kerajaan membetulkan mutu perkhidmatan kesihatan negara. A. B. C. D. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja TAMAT

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->