You are on page 1of 22

Tutorial 5

HURAIKAN BAGAIMANA SEORANG GURU BOLEH MENARIK MINAT MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA BINTI MOHD ROSLI NURFATIN AZLINA BINTI HAMZAH NOR HANIZA BINTI MOHAMAD 8 PISMP KAJIAN SOSIAL 1

Penggunaan Strategi, Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Yang Sesuai Interaksi Yang Berkesan Komunikasi Yang Jelas Dan Teratur Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Yang Baik Dan Bersesuaian

Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif


Persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat memberi ruang kepada murid melibatkan diri dan menumpukan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Persekitaran sebegini mampu merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar dan memperolehi ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif Iklim bilik darjah yang baik mengandungi empat ciri utama berikut iaitu:
Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajarpelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan.

Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.

Guru haruslah mewujudkan iklim bilik darjah yang terbuka bagi menarik minat murid terhadap P&P

Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti: a) membentuk pelajar dengan sikap dedikasi b) berinisiatif c) rela bekerjasama d) ramah dan mesra e) spontan dan kreatif serta lebih tinggi motivasinya.

Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok di pandang dan mempunyai susunan yang teratur. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Justeru, iklim bilik darjah yang kondusif ini akan dapat menarik minat murid sekaligus meningkatkan keberkesanan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Yang Baik Dan Bersesuaian


Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada bahan tertentu sahaja tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam P&P yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.

Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

BBM bukan elektronik Cth: gambar, carta,grafik, model,surat khabar

BBM elektronik Cth : OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman

BBM bercorak pengalaman / bahan sebenar daripada alam sekitar


Cth: lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia

Namun walau apa jua kategori BBM yang diguna pakai oleh seseorang guru, matlamatnya adalah untuk :

memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik


mengatasi keterbatasan ruang mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan

mempersamakan pengalaman membangkitkan persepsi di kalangan pelajar

Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan buat persediaan awal dari segi: a) perancangan kaedah penyampaian b) pengajaran dan penggunaan BBM mencukupi. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, BBM adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa BBM yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri iaitu: a) BBM yang digunakan dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. b) Menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. c) mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

d) memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar e) Membina pemikiran yang berterusan f) Memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam P&P

RUJUKAN
Ee Ah Meng. 2003. Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj Husin. 1988. Kesedaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid. 1988. Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2001). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Noor Din Maulud (1999). Faktor

Mempengaruhi Pencapaian Sains PMR. UTM, Tesis Sarjana Muda.

Omardin Ashaari. 1997. Prinsip Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like