You are on page 1of 7

LAPORAN GOTONG ROYONG PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013 NAMA PELAJAR AMBILAN SEMESTER OPSYEN PERINGKAT

TARIKH TEMPAT PPG : Haslina Maarop : Jun 2011 (PPG kohort 1) : 4 : BM 1 : 2 : 13 April 2013 (Sabtu) : SK Air Papan

LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Pada tanggal 13 April 2013 (Sabtu) yang lalu, kami dar ikumpulan BM1 telahmelibatkan diridalam aktiviti gotong royong yang diadakan di SekolahKebangsaan Air Papan. Aktiviti ini bermula seawal jam 7.30 pagi di mana para peserta yang terdiri daripada guru-guru ,serta murid-murid mendaftarkan diri. Pada pukul 8.30 pagi, semua peserta berhimpun di Dataran Ibnu Sinar, SK Air Papan untuk majlis pelancaran program. Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Wan Supian Bin Wan Taalim.Seterus nya nyanyian lagu Negaraku,lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah. Acara diteruskan dengan ucapanolehpengerusi program iaitu Puan Rahmah Binti Ahmad selaku Guru Penolong Kanan Hem. Dalam ucapannya, beliau berbesar hati dengan penglibatan guru-guru danibu bapa serta warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program yang diadakan ini.Beliau juga berharap program ini akan berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang dikehendaki. Selepasitu, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Air Papan iaitu En. Mohd Zulkifli Bin Daud. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasihkepada semua yang hadir dan terlibat dengan program tersebut.Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dengan BIG yang sudi turu tsama menjayakan program gotong royong anjuran SK Air Papan.

Beliau juga berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan seboleh-bolehnya dijadikan acara tahunan sekolahini. Selepas acara perasmian, semua peserta diberikan taklimat dan agihan tugas mengikut bahagian dan kumpulan.Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas dan aktiviti berjalan serentak. Kumpulan pertama yang diketuaioleh En. MohdTahir bin Hashim dengan di bantu oleh En Miskam bin Hussin menjalankan aktiviti mengecat dan mengindahkan surau, perpustakaan dan biliksukan. Beberapa orang guru yang terlibat diminta memberikan panduan kepada peserta mengikut bahagian-bahagian. Kumpulan kedua pula yang diketuai oleh PnHaslina binti Maarof dengan dibantu olehPn. Rozi binti Omran dan beberapa orang guru lain mengetuai kumpulan menghias sudut matematik dan sudut anti dadah. Kumpulan ketiga diketuai oleh En.Yusof bin Ibrahim dengan dibantu oleh En. Wan Sufian bin Wan Taalim dan mengetuai aktiviti kebersihan persekitaran sekolah. Aktiviti bermula pada pukul 8.45 pagi. Sepanjang program ini berlangsung, tiada masalah yang timbul.Semua peserta tahu tugas masing-masing dan menjalankan kerja dengan sebaik mungkin.Kerjasama antara semua peserta amat baik dan semua individu yang terbabit memberikan komitmen yang begitu cemerlang walaupun ada di kalangan peserta tidakpernah kenal antara satu sama lain sebelum ini. Mereka dapat bekerja dengan harmoni dan saling memberikan kerjasama antara satu sama lain. Sepanjang aktiviti juga, peserta disediakan dengan air minuman dan sedikit kuih-muih sebagai membasahkan tekak ketika penat bekerja. Penyediaan jamuan untuk peserta ini diuruskan oleh Pn. Jamilah Bakar dengan dibantu olehPn. Zaleha Hasin dengan dibantu oleh beberapa orang AJK PIBG.Sepanjang aktiviti berlangsung, banyak nilai murni yang diterapkan dalam program ini, antaranya ialah memupuk semangat bermasyarakat, kerjasama dan muhibah sesame warga

sekolah.Selain itu,dapat mencapai objektif program untukmewujudkan suasana yang bersih, ceria dan selamat di sekolah. Pada pukul 12.00 tengah hari, para peserta berkumpul di depan bangunanPraSekolah untuk satu majlis menanam anak pokok bunga sebagai simbolik bahawa program gotong-royong tamat dengan jayanya. Pukul 12.30 tengah hari, para peserta dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari dan majlis bersurai. ISU / MASALAH (Jika ada) Tiada masalah besar yang terdapat dalam aktiviti ini, cuma apa yang kurang ialah dari segi peralatan kebersihan dan perkakasan untuk digunakan ketika aktiviti gotong-royong dijalankan. Di mana kebanyakan peserta datang tanpa membawa apa-apa peralatan yang diperlukan seperti parang, sabit, berus cat dan lain-lain peralatan yang sesuai.Peralatan yang disediakan oleh pihak pengurusan tidak mencukupi. Begitu juga dengan bahan untuk keceriaansudut-sudut tertentu, di mana bahan yang sedia ada tidak mencukupi dan untuk membina bahan-bahan tersebut memerlukan masa yang panjang sedangkan aktiviti tersebut sangat singkat. (B) Analisis SWOT (i) KEKUATAN

1. Mempunyai kekuatan ahli yang ramai, yang terdiri daripada AJK dan ahli PIBG yang memberikankerjasama yang menggalakkan. 2. Mempunyai prasarana sekolah yang luas dan menarik untuk diceriakan lagi. 3. Komunikasi yang baik antara pihak pentadbiran sekolahdengan PIBG sehingga dapat menjayakan aktiviti seumpama ini. 4. Sikap peramah semua peserta yang terlibat menyebabkan aktiviti dapat dijayakan bagaikan dalam satu keluarga yang besar.

(ii)

KELEMAHAN

1. Masa perjalanan aktiviti yang terhad menyebabkan ada bahagian yang tidak dapat disiapkan pada ketika itu dan perlu diteruskan pada masa lain. 2. Peralatan untuk menjalankan aktiviti tidak mencukupi.

(iii)

PELUANG

1. Boleh dilaksanakan lagi aktiviti seumpama ini pada masa akan datang dan dijalankan lebih daripada sekali setahun. 2. Menyediakan jadual agihanaktiviti yang lebihkemas da nteratur agar banyak bahagian dapat manfaat daripada program ini. 3. Menyediakan peralatan dan bahan yang mencukupi agar semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. 4. Memohon peruntukan atau dana daripada pihak luar samada individu atau badan NGO sebagai sponser agar lebih banyak bahan dapat disediakan. (iv) ANCAMAN seumpama ini, malah mendapat galakan daripada semua pihak. 2. Peserta BIG yang terdiri daripada pelatih PPG yang tinggal jauh dan dari daerah lain perlu memandu jauh, jadi ancaman kepada mereka ketika di jalan raya kerana perlu sampai ke destinasi mengikut jadual yang ditetapkan. Kemungkinan untuk berlaku kemalangan ketika pergi dan balik daripada aktiviti ini adalah tinggi.

1. Tiada ancaman daripada mana-mana pihak untukmenjayakan program

AKTIVITI GOTONG-ROYONG SK AIR PAPAN

Gambar-gambar royong

semasa

aktiviti

gotong-

Disediakan oleh:

(Pn Haslina Binti Maarop)

Setaiuasaha Program BIG, BM Kumpulan 1.

REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu) SENDIRI BUAT LA!!!!!! (i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. ______________________________________________________________ ________________.Jelaskan ______________________________________________________________ _________ 2. ______________________________________________________________ ________________ 3. ______________________________________________________________ ________________ 4. ______________________________________________________________ ________________ 5. ______________________________________________________________ ________________ (ii) PENAMBAHBAIKAN

1. ______________________________________________________________ ________________ Jelaskan_______________________________________________________ _________________ 2. ______________________________________________________________ ________________ 3. ______________________________________________________________ ________________ 4. ______________________________________________________________ ________________

Tandatangan Pelapor:

You might also like