You are on page 1of 14

1.

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.1.1 Peranan ketua kelas dan penolong ketua kelas sangat penting dalam
memastikan kelancaran pengurusan kelas. Pengurusan kelas yang
terancang dan tersusun boleh mewujudkan suasana kelas yang kondusif,
dan secara langsung dapat meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, di bawah
HEM melalui Unit Pengurusan Kelas Sekolah Menengah Kebangsaan
Elopura (Bestari) (SMKEB) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan
Ketua Kelas Dan Penolong Ketua Kelas sebagai satu usaha meningkatkan
kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas di
SMKEB.

1.1.2 Pengisian seperti ceramah kepimpinan dan aktiviti-aktiviti berbentuk


simulasi telah dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Kursus
Kepimpinan yang telah dilakukan selama 3 jam ini telah dapat memupuk
sifat seorang pemimpin di kalangan peserta kursus. Hal ini selaras dengan
matlamat Unit Pengurusan Kelas SMKEB supaya dapat melahirkan Ketua
Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang berdedikasi dalam memegang
amanah yang diberikan kepada mereka.

1.2 Objektif

1.2.1 Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menganjurkan Kursus


Kepimpinan ini. Di antaranya ialah;

a) Membina sahsiah dan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan


penolong ketua kelas.
b) Mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran ketua dan penolong ketua
kelas.
c) Memperkemaskan kelancaran pengurusan dan organisasi kelas
khasnya dan sekolah amnya.
d) Memberi suntikan semangat dan motivasi kepada kumpulan sasaran
supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin kelas.

1
1.3 Ahli Jawatankuasa

JAWATANKUASA KURSUS KEPIMPINAN SMKEB 2008

Pengerusi : Puan Kalsom Abd. Aziz (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : En. Kwok Chee Yen (Pen. Kanan HEM)

Penyelaras Unit : Puan Jurianah Jalil


Cik Shahida Salwani Zakaria

Penyelaras Program : En. Azman bin Abas

Penolong Penyelaras Program : Cik Darmawati Jumadi

Setiausaha : Cik Noorhuda Ghawi

Bendahari : Pn. Hasna Yunus

Ahli Jawatankuasa

Peralatan dan Dewan : En. Mohd Rafaei Isa


: En. Khairulasyraf Ismail

Pendaftaran : Cik Idawany Ahmad

Cenderahati dan Sijil : Pn Chin Lee Ken


: Pn Agatha Lucien

Kudapan dan Jamuan : Pn. Anis Juge


: Cik Maslinda Malda

Pengerusi Majlis : Pelajar (dibimbing oleh Cik Maslinda)

Dokumentasi : Cik Wan Suharti Wan Kamaruddin

AJK Pengelola Aktiviti : Cik Darmawati Jumadi

Fasilitator : En. Muhamad Azainizam Zamri


Cik Latipah binti Ayob
Cik Noorshahida Mohd Zuki
Pn. Lim Thing Thing

2
2. LAPORAN AKTIVITI

2.1 Kumpulan Sasaran

2.1.1 Dalam kursus ini, kumpulan sasaran adalah Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas dari semua kelas menengah rendah dan menengah atas
termasuk lah Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam Atas. Para pelajar
telah dimaklumkan tentang program ini dan mereka diminta
melengkapkan Surat Kebenaran daripada ibubapa masing-masing.

2.2 Tentatif Program

2.2.1 SMKEB telah mengadakan kursus ini pada 19 April 2008 bersamaan
dengan hari Sabtu. Program yang telah bermula seawal pukul 7.30 pagi ini
didahului oleh Pendaftaran peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua dan
Penolong-penolong Ketua Kelas dari semua tingkatan. Seramai 118 orang
murid mengambil bahagian dalam kursus ini dan seramai 22 orang guru
terlibat secara keseluruhannya.

2.2.2 Seterusnya, Ceramah Kepimpinan telah diaturkan sebagai program


pembukaan. Pihak pengurusan berbesar hati telah menjemput En. Morjani
Mokri, iaitu Kauselor Sekolah sebagai penceramah untuk slot pertama ini.
Aktiviti seterusnya memerlukan pelajar melakukan tugasan secara
berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Escapisme, Rakit
dan Kapal Karam.

2.2.2.1 Escapisme merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar


berkerjasama secara berpasangan. Mereka diberi tali yang diikat
seperti gari serta perlu disilangkan antara pasangan masing-
masing. Mereka dikehendaki meloloskan diri dari ikatan tali rafia
tersebut tanpa perlu memutuskan tali atau mengangkat tali
melepasi kepala mahu pun kaki. Rasionalnya aktiviti ini diadakan
ialah untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam
kalangan para pelajar.

2.2.2.2 Aktiviti Kapal Karam pula menggalakkan pelajar supaya dapat


mebuat keputusan yang tepat, padat dalam masa yang singkat
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam aktiviti ini, pelajar
dikehendaki membayangkan mereka berada dalam sebuah kapal
yang hampir karam dan mereka perlu memilih individu yang
tersenarai yang perlu dibuang. Dalam hal ini, pelajar dikehendaki
membincangkan secara berkumpulan dan mencapai keputusan
bersama individu mana yang perlu dibuang dan alasan mereka
memilih individu terbabit.

3
2.2.2.3 Rakit merupakan aktiviti yang memerlukan sekumpulan pelajar
berada di atas beberapa helai surat khabar. Terdapat beberapa
individu lain yang akan mengoyakkan ”rakit” tersebut. Namun,
sebagai ahli kumpulan yang saling membantu dan berkerjasama,
mereka dikehendaki berpelukan antara satu sama lain bagi
memastikan ahli kumpulan tidak terkeluar dari ”rakit” tersebut.
Aktiviti ini menggalakkan pelajar supaya bersikap tidak
mementingkan diri sendiri dan saling memerlukan walaupun ketika
susah mahupun senang.

2.2.3 Selepas pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan yang telah dirancang,


sedikit jamuan makan tengahari telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar
dan guru-guru.

2.2.4 Sebagai acara penutup, ucapan penangguhan oleh GPK HEM SMKEB
iaitu En. Kwok Chee Yen. Di akhir program ini juga, upacara
penyampaian sijil telah dilakukan oleh beliau kepada wakil pelajar sebagai
menghargai peyertaan mereka di dalam program ini.

4
3. LAPORAN KEWANGAN

3.1 Perbelanjaan

Selain daripada perbelanjaan untuk kudapan, bajet peralatan untuk menjalankan

aktiviti sepanjang program ini berlangsung juga termasuk dalam jumlah

keseluruhan peruntukan yang telah dirancang. Perbelanjaan ini merangkumi

jumlah yang diperuntukan bagi guru-guru dan para pelajar yang terlibat. Berikut

merupakan laporan perbelanjaan berkaitan Kursus Kepimpinan Ketua Kelas dan

Penolong Ketua Kelas bagi Tahun 2008.

PERKARA BIL. PER KEPALA JUMLAH


KUDAPAN

Air Mineral 96 RM 0.50 RM 48.00


Jamuan Pelajar 96 RM 1.50 RM 144.00
Jamuan Guru dan Penceramah 22 RM 5.00 RM 110.00
Cenderahati 1 RM 20.00 RM 20.00
PERALATAN

Fail 96 RM 0.50 RM 48.00


Pen 96 RM 0.50 RM 48.00
Marker Pen 10 RM 3.00 RM 30.00
DAN LOGISTIK

JUMLAH KESELURUHAN RM 448.00

5
4. PENUTUP

4.1 Penutup

Secara keseluruhannya aktiviti Kursus Kepimpinan Ketua Kelas dan Penolong

Ketua Kelas bagi Tahun 2008 ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semua

pihak yang terlibat terutamanya ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama

dan komitmen yang memberangsangkan bagi menjayakan program ini.

Penglibatan guru–guru dan para pelajar amat memuaskan dari awal sehingga ke

akhir program ini berlangsung. Sesungguhnya, program seperti ini wajar diadakan

serta dijadikan program tahunan sekolah memandangkan program ilmiah ini

sangat berguna untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ _________________

( WAN SUHARTI BINTI WAN KAMARUDDIN ) (EN. KWOK CHEE YEN)

6
LAMPIRAN BERGAMBAR

TAKLIMMAT PROGRAM

Taklimat daripada Cik Darmawati

PENDAFTARAN PESERTA

Pelajar mendaftar di Kaunter Pendaftaran

7
CERAMAH KEPIMPINAN

En. Morjani memberi ceramah kepada pelajar

Penyampaian sijil kepada Pencermah Jemputan

8
LATIHAN DALAM KUMPULAN

AKIVITI 1: ESCAPISME

Taklimat aktiviti kepada pelajar

Guru-guru melakukan demonstrasi aktiviti Escapisme

9
AKTIVITI 2: KAPAL KARAM

Pelajar melakukan kerja berkumpulan

Pelajar membincangkan strategi kumpulan masing-masing

10
AKTIVITI 3: RAKIT

Aktiviti Rakit

Pelajar berpelukan semasa menjalankan

11
JAMUAN MAKAN

Penyedian makanan oleh Puan Anis

Pelajar menikmati amuan makan tengah hari

12
PENTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Ucapan penangguhan oleh GPK HEM, En. Kwok

Penyampaian sijil kepada wakil peserta

13
SESI BERGAMBAR

Barisan guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam Kursus Kepimpinan 2008

14

You might also like