You are on page 1of 2

1. Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga.

(peribahasa Melayu)
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
3. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
4. Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
5. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak
dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
6. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
7. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi

8. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang
berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
9. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
10. Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu
oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
11. Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di
antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang
bertakwa. ( maksud hadis).
12. Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
13. Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)
14. Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
15. Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).
16. Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
17. Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia
sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan
bahagia.(saidina Ali).
18. Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah
orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga
perangaimu.(lukmanul hakim).
19. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang
sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
20. Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita
sukai.
21. Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan
bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.
22. Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
23. Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap
zaman.
24. Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah
daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
25. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-
orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
26. Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
27. Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada
tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
28. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai
dirinya sendiri.
29. Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
30. Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
31. Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana
ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
32. Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
33. Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan
pedang.
34. Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta
yang belum tentu orang hendak memberikannya.
35. Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
36. Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
37. Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
38. Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
39. Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
40. Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.

Luangkanlah waktu untuk berfikir


kerana berfikir adalah sumber kekuatan

Luangkanlah waktu untuk membaca


kerana membaca adalah landasan sikap bijaksana
Luangkanlah waktu untuk bermain
kerana bermain merupakan rahsia awet muda
Luangkanlah waktu untuk diam
kerana diam adalah kesempatan menuju Yang Maha Esa
Luangkanlah waktu untuk mengambil berat
kerana mengambil berat adalah kesempatan untuk membantu sesame manusia
Luangkanlah waktu untuk mencintai dan dicintai
kerana cinta adalah anugerah yang besar dari Tuhan
Luangkanlah waktu untuk tertawa
kerana tertawa adalah gurindam jiwa
Luangkanlah waktu untuk bersikap santun
kerana sikap santun adalah jalan menuju kebahagiaan
Luangkanlah waktu untuk berimaginasi
kerana imaginasi melahirkan masa depan
Luangkanlah waktu untuk bermuhasabah
kerana bermuhasabah memperbaiki diri
Luangkanlah waktu untuk bermunajat
kerana bermunajat melahirkan ketaqwaan
Luangkanlah waktu untuk berdoa
kerana doa adalah kekuatan terbesar di muka bumi

You might also like