You are on page 1of 6

Pengenalan Kalkulus merupakan satu bidang matematik yang memberi fokus kepada Had(limits), Fungsi dan lain-lain yang

berkaitan. Terdiri daripada 2 cabang utama iaitu pembezaan dan pengkamiran. Kedua-duanya saling berkait dan mempunyai hubungan melalui teorem asas kalkulus. Kalkulus merupakan pelajaran yang membawa kepada pelajaran matematik yang lebih tinggi yang dikenali sebagai matematik analisis.

Tanggapan masyarakat Apabila berbincang berkaitan dengan subjek matematik, tiada perkara lain yang dapat dibayangkan oleh masyarakat di Negara kita ini selain daripada nombor dan operasi. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Pulau Pinang mendapati bahawa sebahagian besar pelajar yang gagal dalam subjek matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 2009 tidak minat dan bosan untuk belajar matematik. Cara pengajaran matematik yang membosankan merupakan salah satu punca pelajar lemah dalam subjek ini. Isu seperti ini yang menyebabkan topik kalkulus tidak mendapat sambutan dalam kalangan pelajar bukan sahaja di sekolah malahan termasuk juga pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Dalam subjek matematik terdapat 5 penekanan yang perlu diberikan untuk menyampaikan ilmu matematik iaitu penyelesaian masalah, komunikasi dalam matematik, penaakulan matematik, perkaitan dalam matematik dan aplikasi teknologi dalam pengajaran. Perkara yang ingin difokuskan ialah berkaitan dengan

perkaitan dalam matematik. Perkaitan dalam matematik boleh ditafsirkan dalam dua tafsiran iaitu perkaitan setiap topik dalam matematik dan perkaitan antara matematik dengan kehidupan seharian manusia. Untuk tafsiran pertama iaitu perkaitan setiap topik dalam matematik melambangkan bahawa matematik merupakan satu topik yang perlu dipelajari secara berperingkat dan bukannya topik-topik dalam matematik berdiri atas asas yang berasingan. Oleh itu, kalkulus bukanlah satu topik yang yang asing dalam matematik tetapi adalah pengembangan daripada topik-topik asas seperti operasi asas, nombor bulat, graf dan lain-lain. Jika murid dapat memahami tafsiran ini, mereka akan menganggap bahawa tidak banyak yang perlu dipelajari kerana kalkulus adalah pengulangan topik-topik asas dalam matematik beserta dengan beberapa kemahiran tambahan. Manakala untuk tafsiran kedua, sememangnya terdapat perkaitan matematik dalam kehidupan seharian. Jika tidak, mengapa kita mempelajari sesuatu kemahiran andai tidak dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Antara kegunaan kalkulus ialah sistem navigasi yang menggunakan kemahiran yang didapati daripada kalkulus vektor (analisis vektor). Dengan perkaitan seperti ini, dapat menambah semangat untuk belajar dalam diri murid-murid disamping murid-murid diberi tujuan mempelajari topik kalkulus. Seringkali tanggapan pertama murid terhadap kalkulus adalah seperti musuh dan mereka akan menjauhi kalkulus. Mereka menganggap kalkulus sangat susah dan hanya orang yang betul-betul bijak sahaja yang dapat menguasainya. Beberapa peneguhan diberi secara turun temurun daripada pelajar yang lebih senior u ntuk

menakut-nakutkan pelajar junior mengukuhkan lagi tanggapan mereka. Masalah seperti ini sering berlaku dalam senario pendidikan masa kini. Tanggapan seperti ini perlu dihakis dalam masyarakat kita kerana boleh menyebabkan masyarakat kita menjadi mundur dan tertinggal ke belakang. Seharusnya, kita perlu beranggapan bahawa setiap perkara memerlukan latihan untuk menguasai kemahiran tersebut. Bak kata pepatah inggeris practice make perfect. Latihan membawa kepada kesempurnaan dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Kepentingan Kalkulus dalam kehidupan seharian Kalkulus adalah penting dalam kehidupan kita, kemudahan yang kita peroleh pada hari ini merupakan aplikasi daripada kalkulus. Antara kepentingan kalkulus ialah untuk mendapatkan nilai minimum atau maksimum bagi sesuatu perkara. proses ini dikenali sebagai pengoptimuman (optimisation). Proses ini digunakan dalam pelbagai bidang seperti seni bina, pembuatan dan lain-lain. Pada kebiasaannya pengoptimuman digunakan untuk mencari kos minimum untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Contohnya, dalam bidang seni bina arkitek menganggarkan bilangan batu-bata yang diperlukan untuk membina banggunan. Dalam bidang pembuatan pula jurutera menggunakan proses pengoptimuman ini untuk mengira jumlah pelincir yang diperlukan dalam kenderaan. Pembaziran dapat dielakkan dengan proses pengoptimuman ini. Selain itu, kepentingan kalkulus dapat dilihat dalam bidang sumber tenaga asli. Umum mengetahui bahawa, solar (cahaya mataharia) merupakan salah satu

sumber tenaga utama dunia khususnya negara Jepun. Kalkulus digunakan untuk mengira jenis kabel yang diperlukan untuk mengalirkan elektrik ke sesuatu tempat. Tambahan pula, kalkulus digunakan untuk mengira panjang kabel yang diperlukan untuk menyambungkan antara dua substesen. Kabel tersebut adalah Kalkulus juga digunakan untuk mengira kadar (had) aliran elektrik yang boleh diterima oleh kabel tersebut. Dalam bidang biologi, kalkulus turut memainkan peranan penting. Antaranya ialah untuk menganggarkan kadar pertumbuhan bakteria. Menggunakan mata kasar, saiz bakteria tidak dapat ditentukan dan agak sukar untuk kita mengukurnya. Selain itu, kalkulus juga digunakan untuk menganggar bilangan bakteria. Manusia biasa tidak dapat mengira bilangan bakteria yang terlalu halus dan aktiviti bakteria tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Kebanyakan hukum dan formula fizik adalah terbitan daripada hukum dalam kalkulus. Contohnya, hukum kelajuan iaitu berasal daripada hukum

perubahan derivatif dalam halaju iaitu

Daripada terbitan hukum ini

terbentuklah beberapa hukum lain dalam fizik seperti pecutan, daya, berat, momen dan lain-lain. Hukum-hukum yang diutarakan dalam fizik juga merupakan pemangkin dalam pembangunan kehidupan manusia. Menerusi hukum-hukum seperti halaju, pecutan dan lain-lain, terbentuklah beberapa elemen yang penting iaitu kekuatan yang menjadi eleman penting dalam menentukan keselamatan dan struktur sesuatu bahan atau banggunan. Perniagaan merupakan salah satu sektor penting untuk menentukan kemajuan sesebuah negara. Sesebuah negara yang maju perlu kukuh dalam sektor

perniagaannya. Sektor perniagaan tidak kira dalam bidang apa pun termasuklah perkhidmatan atau penghasilan menjadi tonggak utama dalam menjana pendapatan negara. Kepentingan kalkulus dalam sektor perniagaan ialah untuk menganggarkan pergerakan pasaran dalam mempromosikan produk mereka. Sesebuah syarikat yang hebat mempunyai kepakaran untuk membuat andaian yang tepat dalam pergerakan pasaran. Selain itu, pasaran merupakan elemen penting dalam perniagaan kerana pasaran adalah punca keuntungan dalam sesuatu perniagaan. Pada asalnya, kalkulus telah lama digunapakai oleh manusia dalam bidang seni bina. Jika kalkulus tidak digunakan tidak terbinalah collosium, kubah dan lainlain binaan yang mempunyai permukaan yang melengkung. Dalam bidang seni bina, kalkulus digunakan untuk mendapatkan isipadu sesebuah bentuk yang melengkung. Kalkulus juga digunakan untuk menganggarkan bilangan batu bata yang diperlukan untuk membina bentuk melengkung tersebut. Dengan anggaran bilangan batu bata tersebut, kontraktor dapat menganggarkan kos pembinaan tersebut. Hal ini dapat mengurangkan kos untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Tanggungjawab Guru Untuk mengubah masyarakat, kita harus mengubah generasi muda. Oleh itu, tanggungjawab guru adalah berat untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kalkulus. Sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengubah masyarakat seperti yang dinukilkan oleh Usman Awang dalam sajaknya yang menyebut kesemua pemimpin dan golongan yang berjaya adalah jasa guru yang mengajar mereka. Selain itu, terdapat juga pepatah yang menyebut jika seorang doktor membuat kesilapan hanya seorang pesakit yang mendapat kesannya, tetapi apabila seorang

guru membuat kesilapan, satu generasi akan menerima kesannya. Oleh itu, setiap guru harus sedar akan tanggungjawab mereka untuk memberi tanggapan yang positif murid terhadap kalkulus. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengajar kalkulus di dalam kelas. Menurut Noriati A. Rashid (2009), proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) perlu mempunyai langkah yang berbeza bagi setiap sesi. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar setiap topik yang diajar oleh guru termasuklah kalkulus. Pembelajaran matematik seharusnya menarik dan berlainan mengikut kesesuaian setiap topik pengajaran. Guru perlu mempelajari pelbagai kaedah, strategi dan teknik pengajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Segala teknik yang dipelajari perlu diaplikasi dalam sesi p&p. Latihan sememangnya penting untuk memahirkan diri dalam pelbagai kemahiran termasuklah untuk kalkulus. Pada masa kini, guru memberi latihan yang banyak untuk memantapkan murid dengan kalkulus. Namun, terlampau banyak latihan juga membawa mudarat kepada murid dan memberi tekanan kepada murid. Latihan seharusnya diberi secukupnya tidak terlampau banyak dan tidak terlampau sedikit. Latihan adalah untuk memantapkan diri murid bukannya untuk

membebankan diri murid. Latihan yang diberi perlu mempunyai pelbagai aras kerana murid dalam kelas mempunyai aras yang berbeza. Latihan perlu mempunyai pengukuhan dan pemulihan. Latihan juga memainkan peranan dalam menarik minat belajar murid.

You might also like