You are on page 1of 5

Unit Dakwah & Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam & Moral, KPM

CERAMAH NISFU SYAABAN

1- PENGENALAN (Rujuk Slaid 3)


.
Dikesahkan bahawa satu hari Nabi Isa a.s berjalan-jalan maka ia
terpandang sebuah gunung yang sangat besar maka beliau pun mendakinya
sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih, lebih putih dari warna susu

Apabila Nabi Isa a.s melihat batu itu, ia sangat kagum sehingga ia
berpusing-pusing mengelilingi batu tersebut. Kemudian Allah s.w.t mewahyukan
kepada beliau “Wahai Isa, adakah kamu mahu kalau aku tunjukkan yang lebih
indah dan yang lebih mengkagumkan dari ini?”

Maka berkata nabi Isa a.s. “ Ya, aku hendak melihatnya”. Setelah nabi Isa
a.s berkata demikian maka Allah s.w.t. pun memecahkan batu yang besar itu dan
sebaik sahaja batu itu pecah maka kelihatan seorang tua berjubah putih sedang
solat, di sisinya ada sebatang tongkat dan setangkai buah anggur.

Apabila nabi Isa a.s melihat keadaan orang tua itu begitu rupa maka dia pun
bertanya “ Wahai Sheikh, apakah yang sedang kamu buat di sini ?”.

Berkata Sheikh “ Inilah rezekiku yang Allah beri setiap hari”. Nabi Isa a.s
bertanya lagi “ Sejak berapa lama kamu beribadat di sini ?. Sheikh menjawab “
Aku sudah berada di sini selama 400 tahun”.

Kemudian nabi Isa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. “ Ya Allah !, adakah
engkau telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan pada
orang tua ini ?”.
Allah mewahyukan kepada nabi Isa a.s. “ Wahai Isa, kalaulah umat akhir
zaman (umat nabi Muhammad s.a.w.) menjumpai bulan Syaaban maka mereka
mengerjakan solat Baraah pada malam pertengahannya ( malam nisfu Syaaban),
niscaya solat itu lebih baik daripada ibadah hambaku ini selama 400 tahun”.

Kemudian nabi Isa a.s berkata “Alangkah bahagianya diriku ini sekiranya
aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman”. ( umat nabi Muhammad s.a.w).

2- PENGERTIAN SYAABAN.( ‫( ) شعبان‬Rujuk Slaid 4)

‫ ش‬dimaknakan ‫ شرف‬ertinya kemuliaan

‫ ع‬dimaknakan ‫علو‬ ertinya ketinggian

‫ ب‬dimaknakan ‫ ِ بر‬ertinya kebajikan

‫ا‬ dimaknakan ‫الف‬ ertinya jinak

‫ن‬ dimaknakan ‫ نور‬ertinya cahaya


1
a) Syarafun (Kemuliaan)

Kemuliaan bulan Syaaban yang dikurniakan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w
adalah seperti kemuliaan darjat dan kejadiannya. Dengan sebab itu Syaaban
adalah bulan nabi Muhammad. Dalam bulan Syaaban dikurniakan pahala ibadat
sampai 700 kali ganda, bulan dikurniakan keampunan bagi orang yang memohon
taubat terutama pada malam pertengahannya.

b) Uluwun (Ketinggian)
Ketinggian darjat iman dikurniakan Allah kepada orang yang berpuasa dan
beribadat di bulan Syaaban yang mulia dan dikurniakan juga ketinggian darjat di
hari akhirat dengan balasan syurga kerana memuliakan bulan Syaaban dengan
mengerjakan amalan-amalan yang terpuji di dalamnya.

c) Birrun (Kebajikan)
Melakukan amal kebajikan dalam bulan Syaaban dijanjikan oleh Allah dengan
kebajikan yang lebih besar di sisi Allah, mereka akan diberi kedudukan yang sangat
tinggi di dalam syurga di akhirat kelak.

d) Ulfun (Jinak)
Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam
bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada
Allah. Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah
melalui ibadat-ibadat fardhu dan sunat

e) Nurun (Cahaya)
Melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban menghasilkan
cahaya iman dari Allah kepada hambanya. Cahaya ibadat hambanya yang
dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di hari akhiran kelak.

3- AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN (Rujuk Slaid 7)

Berkata Imam Syahrurazi Sohiba ‘Awariful Maarif. Apabila telah selesai solat
maghrib hendak dibaca Yasin dengan niat mohon panjangkan umur dalam mentaati
perintah Allah kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan
niat diluaskan oeh Allah rezekinya yang halal dan diberkati kemudian dibacakan
doanya. Kemudian dibacakan Yasin dengan niat supaya Allah matikan dalam iman
(Husnul Khotimah) kemudian dibacakan doanya.

Selain daripada itu perbanyakkanlah membaca bacaan-bacaan berikut:

1. Penghulu Istighfar

, ‫ اعوذبصك مصن شرمصا صصنعت‬, ‫ ووعدك مصا اسصتطعت‬, ‫ وانصا على عهدك‬, ‫ انصا عبدك‬, ‫ لاله انصت خلقتنصى‬,‫اللهصم انصت ربصى‬
‫ فانه ل يغفر الذنوب ال انت‬, ‫ فاغفرلى‬, ‫ وابوء بذنبى‬, ‫ ابوء لك بنعمتك على‬.

2. Mohon keampunan dua ibubapa

‫رب اغفرلى ولوالدى وارحمهما كما ربيانى صغيرا‬


2
3. Mohon taubat dan keampunan diri

‫ كالي‬100 . ‫استغفر ال العصظيم واتوب اليه‬

4. Membaca Al-Quran

5. Membaca Tasbih seperti:

a) ‫سبحان ربى العلى وبحمده‬

b) ‫سبحان ال وبحمده سبحان ال العظصيم‬

c) ‫سبحان ال والجمد ل ول اله ال ال وال اكبر‬


‫ول حول ول قوة ال بال العلى العظيم‬

6. Membaca Selawat kepada Nabi

‫اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم‬

4- KELEBIHAN BULAN SYAABAN (Rujuk Slaid 9)

Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesunggguhny bersabda:


“Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana
keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistemawan
segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya”

1. Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu


padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti
kelebihanku atas kamu. Al-Hadith

2. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah
tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi Allah
Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi
Allah Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan dalam
bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan ditolak
baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara Munkar
dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan ke
atasnya syurga. Al-Hadith

3. Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan
akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga. . Al-
Hadith

4. Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w ialah
bulan Syaaban. . Al-Hadith

5. Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith

3
6. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia
berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan
oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan
berkata Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan
itu 300 pintu rahmat. Al-Hadith

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam
golongan manusia:

a. Orang yang kekal minum arak


b. Orang yang durhaka kepada ibu bapa
c. Orang yang kekal dalam zina
d. Orang yang banyak berkelahi
e. Orang yang bersumpah palsu dalam jualannya
f. Orang yang mengadu domba

7. Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu
Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu
berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku
ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan
akannya dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan
perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith

8. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain
seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas
bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan
Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala
makhluknya. Al-Hadith

9. Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti


mana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan
Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu
Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata;
Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya
300 rahmat dan diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya
(syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal
minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith

10. Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya dimalam Nisfu Syaaban maka
diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa
orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

‫وال اعلم‬

4
5

You might also like