You are on page 1of 8

Tarian Melayu

MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan
kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja
lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian
tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan
kesultanan Melayu

KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari
menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci
Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung

ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara
dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai
sejarah tamadun Islam.

TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di
dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang
penuh dengan kelembutan

TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia
mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam
tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan
Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan
kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu
selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku
Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di
pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di
lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat
cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam
kebanyakan kostum tarian Melayu
TARIAN CIK SITI WAU BULAN
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan
permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu
dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi
nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda
bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-
geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah,
dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian
tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di
situ.
TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di
Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat
lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih
dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik
dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan,
iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang
memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang
menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan
dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan
tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan
membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang,
ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai
tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di
istana.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada
gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada
masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di
kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara
Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu
permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam
didik.

TARIAN CERACAP INAI


Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang
terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa
baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari
tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di
dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur
'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula
kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas'
dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran
kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari
yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga
ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 -
8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah
Muar.

TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah
mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira.
Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-
daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka
menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama
Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan
pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan
demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di
ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja).
Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan
seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan
hingga jauh malam.

TARIAN ULIK MAYANG


Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian
Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10
hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai.
Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu
nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas
bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari
seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang
tidak sedarkan diri.

You might also like