You are on page 1of 5

DEFINISI DAN KONSEP MAIN Mengikut Pallergini,(1995),main ialah sukarela,main bermotivasi intrinsik,main melibatkan penglibatan dan pergerakan fizikal

yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi. Menurut Fromberg (1987) pula,main adalah simbolik,bermakna,menyeronokkan,sukarela dan bermotivasi intrinsik,berperaturan dan berbentuk episodik. Mengikut Brian Sutton-Smith dalam Pallergini 1995 pula,beliau menyifatkan bahawa main itu adalah satu proses belajar,iaitu proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial.Main juga disifatkan sebagai kuasa.Ini merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan,menang dan kalah.Jika dia menjuarai sesuatu pertandingan itu,sudah tentu lah dia berasa bahawa kekuasaan berada di tangannya.Beliau turut mendefinisikan main sebagai suatu fantasi yang berkait secara langsung dengan main sebagai kemajuan.Ini kerana kedua-duanya melibatkan kanak-kanak.Main sebagai fantasi juga melibatkan peranan main dalam mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.Selain itu,main juga mengutamakan kualiti pengalaman bermain itu sendiri,bukannya hasil yang diperoleh dari bermain.Kualiti main itu melibatkan pengalaman intrinsik dalam diri pemain itu sendiri. Oleh itu,dapat lah disimpulkan bahawa bermain itu adalah suatu proses yang menyeronokkan dan melibatkan penglibatan kanak-kanak itu sendiri dalam memenuhi keperluan sosialnya dan juga untuk meningkatkan kemahiran dalam diri mereka. Bagi kanak-kanak,main merupakan satu laluan yang membolehkan kanakkanak belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan,simulasi,lakonan,proses cuba jaya dan manipulasi alatan.Main juga ialah proses semulajadi yang menghubungkaitkan alam fizikal kanak-kanak dengan alat spiritual,pemikiran,kreativiti,perlambangan idea,peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak.ini kerana,kebanyakan kanak-kanak boleh dikatakan belajar melalui bermain.

Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur untuk memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal,menyeronokkan serta membuatkan mereka berasa bebas dan selamat.Bermain meliputi aktiviti aktiviti yang memberikan kegembiraan dan memberi peluan kepada murid untuk melahirkan perasaan mereka,meneroka perkara baru serta menajamkan kemahiran. Bermain juga dapat memberikan peluang kepada murid untuk memberikan seluruh perhatian dan tumpuan mereka kepada sesuatu aktiviti itu.Melalui bermain,perkembangan kognitif dan psikomotor dapat dibentuk.Murid atau kanakkanak yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman secara langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang maksimum dan berkesan tentunya kepada perkembangan kognitif mereka.

KEPENTINGAN BERMAIN DARI ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF,FIZIKAL,SOSIAL DAN EMOSI. Melalui bermain,perkembangan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang secara menyeluruh.Ini kerana,semasa bermain,seluruh jasmani dan kognitifnya ditumpukan kepada permainan tersebut.Kepentingan bermain bagi kanak-kanak dapat dikategorikan kepada kesannya kepada aspek perkembangan kognitif,fizikal,sosial dan emosi.

1)Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif.

Perkembangan kognitif merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam perkembangan bahasa.Antara kesan bermain kepada perkembangn kognitif ialah kanak-kanak dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan mereka untuk belajar.Mereka juga dapat mengetahui pelbagai kemahiran baru.Melalui aktiviti seperti membuat ujikaji,mereka bentuk model dan kraf tangan,murid-murid dilatih untuk berfikir dengan lebih kreatif dan logik.

Selain itu,melalui permainan nyanyian,melakonkan semula,bercerita ataupun main peranan,murid berpeluang untuk meningkatkan aspek kemahiran berbahasa mereka.Melalui permainan puzzle,dam,catur ataupun congkak,murid mampu untuk mengembangkan potensi mereka,mampu merangcang strategi untuk menewaskan pihak lawan dan mungkin juga berpotensi untuk digilap bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kanak-kanak merupakan seorang yang cepat belajar.Aktiviti melukis,mewarna dan membina objek kreatif akan dapat mengembangkan kemahiran reka cipta dan kreativiti mereka.Ini kerana murid akan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan baru mengikut daya kreativiti masing-masing tanpa mengikut keadaan asalnya.

2) Kepentingan bermain bagi perkembangan sosial dan emosi.

Melalui permainan sosial,kanak-kanak belajar membesar ke arah kedewasaan.Menurut teori instinct (naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan untuk ke alam dewasa.Mereka belajar berinteraksi dengan rakan, pelajar lain dan guru-guru secara positif dan menyemai sifat tolong menolong dan ambil berat kepada orang lain. Main merupakan sesuatu yang diada-adakan,namun ia seolah-olah benar-benar berlaku.Jadi,permainan seperti main masak-masak,doktor dan pondok-pondok menbina keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dalam sitiasi yang baru dan pelbagai.Mereka membiasakan diri hidup dalam komuniti dan dapat memupuk semangat berani untuk menonjolkan diri, yakin dan tidak malu untuk bersosial dengan orang lain.

Selain itu,mereka belajar untuk menghormati orang lain,mengambil giliran,berkongsi alatan serta melayan keperluan orang lain.Mereka juga akan dapat mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berlainan pada situasi yang tertentu,justeru,akan dapat mengetahui cara untuk mengawal emosi mengikut keadaan.

Permainan seperti sosiodrama dan berlakon juga akan memberikan murid pemahaman akan peranan dan tindakan yang dijangkakan,keperluan bertindak dalam situasi tertentu,serta bagaimana untuk menerima kekalahan dan kemenangan dengan baik.

3) Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal

Melalui bermain,kemahiran psikomotor,iaitu motor kasar dan motor haluskoordinasi mata dan tangan,pergerakan lokomotor dan non-lokomotor dapat dibina.Kemahiran fizikal yang terlibat termasuklah berlari,melompat,menendang dan mengayuh basikal.namun,perlu diberi perhatian bahawa kesihatan dan keselamatan tetap perkara utama.

Aktiviti taman sains seperti menyiran dan menanam pokok pula dapat meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau,kemahiran motor halus serta penerokaan lam semulajadi.Aktiviti melukis,membentuk,menampal dan mencantum dapat membina kemahiran manipulatif,koordinasi mata-tangan serta kemahiran motor halus.

Murid juga akan didedahkan dengan permainan dalaman(indoor game) dan permainan luaran(outdoor game) yang jika diberi tunjuk ajar yang sewajarnya,akan mendorong mereka untuk menonjolkan bakat yang terpendam.Begitu juga dengan aktiviti berenang dan menyelam,murid akan dapat membina kemahiran mengapungkan diri,mengawal pernafasan serta mengatasi perasaan takut dalam diri mereka.Ini bertepatan dengan teori manipulatif dan teori psikodinamik.Melalui proses bermainlah,kanak-kanak belajar meneroka dan menjelajahi alam sekitar sera tahu jenis permainan yang mereka kehendaki.

Selain itu,murid juga akan mendapat pengalaman baru dan belajar untuk meningkatkan teknik pergerakan mereka dalam permainan yang disertai.Murid juga akan dapat mencergaskan fizikal dan seterusnya,sudah tentu beroleh kecerdasan.

You might also like