You are on page 1of 12

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah

serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi


yang lebih dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam
pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk
memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar
untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran
era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan
merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa.
Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah
teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan
proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu
ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai
proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu
mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L.
dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi
kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat
memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih
inovatif.
Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah
kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian
pendidikan tinggi dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia
sebenar.Pendidikan Matematik di sekolah-sekolah di Malaysia bertujuan
menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk pemikiran yang logik,
analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian masalah
seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini
bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang
bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini
mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam
pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik.
Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran kita khususnya dalam matematik masih banyak memberi
penumpuan kepada proses mempelajari koleksi hukum dan penelitian aplikasi
,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada matlamat dan
objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan
dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang
kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka
pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya
kepada penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini.Untuk menjadikan
pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi dalam
pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.
Pendidikan Matematik Berbantukan Komputer.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur


cara komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk
membantu seseorang pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan
berpandukan kepada program atau perisian.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk
peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana
keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu
memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu
konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik
menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya
dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer
berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit dalam minda
melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik, animanasi dan
sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi peluang
kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta
perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .

Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan


mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula
mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain.
Maklumat yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula
sesuatu isi pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru
pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah
amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada
pelajar

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik


dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih
seabad yang lalu NCTM (National Council of Teacher’s of Mathematic’s, 1980),
mencadangkan supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan
komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti
pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah
kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang
sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam
pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan
bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian
masalah. Laporan Crockroft (1982), menegaskan bahawa masalah matematik
harus diterjemahkan ke dalam sebutan bahasa matematik sebelum ia
diselesaikan. Langkah terjemahan seumpama ini memerlukan kefahaman yang
lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran di
kalangan setengah-setengah pelajarWalau bagaimana pun masalah,
kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologi
komputer.

Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat


mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan
melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini
juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal
serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur
kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih
tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100%
diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya
menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses
membuat keputusan.

Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan,
didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati
mempunyai sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan
berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah.
Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer


dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an
dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi,
bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer
rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan
pendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga
komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta
berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi
kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan
komputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk
melasanakan aktiviti-aktiviti berikut :

1. Penghasilan bahan kurikulum

2. Latih tubi

3. Tutorial

4. Pemulihan dan pengayaan


5. Simulasi

6. Pengiraan

7. Alat Bantu Mengajar

(A) Penggunaan Spreadsheet (MS-ExceL)

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam


pengajaran komputer. Kajian-kajian yang telah dijalankan menyatakan berbagai
cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Ada juga kajian yang
menyatakan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep
matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman
web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Umpamanya, “Algebraic
Problem-Solving Using Spreadsheet (Spreadsheet Problem Collection - Laman
Web:http://forum.swarthmore.edu/workshops/su…ticipants/sinclair/problem/

probfile.html). Di sinilah kita mendapati bahawa penggunaan spreadsheet boleh


membantu pengajaran matematik. Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh
menggunakan spreadsheet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
sementara menunggu pakej pengajaran berbantukan komputer yang sesuai.

(B) Penggunaan Multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan


integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia
berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman
yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami
sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar
menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi
teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya
ialah :

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan


kemampuan masing-masing
2. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan
kepada pelajar

3. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik


menarik dan menyeronokkan.

4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada


pelajar.

5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

(C) Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)

Internet atau “International Network of Network” ialah sebuah rangkaian


komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai
jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas
persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya.
Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain
atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain
seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi
daripada Internet.

Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti


dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh
ahli masyarakat.Melalui internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh
pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus,
algebra, sejarah matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail
memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk
meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa
perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat
kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak
bahan yang boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan
matematik melalui internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering
dibincang oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik
pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran
koperatif dan inkuri penemuan.
Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik
dalam matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan
oleh guru-guru dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau
di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah
komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian
Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada
para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada
MIMOS Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring
Pendidikan.Projek tersebut termasuklah menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan golongan pendidik di sekolah serta
maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian memberi latihan dan
bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala
kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya
merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan
berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda
danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif
dan inovatif berasaskan ICT.

Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan


ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang
berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain
daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan
berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang
matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran
daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik :

1. The Math Forum

2. Ask Dr. Math

3. Tulang Napier

4. The Tower of Hanoi

5. Pembuktian Teorem Pithagoras

6. Manipula Math With Java

Menyedari potensi dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi


elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil
langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik.
Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada pelbagai organisasi,
Kementerian Pendidikan telah melancarkan beberapa projek yang berlandaskan
jaringan pendidikan. Dalam perlaksanaan kepelbagaian projek ini antara lain
Kementerian Pendidikan berhasrat :

1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada


para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab
perguruan bagi melatih dan membimbing guru-guru dengan
kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia ada (Internet)

2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti

pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah


mengembangkan minda dan pengetahuan di samping
menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif
berasaskan teknologi maklumat.

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan


sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada
kandungan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk
menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
komputer., khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian program yang dicipta dan dipasarkan,
yang meliputi hampir semua peringkat

(D) Penggunaan Geometer’s Sketchpad

Pada tahun 1987 Nicholas Jackin begitu serius membuat programman geometri
ini sehingga terbinalah Geometer’s Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru
serta pengguna amnya mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas
berjaya menghasilkan versi ‘beta’ . Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan
untuk meneruskan penyelidikan . Versi kedua program ini program ini
dilancaarkan pada April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad untuk Window
pula dilancarkan pada April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari ini.

Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk menggambarkan rajah geometri


seperti Euclidean Geometri. Geometer’s Sketchpad banyak membantu pelajar menerokai
dan mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat membuat konjektur
mengenai rajah tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi berakhir kepada noktah tapi
sentiasa mencapah ke aras yang lebih tinggi. Ia memudahkan pelajar menemui ciri-ciri
spesifik dan menjana pelajar membuat ‘open ended questions’.

Michael Serra, dalam bukunya, Discovery Geometry: An Inductive Approach


(1999) menerangkan bahawa melalui pendekatan terhadap GSP membolehkan
pelajar membina rajah geometri sendiri dan berbincang bersama rakan
mengenai konjektur yang terhasil, melalui pengamatankepada pola –pola.
Pelajar selanjutnya akan memberi alas an kewujudan konjektur berkenaan.
Pierre Van Hiede dan Dina Van Hiede – Geldoft menyatakan melalui GSP secara
tidak langsung mengarahkan pelajar membuat visualisasi, analisis,‘rigor’ ,
deduks informal dan deduksi formal.

Seterusnya membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus


matematik yang terdiri dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat
visualisasi, kemudian peringkat analisis dan seterusnya membuat konjektur
sebelum membuktikan kebenaranya. Pelajar dapat menerokai secara dinamik
serta membuat perubahan kepada rajah geometri dengan lebih
analitik.Melaluinya pelajar menjalani demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi
dan meyuarakan hasil dapatannya. Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP
ini secara tidak disedari mencetusan ‘cooperative learning’ .

Pembelajaran Berbantukan Kalkulatur Grafik.

Kalkulatur Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh


diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat
menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan
penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory (CBL-2) dan TI-83
Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan
kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai
sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita.
Mengapa kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam
pembelajaran matematik?
Antara sebab-sebabnya seperti berikut:
 Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi
 Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
 Dapat belajar sendiri
 Merdeka minda
 Menyingkatkan masa pengiraan
 Kalkulator sebagai agen visualisasi
 Mudah menggraf
Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan
dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan
dan pentafsiran matematik
Keterangan/ulasan selanjutnya:

1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang


menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana
penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza
dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat
apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh
menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak


terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-
mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan
idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira
nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion
yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan
mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling .Kalkulator juga
mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini
menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga
mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada
kanak-kanak.

3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar


cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan
simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk
menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu
konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan
"number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza

4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti


penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan
idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah
kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada
angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya
walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan
menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.
5. kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk
permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan
pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik
sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk
yang lebih abstrak.

Kesimpulan

Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas


dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak
relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik
untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan
pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru
menggunakan teknologi.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya
teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan
dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang
diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih
berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti
persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat,
berwacana, berkonteks dan refelektif.
Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan
yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah
bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada
pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.
Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang
baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah
mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang
digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam
usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu
berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan
teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih
daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis
teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang
mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya
mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak
memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang
kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan
teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh
digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang
diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Rujukan:
2) Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3) Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics
Education. Prentice Itall Inc. A
4) Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New Jersey 07632
5) Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary Cataloguing in
Publication Data.

6) Nota-nota Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor

7) Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia :


Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur

8) Sulaiman Hashim (1996), “Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the


National Symposium on Educational Computing, USM : MCCE

9) Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia,
Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan
Malaysia

10) Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran,


DBP, Kuala Lumpur

11) Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics


classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 – 652, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

12) NCTM (1989), Curiculum and Evaluations Standards For School


Mathematics, New York.

13) Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The Computer
Teacher, 20(3), 57 –58

14) Roger M. Garrett, (1984), Education and Development,New York

15) Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational Change With Consent,
Issues in Education, London

16) Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur.

17) Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric


Reasoning With Geometer’s Sketchpad, Key Kurikulum Press

You might also like