You are on page 1of 26

1

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada subjek matematik dan
penyelesaian masalah matematik, tentang apakah pernyataan masalah yang diutarakan
oleh penyelidik, juga mengenai persoalan kajian berdasarkan daripada pernyataan
masalah. Hipotesis kajian juga turut dibincangkan di dalam bab ini. Selain itu dalam bab
ini penyelidik akan menghuraikan mengenai kesignifikan kajian yang dijalankan dan
apakah sebabnya penyelidik tertarik untuk membuat penyelidikan tentang perkara
tersebut. Akhir sekali dalam bab ini penyelidik akan menyatakan tentang batasan kajian
serta kekangan yang dihadapi.

1.1 Pengenalan
Subjek matematik merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia
adalah mata pelajaran teras sama ada di sekolah rendah mahupun menengah di seluruh
negara. Pendidikan matematik ini bermatlamat agar murid-murid dapat menguasai
kemahiran matematik serta konsep asas matematik sejak mereka di bangku sekolah
rendah lagi. Matlamat ini perlu dicapai oleh setiap pelajar supaya mereka tidak
menghadapi kesukaran apabila ke sekolah menengah nanti. Apabila melangkah ke
sekolah menengah, sukatan pelajaran lebih susah dan mencabar lagi.
Justeru itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah diperkenalkan
pada tahun 1983 dan lanjutan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada 1989 yang digubal turut memberi fokus kepada keseimbangan di antara kefahaman
konsep dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah serta membina cara pemikiran
logik, mantik, kritis dan kreatif (Nik Aziz Nik Pa, 1992, dalam Ismail Raduan, 1995,
m.s.138). Penggubalan KBSM adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kesepaduan
unsur-unsur intelek, rohani, emosi jasmani serta Pendidikan seumur hidup. Kurikulum
matematik ini turut memberi tumpuan terhadap pengukuhan serta penguasaan operasi
asas dan kemahiran penyelesaian masalah.
Menurut Lilia Abdullah (1989, dalam Heng Ah Bee & Norbisham Had, 2002, m.s.
95), mata pelajaran matematik pada amnya adalah susah kerana ia berkait dengan
hubungan abstrak, akan tetapi ada sesetengah bahagian yang mudah kerana ia berkait
dengan manipulasi simbol. Subjek matematik merupakan subjek yang bertumpu kepada
penguasaan kemahiran di mana seseorang itu perlu menguasai sesuatu kemahiran
sebelum mereka menguasai kemahiran yang lain. Oleh itu pelajar perlu menguasai setiap
kemahiran di dalam proses pembelajaran, termasuklah kemahiran penyelesaian masalah
matematik.
Ini membuktikan bahawa kemahiran penyelesaian masalah matematik merupakan
satu perkara yang perlu diberi penekanan di dalam pembelajaran matematik selain ia
menjadi asas di dalam kehidupan seharian kita. Penyelesaian masalah ini dapat membantu
kita mempelajari dan berfikir tentang masalah yang dikemukakan dan dikaitkan dengan
situasi yang sebenar. Seseorang pelajar akan dapat mengetahui bagaimana memindahkan
pengetahuan yang diperolehi kepada situasi yang sebenar. Oleh itu, pembelajaran
penyelesaian masalah yang dianggap sukar oleh murid-murid perlu dijadikan sesuatu
yang menyeronokkan supaya dapat menarik perhatian murid-murid untuk meminatinya.
2

Selain itu, Program Matematik KBSR juga bertujuan untuk membimbing murid-
murid agar dapat menguasai kemahiran asas mengira iaitu operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi. Manakala penyelesaian masalah di dalam matematik pula merentasi semua
tajuk di dalam sukatan pelajaran yang turut memberi tumpuan kepada pemahaman dan
aplikasi proses mengira yang asas dalam kehidupan seharian.

1.2 Pernyataan Masalah


Murid-murid yang memperolehi pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan mempunyai
peluang yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Marrison
(1971, dalam Adam Saif & Azhar Zahidi, 2002, m.s. 3), menyatakan bahawa,

“Pencapaian akademik yang tinggi bagi seseorang


pelajar merupakan satu kebanggaan dan harapan iaitu
bukan sahaja kepada sekolah dan ibu bapa tetapi juga
terhadap murid itu sendiri. Ini selaras dengan matlamat
asas pendidikan formal iaitu untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akademik”.

Berdasarkan kenyataan di atas, kejayaan di bidang akademik amat penting bagi seseorang
pelajar kerana ia akan menjamin masa depan mererka. Oleh itu, pelbagai langkah perlu
diatur agar murid-murid dapat menguasai setiap topik dan kemahiran yang diajar bagi
menjamin kecemerlangan mereka.
Kita juga sering mendengar keluhan, rungutan dan komen daripada guru-guru
tentang kelemahan pelajar-pelajar dalam menyelesaikan soalan yang berkaitan
penyelesaian masalah matematik. Justeru sudah menjadi tanggung jawab semua pihak
untuk mencari jalan penyelesaian bagi meninggikan lagi mutu pendidikan matematik di
kalangan pelajar.
Penyelesaian masalah dalam matematik merupakan idea-idea atau konsep-konsep
matematik yang disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa matematik.
Cerita tersebut adalah berkisar sekitar keadaan kehidupan sebenar atau keadaan sekeliling
pelajar. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak bagi pembelajaran matematik.
Penyelesaian masalah disifatkan sebagai segala yang dilakukan oleh seseorang individu
apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terdapat satu jalan penyelesaian yang nyata.
Pelajar harus berfikir, membuat keputusan dan memikirkan strategi-strategi yang sesuai
bagi mencari jalan keluar.
Krulik dan Rudnik (1980, dalam Mohd Johan Zakaria, 2002, m.s. 128),
mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai satu proses di mana seseorang individu
akan menggunakan kemahiran serta pemahamannya yang lepas untuk mencari
penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dihadapi.
Penyelidik ingin mengenal pasti apakah hubungan sikap pelajar dengan kemahiran
murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik di SM Sultan Alauddin Riayat
Shah 1, Pagoh Muar, Johor. Faktor yang dijangkakan menyumbang kepada kelemahan
murid adalah berkaitan dengan sikap mereka. Namun sejauh mana kesahihannya, maka
sudah menjadi tanggungjawab penyelidik bagi mempastikannya.
3

1.3 Soalan dan Hipotesis Kajian

Persoalan:
Adakah terdapat hubungan di antara sikap pelajar dengan kemahiran di dalam
penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajar Tingkatan 2?

Hipotesis:
Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor sikap dengan kemahiran penyelesaian
masalah matematik di kalangan pelajar Tingkatan 2.

1.4 Kesignifikan Kajian


Penyelidik berharap agar dengan adanya maklumat ini, guru matematik dapat merancang
pengajaran penyelesaian masalah dengan berkesan serta dapat menggunakan strategi yang
pelbagai. Dapatan ini penting kepada guru matematik kerana dengan adanya maklumat
ini, guru tersebut akan menyedari kemampuan muridnya di dalam menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah matematik.
Hasil daripada kajian ini diharapkan agar guru matematik di sekolah tersebut
dapat mengenal pasti segala faktor yang mempengaruhi masalah ini dan mengorak
langkah mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan tahap keupayaan murid dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik berayat.
Guru juga boleh merancang aktiviti kumpulan dengan memperkenalkan kaedah
pembelajaran koperatif agar guru dapat melihat dengan jelas sikap yang ditonjolkan oleh
murid di dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Sekiranya murid menunjukkan sikap
yang positif terhadap pembelajaran, di mana mereka mengambil bahagian di dalam
aktiviti kumpulan yang dirancangkan, guru seharusnya dapat mengambil peluang ini
untuk mempermudahkan langkah pengajaran berpandukan langkah penyelesaian seperti
yang disarankan oleh Polya (1957, dalam Noor Shah Saad, 2002, m.s.148).
Dapatan ini juga boleh digunakan oleh guru matematik bagi memudahkan mereka
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran supaya ia sesuai dengan kebolehan
murid. Di samping itu guru matematik turut boleh mengenal pasti tahap kemahiran
murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik.
Murid-murid juga diharapkan agar dapat mengubah persepsi mereka terhadap
soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik yang dikatakan susah. Kesukaran ini
adalah disebabkan mereka tidak tahu dan kurang didedahkan dengan teknik
menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid-murid perlu mengubah
sikap mereka agar rajin membuat latih tubi bagi membantu dan memudahkan mereka
memahami segala persoalan yang ditimbulkan di dalam soalan tersebut.
Menerusi kajian ini, adalah diharapkan agar satu penjelasan tentang apakah
kelemahan murid dari aspek langkah-langkah penyelesaian masalah dan sikap mereka
terhadap soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik akan diperolehi. Analisis
kelemahan ini akan dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan murid dan
mengambil tindakan yang sesuai dengan kesilapan yang telah dilakukan.

1.5 Batasan Kajian


Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada pelajar Tingkatan 2 yang melibatkan seramai
40 orang responden. Kajian ini hanya bertumpu kepada hubungan di antara sikap pelajar
4

dengan kemahiran mereka menyelesaikan masalah matematik. Penyelidik telah


memberikan satu set ujian kemahiran penyelesaian masalah matematik dan satu set soal
selidik kepada responden bagi mendapatkan maklumat tentang kemahiran mereka
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik dan sikap mereka terhadapnya.
Walaupun begitu terdapat juga kekangan yang terpaksa dihadapi oleh penyelidik
di dalam proses menjalankan kajian ini. Memandangkan murid di sekolah tersebut baru
selesai menjalani peperiksaan akhir tahun, beberapa orang responden nampak kurang
bersemangat untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik kerana mereka
menganggap peperiksaan telah tamat. Mungkin juga terdapat responden yang tidak
memberikan jawapan dengan jujur di dalam soal selidik dan ini sedikit sebanyak akan
menjejaskan keputusan yang diperolehi. Penyelidik sendiri beberapa kali menegaskan
kejujuran penting di dalam menjawab soal selidik. Responden tidak dibenarkan sama
sekali berbincang di antara satu sama lain semasa menjawab. Mereka sentiasa diingatkan
bahawa tidak ada jawapan yang betul bagi setiap item soal selidik. Kekangan masa turut
menjadi faktor yang membataskan kajian ini daripada menyentuh isu-isu lain dan kajian
ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja tidak semua sekolah di Johor.
5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Bab ini akan membincangkan tentang kajian-kajian yang telah dibuat berkaitan dengan
sikap pelajar oleh tokoh-tokoh psikologi dan penyelidik-penyelidik lain. Bab ini juga
akan menyatakan perihal penyelesaian masalah matematik secara umum. Ini termasuk
pengertian penyelesaian masalah, pendekatan yang digunakan oleh guru serta gaya murid
belajar, sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah matematik juga kegagalan murid
dalam matematik serta kesimpulan berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah dilakukan.

2.1 Pengenalan Terhadap Penyelesaian Masalah Matematik


Menurut Noor Shah Saad (2001, m.s. 147), penyelesaian masalah merupakan satu proses
yang terancang untuk mencapai matlamat yang tidak mungkin dicapai dengan segera
dalam sesuatu masalah. Proses ini memerlukan pengetahuan dan pengalaman, serta
membabitkan penggunaan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah
secara praktis. Ia bertujuan untuk mengatasi halangan yang tertentu. Para pelajar perlu
menjalankan beberapa aktiviti khusus seperti menerima cabaran, menjelaskan tujuan,
mentafsir, menjalankan perancangan dan menyemak semula jawapan yang diperolehi
supaya tujuan ini tercapai. Terdapat tiga konsep dalam penyelesaian masalah iaitu
heuristik, strategi dan algoritma di mana ketiga-tiga konsep ini berbeza tetapi mempunyai
perkaitan di antara satu sama lain.
Szetela dan Nico (1992, dalam Adam Saif & Azhar Zahidi, 2002, m.s. 14), telah
menyatakan bahawa penyelesaian masalah ialah satu proses menghadapi sesuatu situasi
baru, membentuk hubungan, mengenal pasti tujuan dan seseorang individu berminat
untuk menyelesaikannya.
Sehubungan dengan itu, ahli psikologi Amerika, Gagne (1964, dalam Ramlah
Jantan & Mahani Razali, 2002, m.s. 116), telah mengemukakan lapan hirarki aras
pembelajaran. Gagne (1964), berpendapat sesuatu pembelajaran itu bergerak daripada
aras yang paling mudah kepada yang lebih kompleks. Lapan aras yang dikemukakan
oleh Gagne itu termasuklah penyelesaian masalah. Gagne telah meletakkan penyelesaian
masalah pada aras yang ke lapan iaitu yang paling tinggi. Ini kerana bagi beliau sesuatu
pembelajaran itu hanya akan tercapai sekiranya seseorang pelajar itu menguasai
pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Pembelajaran penyelesaian masalah ini akan
melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep-konsep berkaitan serta
hokum-hukum untuk menyelesaikan masalah di dalam situasi baru.
Bedasarkan pendapat yang diketengahkan oleh Gagne, pembelajaran peringkat
awal itu amat penting kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran yang seterusnya.
Pembelajaran peringkat awal bagi subjek matematik adalah berkait dengan fakta-fakta
asas matematik, konsep-konsep tertentu yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar kerana
tanpa asas dan konsep tersebut, mereka tidak boleh menguasai matematik dengan baik
sehinggalah ke peringkat menengah nanti.

2.2 Kaedah Pengajaran Guru dan Gaya Pembelajaran Murid


Kegagalan murid menguasai kemahiran matematik banyak bergantung kepada gaya
mereka belajar dan kaedah guru matematik menyampaikan pengajarannya. Sekiranya
6

cara murid itu belajar dapat disesuaikan dengan gaya guru mengajar, sudah pasti prestasi
murid itu akan meningkat. (Dunn & Prise, 1977, dalam Mohd. Johan Zakaria, 2002,
m.s.127). Biggs (1993, dalam Mohd. Johan Zakaria, 2002, m.s.127), pula berpendapat
bahawa kebanyakan murid lebih gemar menggunakan teknik hafalan untuk mengingat
sesuatu. Bagi soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat, pengetahuan prosedur amat
penting, di samping kefahaman tentang fakta matematik supaya dapat digunakan apabila
hendak menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik berbentuk ayat.
Dua pandangan yang diutarakan di atas, ternyata berbeza dari segi cara atau
pendekatan yang digunakan oleh murid-murid untuk menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah matematik. Biggs (1993), lebih menekankan kepada pengetahuan
fakta dan prosedur, sedangkan Dunn dan Prise (1977), lebih berminat mengenengahkan
aspek gaya pembelajaran murid.
Kedua-dua pendapat tersebut penting dan boleh memberi kesan terhadap
penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Sekiranya guru gagal
mempersembahkan gaya pembelajaran dengan baik, murid-murid sukar untuk memahami
apa yang ingin disampaikan oleh guru. Ini menyebabkan mereka tidak memahami dan
akhirnya murid-murid tidak boleh menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah
yang diberikan. Oleh itu pendekatan belajar yang diamalkan oleh murid haruslah selari
dengan kebolehan mereka menyelesaikan masalah.
Pengetahuan prosedur juga penting di dalam usaha seseorang untuk menguasai
pembelajaran kemahiran penyelesaian masalah matematik. Murid-murid perlu diberikan
langkah-langkah penyelesaian masalah matematik yang perlu diikuti bagi memudahkan
mereka mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Mereka juga boleh menggunakan
pengetahuan tersebut dalam apa jua bentuk penyelesaian masalah yang diutarakan.
Sekiranya murid-murid tidak didedahkan dengan pengetahuan prosedur, mereka akan
tercari-cari cara untuk menyelesaikannya dan tidak tahu bagaimana hendak
memulakannya.
Peranan guru itu penting terutama di dalam gaya pengajaran yang ditonjolkan,
malah para guru seharusnya dapat memberikan penerangan dan penjelasan yang mudah
difahami dan diikuti oleh murid-murid. Jika kurang arif tentang topik yang diajar,
tambahan pula tiada pengalaman mengajar matematik, guru akan menghadapi masalah
untuk menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada murid, lebih-lebih lagi bagi murid
yang agak lambat penerimaannya. Apabila murid tidak faham, guru seharusnya dapat
mengulang semula dan sebaik-baiknya menggunakan pendekatan yang berbeza pula.
Semuanya ini perlukan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang mencukupi bagi seseorang
guru untuk membolehkan murid-murid memahami apa yang disampaikan.
Guru seharusnya mempunyai satu perancangan yang rapi, lengkap dan
bersistematik bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Sekiranya guru-guru tidak membuat persediaan yang mencukupi, maka mereka tidak
dapat menyampaikannya dengan berkesan. Ada di kalangan guru yang bergantung seratus
peratus kepada buku teks tanpa mengubahsuainya mengikut kehendak dan kemampuan
pelajar. Guru seharusnya dapat menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi
membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan berkesan.
Pengaruh guru yang berkesan hanya dapat dihasilkan jika guru dapat menguasai
isi-isi pelajaran yang hendak diajar, mempunyai minat dan kesungguhan dalam
pengajaran, menggunakan bahan bantu mengajar bukan sahaja yang sesuai malah boleh
7

menarik minat murid serta berkemahiran dan berkebolehan menggunakan pelbagai


strategi pengajaran khususnya di dalam mengajar topik penyelesaian masalah matematik.
Walaupun KBSM telah lama dilaksanakan, namun gaya dan amalan pengajaran
guru masih di tahap lama iaitu mengikut cara tradisional, iaitu pengajaran banyak
berpusatkan guru ( Abdul Razak & Saw Kian Swa, 1996, dalam Norazila Ariff &
Norazlina Yusop, 2003, m.s. 13). Ini bermakna hanya guru yang terlibat di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, manakala murid hanya menjadi pendengar yang setia
sahaja tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti. Pendekatan tersebut kurang sesuai di
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam era KBSM yang lebih
menekankan kepada pembelajaran berpusatkan murid khususnya penyelesaian masalah
matematik kerana topik tersebut memerlukan murid melaluinya sendiri dengan mencuba
membuat latihan supaya murid lebih faham dan dapat menguasainya dengan lebih
mendalam.
Rayans (1960, dalam Khoo Hock Seng, 2001, m.s. 6) pula berpendapat
pengajaran guru yang berkesan dapat ditentukan apabila guru mengajar dengan cara yang
cenderung kepada perkembangan kemahiran asas dan mempunyai kualiti positif dari segi
penguasaan isi pelajaran, tabiat bekerja, penilaian dan penyesuaian diri dengan murid-
murid. Apabila guru dapat menyesuaikan diri dan merapati murid-murid, ia sebenarnya
lebih memudahkan guru menyelami hati murid dan dapat mengetahui murid mana yang
menghadapi masalah di dalam pembelajaran penyelesaian masalah. Begitu juga bagi
pihak murid-murid, mereka juga tidak akan berasa malu untuk menyuarakan isi hati
mereka terutama bagi yang belum dapat menguasainya.
Justeru itu, tugas guru untuk memberi kefahaman kepada murid terhadap teknik
penyelesaian masalah matematik seharusnya dapat disesuaikan dengan pendekatan
belajar yang diamalkan oleh murid itu. Pengetahuan tentang fakta juga penting bagi
membolehkan mereka menggunakan fakta dengan betul di dalam menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah matematik. Guru perlu menguasai kesemua fakta, konsep dan
rumus-rumus matematik dengan mendalam bagi memudahkan mereka menyampaikannya
kepada murid mengikut tahap kemampuan murid-murid agar kesemua murid dapat
menguasainya. Penguasaan konsep dan fakta adalah penting di dalam penyelesaian
masalah matematik kerana penggunaan fakta yang kurang tepat di dalam menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah matematik akan mengundang jawapan yang kurang tepat.

2.3 Sikap Murid Terhadap Penyelesaian Masalah Matematik


Eisenhaide (1997, dalam Liza Abdul Manap & Aspalaila Mohamad, 2003, m.s. 14),
dalam kajiannya telah mendapati bahawa sikap merupakan faktor yang amat berkaitan
dengan pencapaian akademik seseorang pelajar. Pendapat beliau turut disokong oleh
Saevi (1951), yang mendapati terdapat hubungan di antara sikap dengan daya pencapaian
akal mereka yang rendah. Jika kita renungkan hasil kajian Saevi, bermakna sikap negatif
seseorang terhadap pembelajaran membawa kepada pencapaian tahap pemikiran akal
mereka yang rendah. Sikap mereka yang malas berfikir misalnya, tambahan pula tidak
suka mengambil tahu tentang cara-cara penyelesaian masalah matematik menyebabkan
mereka tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.
Pencapaian mereka di sekolah juga dapat membuktikan sikap malas mereka.
Murid-murid yang malas belajar, tidak membuat kerja rumah yang diberikan, suka
meniru hasil kerja rakan dan tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan diri, mereka
8

akan memperolehi keputusan yang kurang memuaskan berbanding dengan murid yang
rajin dan sentiasa berinisiatif. Oleh itu, sikap murid sendiri penting ke arah pencapaian
akal yang tinggi.
Azmi Ahmad (1992, dalam Kamal Khalid, Azizan Saaban & Sahubar Ali Mohd.
Nadhar Khan, 2002, m.s. 135), dalam beberapa kajiannya di UUM mendapati bahawa
terdapat juga sebahagian pelajar yang mempunyai latar belakang matematik yang lemah
di peringkat menengah menunjukkan prestasi yang lebih baik di peringkat universiti.
Beliau turut percaya bahawa sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik juga
mempengaruhi pencapaian matematik mereka. Bidin Yatin (1994) yang juga membuat
kajian di UUM mendapati bahawa walaupun seseorang pelajar itu mempunyai sikap
positif terhadap matematik, namun kebanyakan daripada mereka tidak berminat
mempelajari matematik.
Satu kajian tinjauan yang telah dibuat oleh Baharudin Omar, Kamarulzaman
Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002, m.s. 70), mengenai faktor kecemerlangan dan
kemunduran pelajar di sekolah menengah dalam matematik, pula mendapati pelajar yang
tidak berminat terhadap matematik akan mendapat markah yang rendah dalam ujian yang
dijalankan. Ini terbukti bahawa minat seseorang itu memainkan peranan penting dalam
menentukan pencapaian seseorang pelajar kerana hasil kajian yang dibuat mendapati
pelajar yang meminati matematik mendapat keputusan yang lebih baik berbanding
dengan pelajar yang tidak mempunyai minat terhadap matematik. Faktor minat yang
disebutkan itu sebenarnya sikap pelajar terhadap matematik termasuklah penyelesaian
masalah matematik.
Kamal Khalid, Azizan Saaban & Sahubar Ali Mohd Nadhar Khan (2002, m.s.
135), turut menekankan tentang tabiat dan sikap pelajar. Mereka berpendapat bahawa
tabiat dan sikap belajar matematik yang berkesan adalah penting bagi membolehkan
seseorang pelajar menguasai mata pelajaran matematik dengan mudah. Menurut mereka
lagi, telah terbukti bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran
matematik selalunya terdiri daripada pelajar yang mempunyai latih tubi yang mencukupi
bagi setiap aspek matematik berbanding dengan pelajar yang lemah. Ada pula penyelidik
matematik yang mencadangkan jika seseorang pelajar itu inginkan kejayaan yang
cemerlang di dalam matematik, mereka perlu membuat latihan sebanyak 200 soalan
dalam aspek matematik termasuklah soalan penyelesaian masalah matematik (Sistem
Kumon) dan memperuntukkan masa untuk matematik lebih kurang dua jam sehari.
Berdasarkan dapatan daripada penyelidikan yang dibuat oleh para penyelidik yang
disebutkan di atas, sikap pelajar sememangnya memainkan peranan penting di dalam
pencapaian mereka terhadap mata pelajaran matematik. Jika mereka bersikap “acuh tak
acuh” terhadap matematik, sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran penyelesaian
masalah matematik dengan berkesan. Pelajar perlu membuka minda mereka agar
bersikap positif seterusnya meminati mata pelajaran tersebut sekiranya mereka mahu
mendapat keputusan cemerlang seterusnya boleh menguasai kemahiran penyelesaian
masalah matematik.
Faktor minat dan sikap seseorang pelajar itu amat penting kerana tanpa minat
mereka tidak dapat menyelesaikan soalan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar perlu
mengubah persepsi mereka terhadap soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah.
Mereka perlu mencuba terlebih dahulu terutama soalan-soalan yang mudah bagi
membiasakan diri mereka dengan soalan tersebut. Sekiranya mereka sering mencuba,
9

lama kelamaan mereka akan mahir di dalam menyelesaikannya dan dari situ boleh
menimbulkan minat mereka terhadap soalan berbentuk penyelesaian masalah yang pada
asalnya dikatakan susah.

2.4 Kegagalan Pelajar Dalam Matematik


Menurut Robert (1968, dalam Ahmad Mahir Razali & Wan Fauziah Pawanteh, 2002,
m.s.61), punca utama yang membawa kepada kegagalan matematik ialah kelemahan
murid-murid di dalam menguasai fakta asas matematik. Kegagalan matematik yang
disebutkan itu termasuklah kegagalan menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian
masalah. Pendapat Robert (1968) itu turut disokong oleh Zarimah (2001, dalam Ahmad
Mahir Razali & Wan Fauziah Pawanteh, 2002, m.s. 61), iaitu penguasaan terhadap
kemahiran asas sangat mempengaruhi pencapaian murid-murid di dalam matematik. Dua
pandangan yang diutarakan di atas jelas menunjukkan kebanyakan pelajar yang lemah di
dalam matematik khasnya penyelesaian masalah matematik kerana mereka gagal
menguasai kemahiran asas matematik disebabkan semua soalan yang dikemukan akan
melibatkan sekurang-kurangnya satu daripada fakta asas tersebut.
Post dan Cramer (1987, dalam Mohd. Johan Zakaria, 2002, m.s. 127), menyatakan
kebanyakan murid di sekolah rendah menghadapi masalah apabila mereka hendak
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat kerana mereka tidak dapat
memahami kehendak soalan yang diberikan. Apabila seseorang murid tidak faham
kehendak soalan, pada kebiasaannya mereka akan gagal menentukan apakah operasi yang
patut digunakan di dalam sesuatu soalan penyelesaian masalah yang diberikan. Soalan-
soalan yang dikemukakan dalam bentuk cerita pula tidak dapat ditransformasikan di
dalam bentuk ayat matematik menyebabkan mereka sukar untuk menyelesaikannya.
Pendapat di atas ada kaitannya dengan satu laporan mengenai Kongres Ahli-ahli
Matematik Antarabangsa di Moscow (1966, dalam Mohamad Nasir Saludin, Sim Peng
Mui & Aeizaal Azman A. Wahab, 2002, m.s. 184) yang menyatakan;

“Kita menganggap penyelesaian masalah


sebagai aktiviti matematik asas. Aktiviti
matematik yang lain seperti pembinaan teori
dan pembentukan konsep adalah berasaskan
penyelesaian masalah”

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa penyelesaian masalah itu penting dan perlu
dikuasai oleh murid kerana ia merupakan aktiviti matematik yang asas.
Novak (1998, dalam Mohd. Johan Zakaria, 2002, m.s. 128) telah mengkaji teori
Ausubel dan mendapati bahawa pembelajaran seseorang individu dipengaruhi oleh dua
jenis pembelajaran iaitu pembelajaran bermakna dan pembelajaran hafalan. Menurut
beliau lagi, dalam pembelajaran bermakna, struktur kognitif memainkan peranan penting
iaitu untuk menentukan kualiti dan kuantiti dalam menyelesaikan masalah. Ia ditunjukkan
dalam pemetaan konsep dan dikukuhkan dengan alat-alat metakognitif serta akan
disimpan dalam ingatan masa panjang. Begitu juga dengan pembelajaran hafalan di mana
seseorang individu itu mudah lupa, fikiran sering terganggu dan tidak berupaya untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.
10

Walaupun kebanyakan murid dapat menyelesaikan masalah berbentuk ayat, tetapi


secara keseluruhannya masalah berayat sukar diselesaikan (Carpenter, Cummins &
Zweng (1980) dalam Mohd Johan Zakaria, 2002, m.s. 129). Cummins (1980), dalam
kajiannya di USA telah mendapati murid yang mendapat gred 1 boleh menyelesaikan satu
jenis pengiraan tetapi hanya 29 peratus daripada mereka dapat menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah berayat yang menggunakan pengiraan yang sama. Kemahiran
mengira merupakan satu faktor yang berkait dengan penyelesaian masalah berayat.
Kemahiran mengira ini hanya akan diperolehi daripada latih tubi yang banyak.
Walau bagaimanapun, kecekapan seseorang pelajar itu sebenarnya lebih penting
kerana ia akan menjamin diri mereka untuk mendapat ketepatan di dalam cara
penyelesaian masalah matematik.

2.5 Kesimpulan
Secara amnya, terdapat tiga aspek di dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik iaitu kemahiran mengira, pemahaman konsep dan penyelesaian masalah
matematik (Palanisamy, 1983, dalam Khoo Hock Seng, 2001, m.s. 7). Pendapat yang
diketengahkan itu jika diteliti dapat dikatakan bahawa ketiga-tiga aspek tersebut saling
berkaitan di antara satu sama lain. Penyelesaian masalah matematik hanya akan dapat
dikuasai setelah murid-murid boleh menguasai kemahiran mengira. Sekiranya murid-
murid masih lemah dalam mengira, mereka akan menghadapi kesukaran di dalam
menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik, walaupun soalan yang
asas dan mudah.
Penyelesaian masalah matematik merupakan aktiviti yang melibatkan masalah
berbentuk perkataan, ayat, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran matematik dalam
situasi sebenar. Penyelesaian masalah matematik membolehkan seseorang pelajar
menyelesaikan masalahnya dengan cara atau strategi yang tersendiri selain daripada
strategi yang disarankan. Guru memainkan peranan penting di dalam langkah untuk
membantu murid-murid menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik. Pelbagai
strategi perlu diatur bagi memudahkan murid-murid mengikutinya sesuai dengan
kemampuan masing-masing.
Pelajar yang mahukan kecemerlangan di dalam matematik dan penyelesaian
masalah matematik perlu mengorak langkah untuk berusaha memperbaiki pencapaian
mereka. Jika mereka tidak berusaha dan hanya berserah maka kecemerlangan tidak akan
menyebelahi mereka. Ini kerana kadangkala mereka yang tidak dapat menguasai konsep
itu bukan semua tidak pandai tetapi sikap mereka yang malas menyebabkan mereka
kurang mahir kerana latihan kurang mencukupi. Lantaran itu sikap seseorang sebenarnya
lebih penting bagi menjamin kejayaan yang mereka idam-idamkan.
11

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian yang dijalankan. Populasi dan
sampel yang digunakan bagi memperoleh data yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan turut dibincangkan. Bab ini turut menjelaskan tentang prosedur kajian
dan cara penganalisisan data yang diperolehi. Ini bersesuaian dengan pendapat yang
diutarakan oleh Syed Arabi Idid (1998, dalam Adam Saif & Azhar Zahidi, 2002, m.s. 22),
yang menyatakan setiap kajian yang hendak dilakukan seharusnya mempunyai
metodologi tertentu. Ia penting kerana pemilihan sesuatu metodologi yang tepat akan
membantu kejayaan sesuatu kajian yang dijalankan.

3.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif. Kajian yang menggunakan kaedah
tinjauan sampel ini telah dijalankan terhadap 40 orang pelajar Tingkatan 2. Tinjauan
sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji dan
sampel rawak digunakan bagi mewakili populasi. Ini kerana penyelidik mengalami
kesukaran untuk menggunakan seluruh ahli populasi di samping dapat menjimatkan kos.
Segala maklumat yang didapati bergantung sepenuhnya kepada sampel yang dipilih
secara rawak. Data diperolehi daripada pelajar melalui ujian kemahiran penyelesaian
masalah matematik dan soal selidik yang diberikan kepada mereka. Data yang telah
dipungut itu disemak dan dijumlahkan skor masing-masing, kemudian dimasukkan dan
diproses dengan menggunakan perisisan SPSS.

3.2 Populasi dan Sampel


Sampel yang dipilih terdiri daripada pelajar Tingkatan 2. Seramai 40 orang sampel dipilih
untuk kajian ini. Sampel tersebut dipilih secara rawak bersistematik. Sampel yang dipilih
adalah berdasarkan bilangan populasi seramai 160 orang. Penyelidik mengambil satu per-
empat daripada jumlah populasi untuk dijadikan sampel. Pemilihan rawak sistematik
ditentukan dengan memilih secara rawak daripada senarai nama semua pelajar Tingkatan
2 yang diberikan. Penyelidik memilih bilangan pelajar bemula daripada bilangan 1, 5, 9
dan seterusnya sehingga cukup 40 orang.
Penyelidik memilih untuk menggunakan kaedah pensampelan sistematik kerana
pelajar Tingkatan 2 sekolah tersebut dikelaskan mengikut tahap pencapaian berdasarkan
peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1 mereka. Pemilihan secara rawak sistematik ini dapat
memberi peluang kepada penyelidik memilih semua tahap pelajar tidak kira yang pandai
dan kurang pandai untuk menjadi sampel kajian, supaya hasil yang didapati akan
menggambarkan populasi sebenar.

3.3 Instrumen Kajian


Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan ujian penyelesaian masalah
matematik. Soal selidik digunakan untuk mengetahui skor sikap seseorang manakala
ujian penyelesaian masalah digunakan untuk mengetahui kemahiran murid-murid dalam
menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik.
12

Penyelidik memilih untuk menggunakan soal selidik daripada yang lainnya kerana
ia dapat memberi peluang kepada responden berfikir dahulu sebelum membulatkan
pendirian masing-masing di ruangan yang disediakan. Responden tidak perlu menjawab
secara spontan. Soal selidik juga dapat memberi ruang kepada responden menjawab
dengan jujur tanpa rasa malu kerana mereka tidak perlu menyatakan nama mereka pada
borang soal selidik. Pemilihan kaedah soal selidik juga dapat menjimatkan masa kerana
ia boleh ditadbirkan dalam satu masa secara serentak terhadap responden yang ramai.
Tambahan pula data yang diperolehi daripada soal selidik lebih mudah untuk dianalisis
dan ditafsir.
Sebelum penyelidikan sebenar dilakukan, penyelidik terlebih dahulu menjalankan
kajian rintis terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 SM
Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh Muar, Johor. Kajian rintis dijalankan bertujuan
untuk menguji kesahan serta kebolehpercayaan setiap item soal selidik dan ujian
kemahiran penyelesaian masalah matematik.
Kebolehpercayaan merupakan suatu alat pengukuran yang mana ia boleh
memberikan nilai yang sama apabila kita menguji sesuatu instrumen berulang kali. Nilai
pengukuran yang diperolehi tidak semestinya sama dengan nilai sebenar. Jika kita
mendapat perbezaan yang besar maka instrumen tersebut perlu digubal semula agar nilai
kebolehpercayaan dapat ditingkatkan. Bagi mengira pekali kebolehpercayaan setiap item
itu, penyelidik menggunakan kaedah Alpha Cronbach yang terdapat di dalam perisian
SPSS. Nilai pekali kebolepercayaan alpha yang diperolehi ialah sebanyak 0.9210.
Apabila sesuatu nilai pekali yang diperolehi melebihi 0.6, maka nilai kebolepercayaan
terhadap item itu tinggi. Instrumen tersebut boleh digunakan untuk menjalankan kajian
yang sebenar.

3.4 Prosedur Kajian


Sebelum kajian dijalankan, penyelidik perlu mendapatkan kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan terlebih dahulu dengan mengisi borang permohonan
menjalankan kajian. Setelah menerima surat kelulusan daripada kementerian, seterusnya
penyelidik perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri tempat
kajian hendak dibuat. Setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
barulah kajian boleh dijalankan di sekolah yang telah disebutkan.
Penyelidik seterusnya pergi ke SM Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh, Muar
Johor untuk mendapatkan data bagi membuat kajian. Instrumen kajian ditadbir dengan
mengumpulkan murid-murid yang telah dipilih secara rawak sistematik di dalam satu
kelas kosong dengan bantuan guru Tingkatan 2 sekolah tersebut. Apabila semua murid
telah berkumpul, penyelidik memberikan beberapa arahan dan penerangan untuk diikuti
semasa membuat ujian. Selepas itu barulah ujian kemahiran penyelesaian masalah
diedarkan kepada murid-murid tersebut. Masa satu jam diperuntukkan untuk menjawab
soalan yang diberikan supaya murid-murid dapat menjawab dengan baik. Setelah selesai,
murid diberi rehat selama lima belas minit sebelum diberikan borang soal selidik.
Sebelum borang soal selidik diedarkan, penyelidik terlebih dahulu memberikan beberapa
peringatan dan panduan untuk diikuti oleh responden. Masa diberikan untuk bahagian ini
sebanyak dua puluh minit.
Data dapat dikutip dalam sehari dengan kerjasama daripada guru Tingkatan 2
sekolah tersebut. Data tersebut dapat dikutip pada bulan Oktober 2003, sebaik saja pelajar
13

sekolah tersebut selesai menjalani peperiksaan akhir tahun. Sepanjang kajian dijalankan
di sekolah tersebut, penyelidik berhadapan dengan murid yang agak kurang berminat
untuk menjawab soalan terutama penyelesaian masalah memandangkan mereka baru
selesai menjalani peperiksaan akhir tahun pada hari sebelumnya. Walau bagaimanapun
penyelidik cuba menasihati mereka agar menjawab dengan baik dan jujur.

3.5 Analisis Data


Data yang telah dikutip dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS (Statistical
Package for Social Science). Skor sikap pelajar dijumlahkan terlebih dahulu. Sebanyak
30 item soal selidik diberikan kepada responden. Skor maksimum bagi sikap sebanyak
120, manakala skor minimumnya ialah 30. Sebanyak 15 soalan diberikan dalam ujian
kemahiran penyelesaian masalah matematik dan skor maksimum yang diberi sebanyak
100. Markah setiap item soal selidik yang diperolehi daripada responden dimasukkan ke
dalam komputer, diikuti dengan skor ujian kemahiran penyelesaian masalah.
Ujian Korelasi Pearson Momen digunakan di dalam penganalisisan data yang
dikutip. Pekali hasil darab Momen Pearson digunakan bagi mengukur keteguhan
hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu sikap dengan ujian pencapaian. Pekali
korelasi hasil darab Pearson boleh mengambil sebarang nilai di antara –1 hingga +1. Jika
pekali yang diperolehi bernilai 1, sama ada positif atau negatif, ia menunjukkan
hubungannya sempurna, begitu juga dengan nilai pekali yang hampir dengan nilai
tesebut, hubungan di antara pemboleh ubahnya dikatakan sangat teguh.
Nilai pekali sifar pula menunjukkan tidak wujud hubungan linear tetapi
berkemungkinan wujud hubungan tidak linear yang teguh di antara kedua-dua pemboleh
ubah yang dikaji. Pekali korelasi yang menghampiri sifar menunjukkan hubungan di
antara pemboleh ubah yang dikaji sangat lemah. Sekiranya pekali korelasi yang didapati
bernilai positif, menunjukkan hubungannya mengikut arah yang sama. Jika nilai
pekalinya negatif yang signifikan, maka hubungannya adalah berlawanan. Sekiranya
nilai-nilai pekalinya negatif yang tidak signifikan, bermakna tiada apa-apa hubungan.
Semakin besar nilai pekali korelasi yang didapati, maka hubungan dengan pemboleh
ubah yang dikaji semakin kuat.
14

RUJUKAN

Adam Saif & Azhar Zahidi (2002). Masalah-Masalah Yang Mempengaruhi Pencapaian
Matematik Tambahan. Satu Kajian Terhadap Pelajar-Pelajar Tingkatan 5. Tesis Ijazah
Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ahmad Mahir Razali & Wan Fauziah Pawanteh (200 2). Kemahiran Matematik Melalui
Penilaian Berperingkat : Kajian Kes di Dua Buah Sekolah Menengah Dalam Daerah
Kuala Selangor. Dalam Prosiding Kebangsaan Pendidikan Matematik (m.s. 59-69).
Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin & Nordin Mamat (2002). Faktor
Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah Dalam Matematik :
Satu Kajian Tinjauan. Dalam Prosiding Kebangsaan Pendidikan Matematik (m.s. 70-80).
Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Heng Ah Bee & Norbisham Had (2002).Memperbaiki Kemahiran Menyelesaikan
Persamaan Linear Satu Anu Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4. Dalam Prosiding
Kebangsaan Pendidikan Matematik (m.s. 95). Tanjong Malim : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Ismail Raduan (1995). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik di Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Akademik
MPKT, ix, 137-138.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah – Matematik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Khoo Hock Seng (2001). Kajian Mengenai Tahap Kemahiran Penyelesaian Masalah
Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu di SMK Tinggi St. David Melaka. Tesis
Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim Poh Moi (1998). Masalah dan Sikap Murid-Murid Tahun Lima Terhadap
Penyelesaian Matematik KBSR : Satu Kajian di SRB ST. Faith Kenyalang, Kuching.
Diperoleh Julai 1, 2003 daripada http//219.93/mpbl/mpb/web/Research/1998_03_Lim.htm.
Mohamad Nasir Saludin, Sim Peng Mui & Aeizaal Azman A. Wahab (2002). Pengaruh
Bahasa ke atas Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik. Dalam Prosiding
Kebangsaan Pendidikan Matematik (m.s. 182-190). Tanjong Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Johan Zakaria (2002). Pendekatan Belajar dan Perkaitannya dengan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah Matematik Bagi Tajuk “Pecahan” Murid Tahun Lima
Sekolah Rendah. Dalam Prosiding Kebangsaan Pendidikan Matematik (m.s. 126-134).
Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Khairuddin Mohd. Taib (1992). Penyelesaian Masalah Dalam Matematik KBSR.
Kuala Lumpur : Unit Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
15

Mohd. Rais Selamat (tahun tidak dinyatakan). Visualisasi Sebagai Satu Teknik
Pengajaran Matematik. Diperoleh Julai 5, 2003 daripada http://www.geocities.
com/kump_kon/visualisasi.html.
Noor Shah Saad (2002). Teori dan Perkaedahan Matematik Siri 1. Petaling Jaya :
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan
Kaedah Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Tingkatan 1
Dalam Pembelajaran Matematik :Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan,
Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari.
McGraw – Hill : Malaysia Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tesis).
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
16

LAMPIRAN A

Soal Selidik

Arahan : Bagi setiap pernyataan di bawah sila bulatkan pilihan yang secocok dengan
anda dengan menggunakan skala berikut :
1. Sangat Tidak Setuju ( STS )
2. Tidak Setuju ( TS )
3. Setuju ( S )
4. Sangat Setuju ( SS )

STS TS S SS

1. Saya suka menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4

2. Saya tidak suka mencuba menyelesaikan soalan penyelesaian masalah


matematik kerana ia membosankan. 1 2 3 4

3. Saya jarang mencuba membuat latihan penyelesaian masalah


yang diberikan. 1 2 3 4

4. Saya berasa putus asa jika gagal menyelesaikan soalan


penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4

5. Saya tidak suka berbincang dengan rakan jika tidak dapat menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah matematik . 1 2 3 4

6. Saya suka bertanya guru jika tidak tahu menyelesaikan


soalan penyelesaian masalah. 1 2 3 4

7. Saya hanya suka menjawab soalan penyelesaian masalah


yang pendek. 1 2 3 4

8. Saya suka berbincang dengan rakan apabila hendak


menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik yang sukar 1 2 3 4

9. Saya akan cuba memahamkan apa yang dikehendaki dalam soalan


penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4

10. Saya selalu dipaksa oleh ibu bapa untuk membuat latihan soalan
penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4
17

11. Saya suka membimbing rakan yang kurang faham untuk


menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4

12. Saya selalu dapat menyelesaikan soalan penyelesaian


masalah . 1 2 3 4

13. Saya menganggap soalan penyelesaian masalah adalah soalan


yang sukar 1 2 3 4

14. Saya suka menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik


di papan hijau jika disuruh oleh guru. 1 2 3 4

15. Saya selalu mengulang kaji soalan-soalan yang


berbentuk penyelesaian masalah. 1 2 3 4

16. Saya tidak memberi perhatian semasa guru mengajar topik yang
melibatkan penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4

17. Saya tidak akan berhenti menyelesaikan masalah sehinggalah


saya mendapat jawapannya. 1 2 3 4

18. Saya suka menyiapkan kerja rumah yang ada topik


penyelesaian masalah matematik 1 2 3 4

19. Saya suka mencuba menyelesaikan soalan penyelesaian


masalah yang panjang. 1 2 3 4

20. Saya tidak pernah meniru jawapan penyelesaian masalah yang


dibuat oleh rakan . 1 2 3 4

21. Saya tetap mencuba soalan penyelesaian masalah walaupun


mengambil masa yang lama. 1 2 3 4

22. Saya mahir dalam menjawab soalan penyelesaian


masalah kerana saya rajin membuat latihan. 1 2 3 4

23. Saya akan memberi perhatian sepenuhnya apabila guru


mengajar topik yang melibatkan penyelesaian masalah
matematik. 1 2 3 4

24. Saya boleh menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah


yang melibatkan lebih daripada satu operasi. 1 2 3 4
18

25. Sikap tidak minat saya menyebabkan saya lemah dalam penyelesaian
masalah harian matematik 1 2 3 4

26. Saya rasa seronok menyelesaikan soalan penyelesaian masalah


matematik kerana soalannya mencabar. 1 2 3 4

27. Apabila guru tidak ada di kelas, saya akan menggunakan masa tersebut
untuk membuat soalan penyelesaian masalah matematik. 1 2 3 4

28. Saya akan mempastikan operasi yang betul digunakan di dalam


soalan penyelesaian masalah . 1 2 3 4

29. Apabila diberi latihan penyelesaian masalah matematik, saya


selalu buat sebarangan untuk menyiapkan latihan. 1 2 3 4

30. Saya hanya menyiapkan kerja rumah apabila dipaksa oleh guru. 1 2 3 4
19

LAMPIRAN B

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

(1) Tapak bangunan sekolah Chee Wen yang berbentuk segi empat sama
berukuran 316 m setiap sisi. Berapakah luas tapak bangunan itu?

(2) Sebuah kumpulan pelancong terdiri daripada 15 orang, di mana masing-


masing membawa muatan tambahan 15 kg. Jika bayaran yang dikenakan ke
atas lebihan muatan ialah 15 ringgit bagi setiap kg tambahan, maka jumlah
bayaran tambahan yang perlu dibayar kumpulan pelancong itu ialah

(3) Sebuah kotak berbentuk kubus dengan panjang sisi 10.2cm diisi dengan 500
biji guli. Jika isi padu setiap guli ialah 2 cm3, hitung isi padu ruang kosong di
dalam kotak itu?
20

(4) 512m3 air diperlukan untuk mengisi penuh sebuah tangki air yang
berbentuk kubus. Berapakah panjang setiap sisi tangki itu?

(5) Jalil membeli x kampit beras, di mana setiap kampit mengandungi y kg beras.
Jika jumlah yang dibayarnya untuk x kampit beras itu ialah z ringgit, hitung
harga satu kilogram beras.

(6) N pelajar menyertai acara lompat jauh, manakala M pelajar menyertai


acara lompat tinggi.Tambang bas dari sekolah ke stadium ialah p ringgit
seorang dan tambang teksi ialah q ringgit seorang. Jika semua peserta
lompat jauh menaiki bas, manakala semua peserta lompat tinggi menaiki
teksi, berapakah jumlah bayaran tambang yang dibayar oleh pelajar-pelajar
itu?

(7) Jika V2 + 11v – 12 = (v + a) (v + b), maka nilai yang mungkin bagi a dan b
ialah
21

(8) Haris membeli k biji durian dengan harga 3 ringgit sebiji dan h biji tembikai
dengan harga 4 ringgit sebiji. Jika dia menjual semula durian dengan harga
4 ringgit sebiji dan tembikai dengan harga 6 ringgit sebiji, berapakah jumlah
keuntungan yang diperolehinya?

(9) Lebar sekeping tanah berbentuk segi empat tepat ialah L meter. Panjangnya
pula ialah 2 meter lebih daripada lebarnya. Jika perimeter tanah itu ialah
128 meter, bentukkan satu Persamaan linear dengan anu L.

(10) Suatu nombor didarab dengan 3 dan kemudian ditambah kepada 4. Apabila
nilai yang diperoleh itu dibahagikan dengan 2, didapati nombor asal
diperoleh kembali. Apakah nombor itu?
22

(11) Umur Puan Chia pada tahun ini ialah empat kali umur anaknya. Jika tiga
tahun yang lalu, jumlah umur Puan Chia dan anaknya ialah 29 tahun,
berapakah umur Puan Chia pada tahun ini?

(12) Jisim seorang pelajar ialah 45 kg, manakala jisim sebuah buku matematiknya
ialah 900 kg. Berapakah nisbah jisim pelajar itu kepada jisim buku
matematiknya?

(13) Sebatang kayu dikerat kepada dua bahagian mengikut nisbah 5 : 8. Apakah
nisbah bahagian yang pendek kepada panjang asal kayu?
23

(14) Dalam suatu ujian matematik, nisbah markah yang diperoleh Rahman kepada
markah yang diperoleh Zuraidah ialah 9 : 8. Jika jumlah markah yang
diperoleh kedua-dua pelajar itu ialah 136, berapakah markah yang
diperoleh Rahman?

(15) Bilangan hari hujan turun dalam bulan Januari, Februari dan Mac adalah
dalam nisbah 2 : 3 : 5. Jika jumlah hari hujan dalam tempoh masa tiga
bulan itu ialah 40 hari, hitung bilangan hari hujan turun dalam bulan Februari.

LAMPIRAN C

Jadual Pelaksanaan Kajian


24

TARIKH AKTIVITI
4 – 19 Nov 05 Menerima tugasan untuk memulakan cadangan penyelidikan dan mula

memikirkan persoalan kajian untuk kajian yang akan dibuat.


20 Nov 05 Menerima penyelia untuk membantu cadangan penyelidikan.
21 Nov 03 – 4 Jan 06 Mencari bahan-bahan berkaitan dengan tajuk penyelidikan. Merangka

cadangan ringkas penyelidikan untuk dikemukakan kepada penyelia.


5 Jan 06 Berjumpa dengan penyelia untuk berbincang dan mengesahkan tajuk

penyelidikan. Penyelia mengesahkan tajuk penyelidikan.


6 Jan – 3 Feb 06 -Meneruskan cadangan penyelidikan dengan mengumpul bahan-bahan yang

berkaitan dengan tajuk penyelidikan.

- Mencari bahan di EPRD dan perpustakaan.

-Menyiapkan laporan bab 1, 2 dan 3.


4 Feb 06 - Berjumpa dengan penyelia buat kali kedua untuk mengemukakan cadangan

penyelidikan bagi bab 1, 2 dan 3.

- Penyelia memberi pendapat untuk membetulkan cadangan penyelidikan

tersebut
5 Feb – 9 Feb 06 Menulis cadangan penyelidikan sepenuhnya.
10 Feb 06 Menghantar cadangan penyelidikan sepenuhnya.
15 Feb 06 Menghantar cadangan penyelidikan kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan, KPM untuk meminta kebenaran menjalankan kajian

penyelidikan.
16 Mac 06 Pergi ke JPN Perak untuk mendapat kebenaran menjalankan kajian di

sekolah terlibat.
17 Mac 06 Pergi ke sekolah yang terlibat untuk meminta kebenaran dari tuan pengetua

sekolah menjalankan kajian penyelidikan di sekolah tersebut di samping

meninjau persekitaran sekolah.


18 – 21 Mac 06 Berbincang bersama guru matematik sekolah untuk meminta kerjasama

dalam melaksanakan kajian penyelidikan.


22 – 30 Mac 06 - Menentukan tarikh ujian untuk kajian.

- Membuat ujian ungkapan algebra kepada pelajar tingkatan 2. - - Membuat

pilihan partisipan untuk ditemu bual.


31 Mac – 7 Apr 06 - Membuat pertemuan dengan partisipan yang ingin ditemu bual dan

meminta kebenaran untuk menemu bual mereka.

- Memberi penerangan dan penjelasan kepada partisipan yang terlibat.


25

- Membuat temu janji bersam partisipan mengenai hari, waktu dan tempat

untuk menjalankan sesi temu bual.


8 – 25 Apr 06 Menganalisis jawapan yang diberikan oleh partisipan.
26 Apr 06 Meminta kebenaran untuk menjalankan sesi temu bual kali

kedua bersama partisipan yang sama untuk menentukan

kebolehpercayaan.

30 Apr 06 Menjalankan sesi temu bual buat kali kedua bersama partisipan

pertama. Kemudian, menjalankan sesi temu bual kali kedua

bersama partisipan kedua.

1 – 9 Mei 06 Menganalisis jawapan yang diberikan kali kedua oleh

partisipan.

10 – 31 Mei 06 Mentafsir dan menghuraikan jawapan partisipan bagi

persediaan menulis bab 4

1 – 27 Jun 06 Menyediakan penulisan bab 4

28 Jun 06 Berjumpa dengan penyelia untuk mendapatkan pendapat dan

pandangan terhadap penulisan bab 4.

29 Jun 04 – 4 Jul 06 Membetulkan penulisan bab 4.

5 Jul 06 Berjumpa dengan penyelia untuk mengemukakan penulisan

Bab 4.

6 – 18 Jul 06 Menulis bab 5

19 Jul 06 Mengemukakan penulisan bab 5 kepada penyelia untuk

meminta pendapat dan panduan.

20 – 25 Jul 06 Membetulkan penulisan bab 5.

26 Jul 06 Mengemukakan penulisan bab 5 yang telah diperbetulkan.

27 Jul – 15 Ogos 06 Mengemaskini laporan penyelidikan dari bab 1 hingga 5.

16 Ogos 06 Menghantar laporan penyelidikan yang lengkap kepada

penyelia untuk disemak.

17 Ogos – 5 Sept 06 Mencari penjilid dan menghantar laporan penyelidikan

kepada penjilid untuk dijilid.


26

6 – 19 Sept 06 Membuat persediaan untuk menghantar laporan penyelidikan

yang lengkap dan siap dijilid kepada penyelia.

LAMPIRAN D

Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA JUMLAH KOS


SEUNIT
1. Kertas A4 10 X RM 8.00 RM 80.00
2. Printer Cartridge 1 X RM 65.00 RM 65.00
3. Fotostat Bahan dan RM 50.00
Laporan Kajian
4. Buku catatan guru 1 X 5.00 RM 5.00
JUMLAH RM 200.00

You might also like