You are on page 1of 5

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan

mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan


Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20
bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).
Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di
Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di
Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan
warga tempatan.

· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan
diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa,
kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan
keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah
pelancong yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan


promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit)
di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-
cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.
Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia,
tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah
kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong
ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem
pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan
dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para
pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk
memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam
memberi layanan terbaik kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian,
jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu
bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan
pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan
tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara
ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh
besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya
di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan.
Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa
Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan
industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor
swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan
berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang
menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan,
pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan


pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri
pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak
kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga
harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam


hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang
keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan
pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup
diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan
kekuatan ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini
dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima
pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu
akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan
di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke


negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata
dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna
merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-
buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI


SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN
Bentuk muka bumi:
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth
lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:


Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf


lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian - kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /


jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.


Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan
asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya,
taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan
bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi
terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth
haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat
mudah berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai /
pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan
sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang
mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt
kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN


Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu
karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan
pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi
penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan
baru / membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin
keselamatan pelancong.

You might also like