You are on page 1of 4

WATAK-WATAK CERITA HUTAN

AKELA BAGHEERA ANAK GAJAH

MOWGLI ERENG SHERE KHAN

BALOO ITN KING

KAA
AKELA

Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan. Apabila


anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan
kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan
sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang
dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota
Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak
seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke
Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing,
Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-
ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya
bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh
anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari
belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak
layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul
perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah
bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur
bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli.

Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang
Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-
undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang
Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan
mengajar Mowgli.

Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi,
Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia
tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh
ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan.

Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila


mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi
beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja
di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak
diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka
memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.
MOWGLI

Mowgli Menjadi Anak Serigala

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau


tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang
yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama
Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap
mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong
kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang
tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui


mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.
Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api
yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong
kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak
jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari


guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba
dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak.
Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang
merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu
adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di
dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri
apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan
tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut
dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju
menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang
lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor
rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu
daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat
makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang
didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil
budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya
meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak
serigala di dalam hutan.
MOWGLI

Berguru Kepada Baloo

Bapa Serigala mengajar Mowgli dan saudara-


saudaranya yang lain segala rahsia hutan, mengenai segala
binatang dengan segala tabiatnya, mengenai tumbuh-tumbuhan
dan cuaca. Baloo pula mengajarnya Undang-undang Hutan
sementara Bagheera selalu bermain-main dengannya dan
memanjakannya.

Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli kerana dia lebih taat belajar
dan mesti pula mempelajari berbagai-bagai perkara yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma belajar
Undang-undang yang ada kena mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala saja. Selepas tahu sedikit
sebanyak mereka tak mahu belajar lagi.

Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan yang sebenarnya bukan
tempat hidup untuk manusia sepertinya. Jadi, Baloo mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang
baik serta merbahaya mengenainya. Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang
supaya Mowgli boleh berhubung dengan mereka dan dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman dan
damai.

Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan kumpulan lain daripada
kumpulannya sendiri kerana tiap binatang tidak boleh menceroboh kawasan yang bukan milik
kumpulannya.

"Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain," kata Baloo, "kita mestilah berkata
begini:'benarkanlah saya berburu di sini kerana saya lapar!' Binatang-binatang di kawasan itu akan
menjawab: 'Berburulah untuk mencari makan, bukan kerana hendak bersuka-suka'."

Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli selalu juga merasa jemu.
Apabila dia mulai jemu dan malas hendak belajar, Baloo memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap
datang memerhatikan Mowgli belajar kerap kali juga marah kepada Baloo kerana terlalu kasar.
Walaupun Baloo mengatakan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli
kerap juga calar-calar terkena kukunya.

"Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku yang mengasihinya, daripada dia
menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya itu terlebih dahulu," kata Baloo. "Saya
mengajarnya Bahasa Hutan yang boleh mendatangkan pertolongan daripada segala yang ada di dalam
hutan."

Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta pertolongan dengan sesiapa
sahaja, termasuk Cil Sang Rajawali, mang Si Keluang dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta
supaya binatang-binatang yang bukan sahabat seperti ular senduk dan sebagainya supaya tidak
mengapa-apakanya.

Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga Mowgli berkawan dengan
Kumpulan Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh Masyarakat Hutan yang lain dan
menimbulkan bahaya yang besar kepada dirinya sendiri.

You might also like