You are on page 1of 14

TOKOH TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA KEOADA PERKEMBANGAN TAMADUN DUNIA.

PENGENALAN

Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Dengan

kelangsungan sesebuah tamadun itu, hasilnya, sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Kewujudan hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku merubah cara pekembangannya. Hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agama Buddha disamping teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agama, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.

Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks pembinaan negara Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang berinteraksi dengan dua tamadun yang dominan iaitu tamadun Cina dan India.

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM TERHADAP TAMADUN DUNIA

1) AL-KHAWARIZMI

Tamadun Islam banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan ilmu pengetahuan melalui tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, sama ada bidang agama, matematik, sains tulen, sastera, seni, dan sebagainya. Salah seorang tokoh dalam tamadun Islam yang telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat umum ialah al-Khawarizmi.

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Namanya juga kadangkala dieja oleh penulis Barat sebagai al-Karismi, Al-Chowarizmi, Al-Goritmi, AlCharizmi dan sebagainya. Beliau juga dikenali juga sebagai Abu Jaafar kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Jaafar. Beliau dilahirkan pada tahun 780 masehi di sebuah wilayah bernama Khawarizmi (kini dikenali sebagai Khiwa). Di wilayah itu, penduduknya bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Turki dan bahasa Parsi. Datuk moyangnya berbangsa Turki dari Asia Tengah. Keluarganya kemudian berpindah dari Khawarizmi ke sebuah kampung yang bernama Qutrubul, berhampiran Baghdad.

Pendidikannya dalam ilmu matematik dipelajarinya di Baitul Hikmah yang terletak di Baghdad. Beliau mempelajari ilmu matematik selama dua tahun dengan para sarjana di Baghdad yang ketika itu merupakan pusat ilmu yang terkenal semasa pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Beliau juga tidak jemu menambah ilmunya, walaupun daripada bangsa lain yang merupakan pihak yang bermusuh dengan kerajaan Abbasiyyah. Antaranya, beliau menambah pengetahuannya tentang ilmu kejuruteraan daripada Leon, seorang ilmuwan di negara Rom. Aritmetik India pula dipelajarinya daripada Kankah, ketua kaum Zatt yang merupakan pemberontak yang berasal dari India.

Kepakarannya dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyyah iaitu Khalifah Harun Ar-Rashid yang melantiknya sebagai sebagai pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah arkib buku di perpustakaan istana khalifah oleh Khalifah al-Maimun, pengganti Khalifah Harun arRashid yang mangkat. Khalifah al-Mamun dikatakan mencintai ilmu lebih daripada ayahnya. Baginda sering mengadakan majlis ilmu di istananya untuk membolehkan ulama dan ilmuwan berdiskusi tentang ilmu. Malah, baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana, termasuklah al-Khawarizmi.

Beliau turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut. Di Baitul Hikmah, Al-Khawarizmi turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada Kerajaan Bizantin. Dalam hal ini, Khalifah Harun Ar-Rashid menghantar ilmuwannya untuk mempelajari bahasa Yunani dan melakukan kerja menulis ilmu peninggalan tamadun Yunani di perpustakaan diraja Bizantin selama tiga tahun sebagai penebusan tawanan perang Bizantin yang kalah berperang dengan tentera Islam Abbasiyyah. Malah, Khalifah al-Mamun juga melantik al-Khwarizmi penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap (observatori) yang didirikan oleh baginda di Baghdad.

Idea dan Sumbangan al-Khawarizmi

Nombor

Salah

satu

sumbangan

terbesar

al-Khwarizmi

kepada

tamadun

dunia

ialah

memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0, 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Sebelum angka ini diperkenalkan, setiap bangsa di dunia boleh dikatakan mempunyai cara untuk membuat pengiraan melalui angka-angka mereka sendiri. Tamadun-tamadun terdahulu seperti Yunani, Romawi, Mesir Kuno, Babylon dan Parsi telah lama memiliki angka-angka tertentu yang membolehkan mereka melakukan pelbagai operasi pengiraan dan memungkinkan ilmu-ilmu matematik dan geometri

berkembang. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Penduduk timur Arab umpamanya menggunakan angkaangka ,,,,,,, dan bagi merujuk angka 1 hingga 9 iaitu pengaruh angka India. Angka-angka tersebut dinamakan sebagai angka Ghuburiyyah.

Sungguhpun demikian, nilai sifar dalam angka-angka yang digunakan oleh pelbagai tamadun tidak mempunyai simbol. Al-Khawarizmilah orang pertama yang

memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka sifar, akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti. Melalui khazanah ilmu yang dikembangkannya dalam salah sebuah bukunya, De Numero Indorum, beliau memperkenalkan penggunaan angka-angka yang digunakan oleh penduduk dunia sekarang iaitu nombor.

Kecuali angka 0, angka yang lain bukanlah ciptaannya, kerana angka-angka lain iaitu 1 hingga 9 merupakan bentuk angka yang digunakan oleh orang- orang Arab yang mendiami utara Afrika seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi. Angka-angka ini kemudian dipinjam oleh orang Eropah dan digunakan secara meluas di dunia. Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Malah, sifar yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutaan cifre, chiffre dan zero.

Al-jabar (algebra)

Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-jabar melalui sumbangan beliau dalam memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-jabar. Al-Jabar secara ringkasnya merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh

masyarakat Islam dapat diatasi. Bentuk pengiraannya yang menggunakna simbol tertentu disebut juga sebagai algebra dalam ilmu matematik moden.

Al-jabar mula diperkenalkannya melalui kitabnya yang berjudul Hisab al-Jabr wa alMuqabalah. Idea untuk menghasilkan ilmu al-jabar ini muncul daripada perbincangan al-Khawarizmi dengan khalifah al-Maimun yang kehairanan kerana ilmu-ilmu matematik warisan pelbagai tamadun terdahulu agak rumit dan tidak dapat dimanfaatkan dalam urusan seharian seperti jual beli, ukur tanah dan pembahagian harta pusaka. Oleh itu, al- Khawarizmi mengkaji dan akhirnya mencipta kaedah-kaedah baharu.

Buku yang memperkenalkan kaedah aritmetik al-jabar Ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai abad ke12 masehi hingga ke 16 masehi.

Al-Khwarizmi dianggap mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakarpakar matematik sebelum ini. Dalam kitab tersebut, istilah-istilah baharu tentang ilmu ini diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pembolehubah (x), pembolehubah kuasa dua (x) dan pemalar (c). Kitab itu juga terkandung bab-bab yang meliputi pelbagai topik iaitu: Pengiraan darab, campur tolak dan bahagi, Persamaan, Kerja ukur Permasalahan jual beli dan perniagaan Pembahagian mata wang Timbangan dan ukuran Pengukuran satah yang rata Keluasan bulatan dan segi tiga Isi padu bentuk piramid dan kon Wasiat dan pembahagian harta pusaka.

Al-Khawarizmi juga menghasilkan satu lagi buku yang berkaitan dengan al-jabar khusus untuk mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Sungguhpun penyelesaian masalah-masalah itu terkandung dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber itu. Kitab yang dimaksudkan ini ialah al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Geometri dan Trigonometri

Melalui penggunaan al-Jabar, al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan dalam bidang yang lain seperti geometri dan trigonometri kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan. Geometri berkaitan tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Beliau telah turut menyentuh bidang tersebut dalam Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Astronomi

Al-Khawarizmi menghasilkan dua makalah tentang astronomi semasa bertugas di perpustakaan istana. Makalah yang pertama ialah tentang alat daripada batu marmar yang dipanggil ruhkamat yang digunakan untuk mengenal pasti waktu solat, berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit matahari hingga tenggelam matahari. Beliau juga menghasilkan satu lagi makalah tentang sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab.

Bidang astronomi juga turut melibatkan pengiraan. Bidang ini turut bergantung kepada ilmu al-jabar yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi. Alat pelayaran seperti kuadran yang digunakan untuk menyukat sudut dan altitud serta astrolab yang boleh digunakan

untuk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi juga turut melibatkan pengiraan al-Jabar.

Geografi

Beliau juga berjaya menghasilkan tulisan tentang geografi yang dimuatkan juga segala ilmu yang diketahuinya daripada sarjana Yunani yang berjudul, ar-Rubul Mamur atau Suratuul-Asrd wa ma fi ha minal Mudun, wall-Jibal waal-Jazair wal Anhar. Kitab itu dihasilkannya semasa menjalankan tugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di observatori di Baghdad. Kitab ini dilengkapkan dengan carta-carta astronomi yang memerikan pergerakan bintang di langit. Dalam kitab ini, beliau ada menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani iaitu Ptolemy tentang jarak antara negaranegara.

Selain menulis kitab-kitab ilmu, al-Khawarizmi terlebih dahulu menterjemahkan hasilhasil karya sarjana Greek dan India dalam bahasa Arab. Pada zaman itu, ilmu-ilmu tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani, India, Parsi, Mesir, Babylon dan Mesir kuno sudah merosot dan hanya meninggalkan warisan ilmunya yang hampir disiasiakan. Antaranya ialah menterjemah kitab astronomi India berjudul as-Sindhant dan diringkaskan Sind Hindus-Saghir. Beliau juga menterjemah kitab ilmu matematik India dalam bahasa Arab yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu matematik iaitu al-Hisabul-Hindi.

Tokoh ini meninggal dunia pada tahun 850 masehi dengan meninggalkan legasinya kepada dunia. Ketokohan dan sumbangan al-Khawarizmi khususnya dalam ilmu matematik cukup besar kerana ilmu yang diperkenalkannya mempengaruhi kemajuan bidang geometri, trigonometri dan astronomi. Ilmu-ilmu tersebut digunakan secara meluas sehingga kini dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjana perkembangan ilmu sains dan teknologi. Tamadun dunia, termasuklah tamadun Eropah

yang maju kemudiannya banyak terhutang budi dengan sumbangan dan idea yang diberikan oleh al-Khawarizmi.

2) Ibnu Yunus (ilmu Astronomi)

Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul Ala al-sadafi. Datuk beliau, Abdul-Ala ialah seorang ulama. Begitu juga dengan bapa beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348H./358M. dan meninggal pada tahun 399H/1009M. Antara sumbangan yang lain beliau termasuklah mencipta berbagai-bagai kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Kaedah-kaedah beliau ini telah banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan cakerawala. Malahan , beliaulah yang mereka cipta batu jam.Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding. Dalam bidang pergerakan bulan dan matahari, Ibn Yunus telah berjaya memperoleh hasil penyelidikan yang banyak hasil daripada kegiatan beliau di pusat penyelidikan yang beliau dirikan di Kaherah. Hasil-hasil ini telah beliau gunakan untuk tujuan dan kajian perbandingan semasa bergiat dalam bidang berkenaan. Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan satu lagi bintang kesarjanaan ilmu pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang ilmu. Cuma apa yang berbeza ialah beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti orang lain, yang rata-rata tertumpu ke Baghdad, kota ilmu pada waktu itu.

Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terulung di zaman itu. Hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang. Malahan beliau telah memberi impak yang besar dalam bidang astronomi untuk lebih maju terkedepan. Moga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.

3) Ibnu Nafis (ilmu Perubatan) Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah Alauddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam alQrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Ibnu Nafis telah memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

Selain itu, beliau juga bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar alMisri oleh penduduk di negara Mesir.

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan al-Mansuri. 4) Al-Masudi (ilmu Geografi) Abu al Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al Hasyn b. 'Abdullah al Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun

Beliau

memberikan

sumbangan

yang

banyak

dalam

Ilmu

Geografi.

Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Beliau juga menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang

dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.

Dalam bidang Ilmu Pelayaran, beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut

itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain.

Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam. Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah linkungan bumi.

5) AL-BIRUNI

Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi alJawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan

lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat. Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

RUJUKAN Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan mohd Noor, Nooraini Sulaiman. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd. Raymond Dugoh. (2000). Tamadun Dunia. Selangor Darul Ehsan : Federal Publications Sdn. Bhd. Al-KHAWARIZMI: SUMBANGAN IDEA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP TAMADUN DUNIA diperolehi pada (17 March 2012) daripada

http://nobatas.blogspot.com/2011/06/al-khawarizmi-sumbangan-idea-dan.html. TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN diperolehi pada (17 March 2012) daripada http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html.

You might also like