You are on page 1of 11

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat

cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Definisi Pemeliharaan & Pemuliharaan

Pemeliharaan merupakan bidang yang memperbaharui bangunan yang sudah

lama dan usang.Bagi lebih memahami bidang ini,kita memerlukan pengetahuan dan

pemahaman yang luas dalam bidang ini. Pemuliharaan bangunan dan monumen bererti

memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina

dan sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan. Proses ini bertujuan

untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang

harta warisan negara. Ramai pakar akan terlibat dalam suatu pemeliharaan atau

pemuliharaan seperti kontraktor, arkitek, jurukur bahan, perancang bandar, ahli sejarah

dan lain-lain. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga

menunjukkan sikap rajin dan gigih beberapa masyarakat yang menjaga bangunan

bersejarah. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan

dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama

berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga

perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut.

Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap

ini bagi memajukan negara. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan harmoni antara masyarakat

majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli

masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya


akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat. Kontek bangunan di sini

adalah sebarang struktur pembangunan yang telah atau sedang diguna atau didiami oleh

penghuni. Sementara monumen pula adalah sesuatu struktur atau objek yang tujuan

asalnya bukan untuk didiami oleh penghuni. Contoh monumen ialah menara jam, tugu,

pondok talipon, pancutan air dan sebagainya. Penjagaan bangunan lama ini boleh

dipraktikkan melalui berbagai kaedah dan teknik pembaikan dan pemuliharaan.


Yang Dipelihara dan Dipulihara Dari segi:

Definisi

Bandar warisan beerti sebuah bandar yang masih mengekalkan segala yang ada pada

satu masa dahulu sehinggalah apa yang ada pada hari ini. Bandar warisan merupakan

sebuah bandar yang telah dipulihara. Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan

dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa

bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan,

menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah

suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Alor Setar,Kedah, Masjid Zahir

merupakan salah satu bangunan bersejarah di situ dan ia telah kekal kerana ia

dipeliharakan masyarakat Kedah.Bangunan-bangunan yang dibina di zaman kolonial

termasuk rumah-rumah kayu Melayu mempunyai ciri-ciri rekabentuknya yang unik.

Sesetengah daripada bangunan ini masih tegap dan kukuh untuk didiami walaupun

berusia lebih daripada 70 atau 90 tahun. Rumah-rumah kayu Melayu yang terdapat di

beberapa kawasan di Melaka, Kelantan, Terengganu dan Selangor mempunyai

rekabentuk yang berdasarkan ciri-ciri seni bina tempatan dan luar. Di Malaysia, di bawah

Akta Bendapurba 1976, sesebuah bangunan atau monumen berusia sekurang-kurangnya

100 tahun boleh diwarta atau digazetkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Muzium

untuk diberi perlindungan, penjagaan dan galakan bagi kerja-kerja pemuliharaan.

Sehingga kini lebih kurang 137 buah bangunan dan monumen (termasuk perigi, makam,

kota, batu, gua dan tugu) telah diwartakan di bawah Akta tersebut. Daripada jumlah ini,

sebanyak 51 buah adalah bangunan lama termasuk 21 buah bangunan kolonial British.
Bilangan ini akan bertambah dari masa ke semasa memandangkan terdapat banyak

bangunan-bangunan dan monumen yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah di

seluruh negara yang perlu dipulihara dengan sebaiknya.

Kepentingan

Pendapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa bangunan dan monumen

lama tidak perlu dipulihara adalah tidak berasas. Ini adalah kerana jika dikaji secara

terperinci, bangunan dan monumen yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah itu

terdapat beberapa kepentingannya yang tersendiri.

Sejarah

Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat

berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana

segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat

mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi

oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai

bangunan kolonial dan monumen seperti Kota Cornwallis (1808), Mesjid Kling (1801),

Gereja St. George (1817), Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang

mana membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung

Tanah Melayu pada akhir abad ke 18.

Nilai Seni Bina


Dari segi seni bina pula, bangunan-bangunan yang dibina di zaman kolonial termasuk

rumah-rumah kayu Melayu mempunyai ciri-ciri rekabentuknya yang unik. Sesetengah

daripada bangunan ini masih tegap dan kukuh untuk didiami walaupun berusia lebih

daripada 70 atau 80 tahun. Rumah-rumah kayu Melayu yang terdapat di beberapa

kawasan di Melaka, Kelantan, Terengganu dan Selangor mempunyai rekabentuk yang

berdasarkan ciri-ciri seni bina tempatan dan luar (seperti dari Siam dan Indonesia) di

samping mempunyai nilai-nilai seni ukir yang tinggi dan berkualiti. Segala usaha dan

kemahiran tukang-tukang rumah dan pengukir kayu tidak akan sia-sia sekiranya generasi

muda mengambil inisiatif untuk belajar dari mereka agar kesinambungan warisan negara

dikekalkan. Begitu juga dengan bangunan-bangunan kolonial British yang mempunyai

pelbagai ciri-ciri rekabentuk seni bina asing yang telah diubahsuai dengan keadaan cuaca

tempatan yang panas dan lembab.

Secara ringkasnya, bangunan-bangunan kolonial ini boleh dikategorikan kepada 4 reka

bentuk seni bina iaitu:

Moorish (Bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi dan Mesjid Jamek, Kuala

Lumpur)

Tudor (Bangunan Kelab Di Raja Selangor, Kuala Lumpur dan Sekolah King Edward

VII, Taiping)

Neo-Classical (Gereja St. George, Georgetown dan Maktab Melayu Kuala Kangsar,

Perak)

Neo-Gothic (Gereja Holy Rosary Catholic dan St. Mary, Kuala Lumpur).
Rekabentuk seni bina ini terdapat di beberapa elemen bangunan lama seperti ruang

dinding, menara, tingkap, pintu, tiang dan ruang dalaman. Sesetengah elemen yang

terdapat di bangunan kolonial tersebut telah dipinjam dan diubahsuai untuk menjadi

elemen dan rekabentuk bangunan moden.


Bagaimana Hendak Dipelihara.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 36 tahun, kesan-

kesan peninggalan daripada pihak penjajah kolonial seperti Portugis, Belanda dan British

masih boleh dilihat dari pelbagai aspek. Hasil daripada penjajahan Portugis dan Belanda

terutamanya di Melaka telah meninggalkan sedikit sebanyak kesan kepada kebudayaan

masyarakat tempatan. Kelebihannya termasuklah menjaga warisan bangsa daripada

pupus, menambah pendapatan negara, memperkenalkan Malaysia di mata dunia,

menaiktaraf kedudukan sebuah bandar dan mendapat lambang prestij antarabangsa.

Penyelidikan ini akan tertumpu kepada bandar warisan sebagai warisan yang perlu

dilindungi dan dipulihara. Bandar warisan termasuklah bangunan, kawasan dan budaya

sesuatu tempat itu. Penumpuan ke atas bandar warisan ini akan mengecilkan lagi skop

penyelidikan agar tumpuan dapat diberikan berbanding warisan secara amnya. Kerajaan

telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan

bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam

kalangan rakyat Malaysia.


Kesan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Dari Segi:

Pelancongan.

Dari segi pelancongan, pemuliharaan bangunan dan monumen dapat menarik

ramai pelancong tempatan dan luar negeri untuk melawat Malaysia. Bangunan-bangunan

lama contohnya boleh diubahsuai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis, restoren dan

pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah

negera Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah

seperti York, Bath, Oxford dan Cambridge di England, Paris di Perancis; Venice, Pisa dan

Florence di Italy; dan Amsterdam di Belanda telah berjaya memulihara dan melindungi

sebahagian besar daripada bangunan dan monumen lama mereka dengan baik. Usaha ini

telah mampu menarik ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber

ekonomi kepada pemilik bangunan dan kerajaan. Selain dari menikmati keindahan alam

semulajadi Malaysia, para pelancong boleh juga melawat ke bangunan-bangunan

bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain

daripada artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Pemuliharaan bangunan

dan monumen secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Pendidikan
Selain daripada itu, bangunan dan monumen lama juga boleh memainkan peranan

yang penting di dalam pendidikan masyarakat Malaysia khususnya para pelajar dan

penyelidik. Pelbagai ilmu yang boleh dipelajari dari memahami dan mengkaji bangunan

dan monumen lama. Sebagai contoh,seseorang itu dapat mengetahui bukan sahaja

mengapa Masjid Zahir dibina tetapi dapat mengetahui latar belakang masjid tersebut.

Pembentukan Minda

Pemuliharaan bangunan dan monumen amat penting di dalam pembentukan

minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah

negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset negara yang patut

dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan

dan monumen ini, generasi muda akan lebih menghargai dan peka kepada perkembangan

sejarah negara. Ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang

perobohan dan pemusnahan terhadap bangunan dan monumen yang bersejarah.

Perancangan

Sungguhpun pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia masih berada di

peringkat awal tetapi amat penting bagi usaha-usaha ini diberi keutamaan sebelum

warisan dan khazanah negara lenyap dibawa arus pembangunan moden. Berbagai

langkah boleh dilakukan untuk menyelamat bangunan dan monumen dari perobohan dan

pemusnahan. Pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia harus diberi penekanan

di dalam sistem pendidikan negara. Subjek-subjek pemuliharaan bangunan dan monumen


patut diajar di sekolah-sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi untuk

menanamkan semangat cintakan warisan dan khazanah negara kepada generasi muda.
Kesimpulan

Fenomena pemuliharaan bangunan dan monumen adalah suatu perkara yang baru

dan mungkin asing bagi sesetengah masyarakat Malaysia dewasa ini. Walau

bagaimanapun, segala usaha-usaha pemuliharaan bangunan dan monumen lama yang

dilakukan oleh pihak-pihak penguasa tempatan, Jabatan Muzium dan badan-badan

warisan patut diberi sokongan yang padu. Ini adalah kerana pemuliharaan bangunan dan

monumen lama dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara melalui aspek-aspek

kebudayaan, pelancongan dan pendidikan. Sehubungan itu, segala program pendidikan

dan promosi pelancongan negara merupakan pendekatan yang amat penting ke arah

meningkatkan lagi tahap kefahaman dan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap

pemuliharaan bangunan dan monumen lama. Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada

tokoh-tokoh negara kerana terus berusaha untuk terus memelihara dan memulihara

bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi

iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga kepada mereka yang berusaha

memerdekakan tanah air kita ini.

You might also like