P. 1
Jurnal m4

Jurnal m4

|Views: 10|Likes:
Published by Albert Sia
refleksi jurnal pratikum
refleksi jurnal pratikum

More info:

Published by: Albert Sia on Sep 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2014

pdf

text

original

JURNAL REFLEKTIF (MATA PELAJARAN MAJOR : PENGAJIAN SOSIAL) SEKOLAH BILANGAN JURNAL TARIKH JURNAL MINGGU TAJUK JURNAL

: SJK (C) Kuang YU : KE- 4 : 26 Ogos 2013 – 30 Ogos 2013 : MINGGU 4 : Masalah Pengajaran Memberatkan Guru

Minggu ini ialah minggu keempat persekolahan di praktikum. Saya masih menghadapi masalah semasa melaksanakan proses p & p mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Saya akan fokuskan penulisan jurnal reflektif kepada: 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Masalah P & P Punca Masalah Strategi Penyelesaian Masalah Tempoh Penyelesaian Masalah Pelaksanaan Strategi Penyelesaian Masalah Penilaian Kesimpulan

1.0 Masalah P & P 1.1 Pengajaran berpusatkan guru Saya mengendalikan pengajaran dengan cara memusatkan guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya mengawal segala perlakuan murid dengan arahan dan kurang memberi kebebasan murid untuk bergerak sendiri atau bermain dan mencuba secara bebas. 2.0 Punca Masalah Saya menjangkakan bahawa kedua-dua masalah tersebut adalah mungkin berpunca daripada: 2.1 Kelemahan Diri Saya Sendiri Saya kurang beryakin untuk memberi kebebasan kepada murid untuk bermain dan mencuba secara sepenuhnya. Oleh sebab itu, saya cuba menunjukkan kuasa saya dalam pengajaran demi mengawal murid supaya murid boleh melakukan aktiviti dibawah kawalan saya. Cara demikian bukan sahaja dapat menjamin murid tidak mengganggu pelaksaan aktiviti tetapi juga boleh menjamin P&P dapat mencapai objektif yang diinginkan. 2.2 Sikap Murid-murid Sebilangan kecil murid yang aktif dan nakal suka bergerak atau bermain tanpa perminataan guru, atau tanpa mendapat permintaan daripada guru dahulu. Murid

1

Namun saya telah melaksanakan langkah pertama ganjaran bersifat kelas. Jadi jika murid ingin mendapatkan hadiah kecil daripada guru maka murid akan bersikap baik serta mempengaruhi murid lain untuk bersikap baik ataupun menolong guru untuk mengawal murid yang nakal.0 Strategi Penyelesaian Masalah Saya telah merancang satu strategi dengan 2 langkah spesifik untuk mengatasi masalah tersebut iaitu: 3.0 Tempoh Penyelesaian Masalah Dijangkakan masalah tersebut akan diselesaikan dalam tempoh 3 minggu 5. saya telah menjalankan kelas pertama pada 27/8/2013.0 Pelaksanaan Strategi Penyelesaian Masalah 5.seperti demikian kalau tidak diberi arahan yang jelas atau menetap peraturan yang ketat. Ketua kumpulan ini mesti mempunyai sifat pemimpin seperti kewibaan dan mengambil berat keadaan ahli kumpulan. mereka akan bermain dengan ‘liar’ dan tanpa batasan. Tugasan ketua kumpulan adalah seperti guru kecil. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan pratikumdan guru pembimbing saya yang telah memberikan cetusan idea yang bernas kepada saya untuk 2 . Jadual ini akan diberi cop selepas setiap P&P jika murid menunjukan sikap yang baik. saya akan memilih seorang ketua dalam setiap kumpulan. 3. Dengan cara ini saya boleh memberi kebebasan yang lebih untuk murid bermain secara bebas dan P&P dapat mencapai pengajaran memusatkan murid. jadi saya terpaksa menetapkan peraturan-peraturan yang ketat dan selalu mengawal mereka. Pada P7P tersebut.0 Penilaian Dengan melaksanakan kedua-dua langkah di atas. saya memperoleh idea mengendalikan P&P yang lebih memusatkan murid. Sebaliknya murid menunjukan sikap yang kurang memuaskan cop tidak akan diberi.1 Strategi murid mengawal murid Setelah berbincang dengan rakan praktikum dan guru pembimbing. Murid-murid sedemikian kurang dapat mendisiplinkan diri. walaupun dinasihat oleh guru kecil mereka masih bersikap degil. Setiap 10 cop akan diberi hadiah kecil. 6. Guru kecil ini akan menolong guru untuk mengawal ahli kumpulan apabila aktiviti memusatkan murid. saya akan mewujudkan sistem ganjaran berdasarkan kelas. Langkah pertama.1 Strategi murid mengawal murid 4. Langkah kedua. murid belum biasa dengan cara pengajaran baru saya. Sistem ganjaran ini akan diwujudkan dengan menghasilkan satu jadual. barulah keadaan dikawal. maka apabila murid diberi kebebasan dalam aktiviti segelintir murid yang nakal mula membuat hal lain. pada hari tersebut cop tidak diberi murid yang nakal kelihatan sedih dan dimarahi oleh rakan sekelas. Jadi guru terpaksa menukar balik cara pengajaran kepada memusatkan guru. namun pada kali pertama ini hasilnya kurang nyata.

` 3 . 7.0 Kesimpulan Saya berasa sangat gembira kerana masalah pengajaran dan pembelajaran yang saya bincangkan dalam jurnal reflektif ini kelihatan berkesan.mengatasi kedua-dua masalah yang dibincangkan di dalam penulisan jurnal reflektif pada minggu ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->