You are on page 1of 10

INDUSTRI PENTERNAKAN PUYUH PEDAGING

Lawatan ke Pusat Ternakan Puyuh di Kedah


Tahun : 2005
Kapasiti Pengeluaran: 15,000 ekor

Memandangkan ada permintaan terhadap maklumat ttg projek ternakan puyuh, jadi saya
ambil kesempatan untuk memasukan sedikit input berkaitan yang di'cedok' dari kertas kerja
projek saya sebelum ini. Harap ia dapat membantu.

Baka puyuh jenis IKTA

Pengenalan
Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama
penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad.
Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur
ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual .
Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh.
Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis
penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar
dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang
menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan
penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh
adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari
penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh
tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka
induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan
induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil
telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara
penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi
puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.
Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting
dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran
sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari
berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan
baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa
industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada
mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar
luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti
tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan
yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.
Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas
daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang
ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan
meningkat.
Struktur Industri
Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada
terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1
menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang
terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang
menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh
pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang
mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah
penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh
kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang
tertinggi.
Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari
jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais
ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang
mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan
pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.
Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.

Bil.Pentern
Kategori Pengusaha
ak
1
Puyuh pedaging komersil 38
.
2 Puyuh pedaging dan penelur
7
. komersil
Baka
3
pedaging/penetasan/pedaging 9
.
dan penelur komersil
Baka
4 pedaging/penelur/penetasan/pe
10
. daging
dan penelur komersil
Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia

Bilangan
Sais Ladang
Penternak
kurang dari 1,000
25
ekor
1,000 - 3,000
41
ekor
3,000 - 5,000
16
ekor
5,000 - 10,000
12
ekor
legih dari 10,000
14
ekor

Sangkar puyuh
Unjuran dan Sasaran Pengeluaran
Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi
apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat
memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud
pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah
seperti di Rajah 3.
Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Pengeluaran
Tahun daging puyuh
(tan metrik)
1998 950
2000 1,140
2002 1,380
2004 1,670
2006 2,030
2008 2,450
2010 2,970
Anak puyuh yang baru menetas dan
dibawa keluar dari inkubator

p/s: Banyak lagi maklumat berkaitan, terutama bab pasaran, maklumat pengusaha puyuh
satu Malaysia, permintaan dan penawaran, manual menternak puyuh, cash flow dsbnya ada
saya buat. Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahakan bidang ini, bolehlah
memaklumkan kepada saya ya.

Pendahuluan
Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara
berikut:-
• Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
• Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
• Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
• Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
• Tidak banyak masalah penyakit
• Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
• Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).
Perancangan Projek
• Kos/Modal
• Ladang
• Pengurusan
• Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap
dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar
kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.
Kos/Modal
Diperlukan untuk:-
• Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
• Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.
Ladang
Pemilihan kawasan:-
• Keluasan tanah
• Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
• Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
• Jauh dari kawasan penternakan lain
• Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
• Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran
Sistem dan Bentuk Perumahan:-
• Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
• Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban
Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
• Peredaran udara yang sempurna
• Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
• Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari
matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.
Peralatan
• Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh
digantung
• Bekas minuman
• Tirai/Bidai
• Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
• Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
• Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
• Alat pembentung (lantai bawah)
• Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak
puyuh masuk)
Pengurusan
* Baka

Jenis Asal Umur Jualan


Bob White US 6-16 minggu
Contrunix Japonica Japan 6 minggu
Cross bred Tempatan 6 minggu
IKTA JPH 6 minggu
Pemakanan
Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
• Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
• Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
• Tenaga = 2600 – 3200 ME
• Protin Kasar = 24 – 25 %
Cara Pemberian
Cara Pertama
• 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
• 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
• 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
• - Quail Starter Mash
Cara Ketiga
• 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
• 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet
Perindukan
Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-
• Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan
anak puyuh
• Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2
pada waktu malam atau hujan sahaja
• Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
• Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
• Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
• Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai
atas)
• Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan
kotak perindukan)
• Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
• Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.
Membesar
• Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
• Pastikan air/makanan sentiasa ada
• Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan
pembaziran
makanan
• Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
• Jual pada umur yang ditetapkan
• Rekod semua aktiviti harian.
Pengurusan Rekod
Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan
Rekod Pengurusan
Catatkan yang perlu ada antaranya:-
• Kumpulan pemeliharaan – kali ?
• Baka
• Punca penetasan/tempat dibeli
• Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
• Tarikh terima/beli puyuh
• Bilangan yang dibeli
• Tarikh/bilangan dijual
• Berat puyuh dijual
• Bilangan mati
• Lain-lain.
Rekod Kewangan
Catatan yang perlu ada antaranya:-
• Hasil/Jualan
-Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
• Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
• nilai bangunan dan peralatan
• Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan
Pemasaran
Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan
perniagaan
• Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
• Pengeluaran
- Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
• Harga
- Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna.
Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang
tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.
• Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu
barangan yang hendak dijual.
Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”
• Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
• Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
• “Breading “
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
• “Predust”
- Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
• “Batter”
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)

• Penternakan Burung Puyuh Daging / Puyuh Telur



Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain
tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua cabang
dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang
kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan
peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan dan hasil
utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada di pasaran tersendiri
dan ia amat terhad. Harga telur puyuh di pasaran juga amat tinggi kini. Contoh:- 50
biji telur puyuh berharga sekitar RM6.80. Manakala pengeluaran daging pula adalah
sampingan daripada penternakan telur puyuh ini. Harga bagi daging puyuh sekitar
RM2.40 sehingga ke RM4.50.


Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual .
Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging
puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati
menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat
pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport.

Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap
penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan
puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh
adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli
dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka.

Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk
pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem
pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk
telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini
untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah
berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin
merosot atau tiada perubahan. Penternakan puyuh tidak memakan masa yang lama,
hanya dari 1 minggu ke 6 minggu sahaja. Selepas enam minggu kita telah mendapat
hasil/pulangannya.

Kos / Modal
Diperlukan untuk:-
• Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makanan & minuman, alat pemanas,
kebersihan dan lain-lain.

Kos berulang: - iaitu air, makanan, gas/elektrik, ubatan dan sampingan lain (jika
diperlukan)
Tidak memerlukan modal yang tinggi.

Pemakanan Puyuh
Puyuh diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh.
Kandungan nutrien yang disyorkan adalah seperti di Lampiran 3. Tentukan pengusaha
menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di
lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan
dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi
memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat
makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil.
Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging
dengan rundingan terus kepada pengeluar makanan.

Pengurusan
Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar
adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu
bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan
penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa
digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan
dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

Bangsal
Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan
pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak
mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah
sekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus
keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal untuk
memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6
meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter
persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan
perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh
masih lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan
prestasi.

Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan
aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini
pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah
berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada
jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu
diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.

Struktur Industri
Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks.
Ada terdapat beberapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini.
Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan
telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur.
Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60%
dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan
penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini
berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak
dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

• Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan seramai 23 % dari jumlah keseluruhan
pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Saiz ladang yang
terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai
saiz ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha
ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

• Penternakan burung puyuh ini amat berpotensi dan permintaan terhadap telur puyuh
dan dagingnya kini kian meningkat.

You might also like