You are on page 1of 6

Pengertian Takaful Definisi Takaful Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan Takaful ialah kafala yang

bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana Takaful merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya juga bererti saling menjamin, menjaga atau memelihara.Menurut Akta Takaful 1984, Takaful ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator. Konsep Asas Takaful Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama, apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan. 2. Aqilah Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin. 3. Tabarru

Tabarru bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru yang diperkenalkan ialah Tabarru (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru demi memastikan tabung Tabarru yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut. 4. Al-Wakalah Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans


Apa itu Takaful? Takaful adalah kata terbitan bahasa arab kafala yang bermaksud jamin dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu. Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep Aqilah yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu. Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep Mudharabah dan Wakalah. Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:
1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa

Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.
1. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Muawadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru)
1. Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
1. Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.
1. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC). Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.
1. Perjalanan operasi

1.

Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

2.

3.

4.

Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

1. Aspek perundangan

Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996). Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

TAKAFUL MENURUT ISLAM Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan. Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah. Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-peserta bagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusun berlandaskan hokum tang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib AlMal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Rais Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skim dan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara. Antaranya ialah: a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha) dan peserta (pemilik) harta secara betul. b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka. c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubung dengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan. Jenis Takaful

Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu: i) Takaful Am ii) Takaful Keluarga i) Takaful Am Takaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka atau bencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan. ii) Takaful Keluarga Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atas diri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas diri sendiri. Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syariat Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positifdalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa. Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikan kefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.

You might also like