Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI SEREMBAN.
1Raziah 1Sekolah

bte Mansor dan 2Ahmad bin Esa

Kebangsaan Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
2Fakulti

Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Abstrak

Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Empat aspek yang dikaji adalah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, tahap kepuasan kerja guru-guru, perbezaan gaya kepimpinan di antara guru besar dan hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru-guru. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 136 orang guru dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Seremban. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawaian, Annova dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi pada ketiga-tiga gaya iaitu demokratik, autokratik dan laissez faire. Bagi tahap kepuasan kerja guru pula berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min 3.705. Berdasarkan dapatan kajian tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di tiga buah sekolah ini. beberapa cadangan diketengahkan bagi meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Pengenalan Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dalam kalangan pemimpin. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi dan meyakini mereka untuk bertindak memajukan organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003). Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi, mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan merupakan perkara yang penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan generasi akan datang. Dalam konteks kepimpinan guru besar di Malaysia, setiap guru besar semestinya mempunyai kebolehan untuk menginterpretasi perubahan dan menggunakan gaya kepimpinan tertentu dalam memotivasikan guru serta kakitangan ke arah perubahan tersebut. Dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah seseorang guru besar bukan sahaja mentadbir, membimbing dan menyelia orang bawahannya tetapi harus bijak bertindak mempengaruhi orang bawahannya ke arah mencapai matlamat organisasinya . Kecemerlangan sesebuah sekolah mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja guru. Guru mendapat kepuasan apabila keperluannya dipenuhi dan majikan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti yang tinggi ( Jaafar, 2007). Latar Belakang Masalah Peranan guru besar sebagai pemimpin di sekolah memerlukan komitmen yang tinggi kerana fungsi sekolah hari ini adalah amat besar dan mencabar. Dalam organisasi sekolah, guru besar dilihat sebagai personaliti yang

Ini kerana kecemerlangan pelajar dalam pelbagai segi samada kurikulum atau kokurikulum banyak bergantung kepada faktor kepuasan kerja guru. guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Penyataan Masalah Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. keputusan demi keputusan mesti dibuat dengan cepat manakala persetujuan ramai tidak diperlukan (Ismail. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guruguru. cara-cara bagaimana aktiviti itu boleh dibuat dan siapa yang harus membuatnya Pemimpin ini hanya memberi arahan demi arahan dan dalam masa yang sama dia tidak ikut serta mana-mana aktiviti. Dia menentukan semua aktiviti yang boleh dibuat. Berdasarkan latar belakang kajian yang dikemukakan wujud beberapa masalah hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Melihat perbezaan gaya kepimpinan guru besar.2008) . Di sekolah.bertanggungjawab untuk mewujudkan kemajuan dan diharapkan mampu untuk membawa pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah. Dalam kajian ini isu utama yang hendak dilihat adalah persepsi guru-guru mengenai gaya kepimpinan guru besar yang memberi kepuasan kerja kepada mereka. Mereka mahu membolot semua kuasa yang diberikan kepadanya. Namun sebenarnya masih ramai pemimpin terdiri daripada mereka yang mengamalkan gaya ini. Sebagai pemimpin utama di sekolah. Guru besar sepatutnya memberi yang terbaik kepada orang bawahannya khususnya guru-guru. Dalam keadaan-keadaan tertentu hanya penggunaan gaya ini yang berkesan umpamanya apabila berlaku krisis besar seperti hanya pemimpin sahaja yang boleh membuat keputusan. Dalam situasi begini. Pemimpin jenis ini banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya. Pemimpin jenis ini sangat mementingkan kedudukan sebagai seorang yang berkuasa. Mengenal pasti perhubungan gaya kepimpinan keseluruhan guru besar dengan tahap kepuasan bekerja guru-guru. Guru besar selaku pemimpin sekolah seharusnya berusaha memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan aspek kepuasan kerja kerana faktor komitmen guru adalah penting untuk mempertingkatkan lagi mutu pendidikan dan kejayaan sekolah. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru-guru. Gaya kepimpinan guru besar yang berhubung kait dengan kepuasan kerja guru perlu dikaji supaya mampu menghasilkan beberapa tindakan susulan mengenai keberkesanan kepimpinan mereka. Namun begitu didapati belum ada lagi kajian yang dijalankan khasnya di daerah Seremban untuk meninjau persepsi guru-guru apabila wujudnya ketidakpuasan kerja dengan gaya kepimpinan guru besar. Sejauh manakah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar? Apakah tahap kepuasan kerja guru-guru? Adakah terdapat perbezaan gaya kepimpinan di antara guru besar? Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru-guru? Mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. masalah yang sering dihadapi oleh guru besar adalah untuk memberi kepuasan dalam pelbagai perkara kepada guru-guru. . Pada masa ini gaya autokratik tidak diterima ramai lagi dan dianggap sudah ketinggalan. Objektif Objektif kajian ini adalah untuk: (i) (ii) (iii) (iv) Persoalan Kajian Persoalan kajian ini ialah: (i) (ii) (i) (iv) Kajian Literatur (i) Gaya kepimpinan autokratik atau kuku besi.

ia dianggap sebagai hasil dari usaha bersama bukan hasil dari usahanya kerana dia sedar dia bukan seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa . Sesuatu yang diperlukan ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. jumlah keputusan yang terpaksa diambil sangat banyak dan kompleks sifatnya (Ainon. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju (Ainon. maka hasilnya memang baik. Pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Menurut Ishak (2004) kepuasan kerja merupakan satu tindak balas emosi atau perasaan suka atau tidak seseorang pekerja terhadap sesuatu kerja. 2003). Secara umumnya. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi. Melalui kajian deskriptif. Gaya pengurusan ialah bentuk pengurusan yang ditunjukkan para pemimpin ketika bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka untuk mencapai matlamat organisasi. 2003). data dikutip daripada seluruh populasi dan statistik asas seperti min. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak kerana itu pemimpin sedar dia tidak mampu bekerja seorang diri. pemimpin dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang kebaikan. membimbing dan menunjuk para pekerja mengenai kerja-kerja yang mereka lakukan. (iii) Kepimpinan lepas-bebas (laissez-faire leadership) Menurut Ainon (2003) pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Kalau orang-orang bawahannya betul-betul matang . Kepuasan terhadap dimensi penyeliaan merujuk kepada perasaan pekerja terhadap hubungan mereka dengan ketua atau penyelia terdekat. Dia tidak campurtangan langsung. Manakala bantuan teknikal merujuk kepada tindakan seseorang pemimpin sentiasa berusaha membantu. mesra dan mengambil berat mengenai kebajikan para pekerjanya. Kuasa yang diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Selanjutnya pemimpin tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Seremban. Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. sisihan piawai dan taburan skor. maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti hilang pedoman sebab tiada pemandu yang menunjuk arah. Pemimpin demokratik boleh menjadi pembimbing yang baik bagi organisasinya kerana pemimpin menyedari peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa tanggungjawab dan kerjasama yang baik kepada setiap orang. Gaya laissez-faire akan menimbulkan banyak masalah apabila sesebuah organisasi besar dan aktivitinya menjadi sangat kompleks. tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang . Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan . Oleh itu ia menjadi satu topik yang penting kepada pihak pengurusan dalam usaha untuk menghasilkan kumpulan kerja yang lebih produktif. Sampel yang dipilih terdiri daripada 136 orang guru-guru dari sekolah rendah di Zon Seremban 2. Bentuk kajian ini dipilih untuk mendapatkan maklumat dari sampel yang besar.2005).(ii) Gaya Kepimpinan demokratik Pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang dalam membuat sesuatu tindakan. tahu membezakan yang baik dan yang buruk serta tahu membezakan antara betul dan salah. Oleh kerana kepimpinannya bersifat membantu. Dia melihat mereka sebagai orang sudah matang. Persampelan rawak mudah berkelompok merupakan proses mencabut sampel iaitu unit-unit dipilih secara individu dan langsung melalui . Pemimpin juga percaya kepada musyawarah dan sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing. Metodologi Penyelidik memilih untuk menggunakan kajian tinjauan jenis deskriptif yang menggunakan data kuantitatif. bantuan teknikal dan gaya kepimpinannya (Hamdan. frekuensi. Pemimpin memerlukan sokongan orang bawahannya. (iv) Konsep kepuasan kerja Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen khusus dan penting dalam aspek sikap seseorang individu terhadap kerjayanya. Ini disebabkan dalam keadaan seperti ini. biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. Hubungan peribadi merujuk kepada cara seseorang pemimpin menunjukkan simpati. kepuasan terhadap penyeliaan dinilai dari tiga aspek yang penting iaitu hubungan peribadi. Eliza dan Bakhtiar.

Data yang diperoleh dari kajian rintis adalah untuk menguji kebolehpercayaan borang soal selidik yang telah dibangunkan. Dalam kajian ini kaedah pengumpulan data melibatkan dua fasa iaitu kajian rintis dan kajian fasa sebenar. Dalam kajian ini. Dapatan Kajian (i) Persepsi Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar).Guru Penolong Kanan A berpendapat bahawa guru besarnya mengambil berat secara individu tentang hal-hal kebajikan guru Manakala guru penolong kanan B berpendapat guru besarnya hanya mengambil berat hal-hal kebajikan individu yang tertentu sahaja iaitu berlaku pilih kasih dengan guru-gurunya Selain itu. ini bermakna tidak terdapat perbezaan signifikan gaya kepimpinan demokrasi yang diamalkan oleh guru besar di 3 buah sekolah. Di antara ketiga-tiga gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian. kedua-dua orang Guru Penolong Kanan juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai arahan yang diberi oleh guru besar mereka.139. Dua orang guru penolong kanan telah dipilih sebagai sampel dalam temu bual ini. Program ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif.991. Diikuti oleh item tanggung jawab yang diserahkan kepada saya dengan nilai min 3. Manakala nilai min gaya kepimpinan demokratik berada pada 3.38 berada pada item rutin kerja yang sama setiap tahun. responden memberi maklum balas gaya kepimpinan demokratik berada pada tahap tinggi.00. beliau berpendapat mengambil keputusan tanpa berunding dalam hal-hal pentadbiran dan kewangan tetapi jika berkaitan dengan menjalankan program sekolah beliau akan menyerahkan tugas tersebut kepada kebijaksanaan guru-guru dan guru penolong kanan untuk menjalankan tugas tersebut. Nilai min yang paling rendah iaitu 3.Kedua-dua orang Guru Penolong Kanan juga memberi pandangan yang sama mengenai pengharapan guru besar mereka kepada guru-guru.proses yang rawak menjadi pilihan penyelidik. kaedah soal selidik ini amat bermakna apabila maklumat yang diperlukan hanya boleh diperoleh secara terus daripada pemberi maklumat. Berdasarkan dapatan kajian nilai min paling tinggi adalah pada item komunikasi pihak pentadbir dengan saya dan peluang menghadiri kursus atau seminar untuk meningkatkan diri dalam profesion iaitu berada pada 4. Berbeza dengan pandangan Guru Penolong Kanan B.7059. Kaedah ini digunakan untuk mencari nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor bagi setiap item dalam ujian tersebut. Melalui soal selidik yang dikemukakan dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi. Kaedah temu bual juga digunakan untuk menyokong kajian tinjauan.0. Namun kedua-dua orang Guru penolong Kanan bersetuju tentang tindakan yang diambil oleh guru besar mereka dalam pengurusan sekolah.7194. Bagi nilai min gaya kepimpinan laissez faire berada pada min 3. (ii) Analisis Tahap Kepuasan Kerja Guru) Dapatan melalui soal selidik menunjukkan responden bersetuju bahawa guru besar mengamalkan gaya kepimpinan yang memberi kepuasan kerja berada pada tahap tinggi iaitu nilai min 3. .iaitu hal pentadbiran dan kewangan guru besar tidak akan berunding dengan guruguru . Dalam kajian fasa sebenar pula instrumen soal selidik dan temu bual telah dijalankan. Mengikut Fink dan Kosecoff (1998). Guru Penolong Kanan A berpendapat guru besarnya seorang yang boleh dibawa berunding walau pun tegas.iaitu mengharapkan kecemerlangan sekolah terutama akademik. SK Tasik Jaya dan SK Pancur. Oleh kerana nilai p > 0. (iii) Analisis Perbezaan Gaya Kepimpinan Guru Besar Maklum balas responden menunjukkan perbezaan min gaya kepimpinan guru besar di 3 buah sekolah iaitu SK King George V. Kedua-dua orang guru penolong kanan mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cara guru besar mengambil berat secara individu tentang hal-hal kebajikan guru. kebolehpercayaan yang digunakan ialah alfa Cronbach.05. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah borang yang telah diuji dari segi kebolehpercayaan dan mendapat pengesahan pakar.86. Nilai min bagi gaya kepimpinan autokratik adalah pada 3. Program yang digunakan dalam mentafsir data bagi kajian ini adalah perisian statistik berkomputer SPSS (Statistical Packages for The Social Science) versi 13. Dapatan kajian menunjukkan nilai p (signifikan) pada gaya kepimpinan demokrasi ialah p=0.6526.

tindakannya mudah difahami. Mengikut Zuraidah (2005) gaya komunikasi guru besar penting dalam membina hubungan di antara guru besar dengan guru-guru. Kedua-duanya berpendapat. Hubungan yang memberi erti antara guru besar dan guru dapat membantu dalam mencapai kepuasan bekerja dan matlamat organisasi. Menurut Ainon (2003). p > 0. mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk meningkatkan pencapaian organisasi. Oleh kerana nilai signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan guru besar ada mengamalkan gaya kepimpinan laissez faire. mewujudkan komunikasi dua hala dan berkongsi pandangan sebelum meneruskan sesuatu yang penting. Dapatan temu bual menunjukkan Guru Penolong Kanan A dan B mempunyai pendapat yang hampir sama mengenai hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Mereka sahaja yang boleh memberi arahan dan arahan itu pula tidak boleh dipersoalkan. selalu turun padang dan memahami tugas guru. p<0.05. guru dengan murid dan komuniti akan mewujudkan budaya organisasi yang kondusif. Manakala nilai p (signifikan) pada gaya kepimpinan autokratik ialah p=0. guru dengan kakitangan. Bagi mereka hanya ada satu sahaja cara yang betul untuk melaksanakan sesuatu perkara.05 menunjukkan terdapat perbezaan signifikan gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh guru besar di 3 buah sekolah. maka hipotesis nul diterima. Menurut Tumirah (2008) hubungan mesra antara satu sama lain dalam organisasi akan memberi kepuasan kerja dan mempengaruhi prestasi kerja mereka. di beberapa buah sekolah di Johor.261 (p>0. Oleh itu hubungan erat antara guru besar dengan guru-guru. Antaranya guru besar sentiasa menghulurkan bantuan.05). Dapatan temu bual juga diperolehi tentang hubungan gaya kepimpinan guru besar kepuasan kerja guru. Nilai p < 0. Oleh kerana nilai p (signifikan) pada ketiga-tiga gaya kepimpinan lebih besar dari aras keertiaan yang ditetapkan iaitu 0. Mereka juga memaksa orang lain menerima pendapat dan cara melaksanakan sesuatu perkara. (iv) Analisis Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan di antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru (r = . mendapati lebih ramai guru besar mengamalkan gaya kepimpinan demokratik. dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di 3 buah sekolah.05). guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez faire melihat guru-guru yang dipimpinnya sudah matang tahu membezakan . Responden juga memberi maklum balas bahawa guru besar mengamalkan gaya kepimpinan autokratik.Dapatan juga menunjukkan nilai p (signifikan) pada gaya kepimpinan laisse faire ialah p=0. Hasil dapatan kajian Thandi juga menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru sangat berhubung rapat dengan kepimpinan guru besar yang demokratik. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Thandi (1972). Mereka berpendapat gaya kepimpinan guru besar yang sewajarnya adalah seorang yang boleh bertolak ansur.Guru besar mahukan kepatuhan seratus peratus daripada orang bawahannya. Guru besar memberikan banyak arahan untuk dipatuhi dan dilaksanakan. Namun hasil dapatan kajian ini tidak mempunyai persamaan dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Dzulkarnain (2003) iaitu pada tahap hubungan yang sederhana. didapati persepsi responden terhadap gaya kepimpinan guru besar di ketiga-tiga buah sekolah pada tahap yang tinggi.memang terdapat hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru kerana jika guru puas hati dengan gaya kepimpinan guru besar.638.05 bermakna tidak terdapat perbezaan signifikan gaya kepimpinan laisse faire yang diamalkan oleh guru besar di 3 buah sekolah. mempunyai komunikasi yang baik. Kesimpulannya kepuasan kerja guru yang tinggi adalah kerana gaya kepimpinan guru besar yang baik. Nilai signifikan keseluruhan yang menunjukkan p=0. sering mencuba idea-idea baru.117. Perbincangan (i) Persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan. Bagi gaya kepimpinan ini guru besar banyak memberi kebebasan kepada guru-guru menentukan jadual kerja yang perlu mereka laksanakan dan guru-guru bebas menentukan tugas mereka sendirian. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik pula mendapati responden memberi maklum balas bahawa mereka sangat bersetuju dengan gaya kepimpinan guru besar mereka. Mereka tidak suka keputusan atau pendapat mereka dipertikai oleh orang bawahannya. Kedua-dua orang guru penolong mempunyai pendapat yang sama mengenai gaya kepimpinan guru besar yang sepatutnya kepada organisasi. guru dengan guru. Cara atau idea individu lain dianggap salah dan tidak boleh diterima.035.

Gaya kepimpinan autokratik juga sesuai digunakan apabila orang bawahan tidak mempunyai banyak pengalaman dalam tugas yang dijalankan. Menurut Ahmad Shukri (2002) . Kesan kepada sikap pilih kasih ini tentunya menghalang perancangan yang ingin dicapai oleh organisasi tersebut. Guru-guru yang berpengalaman perlu diberi kepercayaan dan kebebasan untuk menjalankan tugasnya untuk menggalakkan kreativiti mereka. Hasil dapatan temu bual dengan guru penolong kanan A menunjukkan guru besar seorang yang mudah mesra dan didekati. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar perlu disesuaikan dengan masa dan situasi kerana gaya kepimpinan yang tertentu tidak boleh digunakan dalam semua keadaan. Kalau orang-orang bawahannya betul-betul matang . Beliau berpendapat guru besarnya hanya mesra dengan guru-guru yang tertentu sahaja. Maklum balas responden menunjukkan mereka berpuas hati dengan kerja yang ada kaitan dengan gaya kepimpinan guru besar. Antara aspek-aspek kerja yang penring bagi seseorang adalah bentuk dan sistem kerja yang dilakukan sama ada menarik atau pun tidak. Guru besar akan kehilangan kawalan dan kuasa terhadap warga sekolah. Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolaholah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Kajian Ringgo (2000). Tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi iaitu komunikasi pihak pentadbir dengan guru(min = 4. Selanjutnya Ahmad Shukri (2002).2003).0). maka hasilnya sangat tidak memuaskan. bantuan teknikal dan gaya pengurusan. Guru besar dan guru-guru memepunyai kesefahaman dan mengembeling tenaga melaksanakan tugas untuk memajukan sekolah. Kesannya prestasi sekolah merosot secara berterusan. menjelaskan kepuasan kerja mempunyai hubungan dengan ketua atau pemimpin mereka. Dimensi kerja lain adalah tahap peranan dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak majikan serta peluang untuk belajar. Penyelidik berpendapat dengan adanya hubungan yang mesra ini maka segala perancangan yang dibuat dapat dijalankan dengan jayanya.yang baik dan yang buruk serta tahu membezakan antara betul dan salah. (ii) Tahap Kepuasan Kerja Guru Dapatan kajian yang dibuat oleh penyelidik menunjukkan tahap kepuasan guru berada pada tahap tinggi atau berpuas hati dengan gaya kepimpinan guru besar (min = 3.7). Sistem sekolah menjadi tidak menentu dan tidak stabil serta budaya kerja cemerlang tidak dapat dikekalkan. Manakala ketidakpuasan kerja pula adalah faktor-faktor luaran seperti faktor-faktor keadaan kerja. Namun dapatan temu bual dengan guru penolong kanan B berbeza dengan guru penolong kanan A. Sesuatu yang diperlukan ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. guru besar digalakkan mengamalkan gaya kepimpinan demokratik . Kerjasama guru akan diperolehi jika guru besar mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja guru dalam melaksanakan tugas mereka. maka hasilnya memang baik. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga gaya kepimpinan ini diamalkan di ketiga-tiga buah sekolah. mendapati kepuasan kerja merupakan Menurut Ahmad Shukri (2002). kepuasan terhadap pemimpin dinilai dari tiga aspek yang penting iaitu hubungan peribadi. Secara umumnya. Ia adalah pengembangan naluri keseronokan seseorang pekerja yang boleh diperolehi daripada pekerjaannya. Penyelidik bersetuju dengan pendapat Ishak (2004). Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan . Dalam keadaan yang normal. tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang. Dengan ini guru besar perlu meningkatkan usaha-usaha bagi menaikkan tahap kepuasan kerja guru seperti memotivasikan guru-gurunya supaya komited dengan kerjanya. kepuasan kerja yang berkaitan dengan dimensi kerja merujuk kepada jangkaan seseorang pekerja terhadap profail kerja-kerja yang dilakukannya. Menurut Herzberg (1959) bahawa kepuasan kerja seseorang itu ditentukan oleh faktor dalaman yang dipanggil pendorong seperti mendapat pengiktirafan dan kerja itu sendiri. Gaya kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila keputusan drastik dan tegas perlu segera dibuat untuk mengatasi ancaman tersebut dan mengembalikan sekolah kepada keadaan yang lebih stabil. jaminan kerja dan status. guru-guru dilibatkan secara aktif dalam kegiatan sekolah dan menentukan keputusan. Kawalan yang longgar akan menyebabkan guru-guru membuat tindakan mengikut kepentingan masing-masing. bahawa kepuasan kerja adalah sesuatu yang subjektif. Gaya kepimpinan laissez faire pula sesuai digunakan apabila orang bawahan sangat berpengalaman dalam menjalankan tugas mereka dan mempunyai integrity yang tinggi. seperti tahap fleksibiliti kerja dan jenis-jenis aktiviti yang dilakukan setiap hari. biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. (Ainon.

Menurut Ishak (2006).9. autokratik dan laissez faire kerana ketiga-tiga gaya ini jika digunakan pada situasi dan tempat yang bersesuaian dapat meningkatkan kepuasan bekerja guru. pengalaman dan personaliti yang berbeza-beza. Sekiranya pemimpin terlalu mementingkan pengdayautamaan struktur pengarahan. Oleh itu guru besar sebagai pemimpin organisasi perlu memainkan peranan untuk meningkatkan motivasi guru-guru. Pemimpin organisasi perlu mengenal pastifaktor motivasi yang berkaitan dengan kepuasan kerja. beliau mendapati bahawa tidak terdapat kaitan di antara kepuasan bekerja dengan gaya kepimpinan guru besar yang mana di dapati gaya yang kerap diamalkan oleh pengetua sekolah menengah agama adalah gaya partisipatif yang mengambil kira pandangan guruguru dalam membuat keputusan. Mereka akan bersama-sama bersemangat untuk mencapai matlamat sekolah dan sentiasa menjadi yang terbaik. Guru besar perlu sentiasa mengambil segala usaha memotivasikan guru-guru agar guru-guru dapat mencapai dan mengekalkan kepuasan kerja mereka. Haris (1999). maka semakin tinggi motivasi mereka terhadap kerja. Kadir (2000) dalam kajiannya mendapati kebanyakan guru sekolah mahukan ketua yang bertingkah laku bertimbang rasa.7 diikuti oleh Sekolah Kebangsaan Pancur berada pada tahap min 3. Semakin tinggi kepuasan kerja dirasai oleh pekerja. Manakala kajian yang dijalankan oleh Abd. Menurut Azlin Norhaini dan Roselan. Cadangan-cadangan Beberapa cadangan diutarakan untuk penambahbaikan. antaranya ialah: (i) Pihak guru besar sekolah khususnya dan pentadbir pendidikan lain amnya perlu sentiasa membuat renungan atau refleksi terhadap gaya kepimpinan bagi mengenal pasti kekuatan atau kelemahan demi keberkesanan pentadbiran masing-masing. Jabatan Pelajaran Negeri dan Institiut Aminuddin Baki diharap dapat menganjurkan kursus yang berkaitan dengan gaya kepimpinan kepada guru besar dari semasa ke semasa agar kepimpinan di sekolah menjadi lebih berkesan dan meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan guru. kepuasan kerja adalah satu daripada pemboleh ubah yang berkait rapat dengan motivasi. Guru besar juga perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran hubungan inter personal dan kefahaman mengenai ilmu kemanusiaan serta perlu dipertingkatkan dalam kalangan guru besar dan guru kerana tuntutan masalah manusia masa kini yang semakin mencabar. Guru besar diharapkan agar dapat menyeimbangkan amalan gaya demokratik. Oleh itu ramai yang mengaitkan struktur pengarahan dengan gaya kepimpinan autokratik. (iv) Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. manakala gaya kepimpinan bagi guru besar di Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya pada kedudukan kedua dengan min sebanyak 3. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dijalankan oleh Abdul Ghani (1994).(iii) Perbezaan Gaya Kepimpinan Antara Guru Besar Di Tiga Buah Sekolah Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan guru besar Sekolah Kebangsaan King George V adalah pada tahap yang tinggi iaitu min = 3. (ii) (iii) (iv) . tumpuan mereka terhadap jenis aktiviti yang dilakukan adalah sama. Bagi guru-guru yang baru diharap dengan motivasi yang diberi mereka akan berasa ingin mencuba dan belajar dalam menjalankan tugas. Bagi guru yang telah lama berkhidmat sentiasa mempunyai minat yang mendalam dalam melaksanakan tugasnya di samping memberi bimbingan kepada guru-guru yang baru. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Dapatan ini menggambarkan semakin tinggi amalan gaya kepimpinan guru besar semakin tinggi pula kepuasan kerja yang ditunjukkan oleh guru. mendapati hubungan antara tingkah laku kepimpinan guru besar dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru tidak terdapat kolerasi yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan guru besar dengan kepuasan bekerja secara menyeluruh. Ab.88. sungguh pun guru besar bertugas di sekolah yang berlainan situasi dan mempunyai latar belakang. ia akan menjejaskan hubungan dan tekanan kerja kepada subordinat.

Bhd. Kepimpinan Dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi. Master of Science Thesis. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2007). Haris Ahmad Nor (1999). Oleh itu adalah dicadangkan untuk kajian yang akan datang melibatkan sampel kajian yang lebih besar samada di peringkat daerah atau negeri dengan meliputi lebih banyak sekolah supaya hasil kajian yang didapati akan lebih tepat dan meyeluruh. Abdul Ghani Ishak (1993) Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah agama Selangor. Ahmad Fadzli Yusof (2005). (ii) (iii) Kesimpulan Kajian ini memberi sedikit sebanyak maklumat tentang hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Bhd. Abdul Ghani Ishak (1994). Adalah disarankan juga suatu kajian mengenai gaya kepimpinan guru besar cemerlang dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru yang dipimpinnya kerana kerana adalah diketahui bahawa perlantikan seseorang guru besar sekolah ke arah peningkatan jawatan sebagai guru besar merupakan suatu pengiktirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan suatu kenaikan pangkat terhadap guru besar cemerlang tersebut serta pengesahan terhadap kepimpinannya sebagai berkesan dan cemerlang kerana hasil kajian ini dapat memberikan maklumat-maklumat berfaedah mengenai gaya kepimpinan guru besar cemerlang tersebut. Adalah menarik jika suatu kajian berkaitan dengan gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru diperluaskan skopnya dengan melibatkan juga kajian terhadap kepuasan kerja di kalangan kaki tangan sokongan bukan guru di sekolah memandangkan kakitangan sokongan juga warga sekolah.Guru. Disertasi Yang Tidak Diterbitkan. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Abdul Ghani Abdullah. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Bhd.Bhd. Sharin Hashim. Dari sini jelas menunjukkan gaya kepimpinan guru besar mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja guru . Azlin Norhaini Mansor.PTS Publications & Distributors Sdn. PTS Millenia Sdn. Amalan Pengurusan Pengetua. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. 55 Petua Seronok Bekerja. Roselan Baki (2007). PTS Professional Publishing Sdn. Universiti Putra Malaysia. Abdul Rahim Hamdan (2007). Ishak Mad Shah ( 2006). . Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori Analisis & Interpretasi Data. Selanjutnya dikemukakan cadangan dan cadangan kajian lanjutan untuk tindakan pihak terbabit bagi meningkatkan gaya kepimpinan guru besar serta tahap kepuasan kerja guru.Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad (2008). Universiti Putra Malaysia. Abdul Ghani (1994) Stail Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor dan kaitannya dengan kepuasan bekerja dikalangan guru-guru. Bhd. Hubungan Antara Kepimpinan Dengan Kepuasan Bekerja Di kalangan Guru-guru: Satu Kajian Kes. Komunikasi Untuk Pemimpin. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Yusuf Boon. Mohd Fadzilah Kamsah.Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Rujukan Abd. Stail Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama DiNegeri Selangor Dan Kaitannya Dengan Kepuasan Bekerja Di kalangan Guru. Ainon Mohd (2003) Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di tempat kerja. Universiti Malaya. Jamaludin Ramli. Universiti Pertanian Malaysia. Abdul Rahman Abd. Gaya-gaya Kepimpinan dalam pendidikan.Bhd. Azizi Yahya.Cadangan Kepada Kajian Lanjutan Pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan seoperti berikut: (i) Kajian yang dijalankan ini adalah terhad kepada tiga buah sekolah rendah sahaja. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan dapatan kajian guru besar mengamalkan gaya kepimpinan demokratik yang tinggi manakala dari aspek kepuasan kerja guru mereka berpuas hati dan min berada pada tahap yang tinggi. Bakat & Kemahiran Memimpin.

Hersey.Ed. Ashari Sikor. & Mitchell T. Mohd Safiee Hj Idris (2008). Hamdan Abd. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Ghani (2003). Ralph M.. Pentadbiran Pendidikan. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Universiti Tun Hussein Onn. Kamal Ariffin bin Jaih (2003). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam organisasi.Disertasi M. Eliza Seth.Skudai. Wirdawati Misran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Gaya Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru di sebuah sekolah menengah di Pekan.Ed.R. . Kepimpinan dalam Pengurusan. Yang Tidak Diterbitkan. Tesis M. Universiti Tun Hussein Onn.Universiti Teknologi Malaysia. Rashid Abdul Razaq. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2003). Skudai. Universiti Malaya. Bhd. Ibrahim Mamat (2001). Tesis Yang Tidak Diterbitkan. New York Free Press Thandi. Jilid II. Md.Bhd. Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan: Dimensi Tingkahlaku Guru Besar Terhadap Kepuasan Kerja dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Bhd. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Disertasi Tidak Diterbitkan. Tumirah Jemon. Universiti Malaya. Tingkahlaku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Pahang. Sabah. Harcharan Singh (1972). Fadzillah Hj Md Noor (1990) Tingkahlaku pentadbiran dan pemimpin pengetua Sekolah Menengah di Pahang Darul Makmur . Universiti Malaya. Stail kepimpinan Pengetua dan kepuasan kerja di Sekolah Menengah Agama di Pahang. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Mohd Majid Konting (1990) Kaedah Penyelidikan.1974 Path Goal Theory and Leadership. Penyelidikan Pendidikan. Pengetua Sekolah.Menangani isu dan cabaran kepimpinan. New Jersey: Prentice hall. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1990). Universiti Malaya Mohamad Fadzil Che Din (1988)Kepuasan bekerja dikalangan kaunselor sekolah di Pulau Pinang.Jitra: Pure Honey Entrprise. Kepimpinan Pendidikan-Teori dan Amalan. Mohd Zaid. Kahirol Mohd Salleh. Bhd.. Universiti Malaya.J. Panduan Menjadi Penyelia Efektif. Jaafar Muhamad (2007) Kelakuan Organisasi. Rosnee Ahad.H. Bhd. House R. Eaglewood Cliffs. -Disertasi Tidak Diterbitkan. Hussein Mahmood (1997) Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.Inc. Some aspects of teacher’s perceptions of principals administrative behavior in selected primary schools in Johore. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Bakhtiar Yusof (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Hizam Hanafi & Zafir Mohd Makbul (2003). . Universiti Malaya. Kadir. Jemaah Nazir Persekutuan. Disertasi Tidak Diterbitkan. Journal of Contemporary Business. 1982) Management of Organization Behavior. Pengurusan Organisasi: Edisi Kedua. Zainuddin Zakaria & Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Faridah Hj. Blanchard. Tidak Diterbitkan. Petaling Jaya : Leeds Publication.Dzulkarnain @ Dzulkanain bin A. Vasuthevan a/l Palanivulu (2003) Hubungan gaya kepimpinan Pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sabah. Utilizing Human Resources. Stogdill. Kementerian Pelajaran Malaysia. Disertasi Tidak Diterbitkan. (1974) Handbook of Leadership . Mohamad Zain (2003) Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru di sebuah Menengah di Tenom. Noor (1990). Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Tekanan Kerja dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Razali Mat Zain (1996). Ismail Mustafa (2008).Universiti Teknologi Malaysia Ishak Mad Shah (2006). Universiti Putra Malaysia.P & K. Pahang. Baharom Mohamad (2008). Ishak Mad Shah (2004). Universiti Malaya.4th ed . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.