You are on page 1of 15

BIODIVERSITI KEPELBAGAIAN BIOLOGI

BIL ITEM HALAMAN


1 PENGHARGAAN
2 OBJEKTIF KAJIAN
3 KAEDAH KAJIAN
4 DAPATAN KAJIAN
• PENDAHULUAN
• KEPELBAGAIAN BIOLOGI
• KEPENTINGAN BIODIVERSITI
• KESAN KEPUPUSAN
BIODIVERSTTI
• LANGKAH PEMULIHARAAN
BIODIVERSITI
• KESIMPULAN
5 BIBLIOGRAFI
6 LAMPIRAN

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya


kajian Pengajian Am ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah
ditetapkan. Penghasilan kajian ini telah melibatkan kerjasama dari banyak
pihak. Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberi sumbangan
sehingga kajian ini sempurna disiapkan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan khusus


kepada En. Abdul Bashir B. Che Senik selaku guru matapelajaran Pengajian Am
yang banyak memberi tunjuk ajar, teguran dan bimbingan untuk mendapat
maklumat berkaitan dengan kajian ini. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membantu saya mengumpul maklumat serta
sudi bertukar-tukar pendapat dalam menyiapkan kajian ini.

Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak sekolah kerana
telah membenarkan saya dan teman-teman yang lain menggunakan kemudahan
internet dan pencetak untuk menyiapkan kertas kajian ini. Kerjasama dan jasa
baik anda sekalian akan saya kenang.

Akhir kata, saya berharap agar kertas kajian ini dapat diterima dengan
baik dan akan dijadikan bahan rujukan untuk matapelajaran Pengajian Am

Wassalam.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Semua pelajar tingkatan 6 diberikan tajuk untuk menjalankan Kajian


Pengajian Am sama ada dalam laras sastera ataupun sains. Kajian ini dibuat
untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-

• Memberi pendedahan awal kepada semua pelajar untuk melakukan


tugasan di peringkat pengajian tinggi.

• Menambah pengetahuan pelajar tentang kepelbagaian biologi dan


kepentingannya.

• Mengetengahkan kepentingan penglibatan semua pihak dalam


memelihara dan memulihara alam sekitar

• Mempertingkatkan konsep asas pemahaman tentang kepentingan


biodiversiti dari aspek pemeliharaan (conservation) ke arah mencapai
matlamat pembangunan persekitaran secara mapan

• Menanam dan memupuk suatu kesedaran tentang proses-proses,


sistem-sistem dan unsur-unsur biodiversiti yang memainkan suatu
peranan asas yang penting di dalam mempengaruhi keseimbangan
ekosistem.

3
KAEDAH KAJIAN

Pelbagai jenis kaedah yang telah saya jalankan bagi mendapatkan maklumat dan
bahan rujukan untuk menghasilkan kertas kajian ini. Berikut adalah kaedah
kajian yang saya gunakan:-

• Rujukan Bahan Ilmiah


Saya telah merujuk beberapa buah buku, risalah, keratan akhbar serta
majalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk
kajian saya iaitu biodiversiti atau kepelbagaian biologi.

• Internet
Saya juga melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan di internet
untuk mendapatkan lebih banyak maklumat untuk kajian ini.

• Wawancara
Saya telah bertanyakan beberapa soalan kepada guru matapelajaran
Biologi tentang apakah biodiversiti dan kepentingannya.

4
PENDAHULUAN

Apa yang didefinisikan sebagai biodiversiti? Perkataan saintifik ini telah


menjadi sinonim pada masa kini kerana kepentingannya kepada semua
masyarakat dari pelbagai taraf sosial dan alam sekitar. Perkataan "biological"
dan "diversity" ini mula diperkenalkan oleh Norse dan McManus pada tahun
1980 dan digabungkan oleh W.G.Rosen pada tahun 1985.

Perkataan biodiversiti membawa pelbagai pemahaman dalam kalangan


orang ramai. Bagi kebanyakan orang, pemahaman mengenai biodiversiti adalah
berdasarkan pengalaman mereka bersama alam semulajadi dan spesies-spesies
tertentu sama ada tumbuhan atau haiwan, termasuklah juga landskap. Berlainan
pula dengan saintis, mereka beranggapan biodiversiti adalah kumpulan gen-gen,
spesies dan populasi bagi sesebuah kawasan dan proses-proses yang
menyokongnya.

Bodiversiti bukan hanya sebahagian daripada sistem kehidupan seperti


gen, spesies dan populasi malah merangkumi bagaimana sistem kehidupan ini
berinteraksi di antara satu sama lain seperti persaingan, predasi, simbiosis dan
komensalisme. Biodiversiti mempunyai aspek-aspek struktur, komposisi dan
fungsi yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Hari ini biodiversiti terancam dan mungkin pupus akibat kegiatan


manusia sendiri. Walaupun Malaysia adalah antara negara di dunia yang kaya
dengan biodiversiti, tanpa pengurusan sistematik dan kesedaran semua pihak,
biodiversiti akan musnah begitu saja. Keseimbangan perlu ada antara usaha
untuk memulihara biodiversiti yang selalu dilaung-laungkan negara maju

5
dengan hak negara membangun yang kaya dengan khazanah ini untuk
menggunakan secara mapan.

KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Bumi kita mampu menyokong lima hingga sepuluh milion spesies haiwan
dan tumbuhan . Hal ini merupakan hasil evolusi yang berlangsung sepanjang
tiga bilion tahun melalui kombinasi semula dan pilihan semula jadi. Perubahan
iklim seperti dari Zaman Ais kepada Kala Panas atau musim kemarau
menekankan pilihan semula jadi dan seterusnya mengakibatkan evolusi dan
kewujudan spesis baru. Kedua-dua proses tersebut saling bergantung. Hidupan
yang wujud kini merupakan hanya 1% daripada jumlah organisma yang pernah
wujud di planet ini.

Biodiversiti diklasifikasikan kepada tiga aras utama iaitu diversiti


ekosistem, diversiti genetik dan diversiti spesies. Diversiti ekosistem ialah
kepelbagaian habitat, komuniti biotik dan proses ekologi di persekitaran
daratan, marin dan persekitaran akuatik lain. Manakala diversiti genetik ialah
kepelbagaian dalam dan antara populasi spesies yang diukur melalui variasi
antara gen atau DNA atau jujukan asia amino. Diversiti spesies pula merujuk
kepada variasi spesies dan subspesies.

Setiap organisma memanfaatkan manusia secara langsung dan tidak


langsung. Manusia telah mengeksploitasikan organisma-organisma sebagai
sumber makanan, pakaian dan tempat berlindung. Banyak ubat-ubatan adalah
hasil daripada pelbagai mikroorganisma. Hampir 2500 spesis tumbuhan telah
dikulturkan, termasuk mikrobs dan organisma liar. Kita menggunakan kurang
daripada 0.3% daripada jumlah keseluruhan spesis tumbuhan. Maka, masih
banyak spesis belum digunakan dan diterokai.

6
KEPENTINGAN BIODIVERSITI

Sejak berkurun lamanya manusia bergantung kepada kepelbagaian


biodiversiti dan sumber-sumber biologi untuk meneruskan kehidupan. Sumber-
sumber biodiversiti membekalkan manusia dengan keperluan makanan,
perubatan, produk-produk industri dan juga berperanan penting untuk
mengimbangi alam sekitar. Selain itu, kepelbagaian sumber flora dan fauna
membekalkan manusia dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan.

Biodiversiti memberi ruang kepada manusia untuk melakukan aktiviti-


aktiviti riadah serta rekreasi di samping menghayati keindahan alam semulajadi
serta meluaskan pengetahuan tentang kepelbagaian dan kekayaan sumber
biodiversiti . Pelbagai aspek aktiviti riadah yang dapat dijalankan termasuklah
aktiviti sukan air, terjunan udara, meredah hutan, aktiviti berkhemah,
penjelajahan hutan dan berbagai lagi

Biodiversiti juga penting untuk pengekalan kitar hidrologi. Hidupan


semulajadi berfungsi sebagai penyerap air dari tanah dan membebaskannya
melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan
menyerap air hingga jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi
sedikit bila air bertakung. Hal ini sekaligus dapat mengawal banjir.

Kepelbagaian flora dan fauna juga amat penting untuk mengimbangi


kitar oksigen dan nitrogen. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dan
membebaskan oksigen untuk proses fotosintesis. Manakala haiwan pula
memerlukan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.
Tumbuhan dan haiwan saling bergantungan antara satu sama lain. Mikrob pula

7
membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen
dalam tanah.

Biodiversiti juga berguna kepada manusia dalam bidang perubatan.


Terdapat lebih 3000 spesies tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi
sebagai anti-kanser. Kepelbagaian biologi ini bukan sahaja mampu
menyediakan sumber perubatan malah mendatangkan keuntungan yang
lumayan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kekayaan spesies biodiversiti
mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka
hayat manusia di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Sebagai contoh, anthroposentrik digunakan dalam memajukan bank genetik
khasnya untuk memajukan sektor pertanian, akuakultur dan penternakan.

Biodiversiti memberikan banyak peluang dan kepentingan terhadap


perkembangan sosial. Taman-taman negara, kawasan rizab hidupan liar, sungai
dan lautan dan juga kawasan-kawasan yang dilindungi memainkan peranan yang
signifikan terhadap perkembangan ekonomi dengan membekalkan pelbagai
sumber kepada kehidupan sosial manusia. Antaranya sumber perkhidmatan
kesihatan (melalui kepelbagaian etnobotani), sumber air minuman, sumber
penjanaan kuasa elektrik dan juga memberikan sumber pendapatan dan
pekerjaan kepada masyarakat. Selain itu juga, sumber biodiversiti yang
merupakan warisan negara merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai
harganya.

Oleh yang demikian, langkah konservasi dan pemuliharaan sumber


biodiversiti yang ada perlu ditingkatkan agar generasi akan datang masih
berpeluang untuk mempelajari dan memperoleh ilmu pengetahuan daripadanya.
Saling kaitan di antara kehidupan sosial dan kepelbagaian sumber biodiversiti
tidak dapat dinafikan lagi. Manusia masih bergantung kepada sumber
biodiversiti dan ekologi yang ada. Begitu juga sumber biodiversiti yang amat

8
memerlukan perhatian dan perlindungan daripada manusia untuk ia terus kekal
di muka bumi ini.

KESAN KEPUPUSAN BIODIVERSITI

Kepupusan biodiversiti meninggalkan impak yang kepada manusia


kerana manusia dan sumber biodiversiti saling bergantungan antara satu sama
lain. Biodiviersiti merupakan sumber semula jadi yang terbesar. Spesies dari
pelbagai jenis menyediakan manusia dengan makanan, produk industri, ubatan,
minyak alternatif dan banyak lagi.

Sekiranya biodiversiti hilang, sumber mentah yang berpotensi untuk


pelbagai tujuan dengan nilai yang tinggi juga akan turut hilang bersama.
Aktiviti manusia mengubah ekosistem akan akan menyebabkan hilangnya
diversiti genetik sesuatu spesies sekaligus menyebabkan kepupusan. Banyak
spesies yang akan pupus sebelum sempat dikaji. Kepelbagaian biodiversiti juga
akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada.

Selain itu kepupusan biodiversiti turut menyebabkan perubahan iklim.


Penyingkiran pokok daripada proses penebangan hutan akan mengurang proses
transpirasi, kekerapan hujan dan kadar penggunaan karbon dioksida dalam
atmosfera semasa fotosintesis. Hal ini akan menyebabkan paras karbon dioksida
dalam atmosfera meningkat yang kemudian menyebabkan berlakunya kesan
rumah hijau dan pemanasan global. Paras air laut pula akan meningkat selaras
dengan peningkatan suhu bumi kemudian akan mengubah landskap bumi.

Sumber makanan juga akan berkurangan apabila sesuatu spesies pupus


dari rantaian ekosistem. Setiap spesies saling bergantungan antara satu sama
lain dalam rantaian ekosistem. Apabila sesuatu spesies pupus, spesies lain juga
turut diancam kepupusan. Akibatnya keseluruhan ekosistem akan terjejas.

9
Sebagai contoh, tumbuhan merupakan pengeluar utama dan diperlukan oleh
haiwan herbivor sebagai makanan. Sekiranya tumbuhan hilang dari rantai
makanan tersebut keseluruhan ekosistem tersebut akan hilang sumber makanan
mereka.
LANGKAH PEMULIHARAAN BIODIVERSITI

Pelbagai aktiviti manusia mendorong kepada kemusnahan sumber


biodiversiti secara langsung mahupun tidak langsung. Antara aktiviti ini
termasuklah pembinaan, penerokaan hutan, pencemaran alam sekitar dan
rekreasi serta banyak lagi. Langkah mengatasi kepupusan atau
kemusnahan biodiversiti perlu diambil dengan segera. Kaedah yang terbaik
untuk memelihara sumber biodiversiti adalah dengan melindunginya sebelum ia
terancam. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memulihara sumber
biodiversiti yang sememangnya memainkan peranan penting kepada kehidupan
manusia seharian.

Bengkel pengurusan biodiversiti merupakan jalan terbaik untuk


membentuk sikap manusia terhadap sumber biodiversiti. Pendedahan tentang
kepentingan biodiversiti terhadap masyarakat sejak kecil amat penting untuk
membentuk sikap dan tingkah laku manusia apabila menguruskan sumber
biodiversiti. Banyak isu yang boleh dibincangkan seperti bioprospek,
pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan spesies
terancam.

Selain itu penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan perlu


diperbanyak. Sebagai contoh, Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat
menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada
hasil khazanah alam negara. Pusat-pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti
Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja
kajian farmakologi sample, pemprosesan dan penghasil benih. Hal ini penting
untuk mengawal kepupusan spesies terancam.

10
Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat juga amat penting. Teknologi
konservasi biodiversiti adalah teknologi yang paling praktikal dan digunakan
secara meluas pada masa kini untuk pemantauan biodiversiti menerusi satelit.
Sensor dipasang pada bahagian tertentu spesies haiwan terancam memudahkan
pemantauan dan kawalan terhadap spesies tersebut dilakukan. aktiviti
pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal dengan lebih ketat.
Begitu juga dengan biodiversiti akuatik yang mempunyai nilai tinggi supaya
tidak merugikan negara.

Malaysia merupakan salah satu diantara 120 negara yang


menandatangani Konvension Kepelbagaian Biologikal(CBD). Konvension
tersebut yang berkuatkuasa pada 29 Disember 1993 memberikan mekanisma
global untuk memastikan pemuliharan dan penggunaan biodiversiti secara
mapan bagi generasi sekarang dan akan datang. Kandungan perjanjian tersebut
ialah Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok
kekal selama-lamanya.

11
KESIMPULAN

Proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan sememangnya


berupaya untuk menjana sumber ekonomi yang pesat kepada pihak kerajaan,
pengusaha-pengusaha swasta dan juga masyarakat setempat. Namun demikian,
akiviti-aktiviti tersebut juga sering mengundang kontroversi dan impak yang
serius terhadap ekosistem dan biodervisiti.

Sekiranya perancangan dan pelaksanaan pembangunan tidak dirancang


dan diuruskan dengan sebaiknya-baiknya, ianya akan menyebabkan sumber
alam musnah akibat daripada kegiatan yang tidak bertanggungjawab. Tambahan
pula, ia juga berperanan sebagai satu faktor yang penting kepada usaha-usaha
konservasi budaya dan alam sekitar. Kesedaran individu dan masyarakat tentang
betapa pentingnya memelihara sumber biodiversiti merupakan perkara asas
yang paling utama dalam usaha mengekalkan alam sekitar yang mapan.

12
BIBLIOGRAFI

13
KOMPOSISI DAN ARAS DIVERSITI BIOLOGI
DIVERSITI EKOSISTEM DIVERSITI GENETIK DIVERSITI SPESIES

Biom (Biome) Populasi Kingdom


Biokawasan Individu Filum
(Bioregion) Kromosom Famili
Landskap Gen Genus
Ekosistem Nukleotid Spesies
Habitat Subspesies
Nic (Niche) Populasi
Populasi Individu

EKOSISTEM LUAS (JUTA BATU % DARIPADA


PERSEGI) KESELURUHAN LUAS
TANAH

Hutan 18.2 31.7

Padang rumput & Savana 11.6 20.2

Kawasan tanaman 6.2 10.7

Tanah Lembap 2.0 3.5

Gurun & Tundra 19.6 34.0

Jumlah Keluasan Daratan 57.6

Laut tepi pantai 8.4

Terumbu Karang 0.2

Laut lepas 164

14
Jumlah keluasan samudera 172.6

15

You might also like