You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PPG NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan

SEMESTER: Sem 5 (Amb Jan 2012)

(MTE3109)
TARIKH MULA 29/07/2013 TARIKH HANTAR

02/09/2013

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanakkanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro / makro. 2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, perpuluhan dan peratusan . pecahan,

3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor,


pecahan, perpuluhan dan peratusan

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2.


Mengenalpasti miskonsepsi dalam topik yang berkait kursus MTE3109 melalui pengajaran dalam bilik darjah. Memperbetulkan miskonsepsi dan mengukuhkan fahaman konsep Matematik kanakkanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.

Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Tugasan Projek (100%) Miskonsepsi adalah satu fenomena yang sering wujud di kalangan murid-murid dalam pembelajaran matematik. Perkara ini sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan. Tugasan yang disediakan akan memberi pendedahan serta pengalaman yang konkrit dan releven untuk anda meneroka pelbagai miskonsepsi yang timbul, serta berupaya mencari pengajaran alternatif untuk mengatasinya. Tugasan 1 (40%) Berdasarkan penilaian yang sudah anda jalankan di dalam sekolah, atau penilaian khas untuk tujuan tugasan ini, pilih murid yang membuat kesilapan dalam standard / hasil pembelajaran dalam mana-mana dua tajuk dari kursus ini, kemudian menjalankan sesi temu bual dengan mereka. Abaikan kesilapan yang disebabkan kelalaian, ketidakfahaman atau faktor-faktor lain, tetapi catatkan huraian mereka tentang miskonsepsi yang berlaku. Huraikan permasalahan murid tentang miskonsepsi. Tugasan 2 (50%) Merancang satu aktiviti yang anda anggap dapat membetulkan miskonsepsi yang wujud di kalangan murid. Laksanakan sesi bimbingan dengan aktiviti itu. Menilai murid berkenaan sekali lagi untuk menentukan sama ada miskonsepsi berkaitan telah dibetulkan. Membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan aktiviti yang telah anda merancang dan melaksanakan untuk pembetulan miskonsepsi. Sediakan laporan tentang perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan aktiviti anda. Membuat cadangan menambahbaikkan aktiviti anda sekiranya ada. Tugasan 3 (10%) Sediakan laporan refleksi. Fokus pada sebab miskonsepsi berlaku dan perkara yang perlu diperhatikan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran agar kewujudan miskonsepsi berkenaan boleh dielakkan. Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. 3. Tugasan ini adalah tugasan individu. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2. Fon Arial 3.3. Saiz huruf 11 3.4. Langkau 1.5 baris 3.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association) 3.6. Lampiran Jika perlu 3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu Amalan plagiat tidak dibenarkan. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu. Tugasan ini membawa markah 100% dan menyumbangkan sebanyak 60% markah akhir kursus. 2

4. 5 6.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut : 1. 2. 4. 5. 6. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan esei / laporan / refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya 5 sumber yang pelbagai).

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(TEOH YEW TEIK) Penyelaras Kursus MTE3109 Jabatan Matemnatik IPG Kampus Pulau Pinang

(TEH KIM HONG) Pakar Bidang SME Jabatan Matematik IPG Kampus Pulau Pinang

Disahkan oleh:

(ZAINURIAH AWANG KECHEK) Ketua Jabatan Akademik Jabatan Matematik IPG Kampus Pulau Pinang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MTE3109 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN RUBRIK PERMARKAHAN TUGASAN-TUGASAN Tugasan 1 SKALA Amat Cemerlang 90 100 WAJARAN (40%) KRITERIA

36.0 40.0% Liputan dan Kandungan Miskonsepsi Murid Kesemua miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih terdapat sokongan dokumentasi penilaian. Berupaya habis memilih dan mengkategorikan daripada penilaian yang didokumentasikan kesemua miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih. Kesemua miskonsepsi yang dihuraikan menepati tajuktajuk dalam kursus ini.

Catatan Huraian Isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi temu bual dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid, punca / sebab dan proses miskonsepsi berlaku.

Bahasa Cemerlang 80 89 Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian. Penggunaan istilah matematik adalah tepat sekali. Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan. Ejaan betul. Sebutan jelas dan betul.

32.0 35.9% Liputan dan Kandungan Miskonsepsi Murid 80% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih terdapat sokongan dokumentasi penilaian. Berupaya habis memilih dan mengkategorikan daripada penilaian yang didokumentasikan 80% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih. Kesemua miskonsepsi yang dihuraikan menepati tajuktajuk dalam kursus ini.

Catatan Huraian Isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi temu bual dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid dan punca / sebab miskonsepsi berlaku.

Bahasa Lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian. Penggunaan istilah matematik terdapat sedikit kesilapan. Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan. 1

Sedikit kesilapan ejaan. Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain / loghat.

Kepujian 65 79

26.0 31.9% Liputan dan Kandungan Miskonsepsi Murid 60% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih terdapat sokongan dokumentasi penilaian. Berupaya habis memilih dan mengkategorikan daripada penilaian yang didokumentasikan 60% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih. Kesemua miskonsepsi yang dihuraikan menepati tajuktajuk dalam kursus ini.

Catatan Huraian Isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi temu bual dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

Bahasa Agak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian. Penggunaan istilah matematik adalah memuaskan. Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian. Kesalahan ejaan ketara. Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain / loghat ketara.

Lulus 50 64

20.0 25.9% Liputan dan Kandungan Miskonsepsi Murid 50% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih terdapat sokongan dokumentasi penilaian. Berupaya habis memilih dan mengkategorikan daripada penilaian yang didokumentasikan 50% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih. Terdapat satu atau dua miskonsepsi yang dihuraikan tidak menepati tajuk-tajuk dalam kursus ini.

Catatan Huraian Isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi temu bual dapat mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi murid.

Bahasa Gagal 0 49 <20.0% Keseluruhan kurang lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. Penggunaan istilah matematik kurang memuaskan. Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sering kali terdapat sebutan yang salah.

Liputan dan Kandungan Miskonsepsi Murid Kurang daripada 50% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih terdapat sokongan dokumentasi penilaian. 2

Berupaya memilih dan mengkategorikan daripada penilaian yang didokumentasikan kurang daripada 50% miskonsepsi dalam 2 tajuk yang dipilih. Semua miskonsepsi yang dihuraikan tidak menepati tajuk-tajuk dalam kursus ini.

Catatan Huraian Isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi temu bual tidak dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

Bahasa Keseluruhan tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata amat terhad. Kebanyakan istilah matematik tidak betul. Sering kali penyampaian tidak difahami. Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sebahagian besar sebutan salah.

Tugasan 2 SKALA Amat Cemerlang 90 100 WAJARAN (50%) 45.0 50.0% Perancangan Aktiviti Rancangan menepati semua masalah yang dihadapi murid, punca / sebab dan proses miskonsepsi berlaku. Susunan langkah aktiviti logikal. Aktiviti adalah realistik dan sesuai Laporan rancangan aktiviti amat terperinci. KRITERIA

Pelaksanaan dan Penilaian Keberkesanan Aktivit Laporan pelaksaan aktiviti amat terperinci Penilaian ke atas pembetulan miskonsepsi didokumentasikan dan huraian tentang analisis keberkesanan aktiviti adalah menyeluruh dan relevan. Terdapat cadangan menambahbaikkan yang relevan untuk semua ketidaksempurnaan rancangan aktiviti.

Bahasa Cemerlang 80 89 Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian. Penggunaan istilah matematik adalah tepat sekali. Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan. Ejaan betul. Sebutan jelas dan betul.

40.0 44.9% Perancangan Aktiviti Rancangan menepati 80% masalah yang dihadapi murid, punca / sebab dan proses miskonsepsi berlaku. 3

Susunan langkah aktiviti logikal. Aktiviti adalah realistik dan sesuai Laporan rancangan aktiviti terperinci.

Pelaksanaan dan Penilaian Keberkesanan Aktivit Laporan pelaksaan aktiviti terperinci Penilaian ke atas pembetulan miskonsepsi didokumentasikan dan huraian tentang analisis keberkesanan aktiviti adalah kurang menyeluruh tetapi relevan. Terdapat cadangan menambahbaikkan yang relevan untuk 80% ketidaksempurnaan rancangan aktiviti.

Bahasa Lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian. Penggunaan istilah matematik terdapat sedikit kesilapan. Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan. Sedikit kesilapan ejaan. Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain / loghat.

Kepujian 65 79

33.0 39.9% Perancangan Aktiviti Rancangan menepati 60% masalah yang dihadapi murid, punca / sebab dan proses miskonsepsi berlaku. Susunan langkah aktiviti logikal. Aktiviti adalah realistik tetapi kurang sesuai Laporan rancangan aktiviti dapat memberi gambaran kasar tentang keseluruhan proses pelaksanaan.

Pelaksanaan dan Penilaian Keberkesanan Aktivit Laporan pelaksaan aktiviti memberi gambaran kasar tentang keseluruhan proses pelaksanaan. Penilaian ke atas pembetulan miskonsepsi didokumentasikan dan huraian tentang analisis keberkesanan aktiviti adalah kurang menyeluruh tetapi relevan. Terdapat cadangan menambahbaikkan yang relevan untuk 60% ketidaksempurnaan rancangan aktiviti.

Bahasa Agak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian. Penggunaan istilah matematik adalah memuaskan. Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian. Kesalahan ejaan ketara. Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain / loghat ketara.

Lulus 50 64

25.0 33.9% Perancangan Aktiviti Rancangan menepati 50% masalah yang dihadapi murid, punca / sebab dan proses miskonsepsi berlaku. Susunan langkah aktiviti kurang logikal. Aktiviti adalah realistik dan kurang sesuai Laporan rancangan aktiviti dapat memberi gambaran kasar tentang sebahagian besar proses pelaksanaan.

Pelaksanaan dan Penilaian Keberkesanan Aktivit Laporan pelaksaan aktiviti memberi gambaran kasar tentang sebahagian besar proses pelaksanaan. Penilaian ke atas pembetulan miskonsepsi didokumentasikan dan huraian tentang analisis keberkesanan aktiviti adalah kurang menyeluruh dan kurang relevan. Terdapat cadangan menambahbaikkan yang relevan untuk 50% ketidaksempurnaan rancangan aktiviti.

Bahasa Gagal 0 49 <25.0% Keseluruhan kurang lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. Penggunaan istilah matematik kurang memuaskan. Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sering kali terdapat sebutan yang salah.

Perancangan Aktiviti Rancangan menepati kurang daripada 50% masalah yang dihadapi murid, punca / sebab dan proses miskonsepsi berlaku. Susunan langkah aktiviti kurang logikal. Aktiviti adalah tidak realistik dan tidak sesuai Laporan rancangan aktiviti tidak dapat memberi gambaran kasar tentang proses pelaksanaan.

Pelaksanaan dan Penilaian Keberkesanan Aktivit Laporan pelaksaan aktiviti tidak memberi gambaran kasar tentang proses pelaksanaan. Penilaian ke atas pembetulan miskonsepsi tidak didokumentasikan dan tiada huraian tentang analisis keberkesanan aktiviti atau huraian tidak relevan. Tiada cadangan menambahbaikkan yang relevan untuk ketidaksempurnaan rancangan aktiviti.

Bahasa Keseluruhan tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata amat terhad. Kebanyakan istilah matematik tidak betul. Sering kali penyampaian tidak difahami. Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sebahagian besar sebutan salah.

Tugasan 3 SKALA Amat Cemerlang 90 100 WAJARAN (10%) 9.0 10.0% Refleksi Perbincangan yang menyeluruh, relevant, amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan. KRITERIA

Organisasi Organisasi maklumat yang cemerlang. Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik

Bahasa Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian. Penggunaan istilah matematik adalah tepat sekali. Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan. Ejaan betul. Sebutan jelas dan betul.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongang yang amat sesuai.

Cemerlang 80 89

8.0 8.9%

Refleksi Perbincangan yang menyeluruh, relevan, jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik.

Organisasi Organisasi maklumat yang baik. Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa bahagian.

Bahasa Lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian. Penggunaan istilah matematik terdapat sedikit kesilapan. Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan. Sedikit kesilapan ejaan. Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh 6

bahasa lain / loghat. Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongang yang amat sesuai.

Kepujian 65 79

6.5 7.9%

Refleksi Walaupun elemen perbincangan kurang menyeluruh, tetapi relevan dan kritis pada beberapa bahagian, serta mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan.

Organisasi Organisasi maklumat yang memuaskan. Struktur ada tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu bahagian yang dikaitkan dengan bahagian lain. Terdapat unsur pengulangan idea.

Bahasa Agak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian. Penggunaan istilah matematik adalah memuaskan. Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian. Kesalahan ejaan ketara. Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain / loghat ketara.

Kemahiran Merujuk Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongang yang memuaskan.

Lulus 50 64

5.0 6.4%

Refleksi Perbincangan terhad, kurang relevan, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis dan mensintesis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi Organisasi maklumat yang kurang memuaskan. Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas.

Bahasa Keseluruhan kurang lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. Penggunaan istilah matematik kurang memuaskan. Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sering kali terdapat sebutan yang salah. Hanya beberapa rujukan yang relevan. Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Hasil disertakan dengan bahan sokongang yang terhad.

Kemahiran Merujuk

Gagal 0 49 <5.0%

Refleksi Perbincangan sangat terhad, tidak relevan, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis. Tidak dapat mencungkil pemikiran pembaca.

Organisasi Organisasi maklumat yang lemah. Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas.

Bahasa Keseluruhan tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata amat terhad. Kebanyakan istilah matematik tidak betul. Sering kali penyampaian tidak difahami. Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan. Kesalahan ejaan yang sangat ketara. Sebahagian besar sebutan salah. Kurang atau hampir tiada rujukan. Tidak menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Kurang atau hampir tiada bahan sokongang.

Kemahiran Merujuk

You might also like