P. 1
MAKNA GRAMATIKAL

MAKNA GRAMATIKAL

|Views: 259|Likes:
Published by Adibah Ismail
SEMANTIK
SEMANTIK

More info:

Published by: Adibah Ismail on Sep 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/10/2015

pdf

text

original

MAKNA GRAMATIKAL

Darwis Harahap (1994:49), telah menyatakan bahawa gramatikal itu bermaksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan juga bentuk. Abdullah Yusof (2009 : 3 ) telah menjelaskan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal, seperti pengimbuhan, penggandaan dan penmajmukan.

PROSES GRAMATIKAL :  Penyisipan

Sisipan ini merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Walau bagaimanapun, sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak dapat menghasilkan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan, iaitu –em-, el-, er, dan –in-. Sisipan ini digunakan dalam pembentukan istilah bahasa Melayu dan sebuah kata yang menerima sisipan berlaku perubahan maknanya. Sisipan kata nama, iaitu el-, er-, dan –em- dan –in-, seperti selerak, gemuruh dan juga kerlip. Semua makna di atas mendukung makna „bersifat‟. Manakala bentuk sisipan kata kerja, iaitu –el, er-, dan –em-, kata nama dan kata kerja apabila melalui proses pengimbuhan, seperti menjelajah, berperigi, dan juga gemuruh.

dapat diberikan pelbagai pegimbuhan pada kata tersebuut seperti dibatas. Makna kata majmuk berkaitan hubungan makna antara unsure yang membentuk paduan itu. batasan. perbatasan. iaitu proses penmajmukan. Makna kata majmuk merupakan makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal. kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih. hal ini ada atau tidak ada makna yang muncul daripada hubungan makna antara unsur pertama dengan unsur yang kedua dari paduan tersebut. sama ada awalan. Hal ini menunjukkan jika proses gramtikal tersebut telah berlaku proses gramatikal maka makna kata tersebut juga akan berubah menjadi pelbagai kegunaan dalam aplikasi bahasa. Contohnya.  Pengimbuhan Dalam proses gramatikal terdapat proses pengimbuhan bentu kata yang terjadi kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan melahirkan makna-makna gramatis. akhiran ataupun apitan. membataskan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar. sisipan. Manakala menurut Abdullah Abdullah Hassan (2002 : 11) pula. Makna kata majmuk ini merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal kata tersebut. tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Penmajmukan / Penggabungan Dalam kamus Tatatbahasa Dewan Edisi ketiga telah mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang telah menerima imbuhan. keterbatasan dan pembatasan. daripada kata dasar batas. .

makna bagi ayat semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu tersebut bermaksud mengikuti. makna bagi ayat khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya bermaksud mengambil tersebut membawa maksud menjadikan. Antara contoh makna kontekstual ialah   Budak itu mengambil buku saya. Abdullah Yusof. Khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya. waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra‟in Shaari.  Semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu. Megambil tersebut membawa kepada makna memungut. .MAKNA KONTEKSTUAL Kamus Dewan telah (2004) telah mengatakan makna kontekstual berkaitan dengan konteks. Makna kontekstual juga boleh berkenaan dengan situasinya iaitu tempat. Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. (20 09) manyatakan bahawa makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Hal ini menunjukkan bahawa makna kontekstual tersebut dapat diaplikasikan dengan satu perkataan yang mempunyai kaitan dengan konteks makna yang serupa. makna bagi ayat budak itu mengambil buku saya ialah memungut.

. maksud yang dinyatakan ialah saiz gambar tersebut yang berukuran lapan kali dua belas inci. waktu dan lingkungan bahasa ini dapat digunakan contohnya “lapan kali dua belas berapa?” jika soalan ini kita ajukan kepad murid-murid tentu akan menjawab sembilan puluh enam. Hal ini sangat penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan antara dua pihak dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik akibat kesalahan isi yang kita tuturkan. Namun jika kita berurusan dengan kedai gambar. Sebagai penutur kita perlulah mengetahui dengan siapa kita sedang berurusan dan berbicara.Konteks makna juga boleh berkenaan dengan situasi.

Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo. 2003). Begitu juga dengan kata‟mawar‟ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunya yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan „bersih‟ dan „suci‟. et. . makna stilistik. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain). Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadikan pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Selain itu terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. makna afektif makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai sifat yang serupa. keadaan. Contohnya perkataan „buaya‟ dikaitkan dengan „jahat‟ atau „ganas‟ atau membawa erti seorang laki -laki yang suka memujuk dan menipu wanita. pengetahuan dan pengalaman seseorang. Menurut Setiawati Dermojuwuno. nada dan intonansi. Makna asosiatif turut memainkan pernan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial atau makna rujukan sahaja yang mesti dinyatakan. makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu (kushartanti. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat. Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. 2005). 1997). makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuklah di dalamnya makna konotatif. lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan maka konotatif termasuklah dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu.al. perhubungan dan pertalian (Kamus Lingguistik.MAKNA ASOSIATIF Menurut Leech (1976).

. kata melati berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan lambing atau perlambangan yang digunakan oleh masyarakat penggunan bahasa untuk menyatakan konsep lain. atau ciri yang ada konsep asal tersebut. yang mempunyai persamaan dengan sifat keadaan. kata merah pula berasosiasi berani. 2005) Manakala menurut Abdul Chaer. makna asosiasi adalah makna kata yang berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. kata buaya berasosiasi dengan jahat atau kejahatan.al. Misalnya.Inteprestasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana inteprestasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif kenyataan ini telah dinyatakan oleh (Kushartanti et..

Dengan kata lain makna denotative ialah „makna sebenarnya‟. Semua perkataan tersebut dikalitkan dengan makna makan. perasaan atau pengalaman lainnya (Nik Safiah Karim. „makan‟. Masyarakat pastinya sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar. namun kini rata-rata golongan muda telah menggunakan perkataan aku ini sebagai bahasa seharian dan berkomunikasi dengan orang lain. makna denotative juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Contohnya. suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana perkataan itu sendiri melambangkan kekasaran dan tidak manis didengar. „sarapan‟. Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif. tidak sopan didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. 2004). . „makna asal‟. Hal ini dapat dilihat melalui contoh perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotative yang sama. hal ini kerana makna denotative lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan emerhatian. pendengaran.MAKNA DENOTATIF Menurut Setiawati Dermojuwuno di dalam buku Pesona Bahasa. menurut penglihatan. maka ia juga disebut sebagai‟makna sebenar‟. „makna mutlak‟ atau „makna dasar‟. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud „wanita yang belum bersuami‟ dan pasangan perkataan isteri dan bini bermaksud „wanita yang mempunyai suami‟. Samalah juga bagi perkataan „melantak‟. Makna denotative ini pada dasrnya sama dengan makna referensila. iaitu manusia dewasa dan bukan laki-laki‟. atau „soru‟.

tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. seperti kerana. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung. makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adriene Lehrer. dan kata bantu termasuklah dalam perkataan nonrefernsial. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh makan. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing hitam dan makna hitam. maka perkataan „kambing hitam‟ dikatan mempunyai ido matis ataupun dikenali sebagai makna gramatikal . Perbezaan antara makna referensial dengan makna referensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim. maka perkataan tersebut mempunyai makna refernsial. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya. namun. Contohnya beg. Perkataan yang tidak mempunyai referen. kata sendi nama.Merujuk kepada makna referensial pula. 1994). makna yan sesuai dengan referennya. 1992). kasut dan pakaian. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna (Ibrahim Ahmad. tidur. cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna rujukan. Contohnya. kambing hitam. ia sedikit berbeza dengan makna nonreferensial. Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon. Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripadda kata sahaja. 2004. tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan. walaupun. cerdik. Makna leksikal juga pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksdu kosa kata atau perbendaharaan kata. Apabila perkataan mempunyai referen atau rujukan.

namun kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. perkataan ini pada mulanya membawa aksud „mendekati Allah dengan beribadah. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatoif yang sama. manakal perkataan wanita itu mempunyai nilai rasa yang tinggi. baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim. maksud perkataan ini telah berubah. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk pada faktor-faktor yang tertentu.MAKNA KONOKATIF Makna konokatif ialah makna yang mempunyai perkaitan dengan nilai rasa. duduk bersendirian atau dengan kata lain perihal perbuatan mengasingkan atau memencilkan diri untuk menenangkaan fikiran atau bertafakur (Kamus Dewan. oleh lelaku dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan. makna konotatif ini tidak hanya spesifik padaa bahsa sahaja. Begitu juga dengan perkataan jantan dan lelaki. . Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna dan nilai rasa yang berbeza. Bagi masyarakat Islam. iaitu „pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi. Makna konotatif ini juga boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu. Samalah juga dengan perkataan babi dan khinzir. jijik dan kotor. babi itu haram. 2004). maka sifat perkataan itu tidak akan mempunyai nilai positif mahupun nilai negatif. namun ianya juga dikongsi bersama-sama dengan sistem komunikatif seperti seni visual dan juga muzik. 2004). nilai rasa masyarkat yang beragama Islam berbeza dengan nilai rasa dan pandangan masyarakat bukan islam. Bagi masyarakat yang beragama Islam. 2004). Tetapi pada hari ini. najis atau sesuatu yang membawa kepada nilai yang negatif. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yng rendah. Antaranya ialah perkataan „khalwat‟.

Hal ini dapat digambarkan melalui contoh barangan atau produk yang diiklan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Makna afektif ini berkaitan dengan perasaan dan emosi. makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu. . Makna asosiatif tersebut mempunyai perkaitannya dengan makna konotatif. Contohnya perkataan kudapan itu telah digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi. makna konotatif bersifat peripheral. Penggunaan kata yang sopan. tempoh masa dan pengalaman individu. Ketiga. dan berpengalaman menjadkannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Makna konotatif yang tidak stabil. Makna konotatif juga dapat ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Kedua. ialah. sedap didengar tapat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. bukannya fikiran atau daya berfikir. namun saya kana menerangkan apa yang dimaksudkan dengan makna afektif yang mempunyai perkaitan dengan makna konotatif. bervariasi menurut budaya. makna asosiatif tersebut telah diterangkan dalam tugasan ini.

MAKNA KOLOKATIF .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->