You are on page 1of 2

ESEI PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

SOALAN:
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menghargai bangunan bersejarah di negara

kita, lebih daripada menghargai bangunan bersejarah di negara orang lain. Pelbagai cara

yang boleh kita lakukan demi menjaga bangunan-bangunan bersejarah yang ada di

Malaysia supaya tidak dilupakan begitu sahaja. Kita wajib menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara (UP1) supaya rakyat Malaysia dapat

menghargai dan mengamalkan tradisi budaya(UP2) dan sentiasa berbangga dengan

sejarah negara(UP3) kita.

Memelihara bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta akan warisan

negara. Sifat semangat seperti berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan

bangsa dan negara (UP1) adalah penting. Dengan cara ini, negara lain tidak akan berani

mengganggu negara dan bangsa kita. Maka, wajarlah kita supaya sentiasa bersyukur

sebagai warga negara Malaysia (UP3).

Rakyat Malaysia haruslah mempunyai semangat kekitaan. Demi menjana kehidupan

yang lebih harmoni, kita hendaklah bersatu padu dan bertolak ansur walaupun berlainan

bangsa. Hormat–menghormati antara satu sama lain(UP4) adalah penting bagi

menjamin kesejahteraan di negara Malaysia. Selain itu, rakyat Malaysia seharusnya

memiliki sikap berdisiplin dan sentiasa bertindak wajar(UP4) supaya bijak menjaga

warisan negara daripada musnah. Untuk menjadi seorang warganegara Malaysia yang

menunjukkan semangat cinta akan warisan negaranya, mereka hendaklah sentiasa


berusaha dan bersikap produktif serta berketerampilan(UP5). Melalui perkara-

perkara ini, dapatlah kita hidup dalam keadaan yang baik dan dapat memelihara dan

memulihara setiap bangunan bersejarah yang menjadi tanda warisan rakyat di Malaysia.

(211 patah perkataan)

You might also like