P. 1
Kajian Tindakan

Kajian Tindakan

2.5

|Views: 12,194|Likes:
Published by Dato Malik

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Dato Malik on Jun 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2014

pdf

text

original

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI MELALUI KAEDAH LATIH TUBI Oleh

Normaria Binti Che Hussin Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,Jln Geroda,Larkin 80350 Johor Bahru

Abstrak
Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa arab ini memang agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam penggunaan sistem ejaan jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid pemulihan jawi dari kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009 berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis tersebut murid didapati belum menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid dengan menggunakan kaedah latih tubi iaitu:

Muka surat 1 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran lalu Saya mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Pemulihan Jawi) 3 Puteri 4. Saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru melalui buku aktiviti jawi sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasai kemahiran mengeja sistem ejaan jawi. Keputusan ujian PKSR bulan Mac merosot dan didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Kesan daripada kelemahan mereka, saya membuat keputusan untuk cuba melakukan sesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang penggunaan kata pinjaman bahasa arab tersebut, seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

2. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan Mac yang rendah kerana

a. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan sistem ejaan jawi
menyebabkan mereka sukar untuk mengeja perkataan jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Murid masih tidak mengenali huruf-huruf jawi dan sukar untuk mengeja satu
persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat latihan dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak

Muka surat 2 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

ditangani, murid akan terus tidak memahami sistem ini lalu menyebabkan mereka akan menghadapi masalah untuk mengeja perkataan jawi yang lebih sukar dan panjang.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

i.

OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi dengan menggunakan persembahan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan sistem tersebut.

ii.

OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :

• • • •

Murid dapat memahami cara menggunakan sistem ejaan jawi. Murid dapat menjawab soalan yang diberikan. Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4.

KUMPULAN SASARAN

Muka surat 3 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid murid Tahun 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Muridmurid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Jawi iaitu tidak dapat mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi dan kurang menguasai sistem ejaan jawi.

5. Perlaksanaan Kajian 5.1 i. Tinjauan Masalah Pemerhatian

Saya membuat kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap penguasaan murid-murid dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

ii.

Ujian Pengesanan

Melalui ujian pengesanan, tahap kecekapan dan kemahiran murid dapat dinilai dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

iii.

Semakan Buku Latihan

Melalui kaedah semakan buku latihan, saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid-murid dalam penggunaan sistem ejaan jawi dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, saya dapat mengetahui adakah seseorang murid itu sudah mahir atau belum.

Muka surat 4 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

5.2 Analisis Tinjauan masalah. Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang di jalankan untuk meninjau masalah yang menyebakan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.

i.

Analasis pemerhatian

Saya telah memantau hasil kerja murid mengeja perkataan pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi. Hasil daripada pemantauan itu, saya dapati masih ramai murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi dengan betul dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengannya, didapati juga bahawa murid tidak boleh menceraikan perkataan kata pinjaman menjadi huruf jawi tunggal. Apabila sesuatu aktiviti dilakukan, murid masih lemah dalam mengenal dan membezakan huruf jawi sekiranya bersambung dengan huruf lain.

ii.

Analisis Ujian Pengesanan Berdasarkan ujian pengesanan jawi, masalah yang sama sering berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas.

iii.

Analis Semakan Buku Latihan Saya telah membuat semakan buku latihan atau hasil kerja murid selepas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya akan mengajar murid cara mengenal dan mengeja

Muka surat 5 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi yang betul. Berdasarkan semakan buku latihan yang telah dibuat, saya dapati murid-murid tidak dapat membezakan huruf bersambung dengan huruf tunggal.

5.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan ialah memberi galakan kepada murid terbabit untuk meningkatkan penguasaan penggunaan sistem ejaan jawi. Tindakan seseterusnya ialah:  Memberi pengenalan huruf-huruf jawi kepada murid-murid.

 Membaca kata pinjaman bahasa arab yang mudah dengan menggunakan cara
edaran kad atau slaid powerpoint.  Memberi latihan kepada murid untuk menceraikan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf-huruf tunggal.  Latih tubi.

5.4

Perlaksanaan Tindakan 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti meningkatkan dan memantapkan kemahiran penggunaan sistem ejaan jawi pada kata pinjaman bahasa arab dijalankan mengikut masa dan jadual di dalam kelas bagi matapelajaran Jawi.Semasa aktiviti latihan bahagian penulisan berjalan, guru meminta murid untuk mengimbas kembali tentang penggunaan sistem ejaan jawi dalam kata pinjaman bahasa arab dengan memilih murid secara rawak dan maju ke hadapan untuk membetulkan huruf pada perkataan jawi

Muka surat 6 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

tersebut bagi meningkatkan daya ingatan sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti dijalankan seperti berikut :  Aktiviti 1 (Item 1)

a.

Mengeja perkataan yang mudah dan lengkap dengan menggunakan sistem ejaan jawi.

b.

Mengenal penggunaan huruf jawi pada perkataan tersebut. Menceraikan perkataan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf jawi tunggal.

c.

Pemerhatian Murid membuat aktiviti berkumpulan atau individu menceraikan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf jawi tunggal. Selepas itu, mereka akan mencantum semula huruf jawi tunggal tadi menjadi satu perkataan yang lengkap.

Refleksi Setelah memantau hasil kerja murid, saya dapati murid yang menjalankan aktiviti secara berkumpulan lebih mudah untuk mengenal dan menulis kata bahasa arab. Melalui aktiviti berkumpulan sikap bekerjasama dapat dipupuk.

5.5

Refleksi Kajian  Penilaian Pencapaian Murid Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum kaedah latih tubi dilakukan pelbagai masalah timbul seperti murid-murid tidak dapat mengenal

Muka surat 7 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

huruf-huruf jawi. Mereka juga tidak tahu untuk menceraikan kata pinjaman bahasa arab dalam ejaan jawi menjadi huruf jawi tunggal. Setelah semua aktiviti dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai penggunaan kata pinjaman bahasa arab dalam sistem ejaan jawi amat memuaskan terutama untuk aktiviti 1.Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar, keyakinan diri murid juga menunjukkan perubahan yang positif. Walaupun dalam seiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak semuanya cemerlang, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu murid-murid yang lemah untuk berusaha mendapatkan keputusan yang lebih baik.  Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang memberi tumpuan dan tidak memiliki kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi tampak berkurangan. Secara tidak langsung murid-murid lebih mengenali ejaan jawi. Ini melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru menyemak hasil kerja murid. 6. CADANGAN UNTUK SETERUSNYA Saya mendapati kajian kesilapan penggunaan sistem ejaan jawi perlu diteruskan untuk semua kelas kerana dengan ini kita dapat mengajar cara menceraikan kata pinjaman bahasa arab dalam ejaan jawi dengan cara yang betul dan sistematik. Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-muid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini dengan meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi.

Muka surat 8 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa fleksibal ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti : • • • • Kad Manila - 2 Marker Pen – 3 Gunting, peb\mbaris, pensel warna,kertas A4 Set Soalan Pendidikan Islam - 2

8. ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah : Kad Manila – 2 x RM 0.50 = RM 1.00 Marker Pen - 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00 2 Set Soalan Pendidikan Islam - 2 x RM 5.00 = RM 10.00

Muka surat 9 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

9. CADANGAN PELAKSANAAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 AKTIVITI MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENGUMPULAN DATA AWAL MENULIS PROPOSAL MERANCANG TINDAKAN-INDIVIDU MELAKSANAKAN TINDAKAN-INDIVIDU MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 1 MELAKSANAKAN TINDAKAN –AKTIVITI 2 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 2 MELAKSANAKAN TINDAKAN-AKTIVITI 3 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 3 UJIAN PENGESANAN PERUBAHAN KLIEN REFLEKDI KAJIAN MENULIS LAPORAN KAJIAN PERBENTANGAN DAPATAN KAJIAN TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU 2 HARI 1 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 1 MINGGU 1 HARI 1 HARI 1 HARI

Muka surat 10 daripada 10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->