P. 1
MODUL KARANGAN BERPANDU

MODUL KARANGAN BERPANDU

4.38

|Views: 138,400|Likes:
Published by wenchee

More info:

Published by: wenchee on Jun 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/13/2015

pdf

text

original

2.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh
Menteri Pertanian Dato’ Effendi Nawawi

-memberi dimensi baru dalam sektor pertanian
-TKPM dianggap sebagai serampang dua mata
-Dapat meningkatkan pendapatan Negara
-Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian

2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi
-
salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian
- dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan
ternakan
-contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan
sektor pertanian.
-dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang
banyak.

2.3 kerjasama daripada pihak swasta

- melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada
Pengusaha-pengusaha baru.
-melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin
menceburi bidang pertanian.
-dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam
sektor pertanian

3.0 Penutup

- Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor
pertanian. Bak kata pepatah “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana
muafakat”.

KARANGAN BERPANDU 12

USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi
perhatian kerana sektor pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi
negara. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam sektor pertanian,
pelbagai usaha telah dijalankan.

Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri
Pertanian iaitu Dato’ Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi
baru dalam sektor pertanian.Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata
kerajaan kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam
bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor
pertanian seperti petani dan peniaga. Projek TKPM juga merupakan transformasi
terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah
menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam

bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang memberi pelbagai
kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek pemasaran.

Dalam era globalisasi, bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai
bioteknologi telah menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian.
Bioteknologi yang melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik
pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui
teknik pengklonan seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan
kemajuan sektor pertanian. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan
dalam kuantiti yang banyak.

Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi
memajukan sektor pertanian melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada
pengusaha-pengusha sektor pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian
subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. Galakan
sebegini tentunya mampu menarik anak-anak muda agar melibatkan diri dalam
sektor yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. negara kita yang beriklim
khatulistiwa pastinya sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran
dan buah-buahan.
Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa,
maka tidak perlulah kita bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport
makanan.
Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin
bagi mengelakkan wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang
efektif, sudah tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global.
Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor
pertanian Negara ibarat kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung bulat manusia
kerana muafakat”.

Latihan Karangan Berpandu 13

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah menjaga kesihatan
berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN

RANGKA KARANGAN

SOALAN 1
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN

1.0 Pendahuluan

-Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam
kehidupan manusia.
-Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjaga kesihatan
-Sikap mengambil berat tentang kesihatan perlu diamalkan demi
kesejahteraan hidup

2.0 Isi / fakta

2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU)
-Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat
menjamin kesihatan (HS1)
-Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2)
-Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH)

2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU)
-Dengan bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot
akan bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik.(HS1)
-Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di
pejabat atau sekolah.(HS2)
-Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa
yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.
(CTH)

2.3 Rehat dan tidur yang cukup
-Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain
berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. (HS1)
Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja
mereka dengan baik, mudah berasa letih dan sen
-ang jatuh sakit (CTH).
-Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. (HS2)

3.0 Penutup

-Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan.
-Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.

Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam
kehidupan manusia. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk
memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap
mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah
dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari.
Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging,
buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan. Makanan yang berlemak
dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya

dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan
terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang
konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka
semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik.
Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan
ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan
oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan
peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan
aktiviti senaman.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang
adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan
tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan
kesihatan stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu
melakukan kerja mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan
senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan
jam sehari untuk berehat dan tidur.

Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan
kepada rakyat. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan
sendiri seperti cogan kata “Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”.

(280 patah perkataan)

KARANGAN BERPANDU 14

Soalan 14

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang
kepentingan aktiviti beriadah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti Beriadah

Rangka karangan 14

Soalan 14

Kepentingan aktiviti beriadah

1.0 Pendahuluan

-Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. (AR)
-Berjogging, berkhemah, memancing dan menunggang kuda (AS)
-Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA)

2.0 Isi / fakta

2.1 Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU)
-Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1)
-Jogging aktiviti yang terbaik, mudah dan murah (HS2)
-Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dapat dielakkan

( HS3)

2.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU)
- Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1)
- Kemurungan, perasaan marah akan timbul (HS2)
- Riadah dapat membakar lemak, melancarkan perjalanan darah,

meningkatkan kadar
denyutan jantung (HS3)

2.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU)
- boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1)
- ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2)
- hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3)
- dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4)

3.0 Penutup

- Amalkan gaya hidup sihat (CDG)
- Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP)

Karangan Berpandu 14

Soalan 14

Contoh Karangan

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan
kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai
tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati
pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung
boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda. Aktiviti riadah membawa banyak faedah kepada masyarakat.

Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan
gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang
tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti
riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk
kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping
mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah
tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan
kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai
tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati
pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung
boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda.

Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah
sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita
melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka
akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah,
meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna
dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini
bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat.

Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama
keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan
hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada
masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk
bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat
melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam
kalangan

remaja.

Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, dan
sebagainya patut diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat
meneruskan hidup dengan gembira dan dijauhi daripada pelbagai penyakit.

KARANGAN BERPANDU 15 (A)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan
buruk bencana alam.
Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Bencana Alam

Rangka Karangan 15

Soalan 15

Kesan-kesan buruk bencana alam

1.0Pendahuluan

-satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(AR)
-Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(AS)
-Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami, ribut taufan, gempa bumi (CTH)
-Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara.(AA)

2.0Isi/fakta

2.1

Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU)

-

malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh

manusia (HS1)

-

Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. (HS2)

-

Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH)

-

Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok tumbang
atau ditimpa oleh bangunan. (CTH)

2.2

Ekonomi negara terjejas/ terbantut.

-

apabila negara ditimpa bencana alam, ekonomi negara terbantut.(IU)

-

banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1)

-

kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak
untuk membina kemudahan baru/membantu mangsa yang terlibat.
(HS2)

-

Kerajaan perlu menyediakan pakaian, ubat-ubatan, dan sebagainya.

(CTH)

2.3

Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian.

-

bencana alam memusnahkan harta benda, tanaman musnah, mata
pencarian penduduk terjejas.(IU)

-

hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah
ditenggelami air.(HS1)

-

banjir besar berlaku di Terengganu, Kelantan dan beberapa buah
kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember.(CTH)

-

mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja
harian.HS2)

3.0 Penutup
-

bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua orang.

(ulasan)
-

semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi

mengatasi

masalah ini (cadangan)

-

bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” /’malang tidak
berbau (HP)

Karangan Berpandu

Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian
itu tidak dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah
tsunami, gempa bumi, banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi.
Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya.

Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan
menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
bencana alam berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia.
Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara
pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh,
Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami
kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko
yang tumbang.

Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi
negara itu terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di
negara itu musnah dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak
untuk membina kemudahan baru. Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar
untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti menyediakan
bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan sebagainya.
Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh
kemarau panjang pada setiap tahun.

Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman
musnah, mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila
hujan turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah akan
ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan,
Terengganu, dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan
Disember setiap tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk
terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka.
Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada
semua orang. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing
bagi mengatasi masalah ini bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”..
kerana “malang tidak berbau.”

(300 patah perkataan)

KARANGAN BERPANDU 15 (B)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
pencemaran air. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Pencemaran Air

Karangan Berpandu (A)

Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan
nadi kepada pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan
berbagai-bagai cabaran. Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu
pencemaran sungai.Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya semua
sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu , marilah kita membincangkan punca-punca
pencemaran air ini berlaku.

Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia
sendiri. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan
sampah yang tidak berdisplin ke dalam sungai membawa kepada pencemaran
sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan menyumbang kepada
pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang kepada
pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain ke dalam sungai. Keadaan ini
bertambah teruk apabila terdapat pengusaha ternakan binatang membuang sisa
yang tidak digunakan ke dalam sungai. Akibatnya air sungai menjadi busuk dan
tidak dapat mengalir dengan deras.

Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca
daripada bahan buangan industri, buangan ternakan dan domestik serta kerja
tanah dan pembukaan tanah. Bahan buangan tersebut merupakan bahan buangan
industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan. Antara sungai-sungai yang
telah didapati tercemar ialah Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Kelang, dan
sebagainya. Kualiti air sungai merosot disebabkan oleh pembuangan bahan
terbuang ini. Air sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta akan
mengeluarkan bau yang busuk.

Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Perbuatan
yang tidak bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati.
Tumpahan minyak oleh kapal yang belayar di laut sememangnya amat
membimbangkan semua pihak. Keindahan dan sifat semula jadi air khususnya
sungai ini akan terjejas. Malahan sungai-sungai yang telah tercemar akan
mengakibatkan berlakunya kejadian banjir, hakisan , dan sebagainya akan berlaku.

Selain itu, pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam
sungai kerana ingin mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang
yang tidak bertanggunjawab mengambil jalan mudah dengan melepaskan efluen
dan sisa toksid ke dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi mengelakkan
kegiatan mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Tindakan tidak
bertanggunjawab pihak-pihak tertentu menyebabkan kualiti air yang menjadi
sumber air minuman.

Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara
kebersihan sungai kerana sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga
menjadi daya tarikan pelancong sebagai tempat bersantai. Hargailah sungai kita
kerana sumber sungai air tidak dapat diganti.

KARANGAN BERPANDU 18

Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing
. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN BERPANDU

Cara-cara masyarakat Malaysia menyambut hari perayaan.

1.0 Pendahuluan

-Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR)
-Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS)
-Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS)

2.0. Isi/fakta

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->