You are on page 1of 64

Karangan Berpandu 1

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-
cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga
250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN
CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

1.0 Pendahuluan

- Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum.


- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi
negara.

2.0 Isi/fakta
2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU)
- Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1)
- Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2)
- Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3)
- Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4)
- Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya.
(CTH)

2.2 Mengembara (IU)


- Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1)
- Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2)
- Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH)
- Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan
Iilahi. (HS3)
- Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran
seseorang. (HS4)

2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU)


- Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1)
- Ekonomi negara meningkat. (HS2)
- Membeli barangan buatan tempatan. (HS3)
- Menyahut seruan kerajaaan. (HS4)
- Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH)

3.0 Penutup

- Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG)


- Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)
Contoh Jawapan Karangan Berpandu

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian


kerana kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk
mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja
dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat
menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat
Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas
pengalaman.

Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan.


Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan.
Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya
kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina,
India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa
melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri
sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat
dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya.
Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang
berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain.

Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan
mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara
kita.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi
seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung
Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini
dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta
akan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai
keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitu
pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang
dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan
kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.

Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia


untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim
perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah.
Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan
dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-
belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan
meningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan
menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.”. Antara pusat beli-
belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf
tangan, dan sebagainya.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai


cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk
keluarga bahagia menggenapi usaha “Rumahku, Syurgaku.” Dengan itu, marilah
kita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang
“Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.” Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong
dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik.
( 299 patah perkataan)
Karangan Berpandu 2

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-
usaha memajukan ICT di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah kata.

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan
- maksud ICT (AR)
- ICT telah mula berkembang di Negara kita(HS1)
- ICT kita standing negara lain(CTH)
- pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan memajukan ICT(HS2)

2.0 Isi / Fakta


2.1- memajukan ICT melalui Koridor Raya Multimedia (MSC)(IU)
- projek yang mampu memacu ekonomi Negara (HS1)
- mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan(HS2)
- menyediakan syarikat ICT di Malaysia bertaraf dunia(CTH)

2.2-Usaha membudayakan ICT kepada masyarakat(IU)


- menjelang 2020 pengguna internet menjangkau 2614 juta orang(CTH)
- pertambahan dan perkembangan penggunaan internet purata
77.25%(CTH)
- usaha “celik” ICT berjaya(HS1)

2.3-memajukan ICT dalam bidang Pendidikan(IU)


- tema Hari Guru berkait ICT(HS1)
- 4500 sekolah ada makmal komputer dan 99 ribu unit computer(CTH)
- berkongsi maklumat melalui sidang video(HS2)
- dapat memperkasa bidang Pendidikan(HS3)

2.4-usaha Majlis IT Negara dalam pembabitan institusi peringkat


global(IU)
- menjalankan 5 agenda tersendiri(HS1)
- menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Teras Strategik (HS2)
- menggerakkan sector awam dan swasta libatkan 30 projek(CTH)
- negara akan dianggap maju dalam teknologi maklumat(HS3)

2.5-melebarluaskan ICT dengan penyediaan infrastruktur dan utility(IU)


- usaha ini berdasarkan Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020(HS1)
- kerjasama sektor swasta dan kerajaan(HS2)
- kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai keberkesanannya(HS2)

3.0- Kesimpulan

- rakyat tidak harus lepaskan peluang menyambut ICT


- pentingnya semua pihak bekerjasama bersedia dalam cabaran ICT

Contoh Jawapan Karangan Berpandu 2

Secara ringkas ICT bermaksud maklumat dan teknologi yang disampaikan


dari sumber kepada penerima melalui saluran teknologi. Darsawarsa ini, kemajuan
ICT atau Industri Teknologi Komunikasi dan Maklumat sudah Negara kita kita sudah
boleh dikatakan maju dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain. Banyak usaha telah dilakukan dalam
memajukan ICT negara kita.

Kemajuan penggunaan ICT dalam kalangan penduduk negara ini diwujudkan


melalui Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu suatu projek raksasa kerajaan Malaysia
untuk memajukan sektor teknologi maklumat. Penubuhan Koridor Raya Multimedia
ibarat enjin yang dapat memacu Malaysia ke arah pencapaian negara maju
menjelang 2020 dan menyediakan ICT bertaraf dunia yang komprehensif. Hal ini
dapat mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang mendorong
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. MSC ternyata menjadi pemangkin
kepada kepada syarikat ICT di Malaysia berdaya saing supaya dapat berkembang
sebagai syarikat bertaraf dunia.

Negara berusaha Meluaskan ICT kepada seluruh masyarakat misalnya


kemudahan komputer di Malaysia adalah lebih 65% terutama ditempat kerja dan
perumahan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tahun 2001,
sehingga akhir tahun 2020 dianggarkan pengguna internet di negara ini
menjangkau 2614 juta orang. Selain itu statistik dari suruhanjaya juga menunjukkan
perkembangan dan pertambahan penggunaan internet di Malaysia dari tahun 1995-
2002 sentiasa meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 77.25% jika dihitung
secara kadar purata pertumbuhan. Ternyata usaha kita menjadikan masyarakat kita
“celik’ ICT menampakkan kejayaan.

Bukan itu sahaja, kemajuan ICT semakin rancak dalam bidang pendidikan.
Tidak hairanlah tema hari guru tahun 2006 turut berkaitan usaha kerajaan untuk
membudayakan ICT dalam kalangan pelajar dan pendidik iaitu “Pendidikan Bestari
Pemangkin Kegemilangan”. Sehingga kini 4500 buah sekolah disediakan makmal
komputer dengan 99 ribu unit komputer. Bukan itu sahaja, setakat ini sebanyak
8120 sekolah dihubungkan dengan kemudahan jalur lebar school-net dan 14 ribu
unit televisyen. Ternyata penggunaan teknologi maklumat dapat memajukan dan
merevolusikan bidang pendidikan negara. Diharap sekolah-sekolah dapat berkongsi
maklumat melalui sidang video.Dengan ini hasrat kita untuk memperkasakan
bidang pendidikan bukan hanya mimpi.

Selain itu, kemajuan ICT di bawah Majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan
Agenda Teras Strategik yang mendorong pembabitan rakyat dan institusi secara
efektif dalam kemunculan rangkaian persekitaran global. Lima agendanya ialah E-
Ekonomi, E-Perkhidmatan Awam, E-Komuniti, E-Pembelajaran dan E-Kedaulatan.
NITC juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Teras Strategik (STIC)
untuk merealisasikan Agenda Teras Strategik. Setakat ini STIC berjaya
menggerakkan sektor awam dan swasta melaksanakan 30 projek termasuklah Pusat
Pertukaran Sumber E-Komuniti, Grid Pembelajaran Kebangsaan, Dana ICT Komuniti
dan SJ2005. Dengan ini kita mampu menjadikan Malaysia gah maju dalam teknologi
maklumat dan bukan dianggap negara dunia ketiga lagi.

Dalam dunia serba kompetatif ini, usaha murni kerajaan melalui Dasar
Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020 patut dimanfaatkan oleh semua. Kerajaan akan
menyediakan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi dan berteknologi memenuhi
kehendak masyarakat atau sebuah bandar moden. Pembangunan infrastruktur itu
merangkumi projek syarikat kerajaan mahupun swasta seperti Syarikat Telekom
Malaysia Berhad (STMB) dan beberapa syarikat lain seperti Maxis, Celcom, Digi, TM
Touch dan lain-lain lagi. Setakat ini, pihak kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai
agar telekomunikasi berteknologi tinggi dan aplikasi pengguna ICT benar-benar
memberangsangkan ekonomi negara di peringkat global.

Konklusinya, kemajuan ICT negara yang memberangsangkan sepatutnya


tidak dilepaskan begitu sahaja oleh kita semua dalam merealisasi wawasan 2020.
Sesungguhnya kita belum boleh mendabik dada kerana cabaran ICT mendatang
harus ditempuh oleh semua rakyat Malaysia dengan penuh persediaan kata orang
kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Tegasnya,
kerjasama semua pihak penting dalam usaha memajukan lagi ICT di negara kita.

Karangan Berpandu 3

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-
usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia. Panjang
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan
- Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan
awam.
- Jenis pengangkutan awam di Malaysia.
- Tujuan pembangunan pengangkutan awam.

2.0 Isi
2.1 – Pengangkutan awam teksi
- Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang.
- Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi.
- Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan
penyelewengan.

2.2 – Pengangkutan awam bas.


- Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar.
- Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik

2.3 – Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik


- mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara
- gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa
dingin.

2.4 – Perkhidmatan kapal terbang


- MAS dan Air Asia
- banyakkan destinasi
- pekej tambang murah
- ramai pengguna mampu mengunakannya

3.0 Penutup
- Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju
- Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti.
- Kualiti yang baik menarik minat pengguna.

Contoh Jawa;pan Karangan Berpandu 3

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah
berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem
pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini
meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut.
Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang
ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar.

Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi.


Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang
diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar
mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan
warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke
destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui
keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta
memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan
pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna.

Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan


pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau
ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah
menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi
meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah
Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan
akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan
kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini
akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan


telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk
mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel
dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini
kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala
Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara.

Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor
Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada
waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk
memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api
Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin
kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga
yang tidak berhawa dingin.

Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih
perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah
menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-peswat yang baru.
Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah
khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan
mampu menggunakan perkhidmatan ini.

Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan


setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat
yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu
perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.
KARANGAN BERPANDU 4

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-
faktor yang mendorong Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang
menarik. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN
1.0 Pendahuluan

• Malaysia berpotensi sebagai pelancongan menarik (AR)


• Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik (HS)
• Mampu menggamit sesiapa sahaja yang datang (HS)
• Keindahan dan keunikan ini diihat daripada pebagai aspek (AA)

2.0 Isi / Fakta

2.1 Alam flora dan fauna yang indah


- Dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan, herba dan serangga.
- Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin
- Pencinta alam dapat menikmati, mengkaji dan mengenali
- Tinggal di dalam hutan dengan menyewa chale atau khemah

2.2 Komposisi kaum yang unik


o Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama
iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya.
o Memiliki keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan makanan.
o Disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan seperti Zapin,
Inang, Ngajat, Tarian Singa dan Klasik India kepada para pelancong
yang mengunjungi Rumah Kampung Budaya di Sarawak.
o Menikmati keenakan masakan tradisi tempatan, biasanya disajikan
oleh hote-hotel atau restoran terkemuka.
o Pelancong tidak berasa rugi berkunjung ke Malaysia kerana kaya
dengan pelbagai adat dan tradisi.

2.3 Malaysia memiliki destinasi pelancongan menarik

o Tanah Tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting,
Pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk
Chempedak, Pulau-pulau yang indah seperti Pulau Tioman dan Pulau
Langkawi.
o Dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling.
o Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana sahaja
tempat pelancongan yang berpotensi.

3.0 Penutup
Masyarakat Malaysia harus memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam
menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia.
Rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana
segala-galanya ada di Malaysia.

CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU


Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor pelancongan. Hal ini
demikian kerana Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang
menarik, indah dan menawan. Malaysia mampu menggamit sesiapa sahaja untuk
berkunjung ke negara ini. Keindahan ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek.

Alam flora dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para
pelancong dari dalam dan luar negara. Dalam belantara ini dipenuhi dengan
pelbagai keaslian spesis tumbuhan yang dijaga dengan rapi oleh pihak-pihak
tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan. Malah usaha
kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan hutan itu sebagai hutan
simpanan iaitu Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin merupakan khazanah
yang bernilai bagi para pencinta alam untuk menikmati alam ciptaan-Nya. Mereka
bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam bahkan berpeluang juga mengenali
jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara kita yang
memiliki hutan hujan khatulistiwa. Bagi mereka yang berminat pastinya mereka
akan tinggal beberapa hari dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-
pihak tertentu. Jelaslah keindahan alam flora dan fauna mampu meningkatkan
industri pelancongan di Negara ini umpama peribahasa sambil menyelam minum
air kerana bukan sahaja memperoleh pendapatan malah nama negara dapat
dikenali di peringkat antarabangsa.

Komposisi kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak


sektor pelancongan di negara ini. Para pelancong akan disajikan dengan
persembahan kebudayaan pelbagai kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan
khas. Mereka pasti berasa kagum dengan keunikan budaya dari segi pakaian, tarian
dan keenakan makanan tempatan yang mewarnai kehidupan di Malaysia. Pelbagai
tarian tradisional seperti zapin, inang, ulik mayang, tarian singa, klasik India, ngajat
dan sebagainya mampu manghiburkan para pelancong yang berkunjung ke
kampong Budaya Sarawak dan pastinya akan membawa kenangan manis yang
indah dihati pelancong. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan
tempatan pelbagai kaum pasti mengundang rasa ingin datang lagi untuk merasai
kelazatan makanan ini. Sesungguhnya, para pelancong tidak akan berasa rugi
sekiranya berkunjung ke Malaysia kerana terdapat pelbagai masyarakat majmuk
yang kaya dengan pelbagai adat dan tradisi mereka masing-masing.

Selanjutnya, kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik.


Antaranya, di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah
Tinggi Genting. Selain itu, Malaysia juga memiliki pantai-pantai yang menawan
seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Malahan juga memiliki pulau-pulau
yang yang indah seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Terdapat juga tempat
dan bangunan bersejarah yang harus dilawati bagi mengenali Malaysia dengan
lebih dekat lagi. Keistimewaan tempat pelancongan ini memberi banyak
pengetahuan dan pengalaman kepada para pelancong. Setiap destinasi
pelancongan sentiasa dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. Bukan itu
sahaja, kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf
infrastruktur dan prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi.
Hal ini bagi memastikan para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di
sini. Tidak dinafikan lagi bahawa industri pelancongan merupakan serampang dua
mata dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan Negara.
Konklusi, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak
kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat
Malaysia. Jadi, rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di
Malaysia kerana segala-galanya ada di Malaysia.

KARANGAN BERPANDU 5

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang sebab-
sebab mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula.
Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh


digunakan
- Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam
- Masyarakat harus memberi sokongan
- Banyak faedah akan dinikmati mereka
-
2.0 Isi / Fakta

2.1 Bilangan sampah-sarap bertambah

o kitar semula mengurangkan sampah


o membantu mengatasi masalah pencemaran alam
o mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap
o mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan
o nyamuk
o kesihatan terjamin

2.2 Kitar semula barangan kertas

o menyelamatkan pokok-pokok
o input penting dalam industri penghasilan kertas
o dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric
kertas
o kos barangan kertas menurun
o menguntungkan pengguna

2.3 Tin-tin aluminium

o boleh dikitar semula


o mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum
o meneruskan proses pengeluar tin-tin, minuman ringan
o kos pengeluar akan menurun
o menyumbang kepada peluang pekerjaan

3.0 Penutup
- rakyat harus menyahut seruan murni ini
- wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak
mengalami kerugian

Contoh Jawapan Karangan Berpandu

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan
Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh
dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program
ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh
itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan buangan
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.
Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana
penambahan sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat
mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula
dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang hebat diperkatakan
kini.Program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan
pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis
Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai
jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. Justeru, program ini juga dapat menjamin
kesihatan masyarakat.
Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan
kertas. Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam
yang amat bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam
hutan yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak
di hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk
menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas
yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah
tentu menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini
dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita.
Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk
minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus
penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat
dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada
mesyarakat.

Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni


kerajaan ini. Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak
dibazirkan. “Fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja
menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.

KARANGAN BERPANDU 6

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang fungsi hutan
di Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan
- bumi yang subur dan iklim tropika (AR)
- hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak
kepada negara.(HS)
- fungsi : ekonomi negara , tadahan air, taman rekreasi(AA)

2.0 Isi
2.1 Sumber pendapatan Negara.
- komoditi utama ialah balak.
- Pembangunan negara pesat
- Misalnya , bagi hutan paya bakau : daerah Larut Matang di Perak, 80
peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai
sumber pembalakan, menghasilkan arang.
- mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
- Kesan buruk jika tidak dikawal

2.1 Sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah.

- akar hutan paya bakau menahan dan menghalang ombak daripada


menghakis kawasan pantai.
- berfungsi sebagai penapis air masin.
- Contoh pantai di Bagan Datoh. pernah berlaku hakisan yang teruk
akibat penebangan hutan bakau yang berleluasa.
- Kesan menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian
- Fungsi tadahan air.
- rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan
akan mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai.
- Manakala semasa musim kemarau pula, sistem tersebut pula akan
mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk
mewujudkan keseimbangan alam semula jadi.
- Contoh : hutan paya gambut bertindak sebagai ‘sponge’
- mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan
memberi kelembapan pada musim kemarau.

2.3 Sumber rekreasi


- banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi
- dijadikan tempat beristirehat dan jauh daripada kebisingan kota.
- Contoh : Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di
Sabah.
- Kawasan hutan di Kuala Selangor : unik dengan kehadiran ribuan kelip-
kelip
- pereka landskap : sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk
kota
- menyelam sambil minum air
- mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep
semulajadi

3.0 Kesimpulan

- hutan kepelbagaian fungsi bermanfaat


- pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan
- hutan tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas.
- Peranan kerajaan : Penguatkuasaan undang-undang dengan tegas
- Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Negara kita telah dianugerahkan Allah s.w.t bumi yang subur dan iklim
tropika yang membolehkan hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang
banyak kepada negara. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada
masyarakat setempat dan sejagat.Selain menjadi habitat flora dan fauna , hutan
juga membekal pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar penting yang kurang kita
sedari, menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara.

Hutan merupakan antara ekologi yang amat penting dalam membekalkan


perkhidmatan alam sekitar. Salah satu daripada hasil hutan yang dapat
dikatogerikan sebagai komoditi utama ialah seperti kayu balak. Hasil pembalakan
telah membantu menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara kerana
pulangan hasilnya yang lumayan. Kini, kayu balak ditebang bukan sahaja untuk
dijadikan kayu bagi kegunaan tempatan , tetapi juga dieksport ke luar negara .
Harga kayu tropika di pasaran dunia tinggi telah membantu sumber pendapatan
Negara. Misalnya , bagi hutan paya bakau yang terdapat di daerah Larut Matang di
Perak, iaitu 80 peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai
sumber pembalakan yang menghasilkan arang. Sumber arang masih lagi
mendominasi sistem pengangkutan seperti keretapi. Selain itu, sumber hutan ini
telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Namun begitu,
walaupun kita amat berbangga dengan perkembangan tersebut, tetapi sebenarnya
kita telah menggadaikan satu sumber daripada alam yang amat berharga.Terdapat
beberapa pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri telah menebang
pokok balak secara keterlaluan. Ini akan membawa kesan buruk kepada negera jika
tidak dikawal .Oleh yang demikian , penebangannya memerlukan pemerhatian dan
pengawasan serius daripada pihak berkuasa.

Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan


termasuk berfungsi menyimpan atau menjadi sumber tadahan air dan menguatkan
struktur tanah. Contohnya, akar hutan paya bakau yang berperanan menahan dan
menghalang ombak laut daripada berterusan menghakis kawasan pantai.Ekologi
paya bakau juga berfungsi sebagai penapis air masin.Contoh kejadian yang berlaku
di pantai Bagan Datoh. Di pantai ini pernah berlaku hakisan yang teruk akibat
penebangan hutan bakau yang berleluasa. Kerosakan ekologi hutan ini
menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian seterusnya
merosakkan tanaman pertanian. Fungsi tadahan air merupakan antara fungsi
ekologi kritikal yang dibekalkan oleh sumber hutan selain menguatkan struktur
tanah. Apabila hujan turun , rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di
kawasan hutan akan mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke
sungai. Manakala semasa musim kemarau pula, sistem tersebut pula akan
mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan
keseimbangan alam semula jadi. Dengan kata lain , hutan khususnya hutan paya
gambut bertindak sebagai ‘sponge’ yang mengawal air daripada terus melimpah
ketika musim hujan dan memberi kelembapan pada musim kemarau.

Selain itu , hutan berfungsi sebagai sumber rekreasi berasaskan alam


semula jadi atau pelancongan eko .Kini banyak kawasan hutan dijadikan taman
rekreasi untuk dijadikan tempat beristirahat dan jauh daripada kebisingan kota.
Antara beberapa kawasan hutan yang dijadikan kawasan rekreasi , misalnya Taman
Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah. Kawasan hutan di Kuala
Selangor juga merupakan kawasan rekreasi eko yang unik dengan kehadiran ribuan
kelip-kelip yang mengeluarkan kerlipan cahaya. Bagi pereka landskap pula, sambil
menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota ,mereka boleh menyelam sambil
minum air iaitu mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep
semulajadi

Hakikatnya, hutan mempunyai kepelbagaian fungsi bermanfaat kepada


masyarakat dan sejagat. Oleh yang demikian , pemuliharaan hutan perlu
dipergiatkan..Sekiranya hutan tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas.
Peranan kerajaan amat penting dalam hal ini. Pennguatkuasaan undang-undang
dengan tegas dan berkesan meupakan langkah terbaik untuk mengatasi masalah
tersebut. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

KARANGAN BERPANDU 7
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
mengatasi masalah disiplin pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN
1.0 Pendahuluan

- Disiplin pelajar kian meruncing


- Pelajar yang melakukan vandalisme dan terlibat dengan gangsterisme
- Terdapat beberapa cara mengatasi masalah disiplin

2.0 Isi /Fakta

2.1 peranan pihak sekolah


- guru perlu bertindak tegas
- ibu bapa menyokong pihak sekolah
- memberikan amaran sehingga dibuang sekolah
- menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain

2.2 penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

- menghindari pelajar melakukan salah laku


- membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman dan
pengetahuan, memanfaatkan masa.
- Aktiviti kokurikulum unit beruniform,persatuan dan kelab.
- Aktiviti kerohanian dapat mengisi jiwa

2.3 berhati-hati memilih rakan sebaya


- rakan adalah pengaruh besar
- menilai antara yang baik dengan yang buruk
- mencari kawan yang berminat dengan pelajaran, mematuhi agama dan
menghormati orang tua.
- Menjauhkan diri dengan kawan yang bersikap negatif

3.0 Penutup

Kesimpulannya kembali kepada agama kerana tiada agama yang


menghalalkan perbuatan salah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga.

CONTOH JAWAPN KARANGAN BERPANDU


Disiplin pelajar dewasa ini kian meruncing. Antara masalah disiplin yang
sering dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme dan gangsterisme. Kedua-dua
masalah ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah lama dibincangkan dan
kegiatan ini semakin berleluasa. Pelbagai langkah perlu diambil untuk membendung
masalah ini daripada berleluasa.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ialah mendidik
mereka di sekolah dan di sini peranan guru amat penting. Guru-guru perlulah
mengambil tindakan tegas iaitu tindakan secara berperingkat daripada amaran
sehinggalah dibuang sekolah. Hukuman yang dijatuhkan kepada para pelajar
perlulah disokong oleh ibu bapa. Tindakan sebegini bukanlah untuk menggelapkan
masa depan pelajar tetapi adalah cara terbaik supaya tindakan ini menjadi contoh
dan tidak diulangi oleh pelajar lain.

Selain itu, penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu
untuk menghindari pelajar melakukan salah laku. Aktiviti kokurikulum ini
termasuklah unit beruniform, persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah,
dan aktiviti kerohaniah. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini dapat
membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman, pengetahuan, dan
memanfaatkan masa. Aktiviti kerohaniah dapat mengisi jiwa pelajar, oleh itu pelajar
mempunyai panduan hidup seterusnya tidak mudah terpesong untuk melakukan
salah laku.

Pelajar juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan sebaya. Hal ini
demikian kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian
seseorang. Seperti kata-kata seorang ilmuan “kawan yang jahat umpama berkawan
dengan tukang besi, walaupun tidak kena apinya, sekurang-kurangnya kita terkena
asapnya, kawan yang baik pula umpama berkawan dengan penjual minyak wangi,
walaupun tidak terkena minyak wangi, sekurang-kurangnya kita akan mendapat
wangiannya.” Justeru, pelajar perlu menilai antara yang baik dengan yang buruk.
Pelajar perlu menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat negatif. Oleh itu, pelajar
digalakkan untuk mencari kawan yang berminat terhadap pelajaran, mematuhi
agama, dan menghormati orang tua. Tidak ada ruginya para pelajar berkawan
dengan orang yang sedemikian.

Kesimpulannya, kita perlulah kembali kepada agama kerana tiada agama


yang menghalalkan perbuatan salah. Zaman remaja hanya sekali, sekiranya remaja
tersilap langkah ia tidak akan berulang lagi. Ingatlah “sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
KARANGAN BERPANDU 8

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan
sektor pekerjaan di dalam gambar tersebut terhadap pembangunan negara.
Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

1.0 Pendahuluan

• Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat.


• Oleh itu, tanpa memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam
hidup sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan itu dan pekerjaan itu pula
mampu memberi peranan yang bermakna untuk pembangunan negara.

2.0 Isi-isi penting

2.1 mengembangkan daya kreatif yang dimiliki oleh seseorang pekerja


- melahirkan pekerja yang berinovasi dan berdaya cipta
- memperkenal dan dapat mempromosi negara melalui pemasaran
produk batik ke luar negara
- Mengembangkan ekonomi negara
2.2dapat menyumbang ke arah perkembangan teknologi negara
- dapat memperkenalkan ciptaan teknologi yang baru
- meluaskan sektor penyelidikan negara untuk mencipta sesuatu yang
baru
- menghalang sebarang teknologi maklumat yang salah

2.3dapat menyumbang dalam bidang perubatan negara


- mencari atau menghasilkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
- menjalankan penyelidikan ke atas sesuatu penyakit
- membolehkan negara bersaing dalam penciptaan ubat demi
kesejahteraan masyarakat

3.0 Penutup

- pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada


masyarakat(CDGN)
- semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar
keseimbangan ekonomi dapat ditingkatkan demi kemajuan negara (HP)

CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat dan


ia melambangkan status kejayaan seseorang individu berkenaan. Oleh itu, tanpa
memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya yakin
akan usaha yang dilakukan.Pekerjaan yang diceburi itu dapat memainkan peranan
masing-masing dalam pembangunan negara.

Antara pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan


negara adalah dalam industri kraftangan seperti membuat batik.Melalui pekerjaan
ini dapat mengembangkan daya kreatif seseorang pekerja.Bidang ini dapat
melahirkan pekerja yang inovatif yang sememangnya diperlukan oleh negara.
Melalui pekerjaan ini juga dapat mempromosi dan memperkenal negara ke mata
dunia dengan produk keluaran industri ini seperti batik sutera,beg,alas meja dan
lain-lain lagi. Di samping itu, ekonomi negara juga akan terus berkembang.

Selain itu, juruanalisa sistem juga dapat memberikan peluang kepada negara
kita untuk bersaing dalam teknologi maklumat. Ia juga dapat memperkenal
teknologi baru kepada sektor lain untuk membangunkan lagi negara.Kerjaya ini juga
mampu meluaskan sektor penyelidikan untuk mencipta teknologi baru. Sebagai
contoh, bidang ini dapat menyumbang kepada perkembangan sistem-sistem baru
yang boleh mempercepat dan mempermudah segala kerja yang dilakukan. Melalui
pekerjaan ini kita dapat mengesan dan menghalang penyebaran maklumat yang
salah kepada masyarakat.

Ahli farmasi juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan negara


dalam bidang perubatan. Peranan sektor ini adalah untuk mencari atau
menghasilkan pelbagai jenis ubat yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit
yang berbahaya demi kesejahteraan masyarakat di negara kita.Contohnya dewasa
ini pelbagai penyakit telah melanda seperti yang terbaru penyakit selsema burung
yang boleh meragut nyawa. Justeru,mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu
berusaha mencipta ubat yang boleh menghalang virus ini. Kejayaan mereka dalam
mencari penawar terhadap penyakit ini akan dapat mengharumkan nama negara di
mata dunia dan ini memberi peluang kepada kita untuk bersaing dengan negara-
negara lain yang lebih maju dalam sektor perubatan.

Oleh itu,kerajaan perlulah memyediakan lebih banyak peluang pekerjaan


untuk semua golongan sama ada pekerjaan itu profesional atau tidak.Semua pihak
perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi negara
dapat dipertingkat demi mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

KARANGAN BERPANDU 12

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-
usaha untuk memajukan sektor pertanian. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

- sector pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan


- dapat menyumbang kea rah ekonomi Negara
- pelbagai usaha dapat dijalankan
2.0 Isi/Fakta

2.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh


Menteri Pertanian Dato’ Effendi Nawawi
- memberi dimensi baru dalam sektor pertanian
- TKPM dianggap sebagai serampang dua mata
- Dapat meningkatkan pendapatan Negara
- Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian

2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi


- salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian
- dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan
ternakan
- contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan
sektor pertanian.
- dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang
banyak.

2.3 kerjasama daripada pihak swasta


- melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada
Pengusaha-pengusaha baru.
- melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin
menceburi bidang pertanian.
- dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam
sektor pertanian

3.0 Penutup
- Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor
pertanian. Bak kata pepatah “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana
muafakat”.

KARANGAN BERPANDU 12

USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi


perhatian kerana sektor pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam sektor pertanian, pelbagai
usaha telah dijalankan.

Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri


Pertanian iaitu Dato’ Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi
baru dalam sektor pertanian.Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata
kerajaan kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam
bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor
pertanian seperti petani dan peniaga. Projek TKPM juga merupakan transformasi
terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah
menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam
bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang memberi pelbagai
kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek pemasaran.

Dalam era globalisasi, bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai
bioteknologi telah menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian.
Bioteknologi yang melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik
pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui
teknik pengklonan seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan
kemajuan sektor pertanian. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan
dalam kuantiti yang banyak.

Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi


memajukan sektor pertanian melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada
pengusaha-pengusha sektor pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian
subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. Galakan
sebegini tentunya mampu menarik anak-anak muda agar melibatkan diri dalam
sektor yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. negara kita yang beriklim
khatulistiwa pastinya sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran
dan buah-buahan.
Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa,
maka tidak perlulah kita bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport
makanan.
Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin
bagi mengelakkan wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang
efektif, sudah tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global.
Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor
pertanian Negara ibarat kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung bulat manusia
kerana muafakat”.

Latihan Karangan Berpandu 13

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN
RANGKA KARANGAN

SOALAN 1
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN

1.0 Pendahuluan

- Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam


kehidupan manusia.
- Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjaga kesihatan
- Sikap mengambil berat tentang kesihatan perlu diamalkan demi
kesejahteraan hidup
2.0 Isi / fakta

2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU)


- Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat
menjamin kesihatan (HS1)
- Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2)
- Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH)

2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU)


- Dengan bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot
akan bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik.(HS1)
- Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di
pejabat atau sekolah.(HS2)
- Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa
yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti
senaman.(CTH)

2.3 Rehat dan tidur yang cukup


- Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain
berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. (HS1)
Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja
mereka dengan baik, mudah berasa letih dan sen
- ang jatuh sakit (CTH).
- Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. (HS2)

3.0 Penutup
- Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan.
- Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.

Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam


kehidupan manusia. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk
memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap
mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah
dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari.
Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging,
buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan. Makanan yang berlemak
dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya
dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan
terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang
konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka
semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik.
Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan
ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan
oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan
peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan
aktiviti senaman.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang


adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan
tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan
kesihatan stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu
melakukan kerja mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan
senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan
jam sehari untuk berehat dan tidur.

Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan


kepada rakyat. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan
sendiri seperti cogan kata “Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”.

(280 patah perkataan)

KARANGAN BERPANDU 14

Soalan 14

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang


kepentingan aktiviti beriadah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti Beriadah
Rangka karangan 14

Soalan 14

Kepentingan aktiviti beriadah

1.0 Pendahuluan

- Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. (AR)


- Berjogging, berkhemah, memancing dan menunggang kuda (AS)
- Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA)

2.0 Isi / fakta


2.1 Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU)
- Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1)
- Jogging aktiviti yang terbaik, mudah dan murah (HS2)
- Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dapat dielakkan
( HS3)

2.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU)


- Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1)
- Kemurungan, perasaan marah akan timbul (HS2)
- Riadah dapat membakar lemak, melancarkan perjalanan darah,
meningkatkan kadar
denyutan jantung (HS3)

2.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU)


- boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1)
- ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2)
- hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3)
- dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4)

3.0 Penutup
- Amalkan gaya hidup sihat (CDG)
- Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP)

Karangan Berpandu 14

Soalan 14

Contoh Karangan

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan


kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai
tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati
pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung
boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda. Aktiviti riadah membawa banyak faedah kepada masyarakat.
Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan
gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang
tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti
riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk
kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping
mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah
tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan


kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai
tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati
pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung
boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda.

Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah


sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita
melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka
akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah,
meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna
dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini
bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat.

Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama


keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan
hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada
masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk
bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat
melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam
kalangan remaja.

Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, dan


sebagainya patut diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat
meneruskan hidup dengan gembira dan dijauhi daripada pelbagai penyakit.

KARANGAN BERPANDU 15 (A)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan
buruk bencana alam. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Bencana Alam
Rangka Karangan 15

Soalan 15

Kesan-kesan buruk bencana alam

1.0 Pendahuluan

- satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(AR)


- Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(AS)
- Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami, ribut taufan, gempa bumi (CTH)
- Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara.(AA)
2.0 Isi/fakta

2.1 Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU)

- malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh
manusia (HS1)
- Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. (HS2)
- Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH)
- Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok
tumbang
atau ditimpa oleh bangunan. (CTH)

2.2 Ekonomi negara terjejas/ terbantut.

- apabila negara ditimpa bencana alam, ekonomi negara terbantut.(IU)


- banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1)
- kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak
untuk membina kemudahan baru/membantu mangsa yang
terlibat.(HS2)
- Kerajaan perlu menyediakan pakaian, ubat-ubatan, dan
sebagainya.(CTH)

2.3 Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian.

- bencana alam memusnahkan harta benda, tanaman musnah, mata


pencarian penduduk terjejas.(IU)
- hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah
ditenggelami air.(HS1)
- banjir besar berlaku di Terengganu, Kelantan dan beberapa buah
kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember.(CTH)
- mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja
harian.HS2)

3.0 Penutup
- bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua
orang.(ulasan)
- semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi
mengatasi
masalah ini (cadangan)
- bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” /’malang
tidak
berbau (HP)

Karangan Berpandu

Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian
itu tidak dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah
tsunami, gempa bumi, banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi.
Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya.

Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan
menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
bencana alam berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia.
Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara
pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh,
Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami
kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko
yang tumbang.

Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi


negara itu terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di
negara itu musnah dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak
untuk membina kemudahan baru. Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar
untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti menyediakan
bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan sebagainya.
Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh
kemarau panjang pada setiap tahun.

Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman
musnah, mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila
hujan turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami
air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, dan di
beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember setiap
tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk terjejas kerana
mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka.
Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada
semua orang. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing
bagi mengatasi masalah ini bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”..
kerana “malang tidak berbau.”

(300 patah perkataan)

KARANGAN BERPANDU 15 (B)


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
pencemaran air. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Pencemaran Air

Karangan Berpandu (A)


Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan
nadi kepada pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan
berbagai-bagai cabaran. Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu
pencemaran sungai.Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya semua
sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu , marilah kita membincangkan punca-punca
pencemaran air ini berlaku.

Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia


sendiri. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan
sampah yang tidak berdisplin ke dalam sungai membawa kepada pencemaran
sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan menyumbang kepada
pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang kepada
pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain ke dalam sungai. Keadaan ini
bertambah teruk apabila terdapat pengusaha ternakan binatang membuang sisa
yang tidak digunakan ke dalam sungai. Akibatnya air sungai menjadi busuk dan
tidak dapat mengalir dengan deras.

Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca


daripada bahan buangan industri, buangan ternakan dan domestik serta kerja tanah
dan pembukaan tanah. Bahan buangan tersebut merupakan bahan buangan
industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan. Antara sungai-sungai yang
telah didapati tercemar ialah Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Kelang, dan
sebagainya. Kualiti air sungai merosot disebabkan oleh pembuangan bahan
terbuang ini. Air sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta akan
mengeluarkan bau yang busuk.

Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Perbuatan


yang tidak bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati.
Tumpahan minyak oleh kapal yang belayar di laut sememangnya amat
membimbangkan semua pihak. Keindahan dan sifat semula jadi air khususnya
sungai ini akan terjejas. Malahan sungai-sungai yang telah tercemar akan
mengakibatkan berlakunya kejadian banjir, hakisan , dan sebagainya akan berlaku.

Selain itu, pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam
sungai kerana ingin mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang
yang tidak bertanggunjawab mengambil jalan mudah dengan melepaskan efluen
dan sisa toksid ke dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi mengelakkan kegiatan
mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Tindakan tidak bertanggunjawab pihak-
pihak tertentu menyebabkan kualiti air yang menjadi sumber air minuman.

Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara


kebersihan sungai kerana sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga
menjadi daya tarikan pelancong sebagai tempat bersantai. Hargailah sungai kita
kerana sumber sungai air tidak dapat diganti.
KARANGAN BERPANDU 18

Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN BERPANDU

Cara-cara masyarakat Malaysia menyambut hari perayaan.


1.0 Pendahuluan

- Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR)


- Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS)
- Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS)

2.0. Isi/fakta

2.1 Sambutan Perayaan Aidilfitri

- Diraikan oleh orang Melayu yang beragama Islam(IU)


- Berpuasa dahulu dan ada ibadat sembahyang terawih(HS 1)
- Bayar zakat sebelum 1 syawal (HS 2)
- Umat Islam bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung (HS 3)
- Rumah terbuka untuk tetamu datang berkunjung (HS 4)

2.2. Sambutan Tahun Baru China

- Disambut oleh masyarakat China menandakan kedatangan tahun baru (IU)


- Percaya pada 12 binatang yang menaungi calendar (HS 1)
- Tahun tikus, monyet, ayam jantan, lembu dan…….(CTH)
- Berkumpul pada malam tahun baru bersama keluarga dan memberi angpau
(HS 2)
- Perayaan Chap Goh Mei sebagai oenutup perayaan (HS 3)

2.3. Sambutan Perayaan Deepavali

- Disambut masyarakat India yang beragama Hindu pada bulan Oktober dan
November (IU)
- Maksud Deepavali ‘sebarisan pelita’ untuk kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikanmengatasi kejahatan dsb…(HS 1)
- Menyucikan badan dengan minyak dan mandi (HS 2)
- Sembahyang dikuil atau dirumah dan mengunjugi ahli keluarga (HS 3)
- Melukis ‘rangoli’ (tepung beras yang berwarna warni) di hadapan rumah (HS
4)

2.4 Perayaan Tadau Keamatan

- Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan selepas musim menuai padi
(IU)
- Perayaan disambut selama dua malam dengan di dahului upacara magavau
oleh ‘bobohigan’ (HS1)
- Pada malan kedua beras yang diperam diberikan pada ‘bobohigan’ sebagai
tanda kesyukuran dan kegembiraan (HS 2)
- Tetamu dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan Megalang” (HS 3)
- Tetamu diberikan air tapai (HS 4)

2.5 Perayaan Gawai Dayak


- Disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada I Jun setiap tahun (IU)
- Kuih muih tradisional dari tepung beras, gula dan santan di sediakan serta
tuak sebagai sajian utama (HS 1)
- Tuai Gawai memulakan sambutan dengan upacara ‘miring’ di beranda rumah
panjang (HS 2)
- Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu di lakukan dengan
harapan panjang umur, sihat dan makmur (HS 3)
- Pada pagi 1 Jun jam 7.00 pagi tuai rumah akan menghantar piring
persembahan ke tiang pengingat yang digunakan untuk mendirikan rumah
(HS 4)

Penutup

- Sambutan perayaan setiap kaum disambut dengan meriah


- Kerajaan boleh anjurkan sambutan perayaan perdana agar
- Semua kaum boleh merayakannya dalam suasana yang harmoni dan
perpaduan negara dapat dicapai

Karangan Berpandu 18

Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan
tersendiri malah mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut.
Setiap kaum akan saling menghormati budaya kaum yang lain malahan telah
menjadi kebiasaan pada rakyat Malaysia akan turut sama menyertai sambutan adat
dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak melanggar tatasusila dan agama masing-
masing.

Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan


mengikut kaum masing-masing. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan
masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat
Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada
sebelah malamnya. Ibadat zakat fitrah pula wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal
iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh
kesyukuran dengan umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka juga diadakan bagi mempersilakan
tetamu datang berkunjung.

Bagi perayaan Tahun Baru China pula, perayaan ini disambut secara besar-
besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun
baru menurut kalender mereka. Orang Cina percaya pada 12 binatang yang
menaungi kalender mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada malam Tahun Baru semua
ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga.
Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.
Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama
Hindu. pada bulan gelap dalam bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud
‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu
akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan
mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan
rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni
akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri


Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk
menyambut Tadau Keamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai.
Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berurut-turut. Malam
pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai
oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara
‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda
kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’
dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.

Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada


Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula
dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.
Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau
berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam
upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat
dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi
oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang
pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah
panjang.

Kesimpulannya, sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut


dengan meriah pada setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia
bebas mengamalkan budaya masing-masing. Kerajaan Malaysia boleh
menganjurkan sambutan Perdana untuk setiap perayaan ini bagi membolehkan
rakyat sama-sama menyertainya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan
negara dapat di capai.

KARANGAN BERPANDU 26

SOALAN 1
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-
punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pencemaran Udara

SOALAN 1
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

1.0 Pendahuluan
- cuaca berjerebu kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan(AR)
- mewujudkan keadaan tidak selesa(cth)
- menjejaskan kesihatan khususnya yang menghidap penyakit
tertentu.(cth)

2.0 Isi/Fakta

2.1- Pembakaran bahan api kilang


- pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian
- pengusaha kilang tidak memasang alat penapis untuk mengelakkan
pembebasan asap dari serombong kilang.
- Udara kotor dan beracun terbebas ke udara

2.2 Pertambahan jumlah kenderaan


- peningkatan taraf hidup menyebabkan ramai yang mampu memiliki
kenderaan
- kenderaan menggunakan petroleum tanpa plmbum atau diesel
- asapmengandungi karbon monoksida mencemarkan udara dan
menjejaskan kesihatan

2.3 Pembakaran terbuka


- mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah
- petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok
kemudian membakarnya secara terbuka
- berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal

3.0 Kesimpulannya
- Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif

Punca-punca Pencemaran Udara.

Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan
gaya hidup sihat. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti udara di negara kita
kini kian meruncing . Bagi individu yang tinggal di bandar besar seperti Kuala
Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh, mereka akan menyaksikan cuaca yang berjerebu
sehingga kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan. Keadaan yang
membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang memang dikenalpasti.

Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah


pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian. Sebagai
sebuah negara yang sedang membangun, sektor industri berkembang pesat di
negara kita. Kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di bandar
dan kawasan perindustrian. Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat
penapis yang cukup berkesan untuk mengelakkan pembebasan asap dari
serombong kilang mereka, hingga menyebabkan udara yang kotor dan beracun
terbebas ke udara. Asap tersebut kelihatan berwarna biru kehitam-hitaman dan
berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya.

Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi


kualiti udara di negara kita. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai
orang mampu memiliki kenderaan sendiri. Setiap kenderaan yang bergerak akan
mengeluarkan asap dan bayangkan betapa buruknya keadaan sekitarnya. Keadaan
semakin buruk jika kenderaan tersebut merupakan kenderaan berat, seperti lori,
treller, dan bas yang sudah uzur serta tidak diselenggarakan dengan baik. Situasi
ini bertambah buruk jika kenderaan menggunakan petroleum tanpa plumbum
ataupun menggunakan diesel. Asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut
yang mengandungi karbon monoksida bukan sahaja mencemarkan udara tetapi
boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan


kualiti udara. Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya
mementingkan diri sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing.
Mereka mahu melupuskan sisa buangan secara mudah dan murah semata-mata
untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh ada dalam kalangan petani
menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok, kemudian membersihkan
kawasan dengan membakarnya secara terbuka.

Tuntasnya, masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat
bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Kesedaran perlu
ada dalam diri individu untuk menjaga kualiti udara di negara kita. Bersama-
samalah kita menghindari pencemaran udara dan menghargai alam sekitar.

(317 patah perkataan)

LATIHAN KARANGAN BERPANDU SPM


SOALAN 28

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang perlunya
bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
Rangka Karangan berpandu

Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara

1.0 Pendahuluan

- Negara kita banyak mempunyai bangunan bersejarah.(AR)


- dibina sejak zaman penjajahan (HS)
- Kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Cornwallis, bangunan Sultan Abdul
Samad. (CTH)
- bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara.(AA)

2.0 Isi (sebab-sebab )

2.1 Generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah dengan lebih
berkesan.(IU)
- bangunan besejarah memberi gambaran tentang sejarah negara
- Kota A Famosa dan bangunan Stadthuys – mengingatkan kita sejarah
Melaka.(CTH)
- Dapat melihat kesan sejarah dengan lebih dekat.(HS).
- Dapat menambah ilmu pengetahuan .(R)

2.2 Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda.(IU)
- untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.(HS)
- generasi muda diingatkan tentang sejarah perjuangan nasionalis untuk
memerdekakan negara.(HS)
- Kota Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Kota A Famosa, Kota Cornwallis –
mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kerajaan Melaka dan
Pulau Pinang pada zaman penjajahan.(CTH)
- Oleh itu bangunan besejarah penting untuk memupuk semangat
patriotisme.(R)
2.3 Bangunan bersejarah mempunyai nilai ekonomi tersendiri. (IU)
- untuk perkembangan sektor pelancongan.(HS)
- menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi para pelancong.(HS)
- kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk menjadi tarikan para
pelancong (HS)
- Bangunan Sultan Abdul samad di Kuala Lumpur perlu dikekalkan kerana kaya
dengan unsur seni.(CTH)
- dapat menjana pendapatan negara.(R)

3.0 Penutup
- perlu dipelihara
- jika rosak perlu dibaiki segera
- menjadi khazanan bangsa yang penting
- untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang

CONTOH KARANGAN

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya


ialah kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan
lain-lain. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada
zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada
abad ke-19. Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar
bangunan tersenut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak
ternilai harganya.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat


mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat
merasai keadan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat
mmberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat
bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan
Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan
kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Mlelayu tersohor pada zamannya. Dengan
melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan
penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting


sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi
masa kini. Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi
tatapan dan penghayatan generasi muda . Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan
Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan
kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan
sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui
oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat
mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh Negara.
-
Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk
perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi
yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan
seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para
pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan
Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya.
Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi
juga dapat menjana sumber pendapatan Negara. Hal ini kerana para pelancong ,
terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa mereka bercuti di
sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak daripada
sektor pelancongan.

Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku


kerosakan, usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana
bangunan bersejarah ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan
penghayatan generasi sekarang dan generasi akan datang.

SOALAN 1
Bahagian A –Karangan Berpandu 30

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang


langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar. Panjang
karangan hendaklah tidak lebih daripada 200 hingga 250 patah perkataan
sahaja.

Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar


SOALAN 1
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS DI BANDAR

1.0 Pendahuluan
-masalah kesesakan lalu lintas menjadi rungutan warga kota(AR)
-membuang masa, wang, dan tenaga(Cth)
-berpunca pertambahan bilangan kenderaan persendirian yang
mendadak(AR)
-bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan
kereta(Cth)
-tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta serta pusat-
pusat perniagaan (Cth))

2.0 Isi/Fakta : Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar


2.1 -kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaaan
awam
untuk ke bandar(IU)
-Sediakan kemudahan awam yang lengkap-teksi, jadual perjalanan
monorel, LRT, komuter(Cth)
-untuk waktu puncak ke kawasan bandar (HS1)
- pertambahan bilangan kenderaan persendirian(HS2)
-sistem jalan raya yang tidak bersistematik(HS3)
-bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan
kereta(HS4)
-tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta(HS5)
2.2 –kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempat
kerja(IU)
-mengehadkan kemasukan kenderaan ke bandar(HS1)
-mengatasi pencemaran udara akibat karbon monoksida(Cth)
-berkongsi kereta boleh menjimatkan wang dan mengekalkan keadaan
kereta mereka tidak selalu rosak(HS1)
- ramai yang tidak menyahut seruan kempen untuk memudahkan diri
ke sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain.
2.3 -Kerajaan perlu perlebar dan memperbanyakkan jalan raya
yang
keluar dan masuk ke bandar(IU)
-dapat menampung jumlah kenderaaan
-jalan raya mempunyai empat lorong diperbanyak.(Cth)

3.0 Penutup
-pihak kerajaan perlu memastikan jalan raya bebas dari kesesakan jalan lalu
lintas(IU)
-sistem jalan raya yang bersistematik(cth)
-kempen berkongsi kereta(Cth)
-ibu pejabat awam dan swasta yang berada di pusat bandar perlu
dipindahkan ke kawasan luar bandar(Cth)

SOALAN 1-CONTOH KARANGAN


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS DI BANDAR

Masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar merupakan suatu fenomena


yag menjadi rungutan warga kota sekarang. Memang tidak dapat dinafikan negara
kita sedang pesat membangun, tetapi dalam keghairahan pembangunan negara
kita ini, berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan persendirian, sistem
jalan raya yang tidak bersistematik, bilangan jalan raya pula tidak bertambah
selaras dengan bilangan kereta dan tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta
dan sebagainya. Jika masalah ini tidak dibendung, ia mungkin akan menyebabkan
pelbagai masalah lain yang lebih rumit antaranya pembaziran dari segi masa,
wang, dan tenaga.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan adalah hendaklah
menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam untuk masuk ke kawasan
bandar. Untuk itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan kemudahan awam yang
lengkap seperti teksi yang cukup, jadual perjalanan monorel, LRT, komuter dan
sebagainya. Penyediaan ini adalah perlu terutamanya pada waktu puncak iaitu pada
waktu pagi, masuk kerja dan pada waktu petang iaitu waktu pulang dari kerja.
Kerajaan perlu mengemaskini sistem pengangkutan awam yang sangat diperlukan
tercanggih, cepat, pantas, menepati waktu perjalanan dan agak selesa. Contoh
kenderaan yang amat sesuai adalah monorel, LRT dan komuter.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menggalakkan rakyat berkongsi kereta
ke tempat kerja. Hal ini bukan sahaja dapat mengehadkan kemasukan kenderaan di
kawasan bandar, malah dapat mengatasi masalah pencemaran udara akibat
pembebasan asap dan karbon monoksida daripada kenderaan. Bagi mereka yang
berkongsi kereta pula, mereka dapat menjimatkan wang dan juga dapat
mengekalkan keadaan kereta supaya tidak selalu rosak.
Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah memperlebar dan memperbanyakkan
jalan raya yang masuk dan keluar dari bandar. Hal ini bertujuan supaya jalan raya
dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak dan aliran keluar kereta dengan
lebih cepat. Sebagai contoh, jalan raya yang mempunyai empat lorong hendaklah
diperbanyak. Namun begitu, ada juga antara mereka yang tidak menyahut kempen-
kempen sebegini kerana meraka lebih gemar berkenderaan sendiri bagi
memudahkan mereka pergi ke destinasi-destinasi tertentu tanpa menyusahkan
orang lain.
Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah memastikan jalan raya di negara
kita bebas daripada kesesakan lalu lintas. Sistem jalan raya yang bersistematik,
kempen berkongsi kereta, dan sebagainya hendaklah dilaksanakan. Oleh sebab
kesesakan sering berlaku pada waktu puncak, kenderaan-kenderaan berat
hendaklah dilarang daripada memasuki kawasan bandar.
(300 patah perkataan)

LATIHAN KARANGAN BERPANDU 38

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-
punca gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini . Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

GEJALA SOSIAL REMAJA MASA KINI


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASA KINI

Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu
isu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.Setiap hari ada saja paparan
berita tentang remaja terlibat dalam kancah ini disiarkan oleh media-media massa.
Lumba haram, penyalahgunaan dadah,’ Black Metal’ dan VCD lucah adalah antara
isu yang hangat diperdebatkan dalam komuniti semasa Oleh itu kita perlulah
mengenalpasti punca- punca timbul isu remaja kini untuk membendung daripada “
kudis menjadi tokak “.
Pengaruh rakan sebaya telah dikenalpasti menjadi satu faktor yang sinonim
dengan gejala sosial dalam kalangan remaja. Mereka sering terikut-ikut dengan
trend yang mekar dalam situasi kehidupan moden dan canggih. Sekiranya mereka
tidak mengikut aliran kelompok terbesar, mereka dianggap kolot dan tidak sukakan
cabaran. Oleh kerana jati diri yang rapuh dan pegangan agama yang kurang,
akhirnya mereka terjebak dalam gejala yang boleh merosakkan diri,masyarakat dan
negara.

Pendidikan agama atau moral sering mengaturkan kehidupan manusia agar


mematuhi undang-undang dan menjadi anggota masyarakat yang beretika dan
sopan. Tanpa pegangan agama kukuh remaja sememangnya telah dicorakkan
dengan warna-warna gejala sosial yang akan menjadi ‘duri dalam daging’ atau ‘api
dalam sekam’ untuk negara tercinta. Remaja kelompok ini akan berasa seronok
menjiwai watak-watak dalam drama gejala negatif kesan dari kehidupan yang tidak
dibatasi oleh undang-undang agama dan sahsiah.Oleh yang demikian suatu
mekanisme perlu direka bagi mengembalikan semula sikap dan pekerti yang
menjadi tunjang kepada masyarakat berilmu dan bermaruah.

Sikap segelintir masyarakat ibu bapa yang kerap menghabiskan masa


seharian dengan mencari rezeki dan bekerja tanpa memikirkan hal berkaitan anak-
anak juga menjadi punca remaja terjebak dengan masalah ini. Atas tanggapan
bahawa tanggung jawab mengajar hanyalah tugas guru dan pendidik, ibu bapa ini
tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah. Mereka
seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan sikap, pergaulan dan kegiatan
semasa anak mereka. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa yang hanya
menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak telah menaikkan lagi peratusan
berlakunya masalah remaja pada masa kini. Natijah ini seharusnya diberi fokus
yang sewajarnya oleh kaum ibu bapa kerana “ melentur buluh biar dari
rebungnya “ dan jangan pula nanti “ arang sudah terpalit dimuka” baru rasa
kesalnya

Kesimpulannya remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosial


dan politik bagi sesebuah negara. Semua pihak perlu memikirkan satu mekanisme
yang lebih efisien untuk mencegah sebarang virus yang boleh merosakkan fizikal
dan mental tenaga yang produktif ini. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan,
ibu bapa, masyarakat , keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama
demi memastikan remaja kini bebas dari sebarang gejala yang tidak sihat.

CONTOH KARANGAN BERPANDU 40

LANGKAH-LANGKAH MENANAMKAN SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM


KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
Amalan berjimat cermat sememangnya merupakan sikap yang mulia dan
seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan
keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga
bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani
agar tidak menyusahkan diri dan keluarga.Oleh itu, langkah-langkah yang
sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam
kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan
rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanam sikap rajin
menabung.Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung
dalam kalangan pengguna .Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan
pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung
sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak
sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah
iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan
simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga
boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank
Simpanan Nasional , Bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. .Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat
menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan
untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

Masyarakat juga hendaklah pihatin akan peranan skim-skim saham


amanah.Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan
Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan
pengguna.Oleh itu masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas
untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap
tahun.Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagian kepada masyarakat kerana
masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan , perancangan yang teliti hendaklah dilakukan


terlebih dahulu.Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan .Perbelanjaan
berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan
masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan,bukan mengikut
nafsu . Ketika berbelanja ,penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan
menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan
mengalami masalah kewangan .Justeru, masyarakat wajar berpegang pada
peribahasa berjimat sebelum terlambat,beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan


masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang
mecukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti
kata tokoh Mahatma Gandhi,’berfikirlah untuk hari esok,namun bertindaklah
hari ini’.Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa
mengira peringkat umur .
( 300 patah perkataan)

S0ALAN 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang langkah-


langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan
masyarakat Malaysia.Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Langkah-langkah Menanamkan Amalan Berjimat Cermat


Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
Rangka Karangan

Langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan


masyarakat Malaysia.

1.0 Pendahuluan

- masyarakat perlu praktikkan amalan berjimat cermat (AR)


- elakkan sikap boros ketika berbelanja ( cth)
- terdapat langkah-langkah untuk tanamkan sikap berjimat cermat (AA)

2.0 Isi / Fakta : Langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat

2.1 Isi 1 : Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU)


- mengamalkan sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat (HS1)
- kerajaan mengambil inisiatif melalui potongan KWSP (HS2)
- ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (HS3)
- ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (HS4)
- ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( HS5)
- tabungan/simpanan oleh institusi kewangan ( HS6)

2.2 Isi 2 : Mengadakan skim saham amanah ( IU)

- Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (HS1)


- peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat
melabur/menabung(HS2)
- masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(HS3)

2.3 Isi 3 : Perbelanjaan berhemat (IU )

- perbelanjaan perlu perancangan yang teliti (HS1)


- perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (HS2)
- perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (HS3)
- elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(HS4)

3.0 Penutup

- amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif


- individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan
- amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia.

SOALAN 41

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha
memelihara permainan tradisional agar tidak pupus. Panjang huraian anda antara
200 hingga 250 patah perkataan.
RANGKA KARANGAN
SOALAN 41

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK MEMELIHARA PERMAINAN TRADISIONAL


AGAR TIDAK PUPUS

1.0Pendahuluan
- Permainan tradisional mula dilupakan (AR)
- Contoh permainan tradisional iaitu permainan gasing, congkak, wau dan
sebagainya (AS)
- Pelbagai usaha diambil untuk mempopularkan permainan ini (AA)

2.0Isi/fakta
2.1Peranan pihak sekolah (IU)
- Melalui kegiatan kokurikulum(HS1)
- Guru diberi pendedahan dan latihan(HS2)
- Menganjurkan pertandingan permainan tradisional(CTH)
- Dapat menguji minda dan fizikal(HS3)
- Dapat menarik minat pelajar(HS4)

2.2Peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan


(IU)
- Mempopularkan kembali permainan tradisional(HS1)
- Mengadakan pesta permainan tradisional(HS2)
- Setiap negeri harus memainkan peranan(HS3)
- Wau dahulunya tekenal di negeri kelantan(CTH)
- Dapat menarik minat rakyat Malaysia(HS4)

2.3Dikormesialkan kepada pihak tertentu(IU)


- Menarik minat penganjur dan syarikat-syarikat besar(HS1)
- Mengadakan promosi semasa Sukan SEA(HS2)
- Sukan SEA Vietnam 2003(CTH)
- Memperkenalkan permainan tradisional kepada Negara-negara lain(HS3)

3.0Penutup
- usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus
dipandang enteng
- jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di
muzium oleh generasi akan datang.

KARANGAN BERPANDU 41

SOALAN 41
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk memelihara permainan tradisional agar tidak pupus. Panjang huraian anda
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara


permainan tradisional tersebut ialah permainan gasing, wau, congkak dan
sebagainya. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan
video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran menjadikan
permainan tradisional bagai melukut di tepi gantang. Oleh itu, usaha-usaha tertentu
perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini terutamanya kepada generasi
muda.
Salah satu usaha yang patut diambil bagi mempopularkan permainan
tradisional ialah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan
kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melalui penubuhan kelab
atau persatuan di sekolah masing-masing. Guru-guru juga perlu diberikan
pendedahan dan latihan secukupnya supaya mereka dapat membimbing para
pelajar untuk bermain permainan tersebut. Melalui kegiatan ini juga, pelbagai
pertandingan dapat diadakan seperti pertandingan gasing pangkah, congkah, sepak
raga bulatan dan wau. Jika pertandingan diadakan, bukan sahaja dapat menguji
minda dan fizikal para peserta malahan mereka juga akan bermain dengan
bersungguh-sungguh. Sekali gus ini akan menarik minat mereka terhadap
permainan tersebut.
Selain itu, pihak yang tertentu terutamanya Kementerian Kesenian,
Kebudayaan dan Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopularkan
permainan tradisional semula dengan mengadakan pesta permainan tradisional di
peringkat negeri atau kebangsaan. Sebagai contonhnya, wau dahulunya amat
terkenal di Kelantan tetapi kini dilupakan. Acara seperti permainan wau dan gasing
apabila dipersembahkan di peringkat kebangsaan, akan dapat menarik minat rakyat
Malaysia untuk mengenali dan mencuba permainan ini. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Acara ini juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur
atau syarikat-syarikat besar untuk menajanya. Salah satu daripada caranya ialah
acara sukan hendaklah dipromosikan semasa sukan SEA supaya dapat menarik
minat negara lain. Sebagai contoh, Sukan SEA Vietnam 2003 yang lalu, negara
Vietnam mengambil peluang untuk memperkenalkan permainan tradisinya kepada
negara lain.
Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan
tradisional tidak harus dipandang enteng kerana permainan ini merupakan
khazanah dan warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas. Jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya akan
dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang.

(297 patah perkataan)

You might also like