You are on page 1of 22

PENGHARGAAN

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

ّ‫ من يهده ال فل مضل‬،‫ ومن سيئات أعمالنا‬،‫ ونعوذ بال من شرور أنفسنا‬،‫ ونستغفره‬،‫ نمده ونستعينه‬،‫المد ل‬
‫ أ ما‬،‫ وأش هد أن ممدا عبده ور سوله‬،‫ وأش هد أن ل إله إل ال وحده ل شر يك له‬،‫ و من يضلل فل هادي له‬،‫له‬
:‫بعد‬

Alhamdulillah, segala pujian penulis rafa’kan ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan
inayahNya, dapatlah penulis menyelesaikan tugasan yang dipertanggungjawabkan iaitu "Konsep
Ketuhanan Menurut Agama Yahudi". Terima kasih juga kepada Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd
Fakhrudin Bin Abdul Mukti di atas tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan kajian penulis ini.
Penulis telah ditugaskan mengumpulkan maklumat mengenai perkara-perkara asas berkenaan
dengan konsep ketuhanan agama Yahudi.

Di dalam tugasan ini, penulis telah memuatkan penerangan-penerangan umum mengenai


asal-usul agama Yahudi, peringkat penyembahan Yahuah dan Yahudi dari sudut kacamata Islam.
Secara umumnya, segala maklumat yang penulis bawakan adalah bersifat umum, mudah dan
ringkas. Kajian ini hanyalah sekadar mengenengahkan kembali maklumat yang berupa fakta
supaya maklumat ini dapat dikongsi bersama sidang pembaca sekalian. Fakta-fakta yang dibawa
benar-benar membantu kita mengenali keadaan sebenar agama Yahudi khususnya dalam konteks
ketuhanan mereka.

Diharapkan para pembaca dapat memahami maklumat yang diberi dengan sebaiknya
supaya dengan keterangan demi keterangan yang penulis bentangkan dalam hasil kerja ini benar-
benar memberi kesan kepada pihak pembaca sekalian serta menambah kekuatan sidang pembaca
agar usaha yang dibawa oleh para ulama’ dalam memantapkan akidah tidak terus terkubur begitu
sahaja dalam menerangkan hal ehwal sesuatu agama supaya menjadi pemangkin serta menjadi
benteng keimanan kepada generasi-generasi yang mendatang dalam menangkis keruntuhan
akidah. Wallahu a’lam.
Agama Yahudi

Pengenalan

Perkataan Yahudi sebenarnya bukanlah perkataan yang dikhususkan untuk agama. Perkataan ini
sebenarnya merujuk kepada salah satu nama bangsa iaitu bangsa Yahudi. Sesetengah pengkaji
agama menyatakan bahawa perkataan Yahudi dikaitkan dengan anak Nabi Yaakub a.s. yang
keempat iaitu Yahuda. Beliau adalah dari kaum Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas
keruntuhan kerajaan Yahuda pada tahun 586 SM. Kemudian perkataan Yahudi dinisbahkan
kepada bangsa ini yang menganut agama Yahudi atau agama Musa.

Kaum Yahudi juga disebut dengan bangsa Israel atau Ibrani (Hebrew). Kaum Israel
bererti anak-anak Israel. Dr. H.O.K. Rahmat S.H. menyatakan, dalam bahasa Ibrani, perkataan
Israel bermaksud hamba Tuhan. Namun mengikut pendapat lain, perkataan Israel membawa
maksud pahlawan Tuhan. Ia adalah gelaran Nabi Yaakub yang juga nenek moyang kepada kaum
Israel. Makna perkataan Ibrani, mengikut sesetengah pendapat adalah nama puak yang sampai
rantaian keturunannya kepada Sam Bin Nuh. Daripadanya terbentuk kaum yang besar yang
dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam
iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri. Oleh itu, agama Yahudi
adalah agama yang dibangsakan kepada bangsa Yahudi yang menjadi penganut kepada agama
ini.1

Sejarah Ringkas Dan Perkembangan Agama Yahudi

1
Dr. H.O.K. Rahmat S.H., Dari Adam Sampai Muhammad : Sebuah Kajian Mengenai Agama-agama.,(1984),
Pustaka Aman Press : Kota Bharu. hlm.349.

2
Penulis akan menerangkan berkenaan rentetan sejarah agama Yahudi secara umum supaya ia
lebih mudah difahami. Zaman sejarah agama Yahudi dapat diklasifikasikan kepada empat zaman
atau peringkat iaitu :

1. Zaman Biblical (2000 hingga 330SM)

2. Zaman Hellenic (330 hingga 70 SM)

3. Zaman Buangan atau Diaspora age (70 hingga 1947 M)

4. Zaman Penubuhan Negara Yahudi (1948M)

Zaman Biblical

Zaman Biblical (2000 hingga 330 SM) adalah zaman pertama. Ia dapat dibahagikan kepada
beberapa peringkat iaitu :

• Zaman asas kaum

• Zaman Kan'an

• Zaman kacau bilau

Zaman Asas Kaum

Zaman ini adalah zaman pengasas atau pemimpin terawal dalam sejarah Yahudi. Zaman ini boleh
dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti berikut.

• Zaman Nabi Ibrahim

Lebih kurang pada tahun 2000 SM, Ibrahim dan Siti Sarah dilahirkan di kota Ur daripada
keturunan Kaldan (Iraq) dalam daerah kerajaan Babylon. Pada masa itu, kerajaan bangsa Kaldan
jauh terpesong dan sesat dalam kepercayaan dan akhlak. Mereka menyembah berhala-berhala

3
yang diukir dengan tangan mereka sendiri. Selain daripada menyembah berhala ada yang
menyembah matahari, dewa-dewa, bulan, bintang dan lain-lain lagi. Pendek kata akidah
masyarakat ketika itu jauh menyimpang dan sesat. Bahkan raja yang memerintah ketika itu
dianggap suci dan ada juga menganggapnya sebagai Tuhan. Mereka mengalami keruntuhan
moral yang sangat teruk seperti binatang. Ada yang berpesta sambil minum arak dengan
sewenang-wenangnya. Di samping itu, perzinaan, perjudian dan tenung nasib serta banyak lagi
maksiat yang dilakukan dengan berleluasa tanpa kawalan.

Oleh kerana kejahilan masyarakat pada masa itu begitu ketara, Nabi Ibrahim diutuskan oleh
Tuhan untuk mengajak kepada kebenaran, cara hidup yang mulia dan kepercayaan yang betul.
Namun begitu adalah lumrah bagi seorang rasul menerima dugaan dan pelbagai rintangan. Nabi
Ibrahim menerima tentangan hebat daripada Raja Namrud yang sedang memerintah ketika itu.
Antara penentangan yang dirancang Raja Namrud bagi menghentikan Nabi Ibrahim a.s. daripada
meneruskan usaha dakwahnya ialah menghukum dibakar hidup-hidup ke atas Nabi Ibrahim.2

Namun rancangan jahat itu tidak berjaya kerana Tuhan menyelamatkan baginda dengan
menukarkan api yang panas itu menjadi sejuk. Ini kerana, semasa Nabi Ibrahim dilemparkan ke
dalam api yang marak menyala, Tuhan menyatakan kepada api seperti yang terdapat di dalam
bab al-Anbiyak, ayat 69 yang bermaksud, "Berkata kami (Tuhan), "Hai api, hendaklah engkau
menjadi dingin dan menyelamatkan Nabi Ibrahim".

Namun di sebalik penentangan hebat yang diberikan oleh kaum jahiliah ketika itu, terdapat
juga orang-orang yang mengakui dan membenarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim. Para pengikut Nabi Ibrahim ini juga tidak terlepas daripada berbagai ancaman daripada
Raja Namrud. Oleh itu, Nabi Ibrahim dan para pengikutnya berpindah mencari kawasan yang
lebih selamat dan jauh daripada gangguan masyarakat jahiliah.

Nabi Ibrahim dan para pengikutnya berpindah menuju ke Kana'an (Palestin) dengan
menggunakan jalan barat dan melintasi Sungai Furat (Eufrat). Kerana itu, mereka dikenali
sebagai Ibrani3 yang bererti "orang yang menyeberangi atau berpindah".

2
K. H. Agus Hakim. Perbandingan Agama. Bandung : Penerbit CV. Diponegoro, 1996. hlm. 39.
3
Ibid. hlm.39.

4
Pada peringkat ini, Nabi Ibrahim membuat perjanjian dengan Yahweh (Tuhan). Kesimpulan
daripada perjanjian tersebut adalah :

1. Nabi Ibrahim dan keturunannya berjanji akan hanya menyembah dan patuh
kepada Tuhan yang Satu.

2. Tuhan menjanjikan Nabi Ibrahim dan keturunannya suatu tempat yang dikenali
sebagai "Tempat yang Dijanjikan" iaitu Palestin.

3. Ekoran daripada perjanjian ini, kaum Israel dipilih sebagai "kaum yang terpilih".

Hasil daripada perjanjian itu, semua pengikut Nabi Ibrahim bersetuju mematuhi segala
perintah Tuhan. Selain itu, Nabi Ibrahim juga dianggap sebagai pengasas bangsa baru. Menurut
sejarah, Nabi Ibrahim mengahwini dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. Sarah
melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Ishak manakala Siti Hajar melahirkan anak lelaki
yang diberi nama Ismail. Kedua-dua putera Nabi Ibrahim ini juga adalah Nabi dan utusan Tuhan.

Perbincangan di sini hanya tertumpu kepada sejarah hidup Nabi Ishak sahaja. Menurut
sejarah, kaum Yahudi tidak mengiktiraf Nabi Ismail sebagai nabi mereka. Ini kerana Nabi Ismail
dilahirkan oleh Siti Hajar yang berketurunan Mesir dan bukannya Yahudi. Orang-orang Yahudi
sangat angkuh yang mana mereka hanya patuh kepada nabiyang dibangkitkan daripada bangsa
Yahudi sahaja.

• Zaman Nabi Ishak & Nabi Yaakub

Tanggungjawab memimpin kaumYahudi diteruskan oleh Nabi Ishak selepas Nabi Ibrahim
wafat. Selepas Nabi Ishak wafat tugas memimpin kaum Yahudi diteruskan pula oleh putera
beliau iaitu Nabi Yaakub. Di bawah pimpinan Nabi Yaakub ini, perkataan Israel mula digunakan
baut julung kalinya. Israel adalah perkataan Ibrani yang membawa maksud ' kamu mengalahkan
Tuhan'. Ia adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub selepas beliau berjaya
mengalahkan 'Tuhan' dalam pergaduhan antara mereka berdua4.

4
Mohd Rosmizi Abd. Rahman. 4 Agama Monoteisme. Pahang : PTS Publications. 2004. Hlm. 23.

5
Nabi Yaakub mengahwini 4 orang isteri yang melahirkan 12 orang anak lelaki. Daripada
mereka lahirnya 12 keturunan Israel. Semua keturunan itu dinamakan sebagai kaum Israel (anak
cucu Israel). Isteri-isteri dan anak-anak lelaki beliau adalah:

1. Laiah (anak sulung kepada bapa saudaranya). Melahirkan 6 orang anak lelaki iaitu;
Rubin Syam'un, Lawai (Lewi), Yahuda, Yashaki dan Zebulon.

2. Rahil (adik kepada Laiah). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Yusuf dan Bunyamin.
3. Zalfah (hamba kepada Laiah). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Jadd dan Ashir.
4. Balhah (hamba kepada Rahil). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Dann dan Naftali.

Keturunan yang paling banyak berkembang dengan pesat adalah keturunan Yahuda iaitu anak
Nabi Yaakub yang keempat yang dilahirkan oleh Laiah. Oleh kerana banyaknya keturunan
Yahuda, maka keturunan-keturunan yang lain lebur dan bergabung dengan keturunan Yahuda dan
kerana itu mereka dikenali sebagai bangsa Yahudi sehingga sekarang.

• Zaman Nabi Yusuf

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa adik-beradik Nabi Yusuf kecuali Bunyamin
telah melakukan hasad dengki kepada saudara mereka sendiri disebabkan sifat cemburu yang
terlalu tinggi akibat daripada pengetahuan mereka tentang nasib Nabi Yusuf pada masa akan
datang. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf dan perkara ini berlarutan
sehinggalah Nabi Yusuf menjadi Pembesar Mesir. Pada suatu hari, saudara- saudara Nabi Yusuf
ini datang hendak meminta bantuan makanan. Peluang yang ada ini, Nabi Yusuf berjaya
membawa Nabi Yaakub dan anak-anaknya berpindah ke Mesir dan mereka tinggal bersama-sama
sehinggalah beberapa generasi.

• Zaman Nabi Musa

Kaum Israel yang mula-mula pindah dan menetap di Mesir, disambut baik oleh raja dan
penduduk Mesir. Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Namun tidak beberapa lama

6
selepas itu, tampuk pemerintahan ketika itu digantikan dengan seorang raja yang zalim. Firaun
yang zalim itu dikatakan hidup sezaman dengan Nabi Musa.

Pelbagai peristiwa yang berlaku, antaranya bangsa Yahudi dijadikan sebagai hamba abdi dan
dipaksa melakukan pekerjaan yang berat dan hina kerana Firaun sangat membenci kaum tersebut
disebabkan dia mencurigai sifat-sifat orang Israel yang suka menyendiri dan menyisihkan diri
daripada masyarakat sekeliling. Di samping itu, Firaun membenci agama yang diamalkan bangsa
Yahudi kerana ia bertentangan dengan agama beliau sendiri yang lebih suka menyembah berhala
dan dewa bahkan beliau sendiri sudah mengakui bahawa dirinya sebagai Tuhan. Pada zaman
inilah Nabi Musa diutuskan untuk memimpin Bani Israel dan mengajak Firaun kepada ajaran
agama yang benar iaitu menyembah Tuhan yang Esa. Antara nabi yang turut terlibat adalah Nabi
Harun.

Konsep Ketuhanan Yahudi

Menurut fakta-fakta sejarah, amat jelas bahawa kaum Bani Israil telah mengabaikan sumber
akidah yang hakiki iaitu sumber yang datang dari langit, dan sebaliknya mereka mengikuti
sumber yang lain. Sepanjang masa dalam sejarah, kaum Bani Israil tidak pernah konsisten
menyembah Tuhan Yang Esa sebagaimana diajarkan oleh para Nabi. Kecenderungan dan
kesukaan mereka terhadap Tuhan yang ditajsimkan (bertubuh) dan animistis (lebih dari satu)
nampak jelas di dalam segala aspek sejarah mereka. Kefahaman kuno di dalam agama tetap
menjadi pokok kepercayaan mereka walaupun mereka mempunyai pertalian hubungan
kekeluargaan dengan Nabi Ibrahim melalui salasilah keturunan mereka yang bersambung
sehingga sampai kepada baginda.5

Salah satu bukti yang konkrit akan sikap mereka yang selalu berbalik dari keimanan dan
syirik kepada Allah adalah dengan jumlah para Nabi yang ramai, yang telah diutuskan kepada
mereka. Oleh hal yang demikian, perlulah didatangkan sejumlah para Nabi lagi untuk
5
Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Drs. A.Wijaya, Perbandingan Agama-Agama Yahudi, Jakarta: Bumi Aksara, 1991.
Hlm. 169.

7
memperbaharui seruan kepada tauhid dan mengesakan Allah. Walaupun begitu, seruan tersebut
tidak langsung mendatangkan kesan kepada mereka kerana mereka muncul sebagai kaum yang
menyembah roh-roh dan patung-patung, dan kadang-kadang meniru cara ibadat bangsa-bangsa
yang berjiran dengan mereka di mana kebudayaan dan pemikiran mereka telah ditiru oleh kaum
Yahudi.6

J.Shotwell berkata: “ Sesungguhnya orang-orang Yahudi itu sejak awal-awal mereka


muncul di dalam sejarah dunia, merupakan penghuni gurun yang suka berpindah-randah, sangant
terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran kuno seperti takut kepada hantu (syaitan-syaitan) dan
percaya kepada roh-roh. Mereka menyembah batu-batu. Kambing-kambing dan menyembah
pokok-pokok.”7

Selain itu Reinach berkata: “Orang-orang Yahudi itu meletakkan patung-patung berhala
kecil di dalam rumah-rumah mereka untuk di sembah, dan berhala itu akan selalu dibawa mereka
jika mereka berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain”. Kepercayaan tersebut tetap menjadi
pegangan bagi kaum Bani Israel sehingga Musa dating dan membawa mereka keluar dari Mesir.8

Sesudah zaman Musa, kaum Bani Israil sangat terpengaruh dengan tuhan-tuhan yang
disembah oleh bangsa Kana’n. Kent menerangkan bahawa Tuhan Kan’an yang bernama Kan’an
itu telah diambil menjadi tuhan oleh Kaum Bani Israil di beberapa perkampungan mereka. Selain
itu, golongan itu mempunyai tempat sembahyang yang sama, di mana di dalamnya terdapat
patung berhala Yahuah dan lain bagi Baal. Kadang-kadang sampai keliru, berhala Yahuah
dipanggil Baal. Hal demikian berlanjutan sehingga zaman Yusha’ (Joshua).9

Yahuah Dan Penyembahannya

6
Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Dr. Fuad Muhammad Fakhruddin Muhammad Labib, Agama Masehi, Singapura:
Pustaka Nasional, 1978. Hlm 204.
7
Op.Cit, Hlm. 170
8
Ibid. Hlm. 170.
9
Ibid. Hlm. 172

8
A- Asal-usul perkataan Yahuah

Al-Ustaz Abbas Mahmud al-Aqqad mengatakan, bahawa perkataan “Yahuah” tidak


diketahui dengan tepat dari mana asal-usul atau sumbernya. Boleh jadi perkataan itu diambil dari
sumber sesuatu panggilan kepada orang ketiga (ghaib), dalam bahasa Arabnya “ Ya Hua” yang
bermaksud “Wahai si Dia”, kerana Musa telah mengajarkan kepada kaum Bani Israil supaya
takut apabila disebut nama (Yahuah)-nya sebagai satu penghormatan kepadanya. Maksud yang
sama juga dipakai oleh Smith, tetapi ia menambahkan kemungkinan ada penambahan
maksudnya yang membawa erti yang lain, iaitu satu perkataan dalam bahasa Ibrani yang
maksudnya sama dengan perkataan “Lord” (tuan). Bahasa Ibrani mula-mula ditulis dengan
menggunakan huruf saksi hingga tahun 1500 M, baru kemudian dimasukkan huruf-huruf saksi
ke dalam bahasa itu. Oleh itu perkataan “Yahuah” pun menjadi “Jehovah” yang ertinya “tuan”
dan “Tuhan”.

B- Sifat-sifat Yahuah

Bagi Tuhan, tentu mempunyai pelbagai macam nama sesuai dengan pelbagai jenis bahasa
yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Dalam bahasa Arab dipanggil “Allah Yang Maha Esa”. Dalam
Bahasa Inggeris disebut “God”, dalam bahasa Indonesia dan Melayu dipanggil “Tuhan” dan
seterusnya. Tetapi apakah perkataan “Yahuah” itu nama bagi Tuhan orang-orang Yahudi atau
dalam bahasa Ibraninya?. Jawapannya tidak. Sama sekali tidak. Hal ini kerana sifat-sifat yang
disebutkan oleh orang-orang Yahudi bagi Tuhan Yahuah itu jauh berbeza dari sifat-sifat Tuhan
yang dimilki oleh golongan manusia yang beragama. Sifat-sifat tersebut juga tidak dapat
melayakkannya sebagai pemberi hidayat tetapi sebaliknya menjadikannya sebagai cermin yang
menghancurkan watak-watak dan arah tujuan mereka sendiri.10

Will Durant berkata: Ada kemungkinan bahawa tentera-tentera Yahudi yang telah
menakluki negeri-negeri baru itu telah terpengaruh oleh salah satu dari Tuhan-tuhan kaum
Kana’n, lalu merekapun menyembahnya mengikuti cara orang-orang Kan’an. Kemudian mereka
menjadikannya sebagai Tuhan pula. Hal ini terbukti dengan penemuan barang-barang
peninggalan sejarah yang terdapat di negeri Kan’an pada tahun 1931, berupa beberapa patung
10
Ibid. Hlm. 173.

9
tembikar yang berasal dari zaman peradaban purba (Bronze Age) dianggarkan pada tahun 3000
S.M. Tembikar itu bertulis nama Tuhan Kan’an yang dipanggil “Yah” atau “Yahu”11

Maka Yahuah itu bukan yang menjadikan mereka, sebaliknya mereka yang mencipta
Yahuah. Yahuah tidak memerintah tetapi mengikuti segala kemahuan mereka malah seringkali
tunduk di bawah perintah-perintah kaum Yahudi . Bagi mereka, Yahuah bersifat dengan sifat-
sifat peperangan, dan jika kaum yahudi hendak berperang, atau bersifat dengan sifat-sifat yang
merosakkan, hal itu adalah kerana sifat kaum Yahudi itu sendiri yang memang suka
menghancurkan, bukan kerana dakwaan mereka yang mengatakan bahawa perkata itu adalah
sifat Tuhan Yahuah. Bagi mereka juga Yahuah lah yang menyuruh kaum Yahudi itu mencuri,
sekiranya orang-orang Yahudi itu hendak mencuri. Yahuah juga menerima pemberitahuan
mereka tentang apa yang mereka inginkan dia untuk mengetahuinya.

Sifat-sifat Yahuah

1- Orang-orang Yahudi telah menggambarkan Tuhan Yahuah sebagai satu gambaran yang
benar-benar menyerupai sifat-sifat manusia.12 Gambaran tersebut akan menjadi lebih jelas lagi
bila kita melihat kepada keterangan-keterangan yang didakwa oleh orang-orang Yahudi terhadap
Yahuah. Menurut orang-orang Yahudi, sifat-sifat lahiriah Tuhan Yahuah, ialah bahawa ia pernah
berjalan bersama-sama rombongan Bani Israil dalam bentuk sekelompok awan.13

Hal ini dapat ditemui di dalam kitab perjanjian lama di mana sifir Khuruj pun
menceritakan.: Dan mereka pun (Bani Israil) berpindahlah dari Sukkut untuk menetap di Itsam di
11
Ibid. Hlm. 174.
12
Ibid. Hlm. 174.
13
Ibid. Hlm. 175.

10
penjuru gurun pasir, dan yang berjalan di hadapan bersama-sama mereka ialah tuhan; pada siang
hari menjelma seperti sekelompok awan sebagai pedoman dalam perjalanan, malah pada waktu
malam hari dia menjelma seperti sekelompok api untuk menerangi perjalanan mereka.

J.Smith mengatakan, bahawa semenanjung Sinai merupakan suatu kawasan gunung-


ganang berapi yang selalu berasap. Ada kemungkinan bahawa kelompok-kelompok awan yang
diikuti oleh rombongan-rombongan Bani Israil itu telah disangka sebagai tuhan yang berjalan
bersama-sama mereka, sedangkan pada hakikatnya ia tidak lain melainkan kepulan asap yang
dibawa angin ke hadapan yang berpunca dari gunung-gunung berapi itu.14

2- Yahuah bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan sepertimana yang disebutkan oleh Taurat:
“ Kemudian naiklah Musa, Harun, Nadab, Abihu dan 70 ketua-ketua Israil dan mereka telah
melihat Tuhan Israil yang dibawah kedua kakinya terdapat semacam potongan batu akik biru
yang jernih, jernihnya seperti kejernihan langit layaknya, akan tetapi Tuhan itu tidak
menghulurkan tangannya kepada pembesar-pembesar Bani Israil itu”15

3- Yahuah tidak pernah mengaku bahawa dirinya pandai dan meminta kepada orang-orang
Bani Israil agar mereka menunjukkan sesuatu perkara kepadanya. Tatkala orang-orang Bani
Israil masih berada di Mesir, Tuhannya telah membuat keputusan “hendak menerobos bumi
mesir malam ini dan memukul (membunuh) setiap anak sulung manusia dan binatang di negeri
itu”, tetapi Yahuah tidak menjatuhkan pukulan-pukulannya kepada Bani Israil. Untuk itu kaum
Yahudi diminta agar memberi tanda pada rumah-rumah mereka dengan darah kibas yang
dikorbankan, kemudian menyapukan darahnya pada kedua tiang dan bendul rumah mereka.16

4- Yahuah juga tidak terlepas dari melakukan perbuatan dosa. Dia sering kali bersalah dan
mnyesal atas perbuatannya itu. Teks dalam Taurat berbunyi: “Maka menyesallah Tuhan di atas
14
Ibid.
15
Ibid.
16
Ibid. Hlm. 176.

11
kesalahannya atas apa yang dilakukannya ke atas rakyatnya. Dan dalam teks lain dikatakan lagi:
“ Maka berkatalah Tuhan kepada Samuel: “Aku menyesal setelah aku menjadikan Saul raja,
kerana dia telah berpaling dan tidak menjalankan perintahku”.17

5- Tuhan Yahuah telah menyuruh mencuri. Hal ini berpandukan satu teks Taurat yang
menyebut bahawa Yahuah telah memerintahkan orang-orang Bani Israil, “ Tiap-tiap orang
perempuan mereka disuruh meminta barang-barang kemas emas, perak, dan pakaian dari jiran
dan tetamunya, kemudian disuruh pakaikan kepada putera-petera dan puteri-puteri mereka.
Demikianlah seharusnya mereka merampas harta orang-orang mesir itu”18

6- Yahuah adalah tuhan yang bersikap keras , perosak dan fanatik terhadap kepentingan
rakyatnya, sebab ia bukan tuhan semua bangsa, dia hanya tuhan bagi Bani Israil sahaja. Dengan
demikian dia adalah musuh kepada tuhan-tuhan yang lain. Sedangkan bangsanya juga menjadi
musuh kepada bangsa-bangsa yang lain. Buku-buku rujukan yang mebincangkan soal ini telah
memberikan satu gambaran bahawasanya ia mempunyai kaitan dengan satu komplot jahat
Yahudi. Katanya: “ Apabila Tuhan membawamu ke bumi yang kamu masuk supaya kamu
memilikinya, dan Tuhan menghalau banyak bangsa lain dari depanmu, bangsa Hattite, Jarjasyi,
Amuri, Kan’ani. Firizi, Hiwiyi dan Yabusi, tujuh bangsa yang lain yang lebih banyak jumlahnya
dan yang lebih kuat dari kekuatanmu. Dan hendaklah engkau halangi dan batasi mereka, jangan
membuat janji dan jangan engkau kasihan kepada mereka.19

Peringkat Penyembahan Terhadap Yahuah

Penyembahan Yahuah terbahagi kepada 3 peringkat yang besar iaitu :


17
Ibid.
18
Ibid.
19
Ibid. Hlm. 177

12
1. Penyembahannya sebelum didirikan rumah Ibadat Haikal.

2. Penyembahannya di dalam Haikal.

3. Penyembahannya setelah kehancuran Haikal.

1. Tuhan Yahuah Sebelum Didirikan Haikal.

Penyembahan Yahuah pada peringkat ini dimulai tatkala Musa menyeru kepada Bani
Israel agar beriman kepadanya dan menurut Musa Yahuah itu adalah Tuhan yang satu-satunya.
Tetapi orang-orang dari Bani Israel tidak menyambut seruan itu sebagaimana diharapkannya,
bahkan mereka terlalu cepat menukar penyembahan mereka kepada anak lembu sejak Musa
masih hidup hingga baginda wafat.

Pada masa kekuasaan para Hakim, kaum Bani Israel kembali lagi melakukan kejahatan
terhadap Tuhan. Mereka menyembah Baal, Ashtart dan Tuhan-tuhan Aram, Tuhan-tuhan Sidom,
Tuhan-tuhan Moab, Tuhan-tuhan Amon dan Tuhan-tuhan orang Palestin serta membelakangkan
dan meninggalkan penyembahan terhadap Tuhan yang sebenarnya.

Ini dapat dibuktikan lagi iaitu pada permulaan zaman raja-raja, Kitab Suci mengesahkan
bahawa Mikal, isteri Nabi Daud, pernah menyembah patung berhala yang direka bentuk manusia
yang dilambangkan sebagai Allah. Bagi mengelirukan musuh-musuh Daud yang hendak
membunuhnya, Mikal mengambil Travima, salah satu daripada berhala-berhala itu, lalu
diletakkanya di atas tempat tidur, agar musuh-musuh Daud menyangka bahawa orang yang tidur
di tempat tidur itu adalah Daud. Sedangkan Daud dibawa lari oleh Mikal dari pencarian orang-
orang Saul yang hendak membunuhnya.

2. Yahuah Dengan Haikal

Pada peringkat ini Nabi Daud telah sampai di kota Jerusalem dan menjadikan kota itu
sebagai ibukota kerajaannya. Kemudian dilanjutkan oleh pemerintahan Sulaiman, maka
dibuatlah Haikal di kota itu. Sesudah itu terpusatlah akidah dan kepercayaan Bani Israel di
sekitar rumah ibadat Haikal itu dan mereka pun menganggapnya sebagai rumah Tuhan yang

13
selama ini selalu diperkatakan oleh para Nabi, dan yang diberi nama Yahuah atau Jehovah.
Sementara usaha untuk memperbaharui, membentuk dan mempercantikkan Haikal itu menjadi
suatu tanda mulai tumbuhnya kecenderungan pada diri mereka kepada Tuhan yang selama ini
telah disia-siakannya. Oleh demikian, Haikal itu sebenarnya menjadi simbol dari segala Tuhan
yang pernah mereka sembah dan masih belum hilang lagi dari ingatan mereka.

Mereka menganggap bahawa Yahuah itu tidak banyak perbezaannya dengan batu-batu
berhala dan patung-patung, sebab disitulah tempat tertumpunya semua roh-roh dan di situ pula
tempat mempersembahkan sembelihan korban. Di samping itu di situlah tempat tertegaknya
kepala anak lembu. Demikianlah seterusnya peribadatan terhadap Haikal di Jerusalem berjalan
terus sewaktu kesatuan politik mulai berkembang pada masa kekuasaan pemerintahan Nabi Daud
dan Sulaiman.

Menurut Will Durant dalam kitabnya "Qissatul Hadlarah" Agama mempunyai peranan
yang penting untuk mempropagandakan slogan-slogan sejarah dan politik, dan dengan demikian
maka Yahuah telah menjadi Tuhan yang tunggal bagi kaum Yahudi, "Tuhan yang mengatasi
segala Tuhan bangsa manusia". Para analisis bahagian sejarah agama-agama mempercayai
bahawa tujuan utama dari dakwaan kaum Yahudi itu bukanlah kerana kepentingan agama,
melainkan disebabkan oleh faktor-faktor keduniaan. Tujuan sebenarnya adalah untuk
menyatukan pemikiran kaum Yahudi agar kerajaan mereka berdiri kekal dan terpelihara dengan
baik. Demikianlah kaum Yahudi itu menjalin dan mengikat hubungan dengan Yahuah.

3. Yahuah Setelah Kehancuran Haikal

Pada peringkat ini orang-orang Yahudi telah mula memberi sedikit ruang kepada
pemikiran mereka bahawa Tuhan itu bukan sahaja boleh didapati di Haikal. Ini berlaku apabila
zaman ini telah mengalami zaman kehancuran Haikal. Mereka tertanya-tanya di manakah Tuhan
selepas rumah peribadatan mereka iaitu Haikal telah hancur akibat daripada penaklukan kuasa
besar yang lain.

“Mereka menyangka bahawa Tuhan Yahuah itu berada bersama-sama mereka dalam
tawanan, akan tetapi tidakkah Yahuah masih berada bersama-sama mereka yang tinggal di

14
Palestin. Dan tidakkah Yahuah juga turut bersama-sama mereka berpindah ke negeri-negeri lain
di utara, selatan timur dan barat. Jawapan mereka terhadap pertanyaan-pertanyaan sebegini
begitu mendalam dalam pemikiran kaum Yahudi. Mereka sebaliknya mempercayai bahawa
Yahuah itu senantiasa bersama-sama tiap-tiap orang dari mereka di mana saja mereka berada. Ini
bererti bahawa Yahuah itu berada di mana-mana tempat.

Demikian itu ia dianggap sebagai suatu langkah penting dalam sejarah akidah kaum Bani
Israel kerana dengan demikian mereka tidak lagi meletakkan Tuhan di suatu tempat yang terbatas
dan kerana itu juga mereka telah sedikit terbebas daripada kongkongan pemahaman bahawa
Tuhan itu bertubuh.

Ajaran-ajaran Yahudi

Sepuluh Perintah

Sepuluh Perintah atau Ten Commendments ini adalah asas keyakinan atau akidah dan asas-asas
kebaktian atau syariat. Sepuluh Perintah ini diterima oleh Nabi Musa daripada Yahuwa (Tuhan)
di atas Bukit Sinai. Pada asalnya ia ditulis di atas dua Luh. Iaitu dua papan batu yang nipis.
Sepuluh perintah itu adalah:

1. Akulah Tuhanmu, yang membawa kamu keluar daripada tanah Mesir, daripada tempat
perbudakan. Jangan ada padamu Tuhan lain dihadapanku.

2. Jangan membuat patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit di atas ataupun
yang ada di bumi di bawah ataupun yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud
menyembah kepadanya ataupun beribadah kepadanya, sebab aku tuhanmu, Tuhan yang
pemerhati, yang membalas kesalahan bapa kepada anaknya, kepada keturunan yang
ketiga dan keempat daripada orang- orang yang membenci Aku, tetapi Aku menunjukkan
kasih setia kepada beribu-ribu orang, iaitu mereka yang mengasihi Aku, dan yang
berpegang kepada perintah-perintahku.

15
3. Jangan menyebut Tuhanmu dengan sembarangan, sebab Tuhan akan memandang
bersalah orang yang menyebut namanya secara sembarangan.

4. Ingat dan sucikanlah hari Sabbath: enam hari lamanya kamu bekerja dan melakukan
segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabbath Tuhanmu, maka janganlah
melakukan sesuatu pekerjaan, kamu ataupun anak lelaki-mu, anak perempuanmu, hamba
perempuanmu, lawanmu ataupun orang-orang asing yang ada di tempat kediamanmu.

5. Hormati ibu bapamu supaya umurmu lanjut di tanah yang diberikan Tuhan kepadamu.

6. Jangan membunuh.

7. Jangan berbuat zina

8. Jangan mencuri.

9. Jangan melakukan kesaksian dusta kepada sesama kamu.

10. Jangan menginginkan rumah sesama kamu, isterinya hamba lelakinya, hamba
perempuannya, lembunya, keldainya ataupun apa sahaja yang menjadi miliknya20

Di sini kita dapat simpulkan bahawa isi-isi sepuluh perintah di atas seperti berikut:

1- Jangan menyembah Tuhan lain selain Yahuwa


2- Jangan membuat patung ataupun mengukirnya.
3- Jangan menyebut nama Yahuwa dengan sia-sia
4- Muliakan hari Sabbath
5- Hormati ibu-bapa
6- Jangan membunuh
7- Jangan berbuat zina
8- Jangan melakukan kesaksian dusta

20
Mohd Rosmizi Abd. Rahman, 4 Agama Monotheism, Pulau Pinang: PTS Publications&Distributors SDN.BHD,
2004, Hlm. 48.

16
9- Jangan mencuri
10-Jangan menginginkan apa yang menjadi hak milik orang lain tanpa kebenaran.21

Pegangan Maimonides

Terdapat beberapa kepercayaan dalam agama Yahudi yang masih kekal dan diamalkan oleh
penganutnya yang setia. Kepercayaan ini dapat dikategorikan kepada 13 prinsip kepercayaan
atau keimanan. Ia digariskan oleh seorang ahli fikir terkenal Musa Bin Maimon (1135-1204).
Beliau dilahirkan di Cordova, Sepanyol. Pada tahun 1165, beliau dan keluarganya berpindah ke
Maghribi dan kemudiannya ke Kaherah di mana beliau dilantik menjadi ahli fizik kepada Sultan
Salahuddin.

Maimonides menulis tiga buah tulisan iaitu ulasan kepada Mishnah, undang-undang atau
hukum-hukum lisan yang diturunkan daripada generasi-generasi iaitu Mishnah Torah atau
“Taurat yang kedua”. Manakala tulisannya yang terakhir mengenai Moreh Nevukhim atau “
Guide for the Perplexed” yang menyatukan antara ajaran-ajaran agama Yahudi dengan falsafah
pemikiran. Tujuan beliau adalah menyatukan kaum Yahudi di bawah satu kod kebijaksanaan
bunyi dan lain-lain lagi.22

Sistem kepercayaan ini dikenali sebagai Kepercayaan atau Pegangan Maimonide atau
Maimonides Creedals. Ia adalah rukun iman dalam agama Yahudi itu mempercayai:

1. Tuhan adalah Maha Pencipta.


2. Tuhan adalah satu atau Maha Esa.
3. Tuhan tidak mempunyai tubuh badan fizikal.
4. Tuhan kekal abadi
5. Tuhan sahaja yang wajib disembah
6. Tuhan menurunkan perintahnya kepada para rasulnya
21
Ibid. Hlm 48
22
Karen Farrington. Hamlyn History Religion: Great Britain, London: Michelin House, 1998. Hlm 52.

17
7. Nabi Musa adalah Nabi yang teragung
8. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa
9. Kitab Taurat adalah kekal dan tidak berubah
10. Tuhan adalah Maha Mengetahui
11. Tuhan akan memberi ganjaran dan hukuman mengikut amalan seseorang
12. Messiah akan datang
13. Orang yang mati akan dibangkitkan kembali

Sekiranya ditafsirkan sama ada secara terperinci ataupun umum, prinsip-prinsip ini dapat
dibahagikan pula kepada empat perkara utama.

• Mereka mengakui kewujudan Tuhan yang mencipta dan megawal ala mini. Dia hanyalah
satu tanpa ada yang kedua. Ini menunjukkan agama Yahudi adalah Monotheism
• Prinsip-prinsip itu mengakui Tuhan bersifat aktif iaitu terlibat dalam sejarah kehidupan
manusia. Tuhan menyampaikan kehendaknya melalui para nabi.
• Mereka mengakui kesempurnaan agama Yahudi, Nabi Musa yang agung dan kitab Taurat
• Mereka menjelaskan ke dalaman makna, dan pengadilan yang adil dalam kehidupan
manusia seperti mereka mengakui Tuhan mengetahui segala perbuatan dan mengurniakan
ganjaran ataupun hukuman berdasarkan amalan mereka. Dengan menyatakan peristiwa
kebangkitan semula selepas kematian, Maimonaide sebenarnya kehidupan yang kekal
abadi.23

Pandangan Islam Berkenaan Agama Yahudi24

23
Op.Cit. Hlm. 50
24
Prof. Dr. Ahmad Shalaby, (terj.) Drs. A. Wijaya, Perbandingan Agama : Agama Yahudi, Cet. 1, (1991), Jakarta :
Bumi Aksara. Hlm. 42.

18
1. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang bersifat memberikan peringatan dan ancaman
terhadap orang-orang Yahudi. Peringatan-peringatan itu ditujukan kepada penganut–
penganut Yahudi yang telah menyimpang dari syariat Nabi Musa a.s. Agama Yahudi yang
sekarang ini ialah agama Israil yang telah mengalami perubahan-perubahan setelah
timbul kitab Talmud di samping kitab Taurat.

2. Nabi Musa a.s. diutus Tuhan kepada Bani Israel untuk mengajarkan dan mengajak
mereka kembali kepada ajaran-ajaran Tauhid, iaitu suatu agama yang dibawa nenek
moyang mereka Nabi Ibrahim a.s. kerana pada waktu itu sudah banyak meniru adat
istiadat penyembah berhala. Allah menurunkan wahyunya kepada Nabi Musa untuk
disampaikan kepada kaumnya iaitu Bani Israil, baik mengenai kepercayaan, ibadat dan
pergaulan sesame manusia. Maka agama Yahudi menurut Al-Quran pada mulanya adalah
agama Allah yang benar atau dengan kata lain ia juga adalah agama Islam.

3. Perbezaan dan perselisihan dengan agama Islam sekarang adalah disebabkan kesesatan-
kesesatan baru yang ditambahkan oleh pengikutnya dan pemuka-pemuka Yahudi dan
kerana mereka tidak mahu menerima agama Islam yang telah dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai pembaru agama Yahudi.

4. Wahyu Tuhan yang disampaikan kepada Nabi Musa untuk disampaikan kepada umatnya
adalah merupakan kitab Taurat yang harus pula dipercayai oleh umat Islam. Tetapi kitab
Taurat yang asli sekarang tidak ada lagi, sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran iaitu
Allah berfirman :

"dan di antara orang-orang Yang berkata:" Bahawa Kami ini orang-orang


Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka
juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan
mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian
di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka
Dengan apa Yang telah mereka kerjakan."
(Surah Al-Maidah 5:14)

5. Aqidah Islam mengajar umatnya agar mempercayai dan mengimani kitab-kitab suci yang
empat termasuklah kitab Taurat yang diturunkan Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa, Zabur
kepada Nabi Daud dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi kita wajib

19
beriman dengan kitab yang asal dan bukannya sepertimana kitab Taurat dan Injil yang
telah diselewengkan maknanya.

6. Nabi Muhammad s.a.w diutus Tuhan ialah untuk seluruh umat manusia termasuk Bani
Israil, sebagai rahmat Tuhan kepada alam semesta sebagaimana firman Allah dalam Al-
Quran :

"dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
( Surah Al-Anbiyaa' 21:107)

20
PENUTUP

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat
menyelesaikan tugasan yang bertajuk “Konsep Ketuhanan Menurut Agama Yahudi” ini sebaik
mungkin. Mudah-mudahan usaha kami yang tidak seberapa ini menjadi suatu kebaikan bukan
sekadar kepada kami bahkan kepada diri pembaca budiman sekalian.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah konsep ketuhanan di dalam agama Yahudi
merupakan satu konsep ketuhanan yang telah bercampur-aduk antara fakta yang benar dan tokok
tambah yang batil serta pengurangan isi kandungan Taurat yang asal oleh golongan pendeta
Yahudi. Mereka secara berleluasa telah mengintepretasikan konsep ketuhanan di dalam agama
mereka mengikut hawa nafsu dan keinginan mereka. Sebagai contoh, mereka mendakwa Tuhan
mereka memerintahkan mereka mencuri, semata-mata untuk menghalalalkan perbuatan tersebut
demi kepentingan mereka. Mereka juga ingkar dengan suruhan mentauhidkan Tuhan yang
disampaikan melalui rasul-rasul yang telah diutuskan kepada mereka bahkan mereka telah
meniru cara penyembahan kaum yang hidup sezaman dengan mereka pada masa lalu seperti
kaum Kan’an iaitu menyembah patung-patung, dan pohon-pohon yang amat jelas bertentangan
dengan ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Musa

Oleh hal demikian, layaklah kaum Yahudi mendapat kemurkaan Allah di atas keingkaran
dan kedegilan mereka menerima risalah tauhid yang disampaikan melalui rasul-rasul yang
diutuskan kepada mereka. Semoga tugasan yang diusahakan oleh kami ini dapat memberi
manfaat kepada masyarakat Islam amnya, dan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam yang

21
berminat untuk mengetahui konsep ketuhanan menurut falsafah beragama orang-orang Yahudi.
Semoga usaha ini tidak akan sia-sia dan beroleh ganjaran daripada Allah.

BIBLIOGRAFI

Dr. H.O.K. Rahmat S.H., Dari Adam Sampai Muhammad : Sebuah Kajian Mengenai Agama-
agama.,(1984), Pustaka Aman Press : Kota Bharu

K. H. Agus Hakim. Perbandingan Agama. Bandung : Penerbit CV. Diponegoro, 1996.

Karen Farrington. Hamlyn History Religion: Great Britain, London: Michelin House, 1998.

Mohd Rosmizi Abd. Rahman. 4 Agama Monoteisme. Pahang : PTS Publications. 2004.

Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Dr. Fuad Muhammad Fakhruddin Muhammad Labib, Agama Masehi,
Singapura: Pustaka Nasional, 1978.

__________________, (terj) Drs. A.Wijaya, Perbandingan Agama-Agama Yahudi, Jakarta : Bumi Aksara,
1991.

22

You might also like