P. 1
PROJEK PENGHASILAN KARYA SENI VISUAL STPM

PROJEK PENGHASILAN KARYA SENI VISUAL STPM

3.0

|Views: 5,870|Likes:
Published by Hassan Mohd Ghazali

More info:

Published by: Hassan Mohd Ghazali on Jun 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/10/2013

pdf

text

original

PROJEK PENGHASILAN KARYA SENI VISUAL STPM (KERTAS 3 970/3

)
Oleh: Hassan Mohd Gha zali Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris Pengenalan: Seni Visual telah diperkenalkan dalam sukatan pelajaran tingkatan enam untuk STPM mulai 2000. Dalam sukatan pelajaran Seni Visual tersebut kertas 3 adalah kertas projek penghasilan karya yang memerlukan calon membuat hasil karya dan portfolio di sekolah dengan bimbingan oleh guru Pendidikan Seni visual. Kertas ini diwajibkan kepada semua calon sekolah sahaja. Proses menghasilkan karya bermula dari Februari (mula soalan diterima) dan hantar pada bulan September ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Mulai tahun 2005 kertas ini dibuat pembaharuan selaras kurikulum Seni Visual STPM 2005. Pembaruan tersebut memberi penekanan kepada dua displin penghasilan karya iaitu: • Pengkaryaan • Perekaan. Tujuan: Antara tujuan kertas 3 ini ialah adalah : • • Kertas ini adalah bertujuan untuk menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan Aspek yang akan dinilai ialah: – Portfolio – Hasil Karya Proses penghasilkan karya perlu merujuk kepada tatacara penghasilan sebagaimana yang terdapat dalam penyediaan portfolio dan hasil karya.

SKOP KAJIAN DAN PENGHASILAN Berdasarkan sukatan baru seni visual STPM, skop kajian dan penghasilan karya dikategorikan kepada dua kelompok iaitu Pengkaryaan dan Perekaan. Melalui pengkaryaan calon-calon akan menghasilkan karya-karya berdasarkan tema yang diutarakan. Calon akan menghasilkan karya dengan kemahiran dan kajian berdasarkan tema yang diberi. Pengkaryaan lebih menjurus kepada konsep seni halus yang menekankan kemahiran dalam pengkaryaan. Aspek yang penting dalam pengkaryaan ialah kemahiran penggunaan bahan dan teknik. Lazimnya dalam pengkaryaan calon menghasilkan karya-karya bersifat explorasi. Perekaan lebih menjurus dalam menghasilkan produk yang kreatif dengan menyelesaikan persoalan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Perkara penting dalam penghasilan dalam perekaan ialah memahami keperluan permasalahan yang dikemukakan. Di samping itu calon juga perlu mengetahui teknik pembuatan produk yang dihasilkan dengan betul dan kemas. Kategori penghasilan pengkaryaan ialah: • • • Seni Halus Lukisan Catan
1

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM

• •

Seni Cetak Arca

Kategori penghasilan perekaan ialah: • Komunikasi Visual o Grafik o Multimedia o Animasi o Laman Web Reka bentuk Teknologi o Industri o Automobil o Seramik o Fesyen o Tekstil Reka bentuk Persekitran o Landskap o Hiasan Dalaman

PENGKARYAAN Pengkaryaan merupakan penghasilan karya yang bersifat kreatif dan experimental. Oleh yang demikian dalam soalan yang dikemukakan hanya diberi persoalan tema. Calon hendaklah membuat pertimbangan sendiri dan membuat kajian sebelum menghasilkan karya. Portfolio adalah dokumen yang memberi kekuatan sokongan untuk menunjukkan bagaimana calon dapat mengemukakan persoalan tema diberi. Calon perlu menunjukkan kajian-kajian yang mendalam dari aspek pelukisan, pewarnaan, kajian bentuk, kajian rupa dan kajian pengkarya sebelumnya sebagai pedoman dalam karya yang dihasilkan. Perkara-perkara ini merupakan kekuatan untuk calon dalam penghasilan karya yang dikemukakan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia. Menghasilkan karya perlu mengikut disiplin-disiplin pengkaryaan berdasarkan: (a) Portfolio • Penentuan tema • Kajian dan penyelidikan • Penulisan portfolio • Lakaran • Kajian media Pengkaryaan • Pengolahan dan gubahan • Penekanan teknik • Langkah-langkah penghasilan • Kemasan • Peragaan

(b)

Bidang-bidang pengkaryaan • Lukisan: Lebih diberi tumpuan kepada lakaran-lakaran untuk pengkaryaan dan perekaan. Pembelajaran lukisan berlaku bersepadu dengan kertas 2. Perlu dititik beratkan persoalan kemahiran melukis menghasilkan

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM

2

Lukisan juga boleh berlaku dalam penghasilan menggabungkan dalam karya seni halus lain • Catan:

karya

apabila calon

Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan pewarnaan sama ada berasaskan air atau minyak. Catan dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Cat Air, Cat Minyak dan Cat Akrilik Seni Cetak: Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan pewarnaan sama ada water base atau oil base. Seni Cetakan dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Cetakan Timbol, Cetakan Benaman dan Sarigrafi sahaja Arca: Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan yang sesuai dan mudah. Arca dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Arca Relief, Arca 3D, Kinetik dan Instalasi. Soalan akan mengemukakan saiz yang sesuai dan senang dibungkus. Bahan-bahan ringan dan tidak mudah dipecah adalah bahan yang palins sesuai untuk dihasilkan

PEREKAAN Perekaan adalah penghasilan yang bersifat produk yang kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian soalan yang dikemukakan adalah bersifat penyelesai masalah. Calon perlu memikirkan bagaimana menghasilkan sesuatu produk tersebut berdasarkan permasalah yang dikemukkan. Calon juga perlu membuat banyak kajian sebelum menghasilkan produk. Seperkara yang penting ialah calon perlu mengetahui bahan dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu produk. Misalnya dalam Komunikasi Visual untuk menghasilkan suatu rekaan identiti korporat, calon perlu tahu teknik menghasilkan logo dengan menggunakan alat tradisional seperti teknikal pen, peralatan teknikal dan lain-lain. Kemahiran mengahsilkan karya dengan menggunakan grafik berkomputer merupakan kelebihan kepada calon untuk mengemukakan reka bentuk produk. Calon juga perlu mengetahui teknik yang betul dalam pelukisan. Kelemahan yang terdapat dalam mengemukakan projek ini ialah kemahiran calon dalam penghasilan produk. Meskipun portfolionya baik tapi malangnya penghasilannya sangat lemah kerana tidak berkemahiran dalam pembuatan. Menghasilkan produk perekaan mengikut disiplin-disiplin perekaan berdasarkan: (a) Portfolio • Penyataan permasalahan • Kajian dan penyelidikan • Penulisan portfolio • Lakaran /Thumbnail • Kajian media Perekaan • Pengolahan dan gubahan • Langkah-langkah penghasilan • Prototaip/Model • Kemasan • Persembahan dan penilaian

(b)

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM

3

Bidang-bidang perekaan • KOMUNIKASI VISUAL: Melibatkan proses perekaan yang kreatif melibatkan persoalan pemujukan. Kerja-kerja dalam perekaan komunikasi visual adalah melibatkan keperluan kemahiran teknik-teknik khusus dalam penciptaan reka bentuk grafik. Skop bidang ialah: Reka bentuk grafik seperti tipografi, identiti korporat, poster, ilustrasi, pembungkusan dan seni reka tanda. Multimedia yang melibatkan multimedia inderaktif dan linear Animasi yang dijanakan melalui komputer Reka bentuk laman web. REKA BENTUK TEKNOLOGI: Melibatkan proses perekaan yang kreatif melibatkan persoalan penyelesaian masalah. Kerja-kerja dalam perekaan reka bentuk teknologi adalah melibatkan keperluan kemahiran teknik-teknik khusus dalam penciptaan. Skop bidang ialah: Reka bentuk Industri, reka bentuk Automobil, Seramik, Fesyen dan Tekstil REKA BENTUK PERSEKITARAN: Melibatkan proses perekaan yang kreatif melibatkan persoalan penyelesaian masalah. Kerja-kerja dalam perekaan reka bentuk persekitaran adalah melibatkan keperluan kemahiran teknik-teknik khusus dalam penciptaan. Hasilan karya adalah dalam bentuk model. Skop bidang ialah: Reka bentuk landskap dan reka bentuk hiasan dalaman

PORTFOLIO Portfolio merupakan dokumentasi atau bahan penyimpanan yang dijadikan sebagai bukti proses penghasilan karya. Dokumen dalam portfolio adalah sebagai landasan kekuatan kajian dalam penyampaian projek yang dihasilkan. Melalui portfolio kita akan mengetahui bagaimana perjalanan penjanaan proses pengkaryaan itu berlaku. Portfolio juga merupakan koleksi penyimpanan kerja-kerja kajian projek yang akan dilakukan. Oleh yang demikian, portfolio adalah dokumen penting yang akan memperjelaskan sesebuah karya. Kepentingan portfolio 1. Portfolio merupakan koleksi pengujudan idea, oleh yang demikian melalui koleksi ini, calon dapat melihat proses cetusan idea berlaku dan memudahkan perbincangan dengan guru dan rakan terhadap sesuatu idea baru. 2. Portfolio dapat menunjukkan displin kerja, melalui latihan-latihan dan pencariam bahan dan teknik, calon dapat menentukan displin kerja yang membolehkan keteraturan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat penghasilkan karya dapat dilakukan dengan mudah. 3. Portfolio juga dapat melihat kelebihan dan kelemahan kendiri. Malalui koleksi dan pengumpulan maklumat, calon dapat melihat kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam cetusan idea dan lakaran untuk menghasilkan karya. Ini juga dapat dilakukan melalui refleksi. 4. Melalui portfolio, karya yang dihasilkan dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih meyakinkan. 5. Hasil dari dapatan kajian melalui portfolio secara langsung memberi pengalaman baru kepada calon untuk menghasilkan seseuatu karya.
Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 4

6. Perbincangan dengan guru dan rakan dapat berjalan dengan baik apabila kajian melalui portfolia dilakukan. 7. Portfolio adalah sumber bahan yang mengabungkan penulisan dan lakaran visual yang tidak terdapat dalam karya yang dihasilkan. Perkara yang perlu ada dalam portfolio 1. Kajian – yang melibatkan pemerhatian dan pengalaman, koleksi dan rekod daripada bahan rujuan, rumusan, pertimbangan dan membuat pemilihan 2. Lakaran – Segala lakaran visual melalui proses eksperimentasi untuk mendapatkan sumber idea baru. 3. Rangka sebenar – Suatu lakaran yang lengkap untuk dijadikan sumber karya yang lengkap. Dalam perekaan disebut sebagai prototaip. 4. Persembahan Portfolio - persembahan hendaklah kemas, mengikut urutan dan menarik. Kesimpulan Kertas penghasilan karya merupakan karja amali yang dilakukan sepanjang sementer dua tingkatan enam. Oleh yang demikian, proses penghasilan portfolio merupakan proses yang perlu dititikberatkan, kerana melalui kajian, lakaran dan pemerhatian sumber idea untuk menghasilkan karya sebenar dapat dilakukan dengan baik.

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM

5

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->