You are on page 1of 2

Laporan Pengerusi Saya sebagai Pengerusi Bengkel KSSR telah menjalankan tugas saya dengan sempurna.

Sebelum bengkel Saya telah dilantik sebagai pengerusi oleh pensyarah penasihat bagi program ini. Saya telah diarah untuk memilih ahli jawatankuasa supaya bengkel ini berjalan dengan lancar. Untuk itu, saya telah mengadakan mesyuarat kecil dengan guru pelatih P7C. Dalam mesyuarat tersebut, kami telah berbincang dan membuat undian untuk memilih ahli jawatankuasa secara demokrasi. Setelah itu, saya bersama Naib Pengerusi telah berbincang antara satu sama lain dan memutuskan cadangan serta aturcara aktiviti untuk dimasukkan dalam kertas kerja. Di samping itu, saya telah mendapatkan bantuan Setiausaha untuk merangka kertas kerja yang lengkap tentang bengkel berkenaan. Tambahan pula, saya telah memastikan semua AJK menjalankan tugas masing masing dan menyediakan kelengkapan bengkel dengan sempurna. Semasa bengkel Saya telah mengetuai bengkel KSSR. Saya memastikan bahawa dewan telah dilengkapi dengan PA sistem serta peralatan lain yang pensyarah arahkan untuk disediakan. Saya telah memberi borang ganti kuliah untuk semua peserta bengkel supaya tidak timbul sebarang masalah dalam P&P mereka. Saya telah memberi ucapan alu aluan dan bengkel dimulakan. Agenda bengkel berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan suatu jamuan ringan.

Selepas bengkel Selepas bengkel tamat, saya telah memastikan bahawa dewan dan peralatan yang digunakan bagi program ini dikemaskan dan kawasannya dibersihkan. Saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah menjalankan tugas masing masing dengan baik dan sempurna. Pada pandagan saya, bengkel ini telah memberi satu pendedahan yang amat jelas tentang sistem KSSR dan cara mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di IPG dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut sistem ini. Sekian, _________________________ Tahvamani Devi Nagarajan, Pengerusi Bengkel KSSR.

You might also like