You are on page 1of 65

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf

f Tradisional

TAJUK 1

PENGENALAN KONSEP DAN PRINSIP BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.

SINOPSIS
Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya menepati perancangan yang dibuat. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN
i. ii. iii. iv. v. Mengenalpasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan Menunjukkan kefahaman tentang kandungan ilmu, dan sumber yang berkaitan dengan bidang pengajian Menganalisis konsep dan Prinsip bidang Membentuk dan Membuat Binaan Menghubungkaitkan kesan visual dengan cara olahan Mengenalpasti jenis dan fungsi alat dan bahan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

vi.

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang alat, bahan serta teknik pada penghasilan Membentuk dan Membuat Binaan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1

Konsep Asas dan Pengertian 3 Dimensi dalam Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut: (a) Arca timbul (b) Arca asemblaj (c) Arca mobail (d) Arca stabail (e) Model (f) Diorama (g) Boneka

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

(h) Topeng (i) Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Objek tiga dimensi bersifat konkrit dan mempunyai isipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi yang boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, ton, jalinan, warna dan ruang.

Sumber : http://blog.makezine.com/crapaud2.jpg

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.2

Alat dan Bahan

Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Bil. Jenis Aktiviti Alat 1. Arca Timbul Pahat Penukul Alat pengukir Pengikis Kikir Pari Kertas Pasir Alat 2. Asemblaj Playar Gunting dawai/zink Ragum Alat pengimpal Pemotong besi Tukul besi 3. Mobail Playar Gunting dawai/zink Ragum Alat pengimpal Alat -

Alat dan Bahan Bahan Kepingan kayu Plaster of Paris Batu Kayu Plastik Kertas lumat Papier Macheir Tanah Liat Bahan Kayu Logam Batu Simen Bongkah-bongkah Spare-part kenderaan Bahan Kutipan Besi Roda dan sebagainya Bahan Besi Dawai Kertas Tali temali

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Pemotong besi Tukul besi

Kepingan Logam Kad bod. Aluminium Fiber glass Bahan Simen kepingan logam Plastik Spare-parts kenderaan Besi Logam Papan dan sebagainya Bahan Mounting board Polystrin Kertas warna Span bunga Simen harder Bahan Aluminium Cermin/kaca Kertas tebal Kepingan tembaga/zink/timah Dawai Kepingan plastik/Perspek Fiber glass Karangan laut Tanah liat/plastesin Bahan Kertas warna

Alat 4. Stabail Playar pemotong Gunting Dawai Gergaji besi/kayu Bahan pelekat Pisau pemotong Gerudi elektrik Alat 5. Model , Alat 6. Diorama Playar Gunting dawai/zink Ragum Pisau NT Gunting, Sesiku L, Pembaris keluli Tukul besi Gerudi elektrik Alat Pisau 7. Boneka Gam serbaguna Pisau/Gunting Warna Kertas pasir -

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

8. Topeng -

Tali Gunting Gam Alat Gergaji Pensil Pahat pelbagai jenis Pengetuk kayu Tukul Kapak Gerudi pelbagai jenis Pisau Berus lukisan pelbagai jenis

Pollistirena Penutup botol gabus Bahan

Kayu Kulit lembu/kambing/ kerbau Kertas tebal Tanah liat Warna batik Warna-warna tradisional Permata untuk hiasan Benang bulu Perada

9. Origami -

Kertas washi Kertas kerajang Kertas sepasang

Adakah terdapat perbezaan alat dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan arca stabail dan mobail?

1.3 Teknik-teknik Membentuk dan Membuat Binaan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam bidang membentuk dan membuat binaan terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti yang mempunyai teknik-teknik penghasilan yang berbeza antara satu sama lain. Bil. 1. Jenis Aktiviti Arca Timbul 2. Asemblaj 3. Mobail 4. Stabail Acuan Tampalan Binaan Cantuman Kimpalan Binaan Cantuman skru/paku Gam Kimpalan Gam Skru Ikatan Kimpalan Skru Ikatan Acuan Teknik-teknik

- Binaan Di dalam penyediaan sesebuah model, teknik yang 5. Model berbeza digunakan semasa proses penghasilan. Teknik yang digunakan ini berbeza-beza dan bergantung pada jenis model yang akan dihasilkan. - Catan 6. Diorama Lukisan - Tampalan Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik 7. Boneka yang berbeza semasa membuatnya Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

8. Topeng

Lukisan Catan Guntingan Tampalan Ikatan Teknik luakan dan ukiran sesuai menggunakan media kayu dan tanah liat. Teknik tampalan sesuai mengunakan media kertas.

Teknik tebuk sesuai menggunakan media kulit haiwan.

9.

Origami

Melipat kertas

Apakah teknik yang sesuai untuk menghasilkan topeng dari papier Mache ?

1.4

Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kaedah membentuk dan membuat binaan boleh dibahagi kepada 3 langkah iaitu : i. ii. iii. Penyediaan lakaran idea Menentukan alat, bahan dan teknik Proses membentuk dan membina

1.4.1 Penyediaan Lakaran Idea


i. Menentukan hal benda dan tema ii. Membuat thumb nail print (membuat lakaran-lakaran kecil) iii. Memilih lakaran yang terbaik. iv. Menghasilkan lukisan yang terperinci.

1.4.2 Langkah Menentukan Alat, Bahan dan Teknik


Di dalam bidang membentuk dan membina terdapat 9 aktiviti yang berbeza. Setiap aktiviti akan menentukan alat, bahan dan teknik yang akan digunakan dalam proses hasil kerja. Penyediaan aktiviti yang dipilih akan melibatkan pengetahuan tentang alat, bahan dan teknik. Walaubagaimanapun proses eksperimentasi juga membantu menentukan alat, bahan dan teknik yang sesuai. Pemilihan alat,bahan dan teknik boleh diperhatikan seperti berikut :

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.4.3 Proses Membentuk dan Membina


Proses ini merupakan satu langkah penyediaan produk 3D yang telah dirancang. Ia berdasarkan lukisan terperinci yang dihasilkan. Ia akan melibatkan proses membuat penerokaan dan eksperimentasi alat, bahan dan teknik. Setiap aktiviti di dalam bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai langkah yang sama pada aktiviti-aktiviti tertentu seperti arca dan terdapat juga yang berbeza seperti origami.

1.5

Jenis Kegiatan dalam Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merangkumi aktiviti seperti rajah di bawah :

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.5.1 Arca Timbul

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Relief

Arca timbul merupakan hasil seni ukiran atau bentuk yang timbul atau tenggelam dari permukaan rata bagi menimbulkan komposisi yang dikehendaki. Ia dilakukan dengan mengeluarkan bahagian yang tidak dikehendaki. Arca timbul terdapat di seluruh dunia pada bangunan besar dan hebat. Ianya popular ketika zaman Greek dan Roman, di mana ianya dihasilkan pada dinding, tiang batu serta bangunan contohnya Coliseum. Terdapat tiga jenis arca timbul iaitu : i. ii. iii. Alto contohnya arca tuhan firaun. Bas contohnya seperti hiasan dinding bangunan Greek dan Roman. Tenggelam (sunken) di mana imej terhasil kesan daripada ukiran ke dalam permukaan panel.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Contoh-contoh Karya Arca Timbul


Bil Karya Maklumat Augustus Saint-Gaudens (American, 18481. 1907), Amor Caritas, 1880-98

The Pergamon Altar was constructed in 180 BC in 2. Pergamon,(modern day Bergama in Turkey)

Stone Mountain in 3. Georgia, United States

4.

Temple of Karnak Mesir

1.5.2 Asemblaj

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Artist : Suzanna Scott

Sumber : http://www.theartzoo.com/tag/assemblage/

Asemblaj (assemblage) merupakan satu proses artistik di mana komposisi seni tiga dimensi dihasilkan dengan mengabungkan bahan-bahan terpakai. merupakan cabang daripada aliran abstrak ekspressionisme. Arca asemblaj mula mendapat perhatian sekitar tahun 1950-an dan 60-an di Amerika Syarikat, apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul Sky Cathedral pada tahun 1958 dan ia telah menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagaiWall-scale-assemblage. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya Homage to New York tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert Ia

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajukBicycle Wheel mula memikat hati pengarca pelukis lain kerana konsep asemblaj beliau dipermudah dan dikonsepsi secara lebih telus iaitu mengadun sepit udang basikal dengan kerusi kayu yang kelihatan berjaya menghasilkan asemblaj yang berkonotasi tinggi. Di Balai Seni Lukis Negara, anda juga boleh melihat arca asemblaj Green Monumenta V karya Ramlan Abdullah, Pemain Rebab 1, karya Mad Anuar Ismail dan Killing Tool karya Raja Shariman Raja Azidin.

Selain dari contoh pengarca yang dinamakan di atas, cuba dapatkan nama-nama pengarca assemblaj melalui carian internet.

Contoh-Contoh Karya Asemblaj


Bil 1. Karya Maklumat Jean Tinguely Homage to New York

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Marcel Duchamp 2. Bicycle Wheel

Robert Rauschenberg 3. Monogram 1955-1959

Michel Tuffery Pisupo lua afe 4. (Corned beef 2000) 1994

Proses Penyediaan Asemblaj


i. Penyediaan Lakaran Idea

Merupakan satu langkah yang memainkan peranan penting di dalam menghasilkan arca asemblaj. Ia merupakan satu fokus awal yang mendatangkan faedah jika dirancang dengan rapi dan tertib.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

ii.

Penjanaan Idea (Thumbnail-Print)

Merupakan siri lakaran-lakaran kecil hasil daripada percambahan idea berdasarkan kajian terhadap hal benda yang dipilih.

iii.

Proses Membentuk Asemblaj

Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut merupakan urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan; Membuat model kecil atau mock up o Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. Ia membantu mengenalpasti sebarang permasalah yang mungkin bakal wujud.

Membuat kerangka o kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan asemblaj lebih kukuh dan seimbang.

Membuat asemblaj yang sebenar

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.

iv.

Kemasan dan persembahan

Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahan asemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

1.5.3 Stabail

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

http://johntunger.typepad.com/artbuzz/2006/12/little_miss_exu.html

Stabil berasal dari perkataan stabile yang membawa maksud statik, kukuh dan mantap. Ia berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca ( pedestal) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.

Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg, Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

sebagai pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952. Pada awal tahun 1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul sebelum beliau ke Paris. Karya-karya beliau banyak diperbuat daripada bahan terbuang seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang. Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania pula merupakan

pengarca stabil yang lebih kepada free standing form. Karya-karya beliau banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan satah-satah bentuk. Tidak seperti Calder dan Tinguely, Brancusi banyak menekankan pada satah permukaan arca atau surface texture. Ini jelas dilihat pada karyanya Bird in Space (LOiseau dens lespace), 1932 1940.

Contoh-Contoh Karya Stabail


Bil 1. Karya Maklumat Jean Tinguely Narva 1961

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Constantin Brancusi 2. Sleeping Muse (Muse endormie) 1909-1911

Alexander Calder 3. Elephant 1928

4.

John Robert Wolfe Harp Series

Proses Menghasilkan Arca Stabil


i. ii. iii. Membuat pemerhatian dan mengkaji tentang bentuk dan ruang serta hal benda. Membuat lakaran-lakaran thumbnail sebagai percambahan idea. Memilih lakaran yang terbaik dengan perancangan dan menghalusi lakaran tersebut agar ianya lebih jelas dan terancang.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

iv.

Menghasilkan mock-up berdasarkan perancangan dan lakaran yang telah diperhalusi serta mengenalpasti sebarang permasalahan untuk diatasi.

v. vi. vii.

Membina arca stabail berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Membuat kemasan dan menentukan gaya persembahan yang dikehendaki bagi menarik perhatian audien. Arca stabail yang telah disiapkan perlu kukuh, kuat dan selamat.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil


i. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca stabil. ii. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca stabil. iii. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal ). iv. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk arca stabil. v. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan. vi. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. vii. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain. viii.Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. ix. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. x. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di samping melihat kesannya. xi. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut fungsinya.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Apakah perbezaan antara asemblaj dan stabail?

1.5.4 Mobail

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://subida.wordpress.com/2008/10/ Mobail merupakan satu arca kinetik yang dibina berdasarkan prinsip

keseimbangan (equilibrium).

Ia terdiri daripada beberapa batang rod yang

digantungkan objek atau rod lain. Objek yang tergantung daripada rod tersebut mengimbangi antara satu sama lain. Ini menjadikan ia kekal seimbang secara horizontal. Setiap rod digantung dengan menggunakan satu tali sahaja dan ini akan memudahkan ia berputar dengan bebas. Arca mobail yang sifatnya boleh bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik.

Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan canggih. Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik. Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik yang diberi tajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir. Idea wau yang berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Adakah mobail memerlukan pedestal?

Contoh-Contoh Karya Mobail

Bil 1.

Karya

Maklumat Alexander Calder Trap and Fish Tail 1939

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Alexander Calder 2. Arc of Petals 1941

Alexander Calder 3. The Y 1960

Timothy Rose 4. Ivy 2007

Proses Penyediaan Mobail


i. Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan mobail : Menentukan subjek dan tema

Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan, sindiran, saranan dan nukilan pengarca.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Menentukan alat dan media

Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciriciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail. Membuat tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)

Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan, kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya. Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih. Memilih salah satu lakaran yang terbaik

Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut. Memperinci lakaran

Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari mobail yang akan dihasilkan nanti. Membuat karya/mobail

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang diperlukan.

ii.

Proses Membentuk Mobail Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan mobail.

1.5.5 Model

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Model dapat digambarkan dengan pandangan dua dimensi (2D) tetapi pada pandangan ini hanya beberapa bahagian sahaja yang dapat ditunjukkan tetapi dengan pandangan 3D setiap penjuru sesuatu objek dapat di lihat dan dapat diketahui jika terdapat error pada sesuatu bahagian tersebut. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut. Model kawasan merupakan suatu bentuk ilustrasi yang menunjukkan satu kawasan yang dibuat dalam bentuk 3D yang sederhana. Model statik adalah model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak bolah berubah. Model Dinamik adalah model yang dibuat mengikut kesesuaian bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.

Definisi
Pengertian model adalah diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

Lakaran Idea
Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Pemilihan Alat dan Bahan


Proses ini perlu di dalam proses menyediakan model. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza dan bergantung pada jenis model yang akan dihasilkan. Pemilihan dan penentuaan bahan akan mempengaruhi ketahanan model tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan


Langkah ini penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

1.5.6 Diorama

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama


Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama: 1. Menentukan Subjek dan Tema a. Alam Semulajadi dan Persekitaran b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis c. Aliran dan Tema Sejagat d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

2. Menentukan Alat dan Media

3. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil) 4. Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut. 5. Memperinci Lakaran 6. Membuat Karya/Diorama Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkaraperkara yang berikut diambil pertimbangan;
o o o o

Bahan dan alatan, Kos pembinaan/buatan Masa yang diperlukan. Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

Proses Membentuk Diorama


Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1: Hal benda ditentukan

2: Hal benda dilengkapi dengan latar belakang

3: Hal benda, latar belakang dan kotak diorama

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

4: Diorama yang lengkap untuk peragaan

1.5.7 Boneka

Sumber : http://fabricpaperthread.blogspot.com/2009/10/scrap-bag-doll-tutorialpart-one.html

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka adalah sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan. Boneka merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanakkanak, dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan. Boneka boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda-benda lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak.

DEFINISI
Boneka merupakan sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau tiga dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan, harmoni dan kadar banding dalam proses binaan dan membentuk.

Jenis-jenis Boneka
1. Boneka Piring Kertas Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka piring kertas

Alat dan Bahan


o o o o o o o o

Piring kertas Dawai halus Pelekat Gunting Kayu atau buluh Kain reja (perca) Tali Pita litup

Cara Membuatnya

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat.Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring. Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

2. Boneka Polistirena

Polistirena yang berbagai-bagai bentuk boleh digunakan untuk membuat boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas dan ia boleh dibuat dengan mudah.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka polisterina

Alat dan Bahan


o o o o o o o o o o

Polistirena, Kayu buluh/rot kayu Pensil Gam Kertas pasir Gunting Pita litup Pisau Berus gam Warna tempera

Cara Membuatnya Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai tangkai. Bola polistirena boleh digunakan untuk membuat boneka tangan.

3. Boneka Beg Kertas Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat


o o o o o o o o o

Gunting, Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon. Dawai kokot Dua beg kertas Pita litup Rot kayu Kertas tisu lembut

Cara Membuatnya Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

dengan menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

4. Boneka Silinder Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan


o o o o o o o o

Kertas warna Pollistirena Penutup botol Gabus Pisau Tali Gunting Gam

Cara Membuat Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.50 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk asasnya, kita boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan mukanya.. Untuk menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

5. Boneka Wayang Kulit Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau. Disebabkan kulit kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden terpaksa dicari dan diperkenalkan sebagai bahan menggantikan buatan cara tradisional di atas. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti yang mudah diperolehi ialah filem pancaran X yang terpakai, kepingan plastik yang tebal dan kertas bod. Permainan wayang kulit dipercayai satu permainan yang pertama mencipta kesenian gerak dan tampak seolaholah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar sesebuah boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan wataknya dengan lebih jelas. Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung yang mancung. Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar, hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang garang. Proses untuk membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit dan bahan-bahanya senang diperolehi.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka Wayang Kulit

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan


o o o o o o o o o

Kertas pasir Tukul Seketul kayu Newsprint Gunting Pemotong NT Penebuk mata bulat Gam yang kuat Cat tempera atau cat minyak

6. Boneka Sarung Tangan Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Bahagian kepala merupakan bahagian yang paling penting.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka Sarung Tangan

Alat dan Bahan


o o o o o o

Kain belacu/sarung tangan Pensil Gunting Jarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat

Cara Membuatnya i. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan. ii. iii. Gunting mengikut garisan pengguntingan. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

iv. v. vi. vii.

Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

Lakaran Idea
Merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka. Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar boneka yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

Pemilihan Alat dan Bahan


Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahan boneka tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

1.5.8 TOPENG

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka untuk tujuan perlindungan, menyembunyikan wajah. Ia juga digunakan untuk seni persembahan dan hiburan seperti drama, tarian serta istiadat pemujaan. Selain itu ia juga dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah malah sebagai identiti seseorang dan juga ahli kumpulan.

Definisi
Kata topeng berasal dari kata tup yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata tup ditambah dengan kata eng yang kemudian menjadi tupeng. Tupeng kemudian mengalami beberapa perubahan sehingga menjadi topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai Partapukan yang membawa erti suatu lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupi luka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

Fungsi Topeng
1. Topeng sebagai lambang nenek moyang Digunakan semasa upacara memperingati keturunan Ratu Gede Pancering Jaga atau Hyang Datonda penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur. 2. Topeng sebagai simbol dewa-dewi

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar. 3. Topeng sebagai pelengkap upacara Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat. 4. Topeng sebagai penyingkap sejarah Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja. 5. Topeng sebagai Media Pendidikan Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat. 6. Topeng sebagai hiburan Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Jenis-jenis Topeng

Topeng mata

Topeng muka

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Topeng serkup

Lakaran Idea
Merupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dilakarkan dalam buku lakaran. Pembentukan watakwatak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau kepada penggemar topeng sebagai bahan koleksi.

Pemilihan Alat dan Bahan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan


Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

1.5.9 ORIGAMI

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

Sejarah Origami

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Tsai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

Jenis-Jenis Bentuk Origami


a. Haiwan Kebanyakan origami dibentuk terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah, burung, dinosaur, serangga dan singa laut.. b. Barang Permainan Bentuk origami jenis ini yang terkenal seperti sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature). c. Tumbuh-tumbuhan Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip. d. Perhiasan Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

Kertas Origami
Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

dikehendaki. Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Proses Dan Teknik Pembuatan


Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.6

Isi Kandungan (Hal Benda, Makna, Cerita, Ekspresif)

Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan bagi memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model kucing, dawai halus digunakan untuk membina kerangka bentuk manakala papier mache diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu. Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang teliti. Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

a. Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

c. Aliran dan Tema Sejagat

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective art, Minimal art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentukbentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Ciri-ciri Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan yang baik


Hasil kerja membentuk dan membuat binaan yang dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika dan dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Secara ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi iaitu : 1. Menepati Tema dan Tajuk 2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan 3. Kuat, Kukuh dan Selamat 4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik 5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan 6. Asli, Unik dan Berketerampilan

Ekspresi Diri
Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut: Model menepati tema dan tajuk.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah. Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat. Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

Apresiasi Berpandukan hasil kerja yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini : 1. Tajuk dan tema yang sesuai. 2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng. 3. Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak sesuatu topeng tersebut. 4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng yang dihasilkan, bergantung kepada watak. 5. Kesesuaian secara keseluruhan.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

TAJUK 2

MERANCANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SINOPSIS Bahagian ini akan membincangkan perancangan pelbagai aktiviti P&P setiap bidang Membentuk dan Membuat Binaan dengan mengaplikasikan konsep pendidikan seni visual, konsep KBSR dan teori pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) i. Mengaplikasi strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Membentuk dan Membuat Binaan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Bagi merancang pengajaran dan pembelajaran bagi bidang membentuk dan Membina pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembeelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap PSV. Pelajaran PSV yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar masingmasing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untuk muridmurid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.

Eksperimen

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kaedah eksperimen merupakan konsep atau idea yang tertentu.

satu kaedah yang baik dijalankan dalam

pelajaran PSV. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentukan langkah menjalankan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Menjalankankan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Lawatan
Pembelajaran PSV tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti Balai Seni Lukis Negara, galeri-galeri seni, fakulti-fakulti seni di universiti tempatan, muzium dan sebagainya boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi di mana murid-murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.

Kajian masa depan


Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian

You might also like