P. 1
isupendidikan kaunseling

isupendidikan kaunseling

|Views: 35|Likes:
Published by Fatin Yasmin
isu pendidikan
isu pendidikan

More info:

Published by: Fatin Yasmin on Sep 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/21/2015

pdf

text

original

ISU-ISU PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH Zuria Mahmud Salleh amat Salmiah Monshie Manisah Mohd Ali

PENDAHULUAN Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia. Namun, pelbagai isu dan cabaran masih hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam sektor pendidikan, menunjukkan kerelevanan dan kesignifikanan program ini. Usaha mengatasi cabaran yang dihadapi telah mematangkan perkhidmatan ini dan seterusnya mengukuhkan lagi status perkhidmatan ini. Bab ini membincangkan isu-isu semasa perkhidmatan kaunseling, konsep asas, proses kaunseling, kemahiran kaunseling, dan hala tuju kaunseling di Malaysia. Bab ini juga memperkenalkan khidmat kaunseling di sekolah rendah dan advokasi kaunseling untuk pelajar berkeperluan khas. Perkembangan dan Isu-Isu Kaunseling Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bermula di negara ini sekitar tahun 60 an. Pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperakui kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah (Amir & Latiff, 1984 dalam Ching Mey See dan Kok Mun Ng, 200). Pada ketika itu, tugas utama guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah berkisar dalam kerjaya dan akademik sahaja (Ching Mey See and Kok-Mun Ng, 200 ). Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran mula mengarahkan setiap sekolah menengah di Malaysia menempatkan kaunselor sepenuh masa bagi membantu menangani masalah pelajar yang meliputi aspek yang lebih luas selain aspek akademik. Kaunselor perlu membantu pelajar menangani masalah peribadi mereka dan kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar yang lain. Semenjak itu, perbincangan hangat sentiasa berlaku berkenaan perkhidmatan ini menunjukkan masyarakat peka terhadap perkhidmatan ini di sekolah. Antara isu-isu yang pernah ditimbulkan ialah peruntukan kewangan, kaunselor tidak mengajar, kecekapan dan professionalism kaunselor ( Zuria, Salleh dan Mujab, 1999), dan peranan kaunselor dalam masalah disiplin murid (Zuria, Noriah, Amla, 2005). Isu-isu ini telah timbul kerana faktor berikut: i) Kurangnya pengetahuan masyarakat sekolah tentang bidang kesihatan mental secara keseluruhan (punca masalah kesihatan mental, teknik dan kesan intervensi, profesion membantu, dan etika). Salahtanggap dan reaksi negatif timbul dari guruguru lain bila kaunselor tidak mengajar, dan bila pelajar mengambilmasa yang lama untuk berubah tingkahlaku. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang etika dalam kalangan ketua pentadbiran (Pengetua dan pentadbir lain) membataskan kaunselor dalam menjalankan tanggungjawab membincangkan kes dengan ketua ataupun panel khas. Ketidakfahaman tentang etika menyebabkan

pengetahuan tentang isu terkini. 2005). kekurangan dalam kematangan peribadi dan kebolehan mempengaruh merupakan cabaran bagi kaunselor dalam mewujudkan interaksi yang positif dan saling memahami dengan rakan sekerja dan pihak pentadbiran. Walaupun khidmat kaunseling telah bermula di Lebanon sejak 40 tahun lalu. perbincangan berkisar sekitar i)kekeliruan apakah peranan kaunselor.pihak pentadbiran tertinggi sekolah tidak pandai menyimpan maklumat sulit dan menyebarkannya sebaik sahaja mendengar sesuatu laporan daripada kaunselor. ii) Kurangnya persediaan dari pihak kaunselor sendiri (kelayakan akademik. Perkembangan sejagat menunjukkan bahawa kepentingan perkhidmatan kaunseling di sekolah sentiasa dinilai dari pelbagai sudut. khidmat kaunseling masih belum diwujudkan dengan baik sehingga kini. ibu bapa. Kepelbagaian budaya dan budaya lantang bersuara menjadikan tugas kaunselor di Amerika lebih mencabar. Tugas kaunselor di sekolah mendapat persepsi atau tanggapan yang berbeza daripada pelbagai pihak seperti pentadbir sekolah. Selain itu. iv)perlu menggunakan teknologi untuk menambaikkan program kausneling dan iv)keperluan melibatkan diri dalam perkembangan professional. Kekurangan pengetahuan mendalam tentang teori dan teknik kaunseling serta kemahiran penyelidikan menghalang kaunselor memberi intervensi berkesan kepada klien. pengalaman menjalankan sesi kaunseling. isu-isu kaunselor sekolah di negara itu masih berkisar di sekitar kerjasama pihak sekolah dan persepsi pelajar terhadap khidmat kaunseling. Keperluan mendadak terhadap perkhidmatan kaunseling telah menyebabkan Malaysia menurunkan kelayakan profesion ini di mana majoriti kaunselor sekolah adalah terdiri dari pemegang ijazah sarjanamuda kaunseling. Daripada kefahaman itu. Ini berbeza dari situasi di luar negara di mana kaunseling adalah profesion yang memerlukan kelayakan sarjana. selain daripada isu-isu polisi pentadbiran Kementerian pelajarannya terhadap peranan kaunselor (Ayyash-Abdo. namun. Lambie. perbincangan adalah berkisar sekitar mengoptimakan khidmat ini. kejelasan tugas hakiki). guru . Terdapat kaunselor yang tidak berpeluang menjalankan sesi kaunseling apabila dibebankan dengan tugastugas lain (Zuria. dan masyarakat setempat (Burnham & Jackson. Sesetengah negara. ataupun tidak dipercayai oleh pihak pentadbiran dalam menjalankan sesi kaunseling. guru-guru. dan Lambie & Williamson 2004). ii)menghadapi peningkatan kepelbagaian pelajar iii)perlu memberi khidmat kepada semua pelajar (bukan yang bermasalah sahaja). Alamuddin. Terkini di Amerika. Justeru itu. Kekeliruan dan salah tanggap terhadap perkhidmatan kaunseling bukanlah berlaku di negara kita sahaja. Ini menyebabkan hilangnya kepercayaan pelajar pada unit kaunseling. 2010). guru kaunseling perlu benar-benar memahami peranan dan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pihak berkenaan. manakala bagi negara yang maju. Setiap pihak mempunyai matlamat yang tertentu untuk dicapai. dan Mukallid. oleh itu mereka mempunyai kefahaman yang tertentu terhadap peranan guru kaunseling untuk membantu mereka. Kaunselor yang tidak menjalankan sesi akan kehilangan peluang mempraktikkan kemahiran sehingga lama kelamaan mereka hilang penguasaan kemahiran kaunseling. 2000. 2000.

Begitu juga pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursuskursus berkaitan dengan minat kerjayanya semasa membuat pilihan di tingkatan empat. hanya orang yang bermasalah akan menemui kaunselor. malah perlu diterapkan kepada seluruh ahli masyarakat. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan di sekolah-sekolah di Malaysia telah melalui perkembangan dan pelbagai cabaran untuk berada di tahap yang ada pada hari ini. Rancangan Malaysia ke Sembilan 2006-2010 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga Negara 2000-2010. Kaunselor perlu sentiasa peka kepada isu-isu yang terlahir dari cabaran yang mendatang. Mungkin ramai dalam kalangan guru yang agak keliru untuk membezakan antara makna “bimbingan” dan “kaunseling” Bimbingan adalah lebih terarah di mana seseorang yang berkemahiran membimbing seseorang lain menyelesaikan sesuatu masalah atau membimbing orang lain mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara atau isu semasa. Selaras dengan perkembangan Malaysia menuju status Negara Maju menjelang tahun 2020. Sebagai contohnya seseorang pelajar boleh dibimbing untuk mengisi borang untuk mendapatkan biasiswa. Tujuannya adalah bagi memastikan para pelajar mendapat maklumat dan gambaran sebenar tentang hala tuju perkembangan dunia pekerjaan. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah tidak benar kerana orang yang tidak mempunyai masalah juga boleh berjumpa kaunselor untuk mendapat bimbingan atau bantuan untuk memperbaiki dirinya atau untuk mendapatkan maklumat yang tidak dimilikinya. Ini akan dapat menjimatkan masa dan tenaga guru bimbingan dan kaunseling. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan kajian-kajian keperluan bersama unit-unit yang ada di sekolah untuk melihat keperluan sebanar yang mesti dipenuhi oleh unit masing-masing. KONSEP ASAS KAUNSELING Ramai yang berpendapat kaunseling adalah satu proses untuk menolong seseorang menyelesaikan masalahnya. peranan guru kaunseling menjadi semakin penting apabila mereka dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang maklumat kerjaya. seorang pelajar perlu menemui kaunselor untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu kerjaya. Perkhidmatan kaunseling juga mula diperkenalkan disekolah rendah. Sumbangan ini amat kritikal dalam membantu generasi muda mencorak masadepan melalui pertimbangan perancangan kerjaya bersesuaian dengan kehendak perancangan dunia pekerjaan negara dan antarabangsa. Bimbingan juga boleh diberikan dalam kumpulan yang besar sekiranya maklumat yang hendak disampaikan meliputi populasi yang sama.kaunseling akan tahu apa yang menjadi keperluan dan seterusnya memberikan alternatif kepada pihak berkenaan untuk bertindak ke arah mencapai matlamat masing-masing. Sebagai contohnya. Perkembangan terkini menunjukkan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan seorang kaunselor untuk setiap 500 pelajar di sekolah menengah. Kefahaman kepada konsep asas adalah penting bukan sahaja kepada kaunselor. Jika begitu. pelajar dibimbing memilih kursus berdasarkan pencapaian akademik atau pelajar dibimbing cara belajar yang biasa digunakan oleh individu yang telah berjaya. Ini termaktub dalam dokumen Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. .

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM. Pelajar yang meminta bantuan atau yang memerlukan bimbingan perlu yakin bahawa orang yang membantunya adalah seseorang yang boleh dipercayai dan disenangi. Begitu juga pelajar mungkin perlu diberi kaunseling sekiranya gagal mendapat markah yang baik walaupun telah belajar bersungguh-sungguh. menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang kehidupan yang berkesan” (m. Secara umumnya kaunseling ialah satu proses menolong seseorang untuk mengendalikan kehidupan sehariannya. Namun demikian cara belajar yang diajar mungkin tidak bersesuaian dengan minat dan keupayaan pelajar itu sendiri. Mungkin juga pelajar mempunyai masalah keluarga seperti terpaksa menolong ibu bapa menjaga adik atau membantu berniaga di pasar malam yang sebenarnya membantutkan proses pembelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian proses kaunseling itu perlu dijalankan secara individu berbanding dengan bimbingan yang dijalankan dengan lebih ramai pelajar.s 8). Berdasarkan kepada konsep kaunseling yang telah diutarakan. kaunseling pula adalah satu proses yang berterusan dan agak panjang berbanding dengan bimbingan. Dapat dirumuskan bahawa konsep kaunseling yang dialaskan dalam sistem pendidikan di negara kita adalah untuk membantu para pelajar atau murid-murid menghadapi cabaran pertumbuhan mereka. Suradi (1996) menyatakan perkhidmatan kaunseling merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar bagi membantu pelajar mengatasi rintangan dalam kehidupannya. 2009) melalui buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah dan Rendah telah menyatakan dengan jelas salah satu prinsip pelaksana bimbingan dan kaunseling iaitu “Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam. . agar pelajar dapat membuat keputusan yang lebih berkesan. Guru Bimbingan Dan Kaunseling Yang Berkesan Proses kaunseling dan bimbingan melibatkan hubungan interpersonal yang selesa atau kondusif. Zuria dan Salleh (2010) menegaskan kaunseling dapat dikaitkan bagaimana seseorang itu dapat dibantu untuk memahami dirinya sendiri. Sebagai contohnya. Ini bermakna walaupun pelajar tidak akan dapat belajar dengan betul kerana adanya gangguan di rumah. Di sinilah proses kaunseling itu memainkan peranan yang penting bagi membantu pelajar. Begitu juga kaunseling bukanlah hanya diberikan kepada individu yang bermasalah sahaja. pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu panduan yang terperinci berkaitan dengan prinsip pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah yang seharusnya diikut dan dilaksanakan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih. Oleh itu.Berbeza dengan bimbingan. Oleh itu adalah wajar guru mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar itu sendiri sebelum mencadangkan sesuatu kaedah pembelajaran. Begitu juga dengan bimbingan yang secara umumnya boleh diberikan kepada pelajar secara langsung dan lebih kepada membuat keputusan dalam masa yang singkat. Begitu juga Amla. guru boleh membimbing pelajar belajar dengan cara yang betul. adalah sangat jelas bahawa kaunseling itu bukanlah suatu proses penyelesaiannya masalah semata-mata.

periang. Secara umumnya proses kaunseling dapat dibahagikan kepada enam tahap utama. ramai pakar kaunseling bersetuju bahawa sifat-sifat profesional kaunselor yang diutarakan oleh Rogers (1951) dapat membantu memupuk kepercayaan klien kepada kaunselor dan dapat melicinkan proses kaunseling dan bimbingan itu sendiri. Jujur dan Kongruen: kaunselor seharusnya jujur dan ikhlas dalam menyatakan pendapatnya dan tidak berputera-pura. 2010). selalu melapangkan masa untuk bersama pelajar dan menghormati budaya sesuatu bangsa. sabar. Guru bimbingan seharusnya menjadi model yang baik kepada guru-guru lain di sekolah. pihak pentadbiran sekolah. 4. Empati: Empati bermaksud keupayaan kaunselor merasai apa yang dirasakan oleh klien. mengambil keputusan. Kaunselor tidak memandang serong atau negatif kepada tingkah laku klien. Ciri-ciri di atas perlu dimiliki oleh seseorang kaunselor atau guru bimbingan bagi mewujudkan kepercayaan dalam diri klien untuk mendapatkan bimbingan atau kaunseling. Ia melibatkan tahap pembinaan hubungan. Proses Kaunseling Kaunseling adalah satu proses yang tersusun dan sistematik.Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri guru yang ingin membantu adalah seperti berakhlak mulia. 3. dan penamatan serta tindakan susulan (Amla et al. berfikiran terbuka. mendapatkan maklumat. meluaskan penerokaan. malahan daripada pelajar untuk memperbaiki dirinya sendiri. budi pekerti yang tinggi. Kaunselor sentiasa memastikan tingkah lakunya selari dengan apa yang dipercayainya. Secara khususnya dalam profesion kaunseling ini. Mesra dan penyayang: Sifat kemesraan in boleh digambarkan melalui air muka yang tenang dan gembira. Ini tidak bermakna guru bimbingan adalah insan yang sempurna tetapi perlu menjadi seorang guru yang terbuka dan sentiasa menerima pandangan daripada rakan-rakan guru. 2. Sifat mesra ini menunjukkan kesediaan dan kesudian kaunselor untuk membantu dan menerima seseorang. tutu kata yang sopan. Kaunselor cuba memahami permasalahan klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. Ciri-ciri ini perlu dipamerkan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling agar pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendapatkan bimbingan atau kaunseling. . Seseorang guru bimbingan dan kaunseling perlu membina peribadi yang baik bukan sahaja dari segi perwatakan tetapi juga sentiasa menunjukkan ciri-ciri keperibadian yang baik dalam pelbagai aspek. Ini akan membantu klien merasakan dirinya diterima dan bebas untuk berbincang dengan kaunselor. Sifat profesional kaunselor ini dihuraikan dengan jelas oleh Amla et al (2010) seperti di bawah: 1. Menerima tanpa syarat: Ini menggambarkan kaunselor menerima seadanya klien atau pelajar yang datang kepadanya. mudah didampingi. menentukan matlamat kaunseling.

Kaunselor akan menstrukturkan perjalanan proses kaunseling ini dengan menekankan aspek kerahsiaan dan juga masa yang akan diperuntukkan untuk sesi berkenaan. Mendapatkan maklumat: Pada peringkat ini kaunselor akan cuba memahami isu yang dikemukakan oleh klien. 3. 5. Pembinaan Hubungan: Tahap ini adalah tahap awal dalam sesuatu sesi kaunseling. maka kaunselor dan klien akan berbincang untuk menentukan matlamat pertemuan. Peranan utama kaunselor ialah untuk menunjukkan bahawa kaunselor sentiasa bersedia mendengar dan membantu apa juga isu yang dikemukakan oleh klien. Kaunselor akan cuba menilai pelbagai isu yang dikemukakan dengan melihat kepada alternatif yang dikemukakan oleh klien bagi permasalahan yang dikemukakan. Menentukan Matlamat Kaunseling: Setelah kaunselor memahami permasalahan klien dari sudut pandangan klien sendiri. Pada peringkat ini kaunselor tidak memberi fokus kepada permasalahan klien sepenuhnya tetapi hanya meminta klien berkongsi mengikut kemampuan klien. Kaunselor kan cuba mendapatkan maklumat dengan bertanya soalan-soalan yang dapat membantu klien melihat permasalahannya dengan lebih jelas. Pada peringkat ini kaunselor perlu menunjukkan sifat kemesraan yang tinggi agar klien berasa selesa dan tenang untuk menceritakan apa sahaja yang ingin dikongsikan. Meluaskan penerokaan: Pada peringkat ini biasanya perbincangan menjadi lebih lancar kerana klien telah rasa bersedia untuk berkongsi dan mula mengambil tanggungjawab. Klien akan diajar untuk melihat keutamaan dalam membuat perancangan penyelesaian masalah. 4. 2. Kaunselor juga akan memberi galakan agar klien terus bercerita mengenai masalah atau isu yang dikemukakan agar keduadua pihak jelas dengan permasalahan yang dibawa. Klien juga diminta untuk memikirkan bagaimanakah kaedah pelaksanaan terhadap keputusan yang diambil tadi. Ini bermakna klien perlu memikirkan bahawa tindakan yang diambil bukan hanya pada peringkat perancangan semata-mata tetapi perlu kepada peringkat pelaksanaan.1. Tahap ini sebenarnya membantu klien melihat ke dalam dunianya sendiri terhadap kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri dalam menghadapi sesuatu isu. . klien diajar untuk membuat keputusan. Klien akan diingatkan bahawa segala keputusan dan perancangan yang akan dibuat adalah tanggungjawab klien sendiri. Setiap keputusan yang diambil perlu dinilai kekuatan dan kelemahannya. Mengambil Keputusan: Setelah klien memahami isu dengan mendalam. Kaunselor akan melihat aspek kognitif dan tingkah laku klien terhadap sesuatu isu yang dikemukakan.

Dasari: Isu yang dibawa oleh pelajar perlu diselami dan difahami apakah punca dan apakah kekuatan yang ada untuk memperbaiki keadaan. Pada peringkat akhir sesi. i. Dengari. Dapat disimpulkan bahawa dalam proses kaunseling ini. Sekiranya kaunselor tidak berkemahiran. Dampingi. Dasari. Dampingi: Ramai pelajar datang dari latarbelakang amat bermasalah di mana sokongan keluarga adalah sesuatu yang mustahil untuk diperolehi.6. Amla. iii. Dokumenkan). iv. Dengari: Apabila kaunselor berhadapan dengan klien. Dayabaiki. Model 6D Proses kaunseling boleh difahami dengan mudah dengan penggunaan model 6D (Zuria. Dayabaiki:. . Contoh-contoh bagi aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah seperti di rajah 2. Penamatan sesi ini hanya untuk suatu sesi sahaja dan kaunselor akan mengingatkan klien pertemuan sesi akan datang. amatlah penting kaunselor memberi sokongan seterusnya kepada klien. Dekati: kaunselor perlu mendekati pelajar untuk mengetahui masalah mereka. Penilai-penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan strategi dalam penyelesaian masalah adalah fokus yang perlu diberi perhatian oleh klien dan kaunselor. Penamatan dan tindakan susulan: Penamatan sesuatu sesi tidak semestinya klien dapat mencapai sesuatu matlamat yang dikehendaki. Dokumenkan: kaunselor perlu mendokumenkan semua kes untuk tujuan profesionalisma. Model 6D ialah hasil kajian terhadap kaunselor-kaunselor di Malaysia. Klien akan lebih suka untuk membincangkan perkara-perkara yang tidak mengancam dirinya. Berikut ialah penerangan tentang Model 6D (Dekati. ii. Sebagai satu proses. 2005). kaunselor perlu menjadi pendengar yang baik agar terasa didengari dan difahami. kaunselor berperanan sebagai pemudah cara yang penuh dengan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membantu klien berada dalam landasan yang betul sepanjang sesi kaunseling. Tugas kaunselor ialah membantu klien mencari kekuatan diri dengan membincangkan idea-idea yang lebih positif dalam menangani isunya. kaunselor akan memberi tanggungjawab dalam membuat pilihan kepada klien. Biasanya pada peringkat permulaan. klien agak takut untuk menceritakan permasalahan utamanya. mungkin klien tidak akan memberi fokus kepada permasalahan yang hendak dibincangkan. maka adalah wajar sesi beberapa sesi kaunseling urutan diperlukan bagi membantu klien mendapat celik akal terhadap permasalahan atau isu yang dikemukakan. Biasanya sesi kaunseling dilakukan seminggu sekali. vi. Kaunselor pula perlu membuat tindakan susulan terhadap klien yang telah mengikuti sesi kaunseling. v. Noriah. Oleh itu.

guru psikologi rem aja/ libatkan guru dlm programkaunseling 6. Salleh (2004) . PRS. m otivasi. Benarkan luahan rasa/ fikiran/tingkahlaku dlmbilik kaunseling: ROLE PLAY Punca Masalah: Rakan Sebaya Sam paikan pd ibubapa perkem bangan anak Masuk kelas ganti Bantu program guru Kenalpasti Tingkahlaku Berm asalah Secara Am : Motivasi/Ganas/ Terpinggir Dengar sam pai pelajar rasa lega Punca Masalah: Pengajaran & Pem belajaran: Kelom pok Sokongan Rakan Sebaya kaunseling keluarga.kadet polis. Polis Zuria Mahm ud. guru Hargai keberanian bercerita Punca Masalah: Psikologi Abnorm al/ Personaliti Tahniah pelajar w/pun perubahan sedikit Jelas pd ibubapa psikologi rem aja: ERIKSON. niat bunuh diri Bina profil pelajar Hubungan dgn PRS ke tem pat pelajar lepak Penasihat Persatuan /sukan Tanya soalan m em bantu pelajar berfikir & dapat celik akal dgn tdk m em beri ancam an Mencari Eset Positif: Potensi Kepada Tingkahlaku Baru SistemMerit/ Aktiviti Persatuan & Tanggungjawab Punca Masalah: Keluarga: ADLERIAN/ OBJECT RELATIONS/ POTRET KELUARGA Mencari Matlam at RET MODIFIKASI T/LAKU TERAPI SENI BRIEF THERAPY Libatkan pelajar yang telah pulih dalamprogram sokongan: AJ K orientasi.DASARI 4. MASLOW Sim pan rahsia secara beretika Ujian Psikologi Jelas Pada Pelajar Tentang Tindakan Disiplin Jelas pd. program bim bingan: SATIR.MODEL 6D : Strategi Kaunseling Di Sekolah Menengah 1.DAYA BAIKI 5. Noriah Mohd.Kebajikan Masyarakat. pergaulan & seks bebas.DEKATI Lisan & bukan lisan :ROGERS 2.DAMPINGI Sokong pelajar bertingkahlaku baru/ tanya perkem bangan Bersedia Medengar Apa Sahaja Isu Kenalpasti m asalah dengan m endalam : ponteng. dadah.DENGARI 3.DOKUMENKAN Rujuk: Psikitris. pergaduhan. Bim bingan Kerjaya: HOLLAND Minta Laporan Perkem bangan Pelajar dr.Ishak &Am la Mohd. Hospital. rokok.

Jr. Theodore P. Garispanduan etika kaunseling menyatakan dalam semua hal. tindakan klien boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri tindakan klien boleh mendatang bahaya pada orang lain dan masyarakat . ketika kaunselor berdepan dengan isu yang sukar di mana tidak terdapat kod dan garis panduan etika yang mencukupi. 2009). Kod etika dibina untuk dipatuhi oleh kaunselor agar sentiasa membuat keputusan yang betul dan tidak melakukan kesalahan dalam tindakannya. ii. Pada masa yang sama. kaunselor sentiasa berhadapan dengan isu-isu kritikal. Bagaimanapun. Remley.ETIKA KAUNSELING Kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dibina untuk memastikan hubungan kaunseling dapat dilaksanakan dengan penuh profesionalisma. seringkali kaunselor tersepit antara ketiga-tiga pihak apabila terdapat isu-isu yang perlu dirahsiakan. pentadbir sekolah sebelum mengambil sesuatu tindakan (Huey.. mereka perlulah menilai keberkesanan menjalankan tanggungjawab terhadap pihak-pihak berikut . Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan kaunselor sekolah dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya (Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Bagi memastikan kaunselor sekolah dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1990) . kaunselor digalakkan untuk mendapatkan khidmat rundingan daripada rakan setugas. Wayne C. Kod etika juga memastikan klien tidak terinaya dalam proses kaunseling. Satu isu yang sering dibicarakan ialah isu kerahsiaan. kaunselor juga mempunyai tanggungjawab kepada ibubapa. Kaunselor sekolah Malaysia perlu benar-benar faham kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terkandung di dalam Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Peranan utama kaunselor sekolah ialah memberi kaunseling kepada kanak-kanak dan remaja. kecuali bila dalam keadaan berikut: i. dan pentadbiran sekolah. penyelia pentadbiran. a) Tanggungjawab terhadap klien b) Tanggungjawab terhadap rakan profesional c) Tanggungjawab terhadap masyarakat d) Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan Dalam menjalankan tanggungjawab kepada semua pihak. Dalam hal ini.. pakar-pakar profesional dalam kaunseling. kaunselor perlulah menghormati kliennya dengan menyimpan rahsia. Kementerian Pelajaran Malaysia.

1996. Kemahiran Komunikasi Komunikasi bukan lisan Komunikasi bukan lisan melibatkan tingkahlaku kaunselor dan pemerhatian ke atas tingkahlaku kaunselor. Ini bermaksud. klien perlu menandatangani borang persetujuan untuk mengambil bahagian dalam kaunseling dan bersetuju dengan tindakan beretika yang akan diambil oleh kaunselor. Kemahiran komunikasi bermakna pengucap dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas agar difahami oleh pendengar. Klien yang tidak gembira mempamerkan waah yang sedih ataupun keliru. Menurut Abd. Ivey & Zalaquett. malah masyarakat setempat.192 orang.iii. Kontak mata. Kemahiran mempengaruhi (Ivey. dan Corey. air muka adalah perkara-perkara yang menjadi petunjuk kepada perasaan dan pemikiran kaunselor dan klien. perlakuan serta pembuatan keputusan berdasarkan nilai-nilai yang baik. termasuklah melepaskan tanggungjawab merahsiakan jika laporan perlu dibuat kepada pihak berwajib. bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4. proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran kaunseling terdiri dari kemahiran asas (kemahiran komunikasi) dan kemahiran lanjutan (kemahiran mempengaruhi). 2001. Masalah lebih berat menimpa kaunselor apabila pentadbir sekolah sewenang-wenangnya mencanangkan semua perkara termasuklah perkara sulit seperti kes mengandung luar nikah. pergerakkan anggota badan. Lily 2000. Rashid (1997) berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur. Dalam tahun 1995. Keadaan ini memberi imej buruk dalam kalangan pelajar bahawa kaunselor tidak pandai menyimpan rahsia. pelajar. apabila diminta membuat keterangan oleh mahkamah. Bayangkan kepayahan yang perlu ditanggung oleh kaunselor dalam keadaan ini di mana kaunselor ingin memberi khidmat kaunseling tetapi tidak dapat berjanji untuk menyimpan rahsia dengan kliennya!!! Dalam hal ini kaunselor perlu mempraktikkan persetujuan “informed consent” ataupun persetujuan bermaklumat. jarak duduk. sehingga diketahui oleh orang yang tidak berkenaan seperti guru-guru lain. Feltham & Horton. rogol. Rahim Abd. Kedudukan badan klien ang bermasalah boleh jadi nampak lemah longlai ataupun defensif. kes dadah. 2001. Dalam proses kaunseling kemahiran berkomunikasi ialah berkenaan kaunselor menyampaikan kepada klien yang kaunselor berminat untuk mendengar isu klien dan sudi membantu klien mencari jalan menyelesaikan masalahnya. (2010) pula termasuklah kaunselor menggunakan kebijaksanaan untuk mempengaruhi klien kerarah pemikiran. Klien remaja boleh datang dengan membawa isu kehidupan peribadi mereka yang mungkin berkaitan dengan undang-undang dan memerlukan tindakan pihak berkuasa. Klien juga . (Cormier & Hackney. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan. jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan.

jarak duduk sosial. Jika kaunselor tidak memberi perhatian. data-data spesifik dan butiran sesuatu peristiwa. “bagaimana” dan “apa”. dan membunyi “em”. “gembira” dan “takut”. kaunselor dapat memahami fikiran dan tingkahlaku yang telah dibuat atau akan dibuat oleh klien. Seseorang boleh mendorong orang lain bercerita dengan mengangguk kepala tanda faham.memerhatikan bahasa badan kaunselo yang menunjukkan samada kaunselor itu berminat untuk membantu atau tidak. Dengan mengenalpasti emosi klien. Soalan terbuka dan soalan tertutup Kaunselor perlu bertanya soalan-soalan yang boleh membantu klien mendapat celik akal. Oleh itu kaunselor perlu menunjukkan komunikasi bukan lisan yang sesai seperti wajah yang tenang. dan pergerakkan badan yang mesra tetapi profesional. oleh itu kaunselor perlu memilih masa yang sesuai untuk menggunakan soalan dengan berkesan. di mana klien berasa bebas memilih untuk menjawab atau sebaliknya. sebaliknya menggunakan perkataan kaunselor sendiri untuk menjelaskan kata-kata klien. duduk yang sopan. Kedua-dua jenis soalan penting dalam proses kaunseling. Parafrasa/ refleksi isi Parafrasa ialah respons kepada isi cerita klien dengan memendekkan dan menjelaskan komen klien. Empat perasaan utama manusia ialah “sedih”. “marah”. Bagaimanapun soalan terbuka yang paling baik ialah dengan meggunakan kata-kata “bolehkah saudara jelaskan?”. Refleksi perasaan membantu klien memahami emosi sendiri secara mendalam. Soalan terbuka dimulakan dengan “kenapa”. Jika klien pilih untuk menjawab. Soalan terbuka memberi peluang kepada klien untukmemberi penjelasan. Kemahiran Mempengaruhi Kemahiran-kemahiran mempengaruhi adalah strategi yang sangat “powerful” dalam membantu klien memilih untuk melakukan tindakan yang baik untuk dirinya dan orang . klien juga boleh memilih untuk memberi penerangan yang lanjut.”saya faham” dan “teruskan”. Parafrasa bukanlah mengulang kata-kata orang lain seperti seekor burung kakak tua. Apabila perasaanya diiktiraf klien berasa lebih selesa untuk meneruskan ekplorasi masalah.. tentulah klien terasa hambar dan tidak berminat berkongsi ceritanya. Refleksi Perasaan Refleksi perasaan ialah pengenalpastian dan pengiktirafan emosi utama yang sedang di alami oleh klien. Kaunselor juga perlu pastikan pakaiannya sopan dan bilik kaunseling bersih. Komunikasi lisan Dorongan/golongan minima Dorongan minima ialah kemahiran paling asas dalam proses kaunseling. “ya”. Soalan tertutup bertujuan mendapatkan maklumat dan keputusan “ya” atau “tidak”.

.. bagaimana kamu jelaskan ini?”. Pendedahan kendiri eloklah dilakukan secara ringkas sahaja..”.. Konfrantasi Konfrantasi ialah apabila kaunselor menjemput klien untuk menjelaskan ketidakselarian antara penyataan dan tingkahlaku. keibubapaan.. pendidikan pencegahan dadah /rokok/inhalan daan HIV/ AIDS. “visi”.. pembangunan diri. Pendedahan kendiri Pendedahan kendiri ialah apabila kaunselor menyatakan perasaan dan pemikirannya berkaitan dengan isu yang dibawa oleh klien... “matlamat” dan pembelajaran yang diperolehi.. Pendedahan kendiri mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas dan sesuai dengan masa. Menguasai sesuatu mata pelajaran merupakan tugas utama para pelajar di sekolah. Refleksi makna Refleksi makna ialah sambungan daripada parafrasa tetapi ia memberi fokus kepada perataan-perkataan seperti “makna’. “nilai”.... Kemahiran belajar adalah kemahiran .. tetapi sebaliknya kamu . pemikiran dan perasaan klien. Kaunselor boleh berkata “saya rasa gembira kerana kamu telah mula menyedari.sekeliling. akademik.. kerjaya. Contoh penyataan Konfrantasi adalah seperti berikut “kamu kata ... Kaunselor juga boleh berkongsi secara ringkas pengalamannya sendiri...... Ia juga disebut sebagai “supportive challenge”.... Logical consequences Logikal consequences ialah apabila kaunselor mencadangkan kepada klien untuk memikirkan kesan positif atau negatif sebagai hasil keputusan yang dibuat oleh klien seterusnya kaunselor dan klien mengekplorasi kedua-dua kesan tersebut secara objektif sebelum memberi pelung klien untuk megambil tindakan... psikososial dan kesejahteraan mental. Pelajar yang masih belum menguasai sesuatu mata pelajaran dianggap sebagai pelajar yang kurang memiliki kemahiran belajar. Tahap penguasaan sesuatu mata pelajaran dapat diketahui melalui pencapaian mereka dalam peperiksaan. Bidang-bidang tersebut adalah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.. Contoh kaunselor “ apa yang kamu belajar daripada peristiwa ini?” PROGRAM KAUNSELING DI SEKOLAH Kaunseling di Sekolah Menengah Terdapat beberapa bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor sekolah menengah.. Kemahiran-kemahiran ini adalah kemahiran lanjutan yang perlu dilakukan dengan berseni dan berhemah tanpa meninggalkan kemahiran komunkasi asas. Akademik.

Tidak ada dokumentasi yang mencukupi untuk menunjukkan kesan yang positif tentang keberkesanan perkhidmatan guru kaunseling dalam hal ini (Brigman & Campbell. Peranan kaunselor merupakan pemacu kepada menyambungkan alam persekolahan dengan alam pendidikan lepasan sekolah dan seterusnya alam kerjaya.500 orang membunuh diri setiap tahun dan kebanyakan daripada mereka menghidap penyakit mental. Para pelajar sekolah tidak terlepas daripada mengalami gangguan mental akibat masalah-masalah seperti perpecahan keluarga. Pendekatan yang digunakan ketika memberi bimbingan kerjaya kurang membantu para pelajar golongan ini. Isu bimbingan kerjaya timbul apabila terdapat pelajar yang masih kabur akan halatuju kerjaya masa depan mereka. . guru kaunseling perlu menjalankan kaunseling kerjaya yang berlandaskan teori perkembangan kerjaya dan melakukan penilaian secara berterusan sama ada secara formal dan tidak formal pada sepanjang proses kaunseling kerjaya tersebut ( Whiston. Di samping terus melaksanakan aktiviti tersebut. mengulang kaji. Psikososial dan kesejahteraan mental Psikososial dan kesejahteraan mental adalah salah satu aspek kehidupan yang penting. Isu yang timbul adalah bukti yang menunjukkan keberkesanan bimbingan akademik yang diberikan kepada para pelajar tentang kemahiran belajar tidak dapat dipastikan. 2005). Bimbingan kerjaya Membimbing pelajar mencapai kematangan kerjaya adalah tugas yang penting bagi kaunselor. Selain itu. hampir 2. menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan. 2008). Bimbingan kerjaya meliputi bimbingan untuk mencetuskan celik akal pelajar terhadap maklumat kerjaya. peluang-peluang penempatan latihan dan kerjaya serta pasaran kerjaya masa kini yang bersesuaian dengan personaliti dan potensi pelajar. Menurut laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia pada tahun 2005. Oleh itu. kegagalan dalam percintaan dan apa jua bentuk masalah yang gagal ditangani oleh mereka secara berkesan (Tam Cai Lian. Kepelbagaian kaedah nampaknya wajar dilakukan bersesuaian dengan potensi dan personaliti pelajar yang unik. guru kaunseling perlu mengambil tindakan untuk menjalankan kajian keberkesanan terhadap setiap aktiviti bimbingan akademik yang telah dilaksanakan. Bagi mengatasi keadaan ini. Proses kaunseling kerjaya yang kerap dijalankan di sekolah dilihat lebih kepada aktiviti menjawab inventori dan pentadbiran inventori.membaca. kejadian buli oleh rakan sebaya. statistiks Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mengidap penyakit mental setiap hari. 2003). mencatat nota. pemilihan kursus lepasan sekolah serta lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan dengan kerjaya tertentu . kaedah pendekatan untuk bimbingan kerjaya perlu disemak kembali. mengingat.

David T. Oleh itu guru bimbingan dan kaunseling perlu membuat program-program penerangan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelajar. pihak pentadbir dan guru-guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membantu melaksanakan program yang telah dirancang. . Dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah ini. Sparkman-Barnes. Adalah diharapkan dengan adanya guru bimbingan di peringkat sekolah rendah ini. 2006) Kaunseling Sekolah Rendah Pepatah Melayu ada mengatakan. Guru-guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah juga mempunyai latihan kaunseling yang mencukupi dan telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran untuk mengendalikan program-program bimbingan dan kaunseling seperti mana rakan-rakan mereka yang bertugas di peringkat sekolah menengah. Secara keseluruhannya guru bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah rendah memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada pembangunan sahsiah pelajar yang seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi. 2009). masalah pelajar dapat dikawal sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Secara umumnya kebanyakan murid di sekolah rendah masih belum begitu memahami konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Seperti juga perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah menengah. Lynette. biarlah dari rebungnya. kerjasama daripada pihak ibu bapa juga boleh dilibatkan bagi menjayakan program-program yang besar seperti perkhemahan pelajar atau kem-kem motivasi terutama untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.Bagi menangani isu kesihatan mental . pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan yang meluas untuk membantu dari sudut emosi. Malah terdapat juga sebilangan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah ini memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Oleh itu langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan guru bimbingan yang terlatih di sekolah rendah adalah sangat bertepatan. Pelajar belajar cara berkomunikasi dan bergaul dengan pelajr lain bermula dari peringkat rendah lagi. Sebenarnya pihak Kementerian Pelajar Malaysia telah menyelaraskan program-program yang perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling di sekolah rendah berpandukan kepada buku panduan perkhidmatan kaunseling iaitu Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah (KPM.. tingkahlaku dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan kesihatan mental.”Pepatah ini ada kebenarannya jika dilihat dari aspek pendidikan. Guru kaunseling perlu menjadi penggerak kepada usaha ini agar pihak pentadbiran dan wakil agensi-agensi berkenaan dapat melaksanakan usaha membantu pelajar dalam aspek ini (Brown. Chris. “jika hendak melentur buluh. Malah memahami perkembangan kanak-kanak yang memerlukan layanan yang berbeza-beza terutama dalam kalangan kanak-kanak telah menjadi tumpuan kepada ahli-ahli psikologi sejak dahulu lagi. Panggilan khusus untuk guru kaunseling di sekolah rendah juga dipanggil sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Dahlbeck.

perjalanan harian sekolah. Sebagai contoh. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dilihat mengalami perubahan dari satu jenis khidmat ansiliary dan sokongan kepada perkhidmatan yang menyeluruh . psikososial dan kesejahteraan mental. penempatan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah dan sekolah rendah adalah mengikut peruntukan yang ditetapkan mengikut bilangan murid di sekolah berkenaan. Berkaitan dengan murid berkeperluan khas. Peranan guru bimbingan dan kaunseling beralih daripada bersifat membantu atau bertindak balas terhadap sesuatu kepada satu peranan yang lebih menyeluruh yang bersifat proaktif (Erhad & Umasky 2005). keibubapaan serta pembangunan diri murid. Pelbagai akta dan perundangan berkaitan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menggariskan antara lain bahawa pendidikan tidak hanya terbatas kepada kumpulan tertentu pelajar yang mampu untuk mengikuti pendidikan di sekoalh tetapi kepada semua pelajar tanpa mengira kumpulan tertentu. • . Semasa merancang RPI. Peranan sebagai pembela yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling boleh berfungsi dalam konteks: • perancangan pembelajaran murid terutama dalam merancang rancangan pembelajaran individu (RPI). Antara peranan yang boleh dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling adalah sebagai pihak pembela (advocator) dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan murid berkeperluan khas. Murid berkeperluan khas tidak boleh dilihat sebagai satu kelompok murid yang berasingan tetapi sebagai sebahagian dari warga sekolah. guru bimbingan dan kaunseling menjadi ahli pasukan RPI dan boleh menjadikan perancangan RPI sebagai suatu proses kolaborasi yang melihat kekuatan murid. Perkhidmatan yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunselling antara lain meliputi bidang akademik. Bagi sesebuah sekolah.Advokasi Kaunseling bagi Murid Berkeperluan Khas Perkembangan pendidikan terkini menampakkan perubahan yang pesat dalam usaha untuk semua kanak-kanak untuk berada di sekolah. guru bimbingan dan kaunseling turut sama berperanan dalam memastikan bahawa golongan murid ini turut sama mendapat khidmat bimbingan dan menyertai aktiviti pengajaran tertentu yang dirancang. Advokasi berperanan apabila guru bimbingan dan kaunseling melibatkan murid berkeperluan khas dalam semua aktiviti bimbingan dan kunseling sekolah dan tidak mengadakan aktiviti yang berasaingan bagi murid ini. Deklarasi Salamanca 1994 dan yang terkini Akta Orang Kurang Upaya 2008 mempunyai bahagian yang menegaskan tentang penyediaan pendidikan untuk semua golongan berkeperluan khas.

Dengan menjadi ahli kepada badan professional seperti PERKAMA. sarjamauda. perkembangan serta pengurusan yang dialami oleh masyarakat amnya dan warga pendidikan khususnya seperti penuntut. dan amalan.• memberi sokongan dan bantuan moral dan pendidikan. Mereka juga dapat membina jaringan dengan rakan-rakan seperjuangan seluruh dunia melalui seminar-seminar antarabangsa. Mereka juga dicadangkan mempunyai pengetahuan tentang pelbagai masalah sosial terkini seperti gejala seks remaja dan penyalahgunaan teknologi agar dapat memberi khidmat yang relevan dengan budaya. Latihan kaunselor pada peringkat ijazah sarjanamuda. selain daripada mempunyai kemahiran penilaian dan pengukuran. Kaunselor yang berkhidmat di seting pendidikan pada ratanya mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. MASA DEPAN KAUNSELING SEKOLAH Khidmat kaunseling telah mendapat tempat yang baik dalam seting pendidikan di Malaysia pada masa kini. Setiap tanggungjawab yang dijalankan adalah untuk memastikan bahawa tiada murid yang tertinggal dalam arus perkembangan pendidikan semasa. staf dan pemegang taruh (stakeholders) menuntut peranan kaunselor dimantapkan. See dan Ng (2010) mengenalpasti tiga cara untuk memajukan khidmat kaunseling ialah melalui pengetahuan. pelbagai masalah sosial. sekolah menengah. Isu berkaitan kesamarataan. Guru bimbingan dan kaunseling mempunyai peranan untuk menjadikan penempatan murid berkeperluan khas di sekolah dilaksanakan dalam keadaan yang menyokong pendidikan untuk semua. dan doktor falsafah yang diurus dengan baik oleh KPT dan institusi penjagian tinggi membolehkan terlahirnya kaunselor berkelayakan untuk berkhidmat di institusi pendidikan tinggi. Guru kaunseling disaran untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan teori dalam proses kaunseling . Keadaan ini dihasilkan melalui pengwujudan program latihan kaunseling di institusi-institusi pengajian tinggi. responsif dan berkesan. akses kepada perkhidmatan bantuan pembelajaran merupakan sebahagian daripada aspek dalam konteks sokongan kepada murid berkeperluan khas. kaunselor sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan terkini dalam bidang kaunseling di dalam dan luar Negara. Pada dasarnya bolehlah dikatakan perkhidmatan kaunseling berada pada kedudukan yang stabil. Kaunselor boleh meningkatkan kompetensi melalui latihan professional lanjutan (Continuos Professional Development) melalui bengkel-bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. penyelidikan. dan sekolah rendah. . Bagaimanapun. Advokasi dilihat apabila guru bimbingan dan kaunseling memberi fokus kepada keperluan individu murid berkeperluan khas dan membantu merancang matlamat untuk memenuhi keperluan mereka ini. akademik.

ERIC Clearinghouse on Counseling and Personnel Services Ann Arbor MI. kaunseling keluarga. 2003. 7:2 . Zuria mahmud dan Ahmad Jazimin Jusoh. (2010). 91-98.Isu-isu jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah dan cadangan mengatasinya. C. .Selain dari peningkatan kompetensi. Ivey. Highlights. RUJUKAN Brigman. ataupun mengendalikan bengekl-bengkel berdasarkan pengalaman mereka. Huey. dan lain-lain. Zuria Mahmud. kaunselor di Malaysia wajar mengambil peluang daripada kedudukan yang stabil ini untuk meningkatkan kolaborasi dengan pelbagai pihak dalam memantapkan khidmat kaunseling di seting pendidikan. 129-144. Mujab Sukaimi. Prosiding seminar isu-isu pendidikan negara fakulti pendidikan bangi (238-251). Oleh kerana kaunselor perlu bekerja dengan pelbagai pihak di sekolah. Theodore P. (1999). Brokes/ Cole Cengage Learning Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah (2009).Remley. Jr. kem motivasi. Wayne C. 2008. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Kualiti Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah Menengah . Kaunselor boleh menghadiri dan mempelajari sesuatu strategi yang baru. Sudah tiba masanya pentadbir di sekolah diberi latihan tentang kemahiran asas kaunseling dan etika kaunseling. Ivey & Zalaquett. Putrajaya. Campbell. Salleh Amat dan Mohd. PIBG. Jurnal PERKAMA. ASCA. Intentional Interviewing & counseling.G. Ethical and Legal Issues in School Counseling. Helping Students Improve Academic Achievement and School Success Behavior. IPT dan pelbagai agensi lain sentiasa memerlukan dan terlibat dalam penganjuran program-program kerjaya. Kementerian Pelajaran Malaysia. . eloklah rakan sekerja mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang khidmat ini. . 2008. 1990... Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami peranan kausnelor dan dapat bekerjasama memenuhi matlamat utama khidmat kaunseling iaitu mewujudkan kesejahteraan pelajar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->