P. 1
Info Jagung

Info Jagung

|Views: 4,503|Likes:
Published by cray valley

More info:

Categories:Types, Resumes & CVs
Published by: cray valley on Jun 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

1.

Apa Itu Jagung
Jagung merupakan tanaman makanan penting di dunia. Di Malaysia, jagung masih merupakan tanaman sampingan sahaja. Nama saintifik untuk jagung ialah Zea Mays. Seperti padi, jagung termasuk dalam keluarga rumput. Kegunaan jagung ialah sebagai makanan ternakan, makanan manusia dan bahan mentah untuk pengeluaran industri seperti gula, kanji dan minyak. Terbaru, jagung juga menjadi bahan utama dalam pembuatan resin plastik mesra alam dan bahan bakar mesra alam. Jagung mempunyai nilai kanji yang tinggi berbanding dengan protin dan gula. Ia berupa tongkol yang mengandungi bijian yang berbeza dari segi bentuk, saiz, warna dan jenisnya.

Tongkol Jagung Jenis-jenis jagung antaranya ialah : Jagung ' DENT '

Jagung Dwi Warna

Mempunyai bijian yang besar dan berwarna putih, kuning dan sedikit kemerahan. Bijinya lembut di bahagian atas dan kanji keras dibahagian bawah. Bijian ini lekuk dibahagian tengah. Jenis jagung ini agak besar dan matang dalam masa 125 hari. Banyak di USA dan Mexico. Jagung ' FLINT ' Bijiannya kecil, licin, bulat dan keras. Tidak mempunyai lekuk di bahagian atasnya dan berwarna putih, kuning, merah dan warna campuran. Jagung ini cepat matang dan

lebih baik pertumbuhannya. Jenis ini terdapat di Malaysia dan sesuai untuk makanan ternakan. Jagung MANIS Jagung ini mempunyai kanji yang manis. Bijiannya mengecut, berkedut dan bersinar apabila matang. Digunakan untuk makanan segar, ditinkan dan dibuat sayuran dan kuih-muih. Banyak ditanam di Malaysia. Jagung jenis ini dicadangkan untuk diusahakan. Jagung ' POP CORN ' Bijiannya kecil dan mempunyai kanji keras. Digunakan untuk membuat bertih jagung. Tidak terdapat di Malaysia. Jagung ' WAXY ' Bijiannya digunakan untuk membuat kanji untuk industri makanan. Jagung TEPUNG Bahagian endosperma bijian terdiri dari kanji yang lembut. Digunakan untuk membuat tepung. Jagung ' POD ' Mempunya nilai genetik yang tinggi. Digunakan untuk menghasilkan pembi-akan jagung jenis baru.

2. Bagaimana Pokok Jagung Tumbuh Dan Membesar
Mengetahui tahap pertumbuhan jagung adalah penting untuk menentukan masa pengairan, pembajaan dan kawalan serangga. Berbagai kaedah boleh digunakan untuk menentukan tahap pertumbuhan. Satu cara yang banyak digunakan ialah kaedah pengiraan daun jagung. Pengiraan dilakukan bermula dari daun pertama yang berhujung bulat. Kaedah lain ialah pengiraan daun dari daun berhujung tajam tanpa mengira daun hujung bulat yang pertama. Kaedah lain yang digunakan oleh kebanyakan pengusaha ialah pengiraan kesemua daun samada daun hujung bulat atau daun hujung tajam. Pertumbuhan jagung atau pokok secara amnya dibahagikan kepada 2 tahap. 1. 2. Tahap Pertumbuhan ( Vegetative Growth Stages ) Tahap Pengeluaran ( Reproductive Stages )

Tahap Pertumbuhan ( Vegetative Growth Stages ) Tahap ini dibahagikan pula kepada : -VE > pertumbuhan ( emergence) -V1 > daun pertama -V2 > daun kedua -V3 > daun ketiga -Vn > daun ke – n -VT > keluar bunga jantan ( tasseling) Tahap Pengeluaran ( Reproductive Stages ) Tahap ini dibahagikan pula kepada : -R1 > keluar bunga betina ( silking) -R2 > ( blister ) -R3 > ( milk ) -R4 > ( dough ) -R5 > ( dent ) -R6 > ( physiological maturity ) Contoh Pengiraan Daun

Tahap Pertumbuhan ( Vegetative Growth Stages ) 1.Percambahan Dan Pertumbuhan ( Germination And Emergence ) VE Benih jagung akan bercambah apabila ia mengandungi kandungan air / kelembapan 30%. Pertumbuhan bermula dengan ‘radicle’ (akar), diikuti ‘coleoptile’ (tunas) dengan ‘enclosed plumule’ (daun pertama) dan titik tumbuh (growing point). Pertumbuhan akar radicle membolehkan tunas mengukuhkan kedudukan di atas tanah seterusnya menyedut air dan baja. Untuk tumbuh, takuk (internode) pertama pokok jagung (mescotyl) akan memanjang kearah permukaan tanah dan terus memanjang hingga ‘ coleoptile ‘ mendapat cahaya. Pada tahap VE ini, titik tumbuh (growing point) akan berada 2.5cm ~ 4cm di bawah tanah. Titik tumbuh akan berada di bawah tanah selama 3 ~ 4 minggu untuk melindungi pokok dari kesan luka fizikal, serangga atas tanah dan sebagainya.

2.V1 ~ V2 Satu minggu selepas percambahan benih, V1 bermula. Disebabkan sistem akar masih kecil, kadar pengambilan baja juga adalah kecil. Taburan baja pada lingkungan kecil sekeliling akar untuk mempercepatkan pertumbuhan. Akar akan terus memanjang selepas ini.

3.V3 ~ V5 Dua minggu selepas benih bercambah tahah V3 bermula. Kerja-kerja selengggara keliling pokok pada masa ini akan dielakkan kerana ia boleh mengganggu akar kekal yang masih muda. Hujan yang terlalu lebat juga boleh mengganggu pertumbuhan daun tetapi tidak mengganggu pokok itu sendiri. Pertumbuhan akar cambah juga akan berhenti dan akar rerambut akan mula tumbuh. Akar utama dari akan mula memanjang dan membentuk sistem akar untuk pokok. Daun dan buah akan mula membentuk dan akan selesai pada tahap V5 ( pada masa ini bilangan buah yang akan keluar dari pokok boleh dikatakan hampir diketahui)

Pada V5, bunga jantan telah mula terbentuk pada titik tumbuh(growing point). Pokok akan mencapai tinggi ~ 20cm apabila bunga jantan terbentuk. Titik tumbuh masih berada di bawah tanah dan suhu tanah pada masa ini memberi sedikit kesan kepada pertumbuhan pokok. Suhu tanah yang rendah ( disebabkan hujan dsb ), boleh menyebabkan : -menambahkan masa pertumbuhan antara daun. -menambah bilangan daun yang terbentuk. -melambatkan pembentukan bunga jantan. -mengurangankan kandungan baja dalam tanah. Pada masa ini, rumput juga akan bersaing air, baja dan cahaya dengan pokok jagung. Penggunaan racun rumput, pembersihan manual dan tanaman pada kepadatan tinggi dapat mengurangkan persaingan ini. 4. V6 ~ V7 Tiga minggu selepas percambahan benih, V6 bermula. Sistem akar telah terbentuk dengan baik dan boleh mencapai kedalaman 45cm dan jejari 60cm. Sistem akar pada takuk tiga akan mula memanjang. Pengambilan baja oleh pokok juga akan meningkat. Titik tumbuh akan berada di atas tanah dan pemanjangan batang pokok secara drastik akan bermula. Akar dari batang pokok (tillers/suckers) akan mula tumbuh. Penambahan baja Nitrogen disekeliling pokok akan dilakukan hingga V8. Bunga Jantan Di Lihat Dengan Mikroskop Pada V7

5. V8 ~ V9 Empat minggu selepas percambahan benih, V8 bermula. Kekurangan makronutrien ( NPK ) dan mikronutrien ( Mg,Ca dsb ) akan mula nampak pada daun. Penggunaan baja cecair boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Kekurangan nutrien akan melambatkan / memberhentikan pertumbuhan daun seterusnya. Tahap akar takuk ke 4 akan mula memanjang. Beberapa tongkol buah akan mula keluar. Tongkol yang berpotensi menjadi buah akan mula membentuk di semua pelepah daun kecuali enam hingga lapan pelepah teratas. Kejadian air bertakung atau banjir boleh membantutkan pertumbuhan pokok. 6. V10 ~ V11 Lima minggu selepas percambahan benih, V10 bermula. Pertumbuhan pokok akan menjadi lebih stabil. Pengambilan dan penyimpanan nutrien akan bertambah secara drastik. Pertambahan daun juga menjadi cepat. Daun baru akan tumbuh setiap 2 ~ 3 hari. Kadar pengambilan baja dan air oleh pokok juga akan menjadi lebih tinggi untuk memenuhi kadar tumbesaran yang cepat. Kekurang baja dan air pada masa ini memberi kesan yang besar pada pembentukan buah. Pembajaan P dan K berhampiran hujung akar akan dilakukan. Kekeringan tanah boleh menyebabkan baja yang boleh diserap oleh akar berkurangan. 7. V12 ~ V13 Enam minggu selepas percambahan benih, V12 bermula. Kekurangan air dan baja pada masa ini memberi kesan besar keatas bilangan biji jagung dan saiz tongkol jagung. Kesan ini berlaku pada V10 hingga V17. Jangkamasa antara V10 hingga V17 menentukan saiz buah dan bilangan biji. Semakin panjang masa ini, bilangan biji akan bertambah dan buah boleh menjadi lebih besar. Sistem akar terus berkembang pada takuk ke 5 dan takuk atas tanah.

8. V14 ~ V15 Tujuh minggu selepas percambahan benih, V14 bermula. Ini adalah tahap paling kritikal dimana pembentukan bilangan biji dan bilangan sutera bunga betina akan berlaku. Bunga jantan terbentuk dengan sempurna dan belum pecah. Bunga betina mula terbentuk di setiap bahagian atas tongkol jagung. 9. V16 ~ V17 Lapan minggu selepas percambahan benih, V16 bermula. Ini hanya akan berlaku pada varieti pokok berumur panjang untuk berbuah seperti 75 hari atau 90 hari. Kekurangan air pada tempoh 2 minggu sebelum dan selepas bunga betina terbentuk boleh mengurangkan pengeluaran buah jagung dengan banyak. Pengairan pokok yang mencukupi pada setiap masa memberi kesan yang besar pada pertumbuhan pokok dan kutipan hasil yang tinggi. 10. V18 dan seterusnya Kebanyakan jagung manis akan memberhentikan pertumbuhan setakat ini. 11. VT (tasseling / bunga jantan ) Tahap VT berlaku 2 ~ 3 hari sebelum bunga betina pecah. Bila bunga betina muncul semuanya, bunga jantan akan pecah dan pendebungaan akan bermula. Pendebungaan akan berlaku pada lewat pagi atau awal petang iaitu waktu tengahari.

Fakta 1. Dari segi teori / mikroskopik nya, setiap pelepah daun jagung akan mengeluarkan satu tongkol jagung. 2. Bilangan helaian sutera bunga betina sama dengan bilangan biji jagung pada tongkol jagung. 3. Pendebungan berlaku dalam masa 48 jam sahaja. 4. Penerangan di atas adalah secara am, ada benih jagung yang lebih cepat tumbuh. Tahap Pengeluaran Dan Pembinaan Biji Jagung 1.R1 Pembentukan Bunga Betina ( Silking ) Secara amnya, tahap ini ialah pada hari ke 55 ~ 66 selepas percambahan. Tahap ini bermula selepas helaian sutera kelihatan dan pendebungaan bermula. Bunga jantan akan jatuh keatas helaian sutera dan terus ke ovule dalam masa 24 jam. Helaian sutera akan memanjang sebanyak 3 cm sehari. Pada masa ini, pengambilan K oleh pokok akan berakhir dan pengambilan N dan P akan bermula dengan drastik. Pembajaan awal dan berterusan adalah amat penting. 2. R2 Blister 12 hari selepas R1, tahap R2 bermula. Biji masih berwarna putih. Tongkol akan mencapai saiz penuh. Helaian sutera akan menjadi gelap dan kering. Gula akan mula terkumpul pada biji.

3.R3 Milk 20 hari selepas R1, tahap R3 bermula. Biji mula menjadi warna kuning dan kandungan cecair susu putih dalam biji bertambah.

4.R4 Dough 26 hari selepas R1, R4 bermula. Biji mula mencapai tahap matang. Pengumpulan gula dan kanji masih terus berlaku. Kekuranga air pada masa ini masih mempunyai kesan mengurangkan biji boleh makan yang terbentuk. 5.R5 Dent 36 hari selepas R1, R5 bermlua. Biji jagung mula mengering. Sesuai untuk dituai dlm masa 3 hari.

6.R6 Physiological Maturity 55 hari selepas R1, R6 bermula. Biji akan mencapai tahap matang dan mencapai tahap berat kering maksima. Lapisan hitam akan mula kelihatan pada biji. Tuaian untuk makan haiwan atau jagung kering boleh dimulakan.

3. Serangga Dan Penyakit Pokok Jagung
1.Serangga A.Pengorek Batang Serangga pengorek batang dan buah merupakan masalah utama pada ladang jagung. Ulat ini bertelur di bawah daun. Larva akan menebuk kedalam pucuk bagi anak pokok dan menebuk batang bagi pokok membesar. Gambar di bawah menunjukkan ibu dan gambar kanan menunjukkan larva. Serangga ini datang ke ladang diwaktu sebelum matahari terbenam. Boleh dikawal dengan semburan racun permetrhin, carbaryl, dipterex, phenthoate atau deltamethrin. Kawalan awal (semburan hari ke 14) akan dilakukan . Contoh jenama MATCH. B.Pengorek Buah Ulat ini memakan rerambut tongkol dan biji jagung. Gambar di bawah menunjukkan ibu dan larva. Boleh dikawal dengan racun phenthoate, deltametrhin dan permethrin atau bacteria Bacillus. Contoh jenama MATCH dan DIPEL. Kawalan awal adalah disyorkan.

2. Penyakit A.Hawar Daun Tandanya ialah bintik perang muda pada permukaan daun. Boleh dikawal dengan racun chlorothalonil dan mancozeb. Contoh jenama VITA Kulat Tandanya ialah bentuk buah yang tidak normal berwarna ungu keputihan atau masih berwarna kuning. Musnahkan pokok yang terkena penyakit ini. Kawalan awal ialah dengan racun kulat. B.Smut Banyak lagi jenis serangga dan penyakit yang menyerang pokok jagung. Dengan pengurusan ladang yang bagus dan mengikut jadual ia boleh dielakkan. Kawalan pencegahan sebelum terjadi serangan serangga dan penyakit akan di beri perhatian.

4. Sistem Pengairan Dan Kaedah Penanaman
1.Sistem Pengairan Pokok jagung memerlukan air yang mencukupi untuk mendapatkan hasil tuaian yang tinggi. Dalam keadaan cuaca panas pokok jagung memerlukan kadar air minima 2 ~ 4 liter sehari. Sistem pengairan yang disyorkan ialah sistem pengairan titis ( drip irrigation system ). Kebaikan sistem pengairan ini antaranya ialah : • Dapat membekalkan air terus kepada akar pokok. • Penggunaan sumber air yang efisien dan jimat . • Boleh disalur bersama baja cecair atau baja serbuk boleh larut. • Dapat mengawal pertumbuhan rumput kerana bekalan air akan ada pada kawasan tertentu sahaja. • Hanya memerlukan pam air berkuasa kecil. Contoh : kawasan seluas 2.5 ekar ( 1 hektar ), pam air 2 inci dan enjin 5.5 Kuasa Kuda. Menjimatkan kos peralatan dan bahanapi. Sistem Pengairan Titis

Sistem Pengairan Titis Bahagian Akar Sahaja Yang Mendapat Air

Contoh Ladang Jagung Dengan Pengairan Titis

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->