You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI ‘ICE BREAKING’

Tarikh :14 Januari 2005 (Jumaat)


Masa : 9.00 – 12.00 pm
Tempat : Bilik Tayangan

Pada 14 Januari 2004 (Jumaat) sekali lagi saya bertindak sebagai ketua untuk
mengendalikan aktiviti ‘ice breaking’ dijalankan pada sebelah malam selepas selesai solat
Isyak berjemaah. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama AJK lain yang merangkap
Fasilitator untuk sepanjang program ini. Antara lain tujuan ‘ice breaking’ini diadakan
adalah untuk mengenali dengan lebih rapat lagi peserta dan mewujudkan hubungan yang
mesra antara peserta dengan fasilitator. Selain itu tujuan ‘ice breaking’ ini dijalankan
adalah untuk menggalakkan interaksi sesama peserta dan mewujudkan rasa hormat di
kalangan peserta dan fasilitator. Seterusnya menggilap bakat yang ada di kalangan
peserta.
Semasa aktiviti ini dijalankan muzik dimainkan bagi menimbulkan semangat di
kalangan peserta untuk mengikuti aktiviti ini. Peserta diminta untuk berada di dalam
bulatan besar dan berjalan mengelilingi bulatan sambil diringi muzik. Semasa peserta
kem berjalan, arahan disampaikan dan peserta diminta berkumpul mengikut arahan yang
diberikan oleh saya. Selesai satu arahan para peserta akan berpecah dan berada dalam
bulatan untuk berkumpul mengikut arahan seterusnya. Setiap arahan dikehendaki
diselesaikan dalam tempoh seminit. Arahan yang terakhir adalah bertujuan untuk
membentuk kumpulan yang akan digunakan sepanjang program ini berlangsung. Antara
arahan yang diberikan ialah:
1. Peserta diminta berkumpul mengikut pangkal abjad pada nama.
2. Peserta diminta berkumpul mengikut bulan dilahirkan.
3. Peserta diminta berkumpul mengikut warna kegemaran.
4. Peserta diminta berkumpul mengikut hobi.
5. Peserta diminta berkumpul seramai 8 orang setiap kumpulan.
Aktiviti ice breaking diteruskan lagi dengan mengumumkan Penghulu (ketua
peserta lelaki) dan Penghuluwati (ketua peserta perempuan) yang mana telah dipilih
semasa proses pendaftaran tadi. Antara lain perlantikan ketua ini adalah sebagai perantara
kepada peserta dan juga fasilitator terutamanya kepada ketua program.perlantikan ini
juga adalah dijalankan secara demokrasi di mana peserta memilih secara suara ramai.
Antara lain tugas ketua ini adalah untuk membantu fasilitator menguruskan para peserta.
Seterusnya aktiviti ‘ice breaking’ini diteruskan dengan pengisian aktiviti yang
terakhir iaitu ‘Tuan Tanah Vs Kontraktor’. Daripada sepuluh kumpulan tadi dibahagi
kepada dua kelompok iaitu kelompok pertama akan bertindak sebagai Tuan Tanah dan
kelompok kedua sebagai Kontraktor. Mereka diberi masa 30 minit untuk menyiapkan
tugasan. Kontraktor disediakan sehelai kertas majong dan marker, mereka diminta untuk
memajukan sebidang tanah yang dimiliki oleh orang kampung. Tanah tersebut terdapat
hutan simpan, kawasan perkuburan, masjid, ladang dan kawasan penternakan. Tuan
Tanah pula akan mempertahankan hak mereka dan akan bersetuju sekiranya pelan
berkenaan memuaskan hati Tuan Tanah.
Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perdebatan yang sihat di kalangan
peserta. Selain itu adalah untuk mewujudkan perasaan berani tampil untuk menyuarakan
pendapat dan ketidakpuashatian Tuan Tanah dan melahirkan keyakinan Kontraktor untuk
menyampaikan plan mereka kepada Tuan Tanah. Hasilnya melalui aktiviti nampak
peserta yang aktif dan yang pasif mula berani untuk kehadapan menyuarakan pendapat
mereka.
Keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar, walaupun wujud sedikit
masalah teknikal iaitu pada awalnya kami dibekalkan dengan pembesar suara yang agak
lewat. Seterusnya masalah dari segi tempat iaitu kami disediakan tempat yang sempit
iaitu di kawasan belakang Dewan Makan Sekolah. Keadaan ini sebagai satu cabaran,
namun kami dapat menjalankan aktiviti ini dengan jayanya.

Disediakan oleh :
.....................................
(AIME SAFRI BIN DAHLAN)
Ketua Program
Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar
Sek Men Keb Jengka 2,
Pahang Darul Makmur.

You might also like