You are on page 1of 4

ELEMEN 3

PENERAPAN
UNSUR
PATRIOTISME
ESEI
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Malaysia sememangnya kaya dengan bangunan bersejarah tinggalan dahulu kala

tidak kira Inggeris, Portugis, Belanda, Jepun dan penduduk tempatan. Malangnya, banyak

bangunan ini terbiar menunggu saat untuk runtuh atau sengaja dirobohkan. Hal ini

disebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan.

Hal ini boleh memberikan pelbagai impak negatif kepada negara. Persoalannya, apakah

kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat menanamkan semangat

cinta akan warisan bangsa dalam diri masyarakat?

Kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana kita boleh berbangga

dengan sejarah negara. Hal ini demikian kerana, sejarah dapat membuatkan kita berasa

bangga dengan negara Malaysia, kerana ia menjadi simbol warisan bangsa yang satu-

satunya wujud di mata dunia ini. Sebagai contohnya, pembinaan kota A’Famosa yang

telah didirikan oleh Portugis bagi menghadapi serangan musuh. Pembinaan kota ini

menjadi iktibar kepada masyarakat supaya bersatu padu dalam mempertahankan

kemerdekaan negara. Oleh itu, kita mestilah berbangga dengan sejarah negara supaya kita

boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berlandaskan Wawasan 2020.
Selain itu, kita juga harus bersikap cinta akan bangsa dan negara untuk

memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Sebagai contohnya, Dataran Merdeka

menunujukkan kita masih memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Dataran

Merdeka juga mengingatkan kita kepada beberapa tokoh kemerdekaan yang bersikap

cinta akan bangsa dan negara. Oleh itu, perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat

ditanamkan dalam diri hasil dari pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Bekerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri juga akan hadir dalam diri kita

. Hal ini penting supaya kemerdekaan kita dapat dikekalkan. Hubungan yang baik antara

masyarakat dapat mewujudkan persefahaman dan semangat bermasyarakat yang kuat.

Sebagai contohnya, negara kita masih dapat mengekalkan kemerdekaan walaupun sudah

52 tahun kita merdeka. Natijahnya, negara kita akan terus bersatu padu seperti kejadian

yang berlaku di Hotel Stesen di mana berlakunya ‘Perarakan Raksasa’ sewaktu

menentang Malayan Union.

Di samping itu, sikap rajin dan gigih juga akan terbentuk dalam diri kita juga

merupakan salah satu kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Hal ini

penting untuk. Sebagai contohnya, rakyat Malaysia masih rajin dan gigih dalam menjaga

bangunan bersejarah. Bangunan Sultan Abdul Samad yang masih kukuh dan masih

dipelihara ini menjadi bukti rakyat Malaysia rajin dan gigih dalam menjaga bangunan

bersejarah. Oleh itu, sikap rajin dan gigih dapat ditanam dalam diri kita dengan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.


Kesimpulannya, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah banyak

memberikan kesan-kesan positif kepada individu mahupun negara. Pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah amat penting untuk menjaga warisan bangsa dan

negara. Oleh itu, jelaslah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah,

kita mendapat banyak pengetahuan malah mendatangkan perkara-perkara positif kepada

masyarakat.

You might also like