You are on page 1of 3

Sistem Kardiovaskular

a. Huraikan mengenai system kardiovaskular

Sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat
ke dan dari sel. Sistem ini juga menolong menstabilkan suhu dan pH tubuh Ada tiga
jenis sistem kardiovaskular, tanpa sistem sirkulasi, sistem sirkulasi terbuka, dan
sistem sirkulasi tertutup.Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung,
paru-paru, salur darah, darah dan otot.
Merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia
Juga dikenali sebagai VO2max (didefinisikan sebagai kapasiti penggunaan oksigen
yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

*Sistem kardiovaskular manusia, arteri berwarna merah dan vena berwarna biru

Fungsi Sistem Kardiovaskular

1.Penghantar-Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui


darah yang dipam oleh jantung.

2.Pengeluar-Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada


setiap sel dalam badan

3.Pengangkut-Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran


melalui plasma darah.

4.Pengekal-Membantu mengekalkan suhu dalam badan.

5.Penghalang-Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair


pada kadar yang sesuai.
6.Sistem Peredaran Darah

i-Peredaran Pulmonari

ii-Sistem Peredaran Sistemik

b. Jelaskan mengapa sistem ini begitu penting dalam profil seorang atlit

Sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan


menambah kekuatan otot .Semasa aktiviti fizikal dijalankan banyak asid lakfik akan
terkumpul. Asid lakfik menyebabkan otot dan badan berasa letih. Walau
bagaimanapun, keletihan ini dapt diatasi dengan meningkatkan kecekapan jantung,
peredaran darah dan sistem respirasi.

Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah
membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan.

Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardivaskular, kecergasan


respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting.
Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan
risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung,
penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas
meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas.

Didefinisikan sebagai keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar


oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa
melakukan aktiviti fizikal. Berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan system
kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh
secara berterusan bagi membolehkan seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh
masa yang panjang. Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan
kardioveskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik- Konsep
yang digunakan untuk menggambarkan status fungsi system digunakan
untukmenggambarkan status fungsi system

c. Berikan contoh –contoh bagi menjelaskan jawapan anda dalam bahagian (b.)

Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk
kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan
mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta
ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan.

Apabila aktiviti sukan dilakukan, nadi akan menjadi pantas dan nafas lebih laju. Ini
bermakna sistem kardiovaskular sedang digunakan.
Pelari pecut memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi untuk masa yang
singkat.
Pelumba basikal jarak jauh memerlukan ketahanan kardiovaskular yang stabil
sepanjang kayuhan.
Perenang memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi dan stabil untuk
mengawal penafasan dan suhu badan didalam air.
Bagi ahli sukan bina badan, pembentukan otot tidak akan terhasil dengan
mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu
dibantu dengan senaman kardiovaskular.

d. Huraikan satu kaedah latihan yang sesuai untuk melatih sistem ini

Latihan di pusat gymnasium adalah antara yang terbaik untuk melatih sistem
kardiovaskular.

Latihan angkat berat yang berbeza mengikut bahagian badan tertumpu sama ada
lengan, kaki, bahu dan lain-lain lagi, amat baik untuk mendapat kebaikan
keseluruhan. Pilih beberapa corak latihan termasuk lari setempat atau melompat

- Mulakan dengan yang tidak terlalu berat untuk menguji tahap ketahanan badan
agar tidak berlaku kecederaan
- Berat latihan boleh ditambah tetapi adalah lebih baik memilih untuk melakukan
latihan yang agak lama. Terlalu berat boleh memenatkan dan memendekkan
masa latihan
- Pilih masa untuk satu satu latihan (contohnya 2 minit untuk latihan lengan)
sebelum menukar ke latihan lain (contohnya 2 minit untuk latihan kaki) dan
tukar pula ke lari setempat selama beberapa minit
- Ulang 1-3 kali untuk melengkapkan sesi latihan
- Bergantung kepada ketahanan fizikal, denyutan nadi dan jenis sukan diceburi
perlu dititik beratkan dalam memilih corak latihan dan masa diperlukan

Latihan begini amat baik kerana mengabungkan kekuatan fizikal, pengawalan


nafas, melatih jantung untuk menstabil denyutan, sistem rembesan peluh dan
melatih agar stamina berpanjangan.

You might also like