P. 1
Folio Sejarah 2009 Masjid Ubudiah

Folio Sejarah 2009 Masjid Ubudiah

4.67

|Views: 2,019|Likes:
Published by syahiratuzzulfa
haiiiiiiii...................
haiiiiiiii...................

More info:

Published by: syahiratuzzulfa on Jun 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2012

pdf

text

original

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa saya iaitu xxxxxx dan xxxxxx kerana telah memberi bantuan kewangan dan membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Berkat kesungguhan dan semangat yang diberikan saya dapat mentiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Selain itu, tidak dilupakan, guru matapelajaran Sejarah iaitu xxxxxx atas tunjuk ajar, bantuan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan xxxxxx kerana telah memberikan kebenaran kepada saya membuat rujukan dan membantu saya mendapatkan bahan untuk kerja kursus ini.

Tidak dilupakan, xxxxx, xxxxx dan xxxxx iaitu rakan-rakan saya yang turut bertungkus-lumus membantu dan berkongsi idea dalam merealisasikan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak objektif yang dapat dicapai. Melalui kajian yang dijalankan saya dapat mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dan kepentingan terhadap masyarakat setempat dengan lebih mendalam.

Kajian ini juga dapat membantu saya mengenalpasti elemen senibina dan bahan binaan bangunan bersejarah dan bersyukur nikmat pembangunan negra tanpa mengabaikan nilai-nilai sejarah.

Selain itu, ia juga dapat memupuk rasa cinta dan banggakan tanahair kita dengan menghargai usaha dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah dan berusaha memajukan Negara.

Kajian ini juga memenuhi ciri-ciri keistimewaan dan keunikan yang terdapat pada bangunan bersejarah ini untuk dijadikan panduan dalam memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat dan Negara.

Melalui kajian ini juga dapat mengingatkan kita betapa pentingnya penghayatan dan kajian sejarah masa lalu sebagai panduan untuk kecemerlangan diri ,masyarakat dan Negara pada masa akan datang.

KAEDAH KAJIAN

Dalam melaksanakan kerja kursus ini saya menggunakan beberapa kaedah. Antaranya ialah : Penyelidikan di Perpustakaan -saya telah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan bahan dan maklumat berkaitan bngunan bersejarah yang dikaji.

Melayari Internet sejajar dengan perkembangan teknologi, saya turut melayari laman web http :// ms wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak untuk mendapatkan maklumat tentang bangunan bersejarah.

Lawatan Tempat Kajian - Bagi mendapatkan ggambaran yang lebih jelas tentang bangunan bersejarah dan

keunikan senibina, saya telah melawat ke tempat kajian iaitu di Masjid Ubudiah.

MASJID UBUDIAH

Nama Bangunan  Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Diraja dan menjadi mercu tanda bagi negeri Perak dan sebagai ikon masjid bersejarah tercantik negara.

Latar Belakang - Asal usul  Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, Sultan Idris telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pada zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah 1, Sultan Perak ke- 28 bermulanya pembangunan Masjid Ubudiah.

- Pengasas  Pengasas Masjid Ubudiah ini ialah Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

- Tarikh pembinaan  Masjid ini telah dibina pada tahun 1913.

- Lokasi  Masjid ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ia juga berhampiran dengan Istana Iskandariah.

- Tujuan Pembinaan  Pada mulanya, masjid ini merupakan masjid nazar. Ini kerana Sultan Idris berhasrat untuk membayar nazar sekiranya kesihatan baginda pulih. Setelah baginda telah pulih dari penyakitnya, baginda telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan.

- Kos Pembinaan  Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira sebanyak $22,000.00.

-

Perasmian

 Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah iaitu Sultan yang ke- 29.

Keistimewaan Bangunan Reka Bentuk Plan

 Reka bentuk masid ini amat menarik. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya beukuran sepanjang 60 kaki. Geometri segi lapan dikembangkan mengikut fungsi penggunaan ruang masjid ini. Segi lapan teras (core) adalah merupakan ruang solat utama. Lapisan segi lapan luaran pula adalah merupakan serambi masjid yang memberi sokongan untuk jemaah solat yang lebih ramai. Pertambahan ruang telah belaku kepada masjid ini iaitu dengan kehadiran ruang belakang yang lebih luas, berlawanan dengan geometri asal yang bersegi lapan itu. Ruang belakang adalah bersifat empat segi memaksimakan penggunaan tanah yang ada di sekitar masjid. Masjid ini mempunyai tiga anjung utama dan satu anjung di bahagian belakang untuk kaum wanita.

-

Bahan Binaan

 Bahan binaan masjid ini terdiri daripada batu marmar yang dibawa khas dari Itali dan London.

-

Pengubahsuaian

 Masjid ini telah melalui beberapa siri pengubahsuaian. Sekarang ini, ruang dalaman terutama disekitar siling kubah telah menyaksikan unsur Parsi atau Uzbek didalam penggunaan muqarnas pada sudut-sudut bangunan.

-

Hiasan Dalaman

 Di bahagian luar pagar masjid, dihiasi pokok renek sepanjang laluan pejalan kaki manakala papan tanda pula dibuat dengan batu marmar dengan tulisan yang menarik. Reka bentuk pagarnya berkonsepkan ala istana menggunakan cat berwarna putih dan besinya dicat warna keemasan serta hitam. Rumput hiasan ditanam di beberapa

bahagian luar masjid serta pokok pinang. Ruang letak kereta yang luas memudahkan orang ramai berkunjung ke Masjid Ubudiah. Sebuah pondok di bina di belakang masjid untuk kemudahan pengunjung berehat sambil menikmati kedamaian. Di bahagian hadapan masjid, dibina sebuah kolam dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung. Tiangnya dibuat daripada batu marmar berwarna coklat manakala dindingnya mempunyai reka bentuk yang melambangkan agama Islam. Di dalam ruangan dalaman, terdapat hiasan lampu dan dinding yang pelbagai warna manakala mimbarnya dibuat daripada kayu bermutu tinggi berukiran warisan tradisional dan Kesultanan Melayu. Pada bahagian atas, terdapat sebuah lampu kristal yang memenuhi ruangan tengah masjid diikuti beberapa lampu kecil. Bahagian silingnya dihiasi kalimah nama Allah dan ukiran siling kapur yang begitu unik. Masjid yang mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil berwarna keemasan itu memang cukup menarik.

-

Kegunaan Dahulu dan Sekarang

 Kegunaan masjid pada zaman dahulu dan sekarang adalah sama iaitu Masjid merupakan bangunan atau tempat yang digunakan oleh orang-orang Islam untuk bersembahyang. Selain itu, masjid ini juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam dan tempat perhimpunan orang-orang Islam pada hari-hari perayaan. Cara Pembinaan

 Pembinaan masjid tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Gajah ini bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya be rnama Uda De bok mengikut cerita yang tidak semena. Gajah itu berjuan sehinggalah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Oleh sebab batu telah musnah,

maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu teah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah (1916-1918), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.

RUMUSAN

Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang bertapak kukuh di Malaysia ini. Ia juga merupakan satu sumber inspirasi bagi pencinta seni bina tradisi melayu dan satu sumber yang boleh dianggapkan oleh anak watan tanah air Malaysia yang tercinta ini. Selain daripada itu, ia juga dapat membangkitkan rasa takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang.

RUJUKAN 1) Internet • • • http://ms.wikipedia.org/wiki/ Masjid_Ubudiah, _Perak http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM http://www.virtualmalaysia.com/destination

2) Surat khabar • New Strait Times, 24 Mei 2004, Halaman 9

3) Sumber lain • Dipetik dari Seminar Kuala Kangsar Meniti Zaman, Penyunting : Dato’ Hj. Khairuddin B. Arshad Penerbit: Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) Penaja : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->