You are on page 1of 4

Refleksi

Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia. Ingin saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek MTE3111 (Pengajaran Geometri, Pengukuran, dan Pengendalian data) yang telah diusahakan selama ini. Kerja Kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada markah keseluruhan bagi subjek MTE3111 untuk semester ini.

Resos pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk membantu murid memahami sesuatu isi pelajaran dan menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Pengajaran yang dirancang dengan baik akan membantu guru melaksanakan sesuatu topik pengajaran dengan berkesan. Jikalau kedua-dua perkara ini diintegrasikan dengan baik sudah tentu murid-murid akan mencapai hasil pembelajaran dengan lebih mudah. Sebagai seorang guru permulaan, saya mengharap dapat menguasai kemahiran merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan. Dalam perancangan aktiviti pengajaran, ada beberapa perkara yang harus saya mempertimbangkan supaya pengajaran saya pada hari itu menarik dan berkesan. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah teknik dan resos pembelajaran yang digunakan serta pengetahuan kandungan dan idea matematik yang terlibat dalam memperkembangkan pembelajaran matematik.

Kerja kursus bagi subjek MTE3111 kali ini telah dibahagikan tugasanya, iaitu sebahagian perlu dilengkapkan secara berkumpulan dan sebahagian lagi perlu

dilaksanakan secara individu. Tugasan individu ini merupakan tugasan dimana saya perlu buat semasa dalam proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya membuat praktikum. Apa yang perlu dilakukan oleh saya ialah membina satu rancangan pengajaran harian berdasarkan bidang pengajaran sukatan dan geometri dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tersebut di dalam kelas yang diajar oleh saya. Saya juga perlu merakam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dan perlu meminta maklumbalas dan komen daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing ataupun rakan praktikum supaya dapat mengetahui kekuatan, kelemahan dan juga cadangan-cadangan penambahbaikkan. Dengan adanya maklumbalas sebegini, maka dapatlah saya

mengubahsuai rancangan pengajaran harian saya mengikut komen-komen yang telah diutarakan. Ini secara langsung dan juga tidak langsung membantu saya dalam melatih diri menulis dan melaksanakan satu pengajaran yang sangat berkesan dan efektif.

Saya memilih tajuk masa dan waktu untuk dibuat satu RPH. Saya memilih tajuk ini kerana ini merupakan topik pertama dalam bidang pengajaran sukatan dan geometri. Melalui pengajaran hari ini, murid dibimbing untuk menyatakan waktu dalam jam dan minit. Pada akhir pembelajaran nanti, murid dapat merekodkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam bentuk angka. Proses pengajaran dan pembelajaran topik ini telah dilakasanakan pada 3/9/2013 (selasa) untuk masa ke-7 dan ke-8 (dari pukul 10.30pg 11.30pg). Pengajaran ini telah berlangsung selama 60 minit. Kelas yang saya ajar ialah kelas 2 Dinamik(kelas pertama). Ini merupakan kali pertama saya mengajar kelas KSSR.

Banyak komen-komen dan maklumbalas yang saya terima daripada pensyarah pembimbing saya, En. Afian Akhbar Bin Mustam yang sudi membantu saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Disini ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah memberi bimbingan yang bagus dan sokongan yang amat padu dalam membentuk diri saya menjadi seorang pendidik yang baik jika bukan cemerlang.

Antara kekuatan dalam proses P&P saya pada hari itu adalah saya dapat memulakan pengajaran saya dalam cara yang dapat memberangsangkan minat murid terhadap topik yang bakal dipelajari. Set induksi sangat penting supaya ia dapat menarik minat murid, dan set induksi saya berjaya menepati kriteria tersebut. Apa yang saya lakukan ialah memainkan video lagu bangun pagi dan meminta pelajar menyanyi lagu tersebut sambil meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh guru. Cara ini telah membuatkan mereka lebih bersemangat. Setelah tamatnya set induksi, murid-murid kelihatan sangat berminat untuk menghadapi proses P&P pada hari itu. Selepas set induksi, langkah-langkah seterusnya telah mengikuti urutan dan menepati masa yang dicadangkan. Isi-isi pengajaran telah menepati keperluan dan kesemuanya telah mengikuti urutan yang betul.

Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar yang telah digunakan juga berbagai. Ini sangat membantu dalam menerangkan konsep yang terlibat dalam pengiraan masa. Salah satu bahan pengajaran yang telah mendapat pujian daripada pensyarah saya ialah penggunaan jam visual(software daripada internet). Penggunaan jam visual ini sangat membantu saya menerangkan cara jam bergerak dan kerana ini merupakan bahan interaktif, maka murid-murid dapat melakukan kerja-kerja hands-on. Pengajaran dua hala sebegini yang dikatakan sebagai pengajaran yang memusatkan murid, yang juga disarankanan dalam modul KSSR. Saya juga telah mereka sebuah jam replika menggunakan pinggan kertas untuk diberikan kepada setiap pelajar supaya mereka dapat melakukan aktiviti hands-on. Untuk penutup, saya telah menggunakan sebuah lagu yang

berkaitan dengan jam supaya pelajar dapat mengingat kembali apa yang dibelajar. Langkah penutup saya juga telah mendapat pujian daripada pensyarah.

Antara kelemahan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kali ini adalah saya tidak dapat memberi peluang kepada semua pelajar mencuba bahan bantu pengajaran ICT. Saya hanya memilih tiga orang untuk mengendalikan bahan ICT yang disediakan. Semasa mereka mengendalikan bahan ICT, murid-murid lain hanya melihat dan memberi respons kepada soalan yang ditanya. Saya juga tidak dapat menerapkan interaksi diantara murid dan murid. Hanya interaksi dua hala diantara murid dan guru dan juga murid dan bahan dapat saya laksanakan. Interaksi diantara murid dan murid tidak dapat dilaksanakan kerana tiada aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan. Ini secara langsung telah menjejaskan komunikasi dua hala diantara murid dan murid. Mereka terlalu fokus dengan bahan dan juga guru.

Penambahbaikkan yang akan saya lakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya yang seterusnya ialah saya akan cuba melibatkan semua murid dalam semua aktiviti yang saya laksanakan. Dengan ini, semua pelajar dapat merasakan bahan tersebut dan mereka dapat menerima pengalaman secara langsung. Ini juga akan mengurangkan rasa tidak mengendahkan diri murid dan juga rasa berat sebelah diantara murid. Saya juga perlu menambahkan aktiviti yang berdasarkan kumpulan supaya saya dapat menambahkan komunikasi dua hala iaitu diantara murid dan murid. Interaksi dua hala sebegini bukan sahaja dapat memupuk sifat kerjasama antara murid-murid,ia juga dapat membantu guru dalam menyampaikan kandungan hari itu dengan lebih berkesan.

Antara miskonsepsi yang dapat saya kenal pasti hari itu adalah tentang simbolsimbol yang digunakan untuk menyatakan masa. Dalam panduan pengajaran dan juga dalam buku teks matematik tahun 3, dinyatakan bahawa tanda yang perlu digunakan bagi menyatakan masa ialah noktah bertindih dan bukanya noktah. Cth : 2 : 15 pg 2 . 15 pg x Ramai pelajar yang menggunakan noktah dan bukanya noktah bertindih. Saya telah membetulkan mereka dengan memberi penegasan tentang tanda setiap kali saya menulis masa.

Miskonsepsi seterusnya ialah pelajar keliru untuk menentukan masa melalui melihat jam apabila masanya melebihi setengah jam.

cth :

Sekarang jam menunjukkan masa 1 : 45. Tetapi murid-murid melihatnya sebagai pukul 2 : 45 kerana jarum pendek (jarum jam) menunjukkan angka 2. Mereka tidak dapat mengenalpasti bahawa jarum jam sekarang menunjukkan pukul satu dan bukannya dua. Saya telah membetulkan mereka dengan memberi penegasan setiap kali bahawa apabila jarum pendek melepasi satu angka, maka jarum jam menunjukkan angka tersebut dan bukannya angka yang seterusnya. Sebelum jarum jam sampai ke angka seterusnya, masa yang ditunjukkan ialah angka yang berada sebelum jarum tersebut. Saya perlu menjelaskan ini dengan jelas supaya murid-murid akan faham dan tidak akan mengulangi kesilapankesilapan sebegini.

Tuntasnya, kerja kursus ini telah banyak membantu dari segi meningkatkan lagi ilmu pedagogi dan juga secara menyeluruh. Saya dapat menganalisa kesilapan dan kesalahan saya semasa melaksanakan proses P&P dan saya juga dapat membuat tindakkan penambahbaikkan dalam proses menjadikan P&P saya berkesan dan efektif. Melalui

tugasan yang diberikan ini, saya memperoleh banyak pengetahuan baru yang amat berguna. Ilmu yang saya peroleh ini merupakan bekalan kepada saya untuk menghadapi hari yang mendatang.

You might also like