You are on page 1of 6

Lampiran 1

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM AMBILAN NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI

: FADHILAH BINTI OTHMAN : PISMP : JANUARI 2010 : SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL, JASIN. : PROGRAM BERBAHAGI KASIH BERSAMA WARGA EMAS

TEMPOH PELAKSANAAN

: 1 HARI (24 JULAI 2013)

OBJEKTIF

1. Mengeratkan sillaturahim antara guru dengan masyarakat tanpa mengira perbezaan umur. 2. Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu bapa. 3. Pihak sekolah dapat memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada warga emas tanpa mengira pangkat dan darjat. 4. Membantu warga emas yang susah dan mengurangkan kesedihan mereka. 5. Guru pelatih dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari di IPG dengan bersosial dengan masyarakat di sana.

Lampiran 1

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Berbincang dengan guru besar tentang program warga emas ini. Pada 24 Julai 2013 satu perbincangan bersama Guru Besar telah dijalankan. Perbincangan ini dijalankan adalah untuk membincangkan tentang aktvitiaktiviti yang boleh dijalankan. Guru Besar telah menyatakan antara program-program yang boleh atau sesuai dijalankan. Antara program yang tersenarai ialah Program Berbahagi Kasih Warga Emas ini. Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menjalankan program ini. Kami juga turut membincangkan bilangan rumah warga emas yang akan dilawat. Kami telah memutuskan untuk melawat sebanyak lima buat rumah dan memberikan sumbangan kepada kelima-lima orang warga emas ini. Hasil perbincangan bersama GPK Kokurikulum, kami telah memutuskan untuk membuat surat-menyurat meminta sumbangan daripada warga sekolah iaitu termasuk guru-guru, staf, murid-murid dan ibu bapa untuk disumbangkan kepada sekolah.. 2. Mendapat kebenaran guru pemantau dan guru besar untuk melaksanakan projek. Pada 8 Julai 2013, perbincangan bersama GPK Kokurikulum telah dijalankan. Hasil daripada perbincangan yang dijalankan pada hari ini ialah guru pelatih dapat berbincang dengan mentor mengenai aktvitiaktiviti yang boleh dijalankan sewaktu Program Berbahagi Kasih Warga Emas. Guru pelatih dapat menyatakan antara aktiviti-aktiviti yang telah dibincangkan bersama kepada mentor. Mentor telah memberikan kelulusan terhadap aktiviti yang akan dijalankan. 3. Membuat surat sumbangan yang akan diedarkan kepada murid-murid, guru-guru serta staf sokongan sekolah. Oleh itu, aktiviti menyiapkan surat sumbangan ini telah disiapkan pada 11 Julai 2013. Saya juga telah mendapatkan pengesahan daripada Guru Besar. Seterusnya ialah kami telah menjalankan aktiviti memohon sumbangan daripada warga sekolah. Pada 15 Julai 2013, saya telah mengedarkan surat memohon sumbangan kepada semua warga sekolah.

Lampiran 1

4. Mengutip sumbangan daripada guru-guru kelas. Aktiviti menerima semula sumbangan ini memerlukan masa yang agak panjang. Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk memberikan masa selama lima hari iaitu bermula 15 Julai 2013 hingga 19 Julai 2013. 5. Mengira dana yang telah dapat dikumpul. Dana yang terkumpul adalah sebanyak RM 552. 6. Membuat perancangan tentang jenis-jenis keperluan yang akan diberikan kepada warga emas yang terpilih. 7. Mendapatkan kerjasama daripada mentor iaitu GPK Ko-kurikulum untuk mendapatkan nama-nama warga emas. 8. Menyenaraikan barang-barang sumbangan hamper yang akan diberi. 9. Membeli barang-barang hamper, antaranya seperti biskut raya, cordial, kurma, kain batik, kain pelikat, dan ketupat segera. 10. Menyiapkan hamper di makmal computer. Sebanyak 5 buah hamper yang akan diberikan kepada 5 buah rumah. 11. Pada hari kejadian, program bermula pada jam 8.30pagi dan berjalan seperti yang dirancang dan dapat dihabiskan dengan kadar yang cepat dengan kerjasama oleh Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum.

REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek/Aktiviti :

a. Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan satu program sekolah. Kami telah menggunakan cara yang senang dan jimat kos untuk melaksanakan program ini. Cara ini boleh kami gunakan semasa di sekolah kelak.

Lampiran 1

b. Kami telah belajar menggunakan sumber dan peruntukan yang terhad untuk melaksanakan sesuatu program. Guru besar telah menyarankan kami supaya membuat surat untuk mengutip derma bagi melaksanakan program ini. c. Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid dan guru tentang berkasih sayang terhadap warga emas. d. Kutipan wang sumbangan amatlah memberangsangkan walaupun tempoh masa yang diberikan ditunda kerana pada mulanya wang sumbangan yang ada hanya sedikit. e. Guru-guru memberikan respon dan kerjasama yang sangat baik kepada program ini. Sebagai contoh kami meminta kerjasama guru-guru kelas untuk mengedarkan surat memohon sumbangan kepada murid-murid dan

menyerahkan semula kepada kami pada masa yang telah ditetapkan. f. Program ini juga telah menjadi satu asas permulaan bagi Sekolah Kebangsaan Tehel kerana program warga emas ini merupakan program yang baru sahaja diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti : a. Kami telah ditegur oleh guru lain berkenaan dengan surat memohon sumbangan. Surat tersebut mestilah disertakan dengan surat jawapan yang berserta nama ibu, bapa atau penjaga murid untuk keselamatan wang yang dibawa tersebut. b. Kami juga tidak memberikan taklimat dengan jelas berkenaan dengan penyerahan surat jawapan memohon sumbangan tersebut. Oleh yang demikian, pada saat-saat terakhir ada juga guru yang masih mahu menyerahkan wang sumbangan tersebut. c. Masa yang diperuntukan kepada kami untuk membuat program ini adalah singkat. Kebetulan pula mentor kami iaitu Pn. Hjh. Rusni bercuti selama 2 hari, jadi kami tidak dapat mengetahui nama-nama warga emas yang dipilih

Lampiran 1

untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja dan pemplet. Tetapi masalah ini telah dapat diatasi dengan segera. d. Masa yang agak singkat ketika hari kejadian. Tidak banyak pengalaman dan cerita-cerita yang kami dapat daripada atuk dan nenek yang kami lawati kerana kami berkejaran untuk kembali ke sekolah semula. Sedangkan mereka mempunyai banyak cerita dan kisah yang menarik pada zaman mereka muda dahulu. e. Pada hari kejadian, program ini tidak melibatkan guru-guru mahupun murid. Ini adalah kerana pada hari tersebut juga ujian bulanan dijalankan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Program ini sangat baik untuk dijalankan di sekolah. Justeru cadangan penambahbaikan perlu bagi memperbaiki kelemahan yang ada semasa menjalanan program ini. Cadangan penambahbaikan yang perlu ialah perlunya mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah. Sebagai contoh pada hari kejadian, beberapa orang guru dan murid perlu turut sama menyertai rombongan tersebut bagi memeriahkan program. Seterusnya, satu mesyuarat khas perlu diadakan bagi memberikan taklimat dengan jelas mengenai program ini supaya guru-guru dapat maklumat yang lengkap dan tepat. Di samping itu juga, satu peruntukan khas perlu diberikan untuk melaksanakan program ini bagi memudahkan pihak sekolah menguruskan perjalanan program. Masa yang diperuntukan untuk merancang dan melaksanakan program ini perlu dikaji dan diberikan sekurang-kurangnya sebulan. Ini adalah kerana banyak yang perlu diuruskan untuk melaksanakan program ini. Mencari warga emas, mencari dana dan peruntukan, membeli barang-barang dan sebgainya.

KESIMPULAN :

Lampiran 1

Kemajuan teknologi dan dunia semakin membangun ini telah membuatkan hilangnya warisan dan kasih saying kepada warga emas yang dulunya sangat dibanggakan. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari Program Berbahagi Kasih bersama Warga Emas seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, dapat beramah mersra dan berkenal-kenalan dengan warga kampung khususnya warga emas di Kampung Tehel dan dapat memberikan sedikit perasaan kasih saying kepada mereka. Projek ini adalah amat berfaedah kepada kami kerana kami telah mendapat banyak pengalaman yang berharga melalui projek ini. Kami telah belajar menggunakan sumber yang terhad untuk membuat perubahan yang paling banyak. Selain itu, kami juga belajar menggunakan program. Secara keseluruhannya, kami telah belajar banyak tentang proses untuk melaksanakan program. Pengalaman-pengalaman ini akan kami ingati dan bawa ke sekolah pada masa depan. InsyaAllah, hubungan sillaturahim yang terjalin antara kami dan warga tua dapat membina ikatan antara kami dan dapat mengurangkan sedikit perasaaan terpinggir dalam diri warga-warga tua. Program ini dapat memberikan impak yang besar terhadap kami guru pelatih dan juga kepada guru-guru yang lain agar timbul kesedaran untuk menyayangi insan-insan lain, menghargai peluang muda yang hanya datang sekali,dan belajar menghargai ibu bapa masing-masing.

You might also like