You are on page 1of 10

STRATIFIKASI SOSIAL

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


Menjelaskan asas-asas ketidaksamaan sosial; Menghuraikan jenis-jenis masyarakat menurut stratifikasi sosial masing-masing;

Membandingkan teori-teori stratifikasi menurut perspektif fungsionalisme dan perspektif konflik.

Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosial menentukan kedudukan sosial kita di dalam masyarakat. Kadangkala kita terikat kepada sesuatu status sosial kerana faktor kelahiran, misalnya jika kita ditakdirkan lahir sebagai anak raja. Tetapi ada juga kes di mana kita masih boleh berusaha mengubah nasib kita, terutamanya dalam masyarakat yang mempunyai kadar mobiliti sosial yang tinggi. Sejauhmanakah stratifikasi sosial mempengaruhi peranan sosial kita dalam masyarakat?

Ketidaksamaan sosial
Menurut Max Weber, terdapat tiga kriteria asas untuk mengukur tahap ketidaksamaan sosial: Kekayaan; Kuasa; dan Status dan prestij.

JENIS-JENIS MASYARAKAT
Menurut Morton Fried, pakar-pakar antropologi telah membezakan tiga jenis masyarakat berdasarkan tahap ketidaksamaan sosial. Tiga jenis masyarakat ini adalah: Masyarakat egalitarian; Masyarakat berdarjat; dan Masyarakat berstrata.

Egalitarian???

( orang ) yang memegang prinsip hak yang sama untuk semua

Masyarakat Egalitarian

Di dalam sebuah masyarakat egalitarian, tahap kekayaan, kekuasaan ataupun prestij seseorang individu tidak akan melebihi individuindividu yang lain. Semua dianggap sama. Oleh yang demikian dalam masyarakat jenis ini, ketidaksamaan sosial tidak langsung wujud. Biarpun sesetengah individu dihormati dan diiktiraf kerana kemahiran mereka mengendalikan sesuatu tugas, seperti memburu, individu-individu ini tidak akan mendapatkan kekayaan ataupun kekuasaan yang melebihi individu-individu lain.

masyarakat darjat

pembahagian kekayaan dan kekuasaan tetap sama rata, tetapi ia berbeza dengan masyarakat egalitarian di mana sesetengah individu dianggap berprestij, berstatus dan berpangkat. Di dalam masyarakat darjat, bukan sebarang orang dapat menduduki tempat-tempat berprestij ini. Kebiasaannya, tempat-tempat berprestij ini akan diwarisi oleh mereka yang datang dari golongan bangsawan. Misalnya, seseorang itu tidak akan dipilih menjadi ketua kerana kebolehannya, kemahirannya, mahupun kebijaksanaannya, tetapi dia menduduki tempat berprestij itu oleh kerana keturunannya.

Masyarakat Berstrata

Berbeza daripada masyarakat darjat, di mana ketidaksamaan wujud dari segi perbezaan status, di dalam masyarakat berstrata, ketidaksamaan ini wujud dalam semua bentuk (kekayaan, kuasa dan status). Ketidaksamaan ini boleh dilihat daripada sudut politik, ekonomi dan sosial.

Bezakan antara: Masyarakat darjat dan masyarakat berstrata; Sistem kelas dan sistem kasta.

TEORI-TEORI STRATIFIKASI
Fungsionalisme Konflik

You might also like