You are on page 1of 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Wajah yang ceria menggambarkan diri yang sihat.Kesihatan diri adalah


penting supaya kita dapat melakukan aktiviti dan tugas harian di samping
dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Bagi memastikan tahap
kesihatan diri yang baik,faktor pemakananperlu mengamalkan pemakanan
yang seimbang dan mencukupi bagi nenbuhi keperluan tubuh.

Keceriaan juga dipengaruhi oleh factor kekeluarga.hubungan yang baik di


kalangan anggota keluarga boleh menjadi pendorong kepada kejayaan
seseorang murid.Justeru itu,nilai-nilai yang baik perlu dipupuk dan
diamalkan oleh setiap anggota keluarga untuk menjamin keharmonian
sesebuah keluarga itu.

Kesihatan Diri

Kesihatan diri yang baik berkait rapat dengan pengambilan makanan yang
seimbang dan mencukupi untuk kuperluan tubuh badan. Apakah kesan
daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi
keperluan tubuh? Seseorang individu yang tidak mengambil makanan yang
seimbang dan mencukupi keperluan tubuh akan terdedah kepada masalah
malnutrisi.
Malnutrisi

Malnutrisi ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan


seperti vitamin. Mineral,protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam p
pemakanan seseorang individu. Selain pengambilan makanan yang tidak
seimbang, masalah penghadaman dan penyerapan makanan di dalam tubuh
juga boleh menyebabkan malnutrisi.

Malnutrisi boleh mengakibatkan seseorang itu tidak bermaya, mudah


pitam, sembab dan kelihatan pucat. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan
dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Malnutrisi juga boleh
merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan
kadangkala boleh menyebabkan kematian.

Tindakan sebilangan pelajaran yang tidak mengutamakan pengambilan


sarapan padi boleh membawa kepada masalah malnutrisi. Tabiat ini, jika
diamalkan akan menjejaskan penumpuan pelajar di dalam kelas kerana lesu
dan tidak bermaya. Pengambilan sarapan padi adalah penting untuk
memastikan seseorang individu mendapat bekalan malnutrisi dan untuk
memastikan tahap kesihatan yang baik, kita perlu mengambil makanan yang
seimbang dan mencukupi bagi memenuhi keperluan harian.

Pada umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi


di sesebuah neara,iaitu tahap kesihatan yang rendah, kemiskinan, tahap
pendidikan yang rendah dan kekurangan sumber makanan. Rakyat Malaysia
amat bertuah kerana Negara kita tidak menghadapi masalah malnutrisi yang
berpunca daripada kemiskinan dan kekurangan sumber makanan. Masalah
malnutrisi yang berlaku di Negara kita hanyalah disebabkan kurangnya
pengetahuan yang seimbang.
Kekeluargaan

Perkahwinan amat penting dan bermakna kepada setiap individu kerana


perkahwinan adalah asas kepada pembentukan sesebuah keluarga. Keluarga
pula menjadi asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Keluarga yang
bahagia menjadi kepada sebuah asas masyarakat yang sejahtera.

Institusi Kekeluargaan

Sebuah keluarga terbentuk hasil daripada perkahwinan antara lelaki dan


wanita. Bagi membolehkan kedua-dua individu ini berkahwin , peraturan
dan undang-undang yang berkaitan dengan perkahwinan mestilah dipatuhi.
Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah di sisi
agama dan masyarakat. Perkahwinan yang sah menjamin kewujudan sebuah
keluarga yang diiktiraf dalam masyarakat.

(a) perkahwinan

Perkahwinan ialah peyatuan ata ikatan secara sah antara seorang lelaki
dengan seorang wanita sebagai pasangan suami isteri. Ikatan secara sah
bermaksud ikatan yang dibuat mengikut undang-undang dan peraturan
agama sesuatu kaum. Ikatan ini menjejaskan tentang hak dan
tanggungjawab pasangan sebagai suami isteri.

Setiap agama menitikberatkan ikatan perkahwianan umatnya, Manusia


digalakkan berkahwin supaya dapat melahirkan zuriat dan bagi memastikan
umat manusia terus berkembang. Perkahwinan dapat mengelakkan individu
daripada melakukan perbuatan sumbang, tidak bermoral dan menjuahkan
hubungan seks bebas. Sebaliknya individu itu akan menjadi lebih
bertanggungjawab. Selain itu, perkahwinan juga dapat mengkuhkan
hubungan persaudaraan di antara keluarga pasangan yang berkahwin.
(b) Kerukunan Rumah Tangga

Melalui perkahwinan akan terbentuk sebuah keluarga, yang terdiri


daripda ayah, ibu dan anak-anak. Dalam masyarakat kita, datuk
dannenek sering tinggal bersama dan menjadi sebahagian dari ahli
keluarga. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan untuk
memastikan kerukunan dalan sesebuah rumah tangga, setiap anggota
keluarga perlu memainkan perana dengan baik dan berkesan. Terdapat
beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kerukuan sesebuah
rumah tangga, seperti kasih saying dan hormat-menghormati antara
angora keluarga.

Faktor yang Menyunbang kepada


Kerukunan Rumah Tangga

(a)Hormat menghormati

(b)Bertanggungjawab

(c)Kasih sayang

(d)Bertimbang rasa

(e)Saling membantu
Menghormati Warga tua, Warga
Istimewa dan Mereka yang Sakit

Warga tua terdiri daripada golongan yang telah mencapai umur 60tahun ke
atas.Mereka biasanya terlalu sensitif dan mudah berasa tersinggung.
Keupayaan fizikal, daya pendengaran dan daya penglihatan mereka juga
sudah berkurangan.
Warga istimewa pula merupakan insane yang dilahirkan kurang
sempurna sifatnya, sama ada dari segi fizikal ataupun mental.
Warga tua dan warga istimewa disebut juga sebagai golongan kurang
upaya. Dengan kekurangan yang ada, menyebabkan mereka kurang mampu
bergerak dan melakukan aktiviti lain sebagaimana orang yang normal. Oleh
itu kita seharusnya melayani mereka dengan seyuman dan lemah lembut
agar mereka berasa diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada
masyarakat.
Selain warga tua dan warga istimewa, orang yang sakit juga
memerlukan perhatian daripada ahli keluarga dan masyarakat.Perhatian dan
layanan yang baik terhadap orang sakit akan menjadi penawar kepada
mereka. Bantuan dan perhatian yang diberikan akan dapat mengurangkan
penderitaan yang dialami oleh mereka.
Sikap yang positif seperti hormat menghormati dan menyayangi
antara satu dengan yang lain perlu dipupuk dan dijadikan budaya dalam
masyarakat kita. Sikap penyayang dan prihatin merupakan salah satu asas
pembentukan masyarakat yang harmoni.
Kita ti dak seharusnya memandang rendah kepada warga tua, warga
istimewa dan mereka yang sakit. Sebaliknya kita hendaklah mengutamakan
kebajikan mereka,membantu mereka pada waktu-waktu tertentu,seperti
memberikan tempat duduk di dalam bas dan memimpin tangan mereka
ketika melintas jalan.

You might also like