P. 1
7799535 Karangan Bahasa Melayu 1 Spmx

7799535 Karangan Bahasa Melayu 1 Spmx

4.6

|Views: 58,208|Likes:
Published by Punithan

More info:

Published by: Punithan on Jun 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2013

pdf

text

original

Edited by Foxit Reader Copyright(C) by Foxit Software Company,2005-2007 For Evaluation Only.

KANDUNGAN BAHASA MELAYU 1 SPM PROGRAM CEMERLANG BAHASA MELAYU TAHUN 2008

BAHAGIAN A : BAHAN RANGSANGAN 1. Kepentingan/faedah/kebaikan pengangkutan moden. 2. Langkah-langkah/cara-cara untuk mengatasi keracunan makanan. 3. Usaha-usaha/cara-cara memajukan industri desa ( Fokus : Jenis-jenis kraftangan Malaysia)

BAHAGIAN B : RESPON TERBUKA 1. Pelancongan – sebab-sebab/keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. 2. Pelancongan kesihatan – faktor-faktor/sebab-sebab. 3. Keluarga impian saya – ciri-ciri 4. Gejala sosial dalam kalangan remaja – punca-punca/masalah. 5. Semangat cinta akan negara – peranan keluarga 6. Warga tua – usaha-usaha menghargai 7. Persediaan menjadi penulis yang berjaya. 8. Progam 3K – usaha-usaha yang perlu dijalankan. 9. Rahsia kejayaan mendidik anak-anak. 10. Disiplin Teras Kejayaan 11. Faedah kegiatan kokurikulum 12. Semangat kejiranan 13. Sukan – Kepentingan sukan dan usaha-usaha memajukan sukan

CONTOH KARANGAN Kepentingan Pengangkutan Moden Pada masa ini, sistem pengangkutan moden amat penting bagi tujuan perhubungan. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal terbang serta kapal laut. Kemajuan pengangkutan moden di Malaysia membawa pelbagai kepentingan kepada negara. Pengangkutan moden menjadikan perjalanan yang dilakukan lebih mudah dan cepat. Hal ini kerana pengangkutan moden tidak menggunakan sistem jalan raya biasa. Melalui pengangkutan moden seperti monorel dan komuter, masyarakat tidak lagi menghadapi masalah kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, pengguna dari Seremban dapat sampai dengan lebih cepat ke Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan komuter. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat menjimatkan masa sesuatu perjalanan. Selain itu, pengangkutan moden amat penting untuk kita pergi ke sesuatu tempat yang jauh. Hal ini kerana pengangkutan moden dengan teknologi canggih berupaya bergerak dengan pantas. Di samping itu, masyarakat juga dapat merancang perjalanan dengan mengikut jadual. Sebagai contoh, mereka yang menunaikan fardhu haji di Mekah mengambil masa yang singkat untuk pergi ke sana. Justeru, masyarakat dapat mengurangkan masalah yang dihadapi sebelum terciptanya pengangkutan moden. Di samping itu, pengangkutan moden dapat memajukan ekonomi negara. Hal ini kerana dengan menggunakan pengangkutan moden kuantiti barangan yang dapat dibawa lebih banyak. Kos pengangkutan juga dapat dijimatkan kerana barangan tidak perlu diangkut berulang kali. Sebagai contoh, dengan menggunakan kapal laut kita dapat membawa muatan dengan jumlah yang besar. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat memudahkan proses perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara. Seterusnya, pengangkutan moden dapat memajukan industri sektor pelancongan di negara kita. Para pelancong boleh menggunakan sistem pengangkutan moden ini untuk pergi ke banyak destinasi pelancongan. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Kesimpulannya, kemajuan pengangkutan moden memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan pengangkutan moden agar negara dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

Edited by Foxit Reader Copyright(C) by Foxit Software Company,2005-2007 For Evaluation Only.

CONTOH KARANGAN Usaha-usaha mengatasi keracunan makanan Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa. Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanan dicemari kuman. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayursayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan bak kata pepatah “kebersihan asas kesihatan”. Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang kotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana mungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan tahap makanan. Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan. Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan makanan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang segera jika ada kedai makanan yang kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut di pejabat kesihatan daerah. Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuah kedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpa perlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman berat seperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan. Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya. Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan dan minuman. Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguhsungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

CONTOH KARANGAN Usaha-usaha memajukan industri desa Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita. Pelbagai produk industri desa telah dipasarkan untuk keperluan masyarakat. Untuk memajukan lagi industri desa, pelbagai usaha perlu dijalankan dengan kerjasama semua pihak. Usaha pertama yang boleh dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan tradisional. Peranan kerajaan penting agar industri desa terus berkembang maju di negara kita. Selain itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Penghasilan produk industri desa yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan kursus tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan dengan pembuatan makanan tradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa. Untuk memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu Daerah Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan,latihan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”. Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh mencontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar. Seterusnya, kerjasama semua pihak penting untuk memasarkan keluaran industri desa. Keluaran industri desa yang unik serta berkualiti mampu menarik perhatian masyarakat luar. Pameran-pameran perlu diadakan dengan lebih kerap untuk memperkenalkan lagi keluaran industri desa kepada masyarakat. Sebagai contoh, pihak swasta seperti TV3 boleh membantu memperkenalkan industri desa melalui program Jom Heboh. Kesimpulannya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang sepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Kita amat berharap agar industri desa yang dijalankan di negara kita terus seiring dengan kemajuan Negara.

CONTOH KARANGAN Tajuk : Sebab-sebab memilih Malaysia sebagai tempat / destinasi pelancongan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar dan dalam memilih Negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di Negara sendiri. Antara sebabnya ialah keindahan alam semulajadi yang menarik terdapat di Negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang menarik dan dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran seseorang contohnya Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati contohnya negeri Melaka. Terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A.Famosa, tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu juga dapat menambah ilmu pengetahuan. Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Di Pantai dan di Pulau membolehkan seseorang pelancong itu menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson, Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain. Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual setanding dengan luar negara. Selain itu terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan Kraftangan Malaysia kerana menarik dan harganya murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar Negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya. Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat memajukan sektor pelancongan Negara.

CONTOH KARANGAN Langkah memajukan sukan Negara Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One ,Le Tour De Langkawi,Sukan komenwell dan sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan untuk memajukan sukan negara. Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia. Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet, pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di setiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut. Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa. Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anakanak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

CONTOH KARANGAN Keluarga Impian Saya Keluarga ialah sebuah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu ,anak-anak, saudara maara dan sebagainya. Sebagai seorang biasa, semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Saya juga ingin memiliki keluarga yang bahagia. Keluarga impian saya mestilah mempunyai keluarga yang sempurna. Keluarga impian saya mestilah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Sebagi contoh, bapa saya seorang tokoh korporat yang berjaya manakala ibu saya seorang usahawan yang berjaya. Segala kelengkapan dan permintaan saya akan dipenuhi oleh kedua ibu bapa saya.Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk memberi wang yang secukupnya kepada saya apabila saya memerlukannya. Saya mengimpikan keluarga yang mengamalkan cara hidup ajaran agama dan patuh kepada agama. Ahli keluarga saya tidak meningalkan sembahnyang, sentiasa merendah diri, suka melakukan amal Kebajikan, pemurah dan sebagainya. Tuhan akan sentiasa memberkati keluarga saya dan memberikan kami kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Selain itu, keluarga impian saya mestilah saling menyanyangi antara satu sama lain dan tidak mempraktikan perasaan seperti enaau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Ahli keluarga terutamanya kedu ibu bapa saya mestilah mementingkan anak-anaknya daripada urusan kerjanya. Mereka hendaklah sedia mendengar masalah saya ataua adik beradik yang lain dan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ibu bapa saya juga perlu memantau pencapaian akademik dan sahsiah saya supaya saya tidak leka dalam mencapai hasrat mereka untuk melihat saya berjaya kelak. Di samping itu, keluarga impian saya mestilah mempunyai latar pendidkan yang cemerlang dalam pelajaran. Misalnya, ibu bapa saya memiliki ijazah Sarjana Muda, abang dan kakak saya memiliki Ijazah dan sebagainya. Kesimpulannya, sebagai manusia , kita menginginkan keluarga yang sempurna. Walau bagaimanapun, tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

CONTOH KARANGAN Usaha-usaha Menghargai Warga Tua Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. . Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki ibu. Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta. Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua. Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang-orang tua dapat mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita.

CONTOH KARANGAN Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara. Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remaja memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masih bergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang yang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata. Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan keluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan aktivitiaktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas. Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan dengan sempurna. Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguhsungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah Sungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk pengetahuan dan berusaha untukmeningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek seperti pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusi internet. Mereka boleh bertukar-tukat idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan negara. Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding negara maju yang lain.

CONTOH KARANGAN Disiplin Teras Kejayaan Akademik Seseorang yang berjaya dalam hidup biasanya merupakan orang yang mematuhi peraturan, menghargai masa dan mempunyai matlamat hidup. Dalam hal ini ,bagi seorang pelajar,disiplin merupakan teras kejayaaan akademik.Mengapakah disiplin begitu penting dalam kehidupan seorang pelajar? Marilah kita lihat hubungan erat antara disiplin dengan kejayaan akademik seseorang itu. Pelajar yang berdisiplin dapat menguruskan masa dengan sempurna . Mereka tidak membuang masa dengan sia-sia kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.Apabila pelajar belajar mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut jadual waktu yang disediakan,sudah tentu dia dapat belajar dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah. Akhirnya,pelajar yang berdisiplin ini akan mendapat kejayaan dalam akademik.Di sini, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan akademik. Selain itu, pelajar yang berdisiplin juga dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara-perkara negatif seperti peras ugut, buli, vandalisme dan penyalahgunaan dadah. Mereka juga tidak akan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan. Dalam hal ini, disiplin merupakan benteng yang ampuh yang mampu mengekang remaja atau pelajar terjebak dalam kemelut sosial yang kian meruncing kini. Di samping itu, pelajar yang berdisiplin biasanya mempunyai sahsiah yang baik. Mereka akan menghormati ibu bapa,guru,dan orang-orang yang lebih tua. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Hanya pelajar yang berdisiplin dan memiliki akhlak yang mulia sahaja yang mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik. Pelajar yang berdisiplin mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik. Hal ini demikian kerana pelajar yang menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan sempurna mampu menjana fikiran mereka untuk menghasilkan inovasi baru menerusi kajian dan penemuan baru serta eksperimen. Komitmen serta keiltizaman yang tinggi dalam kalangan remaja yang berdisiplin mampu mewujudkan kejayaan,bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam kerjaya mereka setelah mereka meninggalkan alam persekolahan nanti. Berdasarkan perbincangan di atas tadi, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan akademik.Orang yang berdisiplin akan memperoleh kejayaan dalam hidup kerana dia mampu membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Oleh itu,marilah kita bersama-sama mewujudkan generasi yang berdisiplin agar mereka dapat merealisasikan impian negara.

CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial. Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga. Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anakanak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui

masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah bagai mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibu bapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka dan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit. Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka. Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

CONTOH KARANGAN Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas. Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan

pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara. Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan. Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlismajlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin

membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan. Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu. Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

CONTOH KARANGAN Peranan ibu bapa memupuk minat anak-anak supaya gemar membaca. Anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. Mereka lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen daripada membaca bahan bacaan yang berguna. Jika tidak membaca, mereka akan kekurangan ilmu pengetahuan atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka. Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka.Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana “alah bisa tegal biasa”. Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca. Misalnya, ibu bapa yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku. Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. Melalui cara ini, ibu bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kesimpulannya, ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana para pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan

mereka pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke perpustakaan.

CONTOH KARANGAN Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak. Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan. Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa. Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anakanak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan. Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah

yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi. Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget. Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

Edited by Foxit Reader Copyright(C) by Foxit Software Company,2005-2007 For Evaluation Only.

CONTOH KARANGAN Kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ”Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum Air”. Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan tempatan. Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang. Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan

warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia. Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta.

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi kenaikan harga barang. Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita membelanjakan semua pendapatan kita, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60% sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang. Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya. Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak. Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah

pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah samasama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah menjaga kesihatan “Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan. Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

CONTOH KARANGAN Kempen Budi Bahasa Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi bahasa ini. Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama manusia. Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat. Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang. Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah. Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir SMK Balung Tawau www.riekadier.blogspot.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->