You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikkannya yang pelbagai budaya, ini kerana kewujudan pelbagai etnik dan kaum yang terdapat didalam negara mewujudkan variasi budaya yang menarik dan pelbagai didalam negara ini.Keunikkan ini menjadikan satu tarikan kepada pengunjung luar dan menjadikan negara ini satu daripada destinasi perlancongan yang menjadi pilihan pengunjung dari negara luar. Selain itu kemakmuran negara ini yang dikecapi oleh kaum dan etnik didalam ini menjadikan kehidupan dinegara ini penuh selesa dan aman. Bagi mengekalkan keamanan ini pelbagai langkah serta cabaran yang terpaksa dihadapi kerajaan dalam memastikan negara ini terus aman dan makmur serta dapat membangun dengan baik tanpa sebarang masalah . Namun begitu penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menghuraikan satu persatu tentang cabaran dalam membangunkan negara oleh kerajaan tetapi ia lebih berfokuskan bagaimana kesan daripada kepelbagaian budaya mempengaruhi kaedah pendidikan guru dinegara Malaysia dan bagaimana guru mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra budaya kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dinegara ini.

2.0 Konsep budaya,kepelbagaian kelompok dan bilik darjah mesra murid Mesra bermaksud sebagai satu perasaan yang menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang wujud dalam interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat. Manakala budaya pula merupakan cara hidup yang meliputi seluruh cara hidup masyarakat baik dari segi pengumpulan idea dan perasaan , kepercayaan ,lambing,nilai kemasyarakatan serta objek kebendaan yang diwarisi sejak turun temurun (Hj.Ishak Saat,2007). Selain itu budaya juga merupakan warisan sosial yang diperolehi oleh individu dari kumpulan seperti yang dinyatakan Kluckhon oleh Clifford Greertz,(2009).Jadi ,ini bermakna persekitaran bilik darjah yang mesra budaya membawa maksud bahawa bilik darjah yang selesa yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya kelompok didefinisikan sebagai sejumlah manusia atau benda yang berkumpul dan ditempatkan secara bersama-sama atau atau secara alamiah berkumpul. Menurut kamus Dewan (2004) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian meliputi pelbagai perkara sama ada abstrak atau konkrit yang boleh didapati di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Hal ini bermakna kepelbagaian kelompok merupakan kepelbagaian manusia yang hidup secara bersama secara berkumpulan. Persekitaran bilik darjah merupakan satu faktor berlakunya pembelajaran yang berkesan kepada murid. Hal ini kerana suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya dalam mewujudkan pengajaran yang berkesan (Kamurudin Hj.Husin &Siti Hajar Abdul Aziz,2004). Oleh itu guru seharusnya bijak dalam mengatur dalam menyediakan bilik darjah yang baik kepada murid. Jadi bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya guru seharusnya tahu dan memiliki kemahiran dalam mewujudkan suasana tersebut didalam kelas kepada murid. Terdapat pelbagai cara yang berkesan boleh dilakukan oleh guru dalam mewujudkan suasana mesra budaya didalam kelas. Secara umumnya bilik darjah yang mesra budaya ini merupakan suatu bilik darjah yang menyediakan suasana kondusif serta menerima jenis murid dari pelbagai
2

kalangan etnik dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang unsur diskriminasi . Selain itu juga bilik darjah mesra budaya juga dapat merupakan tempat pelbagai murid dari pelbagai jenis etnik dan kaum melakukan interaksi antara satu sama lain. Dengan pengurusan bilik darjah yang baik serta mesra budaya dapat dijalankan tidak mustahil perpaduan dapat diperkukuhkan lagi dari semasa dibangku sekolah lagi kepada murid. 3.0 Usaha guru dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya Bagi mewujudkan suasana mesra budaya ini ,salah satu perkara yang harus diberi perhatian oleh guru ialah persekitaran fizikal. Perkara ini penting kerana suasana fizikal ini dapat mengalakkan atau menghalang pembelajaran dan oleh kerana itulah ia perlu dikawal oleh guru (Kamurudin Hj.Husin &Siti Hajar Abdul Aziz,2004). Bilik darjah merupakan satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri.Antara aspek yang dipertekankan disini ialah susun atur ruang fizikal bilik darjah tersebut.Dari sinilah

tanggungjawab Guru perlu merancang dan bijak dalam mereka susun atur yang baik dengan menggunakan satu pelan lantai yang direka sendiri. Ruang-ruang yang disediakan ini perlu diambil kira dalam hubungan sosial murid dan memupuk semangat perpaduan antara murid. Contoh susunan meja didalam kelas yang tidak mengasingkan murid mengikut kaum ,hal ini akan boleh menjadi punca timbulnya perasaan diskriminasi kepada murid. Selain itu aspek keceriaan juga perlu dititikberatkan juga kerana ia akan memberikan keselesaan dan suasana pembelajaran yang nyaman dan tenang kepada murid disekolah. Keceriaan ini dapat dikekalkan dengan menjaga kebersihan yang merupakan tanggujawab guru murid didalah kelas tersebut (Heliza Hamzah&Joy Nesamalar Samuel,2009). Bilik darjah tidak sepatutnya terlalu terang ataupun suram ,ia juga dapat membekal pengudaraan yang baik dan dapat menyalurkan udara yang segar dan bersih kepada murid. dengan kaedah ini murid akan berasa tenang dan ceria semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran mereka didalam kelas. Ia juga secara tidak lansung dapat mengurangkan perasaan negatif murid didalam kelas apabila berada didalam keadaan ceria dan tenang. Di dalam susun atur kelas lagi, guru juga boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid dengan menampalkan sesuatu bahan bacaan yang berkaitan
3

kepelbagaian kaum disekeliling kelas atau dibahagian papan bacaan yang berada didalam kelas. Dengan cara ini secara tidak lansung dapat mewujudkan budaya membaca dikalangan murid didalam kelas. Sebagai contoh guru yang mengajar dikawasan sabah dan serawak atau dikawasan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik terutamanya boleh menampalkan sesuatu bahan atau info seperti tarian kebudayaan Khadzan dan iban atau sesuatu perkara yang berkaitan dengan kaum dan etnik tersebut supaya murid akan lebih memahami tentang budaya dengan lebih mendalam disamping mempelajari budaya kaum dan etnik lain secara tidak lansung. Untuk memastikan penyampaian ilmu itu berkesan disampaikan oleh guru ,tugas guru bukanlah sekadar tertumpu dibilik darjah sahaja malah hubungan antara guru dan masyarakat setempat juga perlu baik dan mesra.Seorang guru juga perlu tahu dalam memahami perbezaan individu.Memahami personaliti boleh menjejaskan perlakuan manusia .Perbezaan mereka mencerminkan keunikan manusia dimuka bumi ini. Dengan memahami keadaan ini guru akan lebih menghargai dan menerima murid dengan seadanya (Supiah Nachiappan,Ramlah Jantan&Abdul Aziz Abdul

Shukor,2008).Oleh itu, guru perlu memahami budaya disesuatu kawasan tersebut agar tidak menyentuh sensitiviti murid didalam kelas semasa mengajar . Salah satu kaedah yang boleh dilakukan oleh guru ialah dengan cara mempelajari bahasa setempat. Contohnya guru yang berasal dari semanjung dihantar mengajar kekawasan pendalaman sabah dan serawak . Dengan mempelajari dan memahami budaya dari segi bahasa kaum dikawasan tersebut sebagai contoh bahasa khadazan atau iban guru dapat mengelak daripada melakukan sesuatu yang akan menyinggung murid didalam kelas . Seperti yang kita tahu bahasa disesuatu kawasan kadang-kalanya berbeza dan membawa maksud yang pelbagai walaupun pada kita maksud dan caranya adalah baik tetapi mungkin juga pada peduduk dikawasan lain ia membawakan sesuatu yang negatif dan tidak sepatutnya. Dengan cara ini juga juga dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat dan dapat memberikan minat serta memotivasikan murid kepada guru untuk menimba ilmu dengan guru. Selain itu ,sekolah merupakan suatu tempat dimana murid daripada pelbagai kaum dan etnik berkumpul . Di sekolah mereka akan berjumpa dan bergaul antara satu
4

sama lain dan secara tidak lansung mewujudkan nilai-nilai perpaduan. Sekolah juga merupakan tempat murid dari pelbagai etnik dan berbilang bangsa saling kenal mengenali anatara satu sama lain seperti yang dinyatakan oleh Khairul Azrin Bin Mior Jamaludin (2011) didalam jurnalnya. Hal ini menunjukkan bahawa sekolah

sememangnya berperanan sebagai satu kawasan untuk mengukuhkan perpaduan diantara kaum. Oleh yang demikian, guru sememangnya memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan murid-murid daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani kehidupan seharian mereka dalam suasana yang harmoni disekolah. Dengan ini ,guru dapat memupuk semangat perpaduan dari pelbagai kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Antaranya mereka pengajaran dan pembelajaran yang mewujudkan ruang dan peluang kepada semua murid untuk berinteraksi antara satu sama lain , bagi mewujudkan suasana yang mesra, membina semangat setiakawan yang tinggi melalui aktiviti berkumpulan, menyediakan isi pelajaran yang menjurus kepada pemupukan nilai-nilai harmoni, perpaduan dan saling menghormati, menonjolkan keunikan dan keistimewaan ciri-ciri budaya elbagai etnik, dan membina persekitaran pembelajaran yang membina dan menghargai perbezaan antara etnik. Selain itu juga guru seharusnya teliti dalam menyediakan pengurusan

pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. sebagai seroang pendidik kebolehan mendapat dan menterjemahkan data-data fizikal ,gaya belajar,demografi,tahap emosi dan keupayaan sesorang murid adalah diperlukan bagi memperbaiki dan

mengubahsuai pendekatan pengajran dan pembelajaran (Supiah Nachiappan,Ramlah Jantan&Abdul Aziz Abdul Shukor,2008). Guru sememangnya perlu tahu merancang aktiviti yang besesuaian didalam kelas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan terhadap murid tanpa menimbulkan perasaan diskriminasi dikalangan mereka.Contohnya guru melaksanakan aktiviti dengan memilih murid dari pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini dapat menggalakan perkongsian idea dan pendapat di samping dapat mengenali budaya masing-masing secara lebih dekat lagi. Hal ini dapat mendidik murid dalam menghormati antara dan budaya lain dengan lebih baik lagi. Selain itu,guru seharusnya adil dan saksama dalam melakukan keputusan didalam setiap aktiviti terutamanya berkaitan dengan persaiangan yang dilakukan didalam kelas. Guru juga perlu
5

mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menyinggung atau membeza-bezakan etnik keturunan murid. Hal ini dapat memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkan melalui aktiviti pembelajaran. Seterusnya dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya juga,guru seharusnya menyediakan suasanan sosioemosi yang baik kepada murid. Perkataan sosioemosi berasal daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Bagi perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan ini mempengaruhi kehidupan pada peringkat seterusnya. Perkembangan sosial

merupakan proses kanak-kanak belajar dan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Emosi pula ialah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi (Shukri Zain,2009). Oleh itu, perkembangan sosial yang positif menyebabkan seseorang itu sentiasa mempertimbangkan emosinya dengan mengekalkan emosi yang positif dan mengawal emosi yang negatif (Supiah Nachiappan,Ramlah Jantan&Abdul Aziz Abdul Shukor,2008). Jadi bagi mewujudkan perkembangan sosioemosi yang baik dikalangan murid dari pelbagai etnik dan kaum guru seharusnya menjadi model dan contoh kepada murid dengan berkelakuan baik dan penyayang terhadap murid, mengurus emosi dengan berkesan dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Hal ini kerana berdasarkan manusia juga mempelajari sesuatu berdasarkan peniruan. Ia merupakan salah satu cara mudah dengan mempelajari sesuatu melalui hanya melihat dan meniru perbuatan orang lain(Kamurudin Hj.Husin &Siti Hajar Abdul Aziz,2004). Sekiranya keadaan perkembangan sosioemosi murid adalah bagus maka perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti yang menyingung perasaan dapat dikawal. Selain itu murid juga akan berasa disayang oleh guru yang mengajar dan menyimpan perasaan sayang dan kasih kepada guru. Ini secara tidak lansung akan meransang murid untuk belajar dan menumpukan perkara yang diajar oleh guru didalam kelas . Contoh yang boleh dipertonjolkan ialah guru melayu dengan mengucap salam sejahtera atau selamat pagi kepada murid khadazan atau iban. Dengan ini secara tidak lansung akan perbuatan ini akan terus
6

diikuti oleh murid. Hal ini akan guru berjaya mewujudkan satu budaya baru yang boleh diterima umum didalam kelas. Di samping itu, persekitaran dan pengalaman juga memainkan peranan yang penting. Pengalaman melalui peraturan-peraturan yang ditetapkan dan guru perlu membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada perlakuan yang betul diberi ganjaran atau perlakuan yang salah akan diberi dendaan. Selain itu, guru sepatutnya mewujudkan sebuah komuniti pembelajaran melalui pembinaan persekitaran yang prihatin dan penyayang di mana murid mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Guru perlu memupuk nilai-nilai kepercayaan saling bergantung sesama murid dalam memastikan murid memiliki sikap penyayang dan prihatin. Selain itu, aktiviti bermain juga merupakan satu aktiviti yang baik dalam membentuk sosioemosi yang baik antara murid. Oleh itu , seorang guru seharusnya menyediakan banyak aktiviti bermain kerana bermain mendorong pemupukan budaya yang kolaboratif dan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat meningkat kemahiran interpersonal dan intrapersonal , kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran komukasi murid. 4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, guru perlu memiliki kemahiran serta bijak dalam menguruskan kelas bagi menyediakan kelas yang mesra budaya kepada murid agar dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tanpa mewujudkan perasaan diskriminasi kepada murid dari pelabagai etnik dan kaum. Selain itu,guru tanggungjawab guru tidak seharusnya berada didalam sekolah saja malahan guru perlu meluaskan peranan kepada masyarakat dikawasan setempat. Hal ini supaya dapat membantu guru untuk lebih memahami keadaan masyarakat dikawasan sekeliling agar dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti mereka. Selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan antara warga pendidik dengan ibubapa murid ,ini akan membantu guru memahami setiap tingkahlaku dan masalah murid dengan lebih baik. Jika guru lebih bersikap prihatin maka murid akan berasa disayangi dan bermotivasi untuk belajar.

5.0 Refleksi Alahamdulillah syukur kepada tuhan ,kerana saya telah menyiapkan tugasan yang diberikan ini,pelbagai pengetahuan yang saya telah meningkat pengetahuan mengenai mata pelajaran EDU setelah beberapa bulan mendengar syarahan dari Puan Normadiah Binti Mohamad Yusof selaku pensyarah mata pelajaran tersebut. Pengetahuan ini sangat berguna kepada diri saya sewaktu bergelar seorang guru nanti . bagi memantapkan lagi pengetahuan mengenai mata pelajaran ini saya dan rakan sekelas telah diberikan tugasan mengenai input pemebelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran ini. Namun akhirnya tugasan ini dapat diselesaikan oleh saya dan rakan-rakan kumpulan dengan baik. Seterusnya pengetahuan yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini , saya sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan lagi pengetahuan yang saya pelajari dalam mata pelajaran ini. Pengetahuan ini juga membantu saya secara tidak lansung memperluaskan lagi kaedah-kaedah penyediaan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Seterusnya melihat kepada tajuk tugasan ini kumpulan saya diberikan tugasan untuk membezakan dua kumpualan etnik yang terdapat di Malaysia. Tugasan ini dapat membantu saya memahami kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia ini. Ia juga membantu saya dalam menydeiakan perancangan pengajaran yang baik supaya tidak wujud unsur diskriminasi antara kaum. Dengan ini ia akan memberikan pengetahuan baru untuk memupuk perpaduan murid diperingkat sekolah rendah lagi. Disamping membuat tugasan ini saya dan sahabat mengalami sedikit kekannga akibat kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai tajuk tugasan yang dilakukan jadi bagi mengatasi masalah ini kami telah mencari sumber-sumber maklumat bagi memperoleh gambaran jelas mengenai tugasan yang perlu dilakukan. Selain itu saya dan rakan-rakan juga mencari maklumat didalam laman sengsawang internet bagi mengembangkan pengetahuan dalam sesuatu perkara untuk memudahkan

penghasilan tugasan yang diberi dapat diselesaikan. Seterusnya maklumat juga dikumpul dengan berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi dari syarahan yang

telah diberikan oleh Puan Normadiah Binti Mohamad Yusof pada setiap minggu kuliah beliau. Oleh itu, diharap apa yang telah saya lakukan ini dapat memberi input-input yang berkesan untuk digunakan pakai kelak,bukan saja kepada diri saya malah mampu dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak yang ingin melakukan kajian yang sama. sebelum akhiri ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Puan Normadiah Binti Mohamad Yusof selaku pensyarah yang banyak memberi bimbingan bagi menyiapkan tugasan ini ,seterusnya para sahabat yang telah banyak bekorban masa bersama melaksanakan tugasan ini.

6.0 Bibliografi Clifford Greertz, (2009). Tafsiran budaya : Ampang Press Sdn. Bhd Haliza Hamzah,Joy Nesamalar Samuel, (2009).Pengurusan bilik darjah dan tingkahlaku : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hj.Ishak Saat, (2007). Kajian sosial :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Hajah Noresah bt Baharom, Kamus dewan edisi ke-empat ,(2007):Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, (2007). Pedagogi asas pendidikan :Kayazano Enterprise Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, (2008).Psikologi pendidikan:Oxford Fajar Sdn.Bhd. Shukri Zain ,(2009) Pengantar Pemikiran :SBA EVOLUTION SDN.BHD Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaludin (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: dasar ,cabaran dan perlaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional : Universiti Sains Malaysia

10

You might also like