You are on page 1of 87

NOTA

KADET
PERTAHANAN AWAM
MALAYSIA
(KAPA)
NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PENGENALAN
PERTAHANAN AWAM

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 2


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PENGENALAN PERTAHANAN AWAM


PENGENALAN

Dalam tahun 1951, “ Civil Defence Ordinance 1951” telah


diluluskan. Sehubungan dengan itu, pada 24 Mac 1952, Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia ditubuhkan bagi melaksanakan ordinan tersebut. Apabila Negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam
adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang
termaktub di dalam jadual kesembilan Perlembagaan Malaysia.

MAKSUD PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 ( Akta 221 ) ini


terbahagi kepada dua keadaan iaitu :

a. Semasa Peperangan
Pertahanan Awam semasa peperangan bermaksud apa – apa jua
tindakan yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan
permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa
serangan musuh.

b. Semasa Aman
Pertahanan Awam semasa aman pula bermaksud apa – apa jua
langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah
itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa bencana.

VISI PERTAHANAN AWAM

Menjadi Pertahanan Awam Agenda Negara dan peneraju


pengurusan bencana demi keselamatan dan kesejahteraan Negara.

MISI PERTAHANAN AWAM

Menjadi organisasi yang berwibawa menerusi penglibatan rakyat


dalam program Pertahanan Awam.

Mengapa Pertahanan Awam perlu diwujudkan

Adalah mustahak persediaan untuk Pertahanan Awam dibuat


semasa aman sebagaimana angkatan bersenjata patut disediakan. Persediaan
ini bukannya bermakna peperangan mesti berlaku, tetapi mencegah peperangan.
Memandangkan kepada sebuah negeri yang mengambil tindakan berjaga –jaga
dengan tenang dan munasabah untuk melawan kesan serangan, boleh
menyebabkan si bakal penyerang itu tidak jadi menyerang. Tambahan pula
kegiatan – kegiatan Pertahanan Awam memberi peluang menyatupadukan
masyarakat, memupuk semangat dan menguatkan keazaman terhadap ancaman
musuh.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 3


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

LOGO PERTAHANAN AWAM

LOGO PASUKAN

• CREST – Konsep logo adalah untuk menonjolkan


tugas Pertahanan Awam.

• SEGITIGA SAMA DAN WARNA OREN –


Adalah lambing dan warna keselamatan iaitu
berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan.

• SENTIASA SIAP SEDIA –


Di sekeliling tiga segi adalah Moto Pasukan
Pertahanan Awam.

• BUNGA PADI BERWARNA HIJAU MUDA –


Melambangkan kesuburan dan kemakmuran Negara

• TAPAK LOGO – Berwarna oren adalah


melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan
padu Organisasi Pertahanan Awam

LOGO PAKAIAN SERAGAM

• OREN

• KUNING

• HIJAU

• LOGO Bentuk tiga segi adalah teras kepada


logoPertahanan Awam. Ianya melambangkan
huruf PA. Tujuan logo ini diperkenalkan adalah
untuk symbol bagi maksud Pertahanan Awam.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 4


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

1.6. PAKAIAN SERAGAM DAN PERATURAN PEMAKAIANNYA

PAKAIAN – PAKAIAN SERAGAM PASUKAN

1.6.1. Pakaian Seragam No.1

Keterangan : Baju – Putih, seluar – Dark Grey


berjalur oren & Songkok hitam.

Pemakaian : 1. Boleh dipakai oleh semua


anggota.
2. Dipakai untuk upacara rasmi.
3. Contoh :
a. Menerima darjah kebesaran /
pentauliahan pangkat.
b. Jamuan Diraja

1.6.2. Pakaian Seragam No.2

Keterangan : Baju – Bush jacket dark grey,


seluar – dark grey & beret oren /
peak cap

Pemakaian : 1. Dipakai oleh pegawai pasukan


sahaja.
2. Dipakai untuk majlis rasmi.
3. Contoh :
a. Mesyuarat / seminar.
b. Menyambut lawatan orang
Kenamaan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 5


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

1.6.3. Pakaian Seragam No.3

Keterangan : Baju – Light Grey, seluar – dark grey


& beret oren.

Pemakaian :1. Dipakai oleh semua anggota


pasukan.
2. Boleh dipakai utuk semua
urusan am.
3. Contoh :
a. Mesyuarat / seminar
b. Kerja – kerja pejabat.

1.6.4. Pakaian Seragam No.4

Keterangan : Baju & seluar – dark grey & beret


oren.

Pemakaian : 1. Dipakai oleh semua anggota


pasukan.
2. Dipakai untuk semua urusan
am, tugasan dan operasi
3. Contoh :
a. Operasi menyelamat.
b. Latihan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 6


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

1.7. PAKAIAN SERAGAM KADET

1.7.1. GURU PEMIMPIN / GURU PENYELARAS KADET

1. Guru pemimpin boleh memakai pakaian seragam No.3 ( Kadet ) atau No.4.
2. Guru pemimpin akan memakai tanda KADET di bahagian bawah bahu.
3. Pakaian tersebut dipakai untuk semua aktiviti.

1.7.2. ANGGOTA KADET

1. Pakaian anggota Kadet adalah serupa seperti pakaian seragam No.3


pasukan.
2. Pakaian ini akan dipakai untuk semua aktiviti.

1.8. PERATURAN AM BERPAKAIAN SERAGAM

a) Pakai pakaian seragam dengan lengkap dan betul.


b) Hendaklah memberi hormat dengan anggota / pegawai yang lebih tinggi
kedudukan apabila berjumpa mereka.
c) Jaga semua tingkah laku.
d) Jangan merokok.
e) Buka beret ketika menghadiri kelas atau makan.

1.9. ORGANISASI PERTAHANAN AWAM

Tugas – Tugas Enam Seksyen

Untuk menjalankan fungsi – fungsinya dengan cekap semasa aman atau


perang Pasukan Pertahanan Awam adalah dibahagikan kepada 6 seksyen dengan
masing – masingnya mempunyai tugas – tugas yang tertentu. Walaupun tiap – tiap
seksyen menjalankan tugas – tugasnya yang tertentu, ianya adalah Koordinasikan
bersama untuk membentuk satu operasi yang menyeluruh.

Enam seksyen Pasukan Pertahanan Awam adalah seperti berikut :-

a. Ibu Pejabat ( Kawalan )


b. Warden
c. Penyelamat
d. Ambulan
e. Kebajikan
f. Perkhidmatan Bomba Tambahan

1.9.1 Seksyen Ibu Pejabat

Seksyen ini merupakan saraf kepada semua Operasi Pertahanan Awam.


Disinilah yang semua maklumat – maklumat diterima, ditaksirkan dan penetuan
dibuat atas menggunakan Perkhidmatan Pertahanan Awam.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 7


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Fungsi – fungsi seksyen Ibu Pejabat adalah :-

a. Untuk memenuhi kakitangan – kakitangan di pusat – pusat kawalan disemua


lapisan.
b. Untuk mengadakan system perhubungan yang diperlukan seperti telefon,
wireless, tali kabel, perkhidmatan penghantaran surat.
c. Untuk memberi maklumat teknikal dan tinjauan berhubung dengan
peperangan moden.
d. Untuk memberi nasihat saintifik berkaitan dengan radioaktif Fallout dan
sebagainya.

1.9.2 Seksyen Waden.

Ahli – ahli waden merupakan rantian penyambung diantara Perkhidmatan


Pertahanan Awam dengan orang – orang ramai. Ianya dibentuk untuk mengekalkan
perhubungan rapat dengan orang – orang ramai dan mengadakan pimpinan dan
panduan kepada orang ramai dalam perlindungan diri. Ahli – ahli waden memainkan
peranan penting dalam memelihara semangat orang – orang ramai.

Fungsi – fungsi seksyen Waden adalah berikut :-

a. Meninjau dan menghantar laporan – laporan.


b. Membantu dan menasihatkan orang ramai.
c. Mengumpul dan mengisi daftar penghuni rumah dan peta kawasan posnya.
d. Membentuk kumpulan – kumpulan lebih dan kumpulan – kumpulan gotong
royong.
e. Mengawal kerosakan, mengarah dan menetukan pembahagian perkhidmatan
menyelamat nyawa di dalam kawasan posnya.
f. Memberi amaran “ Fallout “ dan mengawal orang ramai di dalam kawasan “
Fallout “.
g. Mengarahkan dan membantu orang – orang pemindahan, pelarian dan orang
– orang cedera ke pusat – pusat tertentu.
h. Membantu dalam amaran serangan udara.

1.9.3. Seksyen Penyelamat

Tugas utama seksyen penyelamat ialah untuk menyelamat bilangan jiwa yang
maksima di dalam masa yang singkat sekali. Disusunkan dalam satu kumpulan 8
orang dan bekerja selama 8 jam satu giliran.

Fungsi – fungsi seperti berikut :-

a. Menyelamat jiwa dengan melepaskan segera orang – orang yang


terperangkap di bawah runtuhan dan di dalam bangunan yang rosak.
b. Memberi Pertolongan Cemas di masa menjalankan tugas – tugas operasi
menyelamat.
c. Memberi penahan atau penyokong kepada bangunan – bangunan yang
membahayakan jiwa atau menghalang lalulintas.
d. Menyelamatkan bahan – bahan makan dan alat – alat kelengkapan.
e. Merubuhkan bangunan – bangunan yang rosak.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 8


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

f. Membersihkan lebok – lebuh raya dan kenderaan.


g. Mangalihkan secara kecemasan kepada kemudahan – kemudahan awam
(Debris Clearance).
h. Mengalihkan secara kecemasan kepada kemudahan – kemudahan awam
(Public Utilities
i. Mendapat dan kembalikan mayat – mayat.

1.9.4. Seksyen Ambulan

Seksyen Ambulan dibahagikan ke dalam dua bahagian iaitu kereta – kereta


Ambulan dan Kumpulan Pertolongan Cemas.

a) Kereta Ambulan
Sebuah kereta Ambulan dianggotai oleh 2 orang pemandu dan Attenden.

Fungsi – fungsinya :-
Mengangkat dan memindahkan orang – orang cedera dari kawasan
bencana ke Hospital – hospital.

b) Kumpulan Pertolongan Cemas

i. Membawa alat – alat pertolongan cemas dan memberi pengusung –


pengusung ke kawasan – kawasan hadapan.
ii. Memberi pertolongan cemas dan menjaga orang – orang yang cedera parah
sehingga mereka dimasukkan ke kereta Ambulan untuk dihantar ke hospital.
iii. Menentukan kes – kes usungan dihantarkan dengan cepat mungkin ke
tempat Angkut Ambulan (ALP)
iv. Memberi rawatan Pertolongan Cemas kepada orang – orang cedera ringan.
v. Mengatur dan menyusunkan pembawa – pembawa usungan terdiri dari
orang – orang yang terselamat di dalam kawasan bencana sebagai
pembantu.

1.9.5. Seksyen Kabajikan

Seksyen Kebajikan adalah disusun untuk memberikan bantuan segera


kepada orang – orang kehilangan rumah kediaman, pemindahan dan pelarian.
Fungsi – fungsi utama mereka ialah :-

a. Mengiringi dan menjaga kebajikan orang – orang yang kehilangan rumah


kediaman dan pemindahan.
b. Menyediakan tempat tumpangan.
c. Menyedia dan menguruskan pusat – pusat kebajikan.
d. Mengawas dan menjaga kebajikan orang – orang awam di dalam tempat –
tempat perlindungan.
e. Memberi makanan kecemasan
f. Menyediakan dapur dan kantin bergerak
g. Memberikan pakaian kecemasan
h. Mengadakan penerangan di tempat pertanyaan kerosakan dan dipusat –
pusat kebajikan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 9


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

1.9.6 Seksyen Perkhidmatan Bomba Tambahan.

Di masa peperangan atau bencana yang besar, unit perkhidmatan Bomba


tambahan akan ditempatkan bersama dengan Perkhidmatan Bomba Tempatan di
balai – balai bomba untuk menjalankan fungsi – fungsi seperti berikut :-

a. Membantu perkhidmatan Bomba Tempatan dalam mencegah kebakaran.


b. Menyelamat orang –orang yang terperangkap dalam bangunan terbakar.
c. Memberi rawatan Pertolongan Cemas kepada orang – orang yang
terperangkap di dalam bangunan terbakar.
d. endapat kembali barang – barang berharga dari bangunan terbakar.

1.10 FUNGSI PERTAHANAN AWAM

1. Mengubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.

2. Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui


perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.

3. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya


mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada
program yang penting bagi Keselamatan diri mereka.

4. Mengubah dan menyusun jenis latihan – latihan yang sesuai bagi Angkatan
Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.

5. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.

6. Melakukan tugas – tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan


kemalangan di seluruh Negara.

10.11. KEANGGOTAAN PERTAHANAN AWAM

Ada 3 kumpulan utama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


Kumpulan anggota tersebut adalah seperti berikut :-

1. Anggota Tetap Pasukan

Kebanyakan anggota merupakan pegawai – pegawai tertinggi


pasukan. Mereka kebanyakan terlibat dalam pentadbiran dan perancangan serta
menentukan dasar – dasar pasukan. Mereka dibayar gaji tetap dan berpencen dan
mendapat semua hak – hak sebagai kakitangan kerajaan.

2. Anggota Sukarela

Anggota sukarela merupakan anggota yang berkhidmat secara sukarela yang


datang daripada pelbagai latarbelakang. Pangkat tertinggi yang boleh disandang
oleh anggota sukarela ialah Kapten. Dalam kes – kes khas terdapat juga anggota
sukarela yang berpangkat Mejar.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 10


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Anggota sukarela dibayar elaun mengikut kedudukan pangkat. Elaun dibayar


setiap kali menghadiri apa – apa bentuk aktiviti dan latihan Angkatan Pertahanan
Awam.
Syarat – Syarat untuk menjadi anggota Angkatan Pertahanan Awam adalah
seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
iii. Bersih dari sebarang rekod jenayah / dadah
iv. Sihat fizikal dan mental
v. Berpendidikan sekurang – kurangnya PMR / SRP
vi. Tinggi sekurang – kurangnya 5’ 2” dan berat 48kg.

3. Anggota Bersekutu dan Kehormat

Anggota Kehormat terdiri daripada mereka yang berkedudukan penting


dalam politik dan dapat menyumbangkan kepada Angkatan Pertahanan Awam.
Terdapat menteri kabinet, menteri besar dan exco – exco kerajaan negeri yang
dilantik sebagai Pegawai kehormat. Pegawai Bersekutu pula biasanya terdiri
daripada golongan profesional atau ahli perniagaan yang boleh menyumbangkan
kepada pembangunan Angkatan Pertahanan Awam. Mereka ini tidak dibayar
sebarang elaun ketika menghadiri apa – apa aktiviti pasukan.

1.12. PUSAT – PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM


& KEMAHIRAN YANG DILATIH

MISI

- Menyalurkan dan menyampaikan dasar – dasar Jabatan secara


khusus dan Kementerian secara amnya kepada pelatih – pelatih
kursus.

- Untuk melahirkan anggota – anggota Pertahanan Awam yang


berilmu, cekap dan berkeyakinan di dalam setiap bidang kursus yang
dianjurkan selaras dengan motto Pertahanan Awam Malaysia.

OBJEKTIF

- Merancang dan melaksanakan kursus – kursus menyelamat di


peringkat Pusat untuk Pegawai Tetap ( skim KP ) dan Anggota
Pertahanan Awam bagi meningkatkan kefahaman, kecekapan dan
kemahiran dalam aspek teori dan praktikal.

- Merangka dan menyediakan silibus – silibus yang terkini mengenai


kaedah menyelamat mengikut perubahan semasa dan sentiasa
membuat penambah baikkan diatas strategik pengajaran jurulatih –
jurulatih bagi menyampaikan pengetahuan dan pemahaman peserta
dengan lebih berkesan dan tepat.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 11


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

MOTTO

- Sebagai sebuah Pusat Latihan, maka institusi ini bertanggungjawab di


atas setiap kecemerlangan di atas setiap kecemerlangan pegawai
dan anggota.

Berikut adalah pengkhususan kursus yang ditetapkan bagi sesebuah pusat


latihan.

1. Pusat Latihan Paramedik Pertahanan Awam ( PULAMED ) Butterworth.

- Kursus Paramedik ( Basic Life Support ( BLS ), Basic Trauma Life


Support ( BTLS ), Pertolongan Cemas.

- Kursus Menyelamat Akuatik ( Asas Renang, Asas Menyelamat


( Scuba ), Pengendalian Bot, Menyelamat di Air ( Baywatch ).

2. Pusat Latihan Pertahanan Awam, Baling, Kedah.

- Kursus Asas Anggota.


- Kursus Bakal Pegawai
- Kursus Pegawai Tak Bertauliah (PTB)

3. Pusat Latihan Pertahanan Awam, Jengka , Pahang.

- Kursus Penyelamat Teknikal


- Kursus Kemahiran Melawan Kebakaran.
- Kursus Ascending & Descending
- Kursus Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan Operasi.
- Kursus Jurulatih Kawad Kaki.
- Kursus Penyelaras Kadet.

4. Akademi Latihan Pertahanan Awam ( ALPHA ) Bangi.

- Kursus Pemanduan Kelas E.


- Kursus Methologi.
- Kursus Kepimpinan
- Kursus IT.

1.13. RINGKASAN SEJARAH PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA

PRA MERDEKA

1939 - Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak


British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency
Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah –
langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 12


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

1951 - The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu
undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.

1952 - Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi


bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

PASCA MERDEKA

1957 - The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan
Awam1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.

1958 - Pertahanan Awam menjadi unsure tetap dan penting dalam sistem
pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan.

1964 - Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura


berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No.
302/314/64 )

1965 - Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota


dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa
itu diperolehi untuk seluruh Negara.

1970 - Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan


Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang
melanda Negara.

1972 - Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan
peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan
bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

1993 - Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah


organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

ERA PEMBANGUNAN

1994 - Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai
di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

1995 - Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda


komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberi kan khidmat bantuan
kecemasan secara 24 jam.

1996 - Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi


memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan
prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.

2000 - Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan
telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 13


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

2000 - Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh


projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7
termasuk dua projek pusat latihan yang baru.
2001 - Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan
Daerah diluluskan untuk dilaksanakan didalam tempoh RMK 8
menjadi semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki
komplek pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.

2004 - Motto ’ Selangkah Ke Hadapan ’ diperkenalkan sebagai komitmen


warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ’ Delivery Service ’
yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan
perjawatan dalam Jabatan.

2008 - Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah


dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada
bulan Mac semasa Hari Sambutan Pertahanan Awam yang diadakan
di Ipoh Perak.

2008 - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) telah


memperkenalkan ’ Satu Negara Satu Nombor ’ sebagai talian
panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang
membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

1952 - Setiausaha Pertahanan


1955 - Kemeterian Dalam Negeri
1959 - Kemeterian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kemeterian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 14


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PERTOLONGAN
CEMAS

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 15


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

2. PERTOLONGAN CEMAS

2.1. PRINSIP – PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

PRINSIP – PRINSIP DAN LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS.

A. Prinsip – Prinsip Pertolongan Cemas

B. Seorang Ahli Pertolongan Cemas yang baik dan mahir

C. Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas

D. Tugas Ahli Pertolongan Cemas

A. Seorang Ahli Pertolongan Cemas yang baik dan mahir

(i) Tajam Perhatian - nampak segala tanda – tanda alamat – alamat


kecederaan.

( ii ) Pantas ikthiar – Menggunakan dengan sebaik – baiknya apa – apa


yang ada sekelilingnya.

( iii ) Tidak kasar – Jangan menyakiti orang yang tercedera.

( iv ) Berakal budi – Jangan menambah kesakitan mangsa.

(v) Bertimbang rasa – Menghiburkan hati orang yang tercedera.

( vi ) Sentiasa tersenyum – Muka yang tersenyum memberi keyakinan.

B. Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas.

(i) Sentiasa tenang dan dapat mengenal punca kesakitan

( ii ) Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa tercedera.

( iii ) Panggil doktor atau hantar ke hospital

( iv ) Berikan maklumat yang terang kepada doktor.

C. Tugas Ahli Pertolongan Cemas.


Iaitu memberi seorang pesakit :-

(i) Menahan darah jika ada keluar.

( ii ) Berikan perlindungan di tempat yang teduh.

( iii ) Berikan bantuan pernafasan jika tiada bernafas

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 16


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

( iv ) Tanggalkan sebarang benda yang boleh menghalang pernafasan.

(v) Jika muka pucat, baringkan pesakit, selimutkan pesakit itu.

( vi ) Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.

( vii ) Jangan memberi orang – orang berkerumun, pesakit perlu udara yang
bersih.

Jangan beri apa – apa minuman :-

(a) Jika pesakit itu tidak sedar.

(b) Jika pesakit tercedera paru – paru atau perutnya.

MUSTAHAK : Dengan segera panggil doktor atau hantar ke hospital.

INGATAN : Seorang Ahli Pertolongan Cemas bukanlah seorang doktor.

2.2. LUKA DAN BERDARAH

2.2.1 Luka

Daging ditubuh terkoyak yang menyebabkan keluar darah. Boleh dapat


dijangkiti kuman atau lain – lain benda yang berbahaya, mungkin juaga boleh
membawa maut.

(a) Luka terhiris :-

Benda –benda yang tajam seperti pisau cukur boleh mengakibatkan


kecederaan punca pendarahan disebabkan oleh saluran darah terpotong.

(b) Luka terkoyak :-

Terkoyak dengan sengkeling ( simpang siul ) oleh jentera kena serpihan


tempurung atau cakar binatang. Darah keluar adalah terkurung daripada luka
terhiris.

(c) Luka berdarah dalam :-

Lebam binjul kena pukul tepat dengan benda tajam atau kena hempap.

(d) Luka tembus :-

Terbuka kecil tetapi boleh jadi dalam oleh tikaman dari benda yang
halus serta tajam seperti jarum, pisau atau baynet dan juga luka peluru senapang
boleh dimasukkan kepada suatu atau lebih daripada jenis – jenis yang tersebut
diatas.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 17


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Pemulihan :

(i) Jika luka kecil dan tidak ada benda luar didalam dengan serta merta mencuci
luka itu dengan air dan sabun kemudian tutup dengan kain yang bersih dan balut.

( ii ) Jika luka sangat besar, atau luka kecil yang ada benda luar didalam. Tekan
tempat urut nadi yang paling berhampiran dengan luka itu. Tutup dengan kain paling
berhampiran dengan luka itu. Tutup dengan yang bersih dan balut. ( Guna lapik atau
lapik gelang ).

( iii ) Dengan segera perlu bantuan perubatan.


Jangan cuba mengeluarkan benda luar yang ada dalam luka itu. Jangan cuci
luka jika darahnya itu berbeku kerana ini akan menyebabkan darah keluar semula.

2.2.2 Berdarah

Ada tiga jenis berdarah :

(i) Dari urat nadi – darah keluar dengan warna merah terang dan memancut –
mancut.

( ii ) Dari urat biru – darah keluar dengan warna merah tua dan meleleh perlahan –
lahan.

( iii ) Dari urat halus – darah keluar dengan warna merah terang dan merintis.

Duar cara menahan darah dari keluar :

(i) Tekan Tepat –

Tiada ada benda asing didalam luka itu. Dengan jari atau kain lapisan tekan
atas luka kemudian balutkan dengan kain bersih. (Guna lapik gelang jika luka itu ada
benda asing didalamnya).

( ii ) Tekanan tidak Tepat –

Jika tidak dapat menahankan darah itu, tekanlah di atas urat nadi ( mok )
dengan jari atau Toruikey ( cara ini mesti dijaga iaitu lepaskan ikatan ini setiap tidak
melebihi masa selama lima belas minit).

Tanda – tanda :

(i) Muka pucat.


( ii ) Seperti hendak rebah.
( iii ) Makin tidak dapat bergerak.
( iv ) Pernafasan sempit
(v) Peluh didahi, hidung dan keliling mulutnya.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 18


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Alamat – alamat :

(i) Merasa sejuk.


( ii ) Denyutan nadinya lemah.

Pemulihan :

(i) Tahankan darah dari keluar dan balutkan.


( ii ) Baringkan pesakit itu.
( iii ) Selimutkan dengan baju atau kain selimut tetapi jangan membuatkan mangsa
kepanasan atau kurang selesa.
( iv ) Biar pesakit itu mendapat udara yang segar dan bersih.
(v) Longgarkan pakaian yang ketat
( vi ) Perlu dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Gunakan tuap jika luka atau tempat yang cedera itu ada sesuatu kepatahan tulang.
Hentikan darahnya terlebih dahulu dan selepas itu perhatikan lain – lain kecederaan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 19


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

MELAWAN
KEBAKARAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 20


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

3. MELAWAN KEBAKARAN
3.1. BAGAIMANA API BERMULA

(a) Ada 3 peringkat yang penting untuk menerbitkan kebakaran :-


(i) Memanaskan sesuatu bahan kepada satu had yang mana ianya akan
mengeluarkan wap gas menyal.
( ii ) Percampuran wap gas ini dengan oksigen dalam udara.
( iii ) Menambahkan kepanasan kepada bahan – bahan campuran mudah
terbakar ini sehingga menghasilkan nyalaan api.

(b) Pembesaran Api

Apabila ada api, kita akan dapati lebih kepanasan, panas yang bertambah itu
akan mengeluarkan wap gas dari bahan – bahan yang terbakar. Api itu juga akan
menambahkan lagi kepanasan udara dan menarik oksigen yang diperlukan dengan
lebih banyak dari segenap sudut. Tambahan lagi, ia akan meninggalkan suhu
campuran tersebut sehingga menghasilkan nyalaan api yang besar, dan beginilah
cara kitaran ianya berulang sehinggan ianya dapat dikawal atau dipadamkan.

(c) Memadamkan Api

Dari apa yang kita ketahui di atas, nyatalah untuk menyalakan api berterusan
ianya memerlukan :-

(i) Bahan Pembakar.


( ii ) Oksigen ( Udara )
( iii ) Haba ( Kepanasan )

Bahan Haba

Oksigen

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 21


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Dari itu jelaslah bahawa jika ada salah satu dari 3 perkara tersebut, akan
menyebabkan menyalanya api atau pembakaran. Kita ’ Bulurkan ’ api dengan
menjauhkan bahan – bahan pembakar, kita ’ Melemaskan ’ api dengan menjauhkan
oksigen dan akhir sekali kita ’ Sejukkan ’ api dengan mencurahkan air keatasnya.
Kebiasaannya kita dapati lebih praktikal cara memadam api dengan menggunakan
air iaitu cara ’ Menyejukkan ’.

3.2. JENIS – JENIS API

Kelas Jenis – Jenis Api / Bahan Alat Pemadam


Api

A. Api Pepejal ( solid fires ) Kayu, Kertas, Kain Air


dan lain – lain.

B. Api Cecair (l iquids or Liquefiable solids ) Buih , B.C.F. Carbon


Minyak, Varnish, Cat dan lain – lain. Dioxide Serbuk Kering.
C. Api Gas atau Gas cecair ( Gas or Liquefiel Gas ) Buih, Serbuk Kering Carbon
Methane, Propane, Butane dan lain – lain. Dioxide. Pasir yang kering,
D. Api Logam ( Metal Fires ) Serbuk Kering.
Phosprous, Magnesium. Potassium, Acctylene
Gas dan lain – lain.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 22


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

ASAS
MENYELAMAT

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 23


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

4. ASAS MENYELAMAT
4.1. TALI DAN PENJAGAANNYA

Kekuatan tali adalah sangat berkurangan sekirannya tali itu : -

a) Basah / Lembap
b) Terkena minyak
c) Bersimpul – simpul kerana tarikan belati dalam tali tidak serupa, belati
yang diluar akan tertakluk kepada tekanan yang lebih kuat dan akan
putus.
d) Apabila tali dilakukan ke atas bucu – bucu tajam, ini mungkin berlaku
luka di tali dan merupakan catatan yang tetap.
e) Jika bebanan dilepaskan dengan tersentap sentap dan tidak beransur
– ansur.

Jagaan dan Selenggaraan Tali.

Tali – tali adalah satu alat yang penting dalam kerja menyelamat. Tali mestilah
disimpul dalam keadaan yang baik supaya sentiasa berada dalam keadaan yang
baik dan sempurna dan dapat untuk digunakan dalam kerja – kerja penyelamatan,
seperti mengangkat bebanan dan menyelamatkan orang – orang terperangkap.

Untuk menetukan keteguhan tali – tali belati, hendaklah sentiasa :-

(i) Menghamparkan tali baru mengikut panjangnya sebelum digunakan dengan


cara ikatan hujung tali itu ke satu cangkuk yang berpusing dan tarikan tali
itu.

( ii ) Elakkan dari memotong tali kecuali sangat mustahak membuat demikian.


Sekiranya adalah amat mustahak memotong tali itu, hendaklah menetukan
hujung yang dipotong itu diikat ( chipped ) dengan segera supaya tidak
terburai. Bagi langkah sementara mengelakkan dari terburai ( frayed ),
ikatan simpulan angka 8 dihujung tali itu. Tape plastik boleh juga digunakan
sebagai ikatan sementara.

( iii ) Elakkan dari mengadakan simpulan yang tetap di tali, kerana ini mungkin
akan mengurangkan kekuatan tali itu sendiri.

( iv ) Jangan sekali – kali mencuba memaksa tali yang kasar ( besar ) menjolok
masuk melalui satu blok yang dikhaskan untuk tali kecil. Ini mungkin
menyebabkan tali itu berbulu atau haus dan akan mengurangkan kekuatan
tali itu.

(v) Elakkan tali dari melalui atas bucu yang tajam. Jika sangat perlu dilakukan
hendaklah melapikkan satu guni atau sebatang kayu yang bulat supaya dapat
melindungi tali.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 24


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

( vi ) Elakkan tali dari tersentap atau dalam keadaan kering. Jika ianya basah
jangan sekali – kali cuba menjemurkan dihadapan api yang terbuka.
Hendaklah hamparkan tali di atas tangga dan baringkan membujur tinggi
sedikit dari bumi supaya dapat terdedah kepada udara sekeliling.

( vii ) Simpankan tali – tali dibawah penutup tinggi sedikit dari lantai, seperti di rak
dan tidak terkena cuaca yang terlaluan dan berjauhan dari bahan – bahan
yang mengandungi asid atau kapur. Hendaklah juga dijaga dari diserang tikus
dan anai – anai.

(x) Selalu buat pemeriksaan kepada tali bagi menetukan kerosakan diluar dan
reput pada tali tidak berlaku.

( xi ) Jika tali yang tergulung itu terpaksa ditinggalkan ditempat yang terdedah
kepada cuaca, hendaklah dilindung dengan kain kenves terpetin atau lain –
lain penutup.

( xii ) Apabila tali itu telah digunakan, hendaklah menentukan ianya bersih dan
kering sebelum digulung dan disimpan.

4.2 LIMA JENIS SIMPULAN ASAS

Ahli – ahli Penyelamat hendaklah membiasakan dengan ikatan – ikatan dan


lilitan tali berikut, dan sentiasa mengamalkannya. Mereka mestilah belajar
bagaimana membuat dan menggunakan ikatan dan lilitan dengan cepat dan cekap.
Ikatan – ikatan mestilah sentiasa diikat dengan kemas.

( 1 ) Thumb Knot ( Simpulan Mati )

Ini adalah satu simpulan yang mudah diikat dihujung sesuatu tali untuk
menahan tali dari tercabut dari ” Block Pulley ” atau untuk kegunaan sementara
mengikut hujung tali supaya tidak terburai. Simpulan ini dibentuk dengan membuat
satu lingkaran dan simpulkan hujung melalui hujung lain.

( 2 ) Reef Knot ( Simpulan Buka Sila )

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 25


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Ianya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang bersama


ukuran saiznya. Ini boleh dibentuk seperti simpulan mati dengan diikat kerana
menyusung iaitu kiri keatas kanan dan kanan keatas kiri. Ianya dengan cepat dapat
dilucutkan dan merupakan satu ikatan yang berguna untuk maksud umum. Ianya
hendaklah digunakan bagi semua saiz apabila terdapat yang tetap.

(3) Clove Hitch ( Simpulan Manuk / Manggis ).

Ini merupakan asas bagi berbagai – bagai menambatkan ikatan – ikatan dan
boleh digunakan pada hujung atau ditengah – tengah tali. Apabila diikat
dipenghujung tali, ianya akan menjadi satu ikatan sauh yang kuat dan juga mudah
dilucukkan. Cara – cara membuatkan simpulan manuk adalah.

(4) Sheet Bend ( Bunga Geti )

Ada dua jenis ikatan Bunga Geti, iaitu Bunga Geti Tungal dan Bunga Geti
Berganda. Kedua – duanya adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yang
berlainan besar. Ianya mempunayai faedah supaya mereka tidak akan terlucut
apabila tali – tali basah.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 26


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
(5) Bowline ( Tindih Kasih )

Ikatan tindih kasih merupakan satu lubang gelung yang tidak terlucut dihujung
seutas tali dan sangat berguna bagi ikatan penyauh. Ianya boleh digunakan bagi
tujuan menurunkan atau menaikkan dan sebagai tali pandu keselamatan kepada
seseorang.

Seseorang yang pengsan kadangkala boleh ditarik keluar dari bangunan


dengan menggunakan kedua hujung tali dengan ikatan tindih kasih dibawah ketiak
dan didadanya. Mangsa itu hendaklah diterlentangkan dan penyelamat masukkan
kepalanya melalui ikatan tali itu dan merangkak serta tarik keluar dari bangunan.

4.3. MEMINDAHKAN MANGSA MENGGUNAKAN PENGUSUNG

1. Anggota – anggota pertolongan cemas biasanya akan


menguruskan orang tercedera tetapi ada masanya apabila orang –
orang tercedera ini dijaga oleh anggota penyelamat yang mana
tugas – tugasnya mereka juga ialah untuk menyelamat nyawa.

2. Jenis orang – orang cedera yang memerlukan rawatan hendaklah


dihantarkan ke Unit Bantuan Perubatan Garisan depan ( B.P.C.D )
mereka boleh dijeniskan di bawah tiga kepala yang besar :-

i. Mangsa yang boleh berjalan :

Berikut adalah contoh dari setengah – setengah jenis orang – orang


tercedera yang boleh berjalan yang mana PATUT TIDAK boleh
berjalan kaki.

(a) Jika ada tanda – tanda menunjukkan terkejut.


(b) Sekiranya ada sedikit keraguan berkenaan dengan sama ada
terdapat luka di bahagian dalam ” Internal Injuri ” atau tidak.
(c) Si cedera yang berdarah dari urat saraf ” Artery ” walaupun lukanya
kecil.
(d) Semua kes – kes kena racun dari urat saraf atau gas yang
menggatalkan paru – paru.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 27


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
ii. Mangsa yang tidak boleh berjalan :

Adalah mereka yang cedera yang perlu dipindahkan untuk rawatan


selanjutnya, tetapi keadaan luka – luka mereka tidak semestinya
memerlukan mengguna usungan bagi dipindakan, yang mana boleh
dijalankan dengan kereta biasa sebagai kes – kes duduk ” Sitting Case ”.

(a) Kes – kes terkejut yang teruk.


(b) Si cedera yang luka – luka di anggota bawah ( Lower limb ), kecuali
luka – luka hanya amat ringan ( Flesh Wound ).
(c) Kes – kes yang orang – orang tercedera merupakan seolah – olah
terkena dari gas beracun atau sedikit radiation.

iii. Mangsa yang luka parah :

Adalah mereka yang mungkin memerlukan rawatan Hospital. Contoh –


contoh orang – orang yang tercedera parah adalah seperti berikut :-

(a) Semua kes – kes yang luka dibahagian dalam ( Internal


Haeamorsage ), luka yang terluka di dada ( Pneumothorax ),
anggota – anggota badan yang remok redan ( Shattered Limbs ),
luka – luka di perut, patah – patah yang terbuka dan rumit, pecah
( fractures ) di tempurung kepala, tulang belakang, tulang pinggul
( pelvis ) dan peha, luka – luka yang melibatkan mata, tulang
rahang dan kawalan lidah.
(b) Kes – kes yang luka – luka di luar dan terbakar yang banyak atau
teruk.
(c) Kes – kes dimana tambahan terkejut yang mungkin berlaku, seperti
orang – orang yang terperangkap di bawah runtuhan dalam
beberapa ketika atau terdedah kepada kesejukan dan basah.
Mestilah diingatkan bahawa luka – luka kecil yang nampak
dipermukaan mungkin ada kaitan dengan yang tercedera di
bahagian dalam juga.
(d) Semua penyakit yang mengidap kencing manis yang mungkin luka
akan jatuh sakit dengan serta – merta.

Menyelimutkan usungan.

Sebelum seorang yang luka diletakkan di atas usungan, ianya mestilah


ditutup dengan sehelai selimut supaya orang luka itu tidak tersentuh dengan kain
kenvas usungan. Ini akan menambah kegelisahan, memberi panas dan banyak
dapat mengurangkan pergerakan tempat patah yang telah berlaku. Adalah lebih
penting meletakkan selimut – selimut di bawah orang cedera dari di atas badannya.
Walau bagaimana pun di tempat keadaan cuaca yang panas hanya satu selimut
sudah memadai. Cara – cara menyelimutkan usungan adalah serupa peraturan
yang digunakan oleh Pertolongan Cemas.

Di dalam beberapa kejadian orang – orang akan dikehendaki diikatkan


dengan kemas kepada usungan supaya mudah melalui tempat yang sudah dilalui.
Tiada satu pertunjuk yang tetap tentang bilakah orang – orang cedera itu
dikehendaki di ikat atau tidak.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 28


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Dalam hal ini keadaan tempat menyelamat akan dapat menetukan jawapannya
sendiri. Jika ada keraguan, gunakan ikatan.

Tali yang amat sesuai untuk mengikat usungan adalah tali lashing 40 kaki
( 1 ½ inci ) yang dibawa oleh anggota penyelamat dan Pertolongan Cemas di dalam
manpack. Tali – tali lain seperti dawai elektrik atau kain boleh digunakan sebagai
aleh ganti yang baik di dalam keceraan di mana alat – alat tidak didapati.

Cara membuat adalah seperti berikut :-

Mulai dengan membuat simpulan manuk di pemegang bahagian kepala


disebelah usungan. Dari sudut itu buatkan tiga setengah belit di sekeliling orang
cedera dan juga usungan. Belit yang pertama di kawasan dada yang kedua di
pinggang dan yang ketiga sedikit di bawah lutut. Satu pusingan bulat dibuat di kaki
orang tercedera dan seterusnya buatkan tiga setengah belit di atas tali di sebelah
usungan dan matikan dengan simpulan manuk di pemegangnya.

Adalah diingatkan bahawa tempat penambat ketiga – tiga setengah belit


itu boleh diubah mengikut keadaan tempat kecederaan yang berlaku kepada orang
yang cedera itu.

4.4. PENGUSUNG ALIH GANTI

Di dalam bencana yang besar adalah tepat dikatakan bahawa tidak akan terdapat
usungan yang mencukupi bagi bilangan orang – orang tercedera yang ramai terlibat.
Kekurangan alat – alat ini boleh diatasi dengan mengunakan berbagai – bagai cara
seperti berikut :-

(i) Pintu

Ini adalah yang terbaik sekali dan mudah diperolehi sebagai usungan
alihganti kecuali bangunan – bangunan tidak semuanya hangus terbakar.

Selimutkan orang cedera seperti yang biasa diamalkan. mengikut orang


cedera memerlukan sedikit ubahsuai memandangkan tidak ada pemegang
usungan. Ada dua cara yang mudah untuk mengatasinya :-

(a) Tebukkan dua lubang dikepala pintu dikedua – dua belah kepala
orang cedera dan hulurkan tali melalui lubang – lubang ini dan teruskan
ikatan.

(b) Ambil satu lilitan pusingan desekeliling hujung atas pintu


berhampiran kepala orang sakit dan ikatkan hujung tali yang bebas ( running
end ) kehujung tali yang memegang ( standing part ) dengan simpul manuk,
dan meninggalkan kira – kira 2 kaki hujung yang bebas.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 29


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Peringatan :

(i) Adalah didapati sangat berfaedah untuk meletakkan 4 batu bata


ditiap penjuru pintu sebelum menjalankan ikatan sebagai pelapik.

( ii ) Selimut

Selimut menjadikan satu usungan alihganti yang amat baik dan


mudah didapati dikawasan – kawasan kediaman. Ianya sangat mudah dibuat
dengan memerlukan dua batang kayu sepanjang enam kaki atau tujuh kaki
panjang atau dua batang besi paip air ½ inci besar dan lain – lain.

Hampakan selimut di atas tanah dan letakkan memanjang batang –


batang kayu diatas antara sejarak dua kaki. Lipatkan lebihan selimut keatas
kayu dan cantumkan ditengah dengan menggunakan paku – paku atau pin –
pin yang kuat dikedua – dua hujung dan bahagian tengah.

( iii ) Guni atau Karung

Dikawasan – kawasan luar bandar guni – guni atau karung mudah


didapati disetiap rumah orang kampung. Dua buah guni ditebuk bucunya dan
sorongkan dengan duabatang kayu akan menjadi usungan yang baik juga.
Karung karung, guni – guni gandum dan sebagainya boleh juga dijadikan
usungan alihganti.

( iv ) Baju hujan dan Overcoat

Dua helai baju hujan yang tebal atau overcoat dengan lengannya
dilipat kedalam dan dengan dua batang kayu disorong kedalam dan dengan
dua batang kayu disorong kedalam akan menjadi satu usungan yang baik.

(v) Bingkai Katil

Ini akan menjadi satu usungan yang baik tetapi kebanyakannya


adalah agak besar bagi kemudahan memegang. Jika diperlakukan untuk
diikat, teruskanlah dengan cara yang biasa, mulai dan matikan dengan
simpulan manuk di bahagian kepala katil.

( vi ) Tangga

Ditempat – tempat yang sempit dimana usungan yang kecil


dikehendaki seperti melalui jendela – jendela yang sempit, terowong dan lain
– lain. Tangga – tangga yang pendek tidak kurang dari 6 – 8 kaki boleh
digunakan dengan berfaedah. Dua keping papan hendaklah diatur keatas
anak tangga dahulu dan kemudian selimut dan ikatkan mangsa yang cedera
seperti biasa pada rajah 9.

( vii ) Kerusi

Kerusi – kerusi yang kukuh, walaupun ianya bukan dikatakan


sebenarnya usungan tetapi janganlah dilupakan didalam kecemasan, ianya

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 30


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
boleh memberi sokongan yang selesa kepada orang – orang tercedera dan
pertolongan yang berguna kepada penyelamat dalam mengangkat dan
mengalihkan mangsa – mangsa.

Mestilah diingatkan bahawa ada berbagai – bagai lagi cara yang


boleh digunakan sebagai usungan alihganti yang diterangkan disini. Lain –
lain cara adalah tidak terhad yang boleh diamalkan dan hendaklah diingatkan
bahwa usungan alihganti boleh dibentuk dengan mudah dan cepat.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 31


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
5. PERKHEMAHAN DAN LATIHAN TAHUNAN
Aktiviti perkhemahan Kadet Pertahanan Awam hendaklah dirancang
dengan sempurna supaya perkhemahan pasukan ini tidak dilaksanakan seperti
perkhemahan pasukan pakaian seragam yang lain misalnya Pengakap, KRS dan
lain – lain. Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam hendaklah dibuat seperti mana
latihan tahunan yang dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam. Perkhemahan
paling sesuai dijalankan selepas silibas latihan ditamatkan.

Berikut adalah cadangan perlaksanaan aktiviti ini :

Tempoh : 3 hari 2 malam


Tempat : Dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
Perlaksanaan :

Hari pertama hendaklah dikhususkan kepada melaksanakan aktiviti –


aktiviti yang berbentuk ulangkaji semua pelajaran yang lepas. Pada hari kedua pula
ialah mempraktikkan perkara – perkara yang diajar sepanjang latihan dikelas melalui
satu aktiviti latihan mencari dan menyelamat. Latihan ini hendaklah dirancang
dengan sempurna dan mendapat bantuan jurulatih bertauliah Angkatan Pertahanan
Awam. Oleh kerana silibas latihan telah dirancang untuk mengurangkan peranan
jurulatih Angkatan Pertahanan Awam menyebabkan latihan praktikal telah
dikurangkan, maka dalam latihan tahunan inilah pasukan kadet memerlukan
kepakaran mereka bagi menjalankan latihan secara praktikal.

Pengendalian dan Senario Latihan.

1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan


mempunyai bilangan anggota seramai 10 orang.

2. Setiap kumpulan akan melantik ketua masing – masing.

3. Seorang anggota setiap kumpulan akan diasingkan untuk menjadi mangsa


yang kemudiannya ditempatkan disatu lokasi yang dirahsiakan.

4. Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan menyelamatkan anggota


kumpulan masing – masing.

5. Bekalkan setiap kumpulan dengan :

- Peta kawasan kejadian ( peta lakar adalah memadai )


- Kompas
- Arahan bertulis tentang operasi yang akan dijalankan termasuk
menyatakan
tentang kecederaan mangsa.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 32


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

6. Taklimat tentang latihan ini dibuat dengan jelas sebelum ia dimulakan. Aspek
keselamatan hendaklah diambil serius. Lepaskan setiap kumpulan satu demi
satu dan ada selang masa yang sesuai misalnya setiap lima minit supaya
mudah merekodkan tempoh sesuatu kumpulan menyelesaikan operasi
masing – masing. Laluan setiap kumpulan hendaklah sama dan lokasi semua
mangsa juga hendaklah sama. Di sepanjang laluan hendaklah ada
jurulatih / guru pemimpin dan pembantu bagi memantau perjalanan latihan
dan menilai cara peserta menjalankan operasi.

7. Pastikan dalam latihan tersebut terangkum lain – lain aktiviti penting termasuk
membaca peta dan kompas, merempuh halangan ( anak sungai, tebing
curam dan seumpamanya ), menggunakan tali dan lain – lain.

8. Apabila kumpulan telah menjumpai mangsa, mereka akan diajarkan kaedah –


kaedah rawatan pertolongan cemas keatas mangsa yang luka ( Peringkat
Asas ) dan mangsa yang luka serta patah ( untuk Peringkat Lanjutan ) oleh
seorang jurulatih yang bertauliah. Setiap kumpulan hendaklah dikhaskan
seorang jurulatih / pembantu jurulatih. Jurulatih hendaklah menunjukkan cara
membalut luka dan rawatan awal yang perlu diberikan ( bagi Peringkat Asas,
tambahan membalut patah dibuat untuk peringkat lanjutan ), menyelimut
mangsa, Oleh kerana latihan yang dikendalikan oleh guru – guru tidak
meliputi latihan praktikal, maka latihan tahunan ini amat penting dijalankan.

9. Selepas itu, setiap kumpulan hendaklah membawa mangsa keluar dari lokasi
kemalangan ke tempat ambulan menunggu ( bilik gerakan di tapak
perkhemahan ).

10. Buat penilaian berdasarkan :

- Kerjasama : 20 markah
- Cara membalut luka : 15 markah
- Cara membalut patah : 15 markah
- Cara membuat usungan : 20 markah
- Cara mengusung mangsa : 15 markah
- Kepantasan operasi : 15 markah

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 33


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

6. KHIDMAT MASYARAKAT
6.1. GOTONG – ROYONG

Berbagai bentuk khidmat masyarakat boleh dibuat di peringkat Asas,


menjalankan program gotong – royong di dalam kawasan sekolah terutamanya
untuk keceriaan sekolah. Walau bagaimanapun apa juga bentuk khidmat
masyarakat dalam kawasan sekolah boleh dijalankan. Aktiviti yang dijalankan
hendaklah direkodkan di dalam buku log.

6.2. LAWATAN

Lawatan ke tempat – tempat yang berkaitan dengan Pertahanan Awam


hendaklah dibuat sekurang –kurangnya sekali. Tempat – tempat yang boleh dilawati
termasuklah Ibu Pejabat Pertahanan Awam, negeri ataupun pejabat – pejabat
cawangan daerah. Pusat – pusat latihan juga boleh dilawati.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan anggota
terhadap Angkatan Pertahanan Awam dan agensi – agensi yang berkaitan
dengannya sebagai melengkapkan pengetahuan yang diberikan di dalam silibas
latihan. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan perhubungan anggota Pertahanan
Awam dengan Kadet. Tetapi yang lebih penting ia akan dapat meningkatkan minat
untuk menyertai Angkatan Pertahanan Awam selepas tamat persekolahan nanti.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 34


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

KAWAD
KAKI

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 35


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

7. KAWAD KAKI

Kawat kaki telah menjadi sesuatu yang sangat biasa terutamanya apabila
Pertandingan Kawat Kaki antara pasukan pakaian seragam dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran. Oleh itu, Latihan Kawat Kaki hendaklah diperluaskan
skopnya supaya semua pasukan Kadet Pertahanan Awam boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan tersebut. Kadet Pertahanan Awam mempunyai
reputasi yang sangat baik dalam pertandingan ini baik di peringkat Daerah, Negeri
mahupun Kebangsaan. Pada tahun 2000, 2001, 2002, Kadet Pertahanan Awam
telah memenagi Anugerah Ketua Platun Terbaik Kebangsaan dalam pertandingan
tersebut. Pada tahun 2001 dan 2004 Kadet Pertahanan Awam telah berjaya menjadi
naib johan pertandingan tersebut. Kejayaan ini bukannya kecil kerana mereka
terpaksa bertanding dengan kadet – kadet lain seperti Kadet Tentera, Kadet Polis,
Kadet Bomba dan Penyelamat dan seumpamanya.

Bagi menjamin kesinambungan pencapaian ini, tumpuan latihan kawat


kaki perlu ditingkatkan. Oleh kerana penguasaan anggota kadet terhadap kemahiran
pergerakan kawat adalah mengkagumkan maka latihan pasukan ini di Peringkat
Asas hendaklah dibuat seperti berikut :

7.1. Kawad Statik

- Jadikan tiga barisan


- Ke kanan lurus / pandang depan
- Pusing kanan / kiri
- Menghadap ke hadapan / ke belakang

7.2. Kawad Dinamik

- Cepat jalan
- Kiri belok / kanan belok
- Tukar langkah semasa cepat jalan
- Perlahan jalan
- Tukar langkah semasa perlahan jalan
- Ke hadapan hormat
- Ke kanan hormat
- Selaku terima sijil / hadiah
- Dll yang berkaitan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 36


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PERINGKAT
LANJUTAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 37


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PERTOLONGAN
CEMAS

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 38


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

1. PERTOLONGAN CEMAS

1.1. RENJATAN

Disebabkan oleh kecederaan dan menyebabkan trauma.


Tanda - tanda
(i) Muka pucat.
( ii ) Seperti hendak rebah.
( iii ) Mungkin tidak bergerak atau bercakap
( iv ) Nafas semput / sesak
( v ) Peluh didahi, hidung dan keliling mulutnya.

Tanda – tanda.
(i) Denyutan nadinya lemah
( ii ) Merasa sejuk

Pemulihan
(i) Baringkan mangsa itu.
( ii ) Tahankan darahnya dari keluar. ( Jika berdarah )
( iii ) Selimutkan mangsa itu dengan selimut.
( iv ) Longgarkan pakaian yang ketat bagi keselesaan pernafasan.
( v ) Berikan sedikit minuman yang suam jika ia sedar dan juga beri udara bersih.
( vi ) Bantuan perubatan

Jangan biarkan pesakit itu kena angin kering.

1.2. TERHALANG / TERGANGGU PERNAFASAN

Pernafasan ditakrifkan sebagai menyedut udara yang bersih dan


menghembuskan udara yang kotor ( Oksigen akan menyerap di dalam badan dan
karbon dioksida dikeluarkan dari saluran hidung dan mulut). Paru – paru menjadi
kembang bila udara masuk ke dalam. Satu minit kita bernafas antara 16 atau 18 kali
biasanya.

Faktor – faktor lemas

(i) Pakaian atau kain menutup mukanya.


( ii ) Air – lemas di air.
( iii ) Gas – ke kurangan oksigen atau oksigen nipis.

Apa yang harus dilakukan ?

(i) Lepaskan orang atau barang itu daripadanya dan berikan cara – cara
memulihkan pernafasan (Jika nafasnya tiada ).
( ii ) Bila pernafasan mangsa sudah pulih dapatkan rawatan segera dengan
menjumpa doktor atau pergi ke hospital.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 39


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Faktor – faktor tercekik

(i) Mereka yang tersengkang benda.


( ii ) Atau terhalang ( misalnya makanan masuk ke saluran paru – paru).
( iii ) Lidah tersekat.

Apa yang harus dilakukan ?

(i) Berikan tepukan pada belakang mangsa diantara tulang bahunya.


( ii ) Jika bayi, telangkupkan badannya, kemudian tangan kiri tahan
kepalanya dan tepuk belakang badannya, korekkan dengan jari jika
ada benda asing yang tersangkut.

Tanda – tanda

(i) Muka pucat.


( ii ) Sesak pernafasan atau batuk.
( iii ) Badan tidak bergerak
( iv ) Matanya keluar air mata.

Alamat – alamat

(i) Cakapan tidak terang dan tidak tentu hala.

1.3. KECEDERAAN PADA TULANG

Patah tulang disebabkan apabila sesuatu tulang dibadan telah tercedera iaitu :-

(i) Pukulan yang kuat dan tepat – Kecederaan yang berlaku pada tempat yang
kena, misalnya kaki digilis roda kereta atau dihimpit barang yang sangat kuat.

( ii ) Pukulan sipi – Kecederaan berlaku jauh dari tempat yang terkena misalnya
tulang peha patah apabila terjun dari tempat tinggi.

( iii ) Tersentap urat – Kecederaan berlaku kerana urat tersentap, misalnya


tempurung lutut pecah apabila tertendang benda dengan kuat.

Ada empat jenis kepatahan :-

(i) Patah tebu : Sekeliling tempat yang patah itu sedikit sahaja.

( ii ) Patah riok : Kulitnya luka, tulangnya tersembul keluar dan boleh


menyebabkan kuman disekeliling udara masuk ke bahagian
luka.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 40


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
( iii ) Patah melarat : Sesuatu organ didalam badan mungkin tercedera.

( iv ) Patah rebung : Tulangnya retak dan tidak terputus (hanya berlaku pada
kanak – kanak).

Tanda – tanda :-

(i) Lebam dan bengkak.


( ii ) Anggotanya berbentuk ganjil.
( iii ) Tulang tidak pada tempat asalnya
( iv ) Sakit
(v) Tidak boleh bergerak.

Alamat – alamat :-

(i) Sakitan pada tempat patah.


( ii ) Tidak boleh bergerak dibahagian yang patah.

Pemulihan :

(i) Jangan pindahkan pesakit itu. Berikan rawatan disitu juga.


( ii ) Elakkan pergerakan supaya tidak melarat cederanya, jika tidak perlu.
( iii ) Menggunakan pembalut tiga segi sebagai pengampu bahagian yang patah
bagi memudahkan dan keselesaan pesakit itu.
( iv ) Perlu bantuan perubatan.

PERHATIAN : Apabila pembalut tiga segi digunakan pastikan perjalanan darah


diperiksa dengan memerhatikan kuku sama ada menjadi putih atau biru. Ini
menunjukkan ikatan itu dikenakan terlalu kuat dan segeralepaskan ikatan itu dan
ulang sekali lagi, supaya kuku itu tidak ada kesan yang buruk. Dan juga jangan ikat
pada tempat yang patah jika kecederaan berlaku dekat pada kulit. Gunakan
seberapa banyak lapik dibahagian yang tercedera.

A. Patah Tulang Dagu

Tanda – tanda :

(i) Gusi berdarah ( gum )


( ii ) Air liur keluar dari mulut
( iii ) Tidak boleh bercakap dengan betul

Tanda – tanda :

(i) Sakit apabila digerakkan.

Apa yang harus dilakukan ?

(i) Tundukkan pesakit itu kehadapan sedikit.


( ii ) Ampukan bawah dagu dengan tapak tangan dan tekan keatas perlahan –
lahan.
( iii ) Gunakan pembalut tiga segi ( iaitu liputan tirus ).

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 41


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
( iv ) Hantarkan Doktor atau rumah sakit.

B. Patah Tulang Rusuk

Tanda – tanda :

(i) Sakit apabila bernafas panjang.

Apa yang harus dilakukan ?

(i) Guna pembalut tiga segi ( iaitu lipatan lebar dua helai, ikatkan tempat yang
sakit dan satu lagi atas pembalut yang pertama. Simpulkan di tempat yang
tidak sakit dan anduhkan tangannya pada bahagian sakit dengan
menggunakan pembalut anduh yang besar.
( ii ) Kain anduh diikat pada pesakit / mangsa mengikut kelegaan pernafasan
pesakit / mangsa.
( iii ) Segera hantar pesakit berjumpa doktor atau hantar ke hospital.

C. Patahan Tulang selangka

Tanda – tanda :

(i) Pesakit akan dengan sendirinya akan mengampukan tangannya.


( ii ) Pesakit tidak berdaya mengangkat tinggi bahunya.

Alamat – alamat :

(i) Bahu sakit.


( ii ) Berdarah di tempat yang patah.

Apa yang harus dilakukan ?

(i) Elakkan atau kurangkan pergerakan di tempat yang cedera daripada menjadi
patah riok.
( ii ) Jangan sekali – kali cuba menolakkan tulang yang patah tersembul keluar.
Tutupkan luka itu dengan sekeping kain penutup luka yang bersih.
( iii ) Gunakan dua pembalut tiga segi ( iaitu lipatan lebar ). Ikat lengannya, dekat
tempat yang cedera.
( iv ) Hantarkan ke doktor atau ke hospital.

D. Patah Tulang Pergerakan Tangan

Tanda – tanda :

(i) Bahagian tercedera itu menjadi bengkak atau lebam

Apa yang harus dilakukan ?


(i) Basahkan pembalut kain dan menggunakan air yang sejuk dan balut di
tempat yang cedera.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 42


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
( ii ) Ampukan dengan pembalut anduh tangan besar.
( iii ) Hantarkan ke doktor atau rumah sakit.

E. Patah Tulang Anggota Atas

Iaitu pangkal ( bahagian bahu dan siku )

Alamat – alamat :
(i) Bengkak
( ii ) Berubah bentuk rupa
( iii ) Berubah warna

Tanda – tanda :

(i) Sakit ditempat yang cedera.

Apa yang harus dilakukan ?

(i) Bengkokkan dan melintangkan tangannya dengan perlahan – lahan kedada


dan jari - jari ke bahu.
( ii ) Bubuhkan kain lapik diantara lengan dan badan.
( iii ) Gunakan dua pembalut tiga segi ( iaitu lipatan lebar ) satu ikatan pada
bahagian atas dan satu lagi dibawah tempat cedera ( siku ).
( iv ) Hantarkan ke doktor atau ke hospital.

PERHATIAN : Jika sikunya cedera jangan sekali – kali digerakkan, anduhkan


tanggannya dengan menggunakan tiga anduhan lebar ( didapati
tegak dan lurus ). Jika didapati bengkuk, ampuhkan dengan kain
anduh yang besar.

F. Patah Tulang Anggota Bahagian Bawah atau Tulang Belakang

Misalnya : Tulang belakang, tulang peha, tempurung lutut, tulang kaki dan
tulang penjejak.

Tanda – tanda :

(i) Tidak boleh bangkit.


( ii ) Anggota – anggota bahagian bawah tidak boleh bergerak.

Alamat – alamat :

(i) Jangan digerakkan pada anggota yang cedera.


( ii ) Tutup anggota yang cedera.
( iii ) Panggil doktor atau maklumkan pada doktor.

INGATAN :

(i) Kecederaan ini adalah dianggap berat dan senang menjadi melarat oleh jika
dilakukan dengan kekasaran.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 43


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
( ii ) Gunakan tuap yang berlapik jika perlu untuk melindungkan kesakitan dan
kurangkan pergerakan.

MELAWAN
KEBAKARAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 44


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

2. MELAWAN KEBAKARAN

2.1. ALAT – ALAT MEMADAM KEBAKARAN MUDAH ALIH

Alat – alat Jenis Kimia

(i) Jenis Air

Tabung luar dengan air biasa 9 liter ( 2 gelon ). Sortridge gas diisi dengan gas
karbon dioxide dalam tekanan 35 bar ( 500 ps ).

Cara Operasi :-

Apabila tekan plunger, ia akan merebak sealing dsc dan gas karbon
dioxide akan keluar daripada cartridge. Gas ini akan menolak keluar air yang
ada didalam tabung melalui tiub pengeluaran dan terus kecorong ( nozzle ).
Jarak pancut air, lebih kurang 20 kaki selama 1 ½ minit.

Ujian.

A. 3 bulan sekali periksa :

(i) Selinder - Tidak berkarat dan dalam keadaan baik.


( ii ) Blunger - Boleh digerakkan
( iii ) Vent Hole
( iv ) Washer
(v) Discharge tiub
( vi ) Nozzle

B. 4 tahun sekali buat ujian hydraulic pada selinder – 350 p.s.l.

Cara isi semula.

(a) Buka penutup dan keluar cartridge.


(b) Tabung dicuci dan diisi semula air.
(c) Tiub pengeluar dan carot ( nozzle ) diperiksa supaya tidak tersumbat.
(d) Ganti cartridge baru dan pasang balik penutup.

Kebaikan

(a) Tidak merbahaya dan mudah digunakan.


(b) Bertindak dengan segera
(c) Mudah untuk mengisi semula

Keburukan

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 45


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

(a) Hanya sekali guna


(b) Tidak boleh memadam api minyak, api letrik.

( ii ) Jenis Buih

Tabung luar mengandungi bikarbonat soda sebanyak 8% bercampur dengan


” Stakliner ” 30%. Tabung dalam mengandungi aluminium sulphate sebanyak
13%. Isi kandungan tabung adalah 91 (2 gll ).

Cara Operasi

Tarik plunger dan terbalik tabung. Aluminium sulphate akan bercampur


dengan sodium bicarbonate dan akan mengeluarkan buih melalui corong (
nozzle ). Rapat pancut jarak lebih kurang 20 kaki selama 1 minit.

Ujian

A. 3 Bulan sekali periksa :

(i) Tabung luar dan dalam berisi cukup.


( ii ) Nozzle tidak tersumbat.
( iii ) Washer
( iv ) Plunger value
(v) Plunger value dalam keadaan baik
( vi ) Selinder tidak bocor.

B. Setahun sekali uji kebolehannya :

C. 4 Tahun sekali dibuat ujian hydraulic pada selinder – 350 p.s.l.

Cara isi semula.

(a) Basuh tabung luar dan tabung dalam.


(b) Isi air dalam kedua – dua tabung air itu dalam 2 baldi
berasingan. Untuk tabung luar bercampur dengan sodium
bikarbonat dan untuk dalam bercampur dengan aluminium
sulphate.
(c) Periksa corong ( nozzle ) tidak tersumbat, plunger boleh
bergerak.
(d) Masukkan campuran sodium bakarbonate dalam tabung luar
dan campuran aluminium sulphate didalam tabung dalam.
(e) Masukkan tabung dalam kedalam tabung luar dan tutup.

Kebaikan.

(a) Boleh memadam api minyak yang kecil.


(b) Tidak merbahaya dan senang digunakan.
(c) Senang diisi semula

Keburukan

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 46


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
(a) Tidak boleh memadam api letrik.
(b) Boleh menjadi beku.
(c) Hanya sekali guna sahaja.

iii. Carbon Dioxide

Cecair karbon dioxide dalam tekanan 51 bar ( 731 p.s.i ) dan suhu 15’C
(59’F). Muatan tabung adalah antara 0.9kg ( 21b) – 6.8kg ( 151b ).

Cara Operasi.

Tarik keluar pin keselamatan dan tekan release handle, pegang discharge
tube ditempat tertentu. Jarak pancutan adalah 8 – 9 kaki dan masa pancutan
adalah antara 16 saat ( 0.9kg ) – 30 saat ( 6.8kg ).

Ujian

A. 6 bulan sekali :
(i) Timbang kalau kurang 10% isi semula
( ii ) Horn
( iii ) Selinder

B. 5 tahun sekali dibuat ujian hydraulic pada selinder – 1300 p.s.i.


Isi semula
Hantar kepada agen.

Kebaikan

(a) Gas bersih – tidak menolong kebakaran


(b) Tidak meninggalkan kesan.
(c) Tidak mengalirkan letrik.
(d) Boleh memadam api dalam tempat yang tersorok.
(e) Boleh digunakan pada api cecair.

Keburukan

(a) Keberatan tabung tidak berpatutan dengan gas CO2.


(b) Kandungan gas tidak boleh dilihat.
(c) Tidak boleh isi semula dengan sendiri.

iv. Sebuk Kering

Tabung luar mengandungi tepong kering campuran ( 9kg – 19.8 lb) seperti
berikut :

Sodium bocarbonat 97%


Magnesium Stearate 1 ½ %
Magnesium carbonate 1 %
Triealesium phosphate ½%

Dalam tabung dipasang satu cartridge gas karbon dioxide dengan 35 bar (
500 p.s.l )

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 47


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Cara Operasi

Bila plunger ditekan maka cartridge yang mengandungi gas CO2 akan
terbocor dan gas CO2 akan keluar dan memaksa serbuk kering keluar
melalui corong ( nozzle ). Jarak pancutan adalah 10 – 20 kaki dan
masa pancutan adalah mengikut saiz.

Ujian

A. 3 bulan sekali periksa :

(i) Nozzle, discharge tube, washer, vent ho


( ii ) Tepungnya cukup dan tidak berketul – ketul.
( iii ) Cartridge tidak bocor.

B. 4 sekali dibuat ujian hydraulic pada selinder – 5000p.s.i.

Isi semula

(a) Bersihkan tabung, discharge tube dan nozzle.


(b) Isi semula tepong kering.
(c) Pasang cartridge baru dan tutup.
(d) Untuk jenis ” stoned pressure ” hantar kepada agen.

Kebaikan

(a) Bertindak lebih berkesan daripada alat pemadam api yang lain.
(b) Boleh memadam semula jenis api.

Keburukan

(a) Hanya sekali guna sahaja.


(b) Boleh mengotorkan barang – barang.

v. B.C.F ( Bromochlorodif Luonomethone )

Tabung diisi dengan cecair BCF dengan tekanan dari gas dioxide atau
nitrogen. Isi kandungan diantara 2.5 kg ( 5.5 ib (121b)).

Cara Operasi.

Tekan strike knob untuk pecahkan seal. Tekanan karbon dioxide akan tolak
cecair BCF keluar yang menjadi wap apabila keluar melalui nozzle.

Ujian

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 48


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

A. 3 bulan sekali :

(i) Periksa pressure gauge.


( ii ) Timbang, kalau kurang 10% isi semula
( iii ) Nozzle
( iv ) Selinder

B. 5 tahun sekali :
(i) Ujian discharge.

Isi semula
( a ) Hantar kepada agen

Kebaikan

(a) Tidak meninggalkan kesan


(b) Tidak mengalirkan elektrik.
(c) Tidak akan merosakkan barang – barang elektronik.

Keburukannya

(a) Beracun sekiranya banyak terhidu


(b) Tidak boleh isi dengan sendiri

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 49


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

MENYELAMAT

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 50


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

3. MENYELAMAT
Jenis – Jenis simpulan Asas

Terdapat sepuluh ikatan asas yang digunapakai dalam kerja-kerja menyelamat.Ikatan dan
simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja-kerja menyelamat.Ikatan dan simpulan yang
digunakan ialah:
• Thumb Knot/Stopper Knot (Simpul Mati)
• Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)
• Reef Knot (Buku Sila)
• Sheet Bends (Bunga Geti)
• Bowline (Tindih Kasih)
• Half Hitch (Setengah Belit)
• Clove Hitch (Simpul Manuk)
• Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2setengah belit)
• Timber Hitch (Simpul Balak)
• Chair Knot (Simpul Kerusi)

Thumb Knot/Stopper Knot (Simpul Mati)

Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadi ikatan penahan pada
takal.Ianya sukar untuk dibuka. Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan
menjadi ikatan penahan pada takal.Ianya sukar untuk dibuka

Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)

Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya lebih mudah dibuka
berbanding simpul mati.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 51


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Reef Knot (Buku Sila)

Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan
dalam pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh atau pembalut.

Sheet Bends (Bunga Geti)

Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang tidak sama saiz.Ianya juga ikatan yang
digunakan untuk mengikat hujung tali di dalam kawasan berair.Terdapat dua jenis.Iaitu
Double (Berganda) dan Single (Tunggal) SheetBend (Bunga Geti). Untuk Bunga Geti
Berganda ianya dililit dua kali. Perbezaannya ialah dari segi kekuatan. Semakin banyak lilitan
semakin kuat ikatan.

Bowline (Tindih Kasih)

Ianya digunakan untuk menurun atau menaikkan mangsa yang sedar dan jua bertindak sebagi
tali pandu.

Half Hitch (Setengah Belit)

Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 52


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2 setengah belit)

Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja
menyelamat.Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.

Clove Hitch (Simpul Manuk)

Timber Hitch (Simpul Balak)

Ianya digunakan untuk mengangkat atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan.

Chair Knot (Simpul Kerusi)

Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari tempat tinggi atau kawasan
rendah.Ianya hanya digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 53


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

ALIH GANTI

Alih ganti dalam istilah penyelamat merupakan kaedah-kaedah ke-2 yang digunakan bagi
menggantikan kaedah asal.

Kaedah ini digunakan mungkin juga kerana keadaan tempat yang tidak mengizinkan
seseorang penyelamat menggunakan peralatan menyelamat yang di bawa.

Selain itu juga alih ganti ini boleh di bahagikan mengikut kategori – kategori silibus latihan
yang lain seperti pertolongan cemas, mengeluarkan mangsa dari tempat sempit dan
menyelamat kecemasan.

Kebiasaannya kaedah – kaedah alih ganti ini terdapat dalam silibus – silibus latihan yang di
nyatakan di atas.

Dukung Sayang

Mengangkat mangsa cara mendukung di depan


Teknik ini sesuai untuk mangsa yang ringan dan kanak-kanak

Pikul Tangan

Penyelamat akan menarik dan memegang tangan mangsa


Pastikan mangsa tidak mengalami kecederaan di bahagian tangan atau bahu

Pikul Uncang

Memikul mangsa cara dukung di belakang


Mangsa tidak pengsan kedudukan mangsa tidak mengelunsur ke bawah
Penyelamat membongkok sedikit ke depan dan boleh mengengam tangan sendiri

Pikul Bomba

Mangsa tidak berupaya untuk berjalan atau pengsan


Penyelamat menunduk kepala ke pinggang mangsa supaya badannya berada di atas bahu
penyelamat.Tangan penyelamat masuk dan pegang sendi tangan mangsa dan terus berdiri
tegak

Mengheret menuruni tangga

Terlentangkan mangsa ke atas lengan penyelamat


Penyelamat masukkan tangan di bawah ketiak mangsa dan pegang tangannya
Tarik perlahan-lahan untuk turun dari tangga
Lutut penyelamat menyokong bahagian belakang mangsa

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 54


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Merangkak Bomba

Menyelamat mangsa di ruang sempit


Terlentangkan mangsa, ikat sendi tangannya dengan ikatan buku sila
Penyelamat melutut dan masukkan kepala di antara dua tangan mangsa
Merangkak perlahan-lahan sambil mengheret mangsa

Gaya memapah

Mangsa sedar dan boleh di papah


Penyelamat berdiri disebelah mangsa dan bertindak sebagai penyokong
Sebelah tangan akan memegang tangan mangsa dan sebelah tangannya lagi akan memegang
pada pinggang mangsa
Letakkan kaki mangsa yang cedera di atas kaki penyelamat

Berekor ekor

Seorang penyelamat akan berada di belakang mangsa dan seorang lagi akan berada di
bahagian hadapan mangsa
Penyelamat di belakang akan memegang di bawah ketiak mangsa
Penyelamat di hadapan akan duduk diantara dua kaki mangsa dan pegang / ampu bahagian
bawah pelipat lutut mangsa

Duduk di atas dua tangan

Dua tangan penyelamat dicantunkan untuk dijadikan tempat duduk


Dua tangan penyelamat lagi memegang bahagian belakang pinggang mangsa
Tangan mangsa berpaut pada bahu penyelamat
Mangsa akan duduk atas tangan penyelamat
Kaki mangsa akan di ampu jika mengalami kecederaan

Duduk di atas tiga tangan

Seorang dari penyelamat akan mencantumkan kedua tangannya.


Seorang penyelamat lagi akan mencantumkan sebelah tangannya pada tangan penyelamat
tadi.
Mangsa akan duduk di atas tangan penyelamat
Kaki mangsa akan diampu jika mengalami kecederaan

Duduk di atas empat tangan

Kedua-dua penyelamat akan mencantumkan kedua-dua tangan mereka bagi dijadikan sebagai
tempat duduk
Mangsa akan duduk di atas tangan penyelamat dan kedua-dua tangan mangsa akan berpaut di
bahu penyelamat

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 55


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Teknik Mengalih Mangsa Menggunakan Kerusi

Teknik Mengalih Mangsa Menggunakan Selimut

Penggunaan tuap/splint

Alat – alat alih ganti yang boleh di buat splint adalah seperti kayu, kadbord, dan alat –alat
yang boleh menyokong kecederaaan pada mangsa. Alat – alat ini perlulah diikat dengan kuat
pada bahagian yang tercedera bagi memastikan tiada pergerakkan pada anggota – anggota
badan yang mengalami kecederaan.

Menggunakan kain

Sediakan baju / kain yang kuat bagi menampung beban yang akan diangkat di atas stratcher
baju / kain. Dua batang kayu yang kuat diperlukan bagi menampung beban mangsa yang
akan diangkat menggunakan streatcher ini. Streatcher jenis ini perlulah diangkat sekurang –
kurangnya 4 orang penyelamat

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 56


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PERTAHANAN AWAM
SEMASA BENCANA
DAN
PEPERANGAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 57


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

4. PERTAHANAN AWAM SEMASA BENCANA &


PEPERANGAN

4.1 Takrif Bencana

Bencana adalah suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat


kompleks danmengakibatkan kehilangan nyawa, kehilangan harta benda
atau alam sekitar serta menjejaskanaktiviti masyarakat setempat memerlukan
pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga
manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang
berkesan. Berkemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan
jangkamasa yang panjang

Bencana bokeh dibahagi kepada 2 kategori:-

a. Bencana Buatan Manusia :- bencana yang berlaku


disebabkan kelalaian dan kecuaian manusia contohnya: tanah
runtuh, pelepasan gas beracun, jerebu dan banjir kilat

b. Bencana Semulajadi:- bencana yang berlaku disebabkan


faktor cuaca atau geologi seperti; gempa bumi, tsunami,banjir
monsun, siklon atau tornado dan ribut

Mengikut Mekanisme Pengurusan Bencana melalui Arahan MKN No. 20


bencana diketegorikan kepada 3 tahap yang diukendalikan oleh
Jawatankuasa Pengendalian Dan Pengurusan Bencana:

4.1.1 Bencana Tahan I

Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya
tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangna
nyawa dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan
aktiviti harian penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di
Peringkat Daerah mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi
kejadian ini melalui agensi – agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan
bantuan dari luar yang terhad.

4.1.2 Bencana Tahap II

Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua
Daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan
mengakibatkan kehilangan nyawa danfkemusnahan harta benda yang
banyak. Kejadian ini juga memusnahkan infrastruktur danmenjejaskan
aktiviti harian masyarakat. Bersift lebih kompleks daripada Bencana Tahap I
dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Perlu dn berupaya
dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di peringkat Negari tanpa atau dengan
bantuan dari luar yang terhad

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 58


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

4.1.3 Bencana Tahap III

Kejadian yang berpunca daripada Bencana Tahap II bersifat lebih


kompleks atau meliputi kawasan yang lebih luas ata melebihi 2 buah negeri.
Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat
tanpa atau dengan bantuan dari luar negara

4.2 Zon – Zon Bencana

Agensi – agensi dan badan – badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan
dan bantuan bencana boleh dibahagikan kepada tiga(3) kategori:

Agensi Penyelamat Utama iaitu SMART, PDRM, JBPM, Jabatan Perubatan


Kecemasan, Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan mana – mana pasukan
khas yang ditubuhkan oleh mana-mana agensi yang mempunyai kepakaran
khas untuk menjalankan tugas bersama pasukan penyelamat utama.

Agensi Penyelamat Sokongan iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia


(JPAM) dan mana – mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana – mana
agensi yang boleh membantu pasukan pemyelamat utama dalam kerja
mencari dan menyelamat.

Agensi Bantuan dan Pemulihan iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia


(JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ikatan
Relawan Rakyat (RELA), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM),
St. John Ambulance, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM)
dan mana – manaagensi atau badan sukarela yang lain.

4.2.1 Zon Merah

Meliputi suatu kawasan yang mengelilingi tempat bencana. Zon ini


adalah kawasan operasi khas untuk pasukan – pasukan penyelamat utama
yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja seperti unit – unit khas daripada
SMART, JBPM,PDRM,ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan dan mana-
mana pasukan khas yang mempunyai kepakaran khas akan menjalankan
tugas bersamadan membantu pasukan penyelamat utama.

4.2.2 Zon Kuning

Meliputi suatu kawasan yang mengelilingi kawasan Zon Meras ini


dikhaskan untuk menempatkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan
pos – pos Agensi Penyelamat Utama seperti SMART, PDRM,JBPM, ATM,
Jabatan Perubatan Kecemasan dan mana – mana pasukan khas yang
ditubuhkan oleh mana - mana agensi yang mempunyi kepakaran khas
untuk menjalankan tugas bersama dan membamtu pasukan pemyelamat
utama serta agensi – agensi penyelamat sokongan seperti Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 59


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

4.2.3 Zon Hijau

Meliputi suatu kawasan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini


dikhaskan untuk penempatan dan penugasan agensi 0 agensi Bantuan Dan
Pemulihan dan badan – badan sukarela. Antaranya ialan JKR, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, TNB, TM Berhad, RELA, PBSM, St. John Ambulance
dan mana – mana agensi dan badan sukarela yang lain. Zon Hijau ini juga
ditempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat
Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat mayat.

Zon Merah

Zon Kuning

Zon Hijau

4.3 DEFINISI – DEFINISI KEJADIAN BENCANA

 Tanah runtuh merupakan yang termasuk sebahagian besar pergerakan


tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran tidak terkawal .
Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah
runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun
lemah runtuh
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan
aliran sampah.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 60


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan, timbunan batu atau
bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang
memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan bertindak menjadikan cerun tidak stabil

- Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran
sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin
menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang
jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.

 Banjir adalah peningkatan paras air yang meningkat. Banjir terjadi akibat
limpahan air yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan lebat, limpahan air
sungai, atau empangan.

 Gempa bumi adalah getaran yang terjadi permukaan bumi. Gempa bumi
biasa disebabkan oleh pergerakan kerak bumi. Kata gempa bumi juga
digunakan untuk menunjukkan daerah asal terjadinya kejadian gempa bumi
tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi
apabila tekanan yang terjadi karena pergerakan itu sudah terlalu besar untuk
dapat ditahan.

 Tsunami (bahasa Jepun: 津 波 ; bermaksud "ombak besar di pelabuhan")


adalah sebuah ombak yang terjadi setelah sebuah gempa bumi, gempa laut,
gunung berapi meletus, atau hantaman meteor di laut. Tenaga setiap tsunami
adalah tetap terhadap fungsi ketinggian dan kelajuannya. Dengan itu, apabila
gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara
kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi,
hampir tidak dapat dirasakan efeknya oleh kapal laut (misalnya) saat
melintasi di laut dalam, tetapi meningkat ketinggian hingga mencapai 30
meter atau lebih di kawasan pantai. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan
harta benda dan kehilangan jiwa pada kawasan pesisir pantai dan kepulauan.

4.4 Tugas – Tugas Pertahanan Awam

Antara tugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah ditetapkan


didalam Arahan MKN No.20 sewaktu berlakunya bencana adalah seperti
berikut:

 Mengurangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sebelum,


semasa dan selepas bencana.

 Membantu menyedia dan menyelenggara pusat – pusat pemindahan serta


menyediakan makanan bagi mangsa – mangsa

 Membantu dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa- mangsa


jika diperlukan.

4.5 Pusat Pemindahan

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 61


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
- Pusat pemindahan adalah kawasan perlindungan sementara magi
mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana. Mangsa akan
ditempatkan dan diberi kemudahan asas seperti makanan dan keperluan
lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa. Kebiasaannya
Pusat pemindahan ini diuruskan oleh Pasukan Bantuan Dan Pemulihan.

Pusat Pemindahan ini ditempatkan dikawasan yang selamat dan tidak


terjejas oleh bencana tersebut. Kebiasaannya mangsa – mangsa bencana
akan ditempatkan di dewan – dewan serbaguna, balai raya, sekolah dan lain
– lain tempat yang boleh memuatkan ramai mangsa. Disinilah bantuan akan
disalurkan kepada mangsa termasuk pakaian, alat keperluan harian dan lain
– lain.

4.5.1 Tugas - Tugas di Pusat Pemindahan

Tugas tugas yang perlu dilaksanakan di Pusat Pemindahan seperti yang


terkandung di dalam Arahan MKN No. 20 adalah seperti berikut :

- Menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa


- Menyediakan bantuan keperluan asas kepada mangsa
- Menyediakan bantuan makanan dan perubatan
- Menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada mangsa yang mengalami
trauma

4.6 PEPERANGAN

Peperangan Konvensional ( Biasa )

Peperangan Konvensional melibatkan penggunaan semua jenis


senjata api ringan dan berat dan pelbagai jenis bom letupan tanpa kimia,
unsur biologi ataupun nuklear. Kesan segera daripada peperangan ini ialah
kematian, kecederaan dan kebakaran yang meluas. Penyebab uatama bagi
kesan – kesan tersebut ialah penggunaan – penggunaan bom. Bom – bom
yang biasa digunakan termasuklah :-

1. Bom Serbaguna.

Bom ini berbentuk bujur dan dindingnya tebal seberat 33% daripada
kedudukan sumbunya terletak samada di ekornya dan dengan tujuan untuk
memusnahkan dengan cara ledakan, serpihan dan gegaran bumi. Ukuran
beratnya diantara 250 sehingga 1,000 paun.

2. Bom Kekuatan Sederhana.

Bom ini dimaksudkan untuk kegunaan Gerakan Am dan tempat –


tempat sasaran di kilang dan perindustrian biasa. Ianya mempunyai kuasa
muatan peletup / berat kira – kira 50% dan sumbunya di kepala atau di
ekornya. Ukuran beratnya ialah diantara 250 sehingga 4,000 paun.

3. Bom Kekuatan Sederhana – Penembusan Dalaman.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 62


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Bom ini berbentuk bujur, padat di kepala dan fiusnya terletak diekor
sahaja. Bom ini untk digunakan terhadap kubu – kubu dan lain – lain sasaran
seperti konkrit yang tebal dan tempat perlindung kapal – kapal selam. Bom –
bom ini tersangat besar sehingga sampai 22000 paun beratnya.

4. Bom Kekuatan Tinggi.

Bom ini untuk digunakan terhadap sesuatu sasaran dengan


menimpakan kerosakan yang maksimum dengan cara ledakan seperti
kawasan penduduk ramai. Bom ini mempunyai sarung nipis, dengan kadar
muatan bahan letupan / berat yang tinggi sehingga 75% dan fius di kepala
sahaja. Besar dan beratnya diantara 2,000 hingga 12,000 paun.

5. Bom Serpihan.

Bom mini bertujuan untuk kegunaan sebagai senjata pemusnah orang


( anti personal ) bagi mengakibatkan kerosakan kederaan dari pecah serpihan
sarungnya. Bom ini bersarung nipis dan fiusnya di kepala sahaja. Biasanya
digugurkan secara berangkai – rangkai dan boleh juga digugurkan dengan
cara satu – satu butir. Tiap – tiap sebutir beratnya sehingga 20 paun.

6. Bom Penembus Perisai

Bom ini dibentuk untuk menembuskan perisai besi atau simin konkrit
yang diperkukuhkan, ( kubu – kubu ) sebelum meletup didalam sasaran
tersebut. Bom ini mempunyai sarung yang tebal pada kepalanya, berfius
diekor sahaja. Kadar muatan bahan letupan / berat ialah kira – kira 10%.

7. Peluru Berpandu.

Biasanya semua jenis bom boleh dibentuk atau ditukar menjadi peluru
berpandu. Alat – alat moden seperti radar, televisyen dan autimatik ’ Homing ’
telah pun digunakan pada masa – masa sekarang. Satu contoh bom
berpandu ialah peluru jenis ( glidergon ) berkuasa jet dan dikawal oleh radio.

8. Roket

Roket Jermen A4, biasanya dikenali dengan roket V2 adalah satu


contoh roket yang tergulung dalam jenis ini. Roket ini boleh dilancarkan dari
mana – mana sahaja asalkan tempatnya boleh dilalui kenderaan berat. Tetapi
bom terbang VI boleh dilancarkan di tempat pelancaran yang dikhaskan
sahaja.

9. Bom Kecil Pemusnah Orang

Bom ini boleh digugurkan dengan banyaknya dan akan jatuh ke bumi
dan tersangkut di pokok – pokok, diatap – atap rumah dan tersembunyi di
dalam rumput – rumput. Ini adalah menjadi satu bahaya. Contoh bom ini
adalah bom kupu – kupu yang digunakan semasa peperangan kedua dahulu.
Beratnya lebih kurang 4 paun.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 63


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
10. Bom Melayang ( Terbang )

Bom ini digunakan pada peringkat penghujung Perang Dunia Ke 2. Ia


berupa sebuah pesawat bersayap setingkat. Dikuasai oleh jet tetapi tanpa
pemandu. ( Berpandu automatik ). Masa letupannya ditentukan terlebih

dahulu, iaitu setelah bom itu gugur ke bumi dan berterbangan beberapa jauh.
Beratnya 1 tan TNT dan lajunya 400 b.s.j. maxima. Jarak ke sasarannya 150
batu. Bom jenis ini telah menyebabkan kerosakan teruk dalam peperangan ke
atas Kota London dan daerah sekitarnya.

11. Roket Jarak Jauh

Jenis ini digunakan pada penghujung Peperangan Dunia ke 2 juga. Ia


dikuasai oleh campuran Oksigen Cair dan Alkohol. Panjangnya 6 kaki,
beratnya semua sekali 12 ½ tan termasuk berat bahan pembakar ( fuel ) 8%
tan. Laju maksima 3.5000 b.s.j. dan jarak perjalanannya ke England dari
Holland. Ia dilancarkan dari satu tapak teguh yang luasnya tidak kurang 20
kaki persegi. Tapak ini boleh di pindah – pindahkan. Ia dipandu dengan
menggunakan alat – alat ”Vanes” dan ”Tabs” yang dijalani oleh Gyres dan
Dervomotors. Berat kepala roket hanya 1 tan.

12. Bom Api

Bom api digunakan bagi tujuan menyebarkan kebakaran besar –


besaran dan kematian. Penggunaan bom – bom api akan menyukarkan kerja
– kerja memadamkan api oleh pihak Pertahanan Awam dan Bomba.
Serangan bom api besar – besaran akan menyebabkan berlakunya
kesukaran untuk dipadamkan. Oleh kerana bom –bom api ini begitu berkesan
dalam peperangan maka adalah dijangkakan penggunaan akan berterusan
pada masa akan datang. Bom api digugurkan dari pesawat dan mengandungi
bahan pembakar yang banyak. Bom – Bom api yang pernah digunakan
dalam peperangan lalu :-

a) Kelungsung bom ini dibuat daripada aluminium dan berwarna perak.


Ianya dibuat dalam 3 bahagian yang dicantum bersama. Keseluruhan
beratnya 750 paun dan 72 paun bagi kelungsung yang kosong. BO
mini 8 kaki 10 inci panjang dan 1 kaki 6 inci lebar. 100 gelen Napalam
sebagai agen pembakar diisikan melalui lubang tempat mengisi yang
disediakan dan mestilah digunakan dalam mana 3 – 4 jam setelah
diisikan.

b) Bermula dengan 2 fius apabila terhempas meletupkan bom ini dan


kandungan didalamnya tumpah keluar. Napalam yang dicampurkan
dengan phosphorus sebaik sahaja terkena udara akan terbakar dan
menyala hingga pada 2000c – 3000c meliputi hingga 500 kaki / segi.

Kesan

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 64


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Menyebabkan kebakaran besar dan telah dibuktikan paling berkesan
untuk membakar binaan – binaan yang teguh. Dengan adanya
phosphorus ia akan melekat dan membakar jika tersentuh
menyebabkan kecederaan yang teruk dan boleh membawa maut.

Kawalan

Memadamkan dengan air tidak digalakkan. Gunakan pasir kering atau


tanah atau pemadam jenis buih.

(c) German Kilo megnisium dengan kuasa peletup tinggi.

i) Rupanya serupa dengan bom api Kilo Magnesium ( elektron )


dipasang dengan satu bekas 1 inci x 1 ¼ inci diskrew pada
hujung yang tirus dan ditutup dengan ekor dimana diisikan
sedikit bahan peletup.

ii ) Bom mini terbakar bila terhempas, kesan peletupnya agak


meluas, serpihan dan magnesium yang terbakar berterbangan
dengan laju dan jauh, serpihan boleh mengakibatkan
kecederaan teruk hingga sejauh 30 kaki.

(d) Bom Api Minyak Gerunam

Bom ini digunakan untuk menyebabkan kebakaran dan


menggangu persediaan melawan kebakaran. Ini lebih kurang
serupa dengan Bom Kuasa Letupan Tinggi 250 kilogram.
Kelungsungnya dibuat daripada kepingan besi nipis dan fiusnya
satu dengan suis cara tekanan dan yang satu lagi dengan
hentakan.

(e) Bom Paraffin Wax Jepun

i) Panjang lebih kurang 3 – 7 inci dan lebar 9 ½ inci. Berat 60kg


dengan kelungsung besi.
ii ) Di isi dengan Paraffin Wax dicampur dengan minyak kerosene
yang akan terbakar oleh Thermite bila terhempas.

Kesan

Terbakar selama lebih kurang 2 jam dan mengakibatkan kebakaran


besar yang hanya boleh diambil tindakan oleh Bomba.

Kawalan

Air yang banyak dengan tekanan yang tinggi hendaklah digunakan


kalau tidak akan memasakan lagi tindakan Thermite. Menyelimutkan
dengan pasir yang banyak adalah tindakan yang baik.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 65


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Langkah Perlindungan

i) Semasa berada ditempat lapang ( luar )


Sekiranya terdengar bunyi sebutir bom atau peluru berpandu
yang akan jatuh berhampiran dengan anda, bunyikan hanya
biasa kedengaran tidak lebih daripada beberapa saat.

Jika anda terdedah di tempat lapang ketika berlaku serangan,


anda hanya mempunyai sesaat atau dua sahaja untuk bertindak
melindungi diri. Perbuatan yang tidak bijak dan merbahaya sekali yang
anda lakukan adalah berlari untuk mengambil perlindungan, kecuali
anda hanya berada selangkah sahaja untuk melompat ke dalamnya.

Rebahkan diri anda ditempat anda berada, meniarap kebumi


dan angkatkan dada sedikit dengan kedua – dua siku dan tekupkan
kedua – dua belah tangan di belakang kepala anda. Dengan
mengangkat sedikit dada, anda akan dapat mengelakkan kecederaan
dalam badan dari gegaran bumi.

Ledakan, serpihan dan sampah sarap runtuhan mungkin akan


berterbangan keluar. Sekiranya anda boleh menggulungkan diri ke
dalam parit, buatlah demikian, kerana cekong jalan dan tebing parit
akan dapat memberi perlindungan.

Ditempat kawasan lapang adalah mungkin bagi anda untuk


berguling ke dalam lubang dalam tanah atau parit – parit.

ii ) Apabila sangat berhampiran dengan bangunan atau lain – lain


perlindungan.

Sesuatu dinding, jejambat, pintu gerbang atau lorong sempit


antara dua bangunan akan memberi perlindungan. Mestilah diingatkan
iaitu samaada diluar atau didalam bangunan, bahawa gegaran akan
terpancar melali dinding – dinding, maka adalah merbahaya untuk
menyandar dimana – mana bahagian bangunan. Bahagian kepala
anda adalah bahagian yang paling mudah / terdedah pada kecederaan
berbanding bahagian anggota badan yang lain.

iii ) Apabila berada di dalam bangunan.

Adalah lebih baik berada berhampiran dibahagian dalam dinding


dari bahagian luar. Elakkan dari bertentangan terus dengan pintu besar
atau jendela luar. Ingatkan bahaya yang terlaluan dari kaca – kaca
yang berterbangan. Walaupun kaca di bahagian dalam boleh menjadi
senjata yang membunuh. Satu dari bahagian yang terselamat sekali
dalam sebuah bilik ialah di sudut diantara dinding dengan tempat
serombong api.

iv ) Adalah paling selamat dengan sentiasa mendengar dan


memahami arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa dan

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 66


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
berpindah ke pusat – pusat perlindungan khas yang disediakan oleh
pihak kerajaan apabila diarahkan.

4.7. PEPERANGAN KIMIA

BAHAN – BAHAN KIMIA ( CHEMICAL AGENTS )

Pendahuluan

Gas ialah sejenis kimia yang bergantung kepada kesan – kesan


racunnya dan seperti senjata – senjata yang lain yang digunakan didalam
peperangan. Tujuan utamanya ialah membunuh atau mencacatkan.
Sebagaimana yang didapati, ia boleh digunakan sabagai “ wap yang tidak
nampak “. Ianya juga boleh digunakan sebagai debu – debu halus atau titisan
cecair yang halus yang berterbangan di udara dan tidak nampak di pandang.
Kedua – dua, wap ataupun titisan cecair yang halus adalah MERBAHAYA.

Sifat – sifat dan kesan gas.

Kesan – kesan gas yang dikeluarkan oleh gas peperangan adalah


tertakluk kepada banyaknya gas yang dikeluarkan dan lamanya mas
seseorang itu terdedah kepadanya. Lebih juat tumpuannya adalah lebih
buruklah kecederaan yang akan dirasai. Janganlah difikirkan sejumlah gas
yang kecil boleh mendatangkan apa – apa kemalangan.

(a) Gas Saraf ( Nearve gas )

(i) Boleh jadi tahan lama atau sederhana tahan lama yang
mengeluarkan wap yang tidak nampak dan tidak berbau. Gas ini
meresap masuk melalui mata dan juga lubang – lubang pernafasan.
Dengan tiadapertolongan alat pengesan yang khas ianya hanya
dapat dikesan akan akibat – akibatnya pada tubuh badan sahaja.
Cecair gas memasuki tubuh manusia melalui kulit dan boleh
menembusi pakaian dan boleh menyerap ke kulit dibawahnya. Wap
dan juga cecair ini tidak akan menyebabkan kegatalan atau melecur
kulit.

(ii) Kesan – kesan wap gas ( Vapour ) : Pendedahan kepada


sejumlah wap gas yang rendah dengan tiada apa – apa perlindungan,
didalam beberapa minit sahaja, seseorang akan tegang ( ketat ) dada
dan sesak nafas. Keadaannya samalah seperti seorang yang diserang
oleh penyakit lelah, diikuti dengan hidung berair dan pening kepala. Ini
diikuti pula dengan cepatnya anak mata menjadi kecil dan menggaggu
pemandangan, seperti sukar hendak melihat benda – benda yang
berdekatan dan sakit dibelakang mata adalah satu perkara biasa dan
teruk.
Pendedahan pada jumlah yang tinggi, tanda – tanda yang
disebutkan diatas tadi adalah lebih teruk dan lebih cepat serangannya.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 67


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Otot – otot menjadi lemah dan dengan cepatnya mengganggu lain –
lain perjalanan urat saraf dan boleh jadi diikuti pula dengan lumpuh
anggota dan pengsan dan mengakibatkan kematian jika pertolongan
cemas tidak diberikan dengan segera.

(iii) Cecair ( Liquid )

Dalam bentuk cecair, gas ini dengan cepatnya akan meresap ke


dalam kulit apabila tersentuh dan lebih cepat lagi apabila menemui
mata atau kulit yang tercedera. Tanda – tandanya akan mengambil
masa yang agak panjang sedikit setelah gas cecair ini menjangkiti kulit.
Akibat awal yang akan dirasai adalah berlainan daripada wap gas yang
diseduti. Misalnya ada terasa penyakit mabuk laut, muntah, tak
sedarkan diri diikuti dengan tanda – tanda yang lebih dahsyat lagi
seperti menggetar, kekacauan otot – otot, lumpuh dan ain – lain
lagi.

(b) Gas Mustard

(i) Gas ini tahan lama dan berupa cecair minyak pekat ( warna
kelabu tua ). Ia mengeluarkan wap gas yang tidak nampak dipandang
dan berbau seperti bawang merah dan putih, Lobak ataupun mustard.
Baunya tidak berapa kuat, oleh kerana gas ini berupa minyak, maka
ianya mudah melekat ke pakaian dan benda – benda lain. Ianya
menjadi beku apabila jatuh kedalam air.

(ii) Kesan – kesan wap gas ( Vapour ) : Jika wap gas ini terkena
kepada mata dia tidak memberi kesan buat sementara waktu, tetapi
jika terdedah beberapa lama akan menyebabkan mata tertutup
beberapa jam dan seterusnya akan membutakan mata buat sementara
waktu, 1 – 2 minggu. Jika terkena pada kulit akan menyebabkan kulit
itu menjadi merah, gatal dan seterusnya melecur dalam masa 12 jam
atau lebih. Tempat – tempat yang lembab di tubuh manusia ialah
tempat yang senang baginya menyerang seperti saluran pernafasan
iaitu dikerongkong yang akan menyebabkan kehilangan suara dan
batuk – batuk serak.

(iii) Cecair ( Liquid ) :

Gas cecair jika termasuk ke dalam mata tidak akan menyakitkan


mata dengan serta – merta, tetapi ia akan berasa seolah – olah
terbakar biji mata dalam masa satu atau dua jam. Permukaan kulit pula
akan kelihatan merah di dalam tempoh 2 jam dan di antara 12 – 24
jam, ianya akan melecur.

(c) Gas Melecur Kulit

Gas – gas dalam bahagian adalah cecair , mengeluarkan wap –


wap yang tidak nampak. Ada juga gas – gas dalam bahagian ini
mengeluarkan bau yang amat tajam menyebabkan mata dan hidung

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 68


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
menjadi kemerah – merahan dan mudah dikesan. Gas – gas ini
mempunyai tenaga yang kuat dan mampu meresap ke pakaian dan
apabila terkena gas ini boleh menyebabkan kecederaan.

Jikalau mata terdedah pada wap ini dalam masa yang singkat
sahaja tidak akan membawa kecederaan, tetapi jika terlalu lama
terdedah mata boleh menjadi buta. Menghidu wap ini dengan lamanya
boleh mencederakan saluran pernafasan dan jantung. Jikalau kulit
terdedah pada wap ini dengan jangka masa yang lama juga boleh
mencederakan kulit sehingga menjadi luka.

Setitik gas ini memasuki mata akan mengakibatkan mata


menjadi rosak selama – lamanya jikalau tidak dirawat dengan serta
merta. Setitik cecair ini jika ditelan atau dimasukkan melalui saluran
pernafasan akan menimbulkan kemerahan dan luka.

(d) Gas Pelemas

Gas – gas ini ialah gas yang tidak tahan lama, mengandungi
bau yang kuat dengan senang sahaja dikesan. akibatnya sakit hidung
dan tengkok disertai batuk yang kencang dan keras. Sakit di mata juga
adalah satu daripada akibatnya.

(e) Gas Pemedih Mata

Gas – gas dalam bahagian ini merupakan sejenis debu pepejal


halus yang tidak dapat dilihat atau wap yang tidak dapat dilihat. Ianya
sangat berkesan walaupun sedikit. Kesannyaialah sakit mata dan
mengeluarkan air mata. Ini tidak mengakibatkan kerosakan kekal
kepada mata melainkan jikalau pepejal atau gas mata cecair yang
masuk kedalam mata.

(f) Gas Pemedih Hidung

Gas – gas ini adalah campuran ” Arsenical ” yang mengeluarkan


debu – debu pepejal kecil di udara apabila tersebar oleh letupan.
Apabila menyedut atau menghidunya akan mengakibatkan sakit
dibahagian hidung, di dalam kerongkong dan dada, berat kepala dan
merasa gelisah, sakit kepala, terbatuk – batuk dan sakit lelangit adalah
perkara biasa.

Langkah Perlindungan

Langkah – langkah kawalan yang boleh diambil terhadap peperangan gas


adalah seperti di bawah :-

(i) Topeng Gas :


Topeng gas ialah alat yang utama digunakan untuk mengawal diri
daripada gas – gas apabila berlakunya peperangan tersebut. Ianya hendaklah

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 69


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
disimpan dengan baik dan dijaga dengan baik. Jika difikirkan musuh akan
menggunakan gas – gas atau difikirkan kemungkinan musuh
menggunakannya haruslah bersedia memakai sekiranya mendengar letupan
bom sama ada letupan di udara ataupun di permukaan bumi.

( ii ) Rumah atau Tempat Perlindungan :

Sebuah rumah yang tidak rosak akan ditutup dengan rapi ataupun
sebuah tempat perlindungan yang pintunya ditutup dengan kain selimut
dengan secukup – cukupnya rapat adalah memberi satu tempat perlindungan
yang baik daripada serangan peperangan wap gas.

( iii ) Apabila di luar :

Pekerja – pekerja Pertahanan Awam yang terdedah pada bahaya atau


bertugas di luar hendaklah melindungi bahagian tubuh dengan pakaian khas
dengan lain perkataan biarlah sedikit sahaja tubuh yang terdedah.

( iv ) Mencegah dari jangkitan :

Mana – mana tugas yang penting dan perlu dilaksanakan, setiap orang
mastilah menghala peredaran udara atau arah angin dari tempat yang
berjangkit kerana gas dan kuman akan mengikut arah angin bertiup. Tidak
sesiapa pun seharusnya berjalan diatas kawasan jangkitan dan jika pakaian
kita dijangkiti hendaklah ianya ditanggalkan dengan secepat mungkin dan
jangan dibawa masuk ke dalam bangunan.

(v) Makanan dan minuman :

Almari – almari didalam rumah hendaklah ditutup apabila tidak


digunakan dan semua makanan yang tidak di dalam bungkusan hendaklah
disimpan dan bertutup seperti di bawah besen atau mangkuk dan
sebagainya. Semua alat – alat dan perkakas dapur hendaklah dibasuh
dengan bersih dengan menggunakan air panas.

4.8. PEPERANGAN BIOLOGI

Peperangan jenis ini menggunakan bom-bom yang diisikan dengan


agen- agen hayat yang sangat merbahaya dan tersebar dengan sangat
cepat. Apabila bom digugurkan dan meletup, agen-agen biologi akan tersebar
dan menyebabkan pihak yang terkena serangan mengalami masalah
kesihatan yang dashyat. Kesan serangan ini akan memberi kesan yang besar
kepada orang awam.

Untuk mengatasi serangan bom hayat ini adalah sangat sukar kerana:-

a) Ianya tidak boleh dikesan dengan pancaindera dan kewujudannya


tidak boleh dikesan dengan menggunakan pengesan kimia.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 70


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
b) Kesannya adalah lambat, sukar dan mengambil masa beberapa
hari.
c) Sukar untuk menentukan kawasan-kawasan yang dijangkiti.
d) Proses pembersihan dan penghapusan kuman adalah lambat,
sukar dan tidak menentu.

e) Proses pembiakan kuman akan menjadi cepat dan ini akan


menyebabkan jangkitan ini bertambah bahaya.

Langkah Keselamatan

1) Individu

a) Mempunyai topeng gas. Simpankannya dalam keadaan yang baik, bersih


dan jika hendak memakainya, hendaklah memakai dalam keadaan yang
terlatih dan cekap.

b) Sekiranya berada di luar rumah, hendaklah sentiasa menutup kepala


dengan topi atau skaf dan juga memakai sarung tangan. Sekiranya tiada
sarung tangan, hendaklah memasukkn kedua-dua tangan ke dalam poket.

c) Hendaklah berlindung di tempat perlindungan yang tertutup dan selamat


seperti di rumah, bilik bawah tanah dan sebagainya kerana dengan cara
ini juga dapat mengurangkan banyak ancaman dari bahan-bahan
peperangan hayat atau gas-gas yang merbahaya. Ia juga dapat
mengurangkan jangkitan semasa serangan.

d) Hendaklah menjaga kesihatan diri dengan seberapa baik yang boleh.


Pastikan mandi dengan bersih dan hendaklah memakai pakaian yang
bersih selepas serangan. Pastikan juga berkumur dengan air panas atau
air garam sekiranya terdedah dengan asap-asap daripada serangan
tersebut.

2) Berkumpulan

a) Pastikan semua pintu, tingkap dan sistem ventilasi ditutup kecuali


penapisan udara kerana dapat menurangkan peredaran udara dengan
kadar yang minima daripada asap-asap serangan tersebut.

b) Sentiasa menyediakan topeng-topeng gas untuk digunakan segera


sekiranya amaran gas diterima atau bom-bom digugurkan di kawasan
berhampiran.

c) Memastikan makanan dan minuman dalam keadaan bertutup.

d) Bilik perlindungan (Panic Room) atau tempat-tempat perlindungan


hendaklah berada dalam keadaan bersih peredaran udara yang lancar
dan tidak sesak dengan sampah sarap.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 71


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

3) Mengelak dari terkena jangkitan.

a) Elakkan dari memakai kasut dan pakaian yang terkena jangkitan.

b) Elakkan berada di kawasan-kawasan yang berangin dan berbukit.

c) Kawasan-kawasan yang terkena jangkitan hendaklah sentiasa basah


dengan semburan air. Sekiranya tidak dapat dikawal segera, hendaklah
diletakkan dengan lapisan tanah yang basah atau lembap.

d) Kawasan yang terkena banyak jangkitan kuman, hendaklah menggunakan


ubat-ubat pembasmi kuman yang kuat dan bagi kawasan yang kurang
terkena jangkitan kuman, hendaklah menggunakan pemutih asid atau api
dan dikawal mengikut keadaan tempat.

e) Pembersihan udara boleh dilakukan di kawasan-kawasan yang terkena


jangkitan oleh kuman-kuman yang tidak tahan lama dan pastikan
kawasan-kawasan ini mestilah jauh dari tumpuan-tumpuan kegiatan-
kegiatan manusia.

f) Bagi mereka yang terkena jangkitan, hendaklah membuka kasut dan


pakaian luar mereka dan tinggalkan di luar sebelum memasuki rumah atau
tempat perlindungan. Pastikan pakaian dalam direndam, dan pastikan
mereka mandi dan memakai pakaian yang bersih.

g) Topeng-topeng gas dan sarung tangan yang terdedah kepada kuman,


hendaklah disapu dan dilap perlahan-lahan dengan span yang bersih dan
basah atau kain lembut yang dicelup dengan air sabun.

h) Bilik-bilik atau tempat-tempat perlindungan yang terkena sedikit jangkitan


kuman, hendaklah diberi pengaliran udara yang baik serta lancar.

i) Arahan-arahan mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan jangkitan


kuman daripada pakaian-pakaian, bilik-bilik atau tempat perlindungan
akan dikeluarkan apabila jenis kuman yang digunakan itu diketahui.

j) Makanan dan minuman yang terdedah kepada jangkitan kuman,


hendaklah dilupuskan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 72


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

4.9. PEPERANGAN NUKLEAR

Pengenalan

Di zaman sekarang ada beberapa kuasa besar dunia mempunyai simpanan


stok senjata nuklear. Diantara Amerika Syarikat dan Russia, mereka mempunyai
banyak senjata ini dan senjata nuklear mereka ini dapat dilancarkan dengan sasaran
dari jarak jauh. Tiada sebarang negara di dalam dunia ini menganggap mereka itu
terkecuali dari menggunakan senjata ini sekirannya berlaku peperangan.

Kuasa kemusnahan senjata nuklear sangatlah besar. Terdapat satu senjata


nuklear yang paling besar sekali ialah peluru pandu antara benua jenis SS 9
kepunyaan Russia. Ia mempunyai lebih kurang 4 kali ganda semua kuasa letupan
yang telah digunakan semasa perang dunia ke-2 dan melebihi 1,000 kali ganda
kuasa dari bom yang telah menghancurkan Bandar Hiroshima dahulu.

Menurut kiraan yang diperolehi, di Hiroshima, terdapat sebanyak 78,000


orang telah terbunuh manakala 84,000 orang tercedera dan beribu-ribu orang lain
telah hilang. Sekurang-kurangnya 60,000 buah rumah telah musnah.

Untuk memberi bandingan kuasa kemusnahan kuasa seperti berikut:-

i) Bom yang digugurkan di Hiroshima ialah 20 KT.


ii) Peluru berpandu Minuteman, Amerika Syarikat ialah 2 MT.
iii) Peluru berpandu SS 9 Russia ialah 25 MT.

PEMBAHAGIAN TENAGA DALAM LETUPAN NUKLEAR

Tenaga-tenaga yang terbit dari letupan nuklear adalah seperti berikut:-

i) 45% dalam bentuk ledakan dan gelombang gegaran.


ii) 35% cahaya dan radiasi haba.
iii) 5% radiasi awal nuklear (Initial Radiation).
iv) 15% sisa-sisa radiasi.

BOLA API DAN BENTUK AWAN RADIOAKTIF

Apabila letupan nuklear berlaku di atas atau berhampiran darat, banyak


bahan-bahan akan bertukar menjadi wap, dan kemudian menjadi sejuk dan beku
serta menjadi serpihan-serpihan yang sangat halus dan padat. Ketika bola api naik
ke udara, kebanyakkan bahan-bahan ini disedut bersama-sama awan radioaktif
tanpa menjadi wap.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 73


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Angin putaran di dalam awan itu menyebabkan bahan-bahan radioaktif pun
bercampur sekali dengan begitu besar sekali. Putaran angin di tengah awan itu lebih
kuat daripada di tepi awan tersebut dan yang paling kuat sekali adalah di puncak
awan itu.

Bentuk terakhir awan tersebut terjadi adalah bergantung kepada setinggi


mana ia dapat naik ke udara dan ini pula bergantung kepada kekuatan bom
tersebut.

Pada amnya, bom-bom dalam ukuran KILOTAN (KT) akan mengeluarkan


awan bentuk bulat dan bagi bom-bom dalam ukuran MEGATAN (MT) pula akan
berbentuk seperti dulang.

Rajah 1 menunjukkan bentuk awan yang dikeluarkan oleh bom ukuran KILOTAN.

Dari letupan dalam ukuran KT, bentuk awan adalah di jangka bulat. Puncak
asap (T) dan pangkalnya (S) adalah berbeza mengikut kekuatan bom. Akhirnya akan
tersebar rata di seluruh asap dan dipuncak batangnya.

KESAN SERANGAN NUKLEAR

KESAN SERTA MERTA

(i) RADIASI AWAL NUKLEAR

Pancaran panas nuklear akan dikeluarkan berterusan dari masa mula-mula


bom itu meletup dan hinggalah beberapa lama selepas itu sinaran Gamma akan
keluar serta merta daripada bola api. Walaupun pengeluaran pada paras
kemuncaknya iaitu sama dengan kelajuan radiasi haba, kesannya masih merbahaya
walaupun selepas 1 minit letupan itu berlaku. Sinaran Gamma mempunyai kuasa
tembusan yang mendalam. Ianya tidak meninggalkan kesan pada barang-barang
atau bahan-bahan tetapi membahayakan kepada manusia iaitu ia boleh
mengakibatkan penyakit radiasi. Ianya akan menyebabkan kematian sekiranya
radiasi terlalu banyak memasuki tubuh badan. Radiasi yang di terima dalam satu
masa adalah dinamakan sebagai ’Dosis Radiation’ dan unit ukurannya ialah
’RONJEN’ (r).

Jadual di bawah ini menunjukkan jarak di mana 50% daripada Dosis


Radiation 450 r yang paling merbahaya (iaitu 50% peluang untuk hidup) dan sukatan
kecemasan semasa peperangan yang akan diterima oleh orang ramai dalam
keadaan tempat yang lapang daripada radiasi awal berikutan dari letupan di darat
atau di udara.

(ii) JENIS LETUPAN NUKLEAR

Tekanan gelombang yang kuat disebabkan oleh perkembangan bola api,


tersebar keluar dari segenap jurus 1,100 kaki sesaat (sama dengan kelajuan suara)
tidak kira kuasa bom tersebut. Ditambah pula, dengan angin yang kuat yang

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 74


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
disebabkan oleh pergerakan udara yang banyak. Gelombang tekanan adalah diikuti
dengan satu gelombang sedutan (iaitu disebabkan oleh udara separuh kosong).
Tempoh peringkat tekanan udara ini akan menyebabkan kerosakan bangunan-
bangunan diantara 0.7 saat sehingga 1 saat oleh bom ukuran 20 KT. Dengan bom
ukuran 10 MT akan menghasilkan gelombang tekanan ledakan sehingga 5 saat atau
lebih.

KESAN JANGKA MASA PANJANG

a) PENYAKIT RADIASI

Apabila seseorang yang terdedah dan terkena sinaran gamma dengan dos
yang banyak (walaupun radiasi awal atau beberapa ketika dari sisa-sisa radiasi), ini
akan menyebabkan kerosakan teruk pada tali perut (gastro inestestinal) dan akan
melemahkan sistem imun badan supaya sukar untuk sembuh kembali. Bagi jangka
masa panjang, penyakit radiasi akan berlaku apabila terkena dos yang lebih dari
150r. Tanda-tandanya ialah seperti lemah atau letih tubuh badan, pening kepala,
kurang penghadaman, dan hilang selera makan. Apabila dosnya bertambah, tanda-
tandanya ialah muntah dan ceret beret berdarah. Pada masa sama, tanda-tanda ini
akan berlaku sekiranya dos yang diterimanya adalah banyak. Anggaran dos-dos
yang diterima di antara 350-500 r yang boleh menyebabkan 50% maut kepada
sesiapa yang terdedah. Apabila seseorang itu selepas beberapa jam terdedah
daripada sinaran gamma, biasanya menunjukkan tanda-tanda terkejut (shock) yang
teruk serta muntah.

b) KECEDERAAN JANGKA MASA PANJANG

Ini termasuk kekurangan darah (anaemia) dan leukimia (lumpuh disebabkan


oleh jenis barah darah dalam masa kejadian di antara 3- 6 tahun). Selepas beberapa
tahun seseorang itu terdedah pada sinaran gamma, pertumbuhan barah pada
tulang-tulang atau tisu akan timbul. Apabila seseorang itu sudah tua, dosnya akan
bertambah sebanyak 400 r tetapi ini tidak dapat dipastikan akibat daripada radiasi
atau kekurangan keupayaan tubuh badan menentang penyakit ini.

c) KEROSAKAN BAKA (GENETIC)

Sekiranya seseorang itu terkena radiasi, kerosakan baka akan berlaku di atas
organ pembiakan sel-sel benih yang mengeluarkan baka.

d) RACUN RADIOAKTIF

biasanya jangkitan radioaktif berada di dalam debu-debu dan akan masuk dalam
tubuh manusia melalui pernafasan, makan, minum, atau liang luka, dan akan
menimbulkan penyakit radiasi. Walaubagaimanapun, apabila pengawalan kepada
pendedahan sinaran gamma yang berpunca dari sisa radioaktif, maka bahaya dari
racun radioaktif itu tidak menjadi begitu serius.

PERLINDUNGAN

1. Jarak

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 75


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
- Pastikan anda menjauhi kawasan serangan.
- Jika berada di kawasan serangan, ambil perlindungan di dalam bangunan yang
besar dan terasing.

2. Kepadatan
- bangunan-bangunan yang besar dan tinggi dapat menghalang / melambatkan
penyebaran radioaktif.

3. Masa
- Radioaktif akan lemah mengikut masa. Jangan hampiri kawasan serangan bagi
satu tempoh masa.

4. Sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa darisemasa ke semasa dan


bersedia untuk berpindah ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan oleh
pihak berkuasa.

4.10. PUSAT PERLINDUNGAN

4.10.1. MENJAGA ORANG YANG KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL.

Orang yang hilang tempat tinggal adalah orang yang rumahnya telah
musnah ataupun telah rosak, serta orang yang meninggalkan halaman
kediaman disebabkan risau akan keselamatan keluarga juga dimasukkan
dalam kategori ini. Orang – orang ini memerlukan bantuan segera dari segi
bantuan makanan, pakaian, tempat perlindungan dan penerangan.

Selepas satu kejadian, orang ramai yang kehilangan tempat tinggal


akan diarahkan atau dinasihatkan supaya berpindah ke Pusat Perlindungan
yang berhampiran. Petugas di tempat Pusat Perlindungan perlu menunjukkan
sikap yang sopan, memahami dan berintegriti.

4.10.2. PUSAT PERLINDUNGAN

(a) Bilangan dan Penempatan.

Pusat perlindungan adalah disediakan untuk meliputi segenap


kawasan oleh kerana semasa peperangan hanya sedikit sahaja kawasan
akan terselamat dari akibat serangan musuh iaitu samada terkena bom untuk
menerima orang – orang pelarian dari kawasan yang terkena bom.

(b) Jenis – jenis Bangunan

Terpulang kepada keadaan semasa peperangan dan juga jumlah


bilangan orang – orang kehilangan tempat tinggal, semua jenis bangunan
dengan ruangan luas boleh digunakan seperti dewan, panggung wayang,
kelab dan sekolah. Yang paling sesuai adalah sekolah kerana tempat tinggal
untuk orang ramai yang berkeluarga boleh ditempatkan di dalam bilik darjah.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 76


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
(c) Fungsi Pusat Perlindungan

Fungsi Pusat Perlindungan adalah tempat untuk memberi perlindungan


pada orang ramai yang kehilangan tempat tinggal. Pusat Perlindungan ini
adalah bersifat sementara sahaja dan hendaklah dikosongkan dengan
seberapa segera yang boleh untuk menerima mangsa – mangsa lain.

(d) Taraf Tumpangan

Ukuran Pusat Perlindungan adalah berbeza dari tempat. Walaupun


berapa besar satu Pusat Perlindungan ianya pasti tidak dapat menjamin
tempat tidur yang selesa bagi semua orang. Tujuan Pusat Perlindungan
adalah menyediakan tempat tidur yang sesuai untuk 1 / 3 dari tumpangan di
Pusat Perlindungan.

Satu Pelan yang tetap untuk menyusun Pusat Perlindungan tidak


dapat dirangka oleh sebab kerana perbezaan rangka dan bentuk bangunan.
Mana – mana bangunan yang digunakan sebagai Pusat Perlindungan,
peraturan dibawah perlu diikuti :-

(i) Menyediakan tanda bagi setiap tempat masuk dan keluar, bilik –
bilik, tandas dsb mesti diadakan.

( ii ) Dewan besar untuk mangsa, tempat memasak, bilik mandi dan


tandas mesti disediakan.

( iii ) Pejabat Pentadbiran, Penerangan, Pendaftaran.

( iv ) Pos Pertolongan Cemas dan tempat anak – anak bermain.

(v) Kelengkapan.

Kelengkapan untuk Pusat Perlindungan yang memberi tumpangan


untuk 150 mangsa adalah seperti berikut :-

(i) Perabut dan tempat tidur

( ii ) Alat – alat makan

( iii ) Alat – alat kebersihan

Tambahan pada kelengkapan ini, Pusat Perlindungan perlu


mengadakan tempat membaca serta peralatan menulis serta pos pertolongan
cemas dengan kelengkapannya.

4.10.3. KAKITANGAN PUSAT PERLINDUNGAN

( a ) Penyelia Pusat Perlindungan adalah pegawai yang bertanggungjawab


atas urusan melicinkan proses pengurusan Pusat Perlindungan. Mereka tidak

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 77


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
bekerja mengikut giliran. Mereka mesti tahu sebagai pegawai yang
dipertanggungjawab dan juga mana dari mana arahan dan maklumat
berkenaan dengan berbagai perkara boleh didapati.

( b ) Kakitangan Pusat Perlindungan akan bekerja mengikut satu giliran


seramai 7 orang akan menjaga 150 mangsa dan mereka akan bekerja
selama 8 jam. Seorang dari giliran akan ditugaskan menjadi Ketua Giliran.

4.10.4. TUGAS KAKITANGAN PUSAT PERLINDUNGAN.

Kakitangan Pusat Perlindungan adalah bertanggungjawab atas semua


urusan di Pusat Perlindungan termasuk :-

(a) Penerimaan : Mangsa – mangsa diterima dengan cara teratur dan


dibantu untuk mendapat rehat dan pemulihan dengan seberapa awal
yang boleh.

(b) Penyegar : Memberi minuman ringan seperti kopi atau teh dan juga
susu bagi bayi.

(c) Petugas bilik mandi : Menyediakan tuala, sabun serta mengawasi dan
menjaga kebersihan.

(d) Pertolongan Cemas : Memberi rawatan pada pesakit.

(e) Gubahan khas bagi anak – anak dan orang tua : Satu tempat
berasingan untuk menyediakan makanan bayi dan juga tempat
membasuh pakaian bayi disediakan. Juga satu tempat untuk anak –
anak bermain disediakan. Satu bilik berasingan untuk orang tua
berehat disediakan.

(f) Pakaian : Pakaian diberikan pada mangsa yang datang ke Pusat


Perlindungan. Kakitangan Pusat perlu mengadakan satu stok pakaian.
Mereka juga perlu merekodkan jumlah pakaian yang telah diagihkan
serta bertanggungjawab dalam menjaga pakaian di Pusat
Perlindungan.

(g) Pendaftaran : Satu catitan atau maklumat mangsa yang masuk di


Pusat Perlindungan hendaklah direkodkan dan disimpan. Setiap
pendaftaran perlu dibuat atas borang Pendaftaran Awam. Borang ini
akan menunjukkan maklumat berkenaan mangsa.

(h) Penerangan : Untuk memberi maklumat dan nasihat atas masalah


yang dihadapi oleh mangsa. Seorang ahli akan ditugaskan untuk
menjawab soalan – soalan dari mangsa – mangsa tersebut.

(i) Menjaga setor dan kelengkapan : Apabila Pusat Perlindungan dibuka


atau ditutup dan juga semasa membuat pengeluaran alatan kepada
mangsa.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 78


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
(j) Meninggalkan Pusat Perlindungan : Dalam keadaan baik apabila
ditutup. Semua kakitangan Pusat Perlindungan mesti tahu penjaga
bangunan bagi mendapatkan kunci dengan serta merta.

4.10.5. BANTUAN

Kakitangan dari Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan


adalah tanggungjawab atas kesihatan di Pusat Perlindungan. Pegawai
Kesihatan akan melawat Pusat Perlindungan umntuk memeriksa
kebersihan. Jika ada penyakit maka Pegawai Perubatan akan
mengambil tindakan yang sesuai.

Bantuan dari badan sukarelawan seperti Persatuan Bulan Sabit


Merah, Persatuan St. John Ambulan, Pengakap, Pandu Puteri dan
Kumpulan Wanita boleh didapati. Ini tertakluk kepada persiapan yang
dibuat masing – masing.

Bantuan juga boleh didapati oleh mangsa – mangsa di Pusat


Perlindungan. Kaum wanita boleh membantu menjaga anak – anak
dan memasak didapur. Kaum lelaki boleh membantu dari segi menjaga
keselamatan di Pusat Perlindungan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 79


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

5. PERKHEMAHAN DAN LATIHAN TAHUNAN

Tempoh : 3 hari 2 malam

Tempat : Di luar kawasan sekolah

Perlaksanaan : Sama seperti peringkat asas, yang bezanya ialah operasi


mencari dan menyelamat dibuat pada waktu malam dan
kecederaan mangsa ditambahkan lagi.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 80


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

6. KHIDMAT MASYARAKAT
Gotong royong

Berbagai bentuk khidmat mesyarakat boleh dibuat di luar kawasan sekolah. Adalah
dicadangkan bagi anggota Peringkat lanjutan, menjalankan program gotong – royong di
rumah – rumah ibadat atau rumah orang tua- tua terutamanya untuk kecerian kawasan
tersebut. Walau bagaimanapun apa juga bentuk khidmat masyarakat di luar kawasan seklah
boleh dijalankan. Aktiviti yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam buku log.

Lawatan

Lawatan ke tempat –tempat bekas kejadian bencana yang berkaitan dengan aktiviti
Pertahanan Awam hendaklah dibuat sekurang – kurangnya sekali. Tempat – tempat yang
boleh dilawati seperti tapak Tragedi Highland Tower, Pos Dipang dan seumpamanya.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan anggota terhadap tugas dan
peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi –agensi
berkaitan dengannya sebagai melengkapkan pengetahuan yang diberikan didalam silibus
latihan. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran anggota tentang perlunya perkhidmatan
seperti Jabatan Pertahanan Awam khususnya tetapi apa yang lebih penting adalah ia akan
dapat meningkatkan minat pelajar untuk menyertai Pertahanan Awam selepas tamat sekolah
nanti.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 81


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

7. KAWAD KAKI
Pengenalan
Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan.
Asas dan panduan tatatertib semasa peperangan atau waktu aman adalah berdasarkan kepada
kawad yang diperbaiki berkali-kali.
Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya, maka upacara
perbarisan akan diuruskan kepada semua ahli dalam satu keluarga.

Tujuan Berkawad
Membentuk seorang Kadet Pertahanan Awam yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi,
tatatertib dan cergas. .Membentuk kadet yang taat kepada perintah ketua.
serta membentuk ahli-ahli supaya bekerjasama dalam satu kumpulan.

Jenis Kawad
- Kawad Statik
- Kawad Dinamik
- Kawad Asas
- Kawad Formasi
- Kawalan Kehormatan

Sedia
Tumit rapat sebaris
Hujung kaki dibuka 30 darjah
Badan ditegakkan dengan kedua bahu dibawa ke belakang
Tangan diluruskan ke bawah dengan kedua siku dirapatkan ke rusuk badan
Kedua tangan dirapatkan ke peha dan ibu jari diletakkan sedikit di belakang garisan jahitan
seluar.
Kepala ditegakkan di mana tengkuk kena leher baju.
Mata memandang ke hadapan.

Senang Diri
Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi.
Kaki kiri diangkat, lutut dibengkokkan separas dengan peha.
Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi.
Jarak antara dua kaki ialah 12 inci.
Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa ke belakang.
Tapak tangan kanan diletakkan di atas tapak tangan kiri dengan ibu jari bersilang.
Kedua lengan lurus tunjuk ke arah bumi.

Sedia Dari Senang Diri


Kaki kiri diangkat
Lutut dibengkokkan separas peha.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 82


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Hentak kaki di sebelah tumit kaki kanan.
Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa dengan pantas dalam kedudukan sedia

Rehatkan Diri
Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa 1, 2, 3 rehat.
Kendurkan anggota badan iaitu bahagian pinggang ke atas dengan perlahan tanpa
menggerakkan kaki.

Berbaris Dalam Tiga Barisan


Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang)
Jarak antara barisan adalah 30 inci.
Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam)
Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.

Meluruskan Barisan
Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di sebelah kanan.Jari digenggam dengan
bahagian belakang tangan ke atas.
Pada masa yang sama, kepala dipusingkan memandang ke kanan.
Kaki di hentak berturut-turut serta meluruskan barisan.
Dengan pantas, orang di sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan jarak ke
barisan hadapan 30 inci.
Dengan hukuman Pandang Depan, kepala dan muka dipusingkan dengan pantas ke
hadapan.Tangan dijatuhkan ke tepi dan kembali ke kedudukan sedia.

Pusing Kanan / Kiri


Kaki kanan / kiri dipusingkan 90 darjah dengan kedudukan tumit ditetapkan.
Badan dan anggota berpusing ke kanan / kiri.
Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi
Kaki kiri/ kanan di bawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha
Hentak di sebelah tumit kaki kiri/ kanan ke bumi.

Menghadap Ke Hadapan / Ke Belakang


Kaki kanan / kiri dipusingkan 180 darjah dengan kedudukan tumit ditetapkan.
Badan dan anggota berpusing ke hadapan / belakang.
Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi
Kaki kiri/ kanan di bawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha
Hentak di sebelah tumit kaki kiri/ kanan ke bumi.

Kawad Dinamik
1. Cepat jalan
2. Berhenti dari cepat jalan
3. Kiri belok / kanan belok
4. Tukar langkah semasa jalan cepat
5. Perlahan jalan
6. Tukar langkah semasa perlahan jalan
7. Berhenti semasa perlahan jalan
8. Ke hadapan hormat
9. Ke kanan hormat
10. Selaku terima sijil / hadiah

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 83


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Cepat Jalan (I)
Dengan hukuman ‘Cepat jalan’, skuad hendaklah sentiasa melangkahkan kaki dengan
mulanya kaki kiri dan menghayunkan tangan dengan mulanya tangan kanan ke hadapan.
Dengan pantas, kaki kiri dilangkahkan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit
terpacak.
Tapak kaki kanan sama rata dengan bumi.

Cepat Jalan (Ii)


Pada masa yang sama, tangan kanan dilenggangkan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri
dilenggangkan ke belakang seberapa yang boleh.
Muka terus pandang ke hadapan
Diikuti langkah seterusnya.

Berhenti Dari Cepat Jalan (I)


Kaki kanan melangkah sejauh 30 inci ke hadapan dan berhenti, tapak kaki kanan rata di atas
bumi.
Kaki kiri di belakang dengan keadaan tumit terangkat , kedua lutut tegang.
Tangan kiri lenggang ke hadapan dan tangan kanan lenggang ke belakang.

Berhenti Dari Cepat Jalan (Ii)


Bawakan kaki kiri sejauh 15 inci ke hadapan dengan keadaan tapak kaki kiri tergantung dan
lutut tegang.
Berdiri di atas kaki kanan.
Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang.

Berhenti Dari Cepat Jalan (Iii)


Kaki kiri di bawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha
Hentak di sebelah tumit kaki kanan dan angkat kaki kanan ke hadapan dengan lutut
dibengkokkan separas peha.
Hentak di sebelah tumit kaki kiri dengan kedudukan sedia
Kedua tangan dibawa dengan pantas kepada keadaan sedia.

Membelok
Barisan dalam hendaklah membelok di keliling bulatan, iaitu garisan pusat bulatan empat
kaki dan hendaklah menukar haluan mulai 90 darjah.
Barisan luar mengikut langkah dengan memanjangkan langkah.
Barisan dalam hendaklah menjeling dengan hujung matanya ke arah luar dan seterusnya
memendekkan langkah
Barisan di belakang hendaklah berjalan lurus ke hadapan dan mengikut jejak yang dilalui
oleh barisan hadapan.

Perlahan Jalan
Tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, hujung kaki dikeluarkan sedikit menghala ke tanah,
bahagian atas badan tegak, tangan lurus ke tepi, berat badan di atas kaki kanan.
Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kiri ke hadapan 15 inci lagi.Hujung kaki
jejak ke tanah tetapi bukan tumit atau bahagian luar kaki. Bawa berat badan pada kaki kiri,
kaki kanan ke belakang dan bengkok sedikit supaya dapat mengangkat tumit kaki dari bumi.
Ulang dengan kaki kanan.

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 84


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Berhenti Semasa Perlahan Jalan
Kaki kanan dilangkahkan ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti.
Tapak kaki kanan rata di atas bumi.
Tumit kaki kiri terangkat sedikit dengan kedua lutut tegang.
Berat badan di atas kaki kanan dan muka terus pandang ke hadapan

Dengan pantas, bawa kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, peha paras, hentak ke bumi dan
angkat kaki kanan, bengkok lutut, peha paras dan hentak di sebelah tumit kaki kiri.

Ke Hadapan Hormat
Kaki dihentak kiri dan kanan.
Tangan kanan dibawa ke hadapan, siku dibengkokkan ,lengan diangkat paras bahu, hujung
jari dibawa sehingga mencecah hujung kening sebelah kanan
Jari-jari tangan kanan dilurus dan dirapatkan.
Tangan dipotong dan dibawa ke sisi seperti dalam kedudukan sedia
Ulang sekali lagi.

Ke Kanan Hormat
Cara hormat ke kanan sama seperti kedudukan hormat ke hadapan tetapi kepala dan mata
dipusing ke kanan tanpa mengubah kedudukan lengan kanan.
Tangan kiri digenggam dengan ibu jari menunjuk ke bawah dan dikunci pada kedudukan
penjahit seluar sebelah kiri.

Selaku Terima Sijil / Hadiah


Hormat ke hadapan dan melangkah selangkah ke hadapan
Hulur kedua-dua belah tangan ke hadapan dengan lurus dan tarik kedua-dua belah tangan
seperti kedudukan sedia(2X)
Melangkah selangkah ke belakang dan hormat.
Pusing ke belakang dan terus berjalan.

Kawad Formasi
Kawad Formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik.
Kawad Formasi melibatkan pergerakan Kawad Asas dan juga pergerakan bukan Kawad Asas
yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik.
Kawad Formasi mempunyai beberapa unsur yang menjadi intipati kepada keunikan kawad
Formasi.

Unsur Gerak
Keindahan Gerak
Gerakan dalam unsur kawad
Gerakan bukan dalam unsur kawad
Gerakan konsisten(berturutan)
Kepelbagaian gerak kawad
Keseimbangan dalam penggunaan ruang
Kesatuan gerak
Kekayaan Gerak Formasi
Pecahan dan cantuman formasi

Unsur Penghayatan
Keunikan
Keserasian
Kemantapan hentakan

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 85


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Unsur Suara
Padu
Tepat dengan gerakan
Kesesuian slogan

Gerakan Penutup
Diakhiri dengan gerak kawad

Kawalan Kehormatan

 Kawalan Kehormatan dikelolakan oleh unit-unit yang tertentu dengan arahan pihak
atasan sekiranya unit itu dikehendaki untuk menjalankannya.

 Bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat.

Jenis Kawalan Kehormatan

Kawalan Kehormatan terbahagi kepada 3 bahagian:-

 Kawalan Kehormatan Penuh


 Kawalan Kehormatan Separuh
 Kawalan Darjat

Kawalan Kehormatan Penuh


Kekuatan :
Ketua Kawalan - 1
Pen. Ketua Kawalan - 1
Pegawai Panji-panji - 1
PW Perbarisan - 1
Pemandu Kanan - 1
Pemandu Kiri - 1
Penanda Kanan - 1
Penanda Kiri - 1
Anggota - 96
Jumlah - 104

Kawalan Kehormatan Separuh


Kekuatan :
Ketua Kawalan - 1
Pegawai Panji-panji - 1
PW Perbarisan - 1
Pemandu Kanan - 1
Pemandu Kiri - 1
Penanda Kanan - 1
Penanda Kiri - 1

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 86


NOTA KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Anggota - 48
Jumlah - 55

Kawalan Darjat
Kekuatan :
Ketua Kawalan - 1
Pegawai Panji-panji - 1
PW Perbarisan - 1
Pemandu Kanan - 1
Pemandu Kiri - 1
Pengiring Panji-panji - 2
Anggota - 24
Jumlah - 31

Cadangan Kawalan Kehormatan Di Sekolah


Kekuatan :
Ketua Perbarisan - 1
Penanda Kanan / Pelurus Barisan- 1
Penanda Kiri - 1
Anggota - 30
Jumlah - 33

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAPA KEBANGSAAN 87

You might also like